Home-Slider

Gerbang Info Pengguna

  • UniMAP ICEESI 2017
  • image
  • image
  • UniMAP ICOGES 2017
  • UniMAP ICOTSM 2017
Previous Next

Berita Terkini

Dua Pasukan UniMAP Ungguli Kejohanan Tenpin Boling Terbuka UniMAP/CEN-D 2017

Dua Pasukan UniMAP Ungguli Kejohanan Tenpin Boling Terbuka UniMAP/CEN-D 2017

Subang, 18 September – Dua pasukan dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengungguli Kejohanan Tenpin Boling…

Baca..

Lapan Pelajar Nahda University menyertai Program Inbound Mobiliti di UniMAP

Lapan Pelajar Nahda University menyertai Program Inbound Mobiliti di UniMAP

PAUH PUTRA, 18 September – Seramai lapan pelajar dari pelbagai program pengajian di Nahda University…

Baca..

14 Mahasiswa UniMAP Timba Ilmu Di ASP 2017

14 Mahasiswa UniMAP Timba Ilmu Di ASP 2017

PAUH PUTRA, 18 September– Peluang untuk menyertai Asia Summer Program (ASP) memberikan pengalaman yang amat…

Baca..

Pertandingan Robotik Pupuk Minat Murid Terhadap Stem

Pertandingan Robotik Pupuk Minat Murid Terhadap Stem

Kangar , 5 Ogos – Sebanyak 28 pasukan dari 18 buah sekolah rendah dan menengah…

Baca..

UniMAP Pertahan Kejuaraan SUKUM Kali Ke-10 Berturut-Turut

UniMAP Pertahan Kejuaraan SUKUM Kali Ke-10 Berturut-Turut

Tanjung Malim, 6 Ogos – Kontinjen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mempertahankan kejuaraan pada Kejohanan Sukan…

Baca..

Unit Penyelarasan Program Diploma

 

BAGI SESI AKADEMIK 2015/2016

 

LATARBELAKANG DAN SEJARAH

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) diluluskan sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada 25 Julai, 2001 dan mula beroperasi pada Jun, 2002. Dalam era menuju ke status negara maju dan perindustrian, Malaysia dijangka akan terus membangun dengan pesat pada tahun-tahun mendatang. Bidang kejuruteraan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan industri negara. Pembangunan yang pesat ini sudah pasti diikuti dengan keperluan dan penggunaan tenaga profesional dan separa profesional yang mempunyai semangat profesionalisme yang tinggi serta pengetahuan yang kukuh di dalam bidang kejuruteraan. Keperluan ini telah dinyatakan dengan jelas di dalam Laporan Pelan Induk Perindustrian Negara dan perkembangan teknologi ICT masa kini. Untuk mencapai matlamat perindustrian ini, pembatu teknik atau Pembantu Jurutera yang berkemahiran tinggi adalah sangat diperlukan.


OBJEKTIF

Melahirkan modal insan kamil yang menyumbang kepada agenda pembangunan dan daya saing industri negara.


PIGAM PELANGGAN

Institusi akademik dan penyelidikan yang berdaya saing di persada antarabangsa.


KEDUDUKAN SEKARANG

Kampus tetap UniMAP (Kampus Alam) adalah di Ulu Pauh seluas (1028 ekar) dan di Sg. Chuchuh seluas (253 ekar) dan masih di peringkat pembangunan. Buat masa ini, kampus UniMAP adalah merupakan kampus yang bersifat bertaburan (distributed). UniMAP kini beroperasi di lokasi-lokasi seperti berikut:

 

MATLAMAT DAN FALSAFAH

Program Diploma Kejuruteraan di UniMAP mempunyai matlamat untuk melahirkan individu yang mempunyai kemahiran teknikal yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti pembatu teknik atau pembantu jurutera yang berkemahiran tinggi.

