Gerbang Info Pengguna

  • UniMAP-AMCT2019
  • Pembelian Buku-Buku UniMAP di Market Place
  • silk2019
  • Urock 2019
  • 2019 Kempen Bebas Rokok
  • SUTERA 2019
  • Salam Aidilfitri
Previous Next

Berita Terkini

Khidmat Masyarakat Ramadan UniMAP Santuni Warga HTF

Khidmat Masyarakat Ramadan UniMAP Santuni Warga HTF

KANGAR – Muram dengan riak sedih yang terpamer di wajah sebahagian penghuni wad pembedahan di…

Baca..

Pensyarah UniMAP Dilantik Penyelidik Kunjungan Di Universiti Sweden

Pensyarah UniMAP Dilantik Penyelidik Kunjungan Di Universiti Sweden

ARAU – Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dr. Wooi Chin…

Baca..

Khidmat Masyarakat : UniMAP – PSU Santuni Masyarakat Songkla – Hatyai

Khidmat Masyarakat : UniMAP – PSU Santuni Masyarakat Songkla – Hatyai

ARAU – Atas rasa keprihatinan yang tinggi untuk membantu masyarakat, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui…

Baca..

Program Diploma Kejuruteraan UniMAP Mendapat Pensijilan Penuh MQA

Program Diploma Kejuruteraan UniMAP Mendapat Pensijilan Penuh MQA

ARAU – Semua enam program pengajian diploma kejuruteraan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah lulus dan…

Baca..

UniMAP Pilihan Utama

UniMAP Pilihan Utama

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) nyata menjadi pilihan utama apabila dipilih sebagai lokasi Seminar…

Baca..

UniMAP Prihatin Anak-Anak Staf Meninggal Sempena Festival Nasyid 2019

UniMAP Prihatin Anak-Anak Staf Meninggal Sempena Festival Nasyid 2019

Pauh Putra, 28 Mei- Dalam kegembiraan umat Islam membuat persiapan menyambut lebaran yang akan tiba…

Baca..

UniMAP Beri Kebebasan Bersuara Kepada Pelajar

UniMAP Beri Kebebasan Bersuara Kepada Pelajar

PAUH PUTRA, 26 Mei- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memberikan kebebasan kepada semua pelajar dalam memberikan…

Baca..

Produk Eco Geopipe Raih Emas di EUROINVENT di Romania

Produk Eco Geopipe Raih Emas di EUROINVENT di Romania

Kangar, 19 Mei - Penyelidik Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) Universiti Malaysia Perlis…

Baca..

Prof. Dr. R. Badlishah Dilantik Naib Canselor UniMAP

Prof. Dr. R. Badlishah Dilantik Naib Canselor UniMAP

Kangar - Mantan Timbalan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Ir. Ts. Dr.…

Baca..


Makassar, Indonesia - 28 September 2018. Untuk memastikan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus kekal sebagai sebuah universiti pilihan di rantau ini, UniMAP yang diketuai oleh Naib Canselornya, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal telah mengadakan lawatan selama dua hari di Makassar, Indonesia untuk memberi pendedahan kepada pensyarah dan mahasiswa tentang peluang-peluang pendidikan pascasiswazah yang ditawarkan di UniMAP. Sesi taklimat telah diadakan di Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam (FMIPA), dan Fakultas Teknik, Universitas Negeri Makassar.

Lebih daripada 170 peserta yang terdiri daripada pensyarah dan mahasiswa dari universiti-universiti di sekitar Makassar hadir semasa sesi taklimat tersebut. Peluang untuk melanjutkan pengajian pascasiswazah telah dibentangkan dengan kelebihan fasiliti, kelebihan peralatan, staf akademik yang berwibawa sebagai penyelia, penerbitan terindek dan pencapaian lain yang memberangsangkan bagi UniMAP, sebuah universiti yang berusia 17 tahun.

Hasil daripada taklimat tersebut, beberapa pensyarah dan mahasiswa menunjukkan minat yang sangat tinggi untuk mengikuti pengajian tinggi di UniMAP. Peluang ini digunakan sepenuhnya untuk meningkatkan keterlihatan UniMAP di persada antarabangsa. Perkara-perkara yang turut dibincangkan termasuklah program-program kerjasama yang boleh diwujudkan melalui pertukaran staf dan pelajar, penawaran program dual, perkongsian penyelidikan serta penerbitan. 

Di samping mempromosikan pengajian pascasiswazah Y.Bhg Dato’ Naib Canselor turut menyampaikan ucaptama di persidangan antarabangsa yang dianjurkan oleh Universitas Negeri Makassar. Dua perjanjian persefahaman di antara Universitas Negeri Makassar dengan UniMAP telah ditandatangani di akhir majlis pembukaan persidangan tersebut.

UniMAP Tarikan Makassar 2018

UniMAP Tarikan Makassar 2018

UniMAP Tarikan Makassar 2018

UniMAP Tarikan Makassar 2018

Arau – Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meneruskan kegemilangannya apabila tiga penyelidiknya terpilih menerima pembiayaan penyelidikan antarabangsa selepas satu Memorandum Persetujuan (MoA) ditandatangani dengan sebuah institusi pendidikan di Makassar Indonesia. 

UniMAP diwakili oleh Naib Canselornya, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal manakala Universitas Negeri Makassar (UNM) pula oleh Timbalan Rektornya iaitu Prof Dr. Gufran Darma Dirawan yang berlangsung pada The Third International Conference on Mathematics, Sciences, Technology, Education and Their Applications sempena The First International Symposium on Green Materials and Technology di universiti tersebut baru-baru ini.

Turut hadir adalah Pengurus CEGeoGTech UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah.

Mustafa Al Bakri berkata, UniMAP akan menggunakan kepakaran penyelidikannya manakala UNM akan bertindak sebagai pembiaya penyelidikan itu nanti.

UniMAP juga telah menandatangani perjanjian seumpama ini dengan beberapa Negara lain antaranya India, Vietnam, Australia, Romania,” katanya.

Sehubungan itu bagi penyelidikan bersama UNM ini, tiga penyelidik wanita telah dipilih oleh UNM.

“Mereka yang terpilih adalah dari Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) iaitu Dr. Rafiza Abdul Razak; Dr. Farah Farhana Zainal dan Dr. Norazian Mohamed Noor.

“Malah mereka ini juga masing-masing merupakan pensyarah di Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Bahan dan PPK Alam Sekitar,” katanya. 

Tambahnya lagi, perbincangan kerjasama turut diberi perhatian terutamanya dalam pertukaran staf dan pelajar; penawaran program dual; perkongsian penyelidikan; dan penerbitan jurnal.  

Sementara itu, pada konferen yang sama, lebih 170 pensyarah dan mahasiswa dari universiti sekitar Makassar menunjukkan minat untuk melanjutkan pengajian peringkat pascasiswazah di UniMAP selepas menghadiri sesi taklimat berkenaan universiti tersebut.

Rata-rata mereka melahirkan rasa kagum dengan kelebihan fasiliti, staf akademik yang berpengalaman luas, penerbitan berimpak dan pencapaian serta kejayaan yang diraih UniMAP walaupun hanya berusia 17 tahun.

UniMAP Makassar 1

UniMAP Makassar 2

UniMAP Makassar 3

Kangar, 24 September– Seramai 80 pelajar sulung yang mengikuti program Pengajian Secara Separuh Masa  mendaftar di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) baru-baru ini.

Pelajar-pelajar tersebut mendaftar bagi dua program iaitu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Elektrik danIjazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik.

Dekan Pengurusan Akademik UniMAP, Profesor Madya Ir. Dr. Anuar Mat Safar berkata,penawaran program mod separuh masa merupakan salah satu inisiatif UniMAP untuk mempelbagaikan program pengajian dan membuka peluang kepada calon-calon yang bekerja untuk menyambung pengajian.

“Ini adalah selari dengan hasrat kerajaan yang menggalakkan budaya pembelajaran sepanjang hayat untuk semua lapisan masyarakat.

UniMAP mula menawarkan Kursus  Pengajian Secara Separuh Masa  setelah mendapat kelulusan senat pada Mei lalu dan sebagai permulaan kelulusan ini diberikan kepada dua buah pusat pengajian iaitu Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Sistem Elektrik dan  PPK Mikroelektronik,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Watikah Kemasukan Pelajar Program Ijazah Secara Separuh Masa di Dewan Keikhlasan UniMAP, baru-baru ini.

Turut hadir, Dekan PPK Sistem Elektrik Dr.Haziah Abdul Hamid dan Dekan PPK Mikroelektronik Prof. Madya Ir. Dr. Rizalafande Che Ismail.

Ujar beliau lagi, pelajar program pengajian secara separuh masa akan mengikuti kelas di dalam Kampus Pauh Putra dan di luar kampus Anjung Kulim.

 “Saya berharap dua buah PPK ini akan menjadi perintis dalam membangunkan struktur kurikulum yang direkabentuk khas dengan mengambil kira kelayakan akademik dan juga pengalaman kerja calon-calon yang terpilih,”katanya lagi.

Sementara itu bagi Pembantu Jurutera di Hoya Electronic Sdn. Bhd. Abdullah Fikri Paharodzi, 33, berkata, pernah mempunyai cita-cita untuk melanjutkan pelajaran namun disebabkan kekangan masa dan kewangan niat tersebut terpaksa dipendam.

“Saya bersyukur kerana pihak majikan memberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran dan UniMAP menawarkan kursus yang saya perlukan disamping jarak yang dekat,”kata pelajar Kejuruteraan Elektronik itu.

Bagi Ketua Teknikal Tenaga Nasional Berhad, Guar Cempedak, Boriyatol Afizah Tajudin, 41, yang mengambil jurusan Sistem Elektrik, berkata peluang melanjutkan pelajaran merupakan sesuatu yang ditunggu.

“Saya rasa sudah sampai masa untuk melanjutkan pelajaran kerana kursus yang ditawarkan UniMAP sesuai dengan apa yang saya inginkan disamping jarak yang dekat serta kos yang berpatutan.

“ Di samping itu, hasil dari pemerhatian yang saya lakukan mendapati silibus yang ditawarkan di UniMAP amat menarik dan meyakinkan,”katanya lagi.

UniMAP Pelajar Separuh Masa Pertama 2018

UniMAP Pelajar Separuh Masa Pertama 2018

UniMAP Pelajar Separuh Masa Pertama 2018

UniMAP Pelajar Separuh Masa Pertama 2018

Pauh Putra, 20 Sept – Sepasang kembar akhirnya dapat menarik lafaz lega kerana mereka dapat mengikuti pengajian yang sama iaitu bidang Pembuatan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) .

Ini berikutan sebelum ini kakak kembar itu, Noratiqah Mohd Izer berjaya mendapat tempat di universiti kejuruteraan berkenaan pada ambilan pertama 28 Ogos lalu manakala adik kembarnya, Norafiqah baharu mendaftar di UniMAP,  kelmarin.

Noratiqah berkata sejak kecil mereka tidak pernah berenggang malah mengikuti pengajian yang sama iaitu Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil) di Politeknik  Seberang Perai sebelum ini.

Katanya, situasi berkenaan pada  awalnya membuatkan mereka berasa sedih kerana terpaksa berenggang tetapi akhirnya berasa amat gembira apabila Norafiqah berjaya mendapat tempat di UniMAP dalam bidang yang sama bagi ambilan kedua.

“Ibu dan ayah menggalakkan adik membuat rayuan untuk mendapatkan tempat di UniMAP, Alhamdulillah adik berjaya juga mendapat tawaran dalam bidang yang sama,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Anak kepada pesara tentera dan guru itu memberitahu bahawa keadaan itu membuatkan mereka bersemangat mengikuti kuliah di UniMAP dan berharap dapat segera menyesuaikan diri berjauhan dari keluarga.

“Kami berasal dari Pulau Pinang, jadi tidak menjadi masalah ketika masih belajar di Politeknik Seberang Perai kerana tidak jauh dari rumah, justeru apabila berjauhan di Perlis ini kami lebih selesa jika dapat bersama-sama lagi mengikuti kuliah di sini,” katanya.

Terdahulu Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata bagi ambilan kedua, UniMAP menerima 393 pelajar baharu yang mendaftar program Ijazah Sarjana Muda sidang akademik 2018/2019 manakala ambilan pertama yang lalu universiti itu menerima 2,198 pelajar baharu.

Menurutnya, UniMAP mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu dan berharap pelajar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus serta mengikuti kuliah dengan selesa.

“Di UniMAP, pelbagai kemudahan kita sediakan malah 100 peratus pelajar menginap di kolej kediaman tanpa perlu ibu bapa risau mengenai rumah sewa dan pengangkutan,” kata beliau.

UniMAP MSK Ijazah 2018

UniMAP MSK Ijazah 2018

UniMAP MSK Ijazah 2018

UniMAP MSK Ijazah 2018

Padang Besar, 18 Sept – Berikutan kejadian ribut yang melanda hampir seluruh negeri Perlis semalam, banyak kawasan terjejas akibat kerosakan pada kediaman serta prasarana awam.

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerusi Jabatan Keselamatan, Unit Komunikasi Korporat , Jabatan Pembangunan dan Kelab Sukarelawan menggerakkan bantuan kepada salah seorang mangsa ribut iaitu kakitangan Jabatan Keselamatan UniMAP, Azleen Wahab di Kampung Bawah Bukit, Chuping, di sini.

Salah seorang sukarelawan, Yap Chee Hian berkata dia dan 14 rakan-rakan yang berkelapangan daripada sebarang jadual kuliah segera menyertai gerakan bantuan berkenaan selepas dimaklumkan pihak pengurusan.

“Ahli kelab sukarelawan ini terdiri daripada 93 orang, dan kami sentiasa bersiap sedia sekiranya dimaklumkan mengenai gerakan bantuan.

