UniMAP |Universiti Malaysia Perlis - Misi, Visi, Nilai Teras, Objektif & Memorandum Akademik

Misi, Visi, Nilai Teras, Objektif & Memorandum Akademik

Misi, Visi, Nilai Teras & Objektif

Misi
Melahirkan insan kamil yang menyumbang kepada agenda pembangunan dan daya saing industri negara.

Visi
Universiti Teknikal yang berdaya saing di persada antarabangsa.

Nilai Teras
Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan

Objektif

  • PELAJAR

    Untuk membangunkan pemimpin masa depan yang holistik melalui pendidikan menyeluruh yang mempraktikkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.

  • RANGKAIAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA / MTUN

    Untuk memainkan peranan dalam pengajian tinggi TVET demi pembangunan industri negara.

  • KOMUNITI

    Untuk menjadi pemangkin perkongsian ilmu dan teknologi dengan masyarakat.

  • FAKULTI DAN STAF

    Untuk menyediakan persekitaran yang memberdayakan pembangunan intelektual dan profesional.

  • PENYELIDIKAN

    Untuk menjana ilmu baharu melalui usaha penyelidikan yang strategik bagi manfaat manusiawi.

  • BUDAYA KAMPUS

    Untuk membangunkan persekitaran intelektual yang kondusif bagi perkongsian ilmu, pandangan, budaya serta idea dalam usaha mencapai kemampanan.

  • PEMBANGUNAN BANGSA

    Untuk menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara dan memperkaya budaya Malaysia.

Matlamat Pendidikan Institusi (IEG)

  1. Graduan yang mempunyai penguasaan ilmu dan kompetensi berasaskan sains, teknologi dan kejuruteraan yang relevan serta mampu mengaplikasikannya secara kritis dalam penyelesaian masalah bagi melahirkan bakat industry yang berdaya saing diperingkat global.

  2. Graduan yang membudayakan nilai keikhlasan dalam setiap tindakan melalui pembentukan sahsiah dan karakter yang unggul, serta sentiasa menjunjung tinggi adab, integriti, dan etika profesional.

  3. Graduan yang mempamerkan kecemerlangan holistik dengan menghayati nilai kebersamaan, kepelbagaian, dan tanggungjawab sivik bagi memangkin pembentukan komuniti yang sejahtera, harmoni, serta menyumbang kepada kemajuan negara dan kelestarian global.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pusat Komunikasi Korporat (PKK)
Nur Azizah Binti Hasnin
Pegawai Perhubungan Awam
E-mail : azizahhasnin@unimap.edu.my
Tarikh Kemaskini: June 2026