Gerbang Info Pengguna

  • silk2019
  • Urock 2019
  • UniMAP-AMCT2019
  • 2019 Kempen Bebas Rokok
  • QS World Ranking
  • QS World Ranking
  • Pembelian Buku-Buku UniMAP di Market Place
  • Salam Aidilfitri 2019
  • Selamat Datang Kepada Semua Pelajar Baru Diploma UniMAP!
  • SUTERA 2019
Previous Next

Berita Terkini

Khidmat Masyarakat Ramadan UniMAP Santuni Warga HTF

Khidmat Masyarakat Ramadan UniMAP Santuni Warga HTF

KANGAR – Muram dengan riak sedih yang terpamer di wajah sebahagian penghuni wad pembedahan di…

Baca..

Pensyarah UniMAP Dilantik Penyelidik Kunjungan Di Universiti Sweden

Pensyarah UniMAP Dilantik Penyelidik Kunjungan Di Universiti Sweden

ARAU – Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dr. Wooi Chin…

Baca..

Khidmat Masyarakat : UniMAP – PSU Santuni Masyarakat Songkla – Hatyai

Khidmat Masyarakat : UniMAP – PSU Santuni Masyarakat Songkla – Hatyai

ARAU – Atas rasa keprihatinan yang tinggi untuk membantu masyarakat, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui…

Baca..

Program Diploma Kejuruteraan UniMAP Mendapat Pensijilan Penuh MQA

Program Diploma Kejuruteraan UniMAP Mendapat Pensijilan Penuh MQA

ARAU – Semua enam program pengajian diploma kejuruteraan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah lulus dan…

Baca..

UniMAP Pilihan Utama

UniMAP Pilihan Utama

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) nyata menjadi pilihan utama apabila dipilih sebagai lokasi Seminar…

Baca..

UniMAP Prihatin Anak-Anak Staf Meninggal Sempena Festival Nasyid 2019

UniMAP Prihatin Anak-Anak Staf Meninggal Sempena Festival Nasyid 2019

Pauh Putra, 28 Mei- Dalam kegembiraan umat Islam membuat persiapan menyambut lebaran yang akan tiba…

Baca..

UniMAP Beri Kebebasan Bersuara Kepada Pelajar

UniMAP Beri Kebebasan Bersuara Kepada Pelajar

PAUH PUTRA, 26 Mei- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memberikan kebebasan kepada semua pelajar dalam memberikan…

Baca..

Produk Eco Geopipe Raih Emas di EUROINVENT di Romania

Produk Eco Geopipe Raih Emas di EUROINVENT di Romania

Kangar, 19 Mei - Penyelidik Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) Universiti Malaysia Perlis…

Baca..

Prof. Dr. R. Badlishah Dilantik Naib Canselor UniMAP

Prof. Dr. R. Badlishah Dilantik Naib Canselor UniMAP

Kangar - Mantan Timbalan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Ir. Ts. Dr.…

Baca..


12 APRIL – Lebih 40 pemimpin mahasiswa dari Rangkaian Universiti-universiti Teknikal Malaysia (MTUN) berhimpun dan berkampung bagi menyertai Kembara Ilmu yang berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) baru-baru ini.

Program selama lima hari diisi padat dengan perbincangan mengenai Halatuju Universiti MTUN kearah Student Union dan sumbangan Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan MTUN kepada industri.

Menurut Exco Digital dan Publisiti, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Muhamad Zikry Mohd Zulkaflee, kami berbincang mengenai cadangan dasar-dasar dan rangka yang telah dibentuk oleh setiap universiti terlibat bagi memantapkan struktur organisasi pelajar.

“Selepas perbincangan yang teliti, kami bersetuju Student Union akan menjadi platform kepada pelajar untuk mentadbir sesebuah organisasi mengikut pandangan matang oleh mahasiswa tanpa sebarang campur tangan pihak universiti.

“Malah struktur pentadbiran Student Union di universiti MTUN akan berlainan dengan universiti awam yang lain,” katanya ketika dihubungi.

Tambah beliau, Student Union sepatutnya menjadi sumber utama bagi memastikan ketelusan pentadbiran, integriti dan sikap professional dalam menguruskan hal kewangan dan program-proram kebajikan dan aktiviti pelajar.

“Kami juga bersetuju bahawa Student Union boleh dilaksanakan mengikut gerak kerja yang telah dipersetujui melibatkan sembilan orang Jawatankuasa Eksekutif yang mempunyai skop kerja yang berbeza.

“Mereka yang dilantik perlu melalui pelbagai latihan supaya mereka boleh menggendali urusan pentadbiran, kewangan, kebajikan dan prasarana mahasiswa dengan sebaiknya,” katanya.

Ujar beliau lagi, selain berforum mereka juga turut mengadakan perbincangan teliti mengenai sumbangan TVET dan MTUN kepada industry.

“Walaupun banyak input yang diperoleh tetapi dek kesuntukan masa, objektif program tidak dapat dicapai sepenuhnya.

“Namun saya yakin perbincangan ini akan dilanjutkan pada perkampungan mahasiswa di UniMAP pada 12 hingga 14 April 2019 nanti agar lebih banyak input dari pelbagai perspektif dapat diperoleh bagi menambahbaik sistem yang telah sedia ada,” katanya.

Selain UniMAP yang menghantar 26 peserta, kembara ilmu turut disertai oleh dua universiti MTUN lain iaitu Universiti Tun Hussien Onn (UTHM) dengan penyertaan lapan pelajar; dan UTeM dengan 15 pelajar.

40 Pemimpin Mahasiswa MTUN Berkampung di Kembara Ilmu

40 Pemimpin Mahasiswa MTUN Berkampung di Kembara Ilmu

40 Pemimpin Mahasiswa MTUN Berkampung di Kembara Ilmu

40 Pemimpin Mahasiswa MTUN Berkampung di Kembara Ilmu

40 Pemimpin Mahasiswa MTUN Berkampung di Kembara Ilmu

40 Pemimpin Mahasiswa MTUN Berkampung di Kembara Ilmu

40 Pemimpin Mahasiswa MTUN Berkampung di Kembara Ilmu

40 Pemimpin Mahasiswa MTUN Berkampung di Kembara Ilmu

40 Pemimpin Mahasiswa MTUN Berkampung di Kembara Ilmu

40 Pemimpin Mahasiswa MTUN Berkampung di Kembara Ilmu

40 Pemimpin Mahasiswa MTUN Berkampung di Kembara Ilmu

Kangar, 11 April – Timbalan Pendaftar Kanan Universiti Sains Malaysia (USM) Mohd Saad Din dilantik sebagai Pendaftar baharu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berkuatkuasa 1 April lalu.

Beliau yang sebelum ini bertugas di Bahagian Sumber Manusia Jabatan Pendaftar di USM bersara wajib pada Mac baru-baru ini sebelum dilantik sebagai Pendaftar UniMAP sehingga Januari 2021 bagi menggantikan Tuan Zuber Mohamed yang juga bersara wajib pada 15 Januari lalu.

Mohd Saad yang berasal dari Telok Cengai, Alor Setar berkelulusan Sarjana Pentadbiran Awam (MPA) dari USM mula berkhidmat di universiti itu pada 1April 1986 sebelum bersara wajib pada usia 58 tahun.

Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan sumber manusia telah menabur bakti selama 32 tahun  di universiti yang terletak di Pulau Pinang itu sebelum dilantik menjadi Pendaftar Keempat UniMAP ,hari ini.

Terdahulu, Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal hadir menyaksikan Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Pendaftar UniMAP di antara Zuber dan Mohd Saad yang diadakan di Pejabat Naib Canselor, di sini, hari ini.

Mohd Saad Din Pendaftar Baharu UniMAP

Mohd Saad Din Pendaftar Baharu UniMAP

Mohd Saad Din Pendaftar Baharu UniMAP

Mohd Saad Din Pendaftar Baharu UniMAP

Mohd Saad Din Pendaftar Baharu UniMAP

PAUH PUTRA, 10 AprilUniversiti Malaysia Perlis (UniMAP), melalui Kelab Gyrosociety (GYROS) dan Kelab Staf Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Pembuatan telah menganjurkan Program Jejak Bakti 2.0 di di Sekolah Kebangsaan Guar Nangka, Mata Ayer, di sini, baru-baru ini.

Program sehari itu turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dengan  disertai seramai 45 pelajar dan 25 staf PPK Pembuatan.

Dekan PPK Pembuatan, Prof. Madya Dr. Noorhafiza Muhammad, berkata  program kebajikan dan kemasyarakatan itu diadakan bertujuan bagi  menyemai sikap mesra komuniti antara warga UniMAP dengan masyarakat setempat.

“Seperti yang telah kita sedia maklum, program kemasyarakatan dan khidmat komuniti memang sinonim dengan mahasiswa di institusi pengajian tinggi.

“Pembabitan mereka dalam program khidmat komuniti bukan sahaja dapat melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran insaniah,malah ia akan dapat  menanam sifat kesukarelawanan dan suka membantu mereka yang memerlukan dalam kalangan mahasiswa masa kini, katanya ketika menyampaikan ucapan aluan pada program itu.

Turut hadir, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Guar Nangka, Mohd Nazdri Jaafar.

Ujar Noorhafiza lagi, pihaknya akan menjadikan  program CSR itu sebagai acara tahunan kerana melihat dari penyertaan dan komitmen yang diberi oleh pelajar dan staf amat menggalakkan.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut adalah ceramah motivasi, penyelenggaraan kemudahan asrama, mengecat, melukis mural, serta sumbangan rak kasut hasil mini projek pelajar UniMAP melalui subjek Bengkel Kejuruteraan.

Sementara itu, Mohd Nazdri, berkata pihaknya berterima kasih atas keprihatinan PPK Pembuatan UniMAP dalam memberikan sumbangan tenaga dan keperluan terhadap sekolah tersebut.

“Saya amat berharap kerjasama antara sekolah ini dan UniMAP dapat kita teruskan lagi pada masa akan datang,” ujarnya.

Khidmat Sosial Jejak Bakti 2.0 Erat Hubungan Warga UniMAP, Masyarakat

Khidmat Sosial Jejak Bakti 2.0 Erat Hubungan Warga UniMAP, Masyarakat

Khidmat Sosial Jejak Bakti 2.0 Erat Hubungan Warga UniMAP, Masyarakat

Khidmat Sosial Jejak Bakti 2.0 Erat Hubungan Warga UniMAP, Masyarakat

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sentiasa memberikan perhatian dalam usaha melahirkan mahasiswa yang bersifat holistik tidak hanya mengejar kejayaan dunia malah menumpukan kepada keperluan akhirat.

Menyedari tanggungjawab mendidik mahasiswa tentang nilai-nilai Islam tersebut, Pusat Islam UniMAP dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Pauh Putra menganjurkan Islamic Festival 2018 ( iFEST 1.0).

Pengarah Pusat Islam UniMAP, Prof. Madya Dr. Shuhairimi Abdullah berkata, penganjuran iFEST 1.0 turut memberi peluang kepada Sahabat Pusat Islam dan MPKK TAR membantu menyemarakkan budaya  intelegensia dalam kalangan warga kampus di UniMAP.

“Sebagai sebuah gedung ilmu, kita terpanggil untuk sebaik mungkin bagi menerapkan nilai-nilai Islam kepada pelajar di sini dan buat pertama kalinya, kami ingin menjadikan iFEST sebagai acara tahunan Pusat Islam UniMAP.

“InsyaAllah di masa hadapan kita akan menambahbaik festival ini dengan lebih banyak program pengisian yang dapat menarik perhatian golongan remaja untuk turut serta dengan aktiviti keagamaan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

iFEST 1.0 merupakan karnival selama sehari semalam anjuran Pusat Islam UniMAP bertempat di Surau UniMAP, Kampus Pauh, Putra. Antara pengisian Qiyamullail Perdana, Kuliah Dhuha Perdana yang disampaikan Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, Forum Perdana dan Kuliah Maghrib Perdana bertajuk ‘End of The World True or Not’ oleh Dr. Danial Zainal Abidin.

Sementara itu bagi sahabat Pusat Islam saudara Muhammad Hanafi Yaacob berkata program yang pertama kali dianjurkan Sahabat Pusat Islam dan MPKK TAR UniMAP itu diharap dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan mahasiswa melalui pendekatan mahabbah itu sendiri.

“Semoga penganjuran iFEST 2.0 nanti akan menjadi pencetus kepada mahabbah iaitu kasih sayang kerana melalui aktiviti sebegini saya yakin mampu menyatukan seluruh warga UniMAP.”katanya.

Kangar, 25 April – Prihatin dengan murid-murid program pendidikan khas integrasi masalah pembelajaran (PPKIBP) di Sekolah Kebangsaan (SK) Putra, Pusat Pengajian Siswazah (CGS) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menganjurkan program tanggungjawab sosial universiti (USR) di sekolah itu, hari ini.

Program USR ‘Menambahbaik Lanskap dan Kelas PPKIBP’ itu membabitkan hampir 100 pelajar doktor falsafah (PhD) UniMAP,staf CGS, Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) serta murid program berkenaan.

Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata beliau amat menyokong program USR seperti itu memandangkan UniMAP juga merupakan sebuah institusi pendidikan.

Katanya, adalah lebih baik UniMAP memberi fokus terhadap bidang yang sama dalam menjalankan USR sepertimana program yang dianjurkan hari ini.

“Malah, saya juga berharap pendedahan mengenai kemahiran kepada murid-murid sekolah harus dititikberatkan sejak mereka di sekolah rendah yang kemudiannya akan dibawa ke peringkat seterusnya bagi menggerakkan kemajuan negara di masa akan datang,” kata beliau ketika berucap merasmikan program berkenaan.

Turut hadir Ketua Unit Pendidikan Swasta Jabatan Pendidikan Negeri, Sa’ezan Md Saad, Guru Besar SK Putra Ibtisam Othman, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP, Prof Ir Dr Rezuwan Kamaruddin, Dekan CGS Prof Madya Ir Dr Mohd Khairuddin Md Arshad, dan Pengarah Pusat Hal Ehwal Antarabangsa UniMAP Dr Salsuwanda Selamat.

Sementara itu, seorang pelajar antarabangsa yang kini mengikuti PhD di Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan (PPIPT) UniMAP , Miftahu Idris berkata ini adalah pengalaman pertamanya menyertai program USR dan teruja dapat bergaul dengan murid-murid sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Katanya, beliau yang berasal dari Nigeria itu seronok dapat menyertai program seperti ini sekaligus dapat mengenali suasana pendidikan di sekolah yang berbeza dari negara asalnya.

“Saya dan rakan-rakan juga tertarik dengan persekitaran dan budaya masyarakat di negara ini menjadikan salah satu faktor kami memilih melanjutkan pengajian di UniMAP,” katanya ketika ditemui di sini.

Selain gotong-royong menceriakan halaman sekolah, turut diadakan lukisan mural bersama Kelab Pelukis Negeri Perlis bagi menceriakan murid-murid istimewa sekolah itu serta sukaneka bersama murid- murid PPKIBP.

Malah, beberapa individu perseorangan dan pusat tanggungjawab di UniMAP turut memberi sumbangan berupa alat tulis kepada mereka.

 

Kangar, 23 April- Seramai 32 staf akademik dari Bangladesh ke Perlis bagi menyertai Bengkel Pembelajaran Pengajaran dan Metodologi Penyelidikan selama tujuh hari enam malam anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) baru-baru ini.

Delegasi ini telah diketuai oleh Ketua Institute of Quality Assurance Cell (IQAC) Chittagong University, Prof Jahangir Alam.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata UniMAP mempunyai hubungan yang akrab dengan Bangladesh sejak beberapa tahun yang lalu.

“Saya percaya UniMAP telah mengadakan hampir 20 lawatan ke Bangladesh dalam masa dua tahun lepas.

“Malah UniMAP juga mempunyai pelajar dan pensyarah dari Bangladesh serta turut menerima lawatan dari tetamu kehormat negara itu dari masa ke masa atas kapasiti yang berbeza,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian bengkel tersebut di Bilik Seminar PFI 2 di Kampus Induk UniMAP Pauh Putra di sini.

Tambah beliau, kerjasama terkini melibatkan UniMAP dan negara itu adalah dalam jaminan kualiti Bangladesh melalui inisiatif Universiti Grant Commission (UGC) dan Bank Dunia.

 “Selain dari mempelajari teknik terkini pembelajaran pengajaran serta penyelidikan, delegasi ini juga turut diperkenalkan dengan konsep asas kepimpinan akademik, termasuklah merancang dan mencarta kerjaya akademik seseorang berdasarkan minat dan kecenderungan akademik mereka.

“Beberapa orang tenaga pengajar dari Universiti Utara Malaysia (UUM) turut dijemput bagi berkongsi pengetahuan dalam teknik pengajaran dan pembelajaran mereka,” kata beliau.

Pada hari terakhir bengkel yang berlangsung di UniMAP Kuala Lumpur, Naib Canselor Chittagong University, Prof. Atiuddin Chowdry turut menyertai program itu.  

Dalam perbincangan antara Naib Canselor kedua-dua universiti ini, satu rancangan untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua buah universiti telah dicapai termasuk perbincangan lanjut mengenai kursus pendek, program mobiliti dan seminar.

Sebagai tambahan, CU berminat untuk menawarkan pengajian Bahasa Malaysia di kampus mereka dan UniMAP berinisiatif untuk bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi merealisasikan hasrat CU itu.

CU adalah antara empat universiti awam utama di Bangladesh. Tiga lagi universiti adalah Dhaka University, Jahangirnagar University and Rajshahi University.

Untuk rekod, hubungan baik UniMAP dengan CU terjalin sejak universiti itu menyertai usaha kerajaan Bangladesh untuk menaikkan standard kualiti institusi pendidikan tinggi negara mereka.

Pauh Putra, 23 April – Kolej Kediaman Tan Sri Aisyah Ghani (KKTAG) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dinobatkan Juara Perpaduan sempena Festival Kebudayaan Antara Kolej Kediaman (FESTKOL) 2018 yang berlangsung mulai 19, 20 dan 22 April.

Lebih manis apabila pasukan kolej berkenaan turut diumumkan meraih dua kejuaraan iaitu bagi kategori pertandingan Boria dan kategori Dikir Barat ketika Majlis Penutup FESTKOL 2018 di Dewan Kecemerlangan di sini.

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Prof Ir Dr Rezuwan Kamaruddin merasmikan upacara Majlis Penutup FESTKOL 2018 anjuran Unit Kebudayaan dan Rekreasi (UKR) dengan kerjasama MPKK Kolej Kediaman Tun Abdul Razak (PFi2) itu.

Beliau berkata walaupun UniMAP merupakan universiti berteraskan kejuruteraan, namun tidak menghalang mahasiswa universiti itu untuk bergiat aktif dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan.

“Saya berharap di masa akan datang lebih banyak kategori dipertandingkan dengan memberi peluang kebudayaan kaum lain yang berada di UniMAP dapat diketengahkan bersama-sama kebudayaan sedia ada di pertandingan ini.

Ia bertujuan agar semua lapisan pelajar diberi pendedahan mengenai budaya kaum-kaum lain di negara ini termasuk pelajar antarabangsa,” kata beliau ketika berucap merasmikan penutupan FESTKOL 2018.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Prof Dr Uda Hashim , Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan, Pengarah UKR Mohd Izwan Izhar Haris serta pengetua-pengetua kolej kediaman.

Sementara itu, Pengetua KKTAG Ismail Ibrahim berkata beliau melahirkan penghargaan terhadap komitmen penghuni KKTAG yang sama-sama bersepakat bagi menghasilkan kejayaan berkenaan.

Katanya, lebih menarik penyertaan Boria dari KKTAG mendapat perhatian juri apabila kebudayaan berasal dari Pulau Pinang itu dikendali tekong yang berasal dari Sarawak.

“Selain itu,lebih istimewa penyertaan pasukan KKTAG ke FESTKOL 2018 mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi dari Persatuan Anak-anak Negeri Kelantan (HIMSAK), Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) Persatuan Siswa Darul Aman (ANSAR), Gerakan Mahasiswa Johor (GEMA’J) serta Persatuan Anak Sarawak Semenanjung (PASS),” kata beliau ketika ditemui selepas majlis itu.

Tambahnya, hasil kerjasama mereka bersama Majlis Penghuni Kolej Kediaman (MPKK) kolej kediaman itu tanpa mengira perbezaan bangsa dan kaum menjadi penyuntik semangat pasukan menjalani latihan seterusnya menjuarai FESTKOL 2018.

FESTKOL 2018 merupakan festival julung kali diadakan bagi menggilap bakat mahasiswa UniMAP seterusnya bersaing di Festival Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (FestKUM) anjuran Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) dan One World Culture di masa akan datang.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Boria, Nasyid dan Dikir Barat membabitkan penyertaan enam kolej kediaman di UniMAP.

Bagi pertandingan nasyid, pasukan Kolej Kediaman Pauh Putra menjuarai kategori berkenan.

Kuala Lumpur, 17 April – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) adalah antara institusi pendidikan yang terlibat secara langsung sempena Persidangan Pertahanan Asia (DSA) 2018 ke-16 dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) 2018 yang diadakan di Pusat Pameran & Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.

Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata UniMAP mengambil peluang menjalinkan kerjasama dalam bidang kejuruteraan berkaitan ketenteraan dengan syarikat Empayar Paradiqma Sdn Bhd menerusi upacara menandatangani surat hasrat (LOI) sempena persidangan itu.

Katanya, kerjasama itu jelas membuktikan impak pembangunan dan penyelidikan (R&D) bukan hanya di peringkat akademik sahaja malah merentasi pelbagai fungsi dan bidang.

“Kerjasama strategik ini bakal memberi kesan secara langsung kepada mahasiswa UniMAP khususnya dalam konteks kebolehpasaran graduan dapat ditingkatkan,” katanya dalam sebuah kenyataan di sini.

Tambahnya, Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Pembuatan UniMAP diberi tanggungjawab bagi menyemarakkan kerjasama itu dalam usaha keterlihatan UniMAP di peringkat antarabangsa.

Surat hasrat itu ditandatangani oleh Zul Azhar sendiri bagi mewakili UniMAP manakala Empayar Paradiqma diwakili Pengarahnya, Dato’ Hazizan Ahmad dengan disaksikan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Canselor UniMAP.

Empayar Paradiqma merupakan sebuah syarikat yang terlibat dengan industri ketenteraan berpengkalan di Perak.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin turut menyampaikan titah ucaptama persidangan meja bulat ‘Chief Army Round Talk (ChART) 2018 di persidangan berkenaan.

 

CAPTION GAMBAR: Zul Azhar dan Hazizan menandatangani LOI di antara UniMAP dan Empayar Paradiqma Sdn Bhd disaksikan Tuanku Canselor UniMAP sempena DSA 2018.

Pauh Putra, 15 April – Sebanyak 408 penyertaan pada International Engineering Invention and Innovation Exhibition (i-ENVEX) 2018 yang berlangsung mulai 13 hingga 15 April di Dewan Ilmu, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata daripada jumlah itu, 163 penyertaan dari sekolah menengah, 92 dari UniMAP sendiri, dan 72 penyertaan institusi pengajian tinggi (IPT) manakala penyertaan antarabangsa pula adalah 81 penyertaan dari 16 buah negara.

“Antara negara yang menyertai ialah India, Taiwan, Hong Kong, China, Macau, Thailand, Indonesia, Kanada , Romania, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Vietnam, Laos, Bangladesh dan Filipina.

“Penganjuran pameran bertaraf antarabangsa ini adalah bagi memberi pendedahan awal dan menggalakkan pelajar sekolah serta mahasiswa untuk terlibat dalam bidang penyelidikan dan inovasi seterusnya memperkasakan kebolehan serta penciptaan pelajar ke platform lebih tinggi,” kata beliau ketika menyampaikan ucapan perasmian Penutup i-ENVEX 2018, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Program Prof Madya Dr Mustafa Al-Bakri Abdullah.

Terdahulu, produk  Sistem Ternakan Ayam Organik E-Lips hasil inovasi Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan dan Green-based Antibacterial Hand Sanitizer Serum (GreeSS) ciptaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang mengungguli i-ENVEX Best of The Best Award.

Sementara itu, produk ciptaan penyelidik UniMAP iaitu Human Representative Humanoid Robot daripada penyelidik Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) memperolehi UniMAP Vice Chancellor Award,selain produk XDM :Ultimate Elimination of Dengue Fever Using Herbal Larvicide Membrane Technology hasil ciptaan Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Alam Sekitar meraih i-ENVEX Special Award manakala Wireless Network Scalling for Chicken Farm  meraih i-ENVEX Best Award Classed A (Agriculture, Environmental & Renewable Energy).

Selain itu, bagi anugerah khas antarabangsa produk Self Cleaning Geopolymer Paste daripada PPK Alam Sekitar serta produk An Environmental Friendly Synthetic WOOD PANEL  daripada FTK masing-masing meraih National Institute for Research and Development in Environmental Protection (INCDPM) Romania Award on Environmental  Protection.

 

Ayer Hitam, 11 April – Bagi memberi pendedahan dalam bidang kejuruteraan nanoteknologi , Institut Kejuruteraan Nano Elekronik (INEE) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyertai pameran Sains , Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), di sini, hari ini.

Pameran berkenaan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam, sempena Minggu STEM dan Kerjaya 2018 anjuran sekolah berkenaan.

Pengarah INEE, Prof Madya Dr Ruslinda A.Rahim berkata selain pameran, pasukan INEE turut mengadakan aktiviti kuiz dan taklimat kerjaya bersama kira-kira 300 pelajar tingkatan tiga hingga lima sekolah itu.

Ujarnya,beliau bersama pasukannya iaitu Dr Mohammad Nuzaihan Md Nor selaku penyelaras program, Dr Nur Hamidah Abdul Halim dan Ts En Jasni Mohamed Ismail mengambil inisiatif menyertai pameran itu agar generasi muda diberi pendedahan lebih awal mengenai  kejuruteraan nanoteknologi.

“Kita harus memberi pendedahan kepada mereka sejak mereka sekolah lagi agar apabila mereka ke universiti, mereka sudah mengetahui dengan lebih meluas mengenai kejuruteraan, khususnya kejuruteraan biosensor dan nanoelektronik,” kata beliau.

Tambah beliau, ini bertepatan dengan hasrat kerajaan yang mahu melahirkan  generasi muda berteknologi sekaligus menjadi pemangkin pembangunan negara.

“Selain itu, pameran ini berperanan memberi maklumat mengenai kepentingan teknologi dalam kehidupan seharian dan pembangunan masyarakat untuk dimanfaatkan mereka pada masa hadapan, “ katanya.

Selain SMK Ayer Hitam dan UniMAP, SMK Tanjung Pauh dan SMK Mahawangsa turut menjayakan pameran berkenaan.

Menurut Dr Ruslinda, INEE berhasrat meneruskan program tanggungjawab sosial (CSR) seperti itu di masa hadapan dengan membawa pelajar sekolah sekitar Perlis dan Kedah ke INEE.

“Secara tidak langsung pelajar sekolah dapat melihat sendiri teknologi yang ada di INEE bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan minat mereka terhadap kejuruteraan nanoteknologi,” katanya.

Arau, 4 April – Dekan Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (iKOM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Madya Dr. Huzili Hussin telah dilantik menjadi pakar rujuk Bahagian Kaunseling dan Psikologi, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKMN) Perlis berkuatkuasa serta merta. 

Ini adalah selaras dengan perancagan strategik JKM 2017 yang menggariskan beberapa perancangan bagi menyebarluaskan perkhidmatan kaunseling dan psikologi kepada komuniti.

Menurut Huzili, lantikan beliau adalah seiring dengan prinsip Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang diperkenalkan oleh kerajaan tidak lama dulu.

“Saya bersyukur kerana dilantik menjadi pakar rujuk JKMN sekaligus menyokong NBOS yang menggalakkan kerjasama dan perkongsian antara agensi.

“Inilah masa untuk saya berbakti kepada masyarakat melalui perkongsian kepakaran dan ilmu dari sudut ahli akademik,” katanya.

Huzili yang dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Sains Malaysia mempunyai kepakaran dalam psikologi kaunseling dan sub bidangnya adalah Cognitive Behavioral Therapy Intervention.

Beliau merupakan kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia dan telah menjalankan banyak kajian berkaitan isu-isu psikologi penagihan dadah.

Atas kepakarannya, beliau juga turut dilantik sebagai salah seorang panel penggubal garis panduan pencegahan penyalahgunaan dadah, substans dan alkohol peringkat Kementerian Pendidikian Tinggi.

Kuala Lumpur, 3 April – Universiti Malaysia Perlis menandatangani perjanjian memorandum (MoA) bersama Regent College yang diadakan di AUKL, semalam.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata perjanjian itu adalah mengenai penawaran program Sarjana Muda Perniagaan UniMAP oleh Regent College.

“Perjanjian ini adalah antara intipati bagi memenuhi aspirasi kerajaan yang inginkan Universiti Awam agar lebih fleksibel dalam menyediakan peluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Justeru, menerusi perjanjian ini akan memudahkan bakal pelajar di sekitar ibu negara atau negeri-negeri selatan mengikuti program berkenaan di Regent College di Puchong, Selangor,” kata beliau.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Dr Zul Azhar mewakili UniMAP manakala Regent College diwakili Pengarah Urusannya, Dato’ Dr Nelson Renganathan disaksikan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UniMAP, Dato Dr Mohd Sofi Osman, ahli-ahli LPU dan Ketua Pegawai Eksekutif Regent College, Muhiniswari Govindasamy.

Dalam majlis sama turut berlangsung penyerahan cek bernilai RM175,000 sebagai bayaran pendahuluan iaitu 50 peratus daripada yuran perlesenan, dan RM50,000 jaminan bank yang diserahkan Regent College kepada UniMAP.

 

 

 

Arau, 28 April – Kerjasama antara Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) adalah penting bagi memastikan sinergi antara institusi akademik, agensi keselamatan dan masyarakat terus kukuh.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, dalam konteks keselamatan warga UniMAP yang sehingga kini berjumlah lebih 13,000 orang sebahagian besarnya merupakan anggota masyarakat di negeri Perlis.

Jumlah itu, ujar beliau jika dicampur dengan pasangan atau ahli keluarga boleh mencecah melebihi 20,000 orang yang mewakili 20 peratus dari populasi penduduk di negeri Perlis.

Justeru, jelasnya, UniMAP melalui Pusat Ko-Kurikulum dan Jabatan Keselamatan, mengambil inisiatif menganjurkan sesi menembak membabitkan pengurusan tertinggi kedua-dua organisasi bagi mendekatkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak.

“Kita sememangnya telah mempunyai hubungan yang erat dengan pihak PDRM melalui penubuhan Kor Sukarelawan Siswa Siswi (SUKSIS), namun platform pertemuan kali ini adalah berbeza bagi mendekatkan lagi ketua-ketua jabatan UniMAP dengan pihak pengurusan tertinggi PDRM.

“Ini bagi memudahkan sebarang proses sekiranya berlaku situasi yang tidak dingini membabitkan warga UniMAP atau ahli keluarga masing-masing,” ujarnya ketika berucap di majlis penyampaian hadiah Pertandingan Menembak Ketua Jabatan UniMAP di lapang sasar Kem Mata Ayer di sini.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis, ACP Noor Mushar Hj. Mohd.

Seramai 40 Ketua Jabatan dan pengurusan tertinggi kedua-dua agensi menyertai pertandingan tersebut yang menyaksikan Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Prof. Dr. Zaliman Sauli memenangi tempat pertama kategori individu diikuti Pengarah Jabatan Keselamatan UniMAP yang juga mantan Ketua Polis Perlis Datuk Zul Aznam Haron di tempat kedua dan Pengetua Kolej Kediaman UniMAP, Syed Akhmal Syed Jamalil menduduki tempat ketiga.

Menurut Dr. Zul Azhar lagi, selain itu, UniMAP juga membuka peluang kepada PDRM untuk menggunakan apa jua infrastruktur atau kemudahan termasuk kepakaran yang dimiliki oleh universiti sekiranya ia memberikan manfaat kepada masyarakat.

Terkini ujar beliau, UniMAP dan PDRM bekerjasama dalam memusnahkan sebutir bom yang dijumpai di kampus tetap UniMAP di Pauh Putra menggunakan kepakaran teknologi drone dan robotik.

UniMAP turut membuka peluang kepada anggota-anggota PDRM yang ingin menyambung pengajian dalam mana-mana bidang pengajian yang ditawarkan,” katanya lagi.

 

Sintok, 22 April  – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya meraih tempat ketiga di Festival Tari 1Malaysia anjuran Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) 2017 yang diadakan di Dataran Budaya Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini.

UniMAP  yang diwakili kumpulan tarian Sutramaya terdiri daripada pelajar berbangsa Siam, Iban, orang Asli, Cina, India dan Melayu itu berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM600 selain turut meraih anugerah Busana Terbaik.

Pengarah Unit Kebudayaan dan Rekreasi UniMAP, Mohd Izwan Izhar Haris berkata kumpulan Sutramaya menjalani latihan selama tiga minggu sebelum menyertai festival berkenaan memandangkan ahli kumpulan itu terdiri daripada pelajar pelbagai kursus pengajian,

Katanya, Sutramaya turut mendapat bimbingan dan latihan dari semua staf UKR sendiri termasuk Terry Junas sebagai Kareografer dan Libren Francis sebagai pegawai pengiring mereka.

“Ini adalah kejayaan pertama UniMAP di peringkat MAKUM walaupun sekadar meraih tempat ketiga tetapi ia memberi pengalaman yang tidak ternilai kepada semua ahli kumpulan bagi menghadapi pertandingan lain di masa akan datang,” katanya ketika dihubungi.

Festival Tari 1 Malaysia yang berlangsung mulai 20 hingga 22 April itu turut menyaksikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meraih tempat pertama termasuk memperolehi Koreografi Terbaik serta Persembahan Terbaik diikuti UUM di tempat kedua manakala Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menarik perhatian juri dengan meraih Anugerah Khas Juri.

 

Padang Besar, 17 April - Perusahan Automobil Kedua (Perodua) merancang mengeluarkan beberapa model baharu kenderaan jimat minyak (EEV) untuk terus kekal bersaing dalam segmen kereta kompak menerusi  rancangan lima tahun 2017-2021.

Pemangku Pengurus Besar Kanan Perodua Manufacturing Sdn Bhd, Mohd Saifuzzaman Mohammad berkata perancangan juga bagi memenuhi permintaan ke atas kereta kompak jimat minyak dalam tempoh tersebut.

"Saya tidak boleh bagi tahu (model yang akan dikeluarkan) sekarang kerana ini strategi perniagaan, namun model-model baharu ini akan lebih berkualiti,  murah, lancar dan jimat minyak," katanya.

Beliau ditemui selepas membuat penyerahan rasmi lima unit mesin perkomputeran (CNC) terpakai pembuatan enjin kereta kepada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), yang diterima oleh Naib Canselornya, Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal di Kampus Uniciti, Sungai Chuchuh di sini, hari ini.

Mohd Saifuzzaman berkata pemilihan model Bezza yang menerima penarafan lima bintang ASEAN NCAP baru-baru ini dan model Axia yang mendapat sambutan hangat pembeli, akan dipertingkatkan.

Mengenai CNC yang disumbangkan itu, beliau berkata dalam jangka masa panjang fungsi asas mesin tersebut dalam industri automotif,  relevan untuk satu jangka masa yang agak panjang.

"Kami telah memiliki beberapa mesin baharu bagi mengeluarkan model baharu, namun mesin ini sangat berguna untuk tujuan pendidikan kerana pelajar dapat menyesuaikan diri dengan bidang yang diceburi kelak," katanya.

Menurut Mohd Saifuzzaman harga mesin baharu  antara RM 800,000 dan  RM 1.3 juta seunit bagi harga terpakai termasuk kos penghantaran, hanya RM 330,000.

Sementara itu Zul Azhar berkata hubungan strategik UniMAP-Perodua sejak lima tahun lepas telah meningkatkan nilai kebolehpasaran graduannya selain mereka dapat menjalani latihan praktikum dalam suasana sebenar industri automotif.

"Cara ini akan melahirkan graduan yang holistik, relevan dan kompeten kerana keupayaan mereka menerapkan nilai-nilai yang diperlukan oleh industri menerusi latihan amali," katanya" katanya.

Zul Azhar mencadangkan syarikat automotif menjalin kerjasama lebih erat dengan UniMAP bagi menjalankan penyelidikan dan pembangunan. – Bernama

 

Pauh Putra, 7 April - Pendekatan komunikasi yang baik dalam sesebuah jabatan mampu memacu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk mencapai hasrat dalam usaha menjadi 500 universiti terbaik dunia menjelang tahun 2020.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, berkata komunikasi dalaman yang baik akan memudahkan sesuatu maklumat atau hasrat sesebuah organisasi dilaksanakan mengikut piawaian universiti.

“Setiap ketua jabatan haruslah memainkan peranan penting untuk memastikan staf memahami tugas dan tanggungjawab yang diberikan dan mampu bekerja dalam sebuah pasukan.

“Sebarang perselisihan pendapat haruslah dibincang secara profesional supaya keputusan yang dibuat adalah yang terbaik dan setiap individu perlu menghormati keputusan tersebut,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Naib Canselor dengan Barisan Pengurusan Tertinggi di Peringkat Jabatan/PTj sesi 2017-2019.

Sempena majlis berkenaan turut diadakan bacaan ikrar barisan pengurusan tertinggi berkenaan yang diketuai Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Kejuruteraan , Dr. Nik Noriman Zulkepli.

Dr Zul Azhar berkata, lantikan barisan pengurusan tertinggi kali ini telah melalui proses yang teliti yang menekankan dari segi pengetahuan, pengalaman dan hala tuju serta masa depan setiap organisasi dan jabatan

“Lantikan ini telah berkuatkuasa pada 1 Mac 2017 hingga 28 Febuari 2019, melibatkan 131 staf dengan pecahan peratusan diantara 51 peratus staf lelaki dan 49 peratus adalah staf perempuan,” katanya.

Selain itu, Dr Zul Azhar juga menekankan agar setiap individu yang dilantik supaya sentiasa mempunyai tenaga, integriti dan pengetahuan yang tinggi agar mampu menjadi contoh yang baik kepada staf dan mahasiswa.

 

Kangar, 1 April – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengekalkan kejuaraan lima tahun berturut-turut pada pertandingan nyanyian anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) PerlisFm.

Penyanyi UniMAP yang juga staf di Unit Kebudayaan dan Rekreasi (UKR), Mohd Hafedz Halim yang mendendangkan lagu Mustika nyanyian asal M. Nasir berjaya menarik perhatian juri sekaligus meraih kejuaraan di pertandingan yang diadakan di Dewan 2020 itu, di sini.

Pengarah UKR, Mohd Izwan Izhar Haris berkata, kejayaan tersebut merupakan kejayaan kali kelima semenjak menyertainya mulai tahun 2013 iaitu di Pertandingan  Nyanyian Lagu 60-an dan Nyanyian Lagu 70-an Dalam Loghat Utara.

“Ia diikuti Pertandingan Nyanyian Lagu 60-an Dalam Loghat Utara pada 2014 yang dijuarai Syamsyuhaida Sabri. Selain Hafedz, seorang lagi staf UKR iaitu Norefendy Ghazali turut tersenarai sebagai finalis pertandingan pada tahun ini yang diadakan sempena Ulangtahun RTM ke-71 itu,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Hasil kemenangan, Hafedz berjaya membawa pulang wang tunai RM3,000 dan piala.

Menurut Mohd Izwan, UKR sentiasa aktif menyertai pertandingan-pertandingan nyanyian samada di peringkat negeri mahupun kebangsaan bagi memberi pendedahan yang luas kepada kakitangannya.

“Selain pertandingan, kami juga kerap mengadakan persembahan di majlis-majlis dalaman dan luar UniMAP termasuk persembahan muzik dan tarian,” katanya.

 

KANGAR, 28 April – Selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang, Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan (PPIPT) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) didedahkan dengan pengalaman perniagaan menerusi penganjuran Karnival Keusahawanan PPIPT 2016.

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni PPIPT UniMAP, Muhamad Azan Yaakob berkata, penganjuran karnival tersebut juga antara lainnya akan membolehkan para pelajar memperolehi ilmu secara praktikal dengan merasai sendiri pengalaman menguruskan perniagaan.

Beliau menjelaskan, penganjuran karnival yang berlangsung selama dua hari itu turut membuka peluang kepada pelajar merasai sendiri pengalaman berniaga di dunia sebenar dan pada masa sama menentukan hala tuju perniagaan dalam mencapai keuntungan yang ditetapkan.

“Selain itu, penganjuran karnival ini juga disasarkan untuk mengubah minda dan pemikiran pelajar yang sebahagian besarnya menyimpan impian untuk bekerja sama ada di sektor kerajaan atau swasta.

“Sekiranya mereka berniaga selepas bergaduat kelak, ia akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai kelak,” ujar beliau ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Karnival Keusahawanan PPIPT 2016 di sini hari ini.

Majlis Perasmian PPIPT Entrepreneurship Carnival 2016 disempurnakan Speaker Kerajaan Negeri Perlis, Hamdan Bahari.

Sementara itu, Pengarah Program, Muhamad Aniq Bakhtiar Mustafa Alba berkata, karnival itu merupakan sebahagian daripada kerja kursus bagi mata pelajaran  Gelagat Organisasi (Organization Behavior) yang diwajibkan untuk semua pelajar tahun satu jurusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa.

“Karnival ini merupakan kali pertama dianjurkan pelajar  Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa dan sambutannya amat memberangsangkan.

“Sebelum ini kami hanya mengadakan program tanggungjawab sosial universiti (USR) seperti membantu masyarakat kampung dan sebagainya, dan penganjuran karnival ini merupakan sesuatu yang baharu bagi kami,” katanya.

Muhamad Aniq juga berharap agar karnival tersebut dapat diluaskan lagi dengan membuka penyertaan kepada masyarakat Perlis bagi memberikan lebih banyak pengalaman keusahawanan kepada pelajar UniMAP.

