Gerbang Info Pengguna

  • SUTERA 2019
  • Urock 2019
  • silk2019
  • 2019 Kempen Bebas Rokok
  • UniMAP-AMCT2019
  • Salam Aidilfitri
  • Pembelian Buku-Buku UniMAP di Market Place
Previous Next

Berita Terkini

Khidmat Masyarakat Ramadan UniMAP Santuni Warga HTF

Khidmat Masyarakat Ramadan UniMAP Santuni Warga HTF

KANGAR – Muram dengan riak sedih yang terpamer di wajah sebahagian penghuni wad pembedahan di…

Baca..

Pensyarah UniMAP Dilantik Penyelidik Kunjungan Di Universiti Sweden

Pensyarah UniMAP Dilantik Penyelidik Kunjungan Di Universiti Sweden

ARAU – Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dr. Wooi Chin…

Baca..

Khidmat Masyarakat : UniMAP – PSU Santuni Masyarakat Songkla – Hatyai

Khidmat Masyarakat : UniMAP – PSU Santuni Masyarakat Songkla – Hatyai

ARAU – Atas rasa keprihatinan yang tinggi untuk membantu masyarakat, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui…

Baca..

Program Diploma Kejuruteraan UniMAP Mendapat Pensijilan Penuh MQA

Program Diploma Kejuruteraan UniMAP Mendapat Pensijilan Penuh MQA

ARAU – Semua enam program pengajian diploma kejuruteraan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah lulus dan…

Baca..

UniMAP Pilihan Utama

UniMAP Pilihan Utama

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) nyata menjadi pilihan utama apabila dipilih sebagai lokasi Seminar…

Baca..

UniMAP Prihatin Anak-Anak Staf Meninggal Sempena Festival Nasyid 2019

UniMAP Prihatin Anak-Anak Staf Meninggal Sempena Festival Nasyid 2019

Pauh Putra, 28 Mei- Dalam kegembiraan umat Islam membuat persiapan menyambut lebaran yang akan tiba…

Baca..

UniMAP Beri Kebebasan Bersuara Kepada Pelajar

UniMAP Beri Kebebasan Bersuara Kepada Pelajar

PAUH PUTRA, 26 Mei- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memberikan kebebasan kepada semua pelajar dalam memberikan…

Baca..

Produk Eco Geopipe Raih Emas di EUROINVENT di Romania

Produk Eco Geopipe Raih Emas di EUROINVENT di Romania

Kangar, 19 Mei - Penyelidik Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) Universiti Malaysia Perlis…

Baca..

Prof. Dr. R. Badlishah Dilantik Naib Canselor UniMAP

Prof. Dr. R. Badlishah Dilantik Naib Canselor UniMAP

Kangar - Mantan Timbalan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Ir. Ts. Dr.…

Baca..


Nilai, 30 Mac - Mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dianugerahkan Anugerah Pemimpin Program Sains, Teknologi & Inovasi sempena Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan 2018 yang berlangsung di Universiti Islam Sains Malaysia (USIM), di sini.

Mahasiswa Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan (PPIPT) itu, Muhammad Nurfiqri Mohd Hajar berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 beserta trofi dan sijil.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Dato’ Kamel Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan Strategik , Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Selain Muhammad Nurfiqri, dua mahasiswa UniMAP iaitu Aqila Natasya Allawi dan Shahrun Nizam Shahrun Nahar pula berjaya meraih Anugerah Khas Ketua Pengarah bagi pencapaian cemerlang sepanjang 2018.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniMAP, Prof Dr Mohd Foad Sakdan turut hadir memberi sokongan kepada mahasiswa-mahasiswa UniMAP.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik ketika berucap merasmikan ATS 2018 berkata pemilihan pemenang adalah mengambil kira penglibatan mahasiswa dalam program, pencapaian akademik dan sahsiah diri/kumpulan calon.

Katanya, selain anugerah utama,  KPM turut mengiktiraf mahasiswa yang berkecimpung dalam bidang masing-masing menerusi  15 kategori lain.

“Ia selaras dengan aspirasi KPM untuk melahirkan insan yang holistik di tengah-tengah setiap komuniti dan masyarakat, pengurniaan anugerah seumpama ini mampu menjadi wadah kepada mahasiswa untuk menonjolkan sifat kepimpinan serta bergiat lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum,” kata beliau yang turut menyampaikan Anugerah Tokoh Siswa 2018 dan Anugerah Menteri Pendidikan.

Anugerah bagi kategori-kategori lain turut disampaikan oleh Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Datin Paduka Ir. Dr Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, KPM; Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, KPM, Profesor Dato' Ts Dr. Mohd Ismail Abd Aziz serta kepimpinan institusi pendidikan tinggi awam dan swasta.

Senarai penuh penerima anugerah bagi tahun 2018:

1. ANUGERAH PEMIMPIN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR - AFIFAH BINTI ABDUL SHUKOR (UIAM)

2. ANUGERAH PEMIMPIN KOLEJ KEDIAMAN - MOHD ASWAN MOHD AMIN (UniSZA)

3. ANUGERAH PEMIMPIN FAKULTI/PERSATUAN/KELAB - AMIR FIRDAUS EDDY ROSYADIE (UM)

4. ANUGERAH PEMIMPIN BADAN BERUNIFORM - NUR NAJJAH ABD MANAS (USM)

5. ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM KEUSAHAWANAN - MUHAMMAD ZIYAD MOHD YAZID (UniSZA)

6. ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM KEBUDAYAAN - JERRY YACOB (USM)

7. ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI - MUHAMMAD NURFIQRI MOHD HAJAR (UniMAP)

8. ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM SUKAN - MUHAMMAD SYAFIK RAHMAT (UTM)

9. ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM PENGUCAPAN AWAM - NUR ADIBAH AHMAD ZAMRI (UPSI)

10. ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM WACANA INTELEK - ABDUL KADIR SHAH SAHIBUDEEN (UM)

11. ANUGERAH PEMIMPIN PELAJAR ANTARABANGSA - ADITYA HUTAMA ISWARDI (UPM)

12. ANUGERAH PEMIMPIN SUKARELAWAN (KESEJAHTERAAN KOMUNITI) - MOHD HAFFIS TEH (UKM)

13. ANUGERAH PEMIMPIN SUKARELAWAN (ALAM SEKITAR) - TAN CHUN TAT (UKM)

14. ANUGERAH PEMIMPIN SUKARELAWAN (TERBUKA) - MUHAMMAD IRSYAD ZAINI (UM)

15. ANUGERAH PASUKAN SUKARELAWAN TERBAIK - UMISSION CLUB (KETUA PASUKAN SITI KHADIJAH KHOSIM) (UIAM)

Selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang ingin melahirkan sumber manusia lengkap dari segi mental dan fizikalnya, pembinaan Kemahiran Insaniah (KI) atau Soft Skills dalam diri pelajar di peringkat universiti menjadi fokus utama bagi semua institusi pendidikan tinggi (IPT) Negara. Seperti IPT lain, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) juga tidak ketinggalan bagi memenuhi tujuh kunci KI dengan mengadakan pelbagai program berkala kepada mahasiswanya khusus bagi mematangkan mahasiswa ini.

Terkini, UniMAP telah menghantar 32 pemimpin mahasiswanya yang terdiri daripada ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2017/2018 merentasi benua Eropah selama lapan hari tujuh malam untuk ke Poland, Belgium dan Belanda melalui program Jelajah Ilmu UniMAP ke – 14, baru-baru ini. Mantan Yang Dipertua (YDP) MPP 2017/2018, Muhammad Amir Hakim Razali berkata mereka berkesempatan ke Parlimen Kesatuan Eropah atau lebih dikenali sebagai ‘European Union (EU) Parliament’ di Brussels Belgium dan bersoal jawab mengenai keadaan semasa Negara tersebut.

“Pengalaman ini sangat mengujakan dan telah membuka minda kami sebagai pemimpin muda untuk lebih berfikiran jauh selain lebih memahami keadaan dunia luar.”

“Malah penjelasan mengenai isu menarik diri dari Kesatuan Eropah (EU) atau ‘Brexit’ untuk menstabilkan kedudukan dan peluang penduduk Britain dalam bidang pekerjaan dan sebagainya tanpa persaingan Negara EU lain telah memberi gambaran betapa beratnya tanggungjawab pemimpin bagi menjaga sesebuah Negara,” katanya ketika tanya pemberita mengenai lawatan Jelajah Ilmu tersebut.

Ujar Amir Hakim lagi, ini secara tidak langsung memberi peringatan kepada kami bahawa dalam sesetengah situasi, keputusan berat perlu diambil bagi memberikan impak positif kepada Negara dan penduduknya di kemudian hari.

“Walaupun impaknya tidak dapat dilihat dalam masa terdekat tetapi ia pasti akan membawa manfaat kepada Negara dan rakyat Negara itu tidak lama lagi dan sebagai pemimpin kita harus matang dalam membuat pertimbangan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan pula ketika dihubungi berkata program berkenaan berupaya meningkatkan kemahiran berkomunikasi; berfikiran kritis; kemahiran kerja berpasukan; serta pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat di kalangan peserta; moral dan etika professional; dan kemahiran kepimpinan.

“Program Jelajah Ilmu UniMAP adalah program tahunan bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran insaniah yang ada dalam diri pemimpin muda kita. “Mereka telah melalui pelbagai proses untuk memantapkan fizikal dan mental mereka dan program Jelajah Ilmu adalah program kemuncak universiti dalam membentuk pemimpin masa depan,” katanya.

Ujarnya lagi, kali ini kita memilih tiga Negara iaitu Poland, Belgium dan Belanda yang merupakan Negara kuasa besar dan dari situ mereka akan lebih cakna dan peka terhadap perkembangan isu-isu global.

“Isu-isu global sebenarnya memainkan peranan utama dalam mencorak dimensi politik serta hubungan diplomatik antara negara-negara di dunia,” katanya. Beliau percaya, sebagai pelapis kepimpinan negara pada suatu masa akan datang, anak muda terutamanya mahasiswa perlu matang dan bersedia menggalas wawasan tinggi untuk memacu hala tuju negara supaya Malaysia dapat berdiri serta bersaing sama hebat setanding negara-negara maju seperti di Eropah.

Turut sama dalam jelajah ini adalah Canselor UniMAP yang juga merupakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama-sama puteri baginda, Sharifah Adriana Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Tidak ketinggalan adalah wakil dari UniMAP iaitu Naib Canselor, Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal; Timbalan Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan; Pengarah Pusat Hal Ehwal Antarabangsa, Dr. Salsuwanda Selamat; termasuk dua pegawai pengiring iaitu Ahmad Mu’adz Nazari dan Aizatul Akma Wani Ariffin dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

Jelajah Ilmu Bentuk Mahasiswa Matang

ARAU, 28 Mac – Biarpun baharu pulih dari kecederaan lutut, Mohammad Firdaus Jamen atau Hulk Malaysia membuktikan kekuatannya sukar digugat apabila muncul johan Brunei StrongestMan And Women 2019 yang berlangsung di Harun's Gym, Stadium Hassanal Bolkiah baru-baru ini. Beliau berjaya membawa pulang pingat, wang tunai RM 3000 dan sijil penyertaan menewaskan empat peserta lain bagi kategori Terbuka Lelaki.

Mohammad Firdaus, 25, yang baharu 10 bulan menjalani pembedahan lutut setelah putus patellar tendon tampil bergaya memenangi enam dari tujuh rutin yang ditetapkan oleh penganjur.

Beliau yang juga kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berkata, kesemua peserta perlu melalui tujuh rutin dan satu rutin khas bagi melengkapkan pertandingan ini.

“Saya berjaya memenangi rutin menterbalikkan tayar seberat 450 kilogram sebanyak lima kali dengan catatan masa terpantas; membawa lari beban di bahu seberat 280 kilogram juga dengan catatan masa terpantas; mengangkat beban melepasi kepala seberat 90 kilogram dengan ulangan terbanyak dalam masa 60 saat (menang dengan tujuh ulangan).

“Malah, saya juga berjaya mengangkat batu seberat 100 kilogram ke bahu dengan ulangan terbanyak dalam masa 90 saat (mendapat tempat 3 dengan 1 ulangan) dan satu rutin khas iaitu mengangkat batu sungai seberat 110 kilogram ke bahu di mana hanya saya seorang sahaja yang mampu mengangkat batu tersebut,” katanya.

Katanya lagi, beliau turut memenangi rutin mengangkat beban seberat 180 kilogram dengan ulangan terbanyak dalam masa 60 saat (menang dengan 15 ulangan); menarik lori 2 tan sejauh 15 meter dengan menggunakan tangan sahaja (menang dengan jarak terjauh); mengangkat kereta Ford Ranger dengan ulangan terbanyak dalam masa 60 saat (menang dengan 10 ulangan).“Sememangnya Brunei StrongestMan And Women 2019 mencabar mental fizikal kami kerana terdapat tiga rutin terbaharu dan majoriti atlet masih belum pernah mencubanya.

“Sekiranya kurang persediaan, atlet tersebut berkemungkinan akan gagal melepasi rutin yang ditetapkan,” katanya.

Selain kategori Terbuka Lelaki, terdapat dua (2) kategori lain yang dipertandingkan iaitu Remaja Lelaki bawah 21 (Men's Youth Under 21); dan Terbuka Wanita (Women's Open) dengan 16 penyertaan keseluruhan.

Muhammad Firdaus juga dijangka akan menyertai Kejohanan World Natural Strongestman 2019 di Budapest, Hungary pada Mei 2019 yang bakal disertai oleh 26 buah Negara.

Firdaus ‘Hulk’ Malaysia Johan Brunei Strongest Man and Women 2019

Firdaus ‘Hulk’ Malaysia Johan Brunei Strongest Man and Women 2019

Firdaus ‘Hulk’ Malaysia Johan Brunei Strongest Man and Women 2019

Firdaus ‘Hulk’ Malaysia Johan Brunei Strongest Man and Women 2019

ARAU, 26 Mac – Seramai 193 kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerima anugerah pada Majlis Anugerah Seri Gemilang 2018 (AGS) yang berlangsung di Dewan Mes Pegawai Kanan PDRM Kangar, di sini baru-baru ini.

Mereka adalah 129 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang; 54 Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang; dan 10 Anugerah Penghargaan Khas. Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata setelah 17 tahun tertubuhnya UniMAP, pelbagai pengalaman pahit manis telah ditempuhi bersama.

“Tidak syak lagi, seluruh warga universiti mengembling tenaga sekian nama demi menaikkan nama institusi ini.”

“Jika dilihat anugerah yang diberikan hari ini, tidaklah seberapa apabila dibandingkan dengan jasa yang telah ditabur,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan pada majlis tersebut.

Tambah beliau, masih banyak lagi yang perlu dilakukan kerana perjalanan menuju UniMAP 2025 masih jauh dan amat mengkehendaki titik peluh warga UniMAP dari segenap sudut perkhidmatan.

“Tingkatkanlah usaha menabur bakti tanpa jemu. Sesungguhnya, tanpa saudara-saudari, laluan yang bakal ditempuhi pasti lebih mencabar lagi.” katanya.

Berangkat hadir pada majlis tersebut adalah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang merupakan Pro Canselor UniMAP.

Hadir sama, YAB Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man; dan Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP, Datuk Prof Emeritus Dr. Kamarudin Hussin.

193 Kakitangan UniMAP Terima ASG 2018

193 Kakitangan UniMAP Terima ASG 2018

193 Kakitangan UniMAP Terima ASG 2018

193 Kakitangan UniMAP Terima ASG 2018

193 Kakitangan UniMAP Terima ASG 2018

Segamat, 25 Mac - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melaksanakan misi tanggungjawab sosiaal universiti (USR) dengan menyumbangkan panel solar bagi menerangi kawasan gelanggang futsal di Kampung Kudung, Bekok dekat sini.

Naib Canselornya, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, antara lainnya sumbangan tersebut turut bertujuan mendidik masyarakat tentang teknologi tenaga boleh diperbaharui melalui sumber matahari.

Ujar beliau, menerusi program yang dianjurkan itu penduduk turut di beri penerangan tentang proses simpanan tenaga dan pengecasan bateri melalui teknologi solar.

Jelasnya, teknologi merupakan sesuatu yang bersifat teknikal, namun apabila melibatkan komuniti kita seharusnya menggunakan pendekatan yang lebih mudah difahami dan ini sangat penting dalam mewujudkan masyarakat yang celik teknologi.

“Atas dasar itu, kesemua 40 pelajar kejuruteraan UniMAP yang terlibat dengan misi ini telah diminta untuk menerapkan perkongsian ilmu teknologi kepada masyarakat orang asli dari suku kaum Jakun yang merupakan majoriti penduduk di kampung berkenaan.

“Hasilnya, kita dapat melihat keterujaan penduduk yang mana mereka turut mengharapkan agar teknologi tersebut dapat diaplikasikan ke seluruh kampung,” ujar beliau. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Papan Solar kepada Ketua Penduduk, Tok Batin Kassim di sini hari ini. Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor HEPA UniMAP; Prof. Dr. Mohd. Foad Sakdan, Pengarah Pusat Sukan UniMAP; Suhizaz Sudin dan Pengetua Kolej Kediaman Bumita; Dr. Hirwan Jasbir Jaafar.

Program yang berlangsung selama empat hari itu dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) Majlis Penghuni Kolej Kediaman Bumita serta Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Sepanjang program, para peserta yang dibahagikan kepada keluarga angkat masing-masing turut menjayakan aktiviti USR lainnya seperti gotong-royong memasak, motivasi pelajar, mempelajari teknik survival di hutan dan sungai selain mengenali adat resam serta budaya tempatan.

Zul Azhar berkata, UniMAP turur mengambil peluang menyampaikan sumbangan pribadi kepada empat buah keluarga yang terdiri daripada warga emas, saudara baharu dan orang kelainan upaya.

Jelas beliau, meskipun ia merupakan kunjungan kali pertama UniMAP ke kampung berkenaan, namun penduduk setempat telah memberikan sambutan yang luar biasa termasuk menyediakan menu makanan tradisi masyarakat orang asli.

“Saya percaya para peserta telah melalui satu proses yang menyeronokkan apabila turut berpeluang merasai pelbagai menu masakan hanya berasaskan satu sumber makanan iaitu ubi kayu.

 “Insya Allah program sebegini akan diteruskan lagi di masa akan datang dan UniMAP pasti akan membawa teknologi baharu pula untuk diperkenalkan kepada penduduk,” ujarnya lagi.

UniMAP Sumbang Panel Solar

UniMAP Sumbang Panel Solar

UniMAP Sumbang Panel Solar

Kangar, 19 Mac – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya membuktikan graduan kejuruteraannya diterima baik oleh industri dan kekal berkhidmat sebagai jurutera atau jurutera teknologi sebaik tamat pengajian.

Naib Canselornya, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pusat Kerjasama Industri dan Kerajaan (CIGC) UniMAP, peratusan graduan mendapat pekerjaan melebihi kadar 80 peratus setiap tahun.

Menurut beliau, sekiranya diperincikan mengikut sektor perkhidmatan pula, sekitar 31.38 peratus graduan bekerja dalam sektor pembuatan; 19.4 peratus dalam sektor saintifik dan teknikal; 11 peratus dalam sektor pembinaan dan enam peratus dalam sektor maklumat dan komunikasi.

“Secara umumnya, data ini membuktikan graduan kejuruteraan UniMAP bekerja mengikut bidang yang diambil sewaktu di universiti iaitu antaranya kejuruteraan pembuatan, kejuruteraan alam sekitar dan bangunan serta kejuruteraan komputer dan perhubungan,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang menyatakan kecenderungan graduan kejuruteraan bekerja dalam sektor yang tidak berkaitan dengan bidang yang dipelajari kini menunjukkan trend yang membimbangkan.

Antara lainnya, Chow berkata, adalah amat menyedihkan sekiranya graduan jurutera yang telah diberi pendedahan tenaga kerja mahir memilih untuk bekerja dalam sektor-sektor lain seperti insurans dan pemasaran yang mana ia merupakan kerugian kepada negara.