Permintaan dan keperluan bagi tenaga teknikal separa profesional di pelbagai sektor industri semakin meningkat selaras dengan perkembangan perindustrian negara. Keperluan ini semakin bertambah dengan meningkatnya pelaburan asing di negara kita terutamanya di sektor industri. Selaras dengan itu, program-program diploma yang ditawarkan di UniMAP dicadangkan untuk menyediakan tenaga kerja di bidang kejuruteraan yang menepati keperluan sektor industri.

Para graduan diploma juga akan dilatih untuk menjadi Pembantu Jurutera / Juruteknik yang berkemampuan menjalankan tugas di dalam pelbagai bidang kejuruteraan dan berkemampuan menjalankan tugas-tugas pengurusan di sektor awam.


SISTEM PENGAJIAN

Jangka masa kursus adalah selama 3 tahun (6 semester) dan ianya menitikberatkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran seiring dengan perkembangan industri, sama ada dalam bentuk komponen teori mahupun amali. Selain daripada itu pelajar diploma dikehendaki mengikuti latihan industri selama 16 minggu. Kefahaman pelajar terhadap kefahaman teori dipertingkatkan melalui input-input amali yang disediakan di samping komponen kemahiran, penyelesaian masalah, kerja berkumpulan, penyediaan dan pembentangan laporan.


PUSAT-PUSAT PENGAJIAN DAN PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

Universiti Malaysia Perlis menawarkan 6 Program Diploma Kejuruteraan di bawah 6 buah Pusat Pengajian seperti berikut:


i) Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik

Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Mikroelektronik) – R2427
Program ini direka bentuk untuk membekalkan tenaga separa profesional dalam bidang kejuruteraan mikroelektronik bagi memenuhi keperluan industri semikonduktor negara. Penyusunan program akademik memberi penekanan kepada aspek teori, praktikal dan pembangunan jati diri. Graduan akan didedahkan secara khusus kepada susun atur litar terkamil, fabrikasi wafer, pempakejan elektronik dan analisa kegagalan, di samping subjek teras yang berlandaskan elektronik. Peluang pekerjaan dalam bidang ini amat meyakinkan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja separa profesional selaras dengan perkembangan Pelan Induk Perindustrian Negara. Antara industri yang terlibat adalah seperti Intel, Infineon, Silterra, Motorola, MIMOS, Flextronics, Agilent Technologies, Avago Technologies dan lain-lain lagi. Selain bidang pekerjaan, pelajar juga mempunyai peluang untuk menyambung pendidikan ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang mikroelektronik mahupun elektronik yang ditawarkan oleh universiti di dalam mahu pun di luar negara.

 

ii) Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan

Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Komputer) – R2404
Objektif program ini adalah untuk melahirkan tenaga manusia di peringkat ikhtisas yang mahir serta mempunyai pengetahuan yang kukuh dalam bidang Kejuruteraan Komputer. Para graduan juga akan diterapkan dengan budaya ilmu supaya mempunyai personaliti dan keperibadian yang unggul dan mampu berdikari sebagai usahawan profesional.

Selaras dengan matlamat ini, dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang ke 3 (RRJP3) adalah dijangkakan seramai 137,200 jurutera dan pembantu jurutera dalam pelbagai bidang diperlukan menjelang tahun 2010. Ini termasuklah keperluan untuk jurutera dan pembantu jurutera yang berkemahiran dalam elektronik & perkakasan komputer selaras dengan perkembangan teknologi I CT.

Justeru itu, program yang bakal ditawarkan dapat membentuk generasi berkenaan yang berupaya dan berkebolehan dalam mengaplikasi teknologi terkini dan sebagai penyumbang tenaga kerja terlatih dalam bidang elektronik dan komputer. Jika dilihat dari sudut pembelajaran para pelajar di dalam program diploma ini, maka memang banyak peluang pekerjaan yang boleh didapati di negara ini. Sebagai contoh Intel, Agilent, Motorola, Sapura, Telekom, SIRIM dan lain-lain lagi. Di samping pekerjaan yang banyak ditawarkan kepada pelajar selepas tamat pengajian, pelajar juga boleh menyambung pengajian mereka ke peringkat ijazah sarjana muda dan seterusnya ke peringkat ijazah tinggi di dalam bidang komputer, telekomunikasi atau elektronik sama ada di universiti tempatan ataupun di universiti luar negara.