Karnival tersebut melibatkan 531 pelajar dari lapan buah kelas membabitkan 27 gerai makanan dan enam gerai permainan yang diuruskan sendiri oleh para pelajar.

Antara gerai aktiviti  yang menarik perhatian adalah pertandingan Marathon, PPITP Got Talent, Rumah Hantu, Photo Booth, Memanah dan Dart.

Kangar, 26 April – Sebagai hub pendidikan kawasan utara, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) komited untuk menghasilkan sumber manusia yang berkemahiran tinggi yang mampu menyumbang kepada bidang industri perkhidmatan dan pembuatan Negara.

Pengarah Pusat Kerjasama Industri dan Agensi Kerajaan (CIGC), Dr. Mukhzeer Mohamad Shahimin berkata UniMAP sedia untuk berkolaborasi dengan mana-mana organisasi sebagai usaha untuk meningkatkan daya saing pelajar.

UniMAP akan terus menyokong dan menjadi rakan strategik dengan mana-mana organisasi untuk meningkatkan daya saing, skil dan pembentukan sahsiah diri pelajar sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran global.

“Ini sekaligus akan memastikan Malaysia mempunyai graduan yang diperlukan untuk mencapai sasaran sebagai Negara berpendapatan tinggi, dan ekonomi berasaskan pengetahuan menjelang 2020,” katanya ketika merasmikan Pameran Kerjaya Sector Focused Career Fair UniMAP (SFCF) 2016 yang berlangsung di Dewan Ilmu Kampus Induk UniMAP, Pauh Putra semalam.

Program selama dua hari itu adalah anjuran bersama UniMAP dan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) disertai lebih 30 industri yang berfokus kepada Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Hadir bersama Ketua Pembangunan Bakat Malaysia (Kebolehpasaran Graduan) TalentCorp, Siti Norliza Mohd Sahar; dan Pengarah Program SFCF UniMAP, Eric Aw Zhern Li.

Menurut Dr. Mukhzeer, pameran kerjaya tersebut merupakan program tahunan CIGC dan UniMAP tetapi SFCF adalah julung kali diadakan dan mendapat sambutan luar biasa bukan sahaja dari pelajar UniMAP malah dari institusi lain Negara ini.

“Kami percaya, program sebegini akan menonjolkan bakat terbaik pelajar kita yang sekaligus menarik minat syarikat antarabangsa dan pembuatan bernilai tinggi untuk mengupah mereka,” katanya.

Tambahnya lagi, ini secara tidak langsung akan membolehkan syarikat-syarikat tersebut mengembangkan operasi mereka hingga ke peringkat global. 

Selain UniMAP, terdapat tiga lagi universiti yang bakal menganjurkan SFCF iaitu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 11 dan 12 Mei 2016, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 27 dan 28 September 2016 dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) pada 18 Oktober 2016.

SFCF turut menerima kunjungan daripada pelajar institusi luar antaranya UPSI, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIP), Institut  Latihan Perindustrian (ILP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Arau, dan Politeknik kawasan utara.

Pauh Putra, 25 April – Program Jom Baca 10 Minit peringkat negeri Perlis bersama anak-anak istimewa sempena Program Kesedaran Autisme 2016 diharapkan menjadi inspirasi memperkasa tabiat membaca dalam kalangan masyarakat.
Program anjuran Hab Pendidikan dan Latihan Autisme (A-HEART) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Perbadanan Perpustakaan Negara Malaysia Perlis itu diadakan di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP), di sini.
Penyelaras A-HEART yang juga Ketua Pustakawan UniMAP, Mazmin Mat Akhir berkata serentak bulan April adalah Bulan Kesedaran Autisme dan juga Bulan Membaca membuka peluang kepada dua agensi itu bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pendidikan anak-anak autisme.
“Perbadanan Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis dan A-HEART akan terus komited untuk memberi fokus kepada perkembangan bakat anak-anak autisme dengan sokongan pelbagai agensi di Perlis khususnya dan Malaysia amnya.
“Fokus A-HEART sememangnya jelas untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran serta kefahaman ahli masyarakat tentang autisme, justeru melalui program ini sebagai salah satu inisiatif daripadanya,” kata beliau ketika berucap di Program Kesedaran Autisme berkenaan.
Turut berkenan berangkat hadir ke program itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Tuanku Pro Canselor UniMAP dan penaung A-HEART.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Ahmad Zamri Khairuddin , Pengarah Perbadanan Perpustakaan Negara Malaysia Perlis, Machita Osman.
Program Jom Baca 10 Minit mula diadakan sejak 2014 merupakan langkah memupuk minat membaca di kalangan masyarakat diadakan serentak seluruh negeri Perlis pada hari ini.
Sebuah buku bertajuk “Chicken Soup for The Soul” sumbangan Perbadanan Perpustakaan Negara Malaysia Perlis digunakan bagi menjayakan program itu dengan penglibatan hampir 15 anak-anak autisme dengan bimbingan sukarelawan A-HEART dan Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas Perlis.
Terdahulu, turut diadakan slot Bicara Buku bertajuk “Aku Bersyukur Anakku Autisme” oleh Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Al-Quran dan Sunnah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Wan Nasyrudin Wan Abdullah serta ceramah yang disampaikan pengasas bersama penubuhan sekolah autisme pertama pada tahun 2004 di London, Paul Conrathe.
Paul juga adalah pemilik dan Pengarah Urusan SEN Ltd dan Eagle House Group United Kingdom.

KUALA LUMPUR, 18 April – Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Biosistem, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Chua Seng Wei, meraih pingat ganga bagi  Anugerah Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR).

Anugerah disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dalam majlis yang diadakan di Memorial Tunku Abdul Rahman, di sini, semalam.

Menurut Chua Seng Wei, anugerah yang diterima itu merupakan penghargaan bukan saja bagi dirinya, malahan bagi UniMAP.

“Saya berasa amat berbangga kerana terpilih untuk memperolehi anugerah antara yang berprestij di negara kita ini.Walaupun telah bekerja saya bersyukur kerana masih dapat mengharumkan nama UniMAP.

“Harapan saya agar lebih ramai graduan akan meraih anugerah yang lebih tinggi, sama ada emas atau perak di masa hadapan,”katanya ketika dihubungi, semalam.

Chua Seng Wei yang kini bekerja sebagai jurutera kadet di IOI Group, membawa pulang wang tunai RM1,000 dan pingat gangsa tulen seberat 32 gram.

Antara kriteria yang ditetapkan untuk terpilih menerima Anugerah YTAR ialah seseorang graduan mestilah mencapai Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) minimum 3.80, dan sangat aktif serta mencapai kecemerlangan dalam bidang kokurikulum sepanjang pengajiannya.

Untuk rekod, pada tahun 2014 lalu, graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mikroelektronik UniMAP, Umahwathy Sundararaju turut menerima anugerah yang sama.

  

Pauh Putra, 14 April: Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) muncul juara keseluruhan Kejohanan Sukan Antara Pusat-Pusat Pengajian Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 2016 yang berlangsung pada 1 hingga  3 April baru-baru ini.

FTK meraih enam emas, empat perak dan dua gangsa dengan pingat emas diperolehi melalui acara Tenis Campuran, Petanque (Wanita), Bola Jaring (Lelaki), Bola Jaring (Wanita), Bola Tampar (Lelaki) dan Bola Tampar               (wanita).

Tempat kedua pula dimenangi Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Mikroelektronik dengan kutipan empat emas yang diraih melalui acara Petanque (Lelaki), Woodball (Lelaki), Woodball (Wanita) dan  Bola Sepak 9’S selain tiga perak dan empat gangsa.

Manakala tempat ketiga diraih PPK Pembuatan dengan kutipan dua emas, empat perak dan satu gangsa.

Sebanyak 19 acara dipertandingkan pada Kejohanan Sukan Antara Pusat-Pusat Pengajian Universiti Perlis (UniMAP) 2016 yang disertai 11 pusat pengajian.

Kejohanan yang berlangsung di Stadium Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, UniMAP itu dianjurkan bertujuan bagi membudayakan sukan di kalangan pelajar UniMAP di samping mengeratkan hubungan dikalangan pelajar.

Arau, 14 April – Program Pengecualian Visa bagi membolehkan rakyat Malaysia mengunjungi Amerika Syarikat (AS) tanpa visa dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat, kata Duta AS ke Malaysia, Joseph Y. Yun.

Menurut beliau, menerusi program tersebut yang dilaksanakan sejak dua tahun lalu, Malaysia perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan oleh kerajaan AS antaranya mengekalkan kadar penolakan visa di bawah tiga peratus selama setahun.

Ujar beliau, pada dasarnya, Malaysia telah menunjukkan prestasi yang memberansangkan berhubung kadar penolakan visa apabila berjaya mencapai kadar 3.4 peratus kini berbanding 11 peratus dalam tempoh lima tahun yang lalu.

“Kita hampir pasti menyelesaikannya (pengecualian visa) jika dilihat kepada prestasi memberansangkan ini,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Syarahan Antarabangsa bertajuk “Hubungan Strategik Malaysia-Amerika Syarikat” di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) di Kampus Induk Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini petang semalam.

Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah lailatul Shahreen Akshah Khalil turut berkenan berangkat hadir ke Syarahan Antarabangsa yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Kepimpinan Pendidikan Lestari (LEAD) UniMAP itu.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal dan pengurusan tertinggi UniMAP.

Yun seterusnya menjelaskan, apabila program tersebut dilaksanakan kelak,  Malaysia bakal menjadi negara majoriti Islam pertama yang diberikan pengecualian visa.

Jelas beliau, selain kadar penolakan visa, Malaysia dan AS juga telah menandatangani perjanjian dokumen keselamatan bagi membolehkan kedua-dua negara bertukar data jenayah dan pengganas.

“Ramai yang melihat perjanjian ini sebagai sesuatu yang negatif, tetapi sebenarnya dengan adanya pertukaran data ini, pihak AS akan dapat menyekat individu yang perlu dihalang dari memasuki AS.

“Agak sukar sebenarnya untuk menakrifkan penjenayah dan pengganas mengikut terma sesebuah negara, dan ia sebenarnya yang melengahkan proses pengecualian visa ini. Namun, berdasarkan perjanjian yang dimeterai, ia dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat,” ujarnya lagi.

Yun sebelum itu turut menghadiri majlis santapan tengah hari bersama Tuanku Raja Muda dan Raja Puan Muda serta Mufti negeri Perlis, Prof. Madya Datuk Dr.  Mohd. Asri Zainul Abidin.

Pauh Putra,12 April – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus komited dalam memantapkan integriti dan pencegahan rasuah menerusi Seminar Integriti dan Pencegahan Rasuah Dalam Pengurusan Kewangan Sektor Awam/Badan Berkanun yang berlangsung di sini, hari ini.

Seminar anjuran Jabatan Bendahari UniMAP itu berlangsung di Dewan Kecemerlangan UniMAP membabitkan hampir 300 kakitangan universiti pelbagai peringkat jawatan.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata sepertimana hasrat kerajaan, UniMAP turut mengambil serius usaha meningkatkan integriti dan menangani gejala rasuah di kalangan kakitangannya.

“Justeru, UniMAP akan mengambil kira pendekatan strategik dalam aspek memperkasakan entiti kawalan dalaman agensi awam.

“Bagi memastikan perjalanan organisasi di universiti ini lancar, prosedur dan tatacara pengurusan terutama pengurusan kewangannya perlu telus serta teratur berdasarkan garis panduan kewangan yang diterimapakai,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan di seminar berkenaan.

Seminar itu dirasmikan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perlis, Penolong Pesuruhjaya Yaacop Angah.

Sementara itu, ceramah mengenai kesedaran pencegahan rasuah disampaikan oleh Penceramah SPRM Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) Ibu Pejabat SPRM, Tuan Jamil Dahalan.

Selain itu, satu forum turut diadakan dengan ahli panelnya Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia UniMAP, Datin Paduka Datuk Dr Ramlah Adam, Bendahari UniMAP Saodah Hassan dan Tuan Jamil sendiri dengan moderatornya YM Raja Shah Erman Raja Ariffin.

Kangar, 12 April – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bakal menganjurkan satu program musim panas khusus untuk pelajar-pelajar dari Korea Selatan yang dijadualkan berlangsung pada bulan Julai dan Ogos tahun ini.

Program yang diberi nama Korea Summer Program (KSP) itu bakal dikendalikan oleh UniMAP Holdings Sdn. Bhd. (UniMAP Holdings) khusus untuk mendedahkan pelajar-pelajar dari Korea Selatan dengan budaya dan adat resam masyarakat pelbagai kaum di negara ini khususnya di negeri Perlis.

Ketua Pegawai Eksekutif UniMAP Holdings, Baharudin Abdul Majid berkata, selain itu, matlamat penganjuran KSP adalah bagi mewujudkan semangat persaudaraan dalam era globalisasi di antara Malaysia dan Korea Selatan dan pada masa sama menggalakkan pemindahan pengetahuan antara kedua-dua buah negara.

 “Program KSP mengambil masa selama empat minggu untuk pelajar-pelajar IPT dari Korea Selatan mempelajari selok belok kebudayaan dan ciri-ciri negara tuan rumah menerusi beberapa program yang dirancang di beberapa lokasi terpilih,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

UniMAP Holdings baru-baru ini turut mengambil peluang menandatangani memorandum (MoA) dengan Hi-Tech Solutions Korea yang akan bertanggungjawab menguruskan penyertaan pelajar Korea dalam KSP.

Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat hadir menyaksikan majlis tersebut yang diadakan bersempena dengan Minggu Korea UniMAP (UniKOW).

Hi-Tech Solutions diwakili Pengurus Besar syarikat, Jong-Pil Kang dan Sin Hyun Kim manakala UniMAP Holdings diwakili oleh Baharudin dan Ketua Pegawai Operasi UniMAP Holdings, Dr Mohd Najmuddin Mohd Hassan.

Hadir sama ialah Penasihat Menteri Pengajian Tinggi, Brig Jen. Datuk Prof Emeritus Dr Kamarudin Hussin yang juga mantan Naib Canselor UniMAP dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal.

UniKoW dianjurkan selama tiga hari dengan tema “Researching Korea,  Designing Perlis” susulan program Jelajah Ilmu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP ke Korea Selatan pada Disember tahun lalu.

Antara program sempena UniKOW ialah Kolokium Antarabangsa Aplikasi Teknologi Tinggi Korea (ICKHA 2016),  Pesta Makanan Korea , persembahan Taekwando, dan penganjuran kali ke -7 Pameran Reka Cipta dan Inovasi Kejuruteraan Antarabangsa (i-ENVEX 2016).

Baharudin seterusnya berkata, KSP dijangka menarik penyertaan yang ramai dengan pelbagai aktiviti dirangka merangkumi aktiviti ilmiah seperti kelas Bahasa Inggeris dan keusahawanan serta aktiviti riadah dan sukan seperti Festival Buah-buahan Tempatan, memanah, berkayak, persembahan kebudayaan dan pertandingan bola sepak.

UniMAP Holdings telah mempunyai modul penganjuran yang khusus untuk KSP dan kami percaya, para pelajar yang mengambil bahagian dalam program ini akan pulang dengan satu pengalaman yang baru dan mengujakan,” ujarnya lagi.

Kangar, 11 April – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraih 100 peratus pingat pada International Engineering Invention and Innovation Exhibition (i-ENVEX) 2015 baharu-baharu ini.

Pencapaian tersebut adalah melalui pecahan 27 pingat emas, 52 perak dan tiga gangsa dalam i – ENVEX 2015 yang diadakan di Dewan Ilmu, Kampus Induk UniMAP Pauh Putra.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP yang menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, i – ENVEX 2016 menyaksikan peningkatan apabila kesemua produk yang dihantar oleh UniMAP meraih pingat.

“Ini membuktikan bahawa produk UniMAP sememangnya berkualiti tinggi dan akan diketengahkan ke pameran penyelidikan yang lebih berprestij selepas ini,” katanya.

i-ENVEX 2016 dianjurkan kali ke tujuh dengan 400 penyertaan daripada IPT dan sekolah menengah seluruh Negara serta penyertaan antarabangsa antaranya dari Korea Selatan, Kanada, Amerika Syarikat, Jepun, China, India, Turki, Romania, Moldova, Bulgaria, Mesir, Iraq, Indonesia, Thailand, Maghribi, Kemboja, Poland, Taiwan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Beliau berkata, 16 peratus daripada produk berkenaan adalah daripada penyelidik muda dari luar negara manakala 36 peratus penyertaan adalah daripada pelajar sekolah.

“Pelajar IPT dan sekolah perlu sentiasa berfikiran kritis untuk menjadi generasi baharu yang mempunyai nilai kompetitif dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

“Melihat situasi semasa global, kita sedar bahawa kita perlu membuat keputusan dan mengambil langkah yang berani untuk melakukan transformasi kepada ekonomi Negara agar menjadi ekonomi berasaskan inovasi berpendapatan pengetahuan.

“Dalam langkah untuk mencapai apa yang sasarkan oleh kerajaan dalam Pelan Transformasi Ekonomi dan Model Ekonomi Baharu yang menetapkan cabaran istimewa kepada rakyat terutamanya remaja untuk berani melakukan perubahan telah menjadi satu matlamat kepada UniMAP untuk memastikan ianya tercapai,” katanya.

Beliau menambah, pihak industri juga perlu memainkan peranan membantu mengkomersialkan produk inovasi yang dihasilkan pelajar.

Berangkat merasmikan majlis adalah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP bersama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang merupakan Pro Canselor UniMAP.

UniMAP buat pertama kalinya menganjurkan i-ENVEX bersama-sama dengan UniMAP Korean Week (UniKOW) yang menampilkan beberapa program menarik antaranya Kolokium Antarabangsa Aplikasi Teknologi Tinggi Korea (ICKHA 2016),  Pesta Makanan Korea, dan persembahan Taekwando.

 

Kangar, 11 April – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraih 100 peratus pingat pada International Engineering Invention and Innovation Exhibition (i-ENVEX) 2015 baharu-baharu ini.

Pencapaian tersebut adalah melalui pecahan 27 pingat emas, 52 perak dan tiga gangsa dalam i – ENVEX 2015 yang diadakan di Dewan Ilmu, Kampus Induk UniMAP Pauh Putra.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP yang menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, i – ENVEX 2016 menyaksikan peningkatan apabila kesemua produk yang dihantar oleh UniMAP meraih pingat.

“Ini membuktikan bahawa produk UniMAP sememangnya berkualiti tinggi dan akan diketengahkan ke pameran penyelidikan yang lebih berprestij selepas ini,” katanya.

i-ENVEX 2016 dianjurkan kali ke tujuh dengan 400 penyertaan daripada IPT dan sekolah menengah seluruh Negara serta penyertaan antarabangsa antaranya dari Korea Selatan, Kanada, Amerika Syarikat, Jepun, China, India, Turki, Romania, Moldova, Bulgaria, Mesir, Iraq, Indonesia, Thailand, Maghribi, Kemboja, Poland, Taiwan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Beliau berkata, 16 peratus daripada produk berkenaan adalah daripada penyelidik muda dari luar negara manakala 36 peratus penyertaan adalah daripada pelajar sekolah.

“Pelajar IPT dan sekolah perlu sentiasa berfikiran kritis untuk menjadi generasi baharu yang mempunyai nilai kompetitif dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

“Melihat situasi semasa global, kita sedar bahawa kita perlu membuat keputusan dan mengambil langkah yang berani untuk melakukan transformasi kepada ekonomi Negara agar menjadi ekonomi berasaskan inovasi berpendapatan pengetahuan.

“Dalam langkah untuk mencapai apa yang sasarkan oleh kerajaan dalam Pelan Transformasi Ekonomi dan Model Ekonomi Baharu yang menetapkan cabaran istimewa kepada rakyat terutamanya remaja untuk berani melakukan perubahan telah menjadi satu matlamat kepada UniMAP untuk memastikan ianya tercapai,” katanya.

Beliau menambah, pihak industri juga perlu memainkan peranan membantu mengkomersialkan produk inovasi yang dihasilkan pelajar.

Berangkat merasmikan majlis adalah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP bersama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang merupakan Pro Canselor UniMAP.

UniMAP buat pertama kalinya menganjurkan i-ENVEX bersama-sama dengan UniMAP Korean Week (UniKOW) yang menampilkan beberapa program menarik antaranya Kolokium Antarabangsa Aplikasi Teknologi Tinggi Korea (ICKHA 2016),  Pesta Makanan Korea, dan persembahan Taekwando.

 

Alor Setar, 11 April: Kerjasama dari pihak industri diperlukan dalam usaha membantu kerajaan untuk memperkasakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah berkata, kerjasama dengan industri luar bukan saja dapat memantapkan penyelidikan, malah turut menaikkan kualiti akademik.

“Saya percaya melalui kolaborasi  dengan pihak industri, sesuatu program pengajian dan penyelidikan akan dapat memenuhi kehendak yang diinginkan industri.

“Dengan ini, graduan yang dilahirkan universiti juga akan lebih mesra industri serta mudah dipasarkan apabila bergraduat kelak,” katanya

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MOSTI, Dato’ Dr. Mohd Azhar Yahaya  pada Perasmian Majlis Makan Malam Gemilang Dasawarsa Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar (PPKAS), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di TH Hotel, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Penasihat Khas Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Briged. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin dan Dekan PPKAS UniMAP, Dr. Nasrul Hamidin.

