UniMAP | Universiti Malaysia Perlis UniMAP | Universiti Malaysia Perlis KNOWLEDGE - SINCERITY - EXCELLENCE

Events Calendar

Jemputan Ke Program Forum Agama Bicara Hidayah
Tuesday 20 August 2019, 09:30am - 11:30am
Hits : 18
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE PROGRAM FORUM AGAMA BICARA HIDAYAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Pusat Islam dengan kerjasama Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (POTENSI) UniMAP dan Hidayah Center Foundation akan menganjurkan Program Forum Agama Bicara Hidayah seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 20 Ogos 2019 (Selasa)
Tempat : Surau Pauh Putra, Kampus Alam UniMAP
Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi
Moderator : Ahmad Zulazmeer Rozali
(Pegawai Tadbir UniMAP)
Panel 1 : Saudari Nur Rieya Ali Abdullah
(Penulis Buku : " Perjalanan Seorang Muallaf")
Panel 2 : Saudara Adam Corrie Lee Abdullah
(Selebritu Hijrah- Muallaf)

Kehadiran akan dikira sebagai 1 hari berkursus.

3. Sehubungan dengan itu, Pusat Islam menjemput YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Tuan/Puan untuk hadir bagi memeriahkan program ini. Bersama ini disertakan poster untuk rujukan semua.

Semoga program ini dapat memberi kebaikan dan manfaat buat semua yang hadir.