Menurut Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar, tidak dinafikan trend tersebut sememangnya ada tetapi, UniMAP sebagai sebuah universiti yang berteraskan kejuruteraan sentiasa memastikan kurikulum pengajaran yang ditawarkan adalah bertepatan dan selari dengan kehendak industri.

Ujarnya, ia termasuklah melantik pensyarah pelawat dari kalangan pemain industri selain menyediakan prasarana dan kemudahan mesin dan peralatan serta makmal yang setanding dengan industri.

Tambah beliau, UniMAP bukan sahaja mendapat kepercayaan industri tempatan, sebaliknya graduan keluaran universiti turut mendapat pengiktirafan dari syarikat-syarikat luar negara dan ia dibuktikan melalui keberadaan alumni UniMAP di seluruh dunia.

“Terkini Clarivate Analytics dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Laporan Pencapaian Penyelidikan dan Inovasi Universiti di Malaysia 2013 – 2017 turut menyebut UniMAP diterima baik oleh sektor industri di Amerika Syarikat dan China terutama oleh syarikat berasaskan teknologi robotik.

“Dengan pencapaian-pencapaian ini, UniMAP akan terus komited untuk melahirkan graduan kejuruteraan yang berdaya saing dan menyumbang kepada agenda pembangunan negara selaras dengan misi universiti,” ujarnya.

UniMAP Engineering Graduates Accepted by Industry

UniMAP Engineering Graduates Accepted by Industry

UniMAP Engineering Graduates Accepted by Industry

Kangar, 18 Mac – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyediakan makanan percuma untuk pelajar-pelajar di bawah kategori B40 dan asnaf sepanjang minggu peperiksaan berlangsung bagi memastikan para pelajar mendapat makanan yang mencukupi dalam menghadapi proses ulang kaji pelajaran dan seterusnya peperiksaan.

Naib Canselornya, Dato’Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, inisiatif tersebut telah dimulakan pada semester kali ini dengan membabitkan 550 pelajar yang mana masing-masing diberikan kupon makanan bernilai RM5 setiap seorang.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, ada di kalangan para pelajar ini (B40 dan Asnaf) sanggup bekorban dan menggunakan wang pinjaman atau zakat yang diperolehi untuk dikirimkan kepada keluarga di kampung sebagai perbelanjaan seharian.

“Kebiasaannya, musim peperiksaan adalah pada penghujung semester dan ketika ini sebahagian besar pelajar ini sudah kekurangan wang, justeru inisiatif yang diambil ini di harap dapat membantu para pelajar B40 dan asnaf untuk kekal bertenaga menghadapi peperiksaan,”ujar beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar, UniMAP turut menyediakan peluang penjanaan pendapatan kepada pelajar iaitu menerusi bantuan keusahawanan yang menawarkan skim GIG Ekonomi yang mana para pelajar diberikan bimbingan untuk menjalankan perniagaan secara online.

Tambah beliau, UniMAP turut menyediakan “Foodcart Asnaf” dan kiosk keusahawanan khusus untuk para pelajar yang ingin menjalankan perniagaan makanan dan minuman selain turut menawarkan skim dedikasi diri yang manawarkan peluang kerja separuh masa kepada pelajar.

“Menerusi skim ini, para pelajar dibenarkan melakukan kerja sampingan di mana-mana pusat atau jabatan di UniMAP untuk tempoh tidak melebihi lima jam sehari. Kebiasaannya kerja yang ditawarkan adalah berdasarkan kemahiran yang dimiliki pelajar seperti terjemahan, suntingan video, penyediaan slide dan lain-lain tugasan pejabat.

Dalam pada itu, beliau berkata, UniMAP masih meneruskan program wakaf ‘Friendly Kafe’ di sembilan buah kafe di UniMAP yang diperkenalkan semenjak tahun 2017 yang lalu sebagai usaha untuk membantu memberikan makanan percuma yang diwakafkan kepada pelajar.

“Program itu juga memberi peluang kepada mana-mana individu atau organisasi mewakafkan wang untuk pembelian makanan di kafe terbabit supaya dapat diberikan kepada pelajar miskin yang telah dikenal pasti. Program berkonsepkan wakaf ini juga turut dijalankan oleh individu persendirian pusat-pusat pengajian serta kolej kediaman.

“Bagi UniMAP, dengan meneruskan program seperti ini, pemberian yang sekecil itu mampu membantu mengenyangkan perut seorang pelajar yang betul-betul memerlukan,” ujarnya sambil menambah, mulai semester 2019/2020 pula UniMAP akan menyediakan skim penginapan percuma kepada 10 asnaf terpilih setiap tahun.

 

Makanan Percuma Untuk Pelajar Asnaf

Makanan Percuma Untuk Pelajar Asnaf

Kangar, 15 Mac – Stigma negatif masyarakat tentang permainan video sering dikaitkan dengan kelekaan yang melampau hingga menjejaskan urusan seharian.

Namun, bagi pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Muhammad Ikhmal  Yusman berpendapat ia terletak pada diri masing-masing dalam menguruskan jadual seharian.

Katanya, bermain permainan video itu bukan sahaja dapat meredakan tekanan ketika belajar malah dapat menguji kemahiran berfikir.

“Cuma kita harus pandai menguruskan masa bermain dengan pelajaran, tetapkan masa yang sesua untuk bermain, nescaya permainan video tidak akan menjejaskan pelajaran mahupun urusan lain,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Terdahulu, Muhamad Ikhmal bersama rakan sepasukan dalam permainan video , SE-Sport UniMAP berjaya meraih tempat pertama  permainan Pro Evolution Soccer  (Pes2019)  dalam kejohanan E-Sport Wilayah Utara di Universiti Teknologi Petronas (UTP), baru-baru ini.

Mereka yang lain ialah Muhammad Azif Amirul Azmi dan Muhammad Naqiuddeen Abdul Aziz yang juga pelajar sekuliah Muhammad Ikhmal di Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik (PPKSE).

Tambah Muhammad Ikhmal, menyertai pertandingan permainan video juga dapat menambah kenalan baharu dari universiti lain sekaligus dapat bertukar-tukar pendapat dengan mereka.

Beliau berkata, sebelum ini beliau banyak menyertai pertandingan permainan video itu sejak 2016 namun pertama kali mewakili UniMAP bersama pasukan  di kejohanan sukan kampus berkenaan.

“Kami menjalani latihan di studio permainan video rakan-rakan saya di Jitra Kedah apabila hujung minggu dan berazam untuk mencipta kejayaan sama di peringkat nasional pula bulan depan .

“Wang tunai berjumlah RM600 yang diraih di pertandingan baru-baru ini akan digunakan bagi menampung perbelanjaan ke pertandingan itu di Kuala Lumpur untuk mewakili universiti,” katanya.

 

Pesara 2019

KANGAR, 13 Mac – Ibarat tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu buat Nur Dinie Zubir, graduan dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) apabila ditawarkan pekerjaan sejurus dinobatkan penerima anugerah bagi Program C – Drive anjuran Syarikat Continental Automotive Compenants Malaysia Sdn. Bhd., baru-baru ini.

Beliau yang dinobatkan penerima Anugerah Projek Terbaik (Pingat Emas) dan Anugerah Kecemerlangan (Pingat Emas) merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Rekabentuk Rangkaian Elektronik), Fakulti Teknologi Kejuruteran (FTK) UniMAP ditawarkan jawatan Junior Software Engineer di syarikat tersebut yang beroperasi di Pulau Pinang.

Nur Dinie ketika dihubungi menyifatkan ia adalah rezeki berganda buatnya yang sama sekali tidak menyangka akan ditawarkan pekerjaan dan memenangi anugerah pada masa sama.

“Seakan mimpi menjadi nyata dan mungkin ini adalah ‘rezeki terpijak’ buat saya apabila ditawarkan pekerjaan di syarikat multinasional selepas bergraduat Oktober 2018 lalu.

“Saya beruntung kerana di UniMAP sendiri telah menekankan konsep hands-on atau praktikal sebelum berpeluang menjalani latihan industri (LI) di syarikat berkenaan dan kini diambil bekerja di situ.

“Pengalaman berada di sini sejak Januari hingga Jun 2018 (untuk LI) dan Julai hingga Disember 2018 untuk Program C – Drive benar-benar mengajar saya selok-belok bidang automotif ini,” katanya.

Selain pekerjaan dan anugerah yang diraih, beliau turut membawa pulang RM2000 bagi setiap kategori yang dimenanginya.

Selain Nur Dinie, terdapat 14 graduan lain dari pelbagai universiti antaranya Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah disenaraipendek selepas melalui beberapa tapisan.

Sementara itu, Jawatankuasa Jaringan Industri dan Kebolehpasaran Graduan FTK UniMAP, Ts. Mohamad Rizal Abdul Rejab memaklumkan bahawa UniMAP telah menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) selama lima tahun bersama syarikat berkenaan sejak Mac 2018.

“Jaringan hubungan yang baik antara UniMAP dan Continental telah memudahkan pertukaran kepakaran dari segi sumber manusia, penyelidikan dan sebagainya.

“Malah data kebolehpasaran pekerjaan graduan UniMAP 2018 juga menunjukkan seramai enam graduan kita telah diterima bekerja di syarikat tersebut.

“Saya yakin teknik pengajaran dan pembelajaran secara praktikal membantu pelajar UniMAP dalam pelbagai kemahiran seperti pengaturcaraan, perisian, rangkaian komputer, system integrasi dan lain-lain lagi yang memudahkan mereka diterima masuk ke industri selepas bergraduat,” katanya.

 

Pesara 2019

Pesara 2019

KANGAR, 12 Mac – Penyelidik dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Madya Dr. Ong Hui Lin terpilih sebagai penerima Anugerah Fellowship Kepimpinan Penyelidikan Endeavour Australia Cheung Kong Research 2019.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, penganugerahan tersebut membolehkan Dr. Ong menjalani program sangkutan jangka pendek di Deakin University, Geelong, Australia bagi membolehkan belliau menjalankan kerja-kerja penyelidikan.

Menurut beliau, anugerah yang diilhamkan oleh Jabatan Pendidikan dan Latihan Australia dengan kerjasama Cheung Kong Infrastructure (Holdings) Limited itu bertujuan untuk menggalakkan pertukaran ilmu antara penyelidik dan pelajar dari Australia dan negara Asia lainnya.

“Saya dimaklumkan, Dr. Ong merupakan seorang daripada enam penyelidik yang dipilih bagi mengikuti program unik sebegini tahun ini. Kejayaan ini secara tidak langsung membuktikan keterlihatan UniMAP dalam aspek penyelidikan di peringkat antarabangsa.

“Sesungguhnya, sebagai sebuah universiti yang mendokong aspirasi pendidikan negara, UniMAP cuba untuk berubah daripada sebuah pusat penyampaian ilmu semata-mata kepada sebuah institusi yang pelbagai termasuk perkongsian hasil penyelidikan bersama pihak ketiga, dan kejayaan ini membuktikan UniMAP kini berada di landasan yang tepat,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Dr. Zul Azhar, sepanjang tahun 2018 yang lalu, hampir 30 staf akademik UniMAP telah mengikuti program sangkutan di beberapa institusi luar negara antaranya di Prague, Taiwan, Jepun, United Kingdom, Greece, Poland, Hungary, Korea dan Perancis.

Dalam pada itu, Dr. Ong yang juga bekas penerima pertama dari UniMAP bagi Anugerah Fellowship Untuk Wanita dalam Sains dari L’Oreal Malaysia menyifatkan kejayaan itu bukanlah kejayaan individu sebaliknya kejayaan untuk organisasi secara keseluruhannya.

“Saya amat berterima kasih kepada Naib Canselor yang sentiasa memberi ruang dan peluang untuk kami warga UniMAP amnya dan penyelidik khasnya menjalankan penyelidikan tanpa sebarang sekatan dan pada masa sama mengembangkan rangkaian kerjasama kami dengan pihak luar.

“Hal ini penting kerana, dalam bidang penyelidikan, rangkaian hubungan dengan institusi terkenal di luar negara akan meningkatkan reputasi penyelidikan yang dijalankan sekaligus menyerlahkan keterlihatan institusi dalam aspek penyelidikan dan inovasi,” ujarnya.

Penyelidik Terima Anugerah Australia

KANGAR, 12 Mac – Penyelidik dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Madya Dr. Ong Hui Lin terpilih sebagai penerima Anugerah Fellowship Kepimpinan Penyelidikan Endeavour Australia Cheung Kong Research 2019.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, penganugerahan tersebut membolehkan Dr. Ong menjalani program sangkutan jangka pendek di Deakin University, Geelong, Australia bagi membolehkan belliau menjalankan kerja-kerja penyelidikan.

Kangar, 12 Mac – Seramai 19 kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) termasuk mantan Pendaftar UniMAP diraikan di Majlis Penghargaan Pesara 2019, Jasamu Dikenang di Hotel Seri Malaysia, di sini, hari ini.

Mantan Pendaftar UniMAP, Tuan Zuber Mohamad yang bersara wajib pada 15 Januari 2019 antara lima kakitangan yang bersara wajib, manakala dua orang bersara pilihan selain lima kakitangan lagi tamat kontrak kerana mencapai usia 60 tahun.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata majlis itu diadakan khas sebagai salah satu tanda penghargaan, kenangan dan penghormatan kepada pesara di atas segala sumbangan yang telah dicurahkan sebelum ini.

“Justeru saya bagi pihak UniMAP mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas sumbangan dan khidmat bakti yang diberikan.

“Percayalah sesungguhnya, segala pengalaman dan sumbangan anda yang penuh komited kepada penubuhan UniMAP tidak terhitung dengan wang ringgit,” katanya ketika berucap di majlis berkenaan di Hotel Seri Malaysia, di sini.

Hadir sama ke majlis itu ialah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof  Dr Uda Hashim dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) , Prof Dr Mohd Foad Sakdan serta ketua-ketua jabatan UniMAP.

Dalam majlis itu, Dr Zul Azhar turut menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenangan kepada mereka yang bersara.

Mereka yang bersara pada tahun 2019 ialah :-

 

  • En. Abdullah bin Awang
  • Prof. Dr. Zakaria bin Wahab
  • En. Abdul Rashit bin Mustaffa
  •  En. Rosely bin Md. Noor
  • Prof. Dr. Amran bin Ahmed
  • Tuan Haji Zuber bin Haji Mohamad
  • Cik Hasbalaila binti Alias
  • En. Abd. Razak bin Othman
  • Prof. Madya Dr. Idris bin Md. Noor
  • Pn. Norehan binti Ahmad
  • Pn. Nani Maslina Binti Sulaiman Najidi
  • Pn. Sarina binti Din
  • Prof. Madya Dr. Vithyacharan A/L Retnasamy
  • En. Md. Shah bin Jakun
  • En. Azmi bin Hussain
  • En. Sahidan bin Saleh
  • En. Abd. Latif bin Hashim
  • En. Saudiki bin Adam
  • En. Mansor bin Salim

 

Pesara 2019

Pesara 2019

Pesara 2019

Pesara 2019

Kangar, 10 Mac – Dalam usaha memberi pendedahan dan penghayatan beberapa aspek kemahiran insaniah termasuk mencintai alam sekitar, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menawarkan kursus ko-kurikulum Manusia dan  Kelestarian Alam kepada pelajar universiti itu.

Kursus ini merupakan yang pertama ditawarkan di UniMAP dengan diselaraskan oleh Penyelaras Kampus Lestari, Dr Siti Khadijah Zaaba serta disertai 40 pelajar yang berdaftar kursus berkenaan.

Taklimat kursus itu diberikan oleh Dr Siti Khadijah dan dimulakan oleh Ts Dr Irnis Azura Zakarya dengan menyampaikan kuliah berkaitan kompos, termasuk teknik yang digunakan bagi menghasilkan kompos daripada sisa makanan.

Menurut Dr Siti Khadijah, pelajar bukan sahaja diberi penerangan malah turut dibawa bagi menghasilkan baja kompos menggunakan Sistem Kompos Mudah (SKM) yang dilaksanakan berhampiran Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP).

“Lebih menarik, seramai tujuh pensyarah kanan dari pelbagai pusat-pusat  pengajian UniMAP secara sukarela bekerjasama di dalam melaksanakan aktiviti ko-kurikulum itu.

“Pelajar  dibahagikan kepada tujuh kumpulan bagi menjalankan projek yang telah dirancang oleh setiap tujuh pensyarah kanan berkenaan ,” katanya.

Antara pensyarah kanan yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dirancang ialah Dr Umi Fazara Md Ali, Dr Shuhaida Yahud, Dr Norshah Aizat Shuaib, Dr Ragunathan Santiagoo, Dr Sara Tasina Yusof  serta Dr Irnis Azura dan Dr Siti Khadijah sendiri.

Ujar Dr Siti Khadijah, selain kompos aktiviti yang dijalankan ialah menanam pokok, plogging, kitar semula, hidroponik, akuaponik dan carbon footprint.

“Selain aspek kemahiran insaniah kecintaan alam sekitar, aktiviti-aktiviti ini juga dapat memberi pendedahan mengenai kepimpinan, kerjasama, disiplin selain penyaluran tindakan yang berstruktur.

“Kursus ini juga memperbanyakkan platform kerjasama antara universiti lain samada di dalam atau luar negara melalui aktiviti kokurikulum,” katanya.

Jaga Alam

Jaga Alam

Jaga Alam

Jaga Alam

Putrajaya, 8 Mac – Pasukan penyelidik Pusat Kecemerlangan Sistem Tanpa Pemandu (UAS), HAAS Solution Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya meraih tempat ketiga di Pertandingan Parcel Dron peringkat Kebangsaan, semalam.

Pasukan diketuai Prof Dr Hazry Desa (Director), En. Zambri Ibrahim (Leader - GCS & Mission Planner), En Khairi Hazir (Pilot), En Abd Mu'iz (Co-pilot/Video Observer) dan En Azmie (Technical) berjaya membawa pulang hadiah berupa piala iringan serta wang tunai bernilai RM7,000.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo di Kompleks Sukan Air Putrajaya, di sini.

Turut hadir Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md Najib Syed Md Noor.

Pertandingan Parcel Dron yang dianjurkan oleh Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), itu berlangsung selama dua hari bermula kelmarin membabitkan 40 peserta termasuk daripada beberapa institusi pengajian tinggi yang lain.

Peserta diberi dua kesempatan bagi menerbangkan dron dengan muatan seberat dua kilogram dan mereka perlu menerbangkan bungkusan tersebut sejauh dua kilometer merentasi Tasik Putrajaya dan kembali semula ke tapak pelancaran dalam masa terpantas.

Mengenai pertandingan itu, Gobind berkata program ini sangat bertepatan dengan hasrat kementerian di bawah Pelan Strategik Kementerian Komunikasi dan Multimedia 2019-2023 bagi memacu ekonomi digital serta menggalakkan penggunaan teknologi tinggi, dan memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat.

"Melalui program ini, kita juga dapat mencungkil bakat-bakat tempatan yang berpotensi dalam bidang UAV untuk diberikan sokongan dan pengiktirafan agar mereka dapat terus maju ke peringkat lebih tinggi pada masa depan.

DRON

DRON

DRON

Kangar, 30 Mac – Bagi memberi motivasi dan inspirasi kepada staf Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Institut Kejuruteraan Nano Elektronik (INEE) melakar sejarah melancarkan Papan Skor Penerbitan  (Scoreboard Publication) serta Papan Skor Digital (e-scoreboard) institut itu, di sini, hari ini.

Pelancaran Papan Skor Penerbitan itu disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniMAP, Prof Dr Uda Hashim.

Pengarah INEE UniMAP, Prof Madya Dr Ruslinda A. Rahim berkata pelancaran papan skor berkenaan adalah yang pertama diwujudkan di UniMAP serta di kalangan Universiti Awam (UA) lain.

Katanya, ia dilancarkan sebagai gambaran dan satu strategi INEE agar mampu menghasilkan penerbitan tertinggi dan berkualiti di samping ke arah pengurangan penggunaan kertas bagi menjimatkan kos percetakan.

