UniMAP |Universiti Malaysia Perlis - R2432 Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Pembuatan)

 

UR4540001 - Diploma Kejuruteraan Pembuatan 

Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan tenaga kerja separa mahir serta mempunyai pengetahuan berbentuk 'inter-disciplinary', berkebolehan dalam bidang teknikal, pengurusan dan teknologi. Para graduan dibekalkan dengan kebolehan merekabentuk, pembuatan dan melaksanakan sistem yang bersepadu dengan menggabungkan unsur-unsur kemanusiaan, bahan, peralatan, maklumat dan tenaga. Para graduan diploma akan dilatih untuk menjadi Pembantu Jurutera Pembuatan yang berkemampuan menjalankan tugas di dalam bidang pembuatan, mereka bentuk, penyelenggaraan, perundingan dan pendidikan.  Kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi para graduan, dapat membantu menangani sebarang masalah dalam pelbagai industri. Antara industri yang terlibat adalah seperti Perodua, Proton, NAZA, Honda, Nissan, INOKOM, Silterra, Motorola, Flextronics, Solectron, Agilent Technologies dan lain-lain lagi. Selain bidang pekerjaan, pelajar juga mempunyai peluang untuk menyambung pendidikan ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang mekanikal, pembuatan, rekabentuk produk, marin, aeronautik, automasi dan robotik yang ditawarkan oleh universiti di dalam mahu pun di luar negara.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

  • Juruteknik/ Pembantu Jurutera Bahagian Rekabentuk, Proses Pembuatan dan Kawalan Kualiti
  • Juruteknik/ Pembantu Jurutera Industri Pembuatan
  • Juruteknik/ Pembantu Jurutera Bidang Penyelidikan dan Pembangunan Sektor Industri Pembuatan
  • Juruteknik/ Pembantu Jurutera Projek
  • Juruteknik/ Pembantu Jurutera Rekabentuk Produk
  • Juruteknik/ Pembantu Jurutera Jaminan Mutu
  • Juruteknik/ Pembantu Jurutera Ujian Perkakasan
  • Juruteknik/ Pembantu Jurutera Penyelenggaraan
  • Pembantu Penyelidik