“Ada di antara kami sibuk dengan urusan Minggu Suaikenal bagi rakan-rakan baharu ambilan kedua yang mendaftar di universiti hari ini, namun kami tetap bersemangat untuk datang membantu,” katanya.

Kejadian kira-kira jam 10 malam itu menyebabkan bumbung rumah keluarga Azleen diterbangkan angin selain siling ruang tengah rumah juga pecah dan jatuh.

Ibu Azleen, Latifah Kassim,63, berkata dia dan keluarga sedang menonton televisyen sebelum dikejutkan bunyi angin yang kuat.

Katanya, mereka sekeluarga tertanya-tanya apabila terdengar bunyi bising yang sangat kuat sebelum memeriksa bahagian luar rumah dan mendapati bumbung jatuh di hadapan rumah itu.

“Rupa-rupanya bumbung bahagian belakang rumah tercabut dan diterbangkan angin sehingga ke bahagian hadapan rumah. Mujur tiada kemalangan jiwa berlaku kerana bumbung itu berat dan mempunyai kayu,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Sementara itu, Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal meluangkan masa ke rumah mangsa bagi meninjau kerosakan yang dialami oleh keluarga mangsa.

Menurut Dr Zul Azhar , UniMAP segera menghulurkan bantuan bagi membersih dan membaiki kerosakan menerusi Jabatan Pembangunan serta sukarelawan UniMAP.

“Kira-kira 40 staf dan sukarelawan yang terdiri daripada pelajar UniMAP turun padang bagi membantu meringankan beban yang dialami keluarga Azleen.

“Selain itu, pihak UniMAP turut menyalurkan sumbangan menerusi Tabung Bencana UniMAP agar dapat dimanfaatkan keluarga Azleen untuk membaiki kerosakan lain yang diperlukan,” kata beliau.

Terdahulu, dilaporkan sebanyak 56 rumah di beberapa kampung dan kawasan perumahan mengalami kerosakan selepas dilanda ribut berkenaan iaitu Mata Ayer, Bintong, Kayang, Beseri, Sena, Chuping, Kuala Perlis dan Pauh.

Selain itu, 156 pokok juga dilaporkan tumbang sehingga menghalang laluan di jalan-jalan utama serta 55 kes gangguan elektrik juga diterima akibat ribut itu.

UniMAP Bencana Ribut 2018

UniMAP Bencana Ribut 2018

UniMAP Bencana Ribut 2018

UniMAP Bencana Ribut 2018

Subang, 18 September – Dua pasukan dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengungguli Kejohanan Tenpin Boling Terbuka UniMAP/CEN-D 2017 apabila mencatatkan jatuhan pin tertinggi keseluruhan mengatasi 55 pasukan lain yang mengambil bahagian pada kejohanan selama tiga hari yang berakhir semalam.

Dalam kejohanan tersebut, pasukan UniMAP CEN-D yang diwakili oleh Nurakmal Ramli, Mohd. Zul Fauzi Mohd. Sawal dan dan Mahadzir Ali membuat 6,321 jatuhan pin untuk muncul juara keseluruhan sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM8,000.

Pasukan UniMAP Utagha pula yang turut dibarisi oleh Nurakmal, Mohd. Zulfauzi dan Mohd. Bakri Hussin menduduki tempat kedua dengan 6,316 jatuhan pin manakala pasukan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang diwakili oleh Kang Bo Long, Wan Syahmi Razin dan Dzikri Adam di tempat ketiga dengan 6,245 jatuhan pin.

Kedua-dua pasukan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM4,000 dan RM2,000 yang disampaikan oleh Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal pada majlis penutup di Ampang Superbowl, The Summit USJ di Subang Jaya di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Minda Teguh Trading yang mengeluarkan produk kesihatan CEN-D dan merupakan penaja kejohanan, Azizi Ali serta Pengarah Pusat Sukan UniMAP, Suhizaz Sudin.

Kejohanan disertai oleh lebih 200 pemain dari 55 pasukan mengambil bahagian termasuk pasukan-pasukan ternama antaranya pasukan dari SUKMA negeri-negeri, Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Majlis Bandaraya serta pasukan dari Universiti.

Permainan adalah berkonsepkan trio di mana setiap pasukan terdiri dari tiga pemain akan mengambil bahagian dalam acara individu, berpasangan serta tiga sepasukan yang dijalankan mengikut blok-blok yang telah ditetapkan.

Pemenang keseluruhan akan dikira berdasarkan jatuhan pin tertinggi bagi kesemua acara, manakala pemenang bagi setiap kategori acara yang dipertandingkan turut menerima hadiah berasingan.

Kejohanan turut disertai oleh 30 pemain dari pasukan media yang mengambil bahagian dalam kategori jemputan khas yang berlangsung sebelum majlis penyampaian hadiah.

Mohd. Jamilul Anbia Md. Denim, dari Harian Metro mengungguli kategori media dengan jatuhan 393 jatuhan pin; Boyd Madsam dari RTM di tempat kedua dengan  360 jatuhan pin manakala Rikiman Yusof dari KOSMO di tempat ketiga dengan 349 jatuhan pin.

 

PAUH PUTRA, 18 September – Seramai lapan pelajar dari pelbagai program pengajian di Nahda University Mesir dipilih menyertai program Inbound Mobiliti di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), di sini yang berlangsung selama dua minggu mulai 17 Ogos lalu.

Kesemua pelajar terbabit merupakan pelajar tahun tiga dan empat program pengajian Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Senibina dan Kejuruteraan Komunikasi Komputer di universiti terbabit.

Pengarah Pusat Hal Ehwal Antarabangsa UniMAP, Dr. Noorhafiza Mohamad, berkata, pelaksanaan program itu adalah susulan daripada memorandum persefahaman (MoU) yang telah dimerterai antara UniMAP dengan Nahda University.

Ujar beliau, selian memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kualiti pengajaran dan pembelajaran di UniMAP, program tersebut juga merupakan sebahagian dari inisiatif keterlihatan UniMAP di peringkat antarabangsa.

UniMAP amat proaktif dalam menyerlahkan keterlihatannya di mata dunia, justeru program ini adalah usaha yang dilakukan dengan membabitkan penglibatan pelajar antarabangsa.

“Antara PPK yang terlibat adalah Komputer dan  Perhubungan, Mekatronik, Alam Sekitar serta Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan  Teknousahawan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sementara itu Pembantu Pengajar di Jabatan Kejuruteraan Awam, Nahda University, Mostafa Mahmoud Yasen Radwan, berkata, kursus yang ditawarkan adalah releven dengan keperluan pelajar yang sedang mengikuti program pengajian di Nahda University.

“Pelajar juga tidak sabar untuk melawat beberapa tempat di Malaysia. Walaupun, negara ini agak panas seperti di negara mereka, ianya tidak menjadi halangan untuk menikmati keseronokan berada di sini,” katanya.

Antara pengisian program ialah pelajar diwajibkan mengikuti kursus-kursus ilmiah selain diberi peluang untuk melawat sekitar Negeri Perlis, Kedah dan Kuala Lumpur untuk memberikan pendedahan terhadap budaya dan kehidupan rakyat Malaysia.

Ujar Mostafa lagi, program tersebut diharapkan akan dapat meningkatkan hubungan yang erat di antara UniMAP dan Nahda University, dalam pertukaran ilmu serta pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar dan juga staf kedua-dua universiti.

PAUH PUTRA, 18 September– Peluang untuk menyertai Asia Summer Program (ASP) memberikan pengalaman yang amat berharga buat 14 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang berkampung selama tiga minggu di Guangdong University Of Foreign Studies, Guangzhou, China baru-baru ini.

Sepanjang program tersebut, peserta berpeluang menjalani pengalaman persekitaran antarabangsa yang membolehkan mereka mempelajari secara langsung kepelbagaian budaya di Asia.

Bagi Ellina Yasmin Yusri, pelajar tahun tiga Kejuruteraan Fotonik, berkata, sepanjang mengikuti program tersebut, beliau dapat memahami dan mengenali dengan lebih dalam mengenai budaya negara-negara Asia melalui pelajar-pelajar negara lain.

“Peluang menyertai ASP 2017 dimanfaatkan sebaiknya oleh saya dan rakan-rakan kerana dapat merentasi dan memahami budaya rakan-rakan dari negara yang berbeza.

“Bagi saya program ini telah memberi impak positif terhadap diri saya dan berharap agar UniMAP akan terus mengambil bahagian dalam program ini di masa akan datang,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sementara itu bagi Ng Wei Bin, pelajar tahun tiga Kejuruteraan Bioperubatan Elektronik melahirkan penghargaan terhadap UniMAP kerana memberikan peluang kepadanya bagi menyertai ASP 2017.

“Saya berasa bangga kerana dapat mewakili UniMAP dan negara untuk berkongsi dan menyampaikan unsur kebudayaan serta  keunikan Malaysia di peringkat antarabangsa seperti ini.

“Saya amat yakin bahawa pengalaman dan ilmu pengetahuan yang saya peroleh daripada program ini terutama daripada tenaga pengajar yang berbeza latar belakang negara telah memberi manfaat dan pengajaran yang berfaedah untuk dikongsi bersama rakan-rakan di Malaysia pula,” katanya.

ASP yang merupakan program berkonsepkan mobiliti berkredit berlangsung selama tiga minggu membabitkan pelajar –pelajar universiti merangkumi kursus-kursus yang relevan yang diajar oleh tenaga pengajar terkemuka dari setiap universiti.

Untuk rekod, ASP menjadi ahli gabungan Asian University Presidents Forum (AUPF) pada tahun 2013, apabila AUPF tahunan ke- 12 telah diadakan di UniMAP.

Perwakilan dari 68 institusi di 17 buah negara, dan secara umumnya dipersetujui bahawa pemimpin pendidikan tinggi di Asia harus berusaha untuk mempromosikan program yang bertujuan untuk membangunkan kompetensi berbilang bahasa, meningkatkan pemahaman kepelbagaian budaya, dan memupuk kebolehan kreatif.

KANGAR, 30 September 2016 - Wakil Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)  berjaya meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Pesta Pantun Terbuka Negeri Perlis yang berlangsung di Dewan Syarahan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, di sini.

Kumpulan UniMAP A yang diwakili empat peserta membawa pulang piala dan wang tunai RM 800 beserta sijil manakala Kumpulan UniMAP B pula menduduki tempat keempat dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 500 serta sijil.

Pengurus pasukan pantun UniMAP, Suhaidah Said berkata, penampilan sulung pasukan pantun UniMAP pada pertandingan itu merupakan pendedahan awal kepada para pelajar yang majoritinya dari jurusan kejuruteraan.

“Jika dilihat pada pencapaian kita untuk penyertaan kali pertama ini, saya yakin pasukan pantun UniMAP mampu untuk pergi lebih jauh jika diasuh dengan baik.

“Kejayaan ini membuktikan bahawa seni bahasa Melayu ini mampu dimartabatkan oleh golongan muda, namun perlu kita tanamkan minat dikalangan mereka, dan inilah sebenarnya peranan yang perlu dimainkan oleh Pensyarah dan Tenaga Akademik Bahasa Melayu,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Peserta pantun UniMAP A dan UniMAP B terdiri daripada tiga orang pelajar ijazah sarjana muda dan tiga orang pelajar diploma iaitu Muhamad Fadhil Azhari Abdul Wahab, Syarifah Noor Anisah Tuan Baru, Siti Nur Aishah Al-Hafizat Abdul Ghani, Muhammad Syahir Aimi Saiman, Muhammad Aiman Hassin dan Muhammad Ikhwan Shafiq Ramli.

Kesemua peserta adalah di bawah pimpinan guru Bahasa Melayu di Pusat Bahasa Antarabangsa (CIL) UniMAP iaitu Mohamad Zaki Abdul Halim serta Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim.

Pesta Pantun Terbuka Negeri Perlis 2016 berkenaan adalah anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis dengan kerjasama Persatuan Penulis Perlis (3P).

 

Kangar, 27 September 2016 - Penerbit Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) buat julung kalinya bakal mengambil bahagian dalam Pesta Buku Indonesia yang merupakan antara inisiatif strategik untuk memasarkan buku-buku terbitan Penerbit UniMAP di luar negara melalui kerjasama bersama Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).

Selain itu, penyertaan yang turut mendapat kerjasama daripada Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DPB) serta penerbit dari Indonesia juga turut diharap dapat memuktamadkan beberapa perjanjian termasuk perjanjian pemasaran pengedaran buku ilmiah e-book dengan syarikat BUQU Indonesia.

Pengarah Penerbit UniMAP, Prof. Dr. Asiah Sarji berkata, Penerbit UniMAP juga bercadang untuk mengadakan perbincangan peringkat akhir untuk membeli dan menjual hak cipta dengan Penerbit Rosda Karya juga dari Indonesia.

“Selain terlibat dalam mempamerkan serta membuat jualan buku di booth yang disediakan pihak MAPIM, beberapa siri pertemuan dan perbincangan telah diatur dengan penerbit-penerbit ilmiah dan komersil untuk mengadakan kerjasama dan penjualan hak cipta karya terbitan UniMAP.

“Pihak kami bercadang untuk mempamerkan 10 judul dan menjual sekurang-kurangnya dua naskhah untuk setiap judul. Di samping itu, terdapat juga jualan langsung buku berkaitan media dan komunikasi di Universitas Pancasila Jakarta dan Penerbit mengharapkan terdapat tempahan untuk buku-buku tersebut,” ujar beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Dr. Asiah lagi, Penerbit UniMAP menjangkakan 20 buah buku terbitan UniMAP dapat disenaraikan dalam portal katalog e-book BUQU Indonesia dalam tempoh  enam bulan pertama manakala impak pembelian hak cipta pula dijangkakan dalam tempoh setahun.