Majlis Makan Malam Gemilang Dasawarsa PPKAS, UniMAP buat pertama kalinya diadakan bertujuan bagi menghargai jasa warganya dalam membantu menaikkan nama PPKAS selama 10 tahun penubuhannya.

Sementara itu, Dekan PPKAS Dr. Nasrul Hamidin dalam ucapannya berkata, majlis itu akan menjadi platform alumni untuk berhubung sesama alumni bersama pusat pengajian.

“PPKAS akan menggunakan medium persatuan Alumni ini untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini dari pihak industri mengenai permintaan mereka terhadap graduan kita yang sekaligus dapat membantu untuk mengukuhkan lagi kurikulum yang sedia ada supaya graduan yang dilahirkan lebih unggul dan diterima oleh industri,” katanya lagi.

PAUH PUTRA (ARAU), 10 April (Bernama) -- Pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah harus digalakkan bebas berkreativiti untuk mencipta inovasi dalam bidang yang mereka minati, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.


Pupuk minat mereka untuk berinovasi melalui penyertaan dalam pertandingan dan pameran umpamanya yang berkaitan pemindahan teknologi di peringkat nasional dan antarabangsa.

Unsur kreativiti dan inovasi yang diajar di IPT dan sekolah bukan sahaja membantu melahirkan generasi baharu yang dinamik dan berdaya saing yang akan mampu berfikir 'di luar kotak'?, tetapi pada masa yang sama membuka jalan bagi hubungan kerjasama rentas sempadan antara penyelidik, titah baginda semasa menutup Pameran Reka Cipta dan Inovasi Kejuruteraan Antarabangsa (i-ENVEX) 2016 anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini hari ini

"Pelajar perlu diberi kebebasan untuk berfikir secara analitikal dan kritis, dan ini perlu disokong oleh persekitaran interaktif dan terkawal yang bergantung kepada keprihatinan, etika dan nilai moral," tegas baginda.

Berangkat sama pada majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Tuanku Pro Canselor UniMAP.

Baginda yang juga Canselor UniMAP menasihatkan IPT dan sekolah supaya mengambil peluang untuk berunding dengan pihak industri bagi membolehkan penyelidikan menjurus kepada permintaan pasaran.

Raja Muda turut bertitah mengingatkan warga universiti yang terlibat dalam penyelidikan dan inovasi bahawa peranan mereka bukan sekadar melangkaui makmal dan institusi, tetapi juga penting dalam kemajuan global.

"Tahniah diucapkan kepada pencipta-pencipta muda yang amat komited dalam merealisasikan agenda nasional, dan lebih penting, dapat mewujudkan generasi muda kelas pertama yang berilmu, inovatif dan kreatif dalam memastikan ketahanan, kemakmuran dan kesejahteraan negara," titah baginda.

Terdahulu, Pemangku Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal dalam ucapan aluannya berkata pelajar IPT dan sekolah perlu sentiasa berfikiran kritis untuk menjadi generasi baharu yang mempunyai nilai kompetitif dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

Beliau berkata pihak industri juga perlu memainkan peranan membantu mengkomersialkan produk inovasi yang dihasilkan pelajar.

i-ENVEX 2016 mendapat 400 penyertaan daripada IPT dan sekolah menengah seluruh negara di samping dari Korea Selatan, Kanada, Amerika Syarikat, Jepun, China, India, Turki, Romania, Moldova, Bulgaria, Mesir, Iraq, Indonesia, Thailand, Maghribi, Kemboja, Poland, Taiwan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

"Enam belas peratus daripada produk berkenaan adalah daripada penyelidik muda dari luar negara dan 36 peratus penyertaan adalah daripada pelajar sekolah," katanya.

-- BERNAMA

Arau, 9 April – Kolokium Antarabangsa Aplikasi Teknologi Tinggi Korea (ICKHA 2016) merupakan platform terbaik dalam usaha meningkatkan kepakaran dan pengetahuan dalam bidang Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sejajar dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, ini kerana, ICKHA 2016 menjadi wahana strategik yang menghimpunkan pakar-pakar industri dan akademik dari Korea Selatan sekaligus mewujudkan satu rangkaian industri yang berimpak tinggi.

Jelas beliau, kolokium tersebut  turut menjadi platform untuk UniMAP dan lain-lain Universiti Awam (UA) di Malaysia untuk sama-sama meneroka pelbagai kemungkinan dalam merealisasikan kejuruteraan dan teknologi reka bentuk dan aplikasi ke arah penggunaan praktikal serta komersial.

“Menerusi ICKHA 2016 ini, bidang penyelidikan yang dibincangkan tidak hanya tertumpu kepada satu atau dua bidang sahaja tetapi ia merangkumi semua bidang penyelidikan di UniMAP dengan misinya ia boleh membawa kerjasama di masa depan untuk semua kelompok penyelidikan.

“Hasil daripada persidangan ini juga secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada penyelidik dan ahli akademik UniMAP melanjutkan pengajian doktor falsafah (PhD) di universiti-universiti di Korea Selatan atau melakukan latihan industri di sektor perindustrian di negara itu,” ujar beliau ketika berucap di Majlis Perasmian ICKHA 2016 di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, di Pauh Putra di sini hari ini.

Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat hadir bagi menyempurnakan upacara perasmian.

Yang turut hadir, Penasihat Khas kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin serta pengurusan tertinggi UniMAP.

Menurut Dr. Zul Azhar lagi, kolokium tersebut juga diharap mampu menarik lebih ramai pelabur untuk melabur di negeri Perlis sejajar dengan tema yang dipilih iaitu “Researching Korea, Designing Perlis”.

Menurut beliau, berdasarkan pembentangan yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Aerospace Composite Malaysia (ACM) Sdn. Bhd., Daniel Park, syarikat dari Korea sentiasa mencari peluang untuk mengembangkan teknologi di negara-negara lain untuk terus kekal relevan di dalam industri.

Selain itu, beliau turut menjelaskan, dengan adanya industri berteknologi tinggi di negara-negara luar, ia secara tidak langsung data membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat serta graduan dari UA tempatan yang berdekatan.

“Setakat ini hubungan UniMAP dengan Korea sangat baik dan ia terbukti melalui pembentangan Daniel Park sebentar tadi yang menyatakan 40 peratus jurutera mereka adalah graduan dari UniMAP.

“Manakala dalam bidang kepakaran teknikal pula, 30 peratus darinya merupakan graduan UniMAP dan saya amat berharap kolokium ini dapat membantu UniMAP menggubal kurikulum mengikut kehendak industri dan pada masa sama meningkatkan reputasi UniMAP sehingga ke tahap global,” ujar beliau lagi.

Selain ACM, turut berkongsi kepakaran dalam ICKHA 2016 ialah Prof. Dr. Eom Joon Chul, Presiden Global Institute For Transferring Skills; Prof. Dr. Lee Byung Gook, Profesor dari Dongseo University dam Prof. Kwang Wookjung, KEtua Pegawai Eksekutif Man. & Tel. Co. Ltd.

ICKHA 2016 merupakan salah satu aktiviti yang terkandung dalam Minggu Korea UniMAP (UniKOW) sebagai susulan program Jelajah Ilmu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP ke Korea Selatan, Disember tahun lalu.

Daripada Effendi Harun


TOKYO, 7 April (Bernama) -- Jepun kekal sebgai negara asing terbesar yang melabur dalam sektor pembuatan di Malaysia, selain rakan dagang keempat terbesar, sehingga tahun lepas.

Menurut Duta Besar Malaysia ke Jepun Datuk Ahmad Izlan Idris, Malaysia pula merupakan rakan dagang kelapan terbesar Jepun dengan nilai perdagangan berjumlah US$33.59 bilion.

Beliau berkata dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun lepas, sebanyak 52 projek membabitkan pelaburan berjumlah US$607.9 juta, diluluskan kepada syarikat Jepun.

Setakat ini, sebanyak 1,345 syarikat dari negara matahari terbit itu terlibat dalam sektor pembuatan dan bukan pembuatan di Malaysia, kata Ahmad Izlan.

Menurutnya antara pelaburan utama Jepun ialah dalam pembuatan produk mineral bukan metalik, eletronik dan elektrikal, kimia, peralatan pengangkutan dan mesin.

Beliau ditemui Bernama selepas menyambut keberangkatan tiba Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, selaku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), yang mengetuai delegasi Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) ke Tokyo, baru-baru ini.

Baginda serta Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku pengerusi YTF, diundang oleh Josai International University (JIU) bersempena penerimaan masuk lima pelajar tajaan YTF untuk mengikuti program Kepimpinan Wanita selama setahun di universiti berprestij itu.

Program tersebut membabitkan kerjasama YTF-JIU dan UniMAP.

Ahmad Izlan berkata Nippon Electric Glass, Fuji Electric, SDP Global, Tosoh Corporation dan Kaneka Corporation, merupakan antara lima pelabur terbesar Jepun di Malaysia pada masa ini.

"Syarikat-syarikat Malaysia pula mempunyai peluang luas untuk melabur dalam bidang industri halal, pensijilan halal, kewangan Islam serta produk pertanian di Jepun," katanya.

Mengenai pelancongan, beliau berkata seramai 439,775 rakyat Jepun mengunjungi Malaysia tahun lepas, manakala rakyat Malaysia yang melawat Jepun dari Januari hingga November 2015 seramai 255,214 orang.

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Jepun terjalin sejak kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Jepun menubuhkan Kedutaan Besarnya di Kuala Lumpur pada September 1957 manakala Malaysia membuka pejabat Kedutaan Besarnya di Tokyo pada Januari 1958.

-- BERNAMA

 



Institut Matematik Kejuruteraan (IMK) melalui Jawatankuasa (JK) Seminar telah menganjurkan Siri Seminar IMK yang bermula pada April 2015. Siri seminar ini merupakan satu platform ‘Perkongsian Ilmu’ (berkenaan bidang Matematik dan bidang lain yang berkaitan dengan Matematik) antara staf akademik dan pelajar pascasiswazah IMK. Seminar ini juga melibatkan beberapa jemputan luar IMK (dari kalangan staf akademik PPK dan Pusat Pengajian lain di UniMAP) dan juga jemputan luar UniMAP (Universiti Awam, Universiti Luar Negara dan Industri). Ini adalah sasaran utama setiap Siri Seminar IMK sepanjang tahun.

Sebanyak 20 Siri Seminar IMK telah dijalankan pada tahun 2015. Seminar diadakan pada hari Rabu jam 2.30 petang bertempat di Bilik Seminar IMK. Melalui platform ini, adalah diharapkan, penyelidikan yang berteraskan Matematik dapat disenergikan dan digembleng antara pensyarah IMK dengan pensyarah bidang Kejuruteraan, terutamanya yang melibatkan konsep permodelan Matematik dalam Kejuruteraan. Melalui jaringan antarabangsa IMK, TIGA (3) Siri Seminar IMK adalah melibatkan pensyarah dari UK (Prof. Madya Dr. Hadi Susanto – University of Essex, UK, yang merupakan pakar di dalam Sistem Matematik Tak-Linear), pensyarah dari India (Prof. Dr. Mohamad Shoeb – Aligarh Muslim University, India, pakar dalam bidang Teori Fizik Nuklear) dan pensyarah dari Russia (Prof. M. Victor E – Tech. University Novosibirsk, Russia, pakar di dalam bidang Supercomputer dan Pendidikan Matematik). Satu seminar jemputan dari pihak Industri (PROTON) telah disampaikan oleh En. Anuar Alias (Staff Engineer) bertajuk “From Mathematical Physics towards Engineering Mathematics - PROTON experience” yang menekankan keperluan untuk menguasai asas teknologi kenderaan yang berteraskan Fizik dan Matematik.
Siri Seminar IMK ini adalah satu program berterusan sepanjang tahun dan sasaran siri seminar ini adalah sekitar 20 siri seminar setahun. Untuk tahun 2016, pada 25 Januari 2016, satu Seminar Khas telah diadakan diantara IMK dan Jabatan Matematik, Thaksin University, Thailand. Seminar ini melibatkan, masing-masing, dua pembentang dari IMK dan TSU. Program ini adalah sebagai lanjutan daripada kerjasama antara pihak IMK dan TSU untuk menganjurkan ICoMEIA 2016 di Songhkla, Thailand pada 10 – 12 Ogos 2016. Pada Siri Seminar IMK 2016 ini, slot khas “Open IMK Seminar” akan dianjurkan bersama dengan jabatan lain di UniMAP sebagai satu bentuk sumbangan IMK terhadap perkongsian ilmu yang memberi manfaat kepada sistem UniMAP. DUA (2) slot “Open IMK Seminar” yang dirancang pada 2016 adalah: “Prosedur Perlupusan Dokumen Rasmi” yang akan disampaikan oleh pihak Jabatan Arkib Negara cawangan Kedah/Perlis (yang dirangka untuk diadakan dengan kerjasama Unit Latihan Jabatan Pendaftar) dan “Pengurusan Perwarisan (Islam & Konvensional) yang akan disampaikan oleh Y.Bhg. Dato’ Ahmad Saruji Abdul Aziz, CEO My Angkasa Berhad (diadakan dengan kerjasama Pusat Islam UniMAP).

 


Koleksi Siri Seminar IMKTahun 2015 (Siri 1 – Siri 20) Yang Melibatkan Pembentang Dari Staf Akademik Dan Pelajar Pascasiswazah IMK, Serta Beberapa Jemputan Luar IMK, Luar UniMAP, Antarabangsa Dan Industri.

 



“IMK-Thaksin University (Tsu) Special Seminar” Yang Merupakan Sebahagian Dari Siri Seminar IMK2016. Seminar Ini Melibatkan Empat (4) Orang Pembentang, Masing-Masing Dua Dari IMK dan TSU. Seminar Khas Ini Adalah Bentuk Kerjasama Antara IMKDan TSU Dalam Menjayakan Icomeia 2016.

 


IMK SEMINAR SERIES-7: CONTOH JEMPUTAN DARI LUAR UniMAP, DARI USM KAMPUS TRANSKRIAN

 


IMK SEMINAR SIRI-6: CONTOH JEMPUTAN DARI LUAR UniMAP (ANTARABANGSA) – SHIZUOKA UNIVERSITY, JAPAN.

 


IMK SEMINAR SIRI-5: CONTOH JEMPUTAN DARI LUAR IMK (PPK MEKATRONIK)

 

JADUAL SIRI SEMINAR IMK UNTUK TAHUN 2016. TERKINI SEHINGGA BULAN OGOS 2016. UNTUK TAHUN 2016, SATU JEMPUTAN ANTARABANGSA DARI JAPAN (SIRI-6), SATU JEMPUTAN LUAR UniMAP (TEMPATAN) DARI USM (SIRI-7). BERMULA DARI TAHUN INI JUGA, SEMINAR IMK AKAN MENGADAKAN ‘OPEN IMK SEMINAR’ YANG MELIBATKAN SIRI-16 (MEMFOKUSKAN KEPADA BIDANG LUAR MATEMATIK DAN MEMBERI MANFAAT KEPADA UniMAP – BIDANG PENGURUSAN PERWARISAN DALAM ISLAM DAN KONVENSIONAL).

 

Daripada Effendy Harun

TOKYO, 5 April (Bernama) -- Penerimaan lima pelajar sulung tajaan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) Perlis mengikuti kursus Kepimpinan Wanita oleh Josai International University (JIU) membuka ruang kerjasama lebih erat antara YTF, JIU dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Pemangku Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata ketiga-tiga pihak yang mengadakan perbincangan di ibu negara Jepun di sini semalam telah mencapai beberapa keputusan memberangsangkan.

Katanya UniMAP bersetuju menjadi tuan rumah satu forum bagi memantapkan hubungan termasuk berkongsi kekuatan atau kelebihan dalam aspek pengukuhan kepimpinan wanita, pengurusan alumni, keusahawanan dalam pendidikan dan konsep wakaf universiti.

Selain menjemput kepimpinan utama JIU, beberapa universiti di ASEAN dan luar ASEAN yang mempunyai hubungan rapat dengan UniMAP akan dijemput menyertai forum berkenaan pada tahun ini, kata Zul Azhar.

Beliau bercakap kepada Bernama di sini sebelum berlepas pulang ke Malaysia semalam. Zul Azhar menyertai delegasi YTF ke Tokyo bersempena penerimaam lima pelajar oleh JIU untuk mengikuti kursus kepimpinan wanita selama setahun.

Penasihat Khas kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Datuk Prof Emeritus Dr Kamarudin Hussin memberitahu kerjasama YTF-JIU-UniMAP dalam Program Kepimpinan Wanita akan dikembangkan membabitkan peserta dari Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam.

Kamarudin yang juga bekas Naib Canselor UniMAP katanya YTF akan menjemput pelajar Jepun ke Malaysia untuk mendalami aspek kewangan syariah manakala satu entiti bagi mengkoordinasikan segala urusan dengan Pusat ASEAN di JIU bakal diwujudkan oleh UniMAP.

Sementara itu lima pelajar terbabit, Lim Xin Shi, 25 (UniMAP), Khuzaimah Ramli, 25 (UniMAP), Nurul Afizan Yaakob, 24 (Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)), Nurul Najwa Halim, 24, (UniMAP) dan Nor Salihah Zaini, 24 (UTeM) yang teruja mengikuti kursus tersebut mengucapkan terima kasih kepada YTF kerana memberi peluang kepada mereka.

"Kami akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk mempelajari budaya, sosial dan cara kepimpinan negara Jepun dan masyarakatnya yang dikaitkan dengan disiplin yang tinggi dan ketepatan masa," katanya.

Khuzaimah pula yakin program yang diikuti ini membantu mereka menjadi pemimpin dalam kalangan wanita yang berjaya pada masa hadapan manakala Nurul Afizan berkata YTF membuat pengorbanan besar membiayai kursus mereka di JIU.


-- BERNAMA

Daripada Effendy Harun


TOKYO, 3 April (Bernama) -- Malaysia dan Jepun harus memperkukuhkan hubungan dua hala dalam gelombang Dasar Pandang ke Timur atau LEP 2.0, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Menurut baginda, Malaysia dan Jepun ibarat 'dua sahabat lama' yang mempunyai satu persamaan iaitu 'semangat muda' apabila kedua-dua negara bersetuju mengkaji semula LEP sejak Malaysia melancarkannya pada 1982.

"Selepas lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak ke Jepun pada Mei 2015, kedua-dua pihak mendapati banyak bidang boleh diperkasakan," titah Tuanku Syed Faizuddin.

Baginda bertitah ketika menyampaikan ucap tama di hadapan lebih 3,000 hadirin pada majlis 'Matriculation Ceremony For Academic Year 2016' Josai International University (JIU) di kampus keduanya di Togane, Chiba Prefecture, di sini, semalam.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga pengerusi Yayasan Tuanku Fauziah (YTF).

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Canselor JIU Dr Noriko Mizuta dan Presidennya Prof Hakuo Yanagisawa.

Kedua-dua tetamu Diraja itu diundang khas oleh JIU sempena penerimaan masuk lima pelajar tajaan YTF yang mengikuti program Kepimpinan Wanita di universiti itu, selama setahun.

Pelajar berkenaan ialah Khuzaimah Ramli@Lahman, 25, Nurul Najwa Halim, 23, Lim Xin shi, 25, Nor Salihah Zaini, 24, dan Nurul Afizan Yaakob, 24.

Turut mengiringi rombongan baginda itu ialah Ahli Pemegang Amanah YTF, Tan Sri Dr Ng Yen Yen dan Datuk M. Rajasekaran, Penasihat Khas kepada Menteri Pengajian Tinggi Prof Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin dan pemangku Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal.

Menurut Tuanku Syed Faizuddin universiti di Jepun dan rakan mereka di Malaysia boleh memperkasakan program pertukaran pelajar dan pensyarah serta mengiktiraf pemindahan kredit antara institusi bagi menambah nilai program pertukaran.

"Saya ingin mencadangkan satu tabung biasiswa atau bantuan kewangan untuk pelajar Jepun yang melanjutkan pengajian di Malaysia. Mungkin dimulakan dengan pemberian perjalanan atau saintifik bagi pelajar subjek kritikal yang mampu menyumbang kepada masyarakat Malaysia.

"Tindakan ini bertujuan merangsang penerokaan akademik dan saintifik yang menyokong pembangunan kemahiran berasaskan pengetahuan," titah Tuanku Syed Faizuddin.

Menurut baginda kerjasama berterusan antara kerajaan Jepun dan Tourism Malaysia, melalui program 'Edu-Tourism' yang mempromosikan pendidikan Malaysia kepada Jepun, menambah erat hubungan antara rakyat kedua-dua negara.


-- BERNAMA

 

Daripada Effendy Harun


TOKYO, 2 April (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan para pelajar Malaysia di Jepun agar memanfaatkan peluang belajar di negara matahari terbit itu termasuk mendalami dan memahami disiplin, nilai budaya dan peradaban masyarakatnya.

Menurut baginda, Jepun merupakan negara maju berpendapatan tinggi yang kadar jenayahnya rendah dan selamat dilawati selain etika masyarakatnya menepati masa, semangat inovasi, kesetiaan, dedikasi, berbudi bahasa dan menghormati tetamu.

