JEMPUTAN MENYERTAI 'GLOBAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCE : THE EMERGING ROLES OF SDG’s IN POST-PANDEMIC SOCIETY (GCoSS)'
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Perniagaan & Komunikasi (FPK) dengan kerjasama Fakulti Sosial dan Sains Politik, Universitas 17 Agustus 1945 Surabaya (Untag) akan menganjurkan Global Conference on Social Science: The Emerging Roles of SDG’s in Post Pandemic Society (GCoSS). Butiran persidangan adalah seperti ketetapan yang berikut :
Tarikh : 22 November 2022 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Platform: Zoom Meeting
3. Sehubungan dengan itu, semua warga UniMAP adalah dijemput untuk menyertai persidangan global ini dan info lanjut boleh dirujuk melalui pautan : https://gcoss-fisip.untag-
Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan dalam hal ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
‘Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan’