Event & Aktiviti


Notice: Undefined variable: yearslist in /home/web2016/public_html/components/com_jevents/libraries/jeventshtml.php on line 144

Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/web2016/public_html/libraries/cms/html/select.php on line 592
Electrical Mechatronic Design Innovation Expo (EMDIEX 2026)
Thursday 08 January 2026
Hits : 70
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, 
 
Electrical Mechatronic Design Innovation Expo (EMDIEX 2026)

Electrical Mechatronic Design Innovation Expo (EMDIEX 2026) yang akan berlangsung pada 08 Januari 2026 merupakan satu platform berprestij yang memberi impak signifikan terhadap pembangunan akademik dan profesional para pelajar, khususnya di Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektrik (FKTE). EMDIEX 2026 akan berlangsung di Dewan Ilmu bermula pukul 8.00 pagi.
 

Kini memasuki penganjuran kali ketiga, EMDIEX 2026 terus menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dengan penyertaan 188 produk inovasi melibatkan seramai 365 orang pelajar, serta sokongan lebih 50 orang ahli akademik daripada tiga program akademik. Pencapaian ini mencerminkan semangat kolaborasi yang kukuh serta komitmen tinggi warga UniMAP dalam memperkasa budaya inovasi dan kecemerlangan akademik.

Program ini menyediakan platform komprehensif kepada para pelajar untuk mempamerkan Projek Tahun Akhir (FYP) dan Projek Rekabentuk Bersepadu (IDP), sekali gus mengasah kebolehan mereka dalam mengaplikasikan teori kepada penyelesaian praktikal berteraskan kejuruteraan dan teknologi. EMDIEX 2026 bukan sahaja menjadi medan pameran inovasi, malah berperanan sebagai pemangkin kepada pembentukan graduan berdaya saing selaras dengan aspirasi UniMAP.

ec6ebf74-5ef8-4df7-8ad8-03e2faf3a4b8.JPG
 
 
- Jawatankuasa Promosi & Banner 
 
Electrical Mechatronic Design Innovation Expo (EMDIEX 2026) 
Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektrik (FKTE)
 
Sekian, terima kasih.