"Resipi kejayaan Jepun inilah yang perlu dicontohi dan dipraktikan mengikut kesesuaian kita untuk memajukan Malaysia," titah baginda pada majlis resepsi pendaftaran lima pelajar tajaan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) di Josai International University (JIU) di sini, Sabtu.

Baginda bersama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap pengerusi YTF berada di Jepun atas undangan JIU sempena penerimaan masuk lima pelajar tajaan YTF untuk mengikuti program Kepimpinan Wanita di universiti itu selama setahun.

Pelajar terbabit ialah Khuzaimah Ramli@Lahman, 25, Nurul Najwa Halim, 23, Lim Xin Shi, 25, Nor Salihah Zaini, 24, dan Nurul Afizan Yaakob, 24.

Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris serta ahli Lembaga Pemegang Amanah YTF Tan Sri Dr Ng Yen Yen dan Datuk M. Rajasekaran mengiringi baginda berdua.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah para pelajar Malaysia yang mendapat biasiswa belajar di Jepun hendaklah belajar bersungguh-sungguh dan melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh rasa tanggungjawab.

Baginda turut mengingatkan masyarakat dan para pelajar Malaysia di Jepun supaya menghormati undang-undang negara itu bagi menjaga nama baik dan imej Malaysia di persada antarabangsa.

Pada masa ini, pejabat Kedutaan Malaysia di Jepun mendaftarkan seramai 5,551 rakyat Malaysia di negara itu antaranya golongan profesional, ahli perniagaan dan pelajar.


-- BERNAMA

Pauh Putra,1 April – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraikan 122 pelajar yang banyak memberi sumbangan kepada universiti itu sepanjang tahun lalu di Majlis Anugerah Gemilang Siswa (AGS) 2015, di sini, hari ini.

Majlis yang diadakan di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniMAP, Prof Madya Dr Mohd Fo’ad Sakdan.

Menurut Dr Mohd Foad, AGS dianjurkan sebagai inisiatif UniMAP bagi menghargai usaha keras dan sokongan padu pelajar-pelajarnya yang turut sama mendukung misi dan visi universiti.

“Pihak pengurusan percaya, tanpa adanya sokongan dan kejayaan yang diraih pelajar samada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa, adalah mustahil UniMAP berada di kedudukan sekarang.

“Di samping itu, penghargaan yang diberikan ini adalah dengan hasrat menjadi pendorong dan pemangkin kepada individu-individu lain untuk sama-sama bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti,” kata beliau ketika berucap merasmikan AGS 2015 berkenaan.

Hadir sama ke majlis itu ialah Pendaftar UniMAP, Zuber Haji Mohamad dan Dekan HEPA UniMAP, Prof Madya Razli Ahmad.

Menurut Dr Mohd Foad, sebanyak 36 anugerah dengan lapan kategori disediakan pada AGS 2015 ini termasuk satu anugerah baru diperkenalkan iaitu Anugerah Keusahawanan Khas Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“ Anugerah ini adalah salah satu usaha pihak kementerian dan U  niMAP sendiri bagi menggalakkan dan melahirkan pelajar yang berpotensi menjadi usahawan yang berjaya serta mampu meningkatkan ekonomi negara.

“Ia diberikan kepada pelajar terpilih dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang menjalankan perniagaan atau aktiviti keusahawanan semasa tempoh mengikuti pengajian di universiti,” kata beliau.

Sementara itu, bagi Anugerah Utama AGS 2015 iaitu Anugerah Tokoh Terbilang diraih oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sidang Akademik 2014/2015, Farizah Abdul Rahman di atas sumbangan beliau ketika mengetuai kepemimpinan MPP UniMAP sebelum ini.

 

 

 

KANGAR, 1 April (Bernama) -- Peluang kerjasama strategik antara Malaysia dan Jepun dalam bidang pendidikan dan latihan pembangunan usahawan perlu dipelopori dan dimanfaatkan kedua-dua negara.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah selain menjalin keakraban antara dua negara, bidang berkenaan turut memanfaat pelbagai pihak termasuk pemilik teknologi, pembiaya kewangan, agensi kerajaan dan usahawan yang berjaya.

"Antara yang boleh dikongsi bersama adalah usaha yang sedang rancak dijalankan di Malaysia menerusi penubuhan agensi Malaysia Global Creativity and Innovation Centre (MaGIC)," titah baginda dalam kenyataan di sini Jumaat.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian sempena majlis santapan yang diraikan Canselor Josai International University (JIU) Dr Noiko Mizuta di Tokyo, Jepun hari ini.

Turut berangkat pada majlis berkenaan ialah Puan Muda Perlis Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, merangkap Pengerusi Yayasan Tuanku Fauziah (YTF).

Menurut baginda, bidang pembangunan latihan sesuai dikongsi untuk kepentingan bersama kerana walaupun telah mempunyai sektor inovasi tinggi, difahamkan Jepun belum menjadi lokasi tumpuan bidang berkenaan disebabkan faktor penguasaan bahasa Inggeris yang tidak meluas dan kos permulaan yang tinggi, titah baginda.

Baginda bertitah, perkongsian itu turut meluaskan pelbagai bentuk program pertukaran pelajar dan pensyarah antara kedua-dua negara serta kerjasama berterusan antara kerajaan Jepun dengan Tourism Malaysia melalui program EduTourism dalam mempromosikan pendidikan Malaysia yang berpotensi dimajukan.

Walaupun belum tersenarai dalam 20 lokasi teratas bagi ekosistem pembangunan, laporan Global Startup Ecosystem Ranking 2015, mengiktiraf Kuala Lumpur sebagai bandar raya Asia yang giat mengadakan usaha menggalakkan kerjasama banyak pihak bagi membangunkan bidang berpotensi tinggi, titah baginda.

Baginda berdua diiringi Ahli Lembaga Pemegang Amanah YTF Tan Sri Dr Ng Yen Yen dan Datuk M Rajasekaran atas undangan pihak JIU bagi menghadiri majlis penyerahan lima pelajar tajaan YTF yang menyertai Program Kepimpinan Wanita di universiti berkenaan selama setahun.

-- BERNAMA

 

 KANGAR, 1 April (Bernama) -- Lima graduan Malaysia yang terpilih mengikuti Program Kepimpinan Wanita di Universiti Antarabangsa Josai (JIU), Jepun tajaan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) berperanan menimba sebanyak mungkin pengalaman berharga untuk manfaat pembangunan negara.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YTF, Tan Sri Dr Ng Yen Yen dalam kenyataan hari ini berkata program yang bermula pada 3 April selama setahun itu diharap dapat membantu Malaysia mencapai status negara maju khususnya dengan penglibatan kaum wanita.

"Kurikulum program itu merangkumi aspek wanita dalam pembangunan negara dan dunia, cabaran kepimpinan di era globalisasi, hubungan Jepun dan ASEAN serta penekanan budaya kerja beretika dan berkualiti.

"Ia selaras dengan matlamat YTF bertujuan untuk melahirkan generasi kepimpinan wanita muda yang cemerlang dengan visi global," katanya yang turut mengiringi Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berangkat bertemu lima graduan terpilih itu dan melawat asrama tempat tinggal mereka yang kondusif di daerah Chiba, Tokyo, Jepun Jumaat.

Graduan terlibat ialah Lim Xin Shi, 25, dari Johor dan Khuzaimah Ramli@Lahman, 25, dari Kedah yang masing-masing merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa Universiti Malaysia Perlis, (UniMAP) dan Nurul Najwa Halim, 23, dari Kedah, graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Sains Biosistem, UniMAP.

Dua lagi graduan dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) iaitu Nor Salihah Zaini, 24, dari Perak, graduan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal Termal Cecair dan Nurul Afizan Yaakob, 24, dari Selangor, graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga merangkap Pengerusi YTF.

Baginda berdua berangkat tiba awal pagi ini di Lapangan Terbang Narita dan disambut oleh Timbalan Ketua Perwakilan Malaysia di Tokyo Hendy Assan.

Selain menimba ilmu dan budaya cemerlang dari negara matahari terbit itu, pelajar program tersebut juga berperanan berkongsi dengan rakan-rakan di JIU tentang pembangunan wanita di Malaysia termasuk dasar dan program sedia ada serta memberikan penekanan terhadap idea kepentingan wanita dan media.

Program dengan kerjasama JIU dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) itu merupakan projek pertama YTF di luar Malaysia dan akan dijalankan bagi tempoh lima tahun di mana permohonan penyertaan dibuka pada Julai setiap tahun.

Kerjasama strategik antara dua negara itu juga diharap dapat diperluaskan ke 10 negara ASEAN yang lain.


-- BERNAMA

Bandar Aceh, 29 April – Enam  Professor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dilantik sebagai Professor Kunjungan di Universitas Ubudiyah Indonesia (UUI) bagi membantu pembangunan akademik, penyelidikan dan kualiti pensyarah di universiti berkenaan.

Perlantikan Prof Dr. Harshita Aini Haroon, Datuk Wira Prof Dr Salleh Haji Din, Prof Madya Dr Che Mohd Ruzaidy Ghazali, Prof Madya Dr Rizalafendi Che Ismail, Prof Madya Dr Huzili Hussin dan Mazmin Mat Akhir itu adalah berdasarkan kepakaran yang dimiliki mereka dalam bidang Bahasa Inggeris, Ekonomi, Sains, Teknologi, Sains Sosial dan Infrastruktur Perpustakaan.

Perlantikan tersebut diumumkan sendiri oleh Rektor UUI, Marniati M. Kes dalam Istiadat Rapat Senat Terbuka sempena Ulang Tahun Pertama UUI di Dewan AAC Dayan Dawoed di Universiti Syiah Kuala di sini hari ini.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin kemudiannya menerima watikah perlantikan sebagai mewakili kesemua Professor terbabit dengan disaksikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Pada istiadat tersebut juga Tuanku Syed Faizuddin yang dijemput khas turut berkenan menyampaikan titah utama bertajuk “Cabaran ASEAN Economic Community dan Penguatan Kerjasama Institusi Pendidikan Tinggi dalam Kawasan ASEAN”.

Menurut Marniati yang juga Professor Adjung UniMAP, perlantikan tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif yang diambil UUI untuk terus memacu kegemilangan pendidikan universiti berkenaan di dunia amnya dan Indonesia khasnya.

“UUI menetapkan misi untuk menjadi Universiti Siber Terkemuka menjelang tahun 2025, justeru perlantikan kesemua pakar akademik dari UniMAP ini diharap dapat membantu kami merealisasikan misi tersebut dalam tempoh yang ditetapkan,” ujar beliau.

Kerjasama antara UUI dan UniMAP bermula semenjak tahun 2013 yang mana pada ketika itu UUI masih berstatus Sekolah Tinggi dengan menawarkan pengkhususan dalam bidang Sains Kesihatan.

UUI kemudiannya dinaiktaraf menjadi Institusi Pengajian Tinggi Swasta pada 29 April tahun lalu dan menawarkan lebih banyak program pengajian antaranya Pendidikan, Kejuruteraan dan Ekonomi.

Menurut Marniati lagi, UniMAP melalui Dr. Kamarudin yang dilantik sebagai Penasihat UUI terus menghulurkan sumbangan dan bantuan dalam pelbagai bidang termasuk mengembangkan rangkaian kerjasama UUI dengan pelbagai institusi pendidikan di seluruh dunia melalui paltform Asian University Presidents Forum (AUPF).

“Hasilnya, dalam tempoh setahun, UUI buat julung kalinya telah berjaya menganjurkan satu persidangan bertaraf antarabangsa yang melibatkan kerjasama empat buah negara iaitu Persidangan Antarabangsa Bersama Indonesia, Malaysia, Bangladesh dan Ireland  (IJCIMBI) pada 27 dan 28 April lalu,” ujar beliau.

 

Arau, 28 April 2015 – Dalam usaha menyahut seruan kerajaan menghasilkan teknologi baru melalui penyelidikan dan inovasi, Universiti Malaysia Perlis nyata berada dikelompoknya yang tersendiri apabila berjaya meraih 111 pingat pada International Engineering Invention and Innovation Exhibition (i-Envex) 2015 baru-baru ini.

Jumlah tersebut adalah pecahan 44 emas, 47 perak dan 20 gangsa dari 126 produk yang dipertandingankan.

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jeneral Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin nyata gembira dengan keputusan yang dicatatkan penyelidik UniMAP pada pameran tersebut.

“Kejayaan ini membuktikan bahawa produk-produk yang dihasilkan adalah berkualiti dan kelak mampu memberi sumbangan balik kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan penutupan i-Envex 2015 di Kampus Induk UniMAP Pauh Putra di sini.

Katanya lagi, pameran ini sebenarnya menekan semangat kerjasama dan pertukaran ilmu antara penyelidik muda dari dalam dan luar negara dari segi akademik, saintifik dan kebolehan penyelidikan.

Tidak ketinggalan, i-Envex juga bertindak sebagai forum kepada penyelidik untuk berkongsi hasil kerja dan pengalaman dalam bidang kepakaran mereka.

“Malah, kerajaan Malaysia telah memberi penekanan terhadap teknologi baru melalui penyelidikan inovasi dan UniMAP mengambil langkah proaktif dengan menjadikan i-Envex sebagai platfom yang terbaik untuk bertukar dan mencipta idea sesama penyelidik,” katanya.

Tambahnya lagi, bagi mendokong hasrat negara untuk menghasilkan lebih ramai penyelidik muda di peringkat global, UniMAP mengambil langkah proaktif dengan menaiktaraf Kelab Penyelidik Muda (EYREC) UniMAP menjadi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dipanggil Malaysian Research and Innovation Society (MyRIS).

“MyRIS menyasarkan bertindak sebagai medium bagi menyalurkan idea mengenai penyelidikan dan inovasi ke peringkat antarabangsa.

UniMAP percaya MyRIS akan bertindak sebagai penghubung yang terbaik bagi mempromosikan penyelidikan dan inovasi selari dengan falsafah UniMAP untuk menyerlah dipersada antarabangsa.

“Malah ini juga adalah selaras dengan visi Perdana Menteri yang ingin melahirkan jurutera glokal iaitu berfikir secara global dan bertindak secara lokal,” katanya.

I-Envex telah dianjurkan buat kali keenam dan berlangsung selama tiga hari di kampus induk UniMAP bermula bermula 17 hingga 19 April yang lalu.

Pameran bertemakan "Kejuruteraan Untuk Masyarakat' ini disertai 457 produk dengan lebih 600 orang peserta pelbagai peringkat seperti sekolah rendah, menengah, Politeknik, Koleh Komuniti, Institut Latihan, Universiti Awam dan Universiti Antarabangsa.

Malah ianya turut menarik pelajar daripada pusat pengajian tinggi dari Indonesia, Taiwan, Korea Selatan, Oman, Vietnam, Filipina, Iran, Iraq dan Mesir.

Bandar Acheh, 28 April – Modul terapi kognitif bagi mengawal tingkah laku penagih dadah hasil penyelidikan kumpulan penyelidik dadah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraih anugerah khas kertas kerja terbaik pada Majlis Adat dan Penyampaian Anugerah Persidangan Antarabangsa Bersama Indonesia, Malaysia, Bangladesh, Ireland (IJCIMBI 2015) di sini hari ini.

Modul bertajuk “The Effectiveness of Brief Cognitive Behavioral Therapy Module On Locus Control Among Drug Abusers” itu menggunapakai teknik yang popular di Amerika Syarikat, England, Australia dan beberapa negara maju lain.

Hadir menerima anugerah berupa plak dan sijil ialah Dekan Pusat Pengajian Pembangunan Insan Dan Teknokomunikasi (IKOM), Dr. Huzili Hussin.  Penyelidikan tersebut diketuai oleh Naib Canselor UniMAP sendiri, Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin serta beberapa penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Berkenan hadir menyampaikan anugerah ialah Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir, Rektor Universitas Ubudiyah Indonesia (UUI), Marniati M. Kes dan Ketua Yayasan Ubudiyah, Dedi Zefrizal S.T.

Menurut Dr. Huzili, modul tersebut ditulis selepas menjalankan kajian kes terhadap 108 orang penagih yang telah dibebaskan dari Pusat Serenti tetapi masih dalam kawalan dan pengawasan Agensi Anti dadah Kebangsaan (AADK) di tiga buah negeri iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

“Modul ini digubal untuk enam sesi yang mengambil masa dua jam untuk setiap sesi dan hasilnya membuktikan ia (modul enam sesi) menggunakan terapi kognitif mencatatkan kejayaan yang sama dengan modul sedia ada (12 sesi) tanpa terapi kognitif.

“Antara lainnya, kajian ini dibuat khusus untuk menawarkan pilihan kepada agensi atau individu yang terlibat dalam proses pemilihan ini menggunapakai modul terapi kognitif yang terbukti lebih menjimatkan masa dan mengurangkan kos,” ujar beliau.

IJCIMBI 2015 menghimpunkan lebih 400 peserta dari 70 buah universiti di seluruh dunia dalam persidangan dua hari yang bertemakan Ekonomi, Sains dan Teknologi.

Pada persidangan tersebut, Datuk Prof. Dr. Kamarudin turut dijemput sebagai pembentang utama selain  Presiden Athlone Institute of Technology (AIT), Ireland; Prof. Dr. Ciaran O’ Cathain, Pengerusi Daffodil International University, Bangladesh; Md. Sabur Khan dan Marniati sendiri.

Seramai 400 peserta dari buah negara mengambil bahagian dalam persidangan dua hari itu yang bertemakan Ekonomi, Sains Sosial dan Teknologi.

Selain Dr. Huzili, seorang lagi pensyarah UniMAP Sohiful Anuar Zainol Murad turut menerima anugerah yang sama menerusi kertas kerjanya bertajuk “Design of Operational Ampifier with common Mode Feedback Circuit For Pipeline Adc Application”.

Dalam pada itu, Prof. Madya Zainab Hamzah dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan UniMAP menerima Anugerah Khas daripada UUI, manakala Mohd. Firdaus Hashim menerima Anugerah Khas daripada Asia Invention Association.

Banda Acheh, 27 April – Universitas Ubudiyah Indonesia (UUI) bakal menganjurkan Persidangan Antarabangsa, Dadah, Sains Sosial dan Teknologi (DrugSTech) yang akan dijalankan dengan kerjasama empat buah negara iaitu Malaysia, Filipina, Thailand dan Indonesia.

Rektor UUI, Marniati M. Kes berkata, penganjuran tersebut dibuat khusus untuk membincangkan tentang isu dadah dan pengalaman rakan-rakan negara lain dalam menangani gejala yang tidak bermoral itu.

Jelas beliau, selain itu, penganjuran persidangan tersebut juga akan turut mengetengahkan penemuan terkini termasuk hasil penyelidikan yang dapat memberi manfaat besar kepada masyarakat.

“UUI sangat komited membanteras isu ini di kalangan masyarakat, justeru atas dasar itu juga kami merancang penganjuran persidangan ini dengan tiga buah negara lain di Asia Tenggara ini yang dilihat begitu komited dalam menangani isu gejala dadah,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Bersama Indonesia, Malaysia, Bangladesh dan Ireland (IJCIMBI 2015) yang dianjurkan buat julung kalinya di Universitas Ubudiyah Indonesia selama dua hari mulai hari ini.

Seminar yang menarik lebih 400 penyertaan itu menghimpunkan empat pembentang utama dari empat buah negara iaitu Malaysia, Ireland, Bangladesh dan Indonesia selaku penganjur utama.

Selain Marniati, turut dijemput sebagai pembentang utama ialah Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin; Presiden Athlone Institute of Technology (AIT), Ireland; Prof. Dr. Ciaran O’ Cathain serta Pengerusi Daffodil International University.

Menurut Marniati, pihaknya menerima sambutan yang menggalakkan dari peserta pelbagai negara untuk menyertai IJCIMBI 2015 namun terpaksa menolak permohonan tersebut disebabkan kuota yang ditetapkan hanya 200.

Justeru, ujar beliau, pihaknya berharap para peserta yang gagal menyertai IJCIMBI 2015 tahun ini dapat menyokong penganjuran DrugSTech yang pastinya menjanjikan lebih banyak perkongsian ilmu.

 

Banda Acheh, 27 April – Penganjuran  Persidangan Antarabangsa Bersama Indonesia, Malaysia, Bangladesh, Ireland (IJCIMBI 2015) di Universitas Ubudiyah Indonesia (UUI) buat julung kalinya tahun ini bakal mengukuhkan lagi kerjasama antara empat buah negara atas konteks akademik dan pendidikan.

Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis, Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, penganjuran persidangan secara bersama bertemakan Ekonomi, Sains Sosial dan Teknologi itu merupakan wahana terbaik dalam menterjemahkan konsep rangkaian kerjasama pintar kepada masyarakat.

Beliau yang juga merupakan Penasihat UUI berkata, selain mengukuhkan kerjasama akademik dan penyelidikan antara keempat-empat negara, penganjuran seminar antarabangsa seperti ini juga bakal membuka lebih banyak peluang kerjasama dengan rakan institusi akademik lainnya melalui penyertaan peserta.