“Walaupun INEE sebuah unit yang kecil namun budaya kerja berkumpulan penyelidik INEE bersama pusat tanggungjawab (PTj) lain di UniMAP serta pelbagai institusi luar yang lain dapat dihasilkan menerusi penubuhan papan skor ini sekaligus mampu meningkatkan jumlah penerbitan,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan sempena majlis pelancaran papan skor itu.

Ujarnya, papan skor digital akan dikemaskini setiap dua minggu sekali menerusi pautan laman web INEE iaitu https:// inee.UniMAP.edu.my.

“Dengan penubuhan papan skor ini juga diharapkan menjadi titik tolak dan menyuntik semangat penyelidik-penyelidik UniMAP meningkatkan jumlah penerbitan sekaligus menjadi rujukan penyelidik dari seluruh dunia,” katanya.

Dr. Ruslinda turut mengulas mengenai misi INEE  iaitu untuk menjadi satu penanda aras dan institusi rujukan dalam bidang niche kejuruteraan elektronik nano dengan kajian dan pembangunan peranti berdimensi nano yang menjurus kepada aplikasi nano biosensor.

“Keupayaan ini telah dipamerkan melalui pencapaian yang sangat memberangsangkan. Contohnya, bagi tempoh lima tahun terakhir iaitu antara 2013 hingga 2017, penyelidik INEE telah menghasilkan jumlah penerbitan sebanyak 661 artikel di mana lebih 50% menerusi jurnal bertaraf Q1 dan Q2 dengan kumulatif sitasi sebanyak 2149.

“Justeru ratio penerbitan per staf dan ratio sitasi per artikel masing-masingnya adalah 50.8 dan 3.25 untuk sela masa 5 tahun,” katanya.

Tambah beliau, perkara ini berjaya dicapai menerusi perolehan geran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa berjumlah RM 2,339,596 dari 34 geran penyelidikan yang berjaya diperolehi.

“Melalui geran penyelidikan ini juga, INEE berupaya menghasilan 18 dan 13 graduan diperingkat PhD dan MSc masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Dr Uda berkata penubuhan papan skor itu diharapkan menjadi contoh bukan sahaja kepada UniMAP tetapi kepada UA lain di Malaysia berikutan momentum penghasilan output penerbitan di dalam Scopus juga perlu ditingkatkan bagi memenuhi kehendak semasa Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan QS.

Kangar  , 29 Mac  – Seramai 164 staf Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) diraikan dalam majlis Anugerah Seri Gemilang (ASG) 2017 sebagai pengiktirafan dan penghargaan kecemerlangan mereka yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, di sini, hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 127 penerima menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 31 penerima menerima Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang (AKPC) yang terdiri daripada tujuh kategori dan enam penerima Anugerah Penghargaan Khas (APK).

Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata dengan pengiktirafan seperti itu, beliau percaya staf menjadi lebih teruja membuktikan kecekapan dan kebolehan masing-masing.

Menurutnya, di usia UniMAP mencecah 17 tahun tanpa komitmen dan daya usaha warganya UniMAP tidak mungkin mampu mencapai kejayaan-kejayaan manis sepanjang tempoh itu.

“Antara kejayaan terkini ialah UniMAP kini berada pada tangga ke-450 terbaik dunia oleh Kedudukan Universiti Dunia Quacquarelli Symonds (QS) mengikut subjek dalam bidang kejuruteraan dan teknologi,” kata beliau ketika berucap di majlis itu.

Katanya, kedudukan itu sebagai satu pengukuhan yang membanggakan.

Turut berkenan berangkat hadir menyerikan majlis gilang gemilang universiti ialah Canselor UniMAP, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Pro Canselor UniMAP, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Dato’ Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis wakil Menteri Besar Perlis dan Tuan Jafperi Othman Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU).

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin ketika bertitah sempena majlis itu menyuarakan hasrat untuk melihat seluruh warga UniMAP menjadi warga terbaik dengan menggariskan 10 ciri prinsip pekerja cemerlang.

Titahnya, antara ciri itu ialah sebagai kakitangan, seseorang itu harus proaktif dan berinisiatif untuk memulakan usaha sebelum ‘dipaksa’ oleh keadaan yang mendesak atau diarah untuk melakukannya.

“Selain itu, sifat amanah adalah perkara asas kepada keharmonian dan kejayaan dalam semua perkara. Jadilah orang yang boleh dipercayai, jujur, ikhlas, sentiasa bercakap benar, tidak menipu, mencuri dan menerima atau memberi rasuah,” titah baginda.

Terdahulu,  satu majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di antara University of Medea, Algeria diwakili Prof Dr Abdallah El-Hadj (Director of Laboratory of Mechanic, Physic and Mathematical Modelling (Lmp2m), dengan UniMAP  yang diwakili Dr Zul Azhar sebelum majlis bermula bertujuan menjalinkan kerjasama pertukaran staf dan pelajar, bidang penyelidikan, penganjuran seminar serta program-program lain.

Turut diadakan majlis sambutan Hari Keputeraan Pro Canselor UniMAP ke 48 tahun.

SHAH ALAM 12 Mac - SELEPAS Yamaha, kini giliran Kawasaki Motors Malaysia (KMM) pula menyumbangkan satu unit motosikal naked,Kawasaki Z650 kepada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang bakal digunakan sebagai alat bantu mengajar, terutama untuk bahagian Unit Penyelidikan Teknologi Sukan Permotoran UniMAP (MoTECH).

Z650 itu juga akan digunakan sebagai jentera kursus memandu anjuran MoTECH dalam usaha menambah baik kemahiran memandu dan menunggang serta meningkatkan kesedaran keselamatan. Kursus tersebut turut mendapat sokongan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), termasuk KMM sendiri.

Majlis penyerahan dilaksanakan Pengurus Besar dan Pengarah KMM, Datuk Jeffrey Lim kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi UniMAP), Profesor Dr Uda Hashim.

KMM juga ada menganjurkan beberapa kempen keselamatanyang menjadi acara tahunan seperti kempen tunggangan selamat untuk pemilik Kawasaki dan kempen keselamatan jalan raya Tahun Baru Cina. pandulaju.com.my

 

 

SHAH ALAM 12 Mac - Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (Hong Leong Yamaha) menyumbang sebanyak empat buah motosikal kepada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya.

Empat model motosikal Yamaha yang ditaja itu terdiri daripada Lagenda 115, Nouvo LC, 135 LC dan FZ150i.

Kesemua motosikal itu akan digunakan oleh Unit Penyelidikan Teknologi Sukan Permotoran (Motech) UniMAP bagi kursus-kursus pemanduan berhemah untuk pelajar UniMAP, agensi-agensi kerajaan serta orang ramai.

Majlis serahan tajaan itu berlangsung di Ibu pejabat Hong Leong Yamaha di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, pada Jumaat lalu.

Dalam majlis berkenaan, Hong Leong Yamaha diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Jim Khor dan Pengurus Besar Jualan, Koh Eng Chan manakala UniMAP oleh Timbalan Naib Canselor, Profesor Tan Sri Dr. Uda Hashim serta Pengurus Motech, Profesor Madya Dr. Shariman Abu Bakar.

Yang turut hadir ialah Pengarah Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Profesor Datuk Ir. Mohamad Dalib.

Sementara itu, Khor berkata, kesedaran mengenai keselamatan jalan raya merupakan fokus utama program CSR pihaknya.

“Kami bangga menjadi sebahagian daripada kerjasama strategik ini."

 

KANGAR, 5 MAC – Usaha Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk diterima pihak industri semakin membuahkan hasil apabila salah satu Makmal Pengujian(UTL), diiktiraf menepati standard antarabangsa MS ISO/IEC 17025: 2005.

Anugerah sijil akreditasi bidang pengujian mekanikal dan kimia itu diumumkan Jabatan Standard Malaysia (DSM) dalam laman sesawang jabatan tersebut baru-baru ini.

Menurut Pensyarah Kanan,  Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Bahan UniMAP, Prof. Madya Dr. Khairel Rafezi Ahmad berkata, pengiktirafan tersebut sah untuk tempoh tiga tahun bermula Februari 2018 hingga Februari 2021 melibatkan lima skop ujian.

 “Kelima-lima ujian tersebut adalah  tegangan (tensile test), kekuatan mampatan (compressive strength), pH serta suhu bagi air sisa, permukaan, minuman dan air bawah tanah, ujian penentuan kandungan Plumbum bagi air domestik, industri, osmosis berbalik (reserve osmosis), air mineral dan air ultrapure dan ujian FTIR bagi pelbagai pelarut.

“Ujian ini boleh melibatkan makmal di PPK Bahan, Alam Sekitar dan Bioproses, “katanya ketika dihubungi baru-baru ini.  

Ujar Khairel lagi, pengujian dibawah pengiktirafan Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) bukan sahaja memenuhi keperluan pengurusan dan teknikal untuk pengujian serta kecekapan pengukuran malah turut beroperasi di bawah Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001.

“Pengiktirafan itu merupakan jaminan kepada ketepatan standard pengukuran yang diterima pakai di peringkat antarabangsa seperti Australia, China, Jepun dan Amerika Syarikat.

 “Kita mengalu-alukan pihak industri, perusahaan kecil dan sederhana (SME), institusi- institusi kerajaan dan swasta, universiti, para penyelidik, pelajar dan induvidu yang berminat untuk melakukan ujian-ujian di sini,”katanya lagi.

Kangar, 27 Mac- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerima kunjungan Skyeton Aircraft Industrial Company dari Ukraine bersama rakan kongsinya di Malaysi True Altitude Sdn. Bhd. yang kini sedang menyertai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa (LIMA) 2017.

Kedua-dua syarikat tersebut yang berkecimpung dalam industri Pesawat Tanpa Pemandu (UAV) berhasrat untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan Pusat Kecemerlangan Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (COEUAS) yang diterajui oleh Prof. Dr. Hazry Desa.

Prof. Dr. Hazry Desa berkata, kunjungan tersebut diadakan adalah bagi melihat potensi dan peluang kerjasama yang boleh dijalinkan terutama dalam penyelidikan mengenai teknologi industri UAV.

UniMAP akan memanfaatkan peluang ini untuk mengembangkan lagi penyelidikan mengenai teknologi UAV dengan sokongan daripada pihak industri yang mampu merealisasikan hasil penyelidikan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain perbincangan, kedua-dua syarikat tersebut turut meninjau teknologi UAV yang dihasilkan oleh UniMAP. Skyeton diwakili oleh Pengerusinya, Oleksandr Stepura manakala True Altitude diwakili oleh Pengarah Eksekutifnya, Datuk Hazizan Ahmad.

Menurut Dr. Hazry, dalam pertemuan tersebut UniMAP dan kedua-dua syarikat tersebut bersepakat untuk bekerjasama dalam aspek pemindahan teknologi UAV khususnya dalam bidang pemprosesan imej.

Selain itu, ujar beliau, pihaknya juga bersedia menghantar wakil UniMAP mengikuti latihan penerbangan dan pengendalian UAV terutama dalam aspek  pemasangan UAV Skyeton.

“Ianya penting memandangkan SAIC telah bersetuju melantik UniMAP sebagai wakil menjadi wakil Pusat Pembaikan Operasi dan Penyelenggaraan (MRO) apabila UAV mereka berada dalam pasaran tempatan dan Asia Tenggara serta negara-negara Islam di Asia nanti,” ujarnya lagi.

Kangar, 27 Mac – Orang Kuat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya menempatkan diri dalam kelompok lapan teratas pada Kejohanan World Strongest Team yang berlangsung di Esztergom, Hungary, baru-baru ini.

Muhammad Firdaus Jamen, 23, berkata, pemilihan peserta ke pertandingan itu dilakukan berdasarkan ranking satu dan dua atlet Orang Terkuat di dalam sesebuah negara.

“Antara rutin yang perlu dilakukan dalam kejohanan ini adalah 160 kilogram Atlas Stone, 450 kilogram  Tyre Flip, 555 kilogram Tyre Flip
125 kilogram Farmers Walk, 325 kilogram Duckwalk,
500 kilogram Superyoke;30 kilogram Leg Press, 90 kilogram Box Press, 130 kilogram Log Press, 130 kilogram Axle Bar Press dan Power Stairs 240 kilogram, 270 kilogram, 300 kilogram.

“Pertandingan ini disertai oleh peserta dari 22 buah negara dan para peserta perlu membentuk pasukan yang dianggotai dua peserta dari negara yang berlainan,” katanya ketika dihubungi.  

Ujar Firdaus lagi, hanya tiga peserta dari negara Asia yang terpilih untuk menyertai pertandingan ini iaitu Malaysia, Singapura dan Jepun namun, peserta dari Jepun terpaksa menarik diri di saat akhir.

“Saya amat teruja kerana dapat menimba pengalaman dari kejohanan ini dan lebih mencabar adalah kerana kebanyakan peserta kali ini mempunyai berat sehingga 300 kilogram dan ke atas sehinggakan peserta dari negara Asia kelihatan kerdil.

“Kejohanan ini  merupakan pemanas badan bagi saya yang akan menyertai World Natural Strongestman 2017 yang akan berlangsung pada September nanti yang dijangkakan akan disertai 36 buah negara,” katanya lagi.

Untuk rekod, Muhammad Firdaus telah berjaya merangkul gelaran Juara Cabaran Orang Kuat Sabah Edisi Kelima 2017 (Sabah Strongest Man) yang berlangsung pada Februari lalu.

ARAU, 26 Mac (Bernama) -- Bank Rakyat menerusi program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) hari ini meraikan Pengerusinya Tan Sri Shukry Mohd Salleh berkata program tersebut dianjurkan sempena kedatangan Bulan Kesedaran Autisme pada April serta bersesuaian dengan fokus Bank Rakyat sepanjang tahun ini untuk pembangunan kanak-kanak autisme.

"Bank Rakyat komited dengan pelbagai program khusus untuk golongan kanak-kanak ini bagi memastikan perkembangan mereka terus positif selain meningkatkan kesedaran dan kefahaman orang ramai tentang autisme.

"Bantuan kewangan sahaja tidak begitu memberi impak kesedaran, untuk itu perlu ada aktiviti yang melibatkan orang ramai agar mereka turut memahami mengenai autisme yang masih rendah tahap kesedarannya di negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyertai 'Bank Rakyat A-HEART Rainbow Walk' sejauh 2 kilometer yang turut disertai 1,398 peserta termasuk anak yatim dan pelajar universiti itu.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berkenan berangkat ke majlis itu.

Shukry berkata program tersebut juga antara lain bagi mengumpul dana untuk keperluan dan kelengkapan pendidikan di Pusat Autisme A-HEART UniMAP agar golongan istimewa ini berpeluang membina kemahiran dan menonjolkan bakat mereka di pusat itu.

Bank Rakyat juga akan menganjurkan pelbagai program seumpamanya serta pelbagai program CSR sebagai tanda sokongan kepada golongan autisme di seluruh negara sepanjang bulan April nanti, tambahnya.

-- BERNAMA

Kangar, 17 Mac - Pusat Pengajian Kejuteraan (PPK) Mikroelektronik merangkul majoriti anugerah khas bagi kategori Anugerah Best of the Best pada Ekspo Rekacipta dan Pameran Penyelidikan UniMAP (EREKA) 2016 di Dewan Ilmu, Kampus Induk UniMAP Pauh Putra, baharu-baharu ini.

Mereka berjaya meraih tiga kategori anugerah khas bagi tiga produk penyelidikan dari enam kategori yang dipertandingkan.

Produk pertama yang terpilih adalah STEM DSSC KIT – FROM JUICE TO POWER oleh penyelidik Ili Salwani Mohamad melalui kategori Pendidikan, Kemanusian dan Kualiti Hidup.

Manakala produk kedua pula adalah milik Dr. Sohiful Anuar Zainol Murad bagi produk DC-DC Converter Switching Regulator for Power Supply Module bagi kategori Elektrikal dan Elektronik.

Tidak ketinggalan, produk BC PILLS FOR ACUTE DIARRHEA TREATMENT oleh Siti Salwa Mat Isa bagi kategori Perubatan, Farmaseutikal dan Kesihatan.

Produk lain yang terpilih adalah dari PPK Komputer dan Perhubungan iaitu Dr. Muhammad Imran Ahmad dengan produknya iaitu FACE SKETCH RECOGNITION FOR LAW ENFORCEMENT APPLICATION dalam kategori Teknologi Maklumat dan Multimedia.

Turut dinobatkan adalah produk Microwind Turbine Energy Havester oleh Dr. Norkharziana Mohd Nayan dari Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Sistem Elektrik bagi kategori Pertanian, Akuakultur dan Alam Sekitar.

Produk Pulse Jet Air Dryer pula mendapat anugerah khas bagi kategori Bahan, Pembuatan; Mekanikal dan Sivil adalah hasil penyelidikan Ir. Dr. Mohamad Shaiful Ashrul Ishak dari PPK Pembuatan.

Kesemua enam produk ini terpilih sebagai produk terbaik selepas turut memenangi pingat emas dalam pameran tersebut dan layak menerima wang tunai RM250.00, sijil anugerah dan sijil penyertaan.

Pada pameran yang sama juga turut diperkenalkan satu kategori baharu iaitu Kategori Video Pendek di mana tiga produk telah dinobatkan sebagai pemenang.

Pemenang pingat emas bagi kategori ini adalah milik Prof. Dr. Uda Hashim dari Institut Kejuruteraan Nano Elektronik (INEE) bagi produk In House Fabricated Non – Invasive Glocuse Detection Kit.

Manakala penerima pingat perak adalah Maz Jamilah Masnan dari Institut Matematik Kejuruteraan (IMK) bagi produk Genius Math Begins With Damat.

Pingat gangsa pula dinobatkan kepada Ruhiyuddin Mohd Zaki dari Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoTech) melalui produknya iaitu KEZITE.

Mereka masing-masing berjaya membawa pulang RM500.00, RM400.00, RM300.00, sijil anugerah dan sijil penyertaan.

EREKA 2016 menyaksikan sebanyak 154 produk telah terpilih meraih pingat dengan komposisi 62 pingat emas, 51 perak dan 41 gangsa dari 193 produk penyelidikan yang telah mengambil bahagian.  

Kangar, 17 Mac – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melancarkan logo tambahan UniMAP dengan nama Universiti Malaysia Perlis di sebelah logo asal pada Majlis Anugerah Seri Gemilang UniMAP 2016 di Hotel Putra Regency di sini, semalam.

Pelancaran tersebut dibuat bersempena genapnya usia 10 tahun selepas dijenamakan semula dari Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM), 1 Februari 2007 yang lalu.

Menurut Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, pelancaran logo baharu ini juga adalah selaras dengan penggunaan dan fungsinya yang semakin meluas.

UniMAP pada tahun ini telah mencecah usia 10 tahun jika diambil dari tarikh penjenamaannya, justeru logo tambahan ini akan lebih menyerlahkan imej korporat UniMAP samada di peringkat nasional mahupun antarabangsa

“Selain itu, pelancaran logo baharu ini juga diharap dapat mengurangkan kekeliruan masyarakat yang mengaitkan UniMAP dengan universiti awam lainnya,” ujar beliau.

Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMAP, Tuanku Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan pelancaran logo tersebut. Berkenan berangkat hadir, Raja Puan Muda Perlis yang juga Pro Canselor UniMAP, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Perlis, Dato’ Prof. Emeritus Ir. Dr. Zainai Haji Mohamed dan mantan Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Emeritus Dr, Kamarudin Hussin.

Sementara itu, kapsul masa UniMAP berusia 10 tahun yang menyimpan nota harapan turut dibuka semula pada majlis ASG 2016 bagi melihat kembali harapan yang telah dilahirkan 10 tahun dahulu.

Antara harapan yang dicatatkan adalah dari Canselor UniMAP yang inginkan segala misi dan visi yang dihasratkan tercapai dengan jayanya.

Tidak ketinggalan Pro Canselor UniMAP juga turut meletakkan harapan agar tuah sentiasa menyebelahi UniMAP untuk maju kehadapan

Nota harapan Dr. Kamarudin pula antara lainnya mencatatkan doa agar UniMAP menjadi salah sebuah universiti yang tersohor di dunia.

Untuk rekod, lebih 2000 pelajar dan staf hadir bagi melahirkan harapan melalui nota catatan yang dimuatkan dalam kapsul masa di Kampus UniMAP Kubang Gajah pada tengah malam 1 Februari 2007.

