Gerbang Info Pengguna

  • Urock 2019
  • QS World Ranking
  • silk2019
  • 2019 Kempen Bebas Rokok
  • UniMAP-AMCT2019
  • Pembelian Buku-Buku UniMAP di Market Place
  • Selamat Datang Kepada Semua Pelajar Baru Diploma UniMAP!
  • Salam Aidilfitri 2019
  • QS World Ranking
  • SUTERA 2019
Previous Next

Berita Terkini

Khidmat Masyarakat Ramadan UniMAP Santuni Warga HTF

Khidmat Masyarakat Ramadan UniMAP Santuni Warga HTF

KANGAR – Muram dengan riak sedih yang terpamer di wajah sebahagian penghuni wad pembedahan di…

Baca..

Pensyarah UniMAP Dilantik Penyelidik Kunjungan Di Universiti Sweden

Pensyarah UniMAP Dilantik Penyelidik Kunjungan Di Universiti Sweden

ARAU – Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dr. Wooi Chin…

Baca..

Khidmat Masyarakat : UniMAP – PSU Santuni Masyarakat Songkla – Hatyai

Khidmat Masyarakat : UniMAP – PSU Santuni Masyarakat Songkla – Hatyai

ARAU – Atas rasa keprihatinan yang tinggi untuk membantu masyarakat, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui…

Baca..

Program Diploma Kejuruteraan UniMAP Mendapat Pensijilan Penuh MQA

Program Diploma Kejuruteraan UniMAP Mendapat Pensijilan Penuh MQA

ARAU – Semua enam program pengajian diploma kejuruteraan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah lulus dan…

Baca..

UniMAP Pilihan Utama

UniMAP Pilihan Utama

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) nyata menjadi pilihan utama apabila dipilih sebagai lokasi Seminar…

Baca..

UniMAP Prihatin Anak-Anak Staf Meninggal Sempena Festival Nasyid 2019

UniMAP Prihatin Anak-Anak Staf Meninggal Sempena Festival Nasyid 2019

Pauh Putra, 28 Mei- Dalam kegembiraan umat Islam membuat persiapan menyambut lebaran yang akan tiba…

Baca..

UniMAP Beri Kebebasan Bersuara Kepada Pelajar

UniMAP Beri Kebebasan Bersuara Kepada Pelajar

PAUH PUTRA, 26 Mei- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memberikan kebebasan kepada semua pelajar dalam memberikan…

Baca..

Produk Eco Geopipe Raih Emas di EUROINVENT di Romania

Produk Eco Geopipe Raih Emas di EUROINVENT di Romania

Kangar, 19 Mei - Penyelidik Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) Universiti Malaysia Perlis…

Baca..

Prof. Dr. R. Badlishah Dilantik Naib Canselor UniMAP

Prof. Dr. R. Badlishah Dilantik Naib Canselor UniMAP

Kangar - Mantan Timbalan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Ir. Ts. Dr.…

Baca..


Padang Besar, 25 Jun  – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sentiasa berazam untuk melahirkan insan kamil yang menyumbang kepada agenda pembangunan dan daya saing industri negara telah melebarkan peluang kemasukan ke UniMAP apabila buat kali pertama menerima pelajar kelainan upaya (OKU) bagi program diplomanya.

Pelajar terbabit, Muhammad Adib Wajdi Dzulhawira, 18, yang merupakan anak jati Perlis ditawarkan program pengajian Diploma Mikroelektronik bagi tempoh tiga tahun atau enam semester dan dijangka tamat pada hujung 2020 nanti.

Naib Canselor UniMAP, Dato' Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata UniMAP mendapat makluman mengenai pelajar terbabit yang dilaporkan gagal menempatkan diri di institusi pengajian Tinggi (IPT) ekoran kecacatan yang dialami.

"Beliau memperolehi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bagus dan seharusnya diberi peluang untuk menyambung pengajiannya.

"Namun dikhabarkan kegagalan pada pengambilan pertama adalah disebabkan kecacatan kekal pada kakinya dan perkara ini tidak seharusnya berlaku," katanya ketika dihubungi pemberita selepas Majlis Sambutan Siswa Siswi Sidang Akademik 2018/2019 di Kampus Alam UniMAP Uniciti di sini, semalam.

Tambahnya lagi, UniMAP yakin bahawa setiap orang perlu dilayan sama rata dan sebarang perbezaan tidak harus menjadi penghalang.

"UniMAP sedia membantu beliau  merealisasikan impian beliau dan langkah pertama yang diambil adalah dengan menawarkan tempat belajar untuknya," katanya.

 Sementara itu, Muhammad Adib Wajdi yang merupakan anak pertama dari dua beradik ingin membuktikan kepada dunia bahawa kecacatan yang dialaminya sejak lahir itu bukan batasan untuk berjaya.

"Sebagai anak sulung saya ingin memberikan contoh terbaik kepada adik saya sekaligus membanggakan kedua ibu bapa saya.

"Terima kasih kepada UniMAP kerana memberi peluang kepada saya dan InsyaAllah peluang ini tidak akan saya sia-siakan," katanya.

Pauh Putra, 13 Jun  – Seramai 263 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tidak perlu bersusah payah ke stesen bas menaiki bas ekspres pulang ke kampung apabila mereka hanya perlu menaiki bas dari dalam kampus.

Program Projek Bas Balik Raya UniMAP anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) itu diadakan khusus bagi pelajar pulang ke kampung berhari raya dengan dilancarkan pelepasannya oleh Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal, di tapak bas Kolej Kediaman Tun Abdul Razak (Pfi2) di kampus UniMAP, jam 10.00 malam di sini hari ini.

Turut hadir ke pelancaran itu ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan.

Yang Dipertua MPP UniMAP, Muhammad Amir Hakim Razali berkata program berkenaan mendapat kerjasama syarikat bas IR-SAF yang menyediakan sebanyak lapan buah bas bagi menghantar pelajar pulang ke kampung halaman mereka.

“MPP prihatin dengan rakan-rakan UniMAP yang tidak dapat membeli tiket bas kerana habis awal menjelang perayaan, jadi inisiatif ini dilaksanakan bagi membantu rakan-rakan dapat pulang ke kampung halaman masing-masing.

“Selain itu, caj tambang yang dikenakan lebih murah berbanding bas ekpress biasa selain rakan-rakan juga dapat menjimatkan kos kerana tidak perlu menaiki kemudahan awam yang lain untuk ke stesen bas,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran program itu.

Sementara itu seorang pelajar tahun Satu Kejuruteraan Mekatronik, Abdul Rafieq Haiqal Abdul Rahman berkata dia teruja dapat pulang beraya bersama rakan-rakan UniMAP yang lain bersama-sama serta tidak perlu bergerak jauh untuk menaiki bas ekspres.

Katanya, dia juga dapat mengenali rakan-rakan baharu lain ketika dalam perjalanan pulang  serta sempat berkongsi pelbagai perkara.

“Ada rakan-rakan yang tidak tidur sepanjang perjalanan kerana seronok dapat berbual-bual sebelum tiba ke destinasi masing-masing selain dapat bersahur bersama,” katanya yang pulang ke Kuala Lumpur.

Selain pelancaran program, Dr Zul Azhar turut meluangkan masa mengedarkan juadah moreh kepada pelajar-pelajar di dalam bas sebelum bas bertolak.

KANGAR– Bersempena dengan kehadiran Aidilfitri yang bakal hadir, Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Bioproses, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) baru-baru ini telah terpanggil untuk turun padang bagi membantu tiga keluarga asnaf.

Penysyarah Kanan PPK Bioproses, Dr. Syazni Zainul Kamal, berkata, Program Jejak Asnaf yang dianjurkan setiap tahun bersempena Ramadhan itu, bertujuan bagi meningkatkan kesedaran tentang amalan bersedekah, membantu meringankan beban keluarga asnaf dan untuk lebih mendekati masyarakat setempat di kalangan staf. “Kita telah berjaya mengenalpasti tiga buah keluarga untuk dibantu dan antara bantuan yang diberikan berupa barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak, tilam, bantal, pakaian beserta wang tunai.

“Sumbangan ini adalah hasil derma staf PPK Bioproses,”katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Ujar Syazni lagi, lebih manis lagi, pada program itu juga, mereka dapat membantu seorang pelajar yang telah menolak tawaran ke Program Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Metalurgi) UniMAP kerana kekangan kewangan.

“Hasil dari usaha Jawatankuasa Jejak Asnaf, kita telah berjaya, membantu pelajar ini mendapatkan bantuan pelajaran daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

“PPK Bioproses juga telah melancarkan tabung derma kilat dan rayuan kemasukan semula ke program diploma tersebut dan pelajar tersebut bakal mendaftar sebagai pelajar UniMAP pada ambilan kedua pada 25 Jun akan datang,”katanya lagi.

Kangar, 1 Jun- Bagi mencipta kelainan dalam mendalami kesenian hadrah, Unit Kebudayaan dan Rekreasi (UKR) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyantuni masyarakat sempadan Thailand menerusi Program Jejak Warisan Seni Hadrah di Phattalung baru-baru ini.

 

Delegasi terdiri daripada 30 staf UKR dan lapan pelajar UniMAP itu juga berpeluang mengadakan persembahan sekaligus berkongsi seni hadrah Perlis dan Thailand bersama masyarakat di negara itu.

Pengarah UKR Mohd Izwan Izhar Haris berkata hadrah merupakan kesenian yang popular di kalangan masyarakat di utara semenanjung Malaysia kira-kira 60 tahun dahulu.

Katanya, kesenian itu kemudiannya turut dibawa hingga ke selatan Thailand memandangkan ia merupakan suatu kesenian yang berunsurkan keagamaan lalu mendorong pihaknya mengadakan program Jejak Warisan Seni Hadrah.