Penyertaan kali pertama itu juga, ujar Dr. Asiah bakal mencatatkan sejarah baharu melalui pelancaran sebuah antologi puisi yang ditulis oleh beliau sendiri di Balai Sidang, Jakarta Convention Centre yang pada 30 September.

“Buku ini amat besar ertinya buat saya yang digarap hasil pengalaman dan pemerhatian dalam menjalani kehidupan dari zaman remaja sekitar tahun 1960-an sehinggalah sekarang.

“Sajak-sajak di dalam buku ini dibahagikan kepada lima bahagian yang menceritakan mengenai hubungan kekeluargaan, cinta, lelaki, kehidupan dan negara bangsa yang mana ia merupakan hadiah istimewa saya buat UniMAP atas peluang yang diberikan untuk berkhidmat di universiti tersebut sejak enam tahun yang lalu,” ujarnya lagi.

Menurut Dr. Asiah juga, beliau secara terang dan yakin cuba untuk menyampaikan kepada para pembaca apa yang beliau rasa dan lalui melalui penulisan sajak-sajak dengan menggunakan bahasa separa-prosaik dan mudah untuk difahami pembaca.

Buku ini boleh didapati dengan harga RM42.00 di Penerbit UniMAP di No. 98, Aras 1, Blok A, Taman Pertiwi Indah, Jalan Kangar – Alor Setar, Kangar Perlis atau menghubungi talian 04-9775159.

Kangar, 27 September 2016 – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya memperolehi tiga bintang dalam penilaian Pengurusan Rekod Terbaik Kategori Universiti Awam (UA) 2016 seperti yang diumumkan hari ini.

Anugerah itu diterima pada Majlis Anugerah Pengurusan Rekod Terbaik UA yang diadakan di Auditorium Pusat Pendokumentasi & Pemuliharaan Audiovisual (PPPAV), Arkib Negara di Kuala Lumpur, hari ini.

UniMAP yang diwakili Pendaftar UniMAP, Zuber Mohamed menerima anugerah itu yang disampaikan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia, Dr Junaida Lee Abdullah.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal melahirkan rasa bangga di atas pencapaian itu dan berharap ia menjadi suntikan semangat bagi seluruh warga UniMAP khususnya dalam aspek pengurusan.

Katanya, anugerah berkenaan menjadi pengukur kepada prestasi pengurusan rekod dalam memastikan pelaksanaan program pengurusan rekod di UniMAP sentiasa berada di tahap cemerlang.

“Selain itu, ia satu pengiktirafan kepada kita terutama semua warga kerja UniMAP yang sentiasa melaksanakan tadbir urus pengurusan rekod dengan baik sebelum ini,” kata beliau.

 

UniMAP memperolehi anugerah berkenaan selepas auditan pengurusan rekod dilaksanakan juruaudit dari Arkib Negara pada 16 hingga 17 Ogos lalu.

Selain sebagai salah satu pengiktirafan, penilaian berkenaan diwujudkan oleh Arkib Negara sebagai menggalakkan persaingan yang sihat dalam pembudayaan program pengurusan rekod yang kondusif di kalangan UA.

Pauh Putra, 27 September 2016 – Pasukan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) beraksi cemerlang di Kejohanan Woodball Terbuka UniMAP 2016 apabila menjuarai kategori individu wanita, berpasukan wanita dan juga berpasukan lelaki antara jabatan negeri Perlis.

Bagi kategori individu wanita, UniMAP yang diwakili Rosmawati Abidin mencatat 63 pukulan manakala bagi kategori berpasukan wanita, UniMAP mencatat 294 pukulan menewaskan pasukan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) serta Pejabat Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis (PERALIS) .

Dalam pada itu, bagi kategori berpasukan lelaki pula, pasukan UniMAP A mencatatkan 266 pukulan sekaligus menewaskan pasukan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).

Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata sebanyak 20 pasukan menyertai kejohanan yang julung kalinya dianjurkan oleh UniMAP itu terutama di kalangan peserta sekolah dan IPT sekaligus membuktikan sukan tersebut mampu menariuk minat golongan muda.

“Saya percaya perkembangan positif ini bakal menyaksikan lebih banyak bakat dapat dicungkil dikalangan generasi muda sekaligus meningkatkan penganjuran  pertandingan baik di UniMAP mahupun di negara ini.

“Sebagai sebuah universiti yang pernah menganjurkan kejohanan woodball di peringkat Asian dan Dunia, saya amat berharap akan ada lebih banyak penyertaan  bukan sahaja dari jabatan kerajaan malahan dari sektor swasta samada di negeri ini mahupun luar,” katanya ketika berucap ketika Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutup kejohanan itu di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP), di sini, hari ini.

Berkenan  berangkat hadir merasmikan upacara penutup kejohanan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Penaung Diraja Persatuan Woodball Perlis dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Kejohanan ini turut disertai pasukan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Lipis, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis serta lain-lain pasukan dalam dan luar negeri ini.

Selain Gelanggang Woodball UniMAP sebagai lokasi utama, dua gelanggang di Institut Perguruan Malaysia (IPGM) dan di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad turut menjadi lokasi kejohanan itu yang berlangsung sejak Khamis lalu.

 

Pauh Putra, 22 Sept – Kejohanan Woodball Terbuka Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang dijadualkan bermula hari ini hingga 25 September ini dengan kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT)/ Sekolah di Gelanggang Woodball Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, di sini hari ini.

Sebanyak 20 pasukan yang terdiri daripada tiga kategori iaitu kategori IPT/Sekolah, Jabatan Negeri Perlis dan Terbuka menyertai kejohanan kali ini.

Antara pasukan yang bertanding ialah Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs),

Selain Gelanggang Woodball UniMAP, dua gelanggang di Institut Perguruan Malaysia (IPGM) dan di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad turut berlangsung serentak pada Sabtu ini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan bagi merasmikan upacara Penutupan kejohanan itu yang dijadualkan pada Ahad ini di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP).

Pauh Putra, 18 Sept – Peserta dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) berjaya menjadi juara selepas menewaskan enam peserta di Pertandingan Akhir Nyanyian Intervarsiti Uthayam 3.0 yang diadakan di Dewan Ilmu, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), di sini.

Arulventhan Manokaran membawa pulang wang tunai RM2,000 beserta trofi manakala pemenang tempat kedua berjaya diraih peserta dari Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) Johor, Mithelle a/p Francis dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan trofi.

Manakala di tempat ketiga berjaya dirangkul Sanjeev Naidu a/l Somasundran dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) serta saguhati diraih peserta dari UTP, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Sementara itu, Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata beliau amat berbangga kerana UniMAP menjadi tuan rumah buat kali kedua bagi salah satu program masyarakat India terbesar setakat ini.

Katanya, ini membuktikan UniMAP sentiasa menyambut baik dan menggalakkan program kebudayaan tidak mengira kaum dan percaya menerusi program seperti itu dapat menonjolkan bakat pelajar khususnya.

“Saya percaya hasil komitmen dan usaha yang bersungguh-sungguh, peserta akan berjaya meraih kejayaan sekaligus memperolehi pengalaman yang berguna untuk masa hadapan,” katanya ketika berucap di pertandingan itu.

Turut hadir, Penasihat Menteri Pengangkutan Malaysia, Tan Sri Datuk Seri M Kayveas dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan.

Uthayam 3.0 adalah pentas bagi menonjolkan bakat muda dari universiti dan politeknik seluruh Malaysia dalam bidang nyanyian dengan tema  “Sanggama Tamil” bagi program kali ini di UniMAP.

Program anjuran Sekretariat Ponggal Gala Nite 2016/17 yang juga dikenali sebagai Chatrah Yugam di bawah kendalian Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP, dan Minnal Fm itu turut menyalurkan sumbangan hasil dari keuntungan yang diperolehi kepada keluarga yang memerlukan terutamanya bagi yang kurang berkemampuan membiayai pendidikan anak-anak di wilayah utara.

Pauh Putra, 16 Sept – Koordinasi Perguruan Tinggi Swasta (Kopertis) Wilayah XIII Aceh berhasrat mengadakan kerjasama dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengenai mobiliti pelajar dan staff di antara kedua-dua organisasi ini.

Hasrat itu disuarakan Kopertis ketika mengadakan perbincangan sempena lawatan ke UniMAP yang dengan dihadiri 30 ahli Kopertis diketuai  Prof Dr H Jamaludin Idris.

Delegasi berkenaan disambut Dekan Pengurusan Akademik  yang menjalankan tugas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Ir Rezuwan Kamarudin bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan serta ketua-ketua jabatan UniMAP.

Selain itu, hasil perbincangan berkenaan turut membincangkan kerjasama pembangunan staf akademik di antara kedua-dua pihak.

Delegasi berkenaan turut dibawa melawat Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) dan makmal-makmal di pusat pengajian.

Kopertis alam rangka lawatannya turut mengadakan lawatan ke beberapa universiti lain di negara ini mulai 14 September lalu sehingga 20 September ini dengan objektif bagi mengadakan kerjasama dalam bidang pendidikan dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan tinggi swasta di Aceh.

 

 

 

 

 

ARAU, 14 September: Sebanyak 11 ekor lembu dan empat dikorbankan sempena Majlis Ibadah Korban dan Akikah Pusat Islam, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) baru-baru ini.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, program yang menjadi tradisi warga UniMAP sejak 2005 itu turut disertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi luar.

“Daripada 11 lembu yang dikorbankan pada harini tiga daripadanya adalah penyertaan staf UniMAP yang menyertai melalui skim potongan gaji yang dilakukan sejak Oktober lalu.

“Selain itu kita turut mendapat sumbangan seekor lembu dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim,”katanya ketika ditemui pada Majlis Ibadah Korban dan Akikah, UniMAP, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengurusan Akademik yang menjalankan fungsi sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Prof. Ir. Dr. Rezuwan Kamaruddin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan, Pendaftar UniMAP, Zuber Mohamad dan   Pengarah Pusat Islam UniMAP, Dr. Ku Mohd Nabil Ku Hamid serta Timbalan Pengarah Biro Tatanegara (BTN), Perlis, Jasmi Jasa.

Ujar Dato’ Zul Azhar lagi, daging korban yang disembelih di UniMAP akan disumbangkan kepada lima buah pusat jagaan anak yatim dan tahfiz di sekitar perlis.

“Antara pusat jagaan anak yatim dan tahfiz yang terpilih adalah Rumah Hembusan Kasih, Asrama Yayasan Saad, Pusat Jagaan Anak Yatim  dan Miskin Teratak Rahmat, Maahad Tahfiz Al Hikmah dan Maahad Tahfiz Al-Quran Ar Raudhah.

“Saya berharap di masa akan datang jumlah lembu atau kambing yang dikorbankan akan bertambah dan kita mengalu-alukan sumbangan  NGO atau individu yang berminat untuk turut melakukan amal kebajikan melalui UniMAP,”katanya.

Majlis Ibadah Korban dan Akikah UniMAP disertai lebih 300 pelajar dan staf, ia juga turut mendapat tajaan Kelab Warisan Malaysia (KERIS) NGO yang bernaung dibawah BTN.

PAUH PUTRA, 8 September: Pusat Islam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bakal menganjurkan program Jom Baca Al Quran bersempena World #QuranHour pada 11 September ini.

Pegawai Hal Ehwal Islam UniMAP, Nasrul Che Ali berkata, pihaknya mensasarkan penyertaan seramai 600 peserta untuk dua surau di Musolla Saodah, Kampus Uniciti dan Surau PFI 2, Pauh  Putra.

“Tujuan program ini diadakan di dua tempat berasingan adalah kerana ingin memudahkan pelajar dan juga staf yang tinggal di kolej kediaman yang berdekatan dengan surau-surau ini.

“Saya menyeru semua warga UniMAP yang beragama Islam untuk sama-sama memberi sokongan kepada aktiviti seperti ini bagi memartabatkan dan menggalakkan umat Islam kembali berinteraksi dengan Al-Quran,”katanya ketika ditemui di sini, semalam.

World #QuranHour buat pertama kalinya diadakan dimana bacaan Al-Quran akan diperdengarkan secara serentak di seluruh dunia selama satu jam bermula 9.00 pagi.

Tarikh dan waktu itu dipilih bersempena dengan ibadah wukuf jemaah haji di Padang Arafah, Makkah.

Program berskala besar tersebut menyasarkan untuk mengajak umat Islam di seluruh dunia kembali kepada Al-Quran, memahami dan menjadikan kitab suci itu sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Kangar, 6 Sept – Seorang pelajar tahun dua Diploma Kejuruteraan Mekatronik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) adalah antara 28 peserta dari seluruh negara terpilih menyertai Program Kapal Belia Asia Tenggara & Jepun (SSEAYP) kali ke-43 bagi tahun 2016.

Pelajar itu Peshminder Pall Singh,19, bakal mengikuti program anjuran Kabinet Kerajaan Jepun dengan kolaborasi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mulai 25 Oktober hingga 15 Disember ini iaitu selama 53 hari.

Menurut Peshminder, dia memohon bagi menyertai program itu melalui KBS pada Februari lalu serta mengikuti ujian psikologi termasuk Kem Pemilihan yang diadakan selama tiga hari untuk menilai seramai 121 belia dari seluruh negara.

Katanya, dia tidak menyangka terpilih bagi menyertai program itu apabila keputusan dikeluarkan pada Jun baru-baru ini memandangkan ujian yang perlu dilalui agak sukar.

“Saya bersama 28 peserta lain dari seluruh negara bakal menyertai Program ‘Japan-ASEAN Youth Leader Summit’ di Jepun pada 1 November terlebih dahulu sebelum berlayar ke Vietnam pada 4 November menaiki kapal Nippon Maru.