 

KANGAR, 16 Mac (Bernama) -- Cabaran dihadapi sepanjang meneruskan kehidupan seiring perkembangan dunia masa kini termasuk ujian kewangan tidak wajar dijadikan alasan untuk seseorang mengabaikan aspek integriti serta tidak memerangi rasuah.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah meskipun peruntukan kewangan semakin berkurangan dan setiap agensi dituntut meminimumkan perbelanjaan, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan perlu menjadi panduan dalam melaksanakan kerja secara beretika.

"Kebelakangan ini dilihat terdapat beberapa kes tangkapan dan pendakwaan terhadap penjawat awam dilaporkan secara berleluasa di media-media tempatan yang secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti dan imej sesebuah organisasi serta penjawat awam secara keseluruhannya.
"Bak kata pepatah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Perkara dilaporkan itu perlu menjadi peringatan kepada semua pekerja bahawa isu-isu seperti rasuah dan ketidakcekapan penyampaian Perkhidmatan Awam harus diberikan perhatian sewajarnya," titah baginda.

Baginda yang juga Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertitah demikian ketika menghadiri Majlis Anugerah Seri Gemilang universiti berkenaan, di sini hari ini.

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berkenan berangkat menghadiri majlis itu.

Turut hadir Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal.

Sementara itu, Zul Azhar berkata pencapaian UniMAP selama lebih 10 tahun telah meletakkan universiti itu di tahap yang amat membanggakan di dunia.

"Terkini, berdasarkan QS World University Subject Ranking 2017 telah mengeluarkan beberapa statistik yang amat mengujakan di mana dalam subjek Teknologi dan Kejuruteraan, UniMAP berada di tahap 500 terbaik dunia.

"Selain itu, dalam subjek Kejuruteraan Mekanikal, Aeronautikal dan Pembuatan, kita berada dalam kumpulan 300 terbaik dunia dan Kejuruteraan subjek Elektrik dan Elektronik pula, UniMAP dalam lingkungan 350 terbaik dunia," katanya dalam ucapan aluan pada majlis tersebut.

Secara keseluruhan, katanya ia menunjukkan program-program ditawarkan UniMAP bertaraf antarabangsa selain universiti komited meningkatkan enrolmen pelajar antarabangsa serta meningkatkan hubungan akademik dengan universiti luar negara.

"Sebagai inisiatif menjadikan Malaysia hab pendidikan tinggi, 387 pelajar antarabangsa pasca siswazah diterima masuk, menjadikan bilangan keseluruhannya 1,116 berbanding sasaran 950 orang sahaja. Namun, enrolmen ini dijangka ditingkatkan lagi bagi 2017," katanya.

Seramai 140 kakitangan UniMAP daripada pelbagai jabatan dan sektor perkhidmatan dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang hari ini sebagai menghargai jasa dan sumbangan mereka dalam perkhidmatan dan meningkatkan imej universiti, dengan menerima sijil penghargaan dan kepingan emas.

PAUH PUTRA, 15 Mac – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) amat komited dalam membantu memastikan kejayaan Dasar Automotif Nasional (NAP) yang bertujuan untuk menjana nilai ekonomi yang berterusan kepada negara.

Atas usaha itu, satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangi antara UniMAP dan Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd (MODENAS) dalam usaha menjadikan sasaran itu menjadi kenyataan.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, UniMAP, melalui  Unit Teknologi Sukan Permotoran (MOTECH) yang mempunyai kepakaran dan kemudahan yang bertaraf antarabangsa dalam bidang penyelidikan permotoran akan memberikan komitmen tinggi dalam membantu industri automotif negara.

“Ini kerana tujuan asal penubuhan MOTECH adalah bagi memartabatkan penyelidikan dalam bidang permotoran dan automatif melalui pembangunan idea inovasi dengan kolaborasi industri ke arah teknologi kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicle) serta melahirkan graduan automotif yang kebolehpasarannya tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani MoU antara UniMAP-Pusat Penyelidikan MODENAS dan Upacara Penyerahan Proton Suprima S di Litar UniMAP, di sini, semalam.

Majlis tersebut disaksikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Malaysia; Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP; Datuk Prof. Emeritus Ir. Dr. Zainai Mohamed; Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Amiruddin Abdul Kadir dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd. Abdul Rashid Musa.  

Menurut Dr. Zul Azhar, kerjasama itu juga merupakan salah satu sumbangan UniMAP kepada industri automotif seterusnya diharap dapat membantu menjadikan Malaysia sebagai hab automotif serantau dalam Tenaga Kenderaan Cekap (EEV).

UniMAP dan MODENAS telah empat tahun menjalinkan kerjasama dan saya berharap kerjasama terbaharu ini akan dapat menggerakkan inisiatif pemindahan asas teknologi antara kedua-dua pihak seterusnya dapat membantu peningkatan penjenamaan dan reputasi bagi MODENAS dan UniMAP.

“Justeru, secara peribadi, saya sendiri merasakan selepas lebih empat tahun bekerjasama, ada peluang yang lebih besar untuk mengukuhkan lagi kerjasama ini seterusnya dapat menambah kualiti pelajar serta relevan dengan keperluan semasa,” katanya.

Pada majlis itu juga, UniMAP turut menerima Proton Suprima S sumbangan daripada Proton untuk kegunaan Kelab Automotif dan Sukan Bermotor UniMAP.

Sumbangan tersebut yang merupakan tanggungjawab sosial kedua-dua pihak bertujuan untuk medidik para pelajar dan warga UniMAP serta orang ramai dalam mempelajari asas dan teknik pemanduan secara berhemah.

 

Kangar , 11 Mac  – Penyelidik Pusat Kecemerlangan Geopolimer & Teknologi Hijau (CEGeoGTech) Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Bahan berjaya menyumbang hampir 18.3 peratus daripada hasil penerbitan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sepanjang 2016 berdasarkan data SCOPUS terbaru.

Pengerusi CEGeoGTech, Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin berkata penyelidik pusat itu juga berjaya menembusi jurnal-jurnal berimpak dan juga menyumbang  penerbitan yang tinggi dalam pangkalan data Web Of Science yang dikira berdasarkan afiliasi CEGeoGTech.

Katanya, sepanjang enam tahun penubuhan, CEGeoGTech berjaya menempa pelbagai kejayaan yang cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa termasuk meraih lebih daripada 200 anugerah.

“Antara pencapaian lain adalah berjaya menghasilkan 45 paten dan 30 buah buku sepanjang 2011 hingga 2016 serta memperoleh geran penyelidikan dalam dan luar negara termasuk daripada European Commission berjumlah RM2.5 juta serta RM170 ribu daripada Nihon Superior Jepun,” kata beliau ketika berucap di Majlis Kecemerlangan CEGeoGTech, di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniMAP, Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan, Dekan PPK Bahan Prof Madya Dr Khairel Rafezi Ahmad dan Pengurus CEGeoGTech Prof Madya Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah.

Menurut Dr. Kamarudin, tahun 2017 merupakan tahun yang akan menentukan kemampuan pembangunan penyelidikan dan inovasi lebih unggul justeru petunjuk prestasi utama (KPI) menetapkan bermula tahun ini seorang penyelidik CEGeoGTech harus menghasilkan dua jurnal di indeks sebagai penulis utama.

“Ia adalah berdasarkan keperluan semasa Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA) yang secara tidak langsung membantu UniMAP mencapai KPI yang disasarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Kapasiti dan kemampuan inovasi adalah sangat diperlukan bagi meningkatkan pembangunan ekonomi sekaligus akan mengukuhkan keupayaan negara bersaing dalam pasaran dan perdagangan global,” kata beliau.

CEGeoGTech yang ditubuhkan pada 2010 dengan nama Green Concrete@UniMAP sebelum dinaiktaraf pada Julai 2011 menganjurkan Majlis Kecemerlangan pusat berkenaan bagi meraikan penghargaan individu, organisasi dan agensi yang membantu menaikkan nama CEGeoGTech dan UniMAP secara langsung sepanjang enam tahun penubuhannya.

Di majlis berkenaan turut disampaikan watikah perlantikan Ketua Kumpulan Penyelidik , Penyelidik Utama dan Penyelidik Bersekutu CEGeoGTech selain penyampaian Anugerah Penghargaan Patron CEGeoGTech kepada Prof Madya Dr Che Mohd Ruzaidi Ghazali yang kini Timbalan Naib Canselor (HEPA) Universiti Malaysia Terengganu.

 

Kangar, 9 Mac – 12 atlet Karate Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah berjaya membawa pulang tiga pingat emas, empat pingat perak dan enam pingat gangsa pada Pertandingan Kejohanan Karate-Do Terbuka 2017 bertempat di Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kuala Ketil. 

Bagi acara kumite lelaki dan wanita, Kuhan Vickneswaran, Mohamad Aizzat Iskandar Shaharin dan Wan Nuraina Amira Wan Arizi berjaya mendapat pingat emas.

Pingat perak pula menjadi milik Aravinthran Ravichanthar dan Muhammad Azrey Affiq Roslan. Manakala Mohd Harry Johari, Aravendran Allageswaran dan Danish Afdal Hilmi berjaya mendapat pingat gangsa dalam kejohanan ini.

Sementara itu bagi acara kata individu lelaki dan wanita, Mohamad Aizzat Iskandar Shaharin berjaya mendapat pingat perak, manakala Izzati Nur Nazzihah Jakaria dan Moh Jin Hao pula masing-masing meraih gangsa.

Selain itu, atlet UniMAP juga berjaya memperolehi pingat perak bagi acara kata berpasukan wanita dan pingat gangsa bagi acara kumite berpasukan lelaki.

Menurut Jurulatih, Ahmad Tajudin Baharin, beliau berpuas hati dengan prestasi pasukan karate-do UniMAP walaupun masih baru tetapi mampu memberi saingan sengit kepada pihak lawan.

“Walaupun baru setahun para atlet aktif dalam bidang sukan ini, namun atas usaha gigih mereka berjaya menyumbangkan pingat kepada universiti. Diharapkan kemenangan ini menjadi cabaran dan persediaan kepada mereka sebelum menyertai Karnival Majlis Sukan Universiti Malaysia 2017 (MASUM) yang dijadualkan pada Julai kelak,” katanya ketika ditemui disini hari ini.

Kejohanan ini disertai hampir 190 orang peserta yang terdiri daripada orang awam termasuk Universiti Utara Malaysia (UUM) dan KUIN.

 

*Kata – Kata dalam sukan karate membawa maksud satu persembahan bunga / patern. Persembahan ini juga dinilai dan dijadikan sebagai acara

*Kumite – Kumite dalam terma sukan karate membawa maksud perlawanan secara bebas tetapi masih mengikut undang-undang dan keselamatan yang ditetapkan oleh Federasi Karate Dunia

 

Pauh Putra, 5 Mac   – Bagi mengatasi masalah keciciran dalam pendidikan di kalangan anak-anak yatim, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Malaya (UM) melaksanakan usahasama strategik menerusi penganjuran Kem ELITE 2.0 2017 (Excellence in Leadership, Intellectual, and Talent Empowerment) di sini bermula 2 Mac lalu.

Kem ELITE 2.0 anjuran Persatuan Ahli Kelab & Alumni Pusat Pengajian Kejuruteraan (PerkaSE) dan Kolej Kediamaan Tuanku Bahiyah UM berkenaan dikawal selia sepenuhnya oleh badan bukan kerajaan (NGO) peringkat kebangsaan, Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Malaysia (YATIM).

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik UniMAP, Dr Muhamad Mokhzaini Azizan berkata kem itu mensasarkan pembangunan sahsiah dan rohani di kalangan anak-anak jati tempatan yang berstatus anak yatim dan yatim piatu peringkat menengah rendah.

“Secara dasarnya, anak-anak ini seringkali merasa rendah diri, kekurangan keyakinan dan akibatnya sering ketinggalan dalam pelajaran, justeru melalui Kem ELITE, diharapkan agar unsur-unsur negatif yang membelenggu mereka dapat dipisahkan,

Kem ini dikendalikan sepenuhnya oleh 70 mahasiswa UniMAP dan UM yang sebelum ini menjalani latihan Train of Trainers anjuran YATIM sejak 2015,” katanya.

Majlis penutup Kem ELITE 2.0 2017 disempurnakan oleh Pendaftar UniMAP, Encik Zuber Mohamad.

Selain membina pembangunan sahsiah di kalangan anak yatim itu, kem itu turut diadakan bagi memupuk semangat sukarelawan, pembangunan modal insan dan dapat melahirkan generasi muda negara yang berkaliber dalam pelbagai bidang.

Selain di UniMAP, Kem ELITE pernah dijalankan secara meluas di Pahang, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur sejak mula dianjurkan pada 2015.

Tanjung Malim, 31 Mac – Pasukan Futsal pelajar wanita Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) muncul antara lapan pasukan terbaik Kejohanan Futsal Liga IPT 2016 apabila berjaya beraksi sehingga ke peringkat separuh akhir pada pusingan kelayakan yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini baru-baru ini.

Kejayaan tersebut membolehkan pasukan futsal wanita beraksi dalam pusingan liga divisyen wanita yang akan berlangsung pada bulan Mei ini di Universiti Malaysia Pahang (UMP) bagi memilih enam pasukan terbaik yang akan beraksi di pusingan akhir pada bulan September.

Selain UniMAP, pasukan yang layak beraksi pada pusingan liga bagi divisyen wanita ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM) serta tuan rumah iaitu UPSI.

Pengarah Pusat Sukan UniMAP, Suhizaz Sudin berkata, lebih membanggakan, pemain UniMAP, Siti Nasyitah Abdul Samat dinobatkan sebagai penjaring gol terbanyak pusingan kelayakan dengan enam gol keseluruhannya.

“Aksi Siti Nasyitah yang merupakan pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik sememangnya menjadi tumpuan ramai sepanjang kejohanan berlangsung dan ternyata imej bertudung tidak menghalang beliau muncul penjaring terbanyak pusingan kelayakan,” ujar beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebanyak 17 pasukan wanita mengambil bahagian dalam pusingan kelayakan yang berlangsung di Arena UPSI yang menyaksikan pasukan UiTM muncul juara kategori wanita selepas menumpaskan tuan rumah UPSI dengan 2 gol berbalas 1.

Sementara itu, Suhizaz berkata, bagi pasukan lelaki pula, UniMAP terpaksa menamatkan saingan di pusingan kedua selepas tumpas kepada pasukan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 3 – 7.

Ujar beliau, kekalahan tersebut terubat apabila seorang pemain lelaki UniMAP yang merupakan pelajar dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan, Helmi Mohammad Kasim terpilih untuk menjalani latihan pusat bagi Sukan Tumpuan Futsal.

“Adalah diharapkan, momentum kejayaan pelajar ini akan berterusan dalam usaha UniMAP memperkasakan agenda sukan pelajar di persada negara dan antarabangsa,” ujar beliau lagi.

Siti Nasyitah penjaring gol terbanyak

Pasukan Wanita Futsal 2016

Pasukan Lelaki Futsal 2016

 

Pauh Putra, 27 Mac – Bersempena Festival Hab Sumber Pendidikan dan Latihan Autisme (A-Heart) 2016, mantan Naib Canselor UniMAP Brig Jen Datuk Prof Emeritus Dr Kamarudin Hussin menyampaikan ceramah mengenai sukarelawan di Dewan Ilmu, di sini hari ini.

Beliau yang juga Penasihat Menteri Pendidikan Tinggi turut berkongsi pengalaman beliau ketika masih belajar di sekolah menengah sehingga sekarang kepada kira-kira 200 pelajar dan kakitangan UniMAP.

Beliau berkata aktiviti sukarelawan tidak semestinya dengan menyumbang wang semata-mata tetapi juga boleh menyumbangkan masa dan tenaga bagi membantu golongan yang memerlukan seperti golongan kanak-kanak autistik.

Katanya, aktiviti sukarelawan bukan sahaja dapat membantu golongan yang memerlukan malah mampu mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat kerana dapat disertai oleh semua lapisan walaupun berbeza bangsa dan agama.

“Pendek kata, banyak kelebihan yang bakal diperolehi melalui aktiviti sukarelawan yang turut menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara,” kata beliau.

Selain ceramah oleh Dr Kamarudin, turut diadakan ceramah yang disampaikan pemenang Women In Science L’oreal yang disampaikan penyelidik wanita UniMAP Dr Hakimah Osman dengan tajuk ‘How to Dream Big’.

Festival yang berlangsung selama tiga hari mulai 25 Mac itu turut mengadakan program-program menarik seperti Ask Hatta Dolmat, Charity Walk, Vendors Fair, dan jualan pakaian serta makanan dengan objektif utama bagi mengumpulkan dana untuk membina sebuah Pusat A-Heart di negeri ini khusus buat kanak-kanak istimewa terutama autisme di wilayah utara.

Arau, 26 Mac – Program jalan kaki amal, Royal A-Heart Charity Night Walk mendapat sambutan menggalakkan dari lebih 5,000 peserta sekaligus berjaya memungut dana berjumlah RM33,000 untuk Tabung Hub Sumber Pendidikan dan Latihan Autisme (A-HEART) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Program yang dianjurkan oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) dan UniMAP itu turut diserikan dengan keberangkatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran, Prof. Dr. Abdul Hamid Adom berkata, program jalan kaki amal yang dianjurkan bersempena Festival A-HEART UniMAP itu disertai oleh pelajar dan warga UniMAP selain mendapat sokongan dari penjawat awam dan swasta serta pelajar Institusi Pendidikan dan sekolah di seluruh negeri Perlis.

Menurut beliau, Festival A-HEART yang akan berlangsung di Kampus UniMAP Pauh Putra sehingga 27 Mac 2016 ini dianjurkan khusus untuk memperkenalkan A-HEART UniMAP sebagai sebuah organisasi yang menawarkan kemudahan, perkhidmatan dan latihan kepada komuniti yang memerlukan di Perlis dan Wilayah Utara.

Jelas beliau, ianya dianjurkan sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keperluan anak-anak autistik dan pada masa sama adalah untuk meningkatkan keterlibatan masyarakat dalam pembangunan dan perkembangan anak-anak autistik ke arah kesejahteraan masyarakat.

``Meskipun berlangsung pada waktu malam, program ini nyata memberikan satu pengalaman baharu buat para peserta dan ia juga merupakan simbolik sokongan warga Perlis amnya dan UniMAP khasnya dalam menjayakan aktiviti kemasyarakatan.

``Semoga sumbangan yang disalurkan ini dapat membantu merealisasikan hasrat UniMAP untuk membina sebuah pusat bimbingan dan pendidikan khas untuk anak-anak Autism di negeri Perlis,” ujar beliau.

Program jalan kaki amal melibatkan jarak sekitar 3 kilometer yang bermula dari Dataran Dewan Ilmu dan melalui Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Selain itu, program tersebut turut diserikan dengan pelbagai pertunjukan sampingan yang bertemakan ”Glow In The Dark” antaranya pertunjukan roller blade, pameran kereta audio, perarakan motosikal berkuasa besar serta pertunjukan bunga api.

Program yang turut disertai oleh anak-anak Autistik dari Pusat Kesatuan Kebangsaan Autism Malaysia (NASOM) itu diserikan juga dengan hadiah cabutan bertuah serta pakaian terbaik mengikut tema “Glow In The Dark” yang menawarkan hadiah berupa barangan elektrik dan hamper.