“Perkongsian seni antara Perlis dan Thailand ini diadakan di Khuandonwittaya School sekaligus memberi peluang kepada staf UKR dan pelajar dapat meluaskan lagi pengetahuan mengenai Hadrah masyarakat kedua-dua kawasan berkenaan,” kata beliau.

Selain perkongsian seni hadrah di sekolah, pelajar UniMAP dari kumpulan Sutramaya turut diberi peluang mengadakan persembahan di Halal Food Street Satun 2018.

Tambah Mohd Izwan, mereka juga mengadakan aktiviti sukarelawan dan rekreasi sempena program menjejaki seni hadrah itu iaitu berkayak di Manang sebagai aktiviti ‘teambuilding’.

“Aktiviti sukarelawan pula diadakan dengan mengadakan gotong royong membersihkan masjid terbesar di Hatyai, iaitu Masjid Nurul Din pada hari terakhir program termasuk menghulurkan sumbangan kepada ahli jawatankuasa masjid berkenaan.

“Ini membuktikan bahawa program ini tidak hanya memberi fokus kepada kesenian semata-mata namun UKR turut mengambil perhatian terhadap aktiviti kesukarelawan dan program pembangunan staf,” kata beliau.

Program itu berlangsung selama tiga hari dengan hasrat menjalinkan kerjasama dan jalinan yang baik bersama sempadan Thailand sekaligus mewujudkan semangat IMT-GT dan semangat ASEAN.

Arau, 21 Jun – Bagi menyahut seruan kerajaan yang menekankan konsep berimpak tinggi dengan pelaksanaan cepat pada kos yang rendah, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bersama lima institusi pendidikan tinggi (IPT) Perlis telah mengambil inisiatif dengan bergabung menganjurkan Majlis Ihtifal Ihya’ Ramadan yang diadakan malam tadi.

Menurut Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, ini merupakan julung kali enam IPT di Perlis bergabung bagi melaksanakan majlis tersebut.

”Idea penggabungan enam IPT di majlis ini merupakan cetusan idea Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

”InsyaAllah kita akan bekerjasama sekali lagi untuk program sambutan Aidilfitri, serta program-program lain, khususnya yang berorientasikan akademik dan penyelidikan,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan bagi mewakili kesemua IPT lain di Dewan Harumanis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) di sini.

Enam IPT yang terlibat adalah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Perlis, Kolej Matrikulasi Perlis,  Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) dan UniMAP sendiri.

Dato’ Dr. Zul Azhar juga menyambut baik kerjasama sebegini yang dilihat membina dan mengeratkan ukhuwah sesama warga IPT dan membuka peluang untuk kerjasama lain pada masa akan datang.

“Penggabungan ini menepati hasrat NBOS, iaitu Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang digalakkan Kerajaan seiring dengan konsep kesepunyaan dan keserakanan (atau commonalities and collegiality) yang disarankan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Malah konsep ini merupakan kaedah yang kreatif dalam mewujudkan nilai tinggi dengan kos yang munasabah,” katanya.

Seiring itu, turut dilancarkan pada majlis tersebut adalah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan penglibatan enam IPT tersebut.

“Sebagai contoh, kerjasama antara UniMAP dengan PTSS dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, projek tahun akhir, serta lawatan kemudahan makmal dan fasiliti sudahpun dirangka dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya.

Tambahnya lagi, UniMAP juga turut bekerjasama dengan sekolah-sekolah melalui sumbangan kepakaran dalam membudayakan minat pelajar sekolah dalam bidang Sains, Teknologi dan Matematik dengan menganjurkan bengkel robotik, bengkel robotik lego, klinik go-kart, pertandingan inovasi dan penyelidikan, dan banyak lagi.

“Komitmen dan kerjasama sebegini akan terus diperluaskan di masa akan datang, Insya Allah,” katanya.

Pada majlis itu juga turut diraikan 30 pelajar asnaf fakir dan asnaf yatim dari enam IPT tersebut.

Selain jamuan mereka juga turut menerima sumbangan berupa duit raya yang disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah binti Tengku Rashid.

Tidak ketinggalan majlis juga diserikan dengan berangkat DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Turut berangkat pada majlis itu adalah DYTM Raja Muda Perlis dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Majlis juga diserikan dengan kehadiran seramai 700 tetamu termasuklah keutamaan negeri, ketua jabatan persekutuan dan negeri, serta wakil warga kerja dan mahasiswa IPT.  

<"images/news/UniMAP_NBOS03.jpg" alt="" />

Arau, 21 Jun – Kumpulan Al – Andalus dari Fakulti Teknologi Maklumat (FTK) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut pada Festival Nasyid Antara Jabatan UniMAP yang diadakan baharu-baharu ini.

Mereka berjaya mengenepikan persaing terdekat kumpulan Ar – Raeez dari Jabatan Canselori untuk kekal ditempat pertama dan seterusnya membawa pulang Piala Pusingan Naib Canselor, wang tunai RM1,000 dan sijil penyertaan.

Malah kumpulan Al-Andalus turut dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori pakaian terbaik dan membawa pulang wang tunai RM200.

Ar – Raeez yang sekadar berpuas hati ditempat kedua membawa pulang wang tunai RM700 beserta sijil penyertaan.

Manakala tempat ketiga disandang oleh Kumpulan Ar - Rijal dari Jabatan Bendahari yang turut dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori persembahan terbaik membawa pulang hadiah, masing-masing wang tunai RM500 dan RM200 serta sijil penyertaan.

Ketua Juri, Mohd. Fitri Alawee Mohamad dalam ulasannya berkata, secara keseluruhannya kualiti persembahan peserta pada tahun ini adalah yang terbaik.

Bagaimanapun, ujar beliau, ada kumpulan yang melakukan kesilapan dalam pemilihan lagu yang tidak membantu dari segi markah kerana tidak bersesuaian dengan nada penyanyi solo atau lagu tidak bersesuaian dalam pertandingan.

“Untuk mendapat markah yang tinggi, lagu yang dipilih haruslah mencabar kemampuan suara, namun sekiranya lagu yang dipilih itu tidak mencabar tetapi dengan modulasi dan susunan muzik yang baharu akan memberi kelebihan kepada markah yang tinggi,” katanya.

Tambahnya lagi, “Saya juga ingin mencadangkan kepada Naib Canselor untuk menghantar kumpulan Nasyid UniMAP ke Pertandingan Nasyid peringkat Kebangsaan sebagai wakil Perlis dan buktikan UniMAP berada diperingkat tertinggi di Malaysia.

“Hal ini kerana, kualiti kumpulan nasyid pada hari ini adalah kualiti juara di peringkat kebangsaan dan kesimpulannya, pemenang-pemenang pada pertandingan ini adalah antara yang terbaik sepanjang festival yang pernah diadakan sejak dari dahulu lagi”.

Bagi Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal yang yakin bahawa Festival  Nasyid yang dianjurkan saban tahun ini mampu dijadikan wadah untuk melatih staf-staf UniMAP.

“Melatih mereka demi menjamin kerjasama berpasukan, kreatif, berharmonis dan berkeyakinan ketika berhadapan dengan khalayak selain merapatkan lagi hubungan antara Jabatan/PTj di UniMAP,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Festival Nasyid Antara Jabatan, di sini.

Festival tersebut yang merupakan anjuran bersama Jabatan Pendaftar dan Jabatan Bendahari UniMAP disertai oleh 14 jabatan dan diadakan bersempena Ihya’ Ramadhan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 2017.

 

Kangar, 19 Jun- Bersempena Sukan Sea ke-29 yang akan berlansung Ogos ini, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) diberi penghormatan untuk turut serta dalam Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) peringkat negeri Perlis baru-baru ini.

Larian adalah secara bergilir-gilir mengikut jabatan dan organisasi itu bermula di pekarangan Institut Kemahiran MARA Beseri, Padang Besar dan berakhir di Masjid Al Barokah, Jelempok.

Wakil UniMAP yang diketuai oleh Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Prof. Dr. Zaliman Sauli dan Pengarah Pusat Sukan, Suhizaz Sudin diberikan giliran untuk berlari di peringkat Parlimen Kangar.

Peringkat Parlimen Kangar bermula dari perkarangan bangunan The Store melalui jalan Kangar-Arau dan berakhir di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin.

Manakala pasukan UniMAP yang menerima obor di checkpoint berhadapan bangunan Pusat Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (iKOM) dan membawa obor tersebut ke checkpoint seterusnya.

Lebih 50 pelajar dan staf turut sama menyertai pasukan UniMAP dalam larian tersebut.

Selain itu, tiga ikon sukan UniMAP, Mohd Faiz Musa, Nazmizan Muhammad dan Idris Zakaria turut diberi penghormatan mengetuai larian obor bagi peringkat Parlimen Arau bermula dari Kampus UniMAP Kubang Gajah.

Perlis adalah negeri ketujuh yang dilalui Obor Sukan Sea ke-29 selepas Sarawak yang bermula pada 8 Jun lalu.

Seramai 90 orang pembawa obor dan 400 pelari pengiring terdiri daripada wakil jabatan kerajaan, orang kurang upaya dan atlet negeri Perlis menyertai larian itu mengelilingi beberapa kawasan di Padang Besar, Kangar dan Arau sebelum diserahkan kepada Ahli Perlimen Datuk Othman Aziz di Jerlun, Kedah.

Kangar, 15 Jun – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bersama 13 lagi institusi pendidikan tinggi (IPT) telah menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) bersama Malaysia Rail Link (MRL) dan China Communications Construction Company (CCCC) di Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya semalam.

UniMAP diwakili oleh Naib Canselornya, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal dan MoU ini ditandatangani bagi pelaksanaan Program latihan Kemahiran Industri ECRL Negaraku.