“Kami akan tinggal di Vietnam selama empat hari, kemudian di Thailand juga empat hari, diikuti Singapura dan Indonesia dalam rangka pelayaran itu sebelum kembali ke Jepun semula,” katanya.

Peshminder yang berasal dari Selangor turut berkata keluarga tidak menghalang namun mereka ada menyatakan kerisauan sekiranya tempoh program yang lama menjejaskan pelajarannya yang masih mengikuti pengajian diploma di UniMAP.

“ Saya meyakinkan keluarga bahawa saya mampu mengikuti program itu tanpa mengabaikan pengajian saya memandangkan peluang seperti ini bukan mudah untuk diperolehi kerana perlu melalui ujian psikologi serta beberapa fasa yang agak sukar.

“Malah, saya berharap penyertaan ini dapat menyuntik semangat rakan-rakan lain untuk mengikuti program seperti ini kerana bukan sahaja dapat menimba pengalaman baru, tetapi turut membawa nama UniMAP ke peringkat antarabangsa,” katanya ketika dihubungi.

SSEAYP adalah sebuah program yang melibatkan golongan belia dari Asia Tenggara yang dilaksanakan sejak 1974 hasil perjanjian persefahaman antara Jepun dan lima negara Asia Tenggara iaitu Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Malaysia sendiri.

Seramai 330 belia dari negara Jepun dan 10 negara Asia Tenggara turut menyertai program itu.

Kangar, 3 Sept – Bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan sempena Hari Kebangsaan yang ke-59, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) menganjurkan Program Citra Budaya, Cergas Minda & Malam Puisi Kemerdekaan, di sini.

Antara pengisian program yang berlangsung mulai 1 September itu ialah perlawanan persahabatan, lawatan delegasi DBP ke kampus-kampus UniMAP, malam puisi dan pertandingan ‘woodball’.

Dekan Pengurusan Akademik, Prof Ir Dr Rezuwan Kamarudin berkata penganjuran program sempena hari kebangsaan itu adalah amat dialu-alukan memandangkan perubahan era globalisasi kini semakin menghakis semangat patriotik di kalangan generasi muda.

Katanya, walaupun UniMAP adalah universiti yang berteraskan kejuruteraan namun tidak menghalang universiti itu bagi mengadakan program-program kebudayaan dan kesenian melalui Unit Kebudayaan dan Rekreasi (UKR) serta Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM) UniMAP.

“Justeru, penganjuran program bersama ini ibarat pucuk dicita ulam mendatang, dan UniMAP akan terus komited dalam program sebegini agar warisan negara dapat dipelihara,” katanya ketika berucap mewakili Naib Canselor UniMAP di Majlis Malam Puisi Kemerdekaan, di Kampus UniMAP Kubang Gajah, di sini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan DBP, Rusli Abdul Ghani dan Pengarah Pusat Sukan, Suhizaz Sudin.

Pada majlis itu, wakil DBP Rasdi Daud turut mempersembahkan puisi bertajuk Menuntun Si Merdeka karya Awang Sariyan serta Aku Ingin Menciummu Setiap Hari karya beliau sendiri diikuti Nordin Zainal Abidin menerusi puisi berjudul Merdeka dan Kita hasil nukilannya sendiri.

Wakil UniMAP yang juga Pengarah Unit Penerbitan UniMAP Prof Asiah Sarji mendeklamasikan puisi karya beliau sendiri bertajuk Aduhai Si Tanggang yang bakal diterbitkan penghujung tahun ini.

Selain itu, wakil DBP Rosdi Mat Raqib mendendangkan lagu gubahannya berjudul Si Penghuni Sepi diiringi petikan gitar yang dimainkan sendiri.

Tidak ketinggalan, persembahan tarian dan nyanyian dari Kumpulan Inderasutra UKR UniMAP menjadi penyeri majlis itu.

Dalam majlis berkenaan turut disampaikan hadiah perlawanan badminton yang dijuarai UniMAP manakala bagi permainan damak, DBP menjadi johan.

Delegasi DBP yang terdiri daripada 50 peserta itu adalah Biro Kebudayaan Badan Keluarga, Biro Lawatan & Rekreasi, dan Biro Badan Sukan Keluarga DBP.

KANGAR, 2 September: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) komited dalam usaha membantu masyarakat di  Daerah Phang Nga, Thailand dalam memperkasakan Bahasa Melayu.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, berkata, Program Memperkasa Bahasa Melayu Wilayah Andaman Fasa 1-4, berkonsepkan perkongsian ilmu bahasa Melayu yang melibatkan perkongsian pengalaman pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dengan kaedah penyampaian ilmu yang komperehensif.

“Hasrat untuk mewujudkan program ini telah disuarakan Tuanku Canselor UniMAP sendiri setelah baginda menerima cadangan daripada Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla berhubung inisiatif pemerkasaan Bahasa Melayu di enam  Wilayah Andaman, Thailand.

“Sehubungan itu Pusat Bahasa Antarabangsa (PBA), UniMAP telah diberi amanah untuk mengenalpasti inisiatif-inisiatif yang sesuai untuk dilaksanakan agar hal berkenaan dapat direalisasikan,”katanya ketika berucap merasmikan penutup Program Memperkasa Bahasa Melayu Wilayah Andaman Fasa 1-4, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Penasihat   Fahad Wittayathan School, Prasert Prasankarn dan Pengarah Pusat Bahasa Antarabangsa UniMAP, Prof. Dr. Harshita Aini Haroon.

Pada majlis itu juga telah dilancarkan  buku pembelajaran bahasa Melayu berjudul ‘Asas Berbahasa Melayu (Terjemahan Bahasa Thai).Buku tersebut  akan dijadikan sebagai panduan sukatan pelajaran bagi sekolah yang terlibat dalam program itu.

Ujar Dr. Zul Azhar lagi, program yang dijalankan sebanyak empat fasa itu melibatkan lima buah sekolah di wilayah Phang Nga bermula Disember 2015 yang lalu.

“Untuk fasa satu hingga tiga, tenaga pengajar UniMAP berkunjung ke Thailand untuk mengajar di lima sekolah yang terpilih iaitu Fahad Wittayathan School, Tarbiah Islamiah School, Darissalam Wittaya School, Baan Bosaen School dan Sangkhom Wittaya School.

“Manakala bagi fasa keempat dan terakhir ini, UniMAP telah  menjadi tuan rumah untuk sesi perbincangan dan perkongsian silibus pengajaran bahasa Melayu,”katanya.

Seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru dari wilayah Phangnga dan lima orang guru bahasa UniMAP telah menyertai program ini selama enam hari lima malam.

Dalam majlis penutup ini juga, UniMAP turut menyumbangkan buku dan wang tunai bagi tujuan pembangunan bahasa Melayu di wilayah Andaman Thailand selain sebagai memenuhi tanggungjawab khidmat masyarakat.

Arau, 29 September - Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus memacu kegemilangan bidang penyelidikan terutamanya dalam bidang geopolimer dan teknologi kejuruteraan apabila memeterai perjanjian awal dengan sebuah institusi pendidikan di India.

Perjanjian awal berbentuk surat hasrat (LoI) itu membabitkan CEGeoGTech UnIMAP dan Pusat Penyelidikan Konkrit Termaju (CACR) SRM Universiti yang berpangkalan di Chenai India.

UniMAP diwakili oleh Naib Canselornya, Datuk Prof. Dr Kamarudin Hussin, manakala SRM Universiti diwakili oleh Ketua Pusat Penyelidikan Konkrit Termau. Prof. Dr. Nirmalakumar P.Rajamane.

Yang turut hadir, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Bahan, Dr. Khairel Rafezi Ahmad dan Pengurus CEGeoGTech, Prof. Madya Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah.

Menurut Dr. Mustafa Al-Bakri, CeGeoGTech sebelum ini telah mewujudkan rangkaian kerjasama dengan beberapa negara antaranya Indonesia, Vietnam, Australia, Romania.

Justeru, ujar beliau, melalui perjanjian terbaru itu, CeGeoGTech akan terus memberi fokus terhadap penerbitan buku dan jurnal secara bersama, penyeliaan pelajar serta pertukaran pelajar dan staf.

“SRM Universiti merupakan sebuah universiti swasta yang memulakan operasinya semenjak 1969 dan mempunyai beberapa buah kampus di India selain turut diiktiraf sebagai antara universiti swasta terbaik di India dan dalam masa yang sama turut menerima akreditasi daripada Accreditation Board for Engineering and Technology (ABET) bagi program-program teknologi kejuruteraan.

“Justeru, pemilihan universiti ini sebagai rakan kerjasama baru diharap dapat membantu mengembangkan penyelidikan teknologi hijau yang merupakan teras utama CeGeoGTech,” ujar beliau.

Terdahulu, CeGeoGTech turut mengadakan seminar berasakan geopolimer (GeoTALK 2015) yang disampaikan oleh Prof. Dr. Nirmalakumar yang merupakan antara penyelidik terawal dalam bidang geopolimer di India.

Dalam masa yang sama juga, atas kepakaran yang ada, pihak CEGeoGTech telah bersetuju melantik Prof. Dr. Nirmalakumar sebagai penasihat penyelidikan CeGeoGTech untuk tempoh dua tahun.

Kangar, 28 September – Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Brig. Jeneral Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin menyeru agar budaya berkorban dikekal dan dilaksanakan oleh warga universiti tersebut pada setiap tahun.

“Saya berharap agar amalan berkorban ini diteruskan saban tahun melalui potongan bulanan yang ditawarkan oleh UniMAP kepada kakitanganya.

“Hal ini kerana, rezeki yang diperolehi adalah lebih berkat sementelah sebahagian dari hasil korban ini disedekahkan kepada rumah kebajikan di negeri Perlis,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ibadah Korban peringkat UniMAP yang diadakan di Kubang Gajah pada Hari Raya Aidiladha ke – 3 di Kampus UniMAP Kubang Gajah, baru-baru ini.

Beliau berbangga kerana ibadah korban ini sudah menjadi amalan dan sebati dengan warga UniMAP yang melaksanakannya saban tahun walaupun dalam keadaan ekonomi negara yang kurang memberangsangkan ketika ini.

UniMAP menumbangkan 14 ekor lembu dan tiga ekor kambing pada majlis tersebut dan sebahagian hasil sembelihan disedekahkan pada lima buah rumah kebajikan sekitar Perlis.

Rumah kebajikan tersebut adalah Pusat Jagaan Hembusan Kasih; Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Rumah Teduh Perlis; Asrama Yayasan Saad; Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Teratak Rahmat; dan Rumah Kanak – Kanak Arau.

Datuk Kamarudin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Naib – Naib Canselor/Rektor Universiti – Universiti Awam Malaysia (JKNCR) berharap agar amalan berkorban ini akan dibudayakan oleh semua universiti bukan sekadar memenuhi tuntutan agama malah untuk mendekat dan mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan dan pelajar universiti.

Kangar, 28 September - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraikan 1500 pelajar dan staf UniMAP yang tidak dapat pulang berhari raya dalam Majlis Jamuan Raya Aidiladha yang diadakan pada hari raya pertama di Kampus UniMAP Uniciti Alam di Sungai Chuchuh baru-baru ini.

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jeneral Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin dalam ucapan aluannya berkata, inisiatif untuk mengadakan majlis ini adalah untuk memberikan kegembiraan kepada pelajar dan staf UniMAP yang tidak pulang berhari raya.

“Rata-rata mereka adalah staf dan pelajar tempatan dan antarabangsa yang jauh dari kampung halaman dan terpaksa menghabiskan cuti hari raya di sini.

Beliau berharap walaupun majlis yang diadakan adalah serba sederhana, namun ianya adalah salah satu cara untuk menggembira dan menghilangkan kerinduan menyambut hari raya bersama keluarga.

 “Walaupun saya tahu kegembiraan itu tidak akan sama dengan menyambutnya bersama keluarga tersayang tetapi inilah UniMAP yang inginkan setiap warganya gembira dan bahagia walau dalam apa jua keadaan,’ katanya.

Kangar, 23 September – Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Brig. Jeneral Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin menegaskan pelajar ambilan kedua bukan bertaraf kelas kedua dan mereka akan menerima layanan yang sama seperti pelajar kemasukan pertama.

UniMAP menerima pelajar-pelajar ini tanpa syarat yang bermaksud tiada istilah anak tiri atau double standard bagi membezakan mereka ini dengan pelajar kemasukan pertama dahulu.

 “Mereka juga akan menikmati segala bentuk kemudahan sama seperti pelajar kemasukan pertama yang mendaftar pada 1 September dahulu dan inilah budaya UniMAP yang mana kami berjanji memberikan perkhidmatan terbaik kepada pemegang taruh kami iaitu pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya dihadapan 421 pelajar baharu UniMAP dalam Majlis Sambutan Siswa Siswi yang diadakan di Dewan Kecemerlangan, Kompleks Dewan Kuliah Kampus Induk UniMAP Pauh Putra, semalam.

Mereka terdiri daripada 210 lelaki dan 211 perempuan yang mendaftar bagi pengambilan kedua sidang akademik 2015/2016 dalam majlis Pandaftaran Pelajar dan Taklimat Ibu Bapa pada 18 September 2015 lalu.

Tambahnya lagi, pelajar ini juga akan ditempatkan 100 peratus dalam kolej kediaman mengikut bidang pengajian bagi memudahkan pergerakan mereka dalam kampus UniMAP yang bersifat teragih dengan menggunakan bas sebagai pengangkutan utama.

Datuk Kamarudin nyata gembira dengan kemasukan pelajar kali ini yang jumlahnya melebihi sasaran yang diletakkan oleh UniMAP.

“Kita menyasarkan hanya 400 pelajar pada kemasukan kedua ini namun diluar jangka apabila menerima lebih dari jumlah yang kita sasarkan.