 

ARAU, 26 Mac (Bernama) -- Program jalan kaki amal, Royal A-Heart Charity Night Walk di kampus Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini Jumaat malam berjaya mengumpul dana sebanyak RM30,000 sumbangan lebih 5,000 peserta yang menyertainya.  Pengerusi jawatankuasa penganjur, Prof Dr Abdul Hamid Adom berkata kutipan untuk mengisi Tabung Hab Sumber Pendidikan dan Latihan Autisme (A-HEART) UniMAP itu adalah bagi membina sebuah pusat bimbingan autisme di kampus tetap UniMAP di sini.  Program anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan UniMAP itu turut disertai Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.  Prof Dr Abdul Hamid berkata program amal jalan kaki itu dianjurkan bersempena Festival A-HEART UniMAP di kampus UniMAP di sini selama tiga hari yang bermula semalam.  Katanya selain pelajar dan warga UniMAP, orang ramai, pelajar sekolah seluruh Perlis serta anak-anak autistik dari Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) turut menyertai jalan amal itu.  Festival itu bertujuan memperkenalkan A-HEART UniMAP sebagai satu organisasi yang menawarkan perkhidmatan dan latihan kepada komuniti yang memerlukan di Perlis dan Wilayah Utara, katanya.  Beliau berkata program itu adalah antara inisiatif untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keperluan anak-anak autistik serta penglibatan mereka dalam pembangunan dan perkembangan mereka.  Program jalan kaki amal sejauh tiga kilometer itu bermula dari Dataran Dewan Ilmu UniMAP melalui Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra dan berakhir di tempat permulaan.  Ia turut diserikan dengan pelbagai pertunjukan bertemakan 'Glow In Thre Dak' antaranya pertunjukan roller blade, pameran kereta audio, perarakan motosikal berkuasa besar dan pertunjukan bunga api.-- BERNAMA

 

Kangar, 25 Mac – Penyelidik Pusat Kecemerlangan Teknologi Hijau dan Geopolimer (CEGeoGTech) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengorak langkah dalam arena penyelidikan apabila berjaya memperoleh geran penyelidikan di bawah Kesatuan Eropah bernilai lebih RM2.5 juta.

Geran tersebut yang bakal mengkhusus kepada penyelidikan geopolimer konkrit di bawah tema “Horizon 2020” Program Inovasi dan Penyelidikan bakal menyaksikan kerjasama strategik antara CEGeoGTech UniMAP dengan beberapa buah universiti lainnya dari United Kingdom, Thailand, China dan Greece.

Pengurus CEGeoGTech UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd. Mustafa Al-Bakri Abdullah berkata, berdasarkan perjanjian kerjasama yang dimeterai, penyelidikan kerjasama tersebut yang di ketuai oleh University of Plymouth (UoP), United Kingdom akan berlangsung untuk tempoh empat tahun dengan tajuk penyelidikan Partnership for Research in Geopolymer Concrete (PRIGeoC).

Ujar beliau, kerjasama tersebut turut membuka peluang kepada semua universiti yang terlibat iaitu  Liverpool John Moores Unuversity (LJMU) Uited Kingdom, National Technolgy University of Athens (NTUA) Greece, University of Phayao, Thailand dan Tsinghua University China untuk menjayakan program pertukaran pelajar.

“Selain itu, para pelajar dari kesemua universiti terlibat juga boleh menjayakan program sangkutan (attachment) atau pasca kedoktoran sepanjang tempoh empat tahun perjanjian berlangsung.

CEGeoGTech UniMAP amat beruntung terpilih menjadi ahli dalam kerjasama penyelidikan ini yang mana pemilihan UniMAP dibuat berdasarkan jumlah penerbitan dan pengiktirafan yang diterima oleh penyelidik CEGeoGTech semenjak beberapa tahun lepas,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berdasarkan laporan Elsevier Research Inttelligence, CEGeoGTech UniMAP muncul sebagai institusi penyelidikan terbaik di dunia dalam bidang Geopolimer dengan 59 jumlah penerbitan keseluruhannya dengan impak faktor sebanyak 222 meninggalkan Curtin University of Technology di tempat kedua dengan 35 penerbitan.

Lebih membanggakan, Penyelidik Geopolimer UniMAP juga mencatatkan indeks wajaran bidang terfokus (Field Weight Citation Index) tertinggi iaitu 3.71 yang bererti penerbitan UniMAP dalam bidang Geopolimer menjadi rujukan penyelidik dari seluruh dunia.

Menurut Dr. Mohd. Mustafa, PRIGeoC merupakan konsortium penyelidikan yg menumpukan kepada bidang bahan geopolymer dengan pelbagai aktiviti antaranya pasca Phd, penerbitan, bengkel dan persidangan.

“Selain saya, penyelidik UniMAP lainnya yangterlibat ialah Prof. Madya Dr. Che Mohd. Ruzaidi Ghazali yang merupakan Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan serta mantan Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen Datuk Prof Emeritus Dr. Kamarudin Hussin manakala Prof. Dr. Long Yuan Li daripada UoP pula akan bertindak sebagai ketua penyelidik.

“Semoga dengan adanya geran ini akan membuka peluang kepada para penyelidik UniMAP untuk terus mewujudkan rangkaian kerjasama dengan universiti-universiti di bawah kesatuan Eropah,” ujar beliau lagi.

Prof. Dr. Long Yuan Li  (kiri) daripada University of Plymouth (UoP) dan Prof. Madya Dr. Mohd Mustafa Al-Bakri Abdullah, bertukar dokumen perjanjian geran penyelidikan dalam bidang Geopolimer dan Konkrit Hijau bernilai RM2.5 Juta di United Kingdom semalam.

Pauh Putra, 25 Mac: Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengagihkan bantuan wang zakat berjumlah  RM123,570,316 kepada warga asnaf bermula dari bulan Januari hingga Disember bagi tahun 2015.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs bertitah, bagi tempoh yang sama, MAIPs telah mengagihkan sebanyak RM5,776,803 sebagai Bantuan Sara Hidup kepada 8,084 penerima, RM3,206,550 `Bantuan Zakat Fitrah’ kepada 8,016 penerima, RM2,944,750 Bantuan Serta Merta Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kepada 2,945 pelajar, RM471,865  `Bantuan Perubatan’, RM324,154  Bantuan Bencana, RM1,850,000 Bantuan Institusi Pendidikan Islam yang melibatkan 15 Institusi Pendidikan Islam di Perlis dan RM3,411,310 untuk Program dan Aktiviti Kemasyarakatan dan Dakwah.

"Bagi bantuan rumah pula, MAIPs telah menyumbangkan sebanyak 725 buah rumah bernilai RM10,797,311 pada tahun 2013, 588 buah bernilai RM10,440,662 (2014) dan 513 buah rumah bernilai RM10,346,693 (2015)," titah baginda Majlis Penyerahan Penyata Zakat Pendapatan 2015 sempena Program Pelancaran Dana A-Heart di Dewan Ilmu, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), di sini, semalam.

Turut berangkat hadir pada majlis itu, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shareen Akashah Khalil.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Khairi Hassan dan Penasihat Khas Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr Kamarudin Hussin.

Bercakap mengenai bantuan rumah pula, untuk rekod dalam tahun 2013, MAIPs telah menyumbangkan sebanyak 725 buah rumah bernilai RM10,797,311. Pada tahun 2014 sebanyak 588 buah rumah bernilai RM10,440,662 serta pada tahun 2015 sebanyak 513 buah rumah bernilai RM10,346,693.

Pada majlis itu juga,seramai 47 pelajar yang sedang menyambung pelajaran di Timur Tengah turut menerima Agihan Bantuan Pelajaran dengan diwakili ibu bapa masing-masing.

Titah baginda lagi, MAIPs amat mengalukan program kolaborasi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama Jabatan, organisasi atau syarikat-syarikat swasta samada kewangan, perdagangan ataupun perkhidmatan.

“Ini kerana MAIPs benar-benar mahu dikenali sebagai ’rakan kongsi’ yang tepat selain menjadi medium pelaksanaan program berimpak oleh semua pihak di negeri Perlis.

“MAIPs juga memohon orang ramai berkongsi dengan MAIPs, sebarang kes ‘terlepas pandang’ atau ‘keciciran’ agihan sumbangan kepada mana-mana asnaf yang berkelayakan menerima bantuan zakat,”titah baginda lagi.

Titah baginda sepatutnya, tiada asnaf yang terpinggir atau terlepas pandang di negeri ini kerana pelbagai mekanisme yang dapat membantu golongan asnaf yang terdiri daripada para amil, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Wakil Rakyat, Ketua-Ketua Jabatan, guru sekolah dan sebagainya.

KANGAR, 23 Mac — Aktiviti seharian memerlukan kita untuk berhubung dan bergaul antara berlainan jantina, namun ia mempunyai batas-batas yang perlu diikuti bagi mengelakkan masalah sosial berlaku.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan berkata, konteks pergaulan adalah cukup luas dan mencakupi segenap aktiviti harian kita seperti dalam urusan kemasyarakatan, jual beli, kerja, belajar dan perubatan.

“Malaysia merupakan negara yang amat istimewa kerana mempunyai pelbagai etnik bangsa dan agama, ini merupakan salah satu bukti keagungan Allah yang maha kaya dan bijaksana menjadikan sesuatu.

“Tidak hairanlah Malaysia sentiasa di pandang tinggi dalam menjaga hubungan sosial sesama masyarakat dan di dalam istilah bahasa arabnya dipanggil Majmuk,”katanya ketika berucap merasmikan Forum Keharmonian Antara Agama Peringkat UniMAP 2016 di Dewan Kecemerlangan, Kompleks Dewan Kuliah, Kampus Induk UniMAP, di sini, baharu-baharu ini.

Forum Keharmonian Antara Agama yang bertajuk “Etika Sosial: Perspektif Agama” disertai empat ahli panel yang mewakili empat agama utama di Malaysia iaitu, Pegawai Institut Sunnah dan Irsyad, Jabatan Mufti Negeri Perlis, Mohd Azri Mohd Nasaruddin, Pengerusi Kuil Arulmigu Arumugaswamy Devasthanam,Perlis,   Dr. Hari Ram a/l Ramayya,Wakil dari Persatuan Agama Buddha Perlis, Chong Kian Yew dan wakil bagi agama Kristian, Dr. Ragunathan A/L Santiagoo.

 

Program selama sehari itu berjaya menarik minat lebih 400 peserta yang terdiri dari kalangan staf dan pelajar UniMAP.

Ujar beliau lagi, secara umumnya pergaulan yang perlu diberikan perhatian oleh setiap ahli masyarakat ialah memandang saudara-saudaranya dengan pandangan sangka baik.

 

“Ia bermaksud pandangan yang penuh dengan harapan agar saudaranya sentiasa mendapat taufiq dan hidayah Ilahi kontek pergaulan di antara Muslim dan bukan Muslim.

 

“Kita sedia maklum, secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup keseorangan, seperti mana Nabi Adam a.s yang minta dijadikan teman iaitu Hawa meskipun telah dilimpahi dengan pelbagai kenikmatan dan kesenangan di syurga,”katanya lagi.

Kata Dr. Mohd Fo’ad lagi, pergaulan merupakan suatu keperluan dan tuntutan dalam kehidupan dan Allah telah merakamkan perkara itu di dalam hadis Qudsi sebagai suntikan bahawa setiap pergaulan yang berteraskan untuk mengagungkan dan menqasadkan Allah akan dianugerahkan ganjaran yang terlalu istimewa di akhirat kelak.

Ustaz Mohd Azri Mohd Nasaruddin dari Jabatan Mufti Negeri Perlis sedang memberi penerangan mengenai agama Islam kepada peserta Forum Keharmonian Antara Agama Edisi Ke 4 yang berlangsung di Dewan Kecemerlangan, Kampus Pauh Putra.

 

Dr. Hari Ram a/l Ramayya mewakili agama Hindu menerima cenderahati dari Y Bhg Prof. Madya Mohd Foad Sakdan.
 
Salah seorang peserta yang merupakan pelajar antarabangsa yang mengajukan soalan kepada ahli penal selepas forum tersebut.
 
Ahli Jawatankuasa MPP UniMAP mengambil kesempatan bergambar bersama ahli panel Forum Keharmonian Antara Agama Edisi Ke 4 selepas selesai forum tersebut.
 

Kangar, 15 Mac – Mahasiswa tahun akhir program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perhubungan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjadi calon tunggal dari Malaysia yang terpilih menerima bantuan biasiswa “Institute of Electrical and Electronics Engineers Microwave Theory and Techniques Society (IEEE MTT-S) khusus untuk pelajar ijazah pertama bagi tahun 2016.

Lebih membanggakan, Muhammad Adam Hamidon, 24, yang berasal daripada Selangor juga merupakan pelajar Malaysia pertama yang terpilih sebagai penerima biasiswa tersebut yang mula ditawarkan sejak tahun 2001 lalu, ujar Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal.

Menurut beliau, kejayaan Muhammad Adam yang diperoleh menerusi laman web rasmi IEEE MTT-S, bakal menjadi suntikan semangat untuk mahasiswa UniMAP terus komited menghasilkan penyelidikan berimpak yang mampu menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

“Kemenangan ini satu petanda bahawa Projek Tahun Akhir yang dilaksanakan UniMAP bukan sahaja menepati criteria di peringkat antarabangsa, malah mampu menyumbang kepada masyarakat.

“Penerima-penerima biasiswa ini dipilih oleh pakar-pakar dalam bidang berkaitan dari seluruh dunia menerusi penilaian kertas cadangan projek masing-masing. Antara kriteria yang dinilai adalah dari aspek  keaslian kajian serta prospek mahasiswa tersebut menjayakan projek dalam masa yang ditetapkan,” ujar beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

IEEE MTT –S merupakan satu jawatankuasa yang menghimpunkan pakar-pakar kejuruteraan dan teknikal dalam bidang teori dan aplikasi RF, mikkrogelombang, gelombang milimeter dengan keahlian melebihi 13,000 orang dari seluruh dunia.

Biasiswa tersebut dianugerahkan dalam dua fasa setiap tahun bertujuan untuk menarik minat pelajar-pelajar sarjana muda untuk meneruskan kerjaya atau menyambung pengajian keperingkat pasca-siswazah dalam bidang “radio frequency (RF)” serta mikrogelombang (microwave).

Muhammad Adam, terpilih sebagai penerima biasiswa melalui projek tahun akhirnya iaitu vest pemantauan tahap kesihatan untuk warga emas yang mana ia merupakan satu system pengesan parameter kesihatan bersepadu dalam format pakaian yang menggabungkan empat jenis pengesan.

Alat ini mampu mendapatkan bacaan data kesihatan daripada badan pemakainya dan menyimpannya di dalam pengkalan data dengan selamat yang man aia kemudiannya boleh dipantau oleh doktor, pakar kesihatan serta keluarga pesakit itu sendiri secara atas talian.

Projek tersebut yang diselia oleh Dr. Soh Ping jack dijangka siap pada bulan Mei 2016. Para pemenang biasiswa ini akan menerima sijil dan hadiah wang tunaisebanyak USD$1500 bagi menyempurnakan projek tersebut, selain turut secara automatik menerima keahlian pelajar IEEE dan MTT-S untuk tempoh setahun secara percuma.

Muhammad Adam turut menerima bantuan perjalanan bagi menghadiri the International Microwave Symposium (IMS) yang bakal diadakan di San Francisco, Amerika Syarikat yang akan diadakan secara serentak dengan penganugerahan biasiswa pada bulan Mei ini.

Kangar, 11 Mac: Klinik UniMAPCare (UniMAPCare) telah memperolehi kelulusan dari Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), untuk beroperasi selama 16 jam bermula 7 Mac 2016 lalu.

Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAPCare, Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Kamarudin Hussin, berkata, UniMAPCare yang dibuka kepada orang awam memulakan operasi pada 1 Disember tahun lalu dari jam 8 hingga 5 petang.

“Kita amat besyukur dengan kelulusan ini, dan berharap akan dapat memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada warga Perlis.

“UniMAPCare mempunyai satu-satunya doktor kesihatan pekerjaan (Occupational Health) di negeri ini, dan dengan pertambahan seorang lagi doktor dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi atau sakit puan, saya yakin akan memberikan nilai tambah kepada kami,” katanya ketika berucap pada Majlis Doa Selamat UniMAPCare, di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Foad Sakdan dan Ketua Pegawai Eksekutif UniMAP Holdings Sdn. Bhd. Baharudin Majid.

Menurutnya, antara perkhidmatan yang ditawarkan UniMAPCare adalah perkhidmatan pesakit luar, pembedahan kecil, pemeriksaan kesihatan, fisioterapi, kaunseling, Hyperbaric Oxygen Therapy dan External Counter Pulsation Therapy.

“UniMAPCare kini sedang merancang untuk menambah perkhidmatan ibu mengandung dan bayi, perkhidmatan ultrasound 3D dan 4D, klinik wanita, vaksinasi dan lain-lain lagi.

“Kita merancang untuk mengadakan majlis pelancaran Klinik UniMAPCare ini pada pertengahan April yang akan disempurnakan Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail,”katanya.

 

Langkawi, 10 Mac – Dalam usaha menyemai nilai tanggungjawab sosial di kalangan pelajar, Pusat Bahasa dan Antarabangsa (CIL) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengadakan program komuniti di Kampung Selat Bagan Nyior, Dayang Bunting, di sini.

Program ‘Homestay’ dan Khidmat Masyarakat yang berlangsung mulai 6 hingga 9 Mac itu membabitkan 22 pelajar mobiliti UniMAP dari Universiti Walailak, Thailand dan empat pelajar antarabangsa UniMAP dari Yemen, Kenya dan Palestin diketuai pensyarah pusat berkenaan, Syamril Aklmar Chek Kassim.

Pengarah Pusat Bahasa Antarabangsa, Prof Dr Harshita Aini Haroon berkata antara aktiviti yang dijalankan ialah pelajar-pelajar itu diagihkan kepada 11 keluarga angkat di kampung berkenaan bagi menjalinkan ukhuwah pelajar bersama masyarakat desa.

Katanya, antara aktiviti yang dijalankan ialah membersihkan persekitaran masjid, menanam pokok bunga di halaman masjid serta membersihkan pantai yang turut disertai penduduk kampung dan rukun tetangga.

“Selain program gotong royong, murid-murid Sekolah Kebangsaan Selat Bagan Nyior turut didedahkan dengan aktiviti bahasa dan budaya Melayu dengan bantuan serta tunjuk ajar dalam bidang akademik sekaligus menjadikan sekolah ini sebagai sekolah angkat Pusat Bahasa Antarabangsa,” katanya dalam sebuah kenyataan di sini, baru-baru ini.

Menurut Harshita, semua pelajar antarabangsa juga berpeluang menikmati makanan laut yang cukup sinonim dengan masyarakat kampung itu selain melakukan aktiviti memancing dan bermain permainan getah bersama anak-anak kampung itu.

“Aktiviti seumpama ini sangat bermanfaat kepada pelajar khususnya pelajar antarabangsa UniMAP kerana dapat membantu mereka menyesuaikan diri dengan suasana dan budaya masyarakat di negara kita.

“Selain itu, secara tidak langsung kita dapat membantu mempromosikan budaya masyarakat negara ini kepada pelajar antarabangsa sekaligus merancakkan industri pelancongan negara secara tidak langsung,” katanya.

Sepanjang aktiviti yang diadakan, UniMAP turut memberi sumbangan berupa wang tunai dan barangan dapur serta alat tulis kepada penduduk kampung.

Program komuniti ini dijangka diadakan setiap tahun bagi memberi pendedahan kepada pelaajr-pelajar antarabangsa terhadap aktiviti kemasyarakatan di negara ini.

Rabu, 9 Mac – Seramai 46 pelajar antarabangsa berjaya menamatkan Kursus Bahasa Inggeris Antarabangsa (IEC) yang ditawarkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), baharu-baharu ini.

Menurut Pemangku Naib Canselor, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Kursus Bahasa Inggeris Antarabangsa direka untuk meningkatkan kefasihan pelajar dalam berbahasa Inggeris di samping sebagai persediaan untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah.

“Kursus selama enam bulan ini turut membantu pelajar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan masyarakat sini di samping meningkatkan kefasihan mereka dalam berbahasa Inggeris,” kata Dato’ Zul Azhar ketika berucap di Majlis Makan Malam Tamat Kursus IEC di Hotel Putra Regency Kangar, di sini.

Beliau juga yakin pengalaman belajar di UniMAP akan menjadi pengalaman yang berharga sekiranya pelajar mempamerkan sifat yang baik dan keazaman yang tinggi dalam pembelajaran mereka.

“Saya memahami perasaan mereka yang berada jauh daripada keluarga dan rakan-rakan tetapi dengan niat yang betul pasti semuanya akan membuahkan hasil yang membanggakan,” katanya.