Menurut Dr. Zul Azhar, UniMAP akan menyediakan keperluan dari segi pelajar yang menyertai Latihan Industri, tenaga pengajar dan juga jumlah penyelidik dalam bidang berkaitan.

UniMAP menyokong penuh pelaksanaan program ini dan sebagai tanda sokongan kita akan menghantar pelajar mengikut permintaan daripada syarikat yang terlibat.

“Sebanyak 3,600 pelajar diperlukan untuk keseluruhan program merangkumi pelajar bagi latihan industri, pelajar bakal bergraduat dan juga pelajar yang masih lagi mencari pekerjaan dalam bidang kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrikal bermula pada tahun 2018 nanti,” katanya.

Tambahnya, ketiga-tiga bidang tersebut merupakan kekuatan UniMAP, oleh itu beliau yakin pihaknya  mampu menyalurkan sumber manusia yang cukup untuk memenuhi permintaan MRL.

“Lebih bermakna kerana pelajar ini akan dilatih dan diserap oleh syarikat-syarikat kontraktor yang terlibat untuk terus berkhidmat dengan mereka walaupun selepas tamatnya projek ini yang dijangka pada tahun 2022,” katanya.

Untuk tempoh tiga hingga enam bulan, pelajar yang berkelulusan sijil, diploma dan ijazah ini akan bekerja untuk mempersiapkan projek pembinaan landasan sejauh lebih kurang 600km bermula dari Gombak, Selangor hingga ke Wakaf Bharu, Kelantan.

PAUH, 30 JUN – Sebanyak 17 kumpulan menyertai pertandingan Festival Nasyid Antara Jabatan sempena Ihya’ Ramadhan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 2016.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal, berkata pertandingan nasyid telah termasuk dalam perancangan awal yang perlu ditambah baik dan perlu diteruskan pada masa akan datang.

“Jika nasyid ini menjadi amalan, program seperti ini bukan sahaja mampu menarik lebih ramai penyertaan malah kita juga mampu menarik lebih ramai penonton yang hadir,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Festival Nasyid Antara Jabatan, di sini.

Dalam program nasyid anjuran PPK Pembuatan dan Pusat Teknologi Maklumat (ICT) UniMAP itu, kumpulan Al-Andalus yang mewakili Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) telah dinobatkan sebagai Juara Festival Nasyid Antara Jabatan UniMAP.

Kumpulan tersebut telah berjaya mempertahankan kejuaraan mereka buat kali ketiga berturut-turut dan selaku juara, kumpulan Al-Andalus membawa pulang hadiah Piala Naib Canselor, wang tunai RM1,000 dan sijil penyertaan. Hadiah disampaikan oleh Naib Canselor, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal.

Hadir sama adalah Pengerusi Bersama Festival Nasyid Antara Jabatan UniMAP, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Pembuatan, Prof. Madya Dr. Khairul Azwan Ismail; dan Pengarah Pusat Teknologi Maklumat (ICT), Nasrudin Abd. Shukor.

Naib Juara pula disandang oleh Kumpulan Ar-Raeez mewakili Jabatan Canselori yang membawa pulang hadiah wang tunai RM700 manakala tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan An Nisa’ 29 dari UniMAP Holdings dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500.

Turut dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori persembahan terbaik ialah kumpulan Al-Munawar dari Pusat Bahasa Antarabangsa manakala kumpulan Adiratna dari Jabatan Pendaftar meraih hadiah bagi kategori pakaian terbaik.

Dalam pada itu, Ketua Juri, Mohd. Fitri Alawee Mohamad dalam ulasannya berkata, secara keseluruhannya kualiti persembahan peserta pada tahun ini meningkat berbanding persembahan pada tahun lalu.

Bagaimanapun, ujar beliau, majoriti kumpulan melakukan kesilapan besar apabila memilih lagu yang tidak bersesuaian dengan nada penyanyi solo kumpulan dan pada masa sama kurang formasi harmoni dalam persembahan.

“Sebanyak lima kategori dinilai pada pertandingan kali ini dengan kategori suara mewakili peratusan terbesar. Justeru apabila para peserta gagal memilih lagu yang bersesuaian dengan nada, ia memberi kesan kepada persembahan secara keseluruhannya,” ujar beliau.

KANGAR, 28 Jun : Kehadiran Ramadhan membawa banyak ganjaran kepada umat Islam. Segala amalan kebajikan yang dilakukan akan dibalas dengan pahala yang berlipat kali ganda dari bulan-bulan yang lain.

Kesempatan itu juga tidak dilepaskan Persatuan Alumni Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)  yang turut bekerjasama dengan Unit Pembangunan Alumni, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni serta Kelab UNESCO UniMAP dengan menganjurkan program Jelajah Ramadhan Alumni UniMAP : Misi Cuci-Cuci Masjid Dari Perlis Hingga Ke Johor.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Foad Sakdan berkata, program yang mengambil masa selama empat hari tiga malam itu melibatkan lapan buah masjid di lapan buah negeri dari Perlis hingga ke Johor.

“Saya bersama-sama 31 pelajar dan Alumni UniMAP memulakan perjalanan dari Kampus Pauh Putra UniMAP Jumaat lalu menuju ke Masjid Kok Mak Perlis dan diikuti Masjid Kampung Laka, Changlun, Kedah.

“Selain membersihkan kawasan masjid, jelajah Ramadhan itu juga bertujuan untuk mendekati Alumni UniMAP di setiap negeri yang terlibat dan pada masa sama mempromosikan UniMAP kepada masyarakat setempat,” ujar beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Majlis pelepasan Jelajah Ramadhan Alumni UniMAP disempurnakan oleh Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal di Dewan Kecemerlangan UniMAP, di Kampus Pauh Putra di sini.

Enam lagi masjid yang dibersihkan sepanjang program tersebut adalah, Surau Taman Penaga, Pulau Pinang, Masjid Kampung Tekah, Taiping, Perak Masjid Ahmadi Rantau Panjang, Klang, Selangor; Masjid Kariah Taman Tengku Jaafar, Negeri Sembilan; Masjid Al Aziz Pernu, Melaka dan Masjid Jamek Al Firdaus Tanjung Gading, Muar Johor.

Delegasi Jelajah Ramadhan UniMAP turut mengambil peluang menziarahi keluarga Alumni UniMAP, Allahyarham Nurul Syazeila Iryani Suhaimi yang terkorban bersama anaknya yang berusia 17 bulan setelah terlibat dengan kemalangan melibatkan 16 kenderaan di Kilometer 405.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berdekatan Kuala Kubu Baru.

Menurut Mohd. Foad lagi, Jelajah Ramadhan yang dianjurkan itu diharap dapat memberi inspirasi kepada masyarakat untuk bersama-sama ‘menjaga’ kebersihan dan kesucian masjid.

Secara tidak langsung, ujar beliau, Alumni UniMAP juga membawa mesej kepada seluruh masyarakat terutama generasi muda untuk meringankan tulang membantu pengurusan masjid di kawasan masing-masing.

“Sebahagian besar masjid diterajui pengurusannya golongan warga emas atau pesara yang mana kita sedia maklum kudrat yang dimiliki tidak setanding dengan generasi muda.

“Sama-samalah kita menghulurkan bantuan apatah lagi masjid merupakan milik masyarakat yang menjadi pusat untuk masyarakat terutama umat Islam berkumpul merapatkan silaturahim, justeru sentiasalah lapangkan masa untuk terlibat dengan pengurusan masjid,” pintanya.

Katanya lagi, program seperti itu wajar diteruskan kerana ia dapat memupuk nilai sukarelawan dan jati diri dalam diri Alumni UniMAP dan pada masa sama mendidik Alumni UniMAP tentang nilai pengorbanan terutama di bulan Ramadhan.

“Harapan saya  semoga usaha ini mendapat keberkatan dari Allah dan menjadi satu kenangan yang indah buat Alumni UniMAP yang terlibat dan semoga ianya dapat mengeratkan hubungan antara kariah masjid dan juga UniMAP,” katanya lagi.

Kangar, 25 Jun : Seramai 31 orang ahli Pandu Puteri Siswi Semester 5 Diploma mengikuti program Pandu Puteri  Mesra Komuniti Semarak Ramadhan 2016  di sekitar bandar Kangar, di sini, hari ini.

Jurulatih Pandu Puteri Pusat Ko-Kurikulum UniMAP, Nor Azurawati Ahmad Zuhdi berkata, program ini menumpukan kepada Khidmat Komuniti Setempat iaitu sumbangan ikhlas 100 bungkusan berbuka puasa kepada badan-badan Perkhidmatan Awam hasil kutipan daripada para pelajar sendiri.

“Para peserta diberikan pendedahan bahawa khidmat komuniti tidak semestinya terhad kepada program rasmi yang memerlukan kertas kerja dan kos yang tinggi.

“Justeru, peserta dibawa mendekati pihak Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Kementerian Kesihatan iaitu Balai Polis Beseri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kangar, Balai Polis Trafik Kangar dan Unit Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah(HTF),” katanya dalam sebuah kenyataan di sini.

Menurutnya, program ini mendapat reaksi positif daripada pihak perkhidmatan awam yang dilawati apabila mendapat sambutan mesra dari mereka sekaligus menyemarakkan semangat para peserta program.

“Secara tidak langsung keadaan ini dapat memantapkan salah satu elemen di dalam silibus ko-kurikulum Pandu Puteri iaitu mempraktikkan amalan undang-undang Pandu Puteri ketika berurusan dengan pihak yang berkenaan.

Selain itu, program ini berjaya mendedahkan para peserta tentang konsep khidmat komuniti yang sebenar dan diharapkan penganjuran program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan,” katanya.