“Saya amat kagum dengan komitmen dan inisiatif yang diambil oleh Rektor UUI, Marniati M. Kes yang tanpa jemu berusaha memperbanyakkan rangkaian kerjasama dengan pelbagai institusi akademik dari seluruh dunia.

“Tidak mustahil, dengan komitmen dan inisiatif seperti ini mampu mengukuhkan nama UUI di persada dunia sekaligus membantu universiti tersebut mencapai sasaran menjadi siber universiti terunggu menjelang tahun 2025,” ujar beliau dalam pembentangan Ucap Utama IJCIMBI 2015 di sini hari ini.

Seminar yang menarik lebih 400 penyertaan itu menghimpunkan empat pembentang utama dari empat buah negara iaitu Malaysia, Ireland, Bangladesh dan Indonesia selaku penganjur utama.

Selain Datuk Prof. Dr. Kamarudin dan Marniati, turut dijemput sebagai pembentang utama ialah Presiden Athlone Institute of Technology (AIT), Ireland; Prof. Dr. Ciaran O’ Cathain serta Pengerusi Daffodil International University.

Dalam pada itu, Marniati dalam ucapannya berkata, sebagai sebuah universiti yang bakal menyambut ulang tahun pertama penubuhannya Rabu ini, penganjuran seminar IJCIMBI bakal meluaskan lagi rangkaian kerjasama UUI dengan institusi akademik terkenal lainnya.

UUI, ujar beliau amat beruntung kerana mendapat khidmat nasihat dari UniMAP yang turut tidak lokek memperkenalkan rakan-rakan strategiknya untuk membolehkan UUI terus memacu kejayaan dalam bidang pendidikan dan penyelidikan.

Selain itu, Marniati berkata, melalui penganjuran seminar tersebut juga, beliau berharap rakan-rakan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dari Indonesia amnya dan Acheh khasnya, memperolehi ilmu baru dan pengalaman melalui perkongsian hebat pembentang utama.

“Saya amat berharap agar UUI mampu mencotohi rakan strategik ini terutama untuk memacu aspek penyelidikan dan penerbitan jurnal berimpak seterusnya menjadi antara universiti yang disegani di Indonesia,” ujar beliau lagi.

Beliau menambah, IJCIMBI akan dijadikan persidangan tahunan rasmi dengan penganjuran akan dijalankan secara bergilir antara keempat-empat buah negara dengan penganjuran berikutnya bakal berlangsung di Pulau Pinang, Malaysia.

Banda Acheh, 27 April – Penglibatan Universiti dalam bidang penyelidikan, pengkomersialan dan penerbitan berimpak merupakan kunci utama kejayaan sesebuah Universiti Awam (UA) dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia termasuk Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, selain itu sokongan dan komitmen daripada kerajaan terutama melalui penawaran geran penyelidikan kepada UA, IPT dan agensi penyelidikan sebagai galakan untuk menghasilkan inovasi dan teknologi terkini untuk kepentingan masyarakat.

Ujar beliau, dalam tempoh 10 tahun yang lalu, UniMAP sendiri telah menerima sekitar RM91.4 juta geran penyelidikan dari pelbagai institusi yang mana ia membolehkan universiti menjalankan lebih daripada 1,500 projek penyelidikan.

Jelasnya, melalui aktiviti penyelidikan juga, UniMAP bukan sahaja menghasilkan penemuan terbaru tetapi secara tidak langsung turut meningkatkan kapasiti UniMAP di persada antarabangsa dengan meraih geran penyelidikan antarabangsa daripada beberapa negara luar.

“Melalui inisiatif aktiviti penyelidikan juga, ia seterusnya menyumbang kepada penghasilan lebih banyak penerbitan berimpak tinggi yang mana ia turut meningkatkan reputasi dan imej UniMAP di kalangan IPT lainnya di seluruh dunia.

“Sebagai contoh, menerusi analisis yang dijalankan oleh Reed Elsevier menunjukkan bahawa UniMAP merupakan antara UA yang menunjukkan pencapaian membanggakan di dalam pangkalan data Scopus.

“Impak sitasi UniMAP telah melebihi paras 1.0 iaitu paras purata pengukuran global dan data ini digunakan sendiri oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membudayakan penyelidikan dan inovasi di kalangan UA di negara ini.

“Saya secara personal melihat, inisiatif seperti ini harus dicontohi oleh universiti-universiti lainnya termasuk di Inodonesia dan Acheh,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucap Utama Persidangan Antarabangsa Bersama Kali Pertama Indonesia, Malaysia, Bangladesh , Ireland (Ist IJCIMBI) 2015 di Universitas Ubudiyah Indonesia (UUI) yang dirasmikan oleh Assisten II Bidang Keistimewaan Pembangunan dan Ekonomi SEKDA Acheh, Azhari S.E. M.si di sini hari ini.

Selain Datuk Prof. Dr. Kamarudin, turut dijemput sebagai pembentang utama ialah Presiden Athlone Institute of Technology (AIT), Ireland; Prof. Dr. Ciaran O’ Cathain, Pengerusi Daffodil International University, Bangladesh; Md. Sabur Khan dan Rektor UUI, Marniati M. Kes.

Seramai 400 peserta dari buah negara mengambil bahagian dalam persidangan dua hari itu yang bertemakan Ekonomi, Sains Sosial dan Teknologi.

Menurut Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin lagi, pengakhiran kepada kejayaan penyelidikan ialah melalui aspek pengkomersialan yang mana semua UA dan IPT harus bijak mencari kolaborasi terutama dari sektor industri untuk dikomersialkan.

Asisten IIBidang Keistimewaan Pembangunan & Ekonomi SEKDA ACEH, Bapak Azhari SE,M.Si (tiga dari kanan) merasmikan IJCIMBI 2015 di Universitas Ubudiyah Indonesia (UUI). Turut bersama Rektor Ubudiyah
Indonesia (UUI), Ibu Marniati M.Kes (tengah).

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin memberiUcap Utama pada IJCIMBI 2015 di Universitas Ubudiyah Indonesia.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin memberi Ucap Utama pada IJCIMBI 2015 di Universitas Ubudiyah Indonesia.

Sebahagian daripada tetamu yang hadir pada IJCIMBI 2015 yang diadakan di Universitas Ubudiyah Indonesia, Banda Aceh.

Sebahagian daripada tetamu yang hadir pada IJCIMBI 2015 yang diadakan di Universitas Ubudiyah Indonesia, Banda Aceh.

PULAU PINANG, 27 April — Pasukan Bola Sepak Sukarelawan Polis Siswa Siswa (SUKSIS) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya merangkul Pingat Emas pada Kejohanan Sukan Kor SUKSIS Zon Utara (SUTRA) di Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini.

Kejayaan itu diperolehi selepas SUKSIS UniMAP menewaskan pasukan tuan rumah SUKSIS USM melalui sepakan penalti 5-4 setelah terikat keputusan seri 1-1 sehingga akhir perlawanan.

Pegawai Latihan Luar, SUKSIS UniMAP, Asisten Supritendan Kor SUKSIS Raja Shah Erman Raja Arifin berkata, selain bola sepak, UniMAP turut memenangi dua pingat perak dalam acara futsal lelaki dan bola baling wanita.

“Selain itu, kita juga turut  meraih satu gangsa dalam acara petanque wanita.

“Pada tahun ini UniMAP menghantar seramai 132 peserta termasuk  jurulatih dan kita mengambil bahagian dalam semua sembilan acara yang dipertandingkan,“katanya ketika ditemui selepas perlawanan tamat.

Turut hadir menyaksikan perlawan akhir bola sepak antara UniMAP dan USM, Timb.Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USM Prof. Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, merangkap Komandan Kor SUKSIS USM, dan Adjutan Kor SUKSIS UniMAP, Tuan Zuber Hj. Mohamad.

SUTRA 2015 merupakan kali keenam dianjurkan dengan disertai oleh lima pasukan Kor SUKSIS Universiti Awam  seluruh Zon Utara iaitu UniMAP, Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang, Universiti Perguruan Sultan Idris dan tuan rumah USM.

Antara acara yang dipertandingkan adalah Bola Sepak, Sepak Takraw, Bola Jaring, Bola Tampar,  Bola Baling, Triathlon, Petanque, Futsal dan Tarik Tali.

ARAU, 25 April (Bernama) -- Usaha Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) membina litar go-kart di kampus tetap universiti berkenaan di sini, mendapat pujian Senator Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omar Din.

Megat Zulkarnain berkata usaha UniMAP itu selari dengan hala tuju dan hasrat kerajaan untuk melihat ramai anak muda menerokai bidang yang mencabar ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

"Mereka akan menjadi orang berilmu, kreatif dan memiliki daya saing serta ketahanan diri. Faktor ini penting bagi sesebuah negara yang berhasrat mencapai taraf negara maju," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis 'Jom Bakar Litar: UniMAP-Media' di litar go-kart UniMAP di sini, Sabtu. Turut hadir, Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin.

Megat Zulkarnain berkata beliau akan membangkitkan mengenai pembinaan litar go-kart UniMAP itu pada persidangan Dewan Negara, minggu depan.

"Saya akan membawa perkara ini kerana tidak semua universiti memiliki litar seperti ini. Dalam usaha melahirkan pelajar kaya dengan daya kreatif dan inovasi, perkara seumpama ini perlu dilaksanakan," katanya.

Sementara itu, Kamarudin berkata litar dibina pada 2013 dan menelan kos sebanyak RM1.2 juta itu, dikendalikan oleh Unit Penyelidikan Teknologi Sukan Permotoran UniMAP.

Litar yang mendapat kelulusan Persatuan Automobil Malaysia itu terbuka kepada orang ramai dengan dikenakan caj penggunaan mengikut kadar ditetapkan.

 

Pauh Putra, 21 April – Penyelidik wanita khususnya di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) digalakkan agar lebih menonjolkan diri dengan aktiviti penyelidikan termasuk lebih aktif dalam penerbitan.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin berkata saban hari di media sosial mahupun media massa, ramai penyelidik lelaki mencipta nama di persada nasional mahupun antarabangsa termasuk penyelidik dari UniMAP.

Katanya, penyelidik wanita perlu lebih aktif bersama-sama penyelidik lain bagi menyerlahkan keterlihatan UniMAP di persada dunia dengan menghasilkan lebih banyak penerbitan dalam bidang-bidang terkini agar dapat meningkatkan sitasi dari pihak luar.

UniMAP juga sudah menubuhkan Unit Reputasi Akademik dan Industri bagi tujuan memperlihatkan lagi aktiviti penyelidikan dan inovasi di peringkat dunia dengan pelbagai inisiatif yang dirancang,” kata beliau ketika berucap di Anugerah Penyelidikan dan Sukan di sini, hari ini.

Menurut beliau, UniMAP juga kini memiliki ahli dalam Research Gate seramai 1,147 orang dengan markah keseluruhan (RG Score) sebanyak 4,419. 59 dan melahirkan harapan agar RG ini dapat ditingkatkan melalui peranan academia.

“Masih ramai academia yang hanya mendaftar di RG tetapi tidak aktif justeru betapa pentingnya peranan academia dengan memuat naik semua hasil penulisan yang diterbitkan dalam jurnal ke dalam RG ini secara ‘manual’,” katanya.

Terdahulu, Datuk Kamarudin turut menyampaikan anugerah dan insentif kepada 102 penyelidik UniMAP yang menempa kejayaan pada tahun lalu dalam mengharumkan nama UniMAP di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pauh Putra, 21 April – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kini bersiap sedia bagi menghadapi cabaran dan berazam mencapai sasaran pingat di Kejohanan Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) di Sabah, minggu depan.

Kontinjen UniMAP dengan kekuatan 44 atlit, pegawai dan sekretariat diketuai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan.

Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin berkata UniMAP meletakkan sasaran sebanyak tiga emas di kejohanan berprestij berkenaan yang bakal beraksi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah mulai 26 hingga 3 Mei ini.

“Ketika SUKANUN 2013, UniMAP menjadi tuan rumah dan meraih tempat ketiga keseluruhan justeru saya berharap UniMAP dapat menempa kejayaan dengan sasaran tiga emas bagi acara golf, bola sepak 9 sebelah dan olahraga pada SUKANUN kali ini.

“Selain itu, saya juga berharap atlit, pegawai dan sekretariat UniMAP dapat mengekalkan disiplin yang tinggi serta menjaga imej university selain turut bersikap telus dalam hal ehwal pengurusan kewangan,” kata beliau ketika berucap di Majlis Penyampaian Anugerah Penyelidikan dan Sukan, di sini hari ini.

Terdahulu, Datuk Kamarudin melakukan gimik penyerahan bendera kejohanan serta menyampaikan sijil dan insentif kepada 16 penerima Anugerah Sukan selepas UniMAP berjaya meraih kejayaan dalam Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2014 yang lalu.

UniMAP menggungguli SUKUM 2014 dengan meraih sembilan emas, tujuh perak dan tiga gangsa di kejohanan yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

 

Sungai Petani, 21 April – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bakal mengadakan kolaborasi bersama Kedah Industrial Skill and Management Development Centre (KISMEC) dalam memperkasakan Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET).

Hasrat itu dibincangkan sempena lawatan kunjung balas delegasi UniMAP diketuai Naib Canselor , Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin ke KISMEC, di sini hari ini.

Datuk Kamarudin berkata, UniMAP juga bercadang mengadakan memorandum persefahaman (MoU) dengan KISMEC sempena lawatan Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh pada 16 Mei ini bagi merealisasikan hasil perbincangan pada hari ini.

Menurutnya, antara kerjasama yang bakal terjalin adalah pihak UniMAP akan memperhalusi cadangan menempatkan lepasan KISMEC dalam pengajian peringkat Diploma di UniMAP.

“Selain itu, kedua-dua pihak bersetuju bagi mengadakan latihan, bengkel atau seminar jangka pendek secara bersama antara UniMAP dan KISMEC serta member penekanan kepada latihan berteraskan robotik.

“Antara skop bidang utama yang dibincangkan dan boleh diusahakan dalam masa terdekat ialah bidang ‘welding’, elektrik dan polimer,” katanya.

Hadir sama ke perbincangan berkenaan ialah Pengarah Eksekutif KISMEC Dato’ Wan Ismail Ibrahim dan Pengerusi KISMEC Dato’ P.K Ang manakala UniMAP turut dihadiri Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Prof Madya Dr Che Mohd Ruzaidi Ghazali, Dekan Unit Penyelarasan Program Diploma Prof Madya Dr Mohd Mustafa Al- Bakri Abdullah, Ketua Pegawai Operasi UniMAP Holdings (UH) Dr Mohd Najmudin Mohd Hassan, Pengarah Pusat Kerjasama Industri dan Kerajaan (CIGC) Dr Mukhzeer Mohamad Shahimin serta Pengurus Operasi UH Dr Khairul Anwar Abdul Halim.

Terdahulu, KISMEC diketuai Dato’ Wan Ismail sebelum ini membuat lawatan kunjung hormat ke UniMAP pada bulan Mac lalu.

Arau, 20 April – Penubuhan Persatuan Penyelidikan dan Inovasi Malaysia (MyRIS) merupakan sebahagian insiatif yang diambil sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam mendokong dan menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi)[PPPM (PT)] yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia minggu lalu.

Menerusi MyRIS, UniMAP berhasrat dapat bergerak seiring dengan aspirasi kerajaan terutama dalam memperkasakan pemupukan bakat dan pendidikan tinggi terutama menerusi inisiatif melahirkan graduan pendidikan tinggi dan vokasional  (TVET) yang tinggi.

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, MyRIS berperanan secara terus dalam menyalurkan ilmu serta berkongsi kepakaran yang ada terutama dalam bidang sains, inovasi dan penyelidikan serta kemahiran teknikal dan vokasional dalam perlbagai peringkat bermula dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk faedah masyarakat dan rakyat seluruhnya.

Menurut beliau, MyRIS merupakan sebahagian inisiatif UniMAP untuk mendepani cabaran sektor pendidikan tinggi dalam menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan terkemuka di peringkat antarabangsa.

“Ia juga merupakan sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) untuk manfaat rakyat secara keseluruhannya dan pada masa sama berkosepkan “apa yang dimiliki sewajarnya dikembalikan kepada masyarakat”.

“Apa yang paling utama ialah, matlamat akhir segala program dan aktiviti MyRIS kelak bakal membantu melahirkan graduan holistik yang mampu menyumbang kepada agenda pembangunan negara,”  ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan penubuhan MyRIS bersempena Majlis Penutup Pemeran Kejuruteraan Inovasi dan Rekacipta Antarabangsa (i-ENVEX) di Kampus UniMAP Pauh Putra di sini semalam.

Pameran yang berlangsung selama tiga hari itu menyaksikan lebih 457 penyertaan dengan lebih 600 orang peserta pelbagai peringkat seperti sekolah rendah, menengah, Politeknik, Koleh Komuniti, Institut Latihan, Universiti Awam dan Universiti Antarabangsa, sekali gus menyerlahkan kreativiti dan inovasi peserta yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat.

Menurut Dr. Kamarudin, penyertaan MyRIS terbuka kepada sekolah rendah dan menengah di Malaysia yang mana penyelidik UniMAP akan turun padang menganjurkan Kursus Pengurusan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Dan Inovasi Antarabangsa  kepada guru- sebagai sebahagian daripada usaha memperkasakan inovasi di peringkat sekolah.

 “MyRIS akan membantu menggerakkan penyelidik-penyelidik muda terutamanya diperingkat sekolah untuk mendapat pendedahan yang lebih meluas sama ada di dalam dan luar negara dan pada masa sama akan lebih berperanan dalam membantu sekolah dan universiti dalam memberi khidmat nasihat, khidmat pengujian dan penggalakan kerjasama antara sekolah dan universiti dalam menjayakan pelbagai bidang kajian yang dijalankan oleh sekolah.

“Semoga MyRIS akan mendapat sokongan yang berterusan dari semua pihak terutama sekolah dan universiti dalam menjayakan matlamat PPPM PT sekaligus memacu negara menuju kegemilangan seterusnya mencapai status negara maju pada tahun 2020,” katanya.

Antara program yang telah disusun oleh MyRIS untuk tahun hadapan melibatkan penyelidik muda dikalangan sekolah dan universiti antaranya pameran inovasi yang dijangka diadakan pada bulan Mac dan April, pertandingan robotik dan bengkel penyelidikan. Sekolah yang berminat untuk menjadi ahli  bolehlah mengubungi MyRIS melalui email rasmi iaitu Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin melancarkan Myris 2015 pada Majlis Penutup i -ENVEX 2015 Di Dewan Ilmu, Pauh Putra, Arau semalam

Naib Canselor UniMAP, Prof. Dr. Kamarudin Hussin menyampaikan sijil dan piala kepada sekolah yang terlibat dengan menyertai ahli Myris selepas melancarkan Myris 2015 pada Majlis Penutup i-ENVEX 2015 di Dewan Ilmu, Pauh Putra, Arau semalam

NIBONG TEBAL, 18 April (Bernama) -- Universiti Awam (UA) di negara ini mampu menjadi antara universiti terbaik dunia setanding dengan Universiti Oxford di United Kingdom, kata Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata status itu tidak mustahil untuk dicapai jika dilihat pencapaian prestasi UA tempatan kini semakin melonjak, sekali gus berupaya menarik penuntut dari serata dunia untuk mendalami ilmu di negara ini.

"Tidak dapat dinafikan bidang kejuruteraan yang ditawarkan di UA merupakan antara yang terbaik di dunia sehingga Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) turut menjadi pilihan penuntut luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2014 di Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM), di sini, Sabtu malam.

Idris berkata sehingga kini terdapat 135,000 pelajar asing telah mendaftar di UA tempatan dan ia merupakan satu angka yang boleh dibanggakan.

Selain bidang kejuruteraan, program pengajian sains farmasi yang ditawarkan oleh USM serta pengajian perbankan Islam oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merupakan antara terbaik di dunia.

"Bukan itu sahaja, Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi pengajian di bidang pertanian menduduki tempat ke-54 terbaik dunia," katanya.

Pada majlis itu, Ju Ariana Ibrahim, 24, pelajar tahun akhir jurusan biteknologi di Universiri Sultan Zainal Abidin (UniSZA), diumumkan sebagai penerima Anugerah Menteri Pendidikan 2014.

Pelajar berasal dari Klang, Selangor itu, membawa pulang trofi, sijil, wang tunai RM3,000 serta sebuah motosikal Kris Modenas.

Ju Ariana, ketika ditemui media selepas majlis itu, melahirkan rasa syukur atas penganugerahan tersebut sambil menyifatkan ia merupakan hasil usaha keras selama ini untuk mengabdikan diri dengan pelbagai aktiviti sukarelawan dan komuniti.

Beliau turut menyifatkan anugerah itu mampu menjadi inspirasi kepada mahasiswa dan mahasiswi lain untuk terus berbakti kepada negara.

Anugerah Tokoh Siswa merupakan anugerah yang mengiktiraf dan memberi galakan kepada mahasiswa yang telah banyak berusaha untuk menjadi modal insan yang holistik dan kompeten.

PAUH PUTRA, 10 April — Pasukan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Woodball Antara Jabatan Negeri Perlis 2015 anjuran Pusat Sukan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), baru-baru ini.