Turut hadir memeriahkan majlis adalah 22 pelajar dari Walailak University yang berada di UniMAP selama lima bulan sejak Disember 2015 lepas hingga Jun 2016 bagi mengikuti Program dalam Negara untuk Bahasa Melayu.

Rabu, 9 Mac – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meneruskan penganjuran program siri Syarahan Profesor Antarabangsanya apabila menjemput seorang professor dari National Laboratory of Atomic, Molecular and Optical Physics, Torun, Poland, Dr. Piotr Kolenderski bagi menyampaikan syarahan bertajuk Quantum Communication with Single Photons.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof. Dr Abdul Hamid Adom, Dr. Piotr Kolenderski menerima Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Fizik masing-masing pada tahun 2006 dan 2010 daripada Nicolaus Copernicus University, Torun, Poland.

“Beliau kemudiannya menyertai Quantum Photonics Laboratory at Institute for Quantum Computing, Waterloo di Kanada sebagai felo doktor dan sekarang berkhidmat sebagai pembantu professor di National Laboratory of Atomic, Molecular and Optical Physics, Torun, Poland.

“Bidang utama penyelidikan beliau adalah berfokuskan kuantum komunikasi jarak jauh dan lelaran multiphoton terikat,” katanya ketika membacakan teks ucapan Pemangku Naib Canselor UniMAP pada Majlis Syarahan Profesor Antarabangsa yang diadakan di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP).

Prof. Hamid juga yakin hubungan baik UniMAP bersama Kedutaan Poland di Malaysia akan memberikan kelebihan kepada UniMAP untuk menerima lebih ramai pakar-pakar daripada Poland untuk datang ke UniMAP.

Kangar,7 Mac – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Teknikal Mara Sdn Bhd (UniKL) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada 26 Februari, baru-baru ini.

Majlis berkenaan diadakan di Bangunan Canselori, UniKL di Kuala Lumpur bagi merealisasikan perbincangan awal sejak tahun lalu menerusi penyeliaan bersama dan bidang penyelidikan serta menunjukkan komitmen antara UniMAP dan UniKL sekaligus merapatkan hubungan kerjasama yang sedia terjalin di antara universiti awam dengan universiti swasta.

Dokumen MoU itu ditandatangani oleh Pemangku Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal dan Presiden UniKL, Dato’ Prof Dr Mazliham Mohd Su’ud dengan disaksikan oleh, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan UniMAP Dr. Khairel Rafezi Ahmad, Professor di Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan UniMAP Prof. Dr. Mohd Noor Ahmad, Timbalan Presiden Akademik dan Teknologi, UniKL, Prof. Dato' Dr. Azanam Shah Hashim, Dekan British Malaysia Institute (BMI), UniKL Prof.Madya Dr. Mohd Izhar Abu Bakar, dan Pensyarah Kanan, BMI, UniKL Dr. Mohd Azraie Mohd Azmi.

Dato’ Zul Azhar berkata, memorandum persefahaman itu dicapai bagi memantapkan agenda Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) berdasarkan pengalaman serta kepakaran yang dimiliki UniMAP serta UniKL.

“Kerjasama dalam bidang penyelidikan juga dapat dilaksanakan melalui kajian dalam bidang ‘nanobiosensor’ berasaskan Graphene Oksida untuk mengesan penyakit kanser di peringkat awal.

“Selain itu, kerjasama juga melibatkan permohonan geran bersama daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia seperti ‘Long-term Research Grant Scheme (LRGS)’, ‘Fundamental Research Grant Scheme’ (FRGS), ‘Transdisciplinary Research Grant Scheme (TRGS), dan ‘Collaborative Research in Engineering Science and Technology (CREST)’ yang melibatkan kerjasama antara universiti dan syarikat.,” katanya dalam sebuah kenyataan di sini.

Terdahulu melalui Centre of Excellence for Advanced Sensor technology (CEASTech), UniMAP bersama Spanish Malaysian Institute, Kulim, Kedah telah melaksanakan kerjasama penyelidikan dan pembangunan bahan nano bagi fabrikasi penderia seperti ‘Graphen’ dan bahan filem nipis ‘Thin Film Material’ yang baru.

Kolaborasi itu juga bagi mendapatkan geran atas kerjasama dengan institusi luar negara, seperti geran Newton-Ungku Omar dan British Council. Melalui penyelidikan ini juga, kedua-dua pihak akan memulakan ‘start-up company’.

 

Pauh Putra, 7 Mac: Sebanyak empat  kertas kerja dibentangkan pada Kolokium Media Baharu dan Masyarakat anjuran bersama Majlis Profesor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pembentangan pertama dimulakan Ketua Bahagian Pengawasan Digital SKMM, Harme Mohamed yang bertajuk “New Media: Issues, Challenges and Impact to Society”.

Manakala bagi pembentangan kedua pula adalah daripada Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Dr. R. Badlishah Ahmad yang bertajuk “Advancement of Information Technologies Through New Media”.

Dua lagi perbentangan adalah dari Ketua Bahagian Komunikasi Digital dan Koordinasi Program SKMM, Nor Akmar Shah Minan dengan tajuk “Smart Sustainable Community Towards a Smart Digital Nation” dan Ketua Jabatan Perancangan Spektrum-Perkhidmatan Bergerak SKMM, Syed Khairulazrin Syed Khairuldin bertajuk “The Future Of Mobile Broadband Enabling A Smart Digital Nation”

Terdahulu, turut diadakan sesi perbincangan yang bertajuk “Academic and Regulatory Aspiration on the New Media and Society in Malaysia” yang disertai tiga ahli panel iaitu Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian, Penguatkuasaan dan Advokasi, SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin, Penolong Naib Canselor Komunikasi Korporat UniMAP, Datin Prof. Dr. Zuraidah Mohd Zin dan Dekan Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan TeknoKomunikasi (IKOM) UniMAP, Prof. Madya Dr. Huzili Husin.

Kolokium selama sehari itu diadakan di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UniMAP.Ia bertujuan untuk berkongsi ilmu dan melahirkan golongan pemikir dari kalangan profesor di bahagian utara Malaysia.

Majlis Perasmian disempurnakan  Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP, Prof. Dr. Abdul Hamid Adom. Turut hadir, Pengerusi Majlis Profesor UniMAP, Prof. Dato’ Ali Yeon Md. Shakaff.

7 Mac  – Pensyarah wanita dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan (PPKKP)  Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melakar kejayaan membanggakan apabila dinobatkan juara keseluruhan di Istanbul International Inventions Fair (ISIF) 2016 yang berakhir semalam.

Latifah Munirah Kamarudin Munirah dipilih pemenang Grand Prix Award iaitu anugerah tertinggi ISIF 2016 melalui inovasinya Unisense: Internet of Thing for Multi Sensing yang merupakan sistem pemantauan alam sekitar berasaskan awan.

Ujar beliau yang turut meraih pingat emas pada Malaysia Technology Expo (MTE) di Kuala Lumpur bulan lalu, menerusi hasil inovasi tersebut, keadaan alam sekitar seperti kualiti udara dan air di ambil menggunakan penderia setiap 15 minit dan di hantar ke pangkalan data untuk pemantauan dan analisis.

Jelasnya, inovasi tersebut boleh digunakan untuk mengukur indeks pencemaran udara, taburan hujan serta paras air di sungai-sungai utama dan sangat berguna bagi memantau keadaan cuaca termasuk memperoleh maklumat awal sekiranya berlaku bencana.

“Kejayaan ini sememangnya amat bermakna buat saya dan pasukan penyelidik lainnya memandangkan proses perjurian yang agak ketat dengan hanya 32 pingat emas ditawarkan menerusi 500 penyertaan yang diterima, justeru dipilih sebagai yang terbaik dalam ISIF 2016 ini merupakan pencapaian terbaik saya,” ujar beliau.

Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Menteri Sains, Industri danTeknologi Turki, Fikri Isik. ISIF 2016 merupakan pameran inovasi dan rekacipta yang pertama kali diadakan di Turki anjuran Kementerian Sains, Industri danTeknologi bersama Institut Paten Turki, Anatolia Inventions Inventors Association (ABDER) dan International Federation Inventors’ Associations (IFIA).

Pameran yang berlangsung mulai 3 Mac di Pusat Kongress Istanbul, Turki itu disertai oleh 25 buah negara antaranya, Turki, Bosnia, Korea, China, Jerman, Poland, Romania, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Iraq, Iran, Portugal, Iceland, India, Brazil dan Malaysia.

Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, kejayaan Dr. Latifah Munirah membuktikan penyelidik wanita juga mampu menghasilkan inovasi yang bukan sahaja berupaya memenangi pingat tetapi memberi manfaat kepada masyarakat.

“Kemenangan ini satu isyarat bahawa UniMAP tidak ketandusan penyelidik-penyelidik wanita berwibawa yang boleh mengharumankan nama negara dan UniMAP khasnya sekaligus menjadi penyuntik semangat untuk penyelidik wanita lainnya untuk terus berusaha menghasilkan inovasi yang berkualiti,” ujar beliau.

Selain Dr. Latifah Munirah, UniMAP turut meraih satu lagi pingat emas melalui felo di Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech), Shamala Ramasamy melalui penyelidikannya Pro Eco-Paint yang merupakan hasil penyeliaan mantan Naib Canselor UniMAP Datuk Prof. Emeritus Dr.KamarudinHussin.

Penyelidik UniMAP juga menyumbang satu pingat perak melalui Dr.Rozyanty Rahman (CEGeoGTech) dan empat pingat gangsa menerusi Dr.Muzamir Isa (PPK Sistem Elektrik), Dr. Sharifah Shahnaz Syed Bakar (PPK Bahan), Baharuddin Ismail (PPK Sistem Elektrik) dan Nurul Razliana Abdul Razak (Fakulti Teknologi Kejuruteran).

Selain UniMAP deligasi penyelidik Malaysia di bawah Persatuan Penyelidikan dan Inovasi Malaysia (MyRIS) turut disertai oleh beberapa buah sekolah seperti Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, SMS Hulu Selangor, SMS Muar, Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi (SBPI) Rawang, Kolej Tunku Kurshiah, Sekolah Seri Puteri dan Sekolah Menengah St. Michael Penampang Sabah. Malaysia menduduki tangga kedua keseluruhan dengan pungutan tiga pingat emas, satu pingat perak dan 13 gangsa di belakang Turki.

 

Pauh Putra, 3 Mac – Pasukan penyelidik Bioelektromagnetik dari Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Komputer dan Perhubungan dan PPK Sistem Elektrik menganjurkan seminar bagi mendapatkan penilaian di atas kejayaan projek kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Seminar bertajuk Overview of The Impact of Electromagnetic Fields on Human Health- An Update About The Effects of Extremely Low Frequency Magnetic Fields (ELF-MFs) On Nervous System diadakan di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP)di sini, hari ini.

Pakar antarabangsa, Dr Claudia Consales iaitu saintis kanan di Agensi Kebangsaan Itali telah dijemput bagi menyampaikan ceramah beliau terhadap dua projek kerjasama di antara UniMAP dan SKMM berkenaan iaitu Effects of Short Term LTE (850, 1800,2600 Mhz) Base Station Signal Exposure On Cognitive Performance, Well Being, Physiological Parameters and Electroencephalography (EEG) of The Malaysian Children dan A Study On The Biological Effects of LTE (850,1800,3600 Mhz) EMF Exposures.

Pemangku Naib Canselor Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata, penyelidikan berkenaan adalah bagi mengatasi kebimbangan masyarakat tentang kesan pendedahan kepada sinaran elektromagnet yang dikatakan boleh menjejaskan kesihatan kesejahteraan masyarakat.

“Ini telah terbukti apabila kajian ini telah mendapati bahawa gelombang elektromagnet tidak berupaya membawa risiko kesan kesihatan kepada masyarakat sekitar, termasuklah golongan warga tua dan kanak-kanak,” kata beliau.

Beliau turut melahirkan rasa bangga di atas kejayaan penyelidikan pasukan UniMAP itu kerana ia sekaligus memberi impak sosio-ekonomi yang besar dalam bidang penyelidikan.

Katanya, hasil kerjasama dengan kerajaan membuktikan universiti adalah hab sumber penting bagi mendapatkan pemikiran inovatif, pengetahuan baru serta pakar yang berupaya menarik pelabur antarabangsa.

“Justeru, UniMAP akan sedaya upaya untuk terus memanfaatkan kepercayaan kerajaan menerusi kontrak dan geran penyelidikan agar dapat meningkatkan reputasi negara samada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa,” kata beliau .

Hadir sama ke seminar berkenaan ialah Pengarah Kanan, Ketua BahagianTeknologi dan Masyarakat, SKMM Tuan Aisharuddin Nuruddin dan Dekan PPK Komputer dan Perhubungan UniMAP Prof Dr R. Badlishah Ahmad.

Terdahulu, kajian selama setahun yang dijalankan sekumpulan penyelidik UniMAP diketuai Dr Mohd Fareq Abdul Malek mendapati tiada hubung kait antara pendedahan jangka panjang kepada sinaran elektromagnet dengan kesihatan dan kesejahteraan manusia.

KANGAR, 2 Mac (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menggesa universiti awam dan institusi pengajian tinggi menganjurkan aktiviti seni secara berkala dengan tumpuan kepada seni dan budaya pelbagai kaum.

Baginda bertitah agensi atau persatuan seni juga harus merancang aktiviti seni dan budaya di setiap kawasan melalui penganjuran seminar atau wacana.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah muzik, teater, seni lukis, tarian, koreografi, penulisan kreatif, dan kraf merupakan manifestasi tamadun kehidupan masyarakat sesebuah negara yang menjadi asas kepada pelengkap kehidupan berkualiti.

"Peranan seni budaya berkualiti telah diterima sebagai penyumbang kewujudan masyarakat dan bangsa berkualiti," titah baginda pada majlis penutupan Pertandingan Tarian Tradisional Di Bawah Pemerintahan Diraja di Dewan Kapitol Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini, Rabu.

Baginda bertitah kegiatan seni budaya harus dipergiatkan dengan mewujudkan sistem pendidikan formal khusus untuk aktiviti seni budaya di peringkat sekolah lagi.

"Jika ia tidak dipelajari secara formal dan ilmiah, ia akan terus kekal sebagai satu aktiviti yang hanya diselitkan dalam majlis-majlis kebudayaan sahaja," titah baginda.

Baginda bertitah masyarakat juga mesti membuang stigma negatif terhadap pengamal dan kerjaya berkaitan kesenian dan kebudayaan.

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berangkat ke majlis itu.

Turut hadir Pemangku Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal dan Penasihat Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Prof Emeritus Dr kamarudin Hussin.


-- BERNAMA

 

Kangar,1 Mac – Bertemakan Melestarikan Tarian Tradisional Perlis, Pusat Kajian Istitusi Raja Malaysia (PKIRM) bersama Unit Kebudayaan dan Rekreasi (UKR) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menganjurkan Pertandingan Tarian Tradisional di Bawah Pemerintahan Diraja Perlis, di sini, hari ini.

Selain pertandingan tarian, turut diadakan bengkel tarian tradisional yang dihadiri lebih 200 murid-murid, pelajar sekolah serta mahasiswa UniMAP sebagai salah satu medium bagi mengekalkan kewujudan salah satu cabang budaya itu.

Pemangku Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata walaupun UniMAP merupakan sebuah universiti kejuruteraan namun tidak menghalang universiti itu menjalankan usaha bagi memelihara budaya warisan nenek moyang.

Katanya, menerusi pertandingan ini kita dapat memupuk rasa cinta dan minat yang berterusan kepada generasi muda kini terhadap warisan budaya seterusnya menjadi khazanah yang tidak akan lupus dek zaman.

“Malah, menerusi pertandingan ini sedikit sebanyak berupaya mendidik generasi muda daripada mudah terpengaruh dengan budaya Barat seperti tarian ravers yang kini menjadi isu hangat masyarakat kita hari ini, “ katanya ketika berucap merasmikan pertandingan tarian tradisional itu di Dewan Kapitol UniMAP, di sini.

Hadir sama, Timbalan Yang Dipertua Persatuan Melayu Negeri Perlis (PEMANIS), Tuan Rejab Ismail, Pengarah PKIRM, Datin Paduka Datuk Prof Dr Ramlah Adam dan Pengarah UKR, Izwan Izhar Haris.

Sementara itu, Rejab Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena Rejab F.I turut menyampaikan ucaptama di majlis perasmian itu.

Katanya, beliau melahirkan ucapan tahniah di atas usaha UniMAP mengadakan pertandingan itu bagi memartabatkan kesenian dan budaya bangsa kita.

“Sebuah institusi kejuruteraan memberi perhatian serius terhadap kesenian bangsa sekaligus dapat membedung anak-anak bangsa kita mengenali dan menghayati kesenian bangsa ini, “ katanya.

Selain pertandingan dan bengkel tarian, turut diadakan Pertandingan Kebaya Tradisional iaitu pakaian tradisional Perlis yang merupakan pakaian harian nenek moyang di negeri ini pada masa dahulu.

KANGAR, 31 Mac — Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sememangnya dikenali dengan gelaran juara perpaduan, ia disebabkan keharmonian pelbagai kaum yang sudah terjalin sejak 13 tahun penubuhannya.

Atas kesedaran itu,  Pejabat Penolong Naib Canselor (Komunikasi Korporat), dengan kerjasama Pusat Islam, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan UniMAP Green Crew menganjurkan Forum Keharmonian Antara Agama bertempat di  di Dewan Kapitol UniMAP, di sini.

Penolong Naib Canselor Komunikasi Korporat UniMAP, Datin Prof. Dr. Zuraidah Mohd Zain berkata, forum yang merupakan anjuran kali ke tiga  itu  diadakan sejajar dengan hasrat D.Y.T.M Tuanku Canselor, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang inginkan UniMAP yang merupakan Juara Perpaduan menyokong dan meraikan Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia.

“Saya percaya dengan penganjuran forum ini, akan dapat menimbulkan kesedaran di kalangan warga UniMAP sekaligus dapat meletakkan perpaduan sebagai elemen penting dalam kehidupan agar ianya sentiasa dijaga dan dihormati supaya tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.

“Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri lebih dari 200 kumpulan etnik yang menganut pelbagai aliran agama dan program ini merupakan salah satu cara kita memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya warga UniMAP tentang betapa pentingnya menjaga sensitiviti kaum atau agama untuk kita terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni, “katanya ketika merasmikan forum tersebut, semalam.

Forum Keharmonian Antara Agama disertai empat ahli panel yang mewakili empat agama utama di Malaysia iaitu, Datuk Syed Omar Syed Mohammad Al Saggaff yang mewakili agama Islam, Prof. Dr. Bhuvenesh Rajamony (Hindu), Dr. Lo Gin Yong (Buddha) dan Dr. Ragunathan A/L Santiagoo (Kristian).

Program selama sehari itu berjaya menarik minat lebih 400 peserta yang terdiri dari kalangan staf dan pelajar UniMAP.

Pauh Putra, 28 Mac - Panas terik tidak menghalang 600 peserta terus beraksi di Kejohanan Jamboree Basikal Bukit Terbuka UniMAP Nature Ride 2015.

Kejohanan anjuran Persatuan Alumni Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Kelab HOW-MTB itu dilancarkan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Datuk Zul Azhar Zahid Jamal pada jam 7.45 pagi, hari ini.

Pengarah Kejohanan,Dr Luqman Musa berkata rata-rata peserta mendakwa trek basikal bukit UniMAP sangat bagus namun keadaan muka bumi yang kering dan cuaca panas memberi cabaran yang agak tinggi kepada mereka.

Katanya, walaupun keadaan yang berdebu peserta tetap meneruskan aksi dan bersaing sehingga ke garisan penamat.

"Ini dibuktikan pasangan adik beradik Seh Hong Cheng dan Seh Hock Seng yang berjaya menghabiskan saingan dan menjadi juara bagi kategori Veteran manakala bagi kategori Lelaki Terbuka dijuarai oleh pasukan Cyclomotion.