Program Pandu Puteri Mesra Komuniti Semarak Ramadhan 2016 bermula jam 2.30 petang dari kampus UniCiti Alam Sungai Chuchuh itu memberi sumbangan makanan ringan sebagai juadah berbuka puasa kepada petugas perkhidmatan awam yang bertugas.

Pauh Putra, 24 Jun – Bersempena bulan Ramadhan pada tahun ini, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menganjurkan Majlis Ihtifal Ihya’ Ramadhan yang diadakan di Dewan Ilmu, Kampus Tetap UniMAP, baru-baru ini.

Dalam majlis berkenaan turut dilancarkan Skim Tabarruq Khairat Kematian yang merupakan skim yang melengkapkan Badan Pengurusan Khairat Kematian UniMAP sedia ada.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, UniMAP berhasrat berhasrat mewajibkan staf muslim tempatan membuat potongan gaji sebanyak lima ringgit sebulan dan amaun yang lebih tinggi amat dialu-alukan.

“InsyaAllah dengan adanya program ini, kebajikan staf serta keluarga akan terjaga dengan rapi, mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

“Saya yakin ini dapat membantu meringankan beban kewangan staf dan keluarga setelah mengharungi dugaan kehilangan insan tersayang”, katanya ketika berucap dalam majlis berkenaan.

Turut berkenan berangkat hadir ke majlis itu ialah Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail , Raja Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia  Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP dan Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis Dato’ Hamdan Bahari yang mewakili Menteri Besar Perlis, Setiausaha Kerajaan Negeri Tuan Ahmad Zamri Khairuddin, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Dato’ Prof Emeritus Ir Dr Zainai Mohamed dan Mantan Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Emeritus Dr Kamarudin Hussin.

Dalam majlis berkenaan Tuanku Canselor UniMAP dan Tuanku Pro Canselor UniMAP telah berkenan menyampaikan sumbangan kepada lebih 30 orang anak yatim yang terdiri daripada anak bekas staf UniMAP serta 20 orang pelajar asnaf UniMAP.

Sumbangan bantuan berbentuk wang tunai serta barangan keperluan ini adalah bagi meringankan beban golongan itu dalam persediaan menyambut Aidilfitri.

Hampir 1000 tetamu terdiri daripada kakitangan UniMAP dan pelajar UniMAP turut hadir memeriahkan majlis berkenaan.

Pauh Putra 23 Jun: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraikan  penyelidik dan pasukan sukan yang meraih kejayaan dalam pameran penyelidikan dan kejohanan sukan tahun lalu.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, segala pencapaian yang diraih selama ini telah memberi impak yang besar kepada UniMAP.

“Kita mengambil serius dalam penghasilan produk dan jurnal yang memberikan impak kepada Instrumen Penilaian Penyelidikan Malaysia atau Malaysia Research Assessment (MyRA).

“Ini kerana penghasilan jurnal penyelidikan berimpak tinggi adalah amat penting dalam usaha meningkatkan pencapaian universiti dalam MyRA serta membolehkan para penyelidik untuk bersaing dalam mendapatkan geran penyelidikan,”katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan, Sukan 2015 dan Anugerah Kecemerlangan Jurnal Berimpak 2014, di Dewan Kecemerlangan UniMAP, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan dan Pendaftar UniMAP, Zuber Mohamed.

Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan, Sukan 2015 dan Anugerah Kecemerlangan Jurnal Berimpak 2014 adalah kesinambungan Majlis Anugerah Seri Gemilang (ASG) UniMAP yang berlangsung pada Mac lalu.

Seramai 176 penyelidik dan sembilan pasukan sukan menerima insentif kecemerlangan berupa wang tunai dan sijil kecemerlangan.

Ujar Dato’ Zul Azhar lagi, pada anugerah kali ini,Insentif kewangan hanya diberikan kepada produk-produk yang berjaya meraih ingat emas dan Anugerah Khas serta menyertai pameran penyelidikan yang memberikan impak kepada MyRA.

 

 

 

 

Kangar, 21 Jun – Seramai 20 pelajar asnaf Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah terpilih untuk menerima sumbangan dan bantuan menerusi program Kasihnya Ramadhan yang dianjurkan buat julung kalinya oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP.

Program yang turut mendapat kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) UniMAP itu antara lainnya  bertujuan untuk membantu meringankan beban para pelajar UniMAP yang kurang berkemampuan.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, “sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik dalam kalangan pelajar UniMAP.

“Saya amat berbangga dengan inisiatif yang diambil oleh MPP UniMAP ini yang mana sumbangan yang disalurkan ini dikumpul melalui sumbangan daripada kalangan staf dan pengurusan di UniMAP.

“Adalah menjadi harapan saya agar pengagihan sumbangan menerusi program ini dapat diteruskan di tahun-tahun akan datang dengan peningkatan dalam jumlah penerima yang layak bagi meringankan beban yang dipikul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum merasmikan Program tersebut. Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd. Foad Sakdan dan Yang Dipertua MPP, Rio Iskandar Jazman.

Kesemua 20 pelajar yang terpilih itu menerima sumbangan berbentuk wang tunai, hamper dan kurma.

Sementara itu, Rio Iskandar berkata, selain kakitangan UniMAP, pihak MPP juga menjalankan kutipan dana daripada wakil raktar di beberapa kawasan di Perlis.

“Walaupun sumbangan ini bukan kepada keseluruhan pelajar, sekurang-kurangnya  ia dapat membantu meringankan sedikit bebanan pelajar yang kurang berkemampuan dalam persiapan Syawal nanti,” katanya.

Salah seorang penerima, Shahirah Amirah Shamshul Shariman, 22, pelajar Diploma tahun akhir Kejuruteraan Elektrik amat  bersyukur kerana terpilih untuk menerima sumbangan tersebut.

“Memandangkan saya pelajar tahun akhir, danperlu menyiapkan projek tahun akhir, saya gembira dan berharap sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga dan menampung kos perbelanjaan di sini,” katanya.

Padang Besar, 20 Jun - PENCIPTAAN kreativiti dan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum amat penting bagi mencorakkan perubahan dan kemajuan pendidikan negara yang sedang berhadapan dengan pelbagai perubahan baru.

Inovasi kurikulum yang meliputi inovasi dan kreativiti dalam isi kandungan, pengetahuan dan jenis-jenis kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar boleh dinilai melalui cara ia dilaksanakan baik di peringkat sekolah mahupun di peringkat Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

Kurikulum yang dianggap berkesan ialah kurikulum yang dapat memenuhi kehendak individu atau pelajar yang mana ianya dapat menyediakan pelajar dengan dunia pekerjaan dan juga mengembangkan bakat, potensi, pemikiran, budaya, daya cipta, pengetahuan, kemahiran serta kebolehan pelajar.

Atas dasar itu, adalah penting bagi guru mahupun pensyarah menggunakan pelbagai kaedah, strategi dan pendekatan yang sesuai dan berkesan dengan keperluan pelajar dan pada masa sama mengaplikasikan pengetahuan serta strategi yang kreatif dan inovatif.

Itulah antara elemen yang disuntik oleh tenaga pengajar program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pembangunan Produk) di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam menarik minat para pelajar untuk menterjemahkan ilmu teori yang diajar dengan menghasilkan produk berasaskan kreativiti.

Penyelaras program, Mohd. Haidiezul Jamal Abdul Hadi berkata, untuk semester kali ini, para pelajar diminta menghasilkan Street Furniture Bench yang unik dan kreatif dengan menggabungkan ilmu kejuruteraan dan rekaan produk.

Menurut beliau, projek ini bukan sahaja memberi kemahiran dan kebolehan kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah,  tetapi juga untuk memahami keperluan dan permasalahan projek serta kebolehan menghasilkan keluaran produk dua dimensi iaitu lakaran bebas sebelum mula membina reka bentuk masing-masing.

“Pada dasarnya projek ini berkisar daripada kekurangan kerusi awam di kawasan kampus Uniciti Alam di sini dan saya serta tenaga pengajar lainnya mengambil inisiatif untuk menjadikan ianya sebagai satu projek kepada pelajar.

“Hasilnya amat mengujakan dan diluar jangkaan kami (tenaga pengajar) apabila 22 reka bentuk kerusi dengan pelbagai konsep dan elemen kreatif berjaya dihasilkan oleh para pelajar,” ujar beliau ketika ditemui di sini hari ini.

Sebagai menghargai para pelajar, kesemua 22 rekaan tersebut kini dipamerkan di Ruang Pameran Studio Bangunan S4, Makmal FTK di Kampus Uniciti Alam.

Bagi Norhaiza Natasya Mokhtar, 21, projek yang diberikan oleh pensyarah bagi kursus Pembangunan Produk bukan sahaja melatih beliau menjadi kreatif sebaliknya turut memahirkan beliau dengan peralatan dan aktiviti pertukangan.

Lazimnya, ujar beliau, aktiviti sebegini seringkali dilakukan oleh golongan lelaki, namun melalui kursus ini semua pelajar baik lelaki mahupun perempuan perlu melakukan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

“Selain asas rekaan produk dan peralatan, kami juga perlu memastikan setiap rekaan yang dibuat ini adalah ergonomik untuk kegunaan masyarakat keseluruhannya,” jelasnya.

Sementara itu, Nazmeemran Musa, 21, pelajar tahun 2 berkata, beliau dan rakan mengambil masa selama dua bulan untuk menghasilkan produk mereka, Aluminio Bench.

Menurut beliau, produk tersebut mengetengahkan rekan moden kontemporari dan dibuat menggunakan gabungan kayu pine untuk bahagian tempat duduk dan logam sebagai alat sokongan tempat duduk.

“Bentuk kerusi ini diambil daripada bentuk boomerang iaitu sejenis senjata lempar berbentuk melengkung manakala besi yang menyokong tempat duduk pula mengambil inspirasi dari abjad Y.

