Dasar & Objektif Kualiti
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) beriltizam mengendali program pengajian yang berkualiti untuk melahirkan insan dan sumber manusia yang berupaya memenuhi keperluan dan jangkaan pihak berkepentingan.
UniMAP bertekad melaksana pengurusan akademik secara profesional, cekap dan berkesan dengan mengutamakan penambahbaikan secara berterusan supaya UniMAP berdaya saing di persada antarabangsa.
UniMAP beriltizam mencapai:
Graduan memperolehi PNGK 3.00 ke atas dalam setiap konvokesyen:
40% bagi Program Kejuruteraan | 60% bagi Program Kejuruteraan Teknologi | 75% bagi Program Media Baharu | 50% Program Keusahawanan Kejuruteraan & Perniagaan Antarabangsa | 60% Program Diploma Kejuruteraan
75% daripada pensyarah berkelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau kelayakan yang setaraf dengannya.
Nisbah staf akademik dengan mahasiswa prasiswazah ialah 1:15
Tahap Kepuasan Staf melebihi 85% setiap tahun.
Indeks Kesejahteraan Mahasiswa melebihi 80% setiap tahun.
30% Jurutera Profesional (PE) atau setaraf daripada jumlah minimum staf akademik yang diperlukan (berdasarkan nisbah staf:pelajar iaitu 1:20 untuk setiap program kejuruteraan di fakulti).
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pusat Pengurusan Strategi dan Kualiti (SQM)
En. Muhammad Hidham Haris
Administrative Officer (Bahagian Kualiti dan Akreditasi)
Tel : +604 941 4133
E-mail : hidham@unimap.edu.my
Tarikh Kemaskini : Ogos 2021