Menurut Luqman, bagi kategori Wanita Terbuka serta Junior didominasi pasukan dari Giant SBS manakala kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT) diraih peserta dari Politeknik Syed Sirajudin yang merupakan peserta terawal tiba di garisan penamat.

"Setiap kategori ditawarkan sebanyak 10 hadiah kecuali bagi kategori Lelaki Terbuka yang menawarkan 20 hadiah.

"Selain itu, hadiah cabutan bertuah berupa basikal dan alat ganti basikal tajaan pelbagai agensi dan syarikat bernilai RM20,000 dengan penaja utama GIANT turut ditawarkan,"kata beliau.

Terdahulu kejohanan ini mendapat penyertaan seramai 535 peserta sebelum jumlah itu bertambah kepada 600 peserta pada hari ini apabila ramai peserta terutama peserta individu setempat mendaftar sebelum kejohanan bermula.

Kejohanan ini turut mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan beberapa agensi lain bagi melancarkan sepanjang kejohanan berlangsung.

 

Kangar, 26 Mac – Majlis Penghuni Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani [KKTAG] Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bakal menganjurkan Innovation & Creativity Inter-Collage (ICIC 2015) buat julung kalinya akan diadakan pada April ini dalam usaha untuk melahirkan penyelidik muda atau penghuni yang berfikiran kreatif dan inovatif.

Pengarah Program ICIC  2015, Sdr. Mohd Farhan Aizat bin Mohd Zailani ketika ditemui berkata pameran penyelidikan peringkat kebangsaan bertemakan Kolej Kediaman ini merupakan program julung kali diadakan yang dianjurkan sepenuhnya oleh Majlis Penghuni Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani [KKTAG] dengan kerjasama MyRIS dan akan dilangsungkan di Dewan Terbuka Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani, UniMAP pada 23 hingga 26 April 2015.

“Penganjuran ICIC  akan memberikan pendedahan awal dan menggalakkan penghuni kolej  untuk terlibat dalam bidang penyelidikan dan inovasi seterusnya memperkasakan kebolehan serta penciptaan pelajar dalam bidang sains dan kejuruteraan ke platform yang lebih tinggi.

“ Pada ICIC kali ini tema yang ditetapkan adalah “Inovasi Dalam Kolej Kediaman”, dan saya berharap produk-produk penyelidikan yang dihasilkan nanti dapat dimanfaatkan untuk keperluan penghuni kolej UA/IPTS, “katanya.

Beliau juga yakin melalui  pameran sebegini, ia akan menggalakkan pelajar untuk membuat penyelidikan dan inovasi, selain menggalakkan mereka membina peluang kerjaya sendiri melalui produk yang dikomersialkan dan dipasarkan di pasaran.

Pameran ini terbuka kepada semua pelajar peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda mengikut Pusat-pusat Pangajian di UniMAP serta semua Penghuni asrama Universiti Awam (UA) atau IPTS di Malaysia.

“Saya amat mengalu-alukan penyertaan dari peringkat luar dan tarikh akhir penyertaan adalah pada 19 April 2015. Kepada yang berminat boleh melayari facebook Page: ICIC UniMAP / Blog : http://icicunimap.blogspot.com , email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau boleh terus menghubungi  Mohd Farhan Aizat Mohd Zailani di talian 017-3978635 ATAU Siti Amalin Aishah Bt Sulaiman di talian 013-6698411.

PAUH PUTRA (ARAU), 25 Mac (Bernama) - Sesuai dengan era 'bakat terbuka' kini ia menuntut setiap penjawat awam memiliki kemahiran yang pelbagai, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Menurut baginda dalam mendepani era itu penjawat awam juga mesti sentiasa terbuka untuk mempelajari ilmu baharu bagi menyumbang kepada perkembangan organisasi atau institusi yang disertai.

"Sebagai penjawat awam adalah penting menjadi ejen penyampai maklumat dan ilmu yang mampu membawa perubahan dalam masyarakat dan bukan sekadar bertumpu kepada aspek pentadbiran semata-mata," titah Tuanku Syed Faizuddin.

Baginda bertitah pada majlis Anugerah Seri Gemilang Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 2014 bertema 'Mencarik Adat, Melarik Hasrat' di Dewan Ilmu Kampus Pauh Putra, Selasa malam. Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro-Canselor UniMAP.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man, Speaker Dewan Undangan Negeri, Hamdan Bahari dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Romli Dai dan pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP Datuk Prof Emeritus Ir Dr Zainal Mohamed turut hadir.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor UniMAP menasihatkan warga kerja UniMAP berusaha menerapkan budaya profesionalisme dengan ciri-ciri komitmen tinggi, gigih, bertanggungjawab, bijaksana, kreatif, inovatif, bermotivasi, berdaya saing dan berakauntabiliti.

"Beta berharap dalam melaksanakan tugas hendaklah bertindak sebagai satu pasukan. Setiap orang perlu memberi sumbangan selain bertoleransi, saling menghormati dan berkongsi ilmu serta pengetahuan ke arah mencapai visi yang ditetapkan. Beta yakin jika perkara ini diamalkan, kita mampu mencipta kecemerlangan dan keunggulan. Oleh itu penting bagi kita berhemah dan menunjukkan sikap wibawa seperti jujur, amanah, berakhlak dan bertimbang rasa," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah penjawat awam perlu bersedia mengikuti pembelajaran berterusan untuk memajukan diri demi kepentingan organisasi mereka.

Pada majlis itu, baginda berkenan mengurniakan Anugerah Perdana Seri Gemilang kepada Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin.

Sebanyak 182 orang lagi menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Penghargaan.

Turut diberikan ialah Anugerah Penghargaan Khas UniMAP bagi agensi kepada JBP Asia Pacific Sdn Bhd dan B. Braun Medical Industries Sdn Bhd sebagai penghargaan kerana menyumbang kepada pembangunan UniMAP.

Sebelum itu, Kamarudin dalam ucapannya berkata UniMAP perlu melaksanakan lebih banyak usaha dan tidak boleh selesa dengan kedudukan dan pencapaian yang diraih sepanjang 13 tahun penubuhannya.

"Persaingan dengan universiti-universiti awam lain dan juga swasta sentiasa wujud. Persaingan ini seharusnya melonjakkan semangat kita untuk merebut dan memanfaatkan setap peluang yang ada bagi memacu kegemilangan UniMAP," katanya.

Kangar, 24 Mac 2015 – Dalam usaha membentuk pelajar berdaya saing melangkaui bidang yang dipelajari, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui Majlis Penghuni Kolej Kediaman (MPKK) Tan Sri Aishah Ghani telah melancarkan Karnival Teknokrat Muda (KTM) di sini, semalam.

Pengarah Unit Perumahan dan Penginapan Pelajar (U3P), Dr. Midhat Nabil Ahmad Salimi dalam ucapan perasmiannya berkata, KTM dianjurkan selaras dengan seruan kerajaan untuk membentuk pelajar yang mampu berdaya saing dalam pasaran menjangkaui bidang yang dipelajari terutama dalam bidang perniagaan.

“Kita ingin melahirkan mahasiswa yang lebih proaktif, beridealisme dan kreatif dalam berinteraksi dengan pengunjung luar.

“Malah ini adalah salah satu cara yang dapat menyatu dan merapatkan hubungan antara pelajar walaupun tinggal di kolej kediaman berbeza,” katanya.

Pelbagai aktiviti menarik dirangka sepanjang tujuh hari karnival tersebut berlangsung, antaranya masterchef, T-shirt design, doodle, explorace, pameran inovasi inter-kolej, malam persembahan inovasi serta ekspo keusahawanan Minggu Cari Duit (MCD).

Karnival yang bermula 23 hingga 29 Mac bermula dari jam 9.00 pagi hingga 10.30 malam ini turut diserikan dengan Kawad Formasi, Malam Penghayatan Islam, Pertandingan Gubahan Bunga (Secret Garden), Pertandingan Ukiran Buah dan banyak lagi.

Kata Dr. Nabil lagi, UniMAP yakin melalui program sebegini akan mencabar minda pelajar sekaligus sebagai satu persediaan untuk pelajar menghadapi cabaran globalisasi apabila tamat pengajian nanti. 

 

Pauh Putra, 23 Mac – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universitas Pembangunan Panca Budi (UNPAB) Medan, Indonesia melangkah ke satu lagi fasa kerjasama apabila menandatangani memorandum perjanjian (MoA) bagi mengukuhkan lagi kerjasama akademik dan pendidikan.

Perjanjian tersebut merupakan susulan kerjasama yang terjalin semenjak penghujung 2012 yang mengkhusus kepada penawaran program pengajian pasca siswazah terutama Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan (PPIPT).

Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin berkata, perjanjian tersebut juga adalah selaras dengan hasrat dan misi kerajaan untuk meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa yang menyambung pengajian di Universiti Awam (UA).

Susulan itu, ujar beliau, seramai 15 calon pelajar telah berkunjung dan mengadakan sesi pertemuan bersama pensyarah dan pada masa sama turut mendapatkan maklumat lanjut berkaitan program-program pascasiswazah yang ditawarkan oleh PPIPT.

“Sehingga kini terdapat 16 pensyarah UNPAB ditawarkan tempat bagi mengikuti pengajian pasca siswazah iaitu seorang calon Ijazah Sarjana Sains (Penyelidikan) dan 15 calon PhD.

“Menerusi kerjasama ini, saya berharap UniMAP dan UNPAB bukan sahaja akan berhubung atas gerbang akademik, sebaliknya ia akan turut dikembangkan mencakupi pelbagai aspek dan bidang lainnya,” ujar beliau.

Memorandum berkenaan ditandatangani oleh Datuk Kamarudin mewakili UniMAP manakala UNPAB diwakili oleh rektornya, Dr. H. Muhammad Isa Hindrawan.

MOU UniMAP Pasca Budi

MOU UniMAP Pasca Budi

MOU UniMAP Pasca Budi

Pauh Putra, 21 Mac – Karnival Kerjaya Northern Industrial Career Engagement (NICE) yang dianjurkan bersama Pusat Kerjasama Industri & Industri Kerajaan (CIGC) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) membantu melonjakkan lagi kebolehpasaran graduan Institusi Pengajian Tinggi.

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin dalam ucapannya berkata Karnival Kerjaya ini merupakan salah satu tunjang usaha UniMAP dalam memastikan modal insan yang dihasilkan bukan sahaja mapan dari segi akademik, malah dari segi kesiapsiagaan menempuhi cabaran pasaran kerja abad ke-21.

 

“Ini merupakan platform yang terbaik kepada bakal graduan untuk terus menjalani temuduga terbuka di syarikat-syarikat nasional dan multinasional, pemahaman berkenaan industri yang bakal diceburi, keusahawanan, penampilan diri dan pembangunan sahsiah, kemahiran berkomunikasi dan keberanian berdepan dengan saingan alam pekerjaan.

Matlamat utama NICE adalah untuk “spearhead” kebolehpasaran dan kerjaya (Graduate Employability) para pelajar UniMAP yang akan bergraduat pada tahun ini,” katanya.

Menurut beliau KPI yang ditetapkan oleh kementerian pada 2015 adalah setinggi 80 peratus graduan harus berkerja setelah enam bulan dari tempoh bergraduat.

“Saya optimis dengan kekuatan dan kemampuan CIGC, dan sebab itu saya meletakkan KPI NC UniMAP kepada CIGC adalah 90 peratus mendapat pekerjaan setelah enam bulan bergraduat, dan 60 peratus harus mendapat pekerjaan menjelang konvokesyen pelajar pada September 2015,” katanya.

Lebih 2,500 pengunjung yang terdiri daripada para pelajar UniMAP serta IPT seluruh negeri Perlis telah mengunjungi NICE 2015 yang berlangsung selama dua hari bermula 21 hingga 22 Mac 2015 di Dewan Ilmu, Kampus UniMAP Pauh Putra.

Sebanyak 35 syarikat telah mengambil bahagian pada karnival kerjaya tersebut dengan jumlah kekosongan jawatan adalah 1000.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Chuping , Asmaiza Ahmad yang mewakili Menteri Besar Perlis.

PAUH PUTRA, 19 Mac— Pengalaman memandu go-kart di litar yang menjanjikan cabaran buat kali pertama merupakan sesuatu yang sukar dilupakan bagi 15 peserta “Klinik Gokart” Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), semalam.

Klinik yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 5 petang itu merupakan inisiatif Unit Penyelidikan Teknologi Sukan Permotoran (MoTECH) UniMAP, khusu untuk mengisi masa lapang pelajar-pelajar pada cuti penggal persekolahan.

Selain itu, klinik tersebut juga dianjurkan bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan teknik dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh setiap pemandu go-kart.

Nur Syafiqah Syahirah Mohd Johari, 9,  menyifatkan peluang mengikuti klinik go-kart pada sesi cuti persekolahan kali ini amat mencabar dan memberikan pengalaman baru selain dapat mengisi masa dengan aktiviti yang bermanfaat.

“Pada mulanya, saya berasa sedikit takut untuk memandu  go-kart, namun selepas diberikan peluang untuk cuba memandu, tidak puas rasanya klinik ini diadakan selama sehari saja,” katanya ketika ditemui selepas berakhirnya klinik itu.

Beliau yang juga pelajar tahun tiga Sekolah Kebangsan Tengku Budriah, Arau berhasrat untuk menyertai klinik tersebut pada masa akan datang sekiranya diberikan peluang lagi.

Farhan Iskandar Jiwa Noris, 9, yang juga dari SK Tengku Budriah menganggap penglibatan sehari dalam aktiviti go-kart mendedahkan beliau kepada cabaran dan teknologi go-kart yang dibangunkan oleh UniMAP.

“Melalui klinik ini, saya diberikan penerangan jelas mengenai peraturan dan teknik dalam mengendalikan go-kart terutama aspek keselamatan pemanduan.

“Saya akan datang lagi untuk bermain go-kart di litar ini di masa akan datang dan berhasrat untuk mempelajari dengan lebih mendalam aspek peghasilan go-kart daripada penyelidik-penyelidik UniMAP,” katanya.

Sementara itu, bapa kepada Farhan Iskandar, Jiwa Noris Hamid, 36, berharap agar pihak MoTECH dapat menganjurkan klinik yang membolehkan ibu bapa bersama-sama turut serta sepanjang klinik itu diadakan.

“Ini adalah salah satu cara untuk membolehkan kanak-kanak mengisi masa lapang sepanjang cuti persekolahan untuk melakukan aktiviti yang bermanfaat serta ibu bapa dapat menggunakan masa yang berkualiti bersama anak-anak,” katanya.

Pengarah MoTECH, UniMAP, Dr. Shariman Abu Bakar berkata, pihaknya sentiasa berusaha untuk memupuk minat genarasi muda untuk bergiat aktif dalam sukan permotoran.

“Selain  dari klinik sukan permotoran seperti ini, Litar Go-Kart UniMAP ini juga dibuka kepada orang ramai untuk memandu go-kart dengan bayaran sebanyak RM 30 untuk 10 minit,” katanya.

Untuk keterangan lanjut  mengenai penyewaan go-kart tersebut boleh menghubungi kakitangan MoTECH, Rhafizuan Rusli  di talian 012-4608784/ 04-9885351 dan Norsyahida Sayal
012-4968244/ 04-9885350.

Pulau Langkawi, 18 Mac – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), hari ini melancarkan pesawat tanpa pemandu (UAV) KAMA-2X sekaligus berjaya menjual 10 unit pesawat tersebut kepada Aerial Imaging Sdn. Bhd. (AISB) bernilai RM500,000.

Berangkat menyaksikan majlis menandatangani perjanjian penjualan dan pelancaran pesawat tersebut ialah Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil di Dewan A, Zon Industri, Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini.

Pada majlis tersebut, UniMAP diwakili oleh Naib Canselornya, Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin manakala AISB diwakili oleh Pengurus Kewangannya Tuan Ikhsan Teh.

Pesawat KAMA-2X yang dinamakan bersempena nama Naib Canselor UniMAP itu djual pada harga RM50,000 setiap unit setelah melalui proses penyelidikan selama tujuh tahun oleh para penyelidik Pusat Kecemerlangan Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (CEOUAS) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Hazry Desa.

Menurut Dr. Hazry, penyelidikan pesawat berkenaan yang dijalankan dengan kerjasama syarikat Drei Sohne Technology Sdn. Bhd. (DST) pada asalnya digunakan untuk meracun serangga bagi tanaman padi di Perlis.

“Selepas melalui beberapa fasa penyelidikan, pesawat ini ditambah nilai bagi menawarkan perkhidmatan yang lebih menyeluruh termasuk digunakan bagi merakam imej banjir di Kelantan baru-baru ini sebelum datanya diproses di dalam perkakasan komputer bagi menghasilkan lakaran imej tiga dimensi (3D).

“Terbaru menerusi perjanjian pembelian dengan AISB ini, UniMAP akan dilengkapi kamera infra merah bagi menentukan tahap kematangan pokok kelapa sawit seterusnya mengira tempoh masa berbuah selain boleh digunakan bagi mengira bilangan pokok kelapa sawit dalam sesebuah ladang untuk mengetahui jangkaan pengeluaran,” ujar beliau.

Menurut Dr. Hazry lagi, pihaknya menjangkakan 10 unit KAMA-2X akan dapat dihasilkan dalam tempoh enam bulan lagi untuk kegunaan AISB.

Majlis tersebut diadakan selari dengan pengajuran The World of UAV International Conference’ (WoUCON 2015) bersempena penganjuran Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA’15).

Persidangan WoUCON yang berlangsung selama dua hari mulai 17 Mac itu menghimpunkan hampir 100 peserta yang antara lainnya, bertujuan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman oleh negara-negara peserta mengenai teknologi UAS.

Persidangan yang bertemakan Unmanned Aerial Systems : Technologies, Missions and Challenges” itu turut menghimpunkan beberapa pembentang termasuk Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Datuk Azharuddin Abdul Rahman yang akan membentangkan mengenai Kaedah dan Peraturan UAV di Malaysia.

Kangar, 16 Mac – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menganjurkan The World of UAV International Conference’ (WoUCON 2015) bersempena dengan penganjuran Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA’15) yang akan memberi fokus kepada teknologi Sistem Udara Tanpa Pemandu (UAS).

Persidangan WoUCON yang berlangsung selama dua hari mulai 17 Mac itu bakal menghimpunkan hampir 100 peserta  yang antara lainnya, bertujuan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman oleh negara-negara peserta mengenai teknologi UAS serta penyelidikan terkini yang dijalankan oleh penyelidik Pusat Kecemerlangan UAV UniMAP yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Hazry Desa.

Matlamat utama persidangan ini adalah untuk menggalakkan penyelidikan dan aktiviti pembangunan dalam sistem udara tanpa pemandu dan aplikasinya selain turut bertujuan  untuk menggalakkan pertukaran maklumat saintifik antara penyelidik, pemaju, usahawan, jurutera, pelajar dan pengamal bekerja dalam dan di seluruh dunia.

Persidangan yang bertemakan Unmanned Aerial Systems : Technologies, Missions and Challenges” itu turut menghimpunkan beberapa pembentang termasuk Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Datuk Azharuddin Abdul Rahman yang akan membentangkan mengenai Kaedah dan Peraturan UAV di Malaysia.

Selain itu, Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin akan turut berkongsi pengalaman mengenai Operasi UAV untuk Penyelidikan dan Pembangunan berdasarkan  Kajian Kes Bencana Banjir di Tumpat.

Dalam pembentangan tersebut, Datuk Kamarudin akan mengetengahkan hasil kajian dan penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik UniMAP dalam memantau paras air sungai menggunakan teknologi UAV.

Selain itu, satu majlis menandatangani Surat Hasrat (LOI) antara UniMAP dan Aerial Imaging Sdn. Bhd. pada 18 Mac ini. Majlis perasmian penutup akan disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP.

http://www.worldofuav.com

Kangar, 13 Mac –  Seramai lebih 11,000 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerima baucar buku 1 Malaysia (BB1M) dengan nilai keseluruhan berjumlah RM 2,862,500.

Edaran baucar berkenaan dimulakan oleh barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP apabila Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin menyampaikan replika baucar itu sebagai gimik pelancaran bermulanya edaran  kepada Yang Dipertua MPP, Farizah Abdul Rahman ketika Perjumpaan Mingguan Naib Canselor di Kubang Gajah, di sini, hari ini.