“Kerusi ini sesuai digunakan di kawasan yang tertutup atau berbumbung bagi memastikan ia tahan lebih lama. Saya amat berpuas hati dengan rekaan ini dan berharap ianya dapat direalisasikan di sekitar kawasan kampus Uniciti Alam,” ujarnya.

Kangar, 18 Jun – Sempena bulan Ramadhan ini, Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (POTENSI) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menganjurkan kunjungan mesra ke beberapa agensi keselamatan di seluruh negeri Perlis dan jejak ukhwah keluarga kakitangan UniMAP yang telah meninggal dunia.

Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal melahirkan ucapan tahniah dan syabas di atas usaha POTENSI yang prihatin bagi menghargai anggota  agensi keselamatan di negeri ini yang bertugas 24 jam bagi memastikan keselamatan negara.

“Antara agensi keselamatan yang dikunjungi ialah Jabatan Pertahanan Awam Kangar, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kangar,pos-pos keselamatan UniMAP, pos-pos sempadan serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

“Selain itu, jejak ukhwah ke rumah keluarga kakitangan UniMAP yang meninggal dunia juga menunjukkan objektif yang jelas POTENSI dalam program Sahabat Sahur ini sebagai tanda keprihatinan kepada keluarga berkenaan,” katanya ketika melancarkan Program Singgah Sahur dan Jejak Ukhwah, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniMAP Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan dan Pendaftar UniMAP Encik Zuber Hj Mohamad.

Program Singgah Sahur POTENSI ini merupakan anjuran kali ketiga turut mengedar juadah bersahur kepada anggota agensi keselamatan dengan disertai hampir 20 orang ahli jawatankuasa POTENSI diketuai Encik Rusdi Puteh selaku Presiden POTENSI dan kakitangan teknikal serta keselamatan UniMAP.

Sementara itu, ketika program Jejak Ukhwah di rumah keluarga kakitangan kolej kediaman UniMAP Allahyarham Haslina Ismail, Zul Azhar dan POTENSI meluangkan masa beramah mesra dengan anak-anak Allahyarham yang berusia dari 11 tahun hingga 1 tahun.

Suami Allahyarham, Muswadi Musa berkata semenjak kematian isterinya anak-anak yang masih kecil dijaga oleh ibu dan kakaknya apabila beliau pergi bekerja sebagai penghantar kurier di sebuah syarikat kurier di bandar ini.

“Sekiranya mahu dihantar pengasuh, mungkin membabitkan kos justeru saya terpaksa mengharap ihsan ibu dan kakak saya bagi menjaga anak-anak yang masih kecil sementara yang masih bersekolah saya terpaksa berulang alik dari tempat kerja bagi menghantar serta menjemput mereka.

“Kehadiran pengurusan tertinggi UniMAP serta POTENSI pada malam ini meninggalkan kesan yang mendalam di hati kami sekeluarga kerana UniMAP  masih prihatin dengan keluarga kami walaupun isteri saya sudah tiada,” katanya.

Program Singgah Sahur yang bermula jam 11 malam semalam berakhir jam 5 pagi hari ini dengan destinasi terakhir di pos keselamatan UniMAP Kampus Tetap Pauh Putra.

KANGAR, 15 Jun – Mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), melakar sejarah setelah terpilih untuk mewakili negara menyertai Program Latihan Pelajar Musim Panas di Pusat Penyelidikan Majlis Kesatuan Eropah untuk Penyelidikan Nuklear (CERN), di Geneva, Switzerland.

Chin Yuk Ming, 25, mahasiswa Sarjana Kejuruteraan Bahan,yang terpilih bersama dua lagi peserta  akan menyertai program selama lapan minggu itu bermula 20 Jun ini.

“Saya tidak menyangka akan terpilih untuk menyertai program ini kerana satu-satunya pelajar sarjana kejuruteraan yang dipilih dalam kalangan calon-calon Sains Fizik.

“Selama lapan minggu di sana nanti saya dan penyelidik lain akan terlibat dengan penyelidikan perincian bahan (Materials Characterisation) untuk bahan terbaharu dengan menggunakan peralatan Large Hadron Collider (LHC) pemecut zarah terbesar di dunia yang terdapat di CERN,”katanya

Ujarnya lagi, beliau amat teruja untuk mencuba pelajaran baharu di CERN nanti dan pengalaman yang diperolehi nanti akan dikongsikan bersama rakannya di Malaysia.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, pemilihan Chin Yuk Ming oleh pihak CERN adalah satu pengiktirafan kepada kecemerlangan program-program pendidikan dan penyelidikan yang ditawarkan UniMAP.

“Lebih membanggakan lagi, beliau adalah satu-satunya calon daripada latar belakang kejuruteraan yang dipilih untuk menyertai program tersebut untuk menjalankan kajian berbentuk fundamental di CERN,”katanya.

Kata Dato’ Zul lagi, penglibatan Chin Yuk Ming dalam Program Musim Panas di CERN diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk menyiapkan tesis kajian penyelidikan beliau dalam penghasilan bahan katod termaju untuk bateri Lithium-ion boleh cas semula.

“Kita sedang memfokuskan kajian berimpak tinggi untuk melestarikan kecemerlangan pendidikan di UniMAP dan kajian-kajian berimpak tinggi yang berbentuk fundamental amat penting untuk penerokaan ilmu-ilmu baharu oleh para penyelidik UniMAP.

“Saya berharap agar penemuan-penemuan saintifik yang diperoleh menerusi kajian seumpama ini akan dapat dikongsi dengan para pelajar UniMAP secara langsung menerusi kuliah dan syarahan dalam kelas atau bimbingan pensyarah berkenaan dengan pelajar pascasiswazah,”katanya lagi.

KANGAR, 15 Jun – Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal menyertai delegasi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail  dan kerajaan negeri Perlis dalam sesi lawatan kerja jalinan kasih Kerajaan Negeri Perlis ke beberapa lokasi di Sabah.

Antara lainnya, lawatan jalinan kasih yang merupakan inisiatif tahunan Regimen 504 Askar Wataniah dianjurkan khusus untuk mengukuhkan rantaian jaringan antara kerajaan negeri dan pasukan keselamatan iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di negeri tersebut.

Selain beliau, program yang kini masuk tahun ke-12 penganjurannya itu turut disertai oleh ketua jabatan negeri Perlis serta ahli korporat dalam usaha menyuntik moral dan semangat kepada anggota keselamatan yang bertugas sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang.

“Lawatan yang turut dinaungi oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) itu  memberi manfaat yang cukup besar kepada anggota delegasi terutama berkaitan tugas dan tanggungjawab serta pengorbanan pasukan keselamatan kepada umum.

“Saya percaya langkah ini  mampu memperbetulkan persepsi umum berkaitan sumbangan pasukan keselamatan terhadap negara dan umum khasnya. Ia juga secara tidak langsung mampu menggerakkan sokongan masyarakat terhadap segala usaha kerajaan untuk mempertingkat ganjaran kepada pasukan keselamatan (ATM dan PDRM).

“Selain itu, ia juga berfungsi sebagai medium terbaik untuk mengumpulkan maklumat berhubung amalan terbaik organisasi di Sabah bagi dijadikan idea baharu untuk diperkenal atau dilaksanakan oleh jabatan-jabatan berkaitan  termasuk UniMAP sekembalinya ke Perlis,” ujar beliau.

Menurut Zul Azhar, program tersebut yang berlangsung selama empat hari itu dibahagikan kepada dua segmen utama iaitu menyantuni anggota keselamatan di pulau-pulau sekitar Sandakan dan program titian kasih di sekolah-sekolah Menengah seluruh Sandakan.

“Saya sendiri berpeluang berkongsi informasi dan menyampaikan suntikan motivasi kepada 100 pelajar di Kolej Vokasional Sandakan yang mengikuti pelajaran dalam aliran teknikal dan vokasional yang mana ia selaras dengan kurikulum yang ditawarkan di UniMAP.

“Selain itu, saya turut meluangkan masa berbuka puasa dan berterawikh bersama pelajar-pelajar tersebut,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah agar ATM tidak berkompromi dalam perkara berkaitan keselamatan dan keamanan yang menjadi asas kemakmuran dan kesejahteraan negara.

Titah beliau, peranan pasukan keselamatan lebih mencabar dengan perkembangan bentuk dan corak ancaman terhadap negara dari semasa ke semasa.

"Justeru, setiap anggota keselamatan mestilah berkewajipan memelihara disiplin selain peranan mereka sentiasa signifikan dalam setiap aspek," titah baginda yang juga Komander Regimen 504 Askar Wataniah.

Dalam program berasingan, baginda turut menitahkan agar jaringan kerjasama  antara polis dan masyarakat perlu dieratkan memandangkan ia mampu mencegah dan meminimumkan kegiatan jenayah.

Bagi tujuan itu, baginda menitahkan agar PDRM perlu sentiasa mencari jalan mewujudkan jalinan kerjasama erat dengan masyarakat setempat dalam membantu mencegah dan mengurangkan jenayah.

Titah baginda lagi, masyarakat juga seharusnya sentiasa menyahut seruan pihak berkuasa dalam aktiviti celik jenayah demi kepentingan bersama.

Kangar, 15 Jun – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus memperbaiki kedudukan dalam kajian QS University Rankings: Asia 2016 apabila disenaraikan dalam kelompok 230 universiti terbaik di Asia berbanding kelompok 250 terbaik pada tahun-tahun sebelumnya.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, peningkatan tersebut secara tidak langsung memberi suntikan motivasi buat UniMAP yang baru mencecah usia sembilan tahun selepas penjenamaan semula daripada Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) untuk terus mendaki carta pemeringkatan QS.