 

iii) Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan

Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Pembuatan) – R2432
Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan tenaga kerja separa mahir serta mempunyai pengetahuan berbentuk 'inter-disciplinary', berkebolehan dalam bidang teknikal, pengurusan dan teknologi. Para graduan dibekalkan dengan kebolehan mereka bentuk, pembuatan dan melaksanakan sistem yang bersepadu dengan menggabungkan unsur-unsur kemanusiaan, bahan, peralatan, maklumat dan tenaga. Para graduan diploma akan dilatih untuk menjadi Pembantu Jurutera Pembuatan yang berkemampuan menjalankan tugas di dalam bidang pembuatan, mereka bentuk, penyelenggaraan, perundingan dan pendidikan.

Kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi para graduan, dapat membantu menangani sebarang masalah dalam pelbagai industri. Antara industri yang terlibat adalah seperti Perodua, Proton, NAZA, Honda, Nissan, INOKOM, Silterra, Motorola, Flextronics, Solectron, Agilent Technologies dan lain-lain lagi. Selain bidang pekerjaan, pelajar juga mempunyai peluang untuk menyambung pendidikan ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang mekanikal, pembuatan, rekabentuk produk, marin, aeronautik, automasi dan robotik yang ditawarkan oleh universiti di dalam mahu pun di luar negara.


iv) Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan

Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Metalurgi) – R2433
Program ini bertujuan untuk melahirkan tenaga teknikal separa mahir di dalam bidang metalurgi bagi memenuhi permintaan yang tinggi di dalam sektor industri pemprosesan dan pembuatan berasaskan logam seperti industri automotif, minyak dan gas, elektronik dan peleburan. Keadaan ini disokong teguh dengan pertumbuhan pesat pembangunan negara di dalam sektor industri logam seperti besi, keluli dan aluminium pada masa kini. Melalui program ini para pelajar akan didedahkan dengan bidang metalurgi terutamanya di dalam kerja-kerja pemprosesan dan pembuatan logam, pemesinan logam di bengkel dan penggunaan peralatan terkini untuk menguji sifat dan kelakuan logam seperti Universal Testing Machine (UTM), Mikroskop Imbasan Elektron (SEM), Pembelauan Sinar-X (XRD), alat ujian kekerasan (Vicker’s, Brinell, Rockwell), alat ujian hentaman (Izod dan Charpy) dan alatan Ujian Tak Musnah (NDT). Selain itu pelajar juga akan dibekalkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran pelbagai jenis kimpalan logam seperti kimpalan arka, gas, TIG dan MIG.

Graduan Diploma Kejuruteraan Metalurgi mempunyai prospek pekerjaan yang luas sama ada di dalam jabatan kerajaan, badan-badan berkanun, institusi penyelidikan atau sektor swasta dan industri. Antara bidang-bidang atau industri-industri yang berkaitan dengan graduan program ini adalah pemprosesan dan pembuatan logam, automotif, minyak dan gas, elektronik, pengujian bahan, perkhidmatan dan penyelenggaraan, kawalan dan mutu produk, reka bentuk produk, analisa kegagalan dan kimpalan logam. Manakala industri yang berkaitan dengan bidang ini antaranya adalah Antara Steel, Intel, KOMAG, Proton, Perwaja steel, Produa, Malaysian Smelting Corporation dan banyak lagi. Selain bidang pekerjaan, graduan juga mempunyai peluang untuk menyambung pendidikan ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan metalurgi atau kejuruteraan bahan yang ditawarkan oleh universiti-universiti di dalam mahu pun di luar negara.


v) Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik

Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Elektrik) – R2420
Program ini adalah untuk melahirkan tenaga separa mahir serta mempunyai pengetahuan yang kukuh dalam bidang Kejuruteraan Elektrik. Para graduan diploma akan dilatih untuk menjadi Pembantu Jurutera Elektrik yang berkemampuan menjalankan tugas di dalam bidang pengeluaran, pembinaan, penyelenggaraan, jualan, perundingan, pendidikan dan latihan. Semasa pembelajaran, para graduan akan didedahkan dengan penggunaan peralatan-peralatan yang setaraf dengan peralatan yang terdapat di industri. Para graduan juga berkemampuan menjalankan tugas-tugas pengurusan yang memerlukan kebolehan membuat pertimbangan yang teliti dan tepat. Para graduan juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda di universiti tempatan mahupun luar negara atau pun layak untuk meduduki peperiksaan kompetensi dengan Suruhanjaya Tenaga (ST).

 

vi) Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik

Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik) – R2423
Diploma Kejuruteraan Mekatronik ditawarkan sejajar dengan perkembangan teknologi yang pesat, Diploma Kejuruteraan Mekatronik ditawarkan sejajar dengan perkembangan teknologi yang pesat, yang bertujuan untuk melahirkankan graduan-graduan yang mahir dan separa-profesional yang boleh terus menyesuaikan diri dengan industri di Malaysia. Adalah penting untuk mereka mempunyai pengetahuan yang boleh diintegrasikan di dalam pelbagai bidang. Kurikulum bagi program ini dibentuk agar pelajar mempunyai kebolehan merekabentuk, mengendali dan menyelenggara peralatan¬-peralatan elektrik & elektronik, mekanikal, perisian komputer dan teknologi maklumat. Selain daripada kursus teras kejuruteraan, pelajar juga diberikan kemahiran insaniah seperti etika, pengurusan, keusahawanan, komunikasi serta hubungan etnik. Graduan mempunyai prospek pekerjaan yang luas dalam syarikat-syarikat swasta, industri, jabatan kerajaan dan badan-badan berkanun. la merangkumi bidang-bidang seperti bidang kejuruteraan, pengeluaran, pengujian dan lain-lain bidang yang berkaitan. Antara industri-industri yang terlibat adalah seperti Siemen VDO, Sony EMCS, Elna-Sonic, Sanyo Electronics, Schott Glass, Action Industries dan lain-lain. Selain itu pelajar juga berpeluang untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat ijazah sarjana muda Kejuruteraan Mekatronik mahupun Mekanikal yang ditawarkan di mana-mana universiti tempatan ataupun universiti di luar negara.

 

MAKLUMAT LANJUT
Maklumat lanjut boleh didapati di laman web UniMAP atau Unit Penyelarasan Program Diploma atau hubungi:


Jabatan Pendaftar
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Bahagian Pengurusan Akademik
Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar
Tingkat 3, Bangunan KWSP
Jalan Bukit Lagi
01000 Kangar, Perlis
No. Tel: 04-979 8701/8702/8706/7940/7941/977 2984
Faks: 04-979 8703
e-mel:
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


Unit Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Rumah Universiti
Kampus Kubang Gajah
02600 Arau, Perlis
No. Tel: 04-979 8287/8289/8297/8298
Faks: 04-9770841
emel :
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Anjung UniMAP Kuala Lumpur
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Tingkat 26, Menara Dato’ Onn
Pusat Dagangan Dunia Putra
Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-26941626
Faks: 03-26949217
emel :
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


Unit Penyelarasan Program Diploma
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Tingkat 1, Blok A,
Kompleks Pengajian Seberang Ramai,
02000 Kuala Perlis, Perlis, Malaysia.
No. Tel: 04-9852978/2880
Faks: 04-9852958
e-mel:
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Info Tab Bawah-BM

Rekod anugerah terhebat UniMAP bertaraf antarabangsa. Halaman ini mengumpulkan kesemua anugerah yang telah diterima oleh UniMAP.