Farizah berkata, BB1M ini sangat memberi manfaat kepada mereka sebagai pelajar kerana bebanan pelajar terhadap kos sara hidup yang meningkat dapat dikurangkan apabila mampu mendapatkan buku yang diperlukan menerusi baucar ini.

“Bukan itu sahaja, menerusi baucar ini juga dapat meningkatkan minat kami terhadap bahan bacaan dan menjadi satu perkara wajib untuk membeli buku dengan memanfaatkan baucar ini.

“Saya dan rakan-rakan berharap pada masa akan datang BB1M ini akan diteruskan selain jumlahnya dapat ditingkatkan kerana buku-buku rujukan terutama berkaitan kejuruteraan juga agak mahal pada masa kini,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyidin Yassin menerusi perutusan beliau mengenai BB1M melahhirkan rasa syukur kerana Program BB1M dapat diteruskan untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian bahan-bahan bacaan berbentuk akedemik kepada 1.3 juta pelajar pra-universiti dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Katanya, perlaksanaan program ini akan memberi manfaat kepada pelajar yang sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa serta separa masa di IPT di negara ini dengan RM250 setiap seorang dan mula diagihkan secara berperingkat ke IPT bermula pertengahan Januari 2015 dan pengedaran kepada pelajar pada 2 Mac.

UniMAP menerima sebanyak 57,250 keping baucar dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membabitkan 11,450 pelajarnya dan mula diedarkan kepada semua pelajar secara berperingkat mulai minggu hadapan mengikut pusat pengajian.

Kangar, 12 Mac – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bakal menganjurkan International Engineering Invention & Innovation Exhibition (i-ENVEX 2015) buat kali ke-enam pada April ini dalam usaha melahirkan penyelidik muda yang berfikiran kreatif dan inovatif.

Pengarah Program i-ENVEX 2015, Dr Mukhzeer Mohamad Shahimin ketika ditemui berkata pameran penyelidikan peringkat antarabangsa ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh UniMAP dan akan dilangsungkan di Dewan Ilmu Pauh Putra, UniMAP pada 17 hingga 19 April 2015.

“Penganjuran i-ENVEX akan memberikan pendedahan awal dan menggalakkan mahasiswa untuk terlibat dalam bidang penyelidikan dan inovasi seterusnya memperkasakan kebolehan serta penciptaan pelajar dalam bidang sains dan kejuruteraan ke platform yang lebih tinggi.

“ Pada i-ENVEX kali ini tema yang ditetapkan adalah “Kejuruteraan untuk Masyarakat”, dan saya berharap produk-produk penyelidikan yang dihasilkan nanti dapat dimanfaatkan untuk keperluan masyarakat di Malaysia, “katanya.

Beliau juga yakin melalui  pameran sebegini, ia akan menggalakkan pelajar untuk membuat penyelidikan dan inovasi, selain menggalakkan mereka membina peluang kerjaya sendiri melalui produk yang dikomersialkan dan dipasarkan di pasaran.

Pameran ini terbuka kepada semua pelajar peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda mengikut Pusat-pusat Pangajian di UniMAP serta semua mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam Malaysia dan pelajar IPT antarabangsa dari seluruh dunia.

Menurut Dr. Mukhzeer penyertaan juga terbuka kepada semua pelajar di Sekolah Rendah atau Menengah di Malaysia dan Antarabangsa.

“Saya amat mengalu-alukan penyertaan dari peringkat luar dan tarikh akhir penyertaan adalah pada 30 Mac 2015. Kepada yang berminat boleh melayari website i-ENVEX 2015: envex.unimap.edu.my atau boleh terus menghubungi  Dr Mohd Mustaffa Al-Bakri Abdullah di talian 012-5055020 ATAU Aizatul Akma Wani Ariffin di talian 017-4664622.

Kangar, 10 Mac – Dalam usaha memartabatkan program pengajian Diploma yang ditawarkan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), universiti berkenaan bakal mengadakan majlis konvokesyen secara berasingan daripada sebelum ini.

Majlis Konvokesyen yang dijadual berlangsung pada Julai ini adalah salah satu langkah transformasi universiti bagi memberi ruang dan keistimewaan kepada pelajar diploma UniMAP.

Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin berkata selain itu UniMAP turut merancang bagi menaiktaraf Unit Penyelarasan Diploma (UPD) di universiti ini sebagai Pusat Tanggungjawab (PTj).

“Penaikan taraf ini adalah untuk menyokong pelaksanaan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) oleh kerajaan dan bakal dilaksanakan mulai Jun ini dengan menggunakan dan memanfaatkan fasiliti dan kemudahan yang terdapat di Fakulti Teknologi Kejuruteraan.

“Pendedahan ini sekaligus meningkatkan penglibatan pelajar dalam aspek penyelidikan dan inovasi serta pada masa yang sama semua pelajar UPD ini dapat membudayakan aspek pembangunan dan penyelidikan (R&D),” kata beliau ketika berucap di Majlis Perasmian Program Finishing School 2015 di sini, hari ini.

Datuk Kamarudin berkata, selain menaiktaraf UPD, Pusat Kejuruteraan (Engineering Centre) UniMAP juga bakal dijadikan sebagai Pusat Perniagaan dan Pusat Kecemerlangan (CoE) yang akan mengetuai operasi tujuh CoE lain yang terdapat di UniMAP.

Katanya, kesemua CoE itu ialah Pusat Kecemerlangan Teknologi Hijau dan Geopolimer (CEGoeGTech), Pusat Kecemerlangan ‘Advanced Sensor Technology’ (CEASTech), Pusat Kecemerlangan ‘Renewble Energy’ (CERE), Pusat Kecemerlangan ‘Advanced Communication Engineering Centre’ (ACE), Pusat Kecemerlangan ‘Advance Multi –Disclipnary MEMS-Based Integrated Electronic NCER (AMBIENCE), Pusat Kecemerlangan ‘Unmanned Aerial Systems (UAS) dan Pusat Kecemerlangan Industri (Kluster Penjagaan Kesihatan).

“Melalui penstrukturan semula ini akan memudahkan urusan pemantauan dan penetapan strategi CoE dalam memacu hala tuju dan keterlihatan UniMAP di dalam dan luar negara,” jelasnya.

Program Finishing School anjuran bersama Pusat Kerjasama Industri dan Agensi Kerajaan (CIGC) dan juga Unit Penyelarasan Program Diploma UniMAP secara asasnya adalah untuk membantu pelajar memahami konsep dan membuat persediaan dalam menghadiri temuduga serta membantu memberikan gambaran tentang dunia pekerjaan serta keperluan asas yang sebenar ketika pelajar melangkah ke alam pekerjaan.

Seramai 368 pelajar tahun akhir Diploma UniMAP yang baru tamat menjalani Latihan Industri di beberapa syarikat serta industri pelbagai sektor diraikan dalam majlis tersebut.

Sungai Chuchuh, 6 Mac – Program 1st Creativity & Innovation Competition (CIC 2015) anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) merupakan antara program yang dianjurkan untuk membantu mencungkil kreativiti pelajar sekolah terutamanya dalam aspek robotik.

Program sehari di Fakulti Teknologi Kejuruteraan anjuran Institut Kajian Strategik , Kepimpinan dan Komuniti (IKSK) itu adalah untuk melihat kreativiti para pelajar melalui hasil penciptaan inovasi.

Timbalan Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal ketika membacakan teks ucapan Naib Canselor berkata penganjuran program sebegini akan membantu meningkatkan kreativiti pelajar sekolah dalam bidang robotik serta membantu menangani cabaran membina sistem mekanikal dan pengaturcaraan komputer.

“program yang julung kali dianjurkan ini melibatkan penyertaan sekolah-sekolah kluster dan sekolah angkat UniMAP dari negeri Perlis, Kedah dan Terengganu.

Pada kali ini kita menerima 30 produk penyertaan dari 15 buah sekolah dan saya berharap ini secara tidak langsung dapat memberikan pendedahan yang terbaik kepada pelajar tentang teknologi robotik yang semakin berkembang dari segi penggunaannya,”kata Prof. Dr Zul Azhar.

Menurut beliau lagi UniMAP berhasrat untuk menarik minat lebih ramai pelajar terhadap dunia robotik yang semakin mendapat tempat dalam industri yang ada di dalam Negara mahupun luar.

“Saya percaya ini merupakan sebahagian dari tanggungjawab sosial universiti (USR) untuk memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya dan pada masa yang sama, UniMAP senantiasa berpegang pada satu konsep iaitu apa yang dimiliki sewajarnya dikembalikan kepada masyarakat.

UniMAP juga berazam untuk menggerakkan penyelidik-penyelidik muda ini dari peringkat sekolah lagi supaya mendapat pendedahan yang lebih meluas sehingga ke peringkat antarabangsa,”katanya. 

Antara sekolah yang terlibat adalah Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Kangar, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, Sekolah Kebangsaan Sena Perlis, , Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam, Kedah, Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim, Sekolah Rendah Kebangsaan Putera Kangar, Sekolah Menengah Kebangsaan Imtias, Besut, K. Terengganu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau, Perlis

Pada program tersebut, sebanyak 11 produk berjaya meraih pingat gangsa, 7 produk meraih pingat perak dan 12 produk berjaya meraih pingat emas.

Tiga daripada keseluruhan produk berjaya mendapat anugerah Ciptaan Terbaik CIC 2015 iaitu produk Valve Release Pump hasil ciptaan dari para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Imtiaz.

Selain itu produk yang turut menerima anugerah ciptaan terbaik adalah produk Master Cut dari Sekolah Kebangsaan Sena dan produk dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim menerusi ciptaan Hydro Earth.

Ketiga-tiga pemenang ini akan dibawa untuk menyertai pameran penyelidikan ke peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Kangar, 4 Mac – Dua buah sekolah di Perlis telah secara rasminya menjadi “chapter” Persatuan Penyelidikan dan Inovasi Malaysia (MyRIS) yang ditubuhkan khusus untuk memberi fokus kepada pembudayaan inovasi dan penyelidikan di kalangan pelajar sekolah.

Penglibatan kedua-dua sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SMTSP) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sena dalam MyRIS bakal memberikan manfaat yang besar termasuk bimbingan dan khidmat nasihat serta skim latihan.

Pengerusi MyRIS, Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, persatuan tersebut yang ditubuhkan tahun lalu pada dasarnya memberi fokus kepada usaha-usaha mempromosikan Sains dan Inovasi di kalangan para pelajar.

Beliau yang juga Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berkata, buat permulaan, sekumpulan penyelidik dan ahli akademik UniMAP telah diberikan tanggungjawab untuk mengemudi MyRIS yang kini telah mencatatkan keahlian individu berjumlah hamper 100 orang.

Ujar beliau, konsep yang diketengahkan oleh MyRIS adalah berbeza dengan fokus diberikan kepada pembelajaran melalui aktiviti dan penglibatan langsung pelajar dan kemudiannya dihubungkaitkan dengan kurikulum akademik itu sendiri.

“Sekolah-sekolah yang menjadi ahli MyRIS juga berpeluang menyertai pelbagai pertandingan inovasi, rekacipta dan penyelidikan di peringkat tempatan dan antarabangsa sekali gus turut didedahkan dengan pengalaman di sektor industri,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan dua “Chapter MyRIS” di Perlis pada Mesyuarat Agung Tahunan MyRIS yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia di sini.

Selain SMTSP dan SK Sena, SK Sultan Idris II, Kuala Kangsar Perak juga telah mendaftar sebagai “chapter” MyRIS.

Menurut Datuk Kamarudin, MyRIS turut menetapkan sasaran untuk menawarkan biasiswa kepada para pelajar yang cemerlang melalui kerjasama strategik dengan sektor industri dalam tempoh dua tahun lagi.

Jelas beliau, melalui inisiatif dan usaha yang diambil oleh MyRIS ini, diharap dapat membantu meningkatkan peratusan pelajar yang mengambil mata pelajaran sains di peringkat sekolah seterusnya ke peringkat pengajian tinggi.

“MyRIS akan memainkan peranan utama untuk mengubah stigma dan persepsi negatif pelajar yang beranggapan bahawa mata pelajaran sains dan matematik adalah sukar untuk lulus dengan cemerlang dan boleh menjejas peluang melanjutkan pengajian di universiti. 

Pauh Putra, 2 Mac –  Seramai 48 Dekan dan Ketua Jabatan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) baru-baru ini telah menerima watikah perlantikan sebagai ketua jabatan universiti itu.

Kebanyakan yang dilantik adalah dari kalangan muka lama, namun terdapat beberapa orang muka baru yang diberikan kepercayaan untuk sama-sama menerajui Pusat Pengajian Kejuruteraan dan Jabatan di UniMAP.

Mereka yang baru dilantik adalah Dr. Nasrul Hamidin sebagai Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar menggantikan Prof. Madya Dr Khairul Nizar Ismail.

Selain itu, Profesor Madya Dr. Mohd Mustafa Albakri Abdullah telah dilantik sebagai Dekan Unit Penyelarasan Program Diploma, Dr. Mohd Hafiz Fazalul Rahiman sebagai Pengarah Unit Reputasi , Dr. Ragunathan AL Santiagoo dan Encik Wong Yee Shian sebagai  Pengetua Kolej-kolej Kediaman.

Sementara itu Encik Suhizaz Sudin dilantik sebagai Pengarah Pusat Sukan,  Encik Mohd Izwan Izhar Haris sebagai  Pengarah Unit Kebudayaan dan Rekreasi dan Puan Suhana Abdul Mutalib sebagai Pengarah Unit Media.

Perlantikan semua Ketua Jabatan UniMAP adalah selama dua tahun bagi tempoh lantikan bermula 1 Mac 2015 hingga 28 Februari 2017.

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin dalam ucapannya berkata, pelbagai agenda perlu dilaksanakan selaras dengan hasrat dan matlamat universiti yang ingin memacu kegemilangan UniMAP sehingga ke persada antarabangsa dan menjadi 500 universiti terbaik dunia menjelang tahun 2020.

“Saya harap dengan perlantikan ini, segala hasrat universiti untuk menjadi antara 500 universiti terbaik dunia akan dapat dicapai.

Apa yang penting adalah semangat kerjasama dan sebagai Ketua Jabatan dan telah dipertanggungjawabkan untuk menyelia serta mentadbir urus staf bawahan, elemen yang sangat penting untuk diterapkan adalah elemen kewibawaan dan integriti,”katanya.

Pada majlis penyerahan surat pelantikan dan penyambungan kontrak kepada semua Dekan dan Ketua Jabatan UniMAP, Prof. Dr. Kamarudin turut menasihatkan agar semua ketua jabatan dapat melaksanakan tugas dengan baik selain turut menjaga kebajikan staf masing-masing dalam usaha meningkatkan lagi prestasi dan pencapaian UniMAP di masa akan datang.

Pauh Putra, 27 Februari – Kolej Kediaman Pauh Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini melakar sejarah apabila dilawati Ketua Setiausaha  (KSU) 2, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Dato’ Seri Ir. Dr Zaini Ujang.

Lawatan kerja ini adalah sempena Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK), KPM Sektor Pengajian Tinggi Bil 2/2015 yang diadakan di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP), di sini.

Sempena lawatan berkenaan Dato’ Seri Zaini turut melancarkan Pra-perasmian kolej kediaman berkenaan sempena pembukaan kolej baru itu pada 21 Februari lalu yang kini sudah diduduki seramai 2,010 orang pelajar.

Dato’ Seri Zaini berkata kolej kediaman berkenaan adalah salah satu projek pembangunan baru yang sudah disiapkan UniMAP dengan kerjasama syarikat swasta bagi menyediakan kemudahan kediaman kepada pelajarnya.

“Usaha ini adalah satu usaha strategis bagi menyediakan kemudahan di universiti ini tanpa perlu mengeluarkan wang kerajaan dan seharusnya dijadikan contoh oleh universiti lain dengan mengamalkan “interpreneural mindset” seperti ini.

“Walaupun sebagai sebuah universiti baru, UniMAP telah berjaya menonjolkan pencapaian tinggi dalam bidang penyelidikan ini berupaya membangunkan kemudahan-kemudahan kepada pelajarnya tanpa syarat,” kata beliau ketika sidang media sempena pra-perasmian kolej kediaman baru berkenaan.

Hadir sama ke majlis berkenaan ialah Setiausaha Bahagian Pembangunan Sektor Pendidikan Tinggi KPM, Dato’ Mahamed Hussain dan Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin.

Terdahulu, Dato’ Seri Zaini dan delegasi KPM turut dibawa melawat rumah contoh di kolej kediaman berkenaan yang kini diduduki oleh pelajar tahun tiga dan empat dari lima pusat pengajian kejuruteraan (PPK) yang terdapat di kampus tetap berkenaan.

 

Marilah kita menadahkan tangan dan berdoa agar semua penumpang dan anak kapal pesawat MH370 (Kuala Lumpur ke Beijing) yang hilang sejak 8 Mac lalu akan ditemui dalam keadaan selamat. Walau apapun keadaannya, kita berserah kepada Allah SWT jua.

Sekiranya diperhatikan, kehilangan pesawat MH370 menimbulkan banyak tanda tanya, dan sebahagian daripada penyelesaian tanda tanya ini boleh diperolehi melalui ilmu kejuruteraan, khususnya aviasi. UniMAP sebenarnya mempunyai sekumpulan pakar dalam bidang yang berhampiran dengan aviasi. Mungkin sudah tiba masanya kita memikirkan jalan untuk menerokai bidang ini, yang sememangnya menjanjikan banyak ruang untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan dunia.

Sebagaimana biasa, kita bekerja keras membina rangkaian perhubungan dengan banyak pihak. Baru-baru ini kita telah memperluaskan jaringan antarabangsa apabila menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama National Defence University, Poland, serta Karabuk University, Mevlana, Turki. Kedua-dua MoU ini memperkuatkan lagi hubungan antara UniMAP dan Poland, serta juga antara UniMAP dan Turki, di samping meluaskan lagi kerjasama penyelidikan, pertukaran staf dan pelajar, serta menganjurkan simposium bersama di masa akan datang. Insyaa Allah.

Kita juga telah mengadakan Taklimat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2012-2015 dan Sesi Dialog Bersama Timbalan Menteri Pendidikan II  awal bulan ini. Jelaslah kita sama sekali tidak boleh leka dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dengan persekitaran persaingan global yang semakin sengit. Dalam sesi dialog tersebut, pelbagai persoalan telah dibincangkan antara para pelajar (yang diwakili Majlis Perwakilan Pelajar, MPP) dengan pihak Kementerian. Nyata, pemahaman terhadap pelan ini sangat penting kepada MPP kerana mereka adalah medium dalam penyampaian maklumat di samping membantu melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa. Saya percaya kejayaan melaksanakan dan menjayakan pelan pembangunan pendidikan ini bergantung kepada komitmen serta kerjasama semua pihak.

Tidak dinafikan proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap pelajar mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21.  Besarlah harapan saya untuk meningkatkan lagi keupayaan jentera pentadbiran UniMAP bersama pelajar dalam melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan. Semua warga UniMAP, ayuh bersama kita menggembleng tenaga bagi melaksanakan transformasi pendidikan ini.

Baru-baru ini kita telah mengadakan Malam Anugerah Seri Gemilang untuk staf dan juga pelajar. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Saya harap kualiti kerja anda akan terus meningkat dari setahun ke setahun. Kepada mereka yang tidak menerima apa-apa anugerah, fahamilah bahawa kerja yang sempurna dilakukan bukan untuk meraih anugerah semata-mata. Keikhlasan yang mendasari pelaksanaan kerja akan membuatkan kita merasa puas walau tidak diberikan hadiah. Malah sebenarnya ‘hadiah’ yang lebih baik ialah hakikat bahawa kita sudah melakukan yang terbaik demi pembangunan Universiti yang kita sayangi ini. Insyaa Allah apa jua usaha kita akan mendapat ganjaran sekiranya bukan di dunia, akan kita perolehi di akhirat kelak.

Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

 

 

Info Tab Bawah-BM