Jelas beliau, dengan usia yang masih muda itu juga, UniMAP berjaya menempatkan diri dalam kelompok terbaik seiring dengan universiti terkemuka di Malaysia yang mencapai usia 20 tahun ke atas. Strategi UniMAP semenjak tahun 2008 yang menetapkan sasaran 500 universiti terkemuka dunia menjelang 2020 semakin menampakkan impak.

“Berdasarkan laporan itu, UniMAP berada pada kedudukan ke-13 terbaik di Malaysia serta kesembilan terbaik dalam kalangan universiti awam (UA).

“Saya percaya, dengan kerjasama jitu yang diberikan oleh semua pemegang taruh serta warga UniMAP, secara tidak langsung akan membantu UniMAP untuk mencapai sasaran menjadi antara 500 universiti terbaik dunia menjelang tahun 2020.

QS University Ranking Asia ialah agensi yang berpangkalan di United Kingdom membuat penarafan peringkat serantau dan dunia.

Penilaian kali ini membabitkan 350 universiti utama Asia dan dibuat sejak tahun 2009 berdasarkan sembilan indikator antaranya reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah pelajar kepada fakulti, penerbitan hasil kajian setiap fakulti, nisbah fakulti antarabangsa, nisbah pelajar antarabangsa serta indikator terbaharu, bilangan staf yang berkelayakan ijazah doktor falsafah (Phd).

Dalam pada itu, Zul Azhar berkata, bagi mengukuhkan lagi reputasi universiti di persada antarabangsa, UniMAP juga bakal menganjurkan Persidangan 12th QS APPLE di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 22-24 November tahun ini.

Ujar beliau, penganjuran persidangan pendidikan terkemuka di Asia Pasifik itu dijangka menarik 600 peserta dari seluruh dunia dan ianya merupakan sebahagian daripada agenda negara dalam memacu kegemilangan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di negara ini.

“Seperti yang disarankan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, persidangan ini merupakan platform terbaik untuk UniMAP dan lain-lain IPT melebarkan jaringan dengan IPT bertaraf global lainnya,” ujar beliau.

 

Pulau Pinang, 7 Jun - Kemajuan teknologi kejuruteraan berkembang dengan amat pantas di masa ini. Kewujudan pelbagai bahan-bahan baharu dan terkini telah membawa perubahan  besar kepada dunia.

Dalam usaha untuk bergerak seiring dengan kepantasan teknologi masa kini, Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Bahan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menganjurkan International Conference on Functional Materials and Metallurgy (ICoFM 2016), bertempat di ParkRoyal Hotel & Resort, baru-baru ini.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, penganjuran IcoFM 2016 dilihat menjadi platform yang memberi impak positif kepada penyelidik termasuk agenda pembangunan negara dengan berkongsi pengetahuan serta idea di antara ahli akademik, penyelidik dan wakil industri.

“Mahasiswa-mahasiswa perlulah sentiasa mengambil tahu mengenai penemuan terkini supaya tidak ketinggalan dalam bidang ini.

“Sejajar dengan aspirasi kerajaan ke arah menjadi negara maju dan menghasilkan tenaga kerja yang  mempunyai nilai tambah, UniMAP telah mengambil langkah proaktif dalam bidang penyelidikan dan teknologi dengan pelbagai pendekatan,”katanya ketika ucapan perasmian ICoFM 2016.

Turut hadir, Presiden Malaysia Chamber of Mines, Dato’ Seri Mohd Ajib Anuar dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP, Prof. Dr. Abdul Hamid Adom.

Seramai tiga pembentang jemputan telah membentangkan kertas kerja iaitu Dato’ Seri Mohd Ajib Anuar, dengan kertas kerja bertajuk "Dynamic Business Models for the Mining and Metallurgical Industry".

Prof. Dato’ Dr. Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi
Dekan Pengurusan Akademik dan Antarabangsa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dengan pembentangan bertajuk "Modelling and simulation in engineering problems: A case study on development of Semi Empirical model for hardness AZ91 nano-composite prediction" dan Pensyarah Kanan PPK Bahan UniMAP, Prof. Dr. Azmi Rahmat pembentangan bertajuk“Corrosion Protection at Potential of Zero Charge”.

 

Kangar 7 Jun:Fungsi sesebuah universiti bukan saja bertujuan melahirkan graduan semata-mata, tetapi segala kemahiran dan kepakaran yang dimiliki pelajar dan pensyarahnya boleh digunakan untuk kebaikan masyarakat setempat.

Atas dasar tersebut, Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknousahawan (iKOM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menggunakan kepakaran mereka dalam membantu usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Perlis

Bagi Mohamad Haziq Mohd Hidzir, pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu berkata, peluang yang diberikan pensyarah untuk membantu usahawan kecil adalah pengalaman yang baik untuk mereka.

“Kami perlu mencari sendiri usahawan dan membantu menjenamakan kembali produk keluaran mereka.

“Kumpulan kami telah memilih untuk membantu pengusaha acar rebung dan buah-buahan, jadi kami perlu memikirkan cara pembungkusan yang lebih menarik dan memikirkan strategi promosi mengikut cara yang terkini dengan menggunakan segala ilmu yang dipelajari di kelas,”katanya.

Sementara itu bagi, Muhammad Ajmal Harun ketua kumpulan yang memilih untuk membantu pengusaha keropok lekor berkata, usahawan yang dibantunya sebelum ini mempunyai masalah dalam memasarkan produk keluarannya.

“Jadi kumpulan kami telah membuat kajian tentang pasaran dan promosi tentang masalah yang dihadapi oleh usahawan ini supaya kami mengetahui dengan lebih jelas kekangan yang perlu diatasi.

“Oleh itu, setelah kajian dilakukan kami terus membantu usahawan ini bermula dari aspek pembungkusan, menjenamakan kembali syarikat, mempelbagaikan produk serta membantu untuk mendapatkan pengesahan sijil halal bagi produk makanan ini,”katanya.

Ujar Muhammad Ajmal, kumpulannya berasa bangga apabila segala idea yang dicurahkan kepada usahawan itu digunapakai untuk mengembangkan perniagaannya.

“Kami amat berbesar hati kerana dapat membantu usahawan-usahawan ini mengembangkan perniagaan mereka, mungkin sebelum ini produk yang dihasilkan kurang mendapat sambutan kerana kurang pengetahuan mengenai pemasaran.

“Segala pengalaman yang kami perolehi sepanjang membantu usahawan ini tidak akan diperolehi melalui pengajaran secara teori di dalam kelas sahaja sebaliknya kita perlu melakukan kerja di lapangan untuk meraihnya,”katanya lagi.

Timbalan Dekan Akademik iKOM, Dr. Hanum Hassan berkata, Program Tanggungjawab Sosial Korporat Universiti (UCSR) itu diadakan untuk subjek Komunikasi Pemasaran Bersepadu.

“Para pelajar dibahagikan kepada 27 kumpulan untuk membantu para usawahan IKS di Perlis bagi mempromosikan produk-produk jualan mereka.

“Ini adalah cara terbaik untuk memberi kefahaman kepada pelajar tentang konsep dan kaedah mengenai komunikasi pemasaran bersepadu kerana mereka perlu menggunakan segala kemahiran yang dipelajari secara teori,”katanya.

Ujar Dr. Hanum lagi, penglibatan pelajar dengan IKS membantu mereka memahami situasi sebenar yang berlaku dalam dunia perniagaan.

“Pengalaman ini juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kaedah yang betul untuk memulakan perniagaan dan sebaik sahaja kursus ini tamat, para pelajar akan menyerahkan plan yang dihasilkan kepada syarikat tersebut sebagai UCSR kepada masyarakat di Perlis,”katanya lagi.

ARAU, 6 Jun (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar warga Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memberi komitmen jitu dan kepercayaan kepada Naib Canselor baharu, Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal untuk membawa universiti berkenaan ke mercu kegemilangan.

Baginda bertitah sebagai Universiti Awam (UA) yang berusaha mencapai sasaran 500 universiti terbaik dunia, faktor kualiti bidang pengajian, program berimpak tinggi, peningkatan pelajar antarabangsa dan inisiatif-inisiatif berkaitan hendaklah diberikan penekanan.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor UniMAP bertitah pemotongan peruntukan kepada UA merupakan cabaran bagi pengurusan universiti untuk menjana pendapatan melalui pelbagai aktiviti, kreativiti dan inovasi baharu.

"Gunakanlah sumber kepakaran yang ada termasuk mengekploitasi ilmu dan pengalaman 14 tahun bekas Naib Canselor pertama UniMAP, Profesor Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin untuk melonjakkan UniMAP," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah selepas menyaksikan majlis penyerahan nota tugas kepada Zul Azhar oleh Kamarudin di Dewan Kecemerlangan UniMAP di sini hari ini.

Raja Puan Muda Perlis merangkap Pro Canselor UniMAP Hajah Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil juga berkenan hadir pada majlis itu.

Baginda berharap usaha Kamarudin memperhebatkan kualiti penyelidikan UniMAP diperhebatkan lagi oleh Zul Azhar, selain Petunjuk Utama Prestasi (KPI) dan penerapan nilai serta etika dalam kalangan warga universiti dioptimumkan.

"Saya juga ingin mengingatkan kepentingan pengurusan masa dan kewangan yang baik dalam membangunkan piawaian, garis panduan, dan penanda aras UniMAP bagi usaha mencapai sasaran 500 universiti terbaik dunia," titah baginda.

 

ARAU, 6 Jun (Bernama) -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengambil langkah proaktif menjana ekonomi sendiri melalui aset minda dan intelektual.

Naib Canselornya yang baharu, Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata kaedah itu bagi menjadikan universiti sebagai pusat keuntungan dan bukan 'pusat kos' seperti tanggapan pihak-pihak tertentu.

Katanya UniMAP dan universiti awam (UA) lain tidak lagi boleh bergantung kepada bantuan kerajaan sebaliknya perlu menggunakan aset yang dimiliki untuk menjana pendapatan bagi menampung kos operasi.