MPK berjaya meraih tempat pertama selepas  melakukan 195 pukulan meninggalkan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perlis dengan 207 pukulan.

Kejayaan itu membolehkan MPK membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM400 dan medal manakala naib johan pula membawa pulang wang tunai berjumlah RM300 dan medal.

Sementara itu, tempat ketiga diraih pasukan jabatan Pendidikan negeri Perlis dengan jumlah  209 pukulan sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM200 dan medal.

Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan Naib Canselor UniMAP, Briged. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Madya. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan dan Pengarah Pusat Sukan UniMAP, Suhizaz Sudin.

Pada kejohanan yang sama juga turut diadakan Pertandingan Persahabatan Woodball Antara Ketua Jabatan UniMAP 2015 dan pasukan yang diwakili Naib Canselor telah muncul johan dengan jumlah pukulan sebanyak 186.

Naib Johan diraih pasukan yang diwakili Dato’ Zul Azhar Zahid Jamal dengan 192 pukulan dan tempat ketiga dimenangi pasukan Pengetua Kolej Kediaman UniMAP, Dr. Wong Yee Sian dengan jumlah pukulan sebanyak 217.

Kejohanan Woodball Antara Jabatan Negeri Perlis 2015 disertai sembilan pasukan dari tujuh jabatan yang mengambil bahagian iaitu, UniMAP, UniMAP Pusat Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, MPK, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang, dan juga Media. 

Kangar, 9 April 2015 – Azwan Shahmie Zakaria telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Naib Canselor – Tokoh Siswa Terbilang pada Majlis Anugerah Gemilang Siswa (AGS) 2014 yang berlangsung di Dewan Kapitol di sini, baru-baru ini.

Azwan Shahmie merupakan Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP bagi sesi 2013/2014 yang aktif dan komited sehingga melayakkannya dilantik sebagai Timbalan Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Kawasan Utara oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Saya berasa sangat gembira kerana diberikan penghargaan yang tertinggi oleh UniMAP dan amat berterima kasih di atas pemilihan untuk menerima anugerah ini.

“Tetapi tanpa sokongan rakan-rakan, saya yakin tidak akan dapat melaksanakan apa jua tugasan yang diamanahkan oleh universiti dengan baik,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Anugerah disampaikan oleh Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Dr Kamarudin Hussin. Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan.

Datuk Kamarudin dalam ucapannya, menyeru pelajar UniMAP untuk menyahut cabaran bergiat aktif dalam bidang kesukarelawan demi mencungkil bakat kepimpinan pelajar.

“Malah ia mampu untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari selok belok penganjuran program, berdepan cabaran serta menikmati keseronokan dan menimba pengalaman secara langsung melalui penglibatan secara aktif dalam aktiviti kesukarelawan.

“Sehinggakan UniMAP buat julung kalinya memperkenalkan satu kategori anugerah bagi menghargai pelajar yang bergiat aktif dalam program kesukarelawanan,” katanya.

Pengenalan anugerah ini sebagai sokongan untuk merealisasikan hasrat kerajaan yang ingin menggalakkan mahasiswa bergiat aktif dalam kesukarelawan.

Tambahnya lagi, UniMAP melalui HEPA bakal memperkenalkan dua program berteraskan kesukarelawanan di mana penganjurannya adalah melalui Kelab atau Persatuan Pelajar di UniMAP.

“Dua program tersebut adalah Program Apprenticeyang melibatkan geran khas aktiviti dan juga Program Corporate Social Responsibility yang bakal dilaksanakan peringkat antarabangsa,” katanya.

AGS 2014 yang dianjurkan HEPA UniMAP telah menyenaraikan 124 anugerah kepada pelajar yang mengharumkan nama UniMAP di pelbagai peringkat antaranya, Kelab atau Persatuan; Sukan; Seni dan Budaya; Pengucapan Awam; Keusahawanan; Kesukarelawan; Penyelidikan dan Inovasi; Akademik (Diploma dan Ijazah); Anugerah Kecemerlangan Khas.

Datuk Kamarudin berharap anugerah ini akan meningkatkan motivasi pelajar supaya lebih bersemangat untuk berjaya serta menjadi seorang individu yang berkebolehan istimewa dan versatile.

“Penghargaan ini merupakan pendorong dan pemangkin kepada individu-individu lain untuk bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti sama ada akademik, kebudayaan, Inovasi, kokurikulum, sukan dan rekreasi demi mengharumkan nama UniMAP,” katanya.

 

Pauh Putra, 9 April — Penganjuran dua kejohanan besar yang cemerlang dalam sukan woodball mendorong Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menubuhkan Persatuan Woodball di peringkat universiti ini.

Penubuhan persatuan sukan yang tidak asing lagi di kalangan warga negeri itu dilancarkan oleh Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin selepas Pertandingan Woodball Antara Jabatan Negeri Perlis bersama UniMAP, di sini, hari ini.

Datuk Kamarudin berkata, berikutan sambutan yang hangat diterima oleh para pelajar dan stafnya,  UniMAP mengambil inisiatif menubuhkan Persatuan Woodball ini bagi menggalakkan penglibatan warga UniMAP khususnya pelajar dalam sukan woodball.

“Penubuhan kelab ini bertujuan untuk mengumpulkan dan melahirkan pemain–pemain yang berpotensi bukan sahaja untuk mewakili universiti tetapi turut mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

“Ia juga bertitik tolak dalam merealisasikan hasrat Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor UniMAP yang mencadangkan supaya ditubuhkan Kelab Persatuan Woodball di universiti seluruh dunia,” katanya ketika berucap Merasmikan Penutup Kejohanan Woodball Antara Jabatan Negeri Perlis berkenaan.

Datuk Kamarudin juga percaya, dengan penubuhan persatuan atau kelab Sukan Woodball di Universiti akan menjadi satu usaha yang baik agar pembangunan berterusan sukan tersebut  dapat dilaksanakan.

”Walaupun kita sebuah pasukan baharu, tetapi kita amat digeruni pasukan –pasukan universiti lain kerana telah melakar banyak kejayaan pada pertandingan-pertandingan antara universiti Malaysia.

”Antara kejayaan yang diperoleh UniMAP  adalah pada Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2014 apabila berjaya meraih tiga emas, tiga perak dan  satu gangsa dan diikuti kejayaan membawa pulang satu emas, satu perak dan satu gangsa pada  Karnival Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2014,”katanya.

Beliau juga yakin, dengan tertubuhnya Persatuan Woodball UniMAP,  pencapaian pelajarnya dalam sukan ini akan semakin meningkat.

“Dengan tertubuhnya persatuan ini, kita mensasarkan  tiga  pingat emas bakal menjadi milik UniMAP pada Kejohanan MASUM 2015 yang dijangka diadakan pada Julai serta empat pingat emas pada SUKIPT 2016 nanti,” katanya.

Brisbane (Australia), 9 April  – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui Pusat Kecemerlangan Geopolimer & Teknologi Hijau (CEGeoGTech) memperluaskan hubungan penyelidikan dalam bidang geopolimer dan bahan elektronik dengan salah sebuah universiti yang terkemuka di Australia iaitu Universiti Queensland (UQ) melalui satu memorandum persefahaman (MoU) hari ini.

Kerjasama tersebut membabitkan CEGeoGTech dan Fakulti Kejuruteraan, Seni Bina dan Teknologi Maklumat (EAIT) UQ yang mengkhusus kepada kerjasama penyelidikan serta penempatan staf dan pelajar di kedua-dua buah universiti.

Pada majlis tersebut, UniMAP diwakili oleh Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan, Perngkomersialan dan Harta Intelek UniMAP, Datuk Wira Prof. Dr. Salleh Hj Din yang mewakili Naib Canselor dan Pemangku Dekan Eksekutif EAIT, Professor Carroline Crosthwaite.

Turut hadir, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FETech), Prof. Madya Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali dan Pengurus CEGeoGTech, Prof. Madya Dr. Mohd. Mustafa Al-Bakri Abdullah dan Ketua Jabatan PPK Kejuruteraan Mekanikal dan Galian UQ, Prof. David Mee.

UQ merupakan universiti dalam kedudukan 43 universiti terbaik dunia dalam Times Higher Education World University Rankings (THES).

Antara lainnya, kerjasama tersebut menjurus kepada kesinambungan kerjasama sebelum ini dimana UQ telah memberi tempat khas untuk staf atau pelajar daripada UniMAP menyambung pengajian bagi peringkat doktor falsafah (PhD).

Pada masa sama, pihak UQ juga telah memberi ruang kepada UniMAP mengguna pakai kemudahan di Pusat Mikroskopi dan Mikroanalisis (Australian Microscopy & Microanalysis Research Facility : AMMRF) tanpa dikenakan bayaran.

Buat masa ini, seorang staf UniMAP telah melanjutkan pengajian PhD dibawah Pusat Pembuatan Bahan Elektronik (NSCMEM) iaitu Saudara Mohd Arif Anuar Mohd Salleh yang juga merupakan tenaga pengajar di Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan selain lima pelajar pasca siswazah di beberapa pusat pengajian lain di UQ.

Menerusi lawatan tersebut juga, dua sesi perbincangan terperinci telah diatur oleh pihak UQ iaitu bersama NSCMEM yang diwakili oleh Pengarahnya iaitu Prof. Dr. Kazuhiro Nogita, penyelidik NSCMEM, Jonathan Read, Pengarah Pusat Pemprosesan dan Pembuatan Bahan Termaju (AMPAM), Prof. Madya Dr Matt Dargush serta Pengarah AMMRF, Professor John Drennan.

Universiti Ubudiyah Indonesia (UUI), Banda Aceh buat julung kalinya telah berjaya menganjurkan pertandingan penyelidikan dan inovasi iaitu ’International Art – Creativity & Engineering Exhibition’ atau lebih dikenali sebagai I+ACEH 2015. Pertandingan yang berlangsung selama 3 hari ini telah bermula pada 27hb Mac hingga 30hb Mac 2015 ini telah menarik penyertaan daripada pelbagai negara seperti Malaysia, Kanada dan juga Korea Selatan.

EYReC UniMAP melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni telah menghantar 5 produk penyelidik muda UniMAP dalam menyertai I+ACEH 2015 untuk kali ini. Kelima-lima produk yang terpilih mewakili UniMAP ini adalah merupakan pemenang pingat emas pada pertandingan EMYIS 2015 pada Februari yang lalu. Para penyelidik muda UniMAP telah berjaya mengungguli pertandingan I+ACEH 2015 ini dengan memperolehi 5 pingat emas dan juga 3 anugerah khas. Kelima-lima pingat emas UniMAP telah diperolehi oleh Mageswaran A/L Murugiya, Siti Nabillah Binti Abd Ghani, Nurul Aida Binti Mortar, Muhammad Firdaus Bin Mohd Radzi dan Shuhaina Ahmad.

Kejayaan penyelidik muda UniMAP bertambah manis apabila 3 daripada produk-produk mereka telah berjaya memperolehi anugerah khas, iaitu produk ‘HIGH IMPACT PENETRATOR’ yang dihasilkan oleh Nurul Aida Mortar telah berjaya mendapat anugerah khas AIA Special Award dari Asia Invention Association (AIA), Korea. Manakala produk Muhammad Firdaus Bin Mohd Radzi, pelajar PPK Mikroelektronik yang bertajuk Smart Flood Warning System (SFWS)telah memperolehi anugerah khas daripada Korea Inventor Award, sementara produk bertajuk ‘OXOBIOPLAST’ hasilan pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan iaitu Siti Nabillah Binti Abd Ghani telah mendapat anugerah khas utama iaitu ‘I + ACEH BEST OF THE BEST AWARD’.

Kejayaan yang dicatatkan oleh penyelidik muda UniMAP di pertandingan I + ACEH 2015 ini dilihat sebagai pemulaan yang amat baik bagi tahun 2015 dalam usaha EYReC UniMAP untuk terus menggilap nama penyelidik-penyelidik muda UniMAP dan seterusnya nama universiti ke peringkat antarabangsa.

Berikut adalah merupakan senarai produk dan pingat yang telah diperolehi oleh penyelidik muda EYReC di I + ACEH 2015, Aceh, Indonesia.

 

SENARAI PRODUK DAN PINGAT PENYELIDIK MUDA UniMAP KE PERTANDINGAN :
I + ACEH 2015, ACEH, INDONESIA

Brisbane, Australia, 8 April – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui Pusat Kecemerlangan Geopolimer & Teknologi Hijau (CEGeoGTech) bercadang membangunkan membangunkan makmal dan bilik pameran menggunakan semua hasil penyelidikan berasaskan geopolimer dan teknologi hijau.

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, pembinaan makmal dan bilik pameran tersebut akan dijalankan dengan kerjasama Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FETech) UniMAP di Kampus UNICITI Alam, Sungai Chuchuh.

Pembinaan tersebut, ujar beliau dibuat menggunapakai model yang digunakan oleh penyelidik geopolimer Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Queensland (UQ) Autralia yang telah berjaya membina bangunan dengan menggunakan bahan geopolimer yang dikenali sebagai Global Change Institute (GCI).

“Sekumpulan penyelidik Geopolymer UniMAP telah ke sana (UQ) dan mengadakan perbincangan dengan pihak UQ yang dihadiri oleh Ketua Jabatannya iaitu Profesor Jose L. Torero dengan beberapa penyelidik dalam bidang geopolimer iaitu Dr. Liza O’Moore dan Dr. Vinh Dao.

“Perbincangan tertumpu kepada kerjasama memperkasa bidang geopolimer di Malaysia berdasarkan model yang digunapakai oleh UQ yang mana ia turut mendapat kerjasama beberapa industri sekitar Australia yang telah lama membangunkan bahan geopolimer di negara tersebut  antaranya Zeobond dan Geopolymer Alliance.

“Ia sesuatu yang baik untuk kita (UniMAP) dan saya telah meminta penyelidik CeGeoGTech membangunkan model yang sama dan ia dijangka siap akhir tahun ini,” ujar beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

UQ merupakan salah sebuah university terkemuka di Asutralia dan tersenarai dalam kedudukan 43 universiti terbaik dunia dalam Times Higher Education World University Rankings (THES).

Deligasi UniMAP diketuai oleh Profesor Salleh Hj. Din yang juga mewakili Naib Canselor UniMAP, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FETech), Prof. Madya Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali dan Pengurus CEGeoGTech, Prof. Madya Sr. Mohd. Mustafa Al-Bakri Abdullah.


Kuala Lumpur, 7 April - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyambut baik pelaksanaan 10 lojakan yang ditetapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Pengajian Tinggi (PT) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak hari ini.

Naib Canselornya, Brig. Jen Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, kesemua 10 lonjakan yang ditetapkan itu adalah selari dengan pelan strategik UniMAP 2015-2020 yang antara lainnya memberi fokus kepada penghasilan graduan yang holistik dan mampu memenuhi aspirasi negara.

Pada dasarnya, ujar beliau, penumpuan pada aspek graduan sebenarnya telah digariskan dalam misi UniMAP semenjak 2002 lagi iaitu melahirkan modal insan kamil yang menyumbang kepada agenda pembangunan negara.

"Graduan merupakan aset utama universiti yang mana mereka seterusnya bakal menjadi ejen perubahan kepada pembangunan negara.

"Justeru UniMAP amat menyokong pelaksanaan dasar ini dan akan bekerja bersama2 kerajaan untuk menghasilkan graduan yang holistik," ujar beliau selepas majlis pelancaran PPPM (PT) di Hotel Royale Chulan di sini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

Dalam ucapan perasmian beliau, Perdana Menteri berkata, PPPM (PT) bakal menjadi pemangkin kepada transformasi negara untuk bersaing di peringkat global dengan penumpuan kepada penjanaan pelajar berbakat yang penting bagi sesebuah negara dalam mengekalkan kejayaannya.

Menurut Datuk Seri Mohd. Najib, pelajar yang berteraskan nilai positif dari segi rohaniah, moral, etika dan kekuatan akan menonjolkan identiti nasional selari dengan kemajuan negara sekaligus menempatkan Malaysia sebagai antara sebuah negara terbaik di dunia.

Dalam perkembangan lain, Datuk Kamarudin turut menyambut baik inisiatif kerajaan memberi tumpuan kepada graduan TVET. 

Jelas beliau, sebagai sebuah universiti yang kini menawarkan program berteraskan kejuruteraan teknologi, pemerkasaan graduan TVET adalah amat relevan dan signifikan dengan penghasilan graduan berkemahiran dan teknologi tinggi.

"Stigma masyarakat yang sering memandang graduan TVET sebagai graduan kelas kedua harus diubah memandangkan kelompok graduan inilah yang diinginkan oleh sektor industri," ujar beliau.

KANGAR, 6 April — Teknologi Sistem Tanpa Pemandu (UAS) bagi menghasilkan pesawat tanpa pemandu (UAV) bukanlah sesuatu yang baru, malahan ia telah digunakan oleh negara-negara maju bukan saja untuk bidang ketenteraan malahan pertanian, perlombongan, pemantauan, pengurusan bencana dan lain-lain lagi.

Malaysia juga tidak ketinggalan dalam bidang ini apabila empat rakyatnya telah diiktiraf sebagai pakar UAV di Asia, dan salah seorang darinya merupakan Pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Madya Dr Hazry Desa. Beliau yang juga Ketua Pusat Kecemerlangan UAS UniMAP berkata, pengiktirafan tersebut membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga mampu menguasai bidang berteknologi tinggi itu. “Pengiktirafan ini adalah untuk semua warga UniMAP terutama sekali Naib Canselor, Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin yang sentiasa memberi sokongan untuk kami menjalankan penyelidikan berkaitan UAV. “Saya berharap melalui pengiktirafan yang diperoleh ini akan dapat meningkatkan lagi minat pelajar-pelajar untuk menceburi bidang UAV,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

UniMAP baru-baru ini melancarkan UAV KAMA-2X sekaligus berjaya menjual 10 unit pesawat tersebut kepada Aerial Imaging Sdn. Bhd. (AISB) bernilai RM500,000 bersempena penganjuran Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA’15). Pesawat KAMA-2X yang dinamakan bersempena nama Naib Canselor UniMAP itu djual pada harga RM50,000 setiap unit setelah melalui proses penyelidikan selama tujuh tahun oleh para penyelidik CEOUAS. Menurut Dr. Hazry, penyelidikan pesawat berkenaan yang dijalankan dengan kerjasama syarikat Drei Sohne Technology Sdn. Bhd. (DST) pada asalnya digunakan untuk meracun serangga bagi tanaman padi di Perlis.

“Selepas melalui beberapa fasa penyelidikan, pesawat ini ditambah nilai bagi menawarkan perkhidmatan yang lebih menyeluruh termasuk digunakan bagi merakam imej banjir di Kelantan baru-baru ini sebelum datanya diproses di dalam perkakasan komputer bagi menghasilkan lakaran imej tiga dimensi (3D). “Saya percaya kepakaran yang dimiliki oleh pakar UAV terutama yang ada di Malaysia ini seharusnya digunakan dengan sebaiknya untuk manfaat negara.

“Saya berharap akan ada lebih ramai lagi pelajar yang akan menyambung pelajaran dalam teknologi UAV ini, sekaligus melahirkan lebih ramai lagi pakar dengan bidang yang berkaitan,” ujarnya yang turut diberi penghormatan menyampaikan ucaptama pada The Commercial UAV Show Asia 2015, yang dijadualkan pada 30 Jun ini di SUNTEC Singapore Convention and Exhibition Centre.

 

Kuala Muda, 3 April – Seramai 12 orang pelajar yang sebahagian besarnya merupakan anak mangsa kejadian Tsunami di Kedah pada tahun 2004 yang lalu menerima surat tawaran kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda dan Diploma di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Surat tawaran kemasukan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Sulit kepada Menteri Pendidikan Malaysia, Mohd. Nizar Haji Sudin dalam satu majlis ringkas bersempena program kemasukan khas “Jom Masuk UniMAP” di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kuala Muda.

Turut hadir Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Shaari Ismail dan Pengetua SMK Kota Kuala Muda, Shabudin Ali.

Dalam ucapannya, Mohd. Nizar berkata, program tersebut bertujuan membantu para pelajar dari kategori keluarga kurang berkemampuan dengan pendapatan di bawah RM 3,000 untuk mendapat tempat di UniMAP berdasarkan keputusan peperiksaan masing-masing.

Ujar beliau, usaha yang dilakukan oleh UniMAP ini merupakan sebahagian daripada inisiatif mereka mendokong hasrat kerajaan memperkasakan modal insan ke arah mewujudkan masyarakat berpendapatan dan berkemahiran tinggi.

“Kerajaan amat berharap pelaburan jangka panjang melalui program kemasukan khas UniMAP ini dapat menghasilkan modal insan berkualiti bagi meneruskan pembangunan negara kea rah mencapai Wawasan 2020.

''Sehubungan itu, inisiatif UniMAP ini merupakan bukti nyata masalah kewangan bukan lagi menjadi satu isu yang menyebabkan para pelajar daripada golongan kurang berkemampuan khususnya dari luar bandar tidak mendapat pendidikan di universiti," katanya.

Program Jom Masuk UniMAP sebelum ini telah berlangsung di beberapa buah negeri antaranya di Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak dan Kuala Lumpur. Program tersebut akan diteruskan di Pulau Pinang pada hari Sabtu dan Ahad ini.

