UniMAP |Universiti Malaysia Perlis - Dasar & Objektif Kualiti

Dasar & Objektif Kualiti

Dasar & Objektif Kualiti

Dasar Kualiti

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) beriltizam mengendali program pengajian yang berkualiti untuk melahirkan insan dan sumber manusia yang berupaya memenuhi keperluan dan jangkaan pihak berkepentingan.

UniMAP bertekad melaksana pengurusan akademik secara profesional, cekap dan berkesan dengan mengutamakan penambahbaikan secara berterusan supaya UniMAP berdaya saing di persada antarabangsa.

Objektif Kualiti

UniMAP beriltizam mencapai:

Objektif Kualiti 1

Graduan memperolehi PNGK 3.00 ke atas dalam setiap konvokesyen:
60% bagi Program Kejuruteraan 
60% bagi Program Teknologi Kejuruteraan 
90% Program Teknologi 
90% bagi Program Komunikasi dan Program Perniagaan 
60% Program Diploma Kejuruteraan

Objektif Kualiti 2

80% daripada pensyarah berkelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau kelayakan yang setaraf dengannya.

Objektif Kualiti 3

Nisbah staf akademik dengan mahasiswa prasiswazah:

1:20 bagi Program Kejuruteraan 
1:20 bagi Program Teknologi Kejuruteraan 
1:15 bagi Program Teknologi 
1:25 bagi Program Perniagaan 
1:25 bagi Program Komunikasi (Teori) 
1:15 bagi Program Komunikasi (Praktikal)

Objektif Kualiti 4

Tahap Kepuasan Pelanggan setiap tahun:

Kepuasan Mahasiswa 80%
Kepuasan Staf 85%

Objektif Kualiti 5

60% staf akademik aktif terlibat sebagai Penyelidik Utama dalam projek penyelidikan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pusat Pengurusan Strategi dan Kualiti (SQM)
En. Muhammad Hidham Haris
Administrative Officer (Bahagian Kualiti dan Akreditasi)
Tel : +604 941 4135
E-mail : hidham@unimap.edu.my