Untuk rekod, pada sesi kemasukan pertama UniMAP menerima 2970 pelajar yang terdiri daripada 1112 lelaki dan 1437 perempuan bagi mengisi 37 program pengajian akademiknya.

Terkini, UniMAP yang berusia 13 tahun mempunyai lebih 13,000 pelajar pelbagai jurusan yang memenuhi enrolmen universiti tersebut.

 

ARAU, 21 Sept (Bernama) -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) menjalinkan kerjasama strategik untuk menganjurkan Program Kepimpinan Wanita, tahun depan.

Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin berkata program yang turut melibatkan kerjasama Josai International University, Jepun itu bertujuan melahirkan pemimpin wanita dalam kalangan graduan UniMAP.

"Program ini adalah program nilai tambah khusus untuk melahirkan graduan yang bijak secara menyeluruh dalam aspek akademik," katanya selepas menandatangani surat hasrat (LoI) antara UniMAP dan YTF sempena Istiadat Konvokesyen Ke-10 UniMAP, di universiti berkenaan, di sini hari ini.

YTF diwakili Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil manakala UniMAP oleh Kamarudin, pada majlis menandatangani LoI itu.

Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMAP Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, berkenan berangkat menyaksikan majlis itu.

Turut hadir, Anggota Lembaga Pemegang Amanah YTF Datuk M Rajeskaran dan Pengarah Pusat Bahasa Antarabangsa (PBA) UniMAP Prof Dr Harshita Aini Haroon.

Kamarudin berkata ketiga-tiga pihak kini dalam fasa akhir perbincangan untuk memperincikan pelaksanaan program itu serta tanggungjawab masing-masing.

Dalam pada itu, beliau berkata semua peserta akan mengikuti kursus bahasa Jepun di PBA selama dua hingga tiga bulan, sebelum berlepas ke negara berkenaan bagi mengikuti program tersebut.

Katanya Anjung UniMAP Kuala Lumpur di Menara Datuk Onn pula, akan dijadikan pejabat operasi program itu.

Beliau berkata perbincangan awal berhubung program itu telah diadakan di Jepun pada Julai lepas, bersempena Program Musim Panas Asia (ASP) 2015.


-BERNAMA-

Kangar, 22 September – Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Brig. Jeneral Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin menyeru semua siswazah agar berubah sikap dan tidak terlalu memilih pekerjaan.  

“Bagi saya masalah pengangguran ini bukanlah disebabkan pihak universiti tidak melahirkan graduan yang berkualiti, tetapi lebih kepada sikap siswazah sendiri yang terlalu memilih dalam pekerjaan.

“Di samping itu, masalah utama yang sering dihadapi oleh kebanyakan siswazah ialah tidak mempunyai “soft skill” yang baik serta masalah pengunaan Bahasa Inggeris yang lemah”, katanya ketika berucap semasa merasmikan Majlis Penutup Festival Konvokesyen ke – 10 UniMAP di Dataran Boulevard Kampus Induk UniMAP Pauh Putra, malam tadi.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan.

Menurut Datuk Kamarudin, masalah pengangguran bukanlah masalah yang baharu dihadapi oleh siswazah di negara kita.

“Namun, masalah ini dikhuatiri akan lebih meruncing apabila penawaran peluang pekerjaan yang tidak selari dengan pengajian di universiti, selain didorong oleh persepsi pihak industri yang masih kurang yakin terhadap kualiti para graduan,” katanya.

Tambahnya lagi, bagi mengatasi masalah yang dihadapi kebanyakan siswazah ini, pihak UniMAP telah mewajibkan setiap mahasiswa untuk mengikuti kursus yang dipanggil ‘7 Pillars’ kepada pelajar ingin bergraduasi.

“Hasil program ini mahasiswa yang bergraduasi akan lebih holistik serta mempunyai ‘generic skill’ yang baik,” katanya.

Majlis tersebut diserikan lagi dengan persembahan daripada Dayang Norfaizah dan artis budaya UniMAP.

PAUH PUTRA, 19 Sept (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan bahawa pelajar adalah permata berharga dan perlu dididik dengan nilai-nilai yang mengupayakan mereka menghadapi godaan dan cabaran mendatang.


Menurut baginda nilai-nilai tersebut harus berkembang seiring dengan tuntutan agama bagi menjadi pendinding apabila mereka memasuki alam pekerjaan dan mempertahankan integriti.

"Ibu bapa sebagai pendorong utama hendaklah menunjukkan contoh dan teladan baik supaya terus menjadi ikutan dan pembinaan keperibadian anak-anak mereka walaupun selepas tamat belajar di universiti.

"Negara akan kecewa jika mereka yang bergelar graduan mudah kecundang dengan godaan dan cabaran," titah baginda yang juga Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada sidang pertama istiadat konvokesyen ke-10 universiti itu di sini, Sabtu.

Seramai 2,441 graduan menerima ijazah dan diploma mereka dalam lima sidang bermula Sabtu, Ahad dan Isnin.

Sempena konvokesyen itu Tuanku Syed Faizuddin berkenan menganugerahkan ijazah kehormat kepada dua tokoh yang banyak berbakti, berkorban tenaga, idea dan kepakaran terhadap perkembangan UniMAP dan pembangunan sosio-ekonomi negara amnya.

Mereka ialah Pengarah Urusan merangkap ketua pegawai eksekutif Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ATSB) Datuk Prof Dr Ahmad Sabirin Arshad dianugerahkan ijazah kehormat Doktor Kejuruteraan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Datuk Redha Rafiq Abdul Razak (Ekonomi).

Rektor Universiti Karabuk di Turki, Prof Dr Burhanettin Uysal pula akan dianugerahkan ijazah kehormat Doktor Pengurusan pada sidang ke-5 Isnin ini.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah golongan muda yang bertenaga wajib menjalankan khidmat dengan amanah ibarat "maju negara kerana kemudi, maju masyarakat kerana akurnya janji, maju keluarga kerana indahnya budi pekerti."

"Kepada ibu bapa, saya ingin berpesan jangan biar anak-anak hanyut dan hidup bergelumang dosa kerana mereka akan turut terpalit akibat kesilapan anak.

"Didiklah anak-anak ikut resmi padi, 'makin tunduk makin berisi' bukan resmi tong kosong yang kuat bunyi tapi isi kosong dan membuang budaya primitif yang membelenggu perkembangan, sensitiviti dan produktiviti mereka," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin berharap graduan apabila bekerja mematuhi etika kerja dan undang-undang dengan penuh integriti kerana kepercayaan yang diberikan kepada mereka adalah amanah yang bukan boleh dijual beli.

"Generasi ini mesti dibina dengan penuh keimanan supaya mereka dapat melihat kebenaran, mengetepikan selisih faham, berhemah menangani masalah dan bijaksana agar organisasi yang disertai lebih perkasa, sejahtera dan aman," tambah baginda.

Pengerusi lembaga pengarah UniMAP, Datuk Prof Emeritus Ir Dr Zainai Mohamed dan Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin hadir pada konvokesyen tersebut.


-BERNAMA-

 

Kangar, 18 September – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini telah mengaktifkan bilik gerakan banjir dan ditempatkan sementara di Bilik Gerakan Jabatan Keselamatan UniMAP di belakang Bangunan Hong Leong Kangar di sini.

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jeneral Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata beliau telah mengeluarkan arahan agar Bilik Gerakan Banjir UniMAP diaktifkan bagi langkah keselamatan dan berjaga-jaga sekiranya keadaan banjir menjadi lebih buruk.

UniMAP sekarang sedang mengadakan beberapa program terbesar iaitu Istiadat Konvokesyen dan Festival Konvokesyen ke – 10 UniMAP serta kemasukan pelajar ambilan kedua.
Oleh itu, bilik gerakan ini bertanggungjawab untuk memantau keadaan semasa dan membantu staf dan pelajar sekiranya terlibat dalam bencana banjir,” katanya.

Kata Datuk Kamarudin lagi, keutamaan diberikan kepada staf atau pelajar yang terlibat dalam program di mana kami ingin memastikan segalanya berjalan mengikut perancangan asal.
Tambahan pula, UniMAP dalam masa terdekat ini akan dibanjiri lebih 2000 graduan yang datang untuk Istiadat Konvokesyen ke – 10 UniMAP yang bakal dijalankan bermula 19 hingga 21 September ini.
“Tidak ketinggalan, kita juga turut menjemput masyarakat sekitar untuk bersama-sama memeriahkan FestKon10 UniMAP yang diadakan bersempena Istiadat Konvokesyen di Dataran Boulevard bermula 16 September dan bakal berakhir pada 21 September nanti.

Dalam pada itu juga kita akan menerima lebih 300 pelajar ambilan kedua bagi sidang akademik 2015/2016 yang berlangsung awal pagi tadi,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Datuk Kamarudin juga menasihatkan semua warga UniMAP untuk mengutamakan keselamatan diri dan hanya membawa barangan penting sekiranya diarahkan untuk berpindah.  
Setakat pagi tadi, antara kawasan yang terlibat adalah Kubang Gajah, Kampung Gial, Padang Melangit, Arau dan Santan

ARAU 17 Sept. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, golongan mahasiswa perlu mencontohi semangat kesukarelaan di negara maju yang menyaksikan rakyatnya bersedia menghulurkan bantuan pada bila-bila masa tanpa terhad sewaktu musibah sahaja.

Baginda yang juga Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertitah, bantuan ini boleh dilakukan secara spontan seperti menjaga kebersihan persekitaran di samping melibatkan diri dalam penganjuran aktiviti sukan dan sebagainya.

“Apa yang penting semangat kesukarelaan bukan satu paksaan sebaliknya merupakan tanggungjawab sosial yang tidak berkonsepkan meraih populariti,” titah baginda ketika merasmikan Festival Konvokesyen Ke-10 (Festkon-10) UniMAP di Kampus Tetap Pauh Putra dekat sini malam tadi.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lai­latul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro Canselor UniMAP.

Yang turut hadir, Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin.

Sempena majlis itu, orang ramai dihiburkan dengan persembahan kebudayaan Universiti Uta­ra Malaysia (UUM) dan Universiti Thaksin, Thailand selain persembahan oleh penyanyi terkenal, Faizal Tahir.

Baginda bertitah, kesedaran untuk menjadi sukarelawan sepatutnya ada dalam diri setiap individu khususnya mahasiswa.

“Masyarakat di Barat misalnya, menghulurkan bantuan bukan dalam komuniti mereka sahaja sebaliknya melangkau sempadan sehingga ke Afrika, Amerika Selatan dan Asia,” titah baginda.

Baginda bertitah, mahasiswa perlu berazam menjadi juara bukan sahaja dalam aspek perpa­duan sebaliknya dalam menggalas peranan sebagai sukarelawan dengan penuh ikhlas dan dedikasi.

“Ingatlah cabaran yang datang selalunya adalah di luar jangkaan kita, tetapi ianya bukanlah menjadi ‘batu penghalang’ untuk kita mara ke hadapan jika kita sentiasa bersiap siaga,” titah baginda.

- www.utusan.com.my

 

Kangar, 12 September – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bakal menganjurkan pameran satelit angkasa bertempat di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTFSP) sempena Festival Konvokesyen Ke-10 (FestKon) mulai 16 September ini.

Naib CanselorDatuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, pameran yang bakal melibatkan kerjasama Astronautic Technology Sdn Bhd (ATSB) itu bertujuan untuk mendedahkan para pengunjung FestKon terutama di kalangan pelajar UniMAP dan pelajar sekolah-sekolah di utara tentang bidang satelit dan aeroangkasa.

Beliau yang juga Pengerusi ATSB berkata, sepanjang pameran yang dijadualkan berlangsung selama sebulan itu, ATSB turut akan membawa replika satelit RazakSAT bersama solar panel dan informasi bahan maklumat satelit yang dibangunkan oleh ATSB.

“Ini merupakan kali pertama pameran ini di bawa keluar dari Lembah Klang, justeru masyarakat di utara tanah air perlu mengambil peluang untuk mengunjungi pameran ini.

“Selain RazakSAT, pengunjung akan turut berpeluang melihat model satelit TiungSAT, MeaSAT dan lain-lain lagi, yang mana ia merupakan antara satelit kebanggaan negara” ujar beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Dr. Kamarudin, penganjuran pameran sebegini bakal memberikan pengalaman dan pendedahan baharu terutama berkaitan teknologi dan kepakaran syarikat Malaysia dalam bidang penyelidikan satelit.

Jelas beliau, ia juga bertujuan untuk mempromosikan serta menonjolkan kemampuan ATSB dan pada masa sama membuka minat pelajar untuk menceburi bidang satelit angkasa apabila tamat pengajian kelak.

“Tidak ketinggalan, ia juga merupakan sebahagian daripada proses perkongsian ilmu antara akademia dan industri yang merupakan salah satu teras Pelan Pengajian Pendidikan Malaysia (PPPM (PT)).

Beliau menambah, pameran tersebut dianjurkan tepat pada masanya apabila Ketua Pegawai Eksekutif ATSB, Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad bakal dianugerahkan Ijazah Kehormat (Kejuruteraan) pada Istiadat Konvokesyen UniMAP Ke-10 tahun ini.

 

PAUH PUTRA, 14 SEPTEMBER – Pasukan gabungan Media Prima dan Pharmaniaga muncul juara kategori terbuka  pada Cabaran Pencarian Harta Karun @ UniMAP sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2015,  yang diadakan di Kampus Pauh Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), baru-baru ini.

Dengan kutipan sebanyak 95 markah, gabungan Media Prima dan Pharmaniaga berjaya membawa pulang empat buah telefon bimbit.