Sementara itu, Dr. Kamarudin berkata, menerusi program di Kota Kuala Muda, hampir 50 orang pelajar hadir bersama dokumen diri dan keputusan peperiksaan masing-masing bagi mendapatkan khidmat nasihat dan perundingan memilih program pengajian yang bersesuaian dengan kelulusan akademik masing-masing.

Jelas beliau, pemilihan lokasi Kota Kuala Muda dibuat bagi membuka peluang kepada anak-anak mangsa Tsunami yang mendapat keputusan peperiksaan cemerlang tetapi tidak tahu saluran yang tepat untuk menyambung pengajian.

“Daripada jumlah tersebut, 12 pelajar ditawarkan tempat serta merta manakala permohonan lain perlu ditapis terlebih dahulu oleh panel penilai. UniMAP memperuntukkan 100 tempat untuk program kemasukan khas bagi sesi pengajian 2015/2016,” jelas beliau.

Dalam pada itu, seorang pelajar, Sabrina Shahabudin, 20, bersyukur apabila ditawarkan tempat untuk mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian), Perniagaan Antarabangsa pada sesi kemasukan yang akan bermula September depan.

Ujar beliau, kejayaan tersebut diharap dapat membalas jasa dan pengorbanan ayah yang hanya bekerja sebagai seorang nelayan serta ibunya yang berniaga nasi lemak secara kecil-kecilan dalam menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Anak sulung daripada lima beradik itu turut berazam menggunakan peluang yang diberikan UniiMAP untuk belajar bersungguh-sungguh seterusnya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Ibunya, Latipah Abdullah, 52 tahun pula berharap kejayaan Sabrina dapat menjadi pendorong untuk adik-adiknya belajar dengan lebih bersungguh-sungguh dan mencapai kejayaan yang membanggakan sehingga ke universiti.

Seorang lagi pelajar, Nursyakirah Nabilla Che Halim, 20, tidak akan melepaskan peluang yang telah diberikan oleh UniMAP untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu juga pada sesi kemasukan September.

“Saya dimaklumkan, ia merupakan program pengajian baru di UniMAP dan saya teruja untuk menjadi antara graduan terawal bidang komunikasi media baharu ini dan sekaligus mempelajari ilmu baru berkaitan kursus tersebut,” ujarnya.

Kangar, 3 April 2015 – Bagi memastikan penguasaan bahasa Inggeris yang baik kepada pelajar antarabangsa, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui Pusat Bahasa Antarabangsa (CIL) mengambil inisiatif mengadakan Kursus Bahasa Inggeris Antarabangsa (IEC) selama enam bulan kepada pelajar luar negara yang ingin melanjutkan pengajian di UniMAP.

Pengambilan dua kali setahun pada bulan April dan November bermula tahun 2008 dengan kemasukan pertama seramai 38 pelajar itu telah meningkat saban tahun sehingga menjadikan jumlah keseluruhan kemasukan adalah seramai 675 pelajar.

Antara negara yang menghantar pelajarnya ke UniMAP adalah China, Indonesia, Iraq, Arab Saudi, Somalia, Sudan, Myanmar, Nigeria, Uzbekistan, Jordan, Mesir, Yemen dan banyak lagi.

Terkini, bagi kemasukan November 2014, seramai 77 pelajar telah berjaya menamatkan kursus tersebut dan diraikan dalam satu Majlis Makan Malam Tamat Kursus yang diadakan di Hotel Putra Palace, di sini baru-baru ini.

Naib Canselor UniMAP, Brigedier Jeneral Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin dalam ucapannya menyeru pelajar untuk menguasai bahasa Inggeris bagi memudahkan mereka mendapat maklumat yang berkaitan.

“Bahasa Inggeris adalah bahasa dominan dan sudah menjadi satu keperluan untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris sekiranya pelajar memasuki bidang kerjaya antarabangsa.

“Malah kebanyakkan buku, muzik dan filem adalah dalam bahasa Inggeris dan dengan menguasai bahasa dunia ini akan memberikan kelebihan kepada pelajar untuk memahami dan mendalami budaya Negara lain,” katanya.

Tambah Datuk Kamarudin, dalam konteks UniMAP pula, pelajar perlu memahami bahawa Bahasa Inggeris memainkan peranan yang besar dalam memastikan proses pembelajaran mereka berjalan lancar dan IEC telah menyiapkan mereka untuk melanjutkan pengajian mereka keperingkat seterusnya.

 “Walaupun mempelajarinya adalah satu cabaran, saya yakin Bahasa Inggeris adalah sesuatu yang berbaloi untuk dipelajari dan dikuasai kerana ianya bakal membuka pelbagai peluang kepada pelajar,” katanya.

Beliau juga turut menyeru pelajar untuk berinisiatif secara terus-menerus dalam mempelajari Bahasa Inggeris samada melalui jalinan persahabatan bersama-sama pelajar dari Negara lain yang memerlukan mereka bertutur dalam bahasa tersebut.

Tidak ketinggalan beliau turut mencabar pelajarnya untuk menguasai bahasa Melayu agar mereka dapat merasai dan menjadi sebahagian masyarakat majmuk di Malaysia.

Pada majlis yang sama, buat julung kalinya seramai 12 pelajar telah diberikan anugerah khas bagi lima kategori setelah menunjukkan kecemerlangan dalam IEC.

Bagi pelajar dari Yemen, Adnan Abdo Ahmed Mosed, IEC telah merubah dirinya apabila beliau semakin petah bertutur dalam bahasa Inggeris dan yakin dengan penggunaan perkataan dan susunan kata hasil dari pembelajaran IEC.

“Bukan sahaja Bahasa Inggeris malah saya juga sudah jatuh hati dengan keunikkan bahasa Melayu sehingga saya sering menggunakan bahasa tersebut jika mempunyai kesempatan,” katanya.

Hasilnya, beliau adalah antara pelajar yang menerima anugerah khas dengan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pemidato Terbaik Bahasa Melayu (Best Malay Language Orator Award) dalam majlis tersebut.

 

SPECIAL AWARD (IEC DINNER) NOVEMBER 2014

BEST MALAY LANGUAGE ORATOR AWARD

  1. Adnan Abdo Ahmed Mosed (Yemen)

 

MOST IMPROVED AWARD

  1. Odilbek Ergashev (Uzbekistan)
  2. Mohammed Nasser  Omar Ba Haisami (Yemen)
  3. Shady Othman Atiya Othman (Sudan)
  4. Mohsen Saeed Karama Bin Makhashen (Yemen)

 

MOST PROACTIVE AWARD

  1. Muneer Flayyih Mdhahi (Iraq)

 

BEST LEADERSHIP AWARD

  1. Yousef Fahd Abdullah Hekma (Yemen)

 

BEST GROUP PRESENTATION (BAHASA MELAYU)

Intermediate

  1. Mohsen Saeed Karama Bin Makhashen (Yemen)
  2. Bahr Mohammed Ahmed Al Motawwa (Yemen)
  3. Abdulrahman Abdullah Saleh Al Jaberi (Yemen)
  4. Osama Al-Salahi
  5. Mohammed Sheikh Aidaros Al Kaf (Yemen)
  6. Ahmed Abdullah Muhammed Al Hamed (Yemen)

 

PAUH PUTRA, 1 April — Mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berpeluang menonjolkan bakat sebagai konsultan perniagaan muda dengan para pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) melalui kerjasama strategik yang dijalinkan dengan SME Corp Malaysia (SME Corp).

Menerusi program yang dinamakan SME Corp Internship Program itu, para pelajar akan didedahkan dengan ilmu konsultansi dan pada masa sama mempelajari selok belok perniagaan dalam persekitaran perniagaan yang sebenar.

Naib Canselor UniMAP, Briged. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, penganjuran program sebegini  merupakan medium terbaik yang mampu merangsang aktiviti keusahawanan seterusnya melahirkan usahawan yang berilmu serta berkemampuan untuk bersaing di peringkat tempatan mahupun global.

“Malahan dalam 10 lonjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pengajian Tinggi aspek graduan, holistik, keusahawanan dan seimbang diletakkan sebagai perkara pertama.

“Jelas di sini, hasrat melahirkan graduan yang holistik yang mempunyai nilai tambah keusahawanan merupakan agenda utama pembangunan pendidikan di Malaysia dan ia sebenarnya selari dengan hala tuju strategik UniMAP,” ujar beliau ketika menyampaikan ucapan perasmian Program SME-University Internship 2015, di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, di sini , semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan SME Corp. Amrul Nazri Abdullah dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Foad Sakdan.

Menurut Dr. Kamarudin, UniMAP menyambut baik perlaksaan Program SME-University Internship tersebut dan berharap pihak SME Corp. Akan terus memberikan kerjasama untuk program itu.

Sementara itu, Amirul Nazri Abdullah berkata, program tersebut dilihat memberi impak yang positif melalui penglibatan bersama pelajar dan perusahan kecil dan sederhana (PKS).

“Melalui maklumbalas yang diterima dari PKS menunjukkan peningkatan jualan  sebanyak 30 hingga 40 peratus serta ada penambahbaikkan dari segi operasi dan pengurusan kewangan syarikat.

“Manakala bagi pelajar pula, penglibatan di dalam program ini telah menggalakkan mereka untuk membuka perniagaan sendiri di mana 94 peratus akan membuka perniagaan sendiri selepas tamat pengajian, 44 peratus dalam tempoh masa setahun dan 34 peratus selepas lima tahun menamatkan pengajian,”katanya.

Beliau juga berharap agar dengan pendedahan yang diterima itu akan mencernakan keinginan bakal graduan agar lebih terbuka dalam membina masa depan selain dari mengejar jawatan dalam sektor korporat.

Untuk rekod, Program SME-University Internship kali pertama dianjurkan di UniMAP melalui Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan (PPIPT) pada tahun 2010 dan sehingga kini, seramai 145 pelajar dari pelbagai program dan kohort pengajian telah menyertai program tersebut.

Kangar, 1 April 2015 – Dalam usaha mewujudkan integrasi kesepaduan dan keakraban antara ahli-ahli kadet badan beruniform, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menganjurkan pertandingan Kawad Formasi Inovasi yang diadakan di Padang Terbuka, Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani (KKTSAG) di sini, baru-baru ini.

Program anjuran Majlis Penghuni Kolej Kediaman (MPKK) Tan Sri Aishah Ghani dengan kerjasama Pusat Ko-Kurikulum dan PALAPES adalah bersempena Karnival Teknokrat Muda (KTM) yang berlangsung dari 23 hingga 30 Mac 2015.

Menurut Penolong Pengetua KKTSAG merangkap Leftenan bagi PALAPES UniMAP, Muhamad Azuan Mohamad Nasir, pertandingan ini membantu perkembangan dan pembangunan pasukan secara khususnya di samping mewujudkan integrasi antara kaum untuk bekerjasama antara satu sama lain.

“Pelajar akan menjadi lebih inovatif dan kreatif kerana perlu melakukan kawad yang luar dari kebiasaan sekaligus membina keyakinan ahli kadet mengenai kebolehan dan keupayaan diri mereka.  

“Malah mereka juga mendapat pengalaman, pengetahuan dan kemahiran untuk mencapai kendiri positif bagi memajukan diri serta mampu menghadapi sebarang situasi di masa hadapan,” katanya.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan. Turut hadir adalah Pengarah Pusat Ko-Kurikulum UniMAP, Mejar Profesor Dr. Zaliman Sauli; Pengarah Unit Perumahan dan Penginapan Pelajar, Dr. Midhat Nabil Ahmad Salimi; dan Pengetua KKTSAG, Dr. Ragunathan A/L Santiagoo.

Dr. Fo’ad dalam ucapannya menyifatkan, pembangunan inovasi dan kreativiti pelajar adalah salah satu cabaran terbesar kepada negara dan UniMAP.

“Sekiranya kita ingin melangkah ke era globalisasi dengan berpaksikan pengetahuan dan menjadikan negara kita maju ke hadapan, maka kita hendaklah memastikan pelajar kita mampu berdaya saing dengan pelajar luar negara,” katanya.

Pertandingan Kawad Formasi Inovasi yang bertemakan  Inovasi dan Pencahayaan adalah  julung kali diadakan dan telah disertai sembilan kontinjen yang terdiri daripada PALAPES, KOR SISPA, SUKSIS, Bomba, St. John, RELASIS, Pandu Puteri, Brass Band dan Kelana Laut.

Johan pertandingan dimenangi oleh kontinjen PALAPES yang membawa pulang wang tunai RM 100.00, hamper, plak, piala pusingan dan sijil.

Manakala Naib Johan dirangkul oleh KOR SISPA yang turut meraih Ketua Platun Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM 70.00, hamper, plak dan sijil.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh SUKSIS dengan membawa pulang wang tunai RM 50.00, hamper, plak dan sijil.

Bagi hadiah saguhati tempat keempat hingga kesembilan, mereka masing-masing membawa pulang hamper dan sijil penyertaan.

 

14 April 2014, PAUH PUTRA: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah berjaya menganjurkan Malaysia International Robot Competitions (MIRoC) 2014 yang berlangsung pada 12 dan 13 April lalu  di perkarangan Dewan Peperiksaan, Kampus UniMAP di sini.

Pertandingan yang disertai lebih 40 pasukan dari Institusi Pengajian Tinggi dari dalam dan luar negara serta sekolah menengah seluruh Malaysia. Sebanyak empat kategori dipertandingkan pada MIRoC 2014  iaitu,  Fire Fighting Robot,  Rope Climbing Robot;  Conquer Robot dan  Rescue Robot.
Majlis Perasmian Penutup disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI), Datuk Dr. Mohd Azhar Yahaya.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa program kombinasi MOSTI dengan IPT akan melahirkan belia yang berdaya saing dalam bidang sains dan teknologi.

“ Saya mengagumi usaha yang dilakukan oleh UniMAP dalam merancakkan pembangunan penyelidikan di peringkat IPT. Program-program yang dianjurkan oleh UniMAP dilihat telah memberikan impak yang positif kepada pada pelajar.

“Sememangnya minat dalam bidang sains dan teknologi ini perlu dipupuk sejak dari kecil lagi. Bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Saya percaya, lebih ramai lagi penyelidik muda akan dihasilkan melalui pertandingan seperti ini,”katanya lagi.
Turut hadir pada majlis itu, Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin.

Sementara itu, menurut Datuk Kamarudin, MIRoC akan terus menjadi cara tahunan  kerana ianya akan menjadi platform idea-idea baru salam bidang robotik dihasilkan sekaligus meningkatkan kualiti, teknologi, kreativiti dan inovasi.

Assalamualaikum W.B.T Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi diberi peluang untuk saya nukilkan  sedikit kata-kata untuk bersama-sama kita bermuhasabah kali ini.

Marilah kita  mensedekahkan Al-Fatihah kepada pejuang-pejuang  negara yang telah terkorban mempertahankan kedaulatan Malaysia di Lahad Datu, Sabah. Semoga pasukan keselamatan kita di sana berada dalam keadaan selamat dan krisis ini akan dapat diselesaikan dengan cepat tanpa adanya lagi pertumpahan darah.

Saya berasa amat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana atas keizinanNya Majlis Perasmian Kampus Induk UniMAP oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Abdul Razak, telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada seluruh warga UniMAP yang telah memberi sokongan dan kerjasama sebelum, semasa dan selepas majlis tersebut. Saya mendapat makluman bahawa hampir 20,000 orang hadir pada majlis perasmian tersebut. Angka itu mencatatkan satu sejarah buat UniMAP. Semasa pertemuan dengan YAB Perdana Menteri, saya telah dimaklumkan tentang peruntukan 18 juta kepada UniMAP dan NCIA untuk menjalankan projek Harumanis bagi membolehkan buah tersebut dapat dinikmati sepanjang tahun. YAB Perdana Menteri juga menunjukkan komitmen apabila saya memaklumkan tentang perjuangan untuk merealisasikan penubuhan MBOT (Malaysia Board of Technologist) yang diletakkan di bawah MOSTI. Alhamdulillah, semalam saya difahamkan MBOT sudahpun diluluskan penubuhannya oleh Kabinet – pastinya susulan sokongan YAB PM. Paling membanggakan – YAB PM mengatakan bahawa UniMAP  telah membantu melonjakkan pembangunan dalam pelbagai aspek di Perlis dan mengibaratkan kita sebagai nadi kepada pembangunan negara. Saya sangat bersyukur dengan pernyataan tersebut. Malah beliau turut menyatakan bahawa Perlis Belum Memiliki Hotel Bertaraf Lima Bintang Tetapi Mempunyai Sebuah Universiti Lima Bintang. Tahniah kepada seluruh warga UniMAP.

Saya ingin berkongsi satu lagi berita gembira – iaitu pencapaian UniMAP yang terkini. Pada Majlis Malam CITRA Inovasi anjuran Kementerian Pengajian Tinggi yang diadakan pada 5 Mac lalu di Hotel Marriot Putrajaya,  tiga produk penyelidikan UniMAP meraih anugerah penghargaan atas sumbangan kita dalam menjayakan Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovatif Peringkat Tertiari (PTPMIIPT) yang diterajui Kementerian Pengajian Tinggi.

Tahniah buat Prof. Dr. Ismail Daut bagi produk Penyongsang dengan Kuasa Fotovolta Tanpa Pengubah; Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah bagi produk Geopolimer Simen dan Konkrit Mesra Alam dan Prof. Dr. Syed Alwee Aljunid untuk  produk Sistem Optik CDMA menggunakan Kod Pepenjuru Rawak. Ini menunjukkan dalam sedar atau tidak sedar, hasil penyelidikan penyelidik kita diiktiraf sebagai penyumbang kepada pembangunan modal insan inovatif. Oleh itu, kepada semua penyelidik, teruskan penghasilan produk penyelidikan yang berguna kepada masyarakat dan gunakan pemikiran yang kreatif dan inovatif bagi melakukan penambahbaikan kepada kehidupan seluruh masyarakat. Insyaa Allah sekiranya apa yang kita lakukan dengan hati yang ikhlas tanpa menyimpan agenda yang tertentu, ianya akan menyusul kejayaan.

Dalam bulan ini akan berlangsung  majlis tahunan kita iaitu Majlis Anugerah Seri Gemilang (ASG) yang bertujuan bagi memberi pengiktirafan kepada staf yang menunjukkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Oleh itu, kepada staf yang berjaya dipilih, tahniah saya ucapkan dan kepada yang tidak terpilih, janganlah berputus asa. Terus tingkatkan kecemerlangan dan sumbangan bagi memajukan UniMAP, insyaa Allah keikhlasan bekerja saudara-saudari akan dibalas dengan kebaikan setimpal usaha yang telah dibuat.

9 APRIL 2013

PENZBERG: Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Brig. Jen. Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi rakyat Malaysia pertama yang diberi penghormatan untuk melancarkan penerbangan Pesawat Tanpa Pemandu  (UAV) di Penzberg, Jerman, semalam.

Menurut Dato’ Kamarudin, peluang itu merupakan yang julung kali diberikan kepada individu luar dan beliau amat berbangga kerana diberikan penghormatan untuk menjadi Rakyat Malaysia pertama melancarkan UAV tersebut.

“Penghormatan ini menunjukkan bahawa  UniMAP semakin dikenali dan disegani bukan sahaja oleh pihak industri  dalam negara malahan di arena antarabangsa,” katanya pada Majlis Pelancaran pesawat UAV di Lapangan Terbang Tentera Jerman, di sini.

Turut hadir wakil syarikat EMT, Horst H. Bauch, Ketua Kluster Unmanned Aerial System, Prof Madya Dr Hazry Desa, Dekan Pusat Pengajian Sistem Elektrik, Dr. Mohd. Fareq  Abd. Malek dan Timbalan Pengarah, Pusat Bahasa Antarabangsa UniMAP, Shafiq Hizwari Md. Hashim.

Model  pesawat UAV yang dikenali sebagai LUNA itu adalah hasil teknologi dan ciptaan syarikat EMT yang berpengkalan di Jerman, ia kini sedang  digunapakai di  negara seperti Afghanistan, Arab Saudi, Jerman, Pakistan dan lain-lain negara bagi tujuan keamanan dan ketenteraan.

EMT German merupakan sebuah syarikat pembuatan pesawat tanpa pemandu yang telah beroperasi lebih 30 tahun dan mempunyai rangkaian produk yang telah terbukti keberkesanannya seperti LUNA, ALADIN, MUSECO dan FanCopter.

Pada majlis itu juga, pihak UniMAP dan EMT telah menandatangan satu memorandum persefahaman (MoU) bersama Institute of Flight System Dynamics di Munich Technical University dan Syarikat EMT bagi mewujudkan kerjasama untuk membangunkan Pusat Kecemerlangan UAV (COEUAS)  di negeri Perlis.

Inisiatif ini terhasil apabila  Prof. Madya Dr. Hazry Desa, pakar UAV UniMAP ditawarkan bagi menjalinkan kerjasama pintar oleh syarikat EMT dan kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menganjurkan satu persidangan antarabangsa dalam bidang UAV yang bakal diadakan di Malaysia pada tahun hadapan.

 

Info Tab Bawah-BM