"Dalam hubungan ini UniMAP sedang menggandakan usaha dalam bidang keusahawanan dan konsultansi serta meningkatkan kerjasama dengan sektor swasta dalam bidang penyelidikan dan pengkomersialan produk," katanya selepas menerima Nota Tugas Naib Canselor daripada bekas Naib Canselor Datuk Prof Emeritus Dr Kamarudin Hussin di Dewan Kecemerlangan UniMAP di sini, hari ini.

Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMAP berkenan berangkat ke majlis tersebut.

Zul Azhar berkata UniMAP meneruskan usaha menarik lebih ramai pelajar antarabangsa untuk menyambung pengajian mereka bagi menjana hasil universiti selain dapat melebarkan sayapnya ke persada antarabangsa.

Katanya, pada 2014 dan 2015, kemasukan pelajar asing ke UniMAP sebanyak 136 dan 147 orang.

Kemasukan September dan Oktober ini menyaksikan lebih ramai pelajar luar negara mengikuti program pengajian di UniMAP, kata beliau.

Menurut Zul Azhar UniMAP juga bertindak meningkatkan kesedaran kakitangan dan mahasiswanya tentang perlunya berjimat mengguna elektrik bagi menjayakan program teknologi hijau di kawasan kampus.

Bil elektrik kampus Pauh Putra sahaja mencecah RM1 juta sebulan tidak termasuk kos penyelenggaraan.Penggunaan sumber secara berhemah ini mampu menjimatkan kos sehingga RM20,000 sehari, katanya.

Zul Azhar dilantik menjadi Naib Canselor UniMAP berkuatkuasa 1 Mei lepas hingga 20 April 2019.Dalam usia 14 tahun UniMAP kini menduduki tempat ketujuh terbaik dalam negara dan berada pada kedudukan 750 terbaik dalam kalangan lebih 40,000 universiti di dunia.

 

 

 

 

Kangar, 6 Jun – Seramai 104 sukarelawan Hub Sumber Pendidikan dan Latihan Autisme (A-HEART) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) diraikan dalam satu majlis khas Majlis Makan Malam Penghargaan Sukarelawan A-HEART yang berlangsung di Hotel Putra Regency Kangar, baharu-baharu ini.

Mereka terdiri daripada pelajar Ijazah dan juga Diploma UniMAP yang terlibat dalam pelbagai program A-HEART sejak tahun 2013 lagi.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan berkata, menjadi sukarelawan A-HEART dan memberikan komitmen terhadap pembangunan komuniti anak-anak istimewa amnya dan autistik khasnya telah membuka lebaran baharu kepada program kesukarelawanan universiti melalui University Corporate Social Responsibility.

“Kesukarelawan A-HEART tidak berkait dengan mana-mana struktur program Ko-Kurikulum universiti seperti mana-mana program kesukarelawanan lain.

“Mereka menyertai A-HEART atas dasar keyakinan dan kesucian hati untuk menyumbang ke arah kesejahteraan hidup masyarakat,” katanya.

Tambahnya lagi, melalui penganjuran beberapa program A-HEART, ianya turut memberikan pengalaman baharu kepada sukarelawan A-HEART ini.

“Mereka belajar mengurus promosi program, menyusun atur perjalanan aktiviti, bekerja dalam pasukan, mengurus bajet, menarik penglibatan rakan dan ahli masyarakat dan memanfaatkan kapasiti serta segala kemahiran insaniah yang ada pada diri mereka.

“Inilah kemahiran dan pengalaman yang ingin dibekalkan oleh universiti kepada pelajarnya dalam usaha untuk melahirkan graduan seimbang,” katanya.

Antara program yang telah dianjurkan A-HEART adalah Autism Walk yang berlangsung pada 2014; Kelas Mengaji Al-Quran untuk anak-anak istimewa (KEMANIS) yang dijalankan setiap Sabtu; Projek Love OKU iaitu kunjungan sosial ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di sekitar Perlis; dan Festival A-HEART.

Apa yang menarik, bermula dengan Program Autism Walk itu, A – HEART mula mengorak langkah mendekati masyarakat melalui pelbagai program sosial dan pendidikan.

“Sukarelawan A-HEART bertapak di pelbagai agensi kebajikan seperti PDK untuk lebih memahami keunikan anak-anak istimewa ini.

“Malah mereka juga turut berjaya menambat hati Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis sehingga berlangsungnya Festival A-HEART 2016 pada 25 hingga 27 Mac lalu dan berjaya menjana RM 500,000 melalui pelbagai program keusahawanan sempena festival tersebut,” katanya.

Melalui impak penganjuran tersebut, UniMAP bermatlamat untuk membina Pusat Autisme A-HEART UniMAP yang bernilai 5 juta tidak lama lagi bagi memberi perkhidmatan kepada golongan autistik di kawasan utara.

KANGAR, 24 Jun — Kakitangan Jabatan Pembangunan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Hazrul Hisham Hamid serta Suhana Shaari dari Pusat Pembangunan Korporat dan Pengurusan Kualiti (PUSPEK) dinobatkan sebagai Johan Tilawah Al-Quran dan Hafazan peringkat UniMAP, semalam.

Kedua-dua peserta yang membaca Surah Al-Furqan masing-masing memperoleh 80 dan 63 markah berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM300 dan sijil penghargaan.

Manakala tempat kedua dimenangi Azrie Ibrahim dari Pusat Bahasa Antarabangsa dan Nur Atiqah Abdul Ghani dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) yang masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM 200 dan sijil penghargaan.

Tempat ketiga diraih Mohd Nasir Ibrahim dari Unit Perundangan dan Siti Kamariah Md Sa’at dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses masing-masing membawa pulang RM100 dan sijil penghargaan.

Hadiah disampaikan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan. Turut hadir, Pengarah Pusat Islam UniMAP, Hassan Arshad dan Pengarah Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi UniMAP, Nasrudin Abd. Shukor.

Sementara itu bagi kategori hafazan yang disertai anak staf UniMAP bagi tujuh hingga sembilan tahun dimenangi Ahmad Mifzal Hadif Ahmad Nasir dengan 83 markah dengan membawa pulang wang tunai RM300 dan sijil penghargaan.

Tempat kedua diraih Sharifuddin Nafis Hizam juga dengan 83 markah dan membawa pulang wang tunai RM200 dan sijil penghargaan manakala tempat ketiga dimenangi Ahmad Suhaib Muhajir dengan 80 markah serta membawa pulang wang tunai RM 100 bersama sijil penghargaan.

Bagi kategori 10 hingga 12 tahun, Solahuddin Aiman Hizam muncul juara selepas mengutip 98 markah dan membawa pulang RM300 dan sijil penghargaan manakala tempat kedua kategori berkenaan diraih Muhammad Ammar Mohd Zahiruddin dengan catatan 96 markah membawa pulang  wang tunai RM200 bersama sijil penghargaan serta tempat ketiga dimenangi Siti Syaza Jaizzah Zol Bahri, 94 markah membawa pulang RM 100 dan sijil penghargaan.

KANGAR, 24 Jun — Kakitangan Jabatan Pembangunan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Hazrul Hisham Hamid serta Suhana Shaari dari Pusat Pembangunan Korporat dan Pengurusan Kualiti (PUSPEK) dinobatkan sebagai Johan Tilawah Al-Quran dan Hafazan peringkat UniMAP, semalam.

Kedua-dua peserta yang membaca Surah Al-Furqan masing-masing memperoleh 80 dan 63 markah berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM300 dan sijil penghargaan.

Manakala tempat kedua dimenangi Azrie Ibrahim dari Pusat Bahasa Antarabangsa dan Nur Atiqah Abdul Ghani dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) yang masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM 200 dan sijil penghargaan.

Tempat ketiga diraih Mohd Nasir Ibrahim dari Unit Perundangan dan Siti Kamariah Md Sa’at dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses masing-masing membawa pulang RM100 dan sijil penghargaan.

Hadiah disampaikan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan. Turut hadir, Pengarah Pusat Islam UniMAP, Hassan Arshad dan Pengarah Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi UniMAP, Nasrudin Abd. Shukor.

Sementara itu bagi kategori hafazan yang disertai anak staf UniMAP bagi tujuh hingga sembilan tahun dimenangi Ahmad Mifzal Hadif Ahmad Nasir dengan 83 markah dengan membawa pulang wang tunai RM300 dan sijil penghargaan.

Tempat kedua diraih Sharifuddin Nafis Hizam juga dengan 83 markah dan membawa pulang wang tunai RM200 dan sijil penghargaan manakala tempat ketiga dimenangi Ahmad Suhaib Muhajir dengan 80 markah serta membawa pulang wang tunai RM 100 bersama sijil penghargaan.

Bagi kategori 10 hingga 12 tahun, Solahuddin Aiman Hizam muncul juara selepas mengutip 98 markah dan membawa pulang RM300 dan sijil penghargaan manakala tempat kedua kategori berkenaan diraih Muhammad Ammar Mohd Zahiruddin dengan catatan 96 markah membawa pulang  wang tunai RM200 bersama sijil penghargaan serta tempat ketiga dimenangi Siti Syaza Jaizzah Zol Bahri, 94 markah membawa pulang RM 100 dan sijil penghargaan.

KANGAR, 23 June – In conjunction with the blessings of the month of Ramadhan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) through the UniMAP Islamic Centre produced over 10,000 packs of bubur lambuk to be distributed in three phases beginning today.

UniMAP Vice Chancellor Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin said that the first phase of distribution will go to the Hospital Tuanku occupants, followed by seven welfare homes, retirement homes and orphanages on 30 June. The final phase (6 July) will see distribution to students in four religious boarding schools in Perlis.

