Event & Aktiviti


Notice: Undefined variable: yearslist in /home/web2016/public_html/components/com_jevents/libraries/jeventshtml.php on line 144

Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/web2016/public_html/libraries/cms/html/select.php on line 592
KEJOHANAN WOODBALL PINGAT BULANAN (MONTHLY MEDAL) UNIMAP 2021
Friday 26 February 2021, 04:00pm
Hits : 71
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

KEJOHANAN WOODBALL PINGAT BULANAN (MONTHLY MEDAL) UNIMAP 2021



Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.



Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sukan & Rekreasi (PSR) akan menganjurkan Kejohanan Woodball Pingat Bulanan (Monthly Medal) UniMAP 2021 (terbuka kepada semua staf ) seperti butiran di bawah:



Tarikh : 26 Februari 2021 (Jumaat)
Masa : 4.00 petang
Tempat : Padang Woodball, Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra

Permainan : Woodball Perseorangan ( Lelaki & Wanita )

Yuran : RM25.00 (bayaran tunai di Pejabat PSR pada @ sebelum 25 Februari 2021)

Hadiah : Tempat 1 hingga 10 (setiap kategori)



Jawatankuasa Pengurusan Universiti telah meluluskan waktu pelepasan bagi staf yang menyertai kejohanan ini pada jam 3.30 petang.

Sehubungan dengan itu, pihak PSR menjemput YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk menyertai kejohanan ini dengan membuat pendaftaran melalui pautan (https://tinyurl.com/woodballmm) selewat-lewatnya pada 25 Februari 2021 (Rabu) sebelum jam 12.00 tgh.


Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan dalam penganjuran program ini didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.





Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan''

Saya yang menjalankan amanah,

SITI FATIMAH BINTI USTAD LATIF
Pembantu Belia Dan Sukan
Pusat Sukan dan Rekreasi (PSR)
Universiti Malaysia Perlis
Tel : (+604) 9885443
Fax : (+604) 9885444
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.