Event & Aktiviti


Notice: Undefined variable: yearslist in /home/web2016/public_html/components/com_jevents/libraries/jeventshtml.php on line 144

Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/web2016/public_html/libraries/cms/html/select.php on line 592
Majlis Amanat Naib Canselor 2021
Wednesday 17 February 2021
Hits : 56
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

MAKLUMAN AWAL PELAKSANAAN MAJLIS AMANAT NAIB CANSELOR 2021

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa, Majlis Amanat Naib Canselor 2021 telah dirancang akan dilaksanakan pada 17 Februari 2021, jam 2.00 petang yang akan ditayangkan secara langsung melalui facebook Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

3. Sehubungan dengan itu, semua Ketua Jabatan UniMAP sahaja diwajibkan hadir ke Auditorium, Aras 1 Bangunan Canselori manakala Warga UniMAP dipohon untuk menonton secara lintas langsung melalui fb UniMAP. Kehadiran Ketua Jabatan ke sesi ini akan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat bagi memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dibendung.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
'Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan'

Saya yang menjalankan amanah,
MUHAMAD AZUAN BIN MOHAMAD NASIR
Ketua
Pejabat Naib Canselor
Universiti Malaysia Perlis.
Tel:012-5646646