Tempat kedua diraih pasukan Alumni UniMAP dengan jumlah pungutan sebanyak 69 markah, membawa pulang empat unit tablet dan tempat ketiga dimenangi Pasukan CIMA yang mengutip 49 markah serta membawa pulang empat unit barangan elektrik berupa ketuhar gelombang mikro untuk setiap ahli pasukan.

Hadiah disampaikan Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin. Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal,  Timbalan Penyelidikan dan Inovasi UniMAP, Prof. Dr. Abdul Hamid Adom, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan dan Pengurus Operasi UniMAP Holdings, Dr. Mohd. Najmudin Mohd. Hassan.

Sementara itu bagi kategori tertutup pula, dijuarai pasukan dari Pusat Pengajian Kejuruteraan dengan kutipan sebanyak 121 markah membolehkan mereka membawa pulang empat unit telefon bimbit.

Tempat kedua dimenangi pasukan Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan dengan 107 dan memperolehi empat unit tablet dan ketiga dimenangi Fakulti Teknologi Kejuruteraan dengan 104 markah serta membawa pulang barangan elektrik berupa termos air panas.

Terdahulu,sebelum pertandingan bermula, para peserta diberikan taklimat mengenai peraturan dan pembahagian kumpulan oleh  Dr. Mohd. Najmudin  selaku ketua urusetia.

Para peserta yang terdiri dari 43 pasukan, kemudiannya dilepaskan oleh  Datuk Kamarudin.

Menurut Dr. Mohd Najmudin, para peserta diberikan masa sebanyak lima jam 30 minit untuk menyelesaikan 50 soalan dan perlu mendapatkan klu di sekitar negeri Perlis.

“Sepanjang pertandingan, para peserta dikehendaki menyelesaikan beberapa cabaran seperti “What You See Is What You Get”, Soalan Bertema, Pencarian Harta, serta cabaran-cabaran fizikal di checkpoint utama termasuk permainan lapangan Woodball di Pusat Sukan UniMAP dan aktiviti bertemakan kemerdekaan di Kampus UniCITI Alam, Sg Chuchuh,’katanya.

Kangar, 12 September – Kumpulan seni persembahan, Indrasutra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dijemput untuk membuat persembahan sempena majlis resepsi sambutan Hari Kebangsaan 2015 Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi yang bakal diadakan pada 16 September ini.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, Indrasutra UniMAP merupakan kumpulan seni persembahan kedua dari Malaysia yang dijemput mengadakan persembahan di Abu Dhabi selepas kumpulan seni persembahan Istana Budaya pada tahun 2013 lalu.

Menurut beliau, delegasi tersebut yang diketuai oleh Pengarah Unit Kebudayaan dan Rekreasi (UKR) UniMAP, Mohd. Izwan Izhar Haris bakal mempersembahkan beberapa persembahan yang bertemakan seni kebudayaan masyarakat majmuk di Malaysia antaranya persembahan muzik, tarian, nyanyian, busana tradisi dan hadhrah.

Selain persembahan pada sambutan Hari Kebangsaan, beliau menjelaskan, kumpulan seni persembahan Indrasutra UniMAP turut dijadualkan membuat persembahan pada sambutan Festival Sajian Malaysia yang akan diadakan di Hotel Hilton, Abu Dhabi pada 15 dan 18 September.

“Saya difahamkan, majlis resepsi kebangsaan merupakan aktiviti kemuncak bagi sesuatu perwakilan, justeru pihak kedutaan sentiasa berusaha untuk menganjurkan majlis yang meriah dan menarik terutama dari aspek persembahan dan sajian yang dapat melambangkan identiti sesebuah negara.

“Justeru, saya menyeru delegasi UniMAP yang terlibat untuk mempamerkan persembahan terbaik sesuai dengan imej yang mereka bawa iaitu sebagai Duta UniMAP dan Malaysia,” ujarnya yang ditemui ketika menyampaikan amanat kepada ahli kumpulan seni persembahan Indrasutra UniMAP, di sini hari ini.

Kumpulan tersebut dengan kekuatan anggota seramai 11 orang terdiri dari pemuzik, penari, penyanyi dan juruacara bertolak dari Kangar ke Kuala Lumpur sekitar jam 12 tengah hari tadi dan dijadualkan menaiki penerbangan ke Abu Dhabi awal pagi nanti.

Menurut Dr. Kamarudin, jemputan membuat persembahan di luar negara merupakan satu penghormatan kepada UniMAP yang bukan terdiri daripada kumpulan penyanyi atau penari profesional.

“Ia merupakan sebahagian daripada usaha UniMAP untuk menaikkan reputasi kumpulan seni persembahan di Universiti Awam (UA) dan pada masa sama menonjolkan bakat kepada masyarakat luar,” ujarnya sambil menambah semua kos ditanggung sepenuhnya oleh pihak kedutaan.

Sementara itu, Mohd. Izwan Izhar berkata, pihaknya akan turut menyelitkan elemen kenegaraan dan patriotik untuk membangkitkan semangat patriotisme bertepatan dengan penutup sambutan Hari Kebangsaan 2015.

“Peluang ini merupakan medan terbaik untuk meningkatkan pengalaman kumpulan seni persembahan UniMAP di persada antarabangsa,” ujarnya lagi.

ARAU 12 September – Sempena dengan Festival Konvokesyen (FestKon) Ke-10 kali ini, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) buat pertama kali akan menggunakan logo baharu sebagai simbolik pesta itu telah dilangsungkan selama sedekad.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, logo baharu pada FestKon tahun ini melambangkan kecemerlangan UniMAP bukan sahaja dari segi akademik tetapi merangkumi aspek kokurikulum.

Katanya, usaha itu dapat dibuktikan apabila pada Ogos lalu, UniMAP telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Sukan Kakitangan Universiti Malaysia (Sukum) Kali Ke-40 sekali gus mengekalkan status juara bertahan lapan kali berturut-turut.

“Universiti yang menjadi kebanggaan rakyat Perlis ini turut menempa nama dalam bidang akademik apabila telah dinobatkan sebagai pemenang utama Pameran Inovasi Antarabangsa European Exhibition of Creativity and Innovation (Euroinvent 2015) di Pallas Mall, Lasi, Romania pada Mei lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pra-Pelancaran FestKon Ke-10, Cabaran Pencarian Harta Karun dan Kayuhan UniMAP sempena Bulan Kemerdekaan di Kampus Tetap Pauh Putra dekat sini hari ini.

Sebanyak 50 kenderaan terlibat dalam Cabaran Pencarian Harta Karun dan lebih 100 peserta terlibat dalam Kayuhan UniMAP.

Kamarudin berkata, pra-pelancaran FestKon Ke-10 itu bertujuan memberi hebahan kepada pelajar-pelajar UniMAP serta masyarakat setempat mengenai penganjuran pesta ini yang bermula pada 16 hingga 21 September ini.

Katanya, aktiviti kayuhan basikal itu bermula dari Kampus Tetap Pauh Putra ke pasar raya Cmart Arau sebagai satu simbolik pengumuman bahawa FestKon Ke-10 UniMAP sudah semakin hampir.

Katanya, peserta kayuhan juga akan berhenti di sekitar kawasan Pauh dan Arau untuk mengedar risalah kepada orang ramai.

Kamarudin berkata, UniMAP Holding pula menganjurkan Cabaran Pencarian Harta Karun yang terbuka kepada awam bagi menguji daya fikir para peserta selain berpeluang meneroka beberapa tempat menarik di Perlis.

“Saya percaya dengan program seumpama ini akan membantu promosi orang ramai untuk berkunjung ke FestKon-10 yang akan diadakan di Kampus Tetap Pauh Putra,” katanya.

Katanya, pada tahun ini juga terdapat variasi program dan penambahan jenis gerai jualan bagi menarik perhatian pengunjung. – Utusan Malaysia

Arau, 11 September – Tasik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang terletak di dalam kampus tetap UniMAP di Pauh Putra di sini, bakal menjadi tarikan terbaharu kepada pengunjung terutama di kalangan pelajar dan staf.

Naib Canselornya, Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, inisiatif menceriakan kawasan tasik itu diterajui oleh Jawatankuasa Keceriaan Kampus UniMAP yang dipengerusikan oleh Penolong Naib Canselor Komunikasi Korporat, Datin Prof. Dr. Zuraidah Mohd. Zin.

Menurut Dr. Kamarudin, hasrat untuk enceriakan kawasan tasik itu merupakan hasrat murni Universiti dalam usaha membangunkan kelestarian kampus secara menyeluruh dan bersungguh.

“Dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh barisan jawatankuasa ini, saya yakin bahawa tasik UniMAP bakal berubah wajah dalam masa yang terdekat ini melalui pelbagai inisiatif seperti meningkatkan kepelbagaian biodiversiti, menanam pokok serta membina pulau tiruan (pontoon).

“Adalah menjadi matlamat dan cita-cita universiti untuk mempunyai sebuah kampus yang bukan hanya sekadar mementingkan pembangunaan kejuruteraan, tetapi turut memberi penumpuan kepada alam sekitar dan ekosistem yang seimbang,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian selepas majlis Pra-Pelancaran Tasik UniMAP dan penyerahan cek sumbangan di sini hari ini.

Menurut Dr. Kamarudin, trek jogging juga akan dibina di sekeliling tasik untuk kemudahan warga kampus beriadah dan melakukan aktiviti sukan pada waktu petang.

Jelas beliau, walaupun pembinaan untuk fasa pertama hanya membabitkan laluan 250 meter tetapi ia sudah cukup menggembirakan warga kampus terutama para pelajar yang tinggal di dalam kampus tetap.

“Lebih membanggakan, projek keceriaan tasik UniMAP ini merupakan kerjasama sukarelawan yang terdiri daripada kalangan pelajar dan juga staf universiti ini sendiri.

“Semua menunjukkan minat yang bersungguh dalam melakukan kerja sukarelawan sebegini demi menceria dan mencantikkan lagi kawasan termasuk kakitangan yang menyumbangkan wang ringgit untuk membeli batu bata bagi menyiapkan trek jogging ini,” jelas beliau.

Beliau menambah, selain mennjadi tempat tumpuan kepada seluruh warga kampus beriadah dan beristirehat, pembukaan tasik UniMAP turut memiliki potensi besar terutamanya dalam penyelidikan terutama kajian biodiversiti dan ekosistem yang berimpak tinggi.

“Oleh itu, projek menceria dan menghijaukan tasik kita ini bukan hanya sekadar usaha “one-off” tetapi mesti diteruskan di masa akan datang kearah pembangunan kelestarian yang menyeluruh demi menjadikan UniMAP sebagai sebuah kampus hijau yang tersohor di utara tanah air,” ujarnya.

Arau, 11 September – Pelbagai program dan aktiviti menarik telah disusun sepanjang Festival Konvokesyen (FestKon) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kali ke-10 yang bakal dirasmikan 16 September ini termasuk persembahan dari artis terkenal negara Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir.

Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniMAP, Prof. Madya Razli Ahmad berkata, pihaknya menyasarkan sekitar 100,000 pengunjung berkunjung ke festival yang bakal berlangsung selama enam hari itu.

Ujar beliau, UniMAP juga turut menjalinkan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan pengangkutan MyBas untuk memudahkan masyarakat luar hadir memeriahkan festival yang berlangsung di kampus tetap UniMAP Pauh Putra.

“Hasil perbincangan, pihak MyBas dari pelbagai lokasi yang ada sekarang ini akan masuk ke dalam kampus UniMAP mulai 16 September ini sehingga ke hari terakhir Festival iaitu pada 21 September.

“Dengan cara ini kami berharap masyarakat dari seluruh Perlis akan hadir memeriahkan acara yang disusun,” katanya ketika ditemui pada majlis Pra Pelancaran dan pelancaran logo baru FestKon di sini hari ini.

Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin. Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya. Dr. Mohd. Fo’ad Sakdan.

Menurut Razli lagi, pengunjung festival juga berpeluang menghadiri sesi perkongsian ilmu Sains dan Al-Quran oleh penceramah terkenal, Dr. Danial Zainal Abidin.

Jelas beliau, untuk FestKon ke-10 ini, ia bakal menggabungkan elemen sains, pendidikan dan hiburan bagi memastikan setiap program yang disajikan bukan sekadar untuk berhibur tetapi pada masa sama turut memberikan ilmu dan manfaat.

“Sebagai sebuah universiti berteraskan kejuruteraan dan teknologi, gabungan elemen ini secara tidak langsung akan mengurangkan keasyikan pelajar terhadap  aktiviti yang tidak berfaedah.

“Beberapa personaliti dan ikon dakwah akan turut hadir memeriahkan acara antaranya Amin Idris, Ahmad Fedtri Yahya, PU Azman, Ustazah Isfadiah dan Farah Asyikin,” jelasnya lagi.

Kangar, 11 September – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan memberi fokus kepada peningkatan dan penglibatan dalam program mobiliti pelajar mulai tahun ini dalam usaha untuk terus meningkatkan reputasi akademik di peringkat antarabangsa dan tempatan.

Bagi menjayakan program tersebut, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, pihaknya telah merangka beberapa aktiviti inbound dan outbound membabitkan pelajar UniMAP dengan Institusi Pendidikan Tinggi di dalam dan luar negara serta aktiviti pelajar dari luar di UniMAP.

Jelas beliau, ia merangkumi program pertukaran pelajar, lawatan akademik, program musim panas dan beberapa lagi yang akan berjalan untuk tempoh minimum selama tiga minggu.

Ujar beliau lagi, untuk tahun ini, seramai 18 pelajar UniMAP telah dihantar mengikuti program Musim Panas Asia (ASP) di Jepun mulai 4 hingga 28 Julai lalu yang mana ia turut disertai oleh tiga orang tenaga akademik UniMAP.

