Event & Aktiviti


Notice: Undefined variable: yearslist in /home/web2016/public_html/components/com_jevents/libraries/jeventshtml.php on line 144

Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/web2016/public_html/libraries/cms/html/select.php on line 592
EKSPO REKACIPTA UniMAP 2023 (EREKA 2023) ANJURAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
From Friday 10 March 2023
To Sunday 12 March 2023
Hits : 102
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, 
 
JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI EKSPO REKACIPTA UniMAP 2023 (EREKA 2023)  ANJURAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
 
Dengan segala hormatnya  saya merujuk kepada perkara di atas.

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa, UniMAP melalui Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (CIC) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi (TNCPI) akan menganjurkan EKSPO REKACIPTA UniMAP 2023 (EREKA 2023) secara bersemuka (fizikal) dan dalam talian (Online) pada 10-12 Mac 2023 bertempat di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra.

3. Antara kategori- kategori bagi bidang teknologi / penyelidikan bagi EREKA 2023 yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut:
i.    Digital Technology, Electronics & IOT’s
ii.   Biotechnology, Medical Device, Pharmaceuticals & Health
iii.  Chemical, Advanced Material & Plastic
iv.  Machinery & Equipment
v.   Foodtech & Agriculture Technology
vi.  Social Science, Business & Teaching Innovation


4) Maklumat Yuran Penyertaan EREKA 2023 adalah seperti berikut:

a) Untuk Peserta UniMAP
? Display panel: RM200
? Online: RM100

b) untuk Peserta Luar UniMAP ( UA/US/Politeknik/Kolej Komuniti//Kolej Vokasional)
?Panel Booth: RM500
?Online: RM300

c) Untuk Peserta Luar UniMAP (Sekolah:Menengah/Rendah)
?Panel Booth: RM350
? Online: RM200

5) Pelbagai Anugerah menarik menanti anda seperti:
?Sijil Anugerah (Emas, Perak & Gangsa) dan Pingat EREKA 2023
?Hadiah utama Best Award 3rd place, 2nd place & 1st place, Best of The Best
?Hadiah Best Category Awards (Bagi 6 kluster bidang teknologi)
?Hadiah Special TVET Award

6) Tarikh pendaftaran produk, penghantaran dokumen & pembayaran yuran penyertaan: 31 Januari 2023 – 25 Februari 2023

7) Peserta perlu mengisi maklumat produk penyelidikan di dalam Borang Penyertaan EREKA 2023 melalui pautan di bawah:

?️Pendaftaran kepada Peserta UniMAP sahaja
https://forms.gle/mWcBC56EeCrf4SbW7

⏲️Pendaftaran Secara Online:
https://forms.gle/QnAuvTdEGVi83BdC8

⏰Pendaftaran Secara Fizikal (f2f):
https://forms.gle/E4T3wWw2mpvap9aWA


Sebarang maklum balas & pertanyaan, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan boleh layari laman sesawang EREKA 2023 di https://ereka.unimap.edu.my/  atau boleh menghubungi Ir. Mohd Nasir Mohd Saad di talian 012-513 4575 dan Puan Siti Sharina Mohd Shukri di talian 014-9039085 atau email kepada En. Mohd Rizal Bin Yusoff di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.Disertakan poster EREKA 2023 untuk makluman dan rujukan YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan.

Jangan lepaskan peluang untuk terlibat di dalam EREKA 2023. Penerima pingat berpeluang untuk mewakili UniMAP ke Pameran Penyelidikan peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti booth jualan, food truck, kaunter pendaftaran IP Myipo, Research Pitching akan disediakan di EREKA 2023.

*Tertakluk kepada terma & syarat

 

Mohon rujuk lampiran disini : https://drive.google.com/file/d/1ExiwQ9LGjdYUBaJnAONvQyU-lsVTI_yf/view?usp=share_link

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

“Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

Pusat Inovasi & Pengkomersialan
Centre For Innovation & Commercialisation (CIC)
Universiti Malaysia Perlis
Blok A, Bangunan Pusat Latihan Kejuruteraan,
Kampus UniMAP, Pauh Putra,
02600 Arau, Perlis