Terkini, Dr. Zul Azhar berkata, UniMAP telah menerima tiga kumpulan pelajar luar untuk mengikuti program mobiliti di UniMAP dengan kumpulan pertama terdiri daripada 13 pelajar Nahda University, Egypt yang tiba di UniMAP 23 Ogos lalu.

“Kumpulan berikutnya ialah dua pelajar dari Universiti Andalas Indonesia yang bakal berada di UniMAP selama dua bulan bagi mengikuti pengajian dalam bidang Matematik.

“Bagi kumpulan terakhir pula, ia terdiri daripada tujuh orang pelajar tahun 3 program Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang akan meneruskan pengajian mereka selama satu semester,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis makan malam meraikan peserta program mobiliti pelajar UniMAP di Hotel Seri Malaysia di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin, Pengarah Pusat Hal Ehwal Antarabangsa, Prof. Dr. Rosni Bakar, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar (PPKAS), Dr. Nasrul Hamidin serta para pensyarah yang terlibat.

Menurut Dr. Zul Azhar, UniMAP sebelum ini turut  telah menghantar dua pelajar dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar (PPKAS) untuk menjalani program outbound mobiliti di UTHM dalam semester ketiga yang telah berlangsung selama lapan minggu di  UTHM. 

Ujar beliau, perlaksanaan program tersebut bukan sahaja melibatkan pemindahan kredit  pelajar, sebaliknya ia dapat memberi ruang dan peluang untuk para pelajar meluaskan pengalaman, pembelajaran, mempelajari budaya dan nilai-nilai murni institusi dan mewujudkan jaringan komunikasi sesama pelajar dan tenaga pengajar.

“Semua pelajar yg mengikuti program mobiliti ini akan mendapat kredit pengajian yang mana ia akan disetarakan dgn kursus-kursus yang mereka ambil di universiti asal.

“Melalui inisiatif ini, UniMAP berharap, sasaran menjadi antara 500 universiti terbaik di dunia pada tahun 2020 dapat direalisasikan,” ujarnya lagi.

Kangar, 7 Sept – Nama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus menjadi sebutan apabila tiga projek pelajar tahun akhirnya berjaya tersenarai sekaligus meraih beberapa anugerah dalam pertandingan akhir ‘Innovate Malaysia Design Competition 2015’ yang berlangsung pada 17 hingga 18 Ogos lalu bertempat di Connexion@Nexus Bangsar South Kuala Lumpur.

Ketiga-tiga projek tersebut adalah hasil kumpulan pelajar dari Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Mikroelektronik UniMAP yang terpilih selepas melalui beberapa tapisan sebelum disenaraipendek sebagai antara 35 projek bagi pertandingan akhir.

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jeneral Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin ketika dihubungi menyifatkan bukan sesuatu yang mudah untuk berada dalam kelompok 35 kumpulan terbaik kerana penganjur memaklumkan telah menerima sebanyak 403 penyertaan dari 26 universiti awam dan swasta seluruh Malaysia tetapi hanya  290 penyertaan telah dipilih untuk menyertai pertandingan ini.
“23 projek UniMAP turut berada dalam kelompok 290 projek yang terpilih dan selepas melalui dua saringan serta sesi pembentangan bersama jurutera pada Mei 2015, hanya tiga projek dari UniMAP bagi laluan Altera dan Silterra telah berjaya disenaraipendek dari 35 projek yang terpilih dalam tujuh laluan syarikat ke peringkat akhir,” katanya.

Tambahnya lagi, pertandingan ini sangat mencabar apabila pelajar perlu membentangkan projek mereka mengikut laluan tujuh syarikat yang dipilih dan diadili oleh panel-panel daripada pihak industri, MDEC, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan TalentCorp bagi setiap anugerah yang ditawarkan.

Tujuh syarikat yang menaja anugerah bagi pertandingan itu adalah Altera, Intel, Keysight, MathWorks, Microsoft, National Instruments, Silterra/CEDEC dengan kerjasama TalentCorp dan Dreamcatcher.
Namun Datuk Kamarudin berhasrat untuk menghantar lebih banyak penyertaan dalam pertandingan seumpama ini sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kualiti produk penyelidikan selain penghasilan jurutera yang kompeten di peringkat Malaysia dan juga global.

Projek pertama yang menerima anugerah Altera adalah hasil penyelidikan  Muhammad Rizwan Che Noh, Muhammad Ibrahim Abdul Samad dan Muhammad Azim Jamil yang diselia Mohd Natashah Norizan dan Ili Salwani Mohamad bertajuk Smart Environment Monitoring and Cleaning System of Photovoltaic Modules Using IoT Technology berjaya meraih tempat ketiga dan menerima wang tunai RM 1000.00 beserta DE1 SoC Development and Education Board dan perisian Altera Complete Design Suite (ACDS).

Manakala projek kedua yang juga menerima penghargaan Altera adalah projek seliaan Prof. Madya Dr Yufridin Wahab melalui pelajarnya Hanisah Ibrahim bertajuk Shoe Insole Using FPGA Implementation memenangi hadiah saguhati berupa wang tunai RM 500.00.

Bagi laluan Silterra pula, projek UniMAP yang menerima pengiktirafan tempat ketiga bertajuk Design of Low Power Consumption LED Driver dijalankan oleh Cheng Yihui dan Guy Kang Guan dibawah seliaan Prof Dr Sudhanshu Shekhar Jamuar. Mereka menerima wang tunai RM 1000.00 dan baucer fabrikasi MPW- Multi Project Wafer bernilai RM 30 000.00 dari syarikat Silterra.
Bagi penyelia projek, Mohd Natashah nyata berpuas hati dengan keputusan yang diraih oleh pelajarnya kerana pertandingan ini adalah platform yang baik untuk mendedahkan pelajar tahun akhir mengenai kehidupan sebenar sebagai jurutera.

“Pertandingan ini juga melatih mereka untuk bekerjasama dalam kumpulan, mengasah kemahiran pembentangan profesional dan mengasah pemikiran kritikal.
“Tidak ketinggalan ianya memberi peluang kepada pelajar, pensyarah dan pihak industri untuk bertemu dan bertukar pendapat dalam memapankan lagi strategi pengeluaran graduan yang berkualiti dan bermanfaat kepada industri,” katanya.

Selain itu, kami juga mendapat perkongsian teknologi terkini daripada pihak industri dan cara penggunaannya untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat kearah yang lebih baik.

Majlis perasmian dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin. Manakala penutupannya pula dilaksanakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Seri Abdul Wahid Omar.  

Selain UniMAP, universiti lain yang terpilih ke pertandingan akhir adalah Universiti Putra Malaysia (4 kumpulan), Universiti Teknologi Mara (9 kumpulan), Universiti Teknologi Swinburne (3 kumpulan), Universiti Teknologi Petronas (1 kumpulan), Universiti Sains Malaysia (4 kumpulan), Universiti Kuala Lumpur (1 kumpulan), Universiti Malaysia Pahang (1 kumpulan),

Tidak ketinggalan, Universiti Kebangsaan Malaysia (1 kumpulan), Universiti Teknologi Asia Pasifik (1 kumpulan), Kolej Universiti KDU (1 kumpulan), Universiti Teknologi Malaysia (4 kumpulan), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (1 kumpulan) dan Universiti Multimedia (1 kumpulan) turut memeriahkan pertandingan akhir.

Innovate Malaysia Design Competition adalah pertandingan pelbagai disiplin kejuruteraan yang terbuka kepada pelajar tahun akhir bidang kejuruteraan dan sains komputer di Malaysia yang berobjektif untuk memupuk budaya dan daya pemikiran kearah inovasi di kalangan graduan universiti.

Selain itu, ianya adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam kejuruteraan, memupuk minat yang mendalam dalam reka bentuk kejuruteraan, serta mempromosikan hubungan antara pihak universiti-akademia.

Untuk rekod, tahun ini merupakan tahun ketiga berturut-turut UniMAP berjaya menempatkan diri sehingga ke peringkat akhir. Innovate Malaysia Design Competition telah diperkenalkan pada tahun 2011 dan UniMAP telah mula menyertai pertandingan ini pada tahun 2013 dengan 2 projek dari laluan Altera dan Silterra masing-masing memenangi tempat ketiga dan saguhati.

Manakala pada tahun 2014 pula, 1 projek UniMAP telah berjaya ke pertandingan akhir dan menerima hadiah saguhati. Apa yang menarik keseluruhan peserta yang berjaya terpilih ke peringkat akhir ini adalah dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik.


Muhammad Rizwan Che Noh, Muhammad Ibrahim Abdul Samad & Muhammad Azim Jamil bersama dengan penyelia Encik Mohd Natashah Norizan dan Cik Ili Salwani Mohamad dengan tajuk “Smart Environment Monitoring and Cleaning System of Photovoltaic”. Turut bersama adalah Senior Manager Altera,Mr EeKhon


Cheng Yihui& Guy Kang Guan dengan tajuk “Design of Low Power Consumption LED Driver"


Hanisah Ibrahim bersama penyelianya Prof. Madya Dr.Yufridin Wahab dengan tajuk “Shoe Insole Using FPGA Implementation”


Wakil dari Talent Corp bertanyakan soalan semasa proses penilaian.


Wakil dari jurutera Silterra/CEDEC semasa proses penilaian.

Kangar, 7 September – Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang juga Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail nyata raja berjiwa rakyat apabila sanggup turun padang memeriahkan Program Minggu Suaikenal (MSK) UniMAP bagi Sidang Akademik 2015/2016 yang berlangsung bermula 1 September lepas dan berakhir Sabtu lalu.

Baginda berbesar hati hadir pada program Taklimat Waris, Ceramah Bicara Ad-din dan Majlis Ramah Mesra yang masing-masing berlangsung pada 1, 3 dan 5 September lepas.
Naib Canselor UniMAP, Brig. Jeneral Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin ketika dihubungi nyata gembira kerana buat pertama kalinya baginda hadir pada Majlis Ramah Mesra yang juga merupakan majlis penutup MSK.

“Tuanku Canselor UniMAP adalah raja berjiwa rakyat kerana sudi berangkat hadir pada majlis perasmian MSK sekaligus menyampaikan titah ucapan perasmiannya pada program tersebut.
Tetapi keberangkatan baginda pada majlis penutup MSK iaitu Majlis Ramah Mesra yang diadakan pada malam Sabtu lalu adalah sesuatu yang tidak disangkakan,” katanya.

Tambahnya lagi, perkara ini adalah tidak dijangkakan apabila baginda menyatakan hasrat untuk melihat persembahan pelajar baru UniMAP yang mendapat latihan dalam masa yang cukup singkat.
Tidak ketinggalan baginda juga turut serta dalam Ceramah Bicara Ad-din yang disampaikan oleh Mufti Negeri Perlis, Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersama-sama lebih 2000 pelajar baru UniMAP bagi sesi kemasukan 2015/2016.

Untuk rekod, baginda telah dilantik sebagai Canselor UniMAP yang pertama oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bermula pada 1 September 2003.

SUNGAI CHUCUH, 5 SEPTEMBER –Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan menumpukan pembangunan sukan di kalangan mahasiswa agar setanding dengan pencapaian stafnya pada tahun 2015.

Naib Canselor UniMAP, Briged. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, kejayaan staf UniMAP bukanlah sesuatu yang baharu malah, telah lapan kali berturut-turut muncul juara keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Kakitangan Universiti Malaysia (SUKUM) sejak 2008.

UniMAP mahu para pelajar mengikut jejak yang sama seperti staf, kerana kita mementingkan keseimbangan antara bidang akademik dan sukan.

“Kita tidak mahu, graduan yang hanya cemerlang di dalam bidang akademik semata-mata tetapi gagal sebaliknya oleh itu segala kemudahan telah disediakan agar para pelajar dapat menggunakan sebaiknya kemudahan-kemudahan ini,”katanya ketika berucap pada Program Senam Ria Bersama Naib Canselor sempena Minggu Suaikenal UniMAP sidang Akademik 2015/2016 di sini.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Foad Sakdan.

Lebih 3’000 warga UniMAP yang terdiri daripada pelajar dan staf menyertai program senamria tersebut yang juga dijadikan medium perjumpaan mingguan bersama pihak pengurusan.

Ujar Kamarudin lagi, UniMAP juga juga mempunyai staf-staf yang terdiri dari atlet-atlet yang mewakili Malaysia, seperti atlet angkat berat, Mohd Faiz Musa, atlet lompat berpagar lelaki, Mohd Robani Hassan, dan bekas raja pecut Asia Tenggara, Nazmizan Muhammad.

“Segala pengalaman dan kemahiran yang dimiliki mereka ini akan digunakan sepenuhnya untuk membangunkan sukan para pelajar agar menjadi sebuah universiti yang disegani.

“Saya ingin mengenepikan stigma bahawa pelajar kejuruteraan dan teknologi tidak aktif bersukan sebaliknya saya ingin memberi cabaran kepada anak didik saya untuk meningkatkan reputasi sukan UniMAP di kalangan pelajar di Universiti Awam (UA) lainnya, “katanya lagi.

 

 

PAUH PUTRA (Arau), 4 Sept (Bernama) -- Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan para pendakwah dan agamawan berhati-hati menyampaikan ajaran supaya tidak terbawa ilmu yang diragui kebenarannya.

Menurut beliau dalam keadaan banyak hadis-hadis palsu yang kemungkinan mempengaruhi umat Islam, golongan pendakwah dan agamawan hendaklah mempastikan penyampaian ilmu bersumberkan al-Quran dan sunah.

"Agama terletak atas dasar dalil, bukan atas dasar taklid (menurut tanpa ilmu)," kata Mohd Asri ketika menyampaikan ceramah program Bicara Ad-din sempena Minggu Suai Kenal Siswa Siswi Baru Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Sidang Akademik 2015/2016, di kampus induk di sini Khamis malam.

Program anjuran bersama Pusat Islam UniMAP dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Mufti Perlis itu dihadiri lebih 1,000 orang.

Raja Muda Perlis merangkap Tuanku Canselor UniMAP Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Pro Canselor yang juga Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan hadir.

Mohd Asri berkata kerajaan Perlis komited memelihara pegangan agama Islam yang suci bebas daripada unsur-unsur syirik dan khurafat.

-- BERNAMA

Arau, 3 Sept – Para pelajar yang baru mendaftar bagi mengikuti pengajian sesi akademik 2015/2016 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) perlu menanamkan semangat cinta dan sayangkan UniMAP bukan sahaja sepanjang tempoh pengajian sebaliknya sehingga bergelar Alumni.

Naib Canselor UniMAP, para pelajar baru sewajarnya berasa bangga kerana tergolong dalam kategori 49.6 peratus pelajar yang mendapat tempat di Universiti Awam (UA) daripada keseluruhan 100,536 pelajar yang memohon kemasukan ke UA.

Para pelajar juga, ujar beliau, perlus sentiasa berpegang kepada moto universiti iaitu “Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan” dalam mendepani alam kehidupan di kampus.

“Tanamkan rasa syukur dalam diri masing-masing kerana menjadi insan terpilih yang menerima tawaran kemasukan sesi pertama dan pupuklah semangat cintakan universiti memandangkan pelajar kini merupakan sebahagian daripada keluarga besar UniMAP,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Sambutan Siswa Siswi dan Ikrar Akujanji pelajar baru di Dewan Ilmu, Kampus UniMAP Pauh Putra di sini baru-baru ini.

Bacaan ikrar diketuai oleh pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan, Muaz Fakhruddin Muzaffar.

Pada sesi kemasukan1 September lalu, UniMAP menawarkan 3,129 tempat dan bilangan pelajar yang hadir mendaftar ialah seramai 2,548 sekaligus melebihi 80 peratus kehadiran bagi mengikuti 37 program pengajian yang ditawarkan di UniMAP.

Daripada jumlah tersebut, 1,437 merupakan pelajar perempuan manakala baki 1,111 merupakan pelajar lelaki.

Menurut Dr. Kamarudin lagi, UniMAP sehingga kini telah melahirkan lebih daripada 12,000 graduan dan daripada jumlah tersebut lebih 90 peratus telah mendapat pekerjaan, menyambung pengajian atau menjalankan perniagaan sendiri.

Lebih membanggakan, ujar beliau, lebih 200 alumni kini sedang berkhidmat di UniMAP dalam pelbagai jawatan akademik dan bukan akademik.

Jelas beliau, Prof. Madya Ir. Dr. Mohd. Faizal Jamlus merupakan antara graduan sulung UniMAP yang berdepan pelbagai cabaran memandangkan pada ketika itu UniMAP belum memiliki kampus tetap dan kemudahan pembelajaran yang sempurna seperti sekarang.

“Namun, beliau membuktikan dengan keazaman tinggi, beliau bukan sahaja berjaya mendapatkan Ijazah sebaliknya terus menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Kedoktoran dan kini bergelar Profesor Madya di Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan di UniMAP serta mempunyai sijil profesional jurutera pada usia baru mencecah 34 tahun,” ujar beliau lagi.

Jelas Dr. Kamarudin, pada usia 14 tahun penubuhan, UniMAP kini telah berkembang pesat dan mencipta pelbagai kejayaan di dalam dan luar negara termasuk memperbaiki kedudukan di kedudukan 226 terbaik di Asia berbanding kedudukan ke 242 pada tahun lalu.

Katanya, kecemerlangan universiti bergantung kepada kemampuan tenaga pensyarahnya untuk melonjakkan nama universiti melalui penyertaan yang lebih banyak sebagai profesor pelawat, membentang kertas kerja, penyelidikan dan kesemua ini akan membaiki tahap kecemerlangan universiti.

"Tugas melonjakkan nama universiti perlu dilakukan secara berpasukan. Oleh itu, saya sebagai Naib Canselor akan terus bekerja bersama-sama dengan pensyarah dan tenaga pengajar sebagai satu pasukan yang bertanggungjawab bukan sahaja kepada pelajar dan pensyarah tetapi juga melibatkan ibu bapa,” jelas beliau.

PAUH PUTRA (ARAU), 1 Sept (Bernama) -- Perkembangan teknologi yang memudahkan segala isu dan perkara dibincangkan secara terbuka bukanlah 'lesen' atau alasan untuk golongan mahasiswa khususnya, melanggar kebebasan demokrasi.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah hak dan kebebasan bersuara juga bukan alasan yang membolehkan sesuatu kaum mempersendakan amalan agama kaum lain dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia.

"Mutakhir ini, negara diduga dengan pelbagai cabaran berkaitan ekonomi, politik, sosio budaya, jenayah dan perkembangan teknologi menyebabkan isu ini 'meledak' dibahaskan secara terbuka," titahnya.

Baginda bertitah demikian pada majlis taklimat waris sempena pendaftaran mahasiswa baharu sidang akademik 2015/2016 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Dewan Kecemerlangan UniMAP di sini Selasa.

Berangkat sama pada majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Tuanku Pro-Canselor UniMAP.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin dan pegawai-pegawai kanan universiti itu.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor UniMAP turut menyeru kepada mahasiswa, ibu bapa dan penjaga agar bertanggungjawab apabila memuat naik sebarang status, gambar atau berkongsi artikel yang sensitif dan diragui kesahihannya.

"Jangan sekali-kali melakukan provokasi kerana tindakan sebegini bakal mengundang pergaduhan dan kebencian kaum selain melanggar undang-undang negara," titah baginda.

Terdahulu, Kamarudin dalam ucapannya berkata pengambilan baharu itu membabitkan 3,129 pelajar iaitu 1,379 lelaki dan 1,750 perempuan manakala pelajar asing pula seramai 170 orang dari 20 negara antaranya Myanmar, Yemen, Thailand, Somalia, Uzbekistan dan Indonesia.

Beliau berkata pelajar-pelajar baharu itu bakal mengikuti 23 program pengajian yang ditawarkan oleh 11 pusat pengajian UniMAP.

Katanya kebolehpasaran graduan UniMAP mencatatkan 86 peratus tahun lepas apabila mereka mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas graduasi.

-- BERNAMA

KANGAR, 21 September -  Pasukan RELASIS Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) muncul juara keseluruhan  Pertandingan Menembak RELASIS Peringkat Kebangsaan 2014, yang diadakan di Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan (PLRWS) Sungai Udang, Melaka baru-baru ini.

Kejayaan itu diperolehi selepas RELASIS UniMAP berjaya menjuarai bagi tiga daripada empat acara yang dipertandingkan.
Bagi acara Menembak Senjata Api Rifle Colt M16 A1 5.56mm, kategori Relawan  tempat pertama dan kedua diraih peserta dari pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik Sistem Tenaga UniMAP, Muhammad Nazaruddin Jamaluddin dan pelajar jurusan Kejuruteraan Pembuatan Mohd Khairulnazreen Zahari.

Dalam kategori Relawati bagi acara yang sama, Naib Johan telah dimenangi pelajar Keusahawanan Kejuruteraan, Amira Yazmien Mahmudin dan tempat ketiga diraih pelajar  jurusan Keusahawanan Kejuruteraan, Nurulfitriah Binti Zaidi.

Sementara itu, bagi acara Menembak Senjata Api Senapang Patah (Shot Gun 12 Bore) kategori Relawati, RELASIS UniMAP telah menyapu bersih tempat pertama hingga ketiga  oleh Nursyafiqah Asmidar Md Haza,  Pelajar Perniagaan Antarabangsa, Nordini Syuhada, Sahardi, Bioteknologi Industri dan Wan Nur Athirah  Wan Shaharudin,  Perniagaan Antarabangsa.

Manakala bagi kategori Relawan Mior Izrin Izwan M. Ibrahim pelajar Kejuruteraan Mekanikal muncul naib johan dan Mohd Hafizuddin Ab. Ghani, pelajar Keusahawanan Kejuruteraan memperoleh tempat ketiga.

Bagi acara Senjata Pistol 9mm kategori Pegawai Kehormat RELASIS IPT  pula, johan dan tempat ketiga  diraih Penguasa Ahmad Hifzurrahman Ridzuan dan Penguasa Faharol Zubir.

Menurut Komandan RELASIS UniMAP, Penolong Pesuruhjaya Kanan RELA, Prof. Madya Razli Ahmad berkata,kejayaan itu melayakkan RELASIS UniMAP untuk mewakili RELASIS IPT ke Pertandingan Menembak RELA Peringkat Kebangsaan pada 1 hingga 8 November juga di PLRWS Sungai Udang, Melaka.


“ Saya berharap dengan kejayaan yang diraih ini akan dapat menaikkan nama UniMAP seterusnya menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar untuk pengambilan baru RELASIS kali ini,”katanya.

Upacara perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah RELA Negeri Melaka Jimmy anak Jupiter Sambau.
Sebanyak empat IPTA mengambil bahagian dalam Pertandingan Menembak RELASIS Peringkat Kebangsaan 2014, Universiti Tun Hussein Onn dan Politeknik Merlimau,  mewakili Zon Selatan, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (Zon Timur) dan Universiti Malaysia Perlis (Zon Utara).

13 September 2013

JAKARTA, Indonesia -  Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini melantik Menteri Badan Usaha Milik Negara (BUMN) Indonesia, Dahlan Iskan sebagai Profesor Tamu universiti itu.

Peristiwa itu sekali gus menjadi lakaran sejarah terpenting dalam kalendar peristiwa UniMAP kerana Dahlan merupakan menteri Kabinet pertama dari negara asing yang diberi penghormatan itu.

Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMAP DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyerahkan watikah pelantikan itu kepada Dahlan yang juga tokoh kewartawanan yang disegani dalam satu majlis di Hotel Mandarin Oriental di sini hari ini.

Kepakaran Dahlan dalam bidang keusahawanan, kewartawanan dan sains menjadi teras utama pemilihan dan pelantikan beliau sebagai Profesor Tamu UniMAP, agar Menteri Indonesia itu dapat berkongsi ilmunya dengan para penuntut UniMAP.

Berucap dalam majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah UniMAP berharap Dahlan dapat berkongsi pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang kewartawanan kepada para penuntutnya selain membantu dalam bidang keusahawanan di universiti itu terutamanya dalam usaha mengkomersialkan produk penyelidikan.

“Pengalaman yang ada pada Dahlan boleh memberi manfaat besar kepada UniMAP khususnya dan sektor pendidikan di Malaysia umumnya untuk memberi motivasi dan inspirasi kepada generasi muda untuk berjaya seperti beliau.

“Pelantikan Dahlan juga adalah sejajar dengan matlamat dan rancangan UniMAP yang kini di peringkat akhir perancangan untuk mewujudkan jurusan pengajian Komunikasi Media Baharu.

"Kita juga mengharapkan Dahlan dapat bekerjasama dengan UniMAP dalam merangka strategi menggapai sasaran utamanya menjadi antara 500 universiti terbaik di dunia," titah baginda.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis merangkap Pro-Canselor UniMAP Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khali, Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin serta ketua-ketua ekskutif syarikat-syarikat milik negara Indonesia.

Sementara itu, Dr. Kamaruddin dalam ucapannya, berkata UniMAP menilai kepemimpinan Dahlan di syarikat media Jawa Pos Group dan Jawa Pos News Network, sebelum ini, sebagai tokoh berpengalaman luas.

Selain itu, ujar beliau, pengalaman luas yang dimiliki dalam bidang keusahawanan dan perniagaan juga turut menarik minat UniMAP untuk berkongsi kepakaran yang dimilikinya.

“Pembangunan akademik di UniMAP memerlukan kepakaran pelbagai pihak dalam bidang dan tugas yang berkaitan, seperti tugas mengajar, menyelidik, sebagai penasihat, memeriksa, merancang, mereka bentuk program akademik baru, dan sebagainya.

“Kepakaran akademik luar ini juga diwajibkan oleh Kementerian Pendidikan bagi sesetengah kes, seperti dalam penelitian ke atas program akademik baru, penubuhan pusat baru, dan sebagainya,” jelas beliau.

12 September 2013

JAKARTA, Indonesia – Delegasi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diketuai oleh Naib Canselornya, Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Menteri Badan Usaha Milik Negara Indonesia, Dahlan Iskan.

Kunjungan yang turut disertai oleh beberapa Dekan dan Ketua Jabatan UniMAP itu antara lainnya bertujuan menyerahkan surat tawaran pelantikan sebagai Profesor Tamu di universiti tersebut.

Dr. Kamarudin berkata, kunjungan tersebut merupakan satu formaliti sebelum penyerahan watikah Profesor Tamu.

“Selalunya pertemuan dibuat awal sebelum majlis, namun memandangkan tawaran ini diberikan kepada tokoh dari negara luar, makanya proses pertemuan dan penyerahan surat tawaran dibuat sehari sebelum penyerahan watikah.

“Dahlan sebelum ini, telah menyatakan persetujuan lisan untuk menerima tawaran UniMAP, dan kunjungan hari ini antara lainnya lebih kepada untuk memuktamadkan persetujuan secara bertulis,” ujarnya.

Dr. Kamarudin seterusnya berkata, meskipun Dahlan merupakan seorang Menteri di Indonesia, namun perwatakan beliau dan penerimaan beliau sewaktu pertemuan tersebut amat mengkagumkan.

“Kami tiba di pejabat beliau pada awal pagi dan ketika itu beliau sedang berpakaian sukan selepas berjoging dan melakukan senaman pagi. Beliau juga sangat ramah dan tidak terlalu protokol,” ujar beliau lagi.  

 

Info Tab Bawah-BM