He explained that what made this special was that the distributed bubur lambuk was cooked by UniMAP staff members themselves in a scheduled rotation, from preparation of ingredients to packaging.

“The distribution of the bubur lambuk is part of the University Social Responsibility (USR) which had become tradition from when UniMAP was known as Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM).

“This time, the Faculty of Engineering Technology (FTK), the School of Human Development & Technocommunication (iKOM) and the Library Department had been awarded the responsibility of heading the communal activity, aided by employees of the UniMAP Islamic Centre and Security Department,” he said in a statement here today.

Besides making and distributing the bubur lambuk UniMAP has also organised 22 other programmes specially to celebrate the month of Ramadhan, including Tilawah Al-Quran, Tadarus Al-Quran, Inter-Departmental Nasyid Competition, Friday Prayers with the Perlis Community and donations to flood victims.

Meanwhile the Dean of FTK Prof. Madya Dr. Che Mohd. Ruzaidi Ghazali said that 10 bubur lambuk pots were used for cooking today, involving 80 workers consisting of FTK's administrative and academic staff.

“We are proud to be able to successfully run USR activities such as this specifically to prepare moderate dishes for breaking of fast to those in need. Besides that, these activities are great platforms to strengthen fellowship between  FTK administrative and academic personnel,” he disclosed.

 

 

KANGAR, 23 Jun  - Sempena mengambil keberkata bulan Ramadhan, Universiti Malaysia Perlis melalui Pusat Islamnya mengedarkan lebih 10,000 bungkusan bubur lambuk yang akan diedarkan dalam tiga fasa mulai hari ini.

Naib Canselornya, Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, fasa pertama edaran akan melibatkan warga Hospital Tuanku diikuti tujuh rumah kebajikan, rumah warga emas dan anak-anak yatim pada 30 Jun ini manakala fasa terakhir (6 Julai) akan melibatkan pelajar-pelajar di empat buah sekolah agama (berasrama) di negeri Perlis.

Jelas beliau, lebih istimewa lagi, bubur lambuk yang dieadarkan ini dimasak sendiri oleh warga kerja UniMAP mengikut penggiliran yang telah ditetapkan termasuk proses penyediaan bahan mentah sehinggalah pembungkusan.

“Edaran bubur lambuk ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial universiti (USR) yang telah menjadi tradisi semenjak UniMAP dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) lagi.

“Untuk kali ini, Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (IKOM) dan Jabatan Perpustakaan telah diberikan tanggungjawab mengetuai aktiviti gotong-royong dengan dibantu oleh kakitangan Pusat Islam dan Jabatan Keselamatan UniMAP,” ujar beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain penyediaan dan edaran bubur lambuk, UniMAP turut menganjurkan 22 program lain khusus untuk mengimarahkan bulan Ramadhan antaranya pertandingan Tilawah Al-Quran, Tadarus Al-Quran, Pertandingan Nasyid Antara Jabatan, Program Solat Jumaat Bersama Masyarakat Perlis dan sumbangan bantuan mangsa banjir.

Sementara itu, Dekan FTK, Prof. Madya Dr. Che Mohd. Ruzaidi Ghazali berkata, sebanyak 10 periuk bubur lambuk dimasak hari ini dengan membabitkan tenaga kerja seramai hampir 80 orang yang terdiri daripada staf pentadbiran dan akademik FTK.

“Kami berbangga dapat menjayakan USR seperti ini khusus untuk menyediakan juadah berbuka yang sederhana kepada mereka yang memerlukan. Selain itu, aktiviti sebegini juga merupakan medan terbaik untuk merapatkah ukhuwah antara warga pentadbiran dan akademik FTK,” ujarnya.

 

 

KANGAR, 23 Jun  - Sempena mengambil keberkatan bulan Ramadhan, Universiti Malaysia Perlis melalui Pusat Islamnya mengedarkan lebih 10,000 bungkusan bubur lambuk yang akan diedarkan dalam tiga fasa mulai hari ini.

Naib Canselornya, Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, fasa pertama edaran akan melibatkan warga Hospital Tuanku diikuti tujuh rumah kebajikan, rumah warga emas dan anak-anak yatim pada 30 Jun ini manakala fasa terakhir (6 Julai) akan melibatkan pelajar-pelajar di empat buah sekolah agama (berasrama) di negeri Perlis.

Jelas beliau, lebih istimewa lagi, bubur lambuk yang diedarkan ini dimasak sendiri oleh warga kerja UniMAP mengikut penggiliran yang telah ditetapkan termasuk proses penyediaan bahan mentah sehinggalah pembungkusan.

“Edaran bubur lambuk ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial universiti (USR) yang telah menjadi tradisi semenjak UniMAP dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) lagi.

“Untuk kali ini, Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (IKOM) dan Jabatan Perpustakaan telah diberikan tanggungjawab mengetuai aktiviti gotong-royong dengan dibantu oleh kakitangan Pusat Islam dan Jabatan Keselamatan UniMAP,” ujar beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain penyediaan dan edaran bubur lambuk, UniMAP turut menganjurkan 22 program lain khusus untuk mengimarahkan bulan Ramadhan antaranya pertandingan Tilawah Al-Quran, Tadarus Al-Quran, Pertandingan Nasyid Antara Jabatan, Program Solat Jumaat Bersama Masyarakat Perlis dan sumbangan bantuan mangsa banjir.

Sementara itu, Dekan FTK, Prof. Madya Dr. Che Mohd. Ruzaidi Ghazali berkata, sebanyak 10 periuk bubur lambuk dimasak hari ini dengan membabitkan tenaga kerja seramai hampir 80 orang yang terdiri daripada staf pentadbiran dan akademik FTK.

“Kami berbangga dapat menjayakan USR seperti ini khusus untuk menyediakan juadah berbuka yang sederhana kepada mereka yang memerlukan. Selain itu, aktiviti sebegini juga merupakan medan terbaik untuk merapatkah ukhuwah antara warga pentadbiran dan akademik FTK,” ujarnya.

 

 

Kangar, 23 Jun - Sempena bulan Ramadhan ini, Pejabat Naib Canselor (PNC) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) turut mengambil inisiatif mengadakan program tadarus al-Quran di kalangan kakitangannya.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin berkata tujuan tadarus diadakan setiap tahun sepanjang bulan Ramadhan ini adalah sebagai salah satu langkah mengeratkan hubungan di antara warga PNC tanpa mengira pangkat dan usia. Katanya, selain itu program sebegini dapat mewujudkan penghayatan beramal dan beribadah dalam bulan yang penuh barakah itu.

Program tadarus al-Quran ini juga dapat menimbulkan kesedaran agar tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim dan memantapkan kemahiran membaca al-Quran dalam setiap jiwa warga kerja pejabat ini,” katanya selepas mengetuai program berkenaan bersama kakitanganPejabat Naib Canselor, di sini hari ini.

Menurut Datuk Kamarudin, selain PNC, pusat tanggungjawab (PTj) yang lain turut mengadakan program tadarus itu di setiap PTj masing-masing dengan pembahagian juzuk oleh Pusat Islam UniMAP. Khatam al-Quran juga bakal diadakan secara berkelompok dan berharap setiap PTj merealisasikan program tadarus serta khatam al-Quran ini, katanya.

Terdahulu, UniMAP menerusi Pusat Islam telah merancang 22 program sepanjang bulan Ramadhan termasuk program tadarus berkenaan selain Bicara Muslimah, Pertandingan Nasyid Antara Jabatan, Majlis Tilawah Al-Quran, Ihtifal Ihya Ramadhan dan lain-lain lagi.

Pauh Putra, 23 Jun – Tiada halangan bagi seseorang wanita itu untuk bekerjaya selagi ianya tidak melanggar hukum agama dan mendapat keizinan daripada keluarganya.

Menurut penceramah bebas yang juga bekas Naib Johan Ustazah Pilihan musim pertama, Ustazah Nurul Hidayah Kamarudin, hal ini berikutan terdapatnya keperluan yang menuntut penglibatan wanita dalam sektor pekerjaan.

“Ada sesetengah pekerjaan memerlukan wanita sebagai pengisinya kerana perkaitan terus dengan wanita lain seperti doktor sakit puan, ustazah dan lain-lain lagi,” jelasnya ketika disoal oleh moderator, Mazura Mat Arid dalam program Bicara Muslimah dengan tajuk ‘Wanita : Kerjaya dan Rumahtangga’ di sini semalam.

Program tersebut adalah anjuran Persatuan Isteri dan Kakitangan Wanita (PISKANITA) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Yang turut hadir, Naib Pengerusi PISKANITA juga Penolong Naib Canselor Komunikasi Korporat UniMAP, Datin Prof. Zuraidah Mohd Zain; dan Ketua Pustakawan UniMAP, Mazmin Mat Akhir.

Walaubagaimanapun menurut Nurul Hidayah, meskipun mempunyai kerjaya, keluarga haruslah menjadi keutamaan kerana disitulah terletaknya sumber kegembiraan dan ketenangan seseorang wanita.

“Malah wanita bekerjaya jika melalui landasan dengan niat yang betul adalah sebagai satu ibadah kepada Allah swt dan juga keluarganya.

“Keluarga yang bahagia dan gembira akan mendorong kecemerlangan dalam kerjaya wanita tetapi amat jarang kita melihat kerjaya mereka sukses andai keluarganya berantakan,” katanya.

Program hampir dua jam itu turut diisi dengan sesi soal jawab oleh para peserta program.

ARAU, 15 Jun — Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan, Pusat Islam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah merancang sebanyak 22 program bagi memanfaatkan kehadiran bulan yang mulia tersebut.

Pengarah Pusat Islam UniMAP, Hassan Arshad berkata, semua 22 program yang dirancang ini akan melibatkan kerjasama dari Pusat Tanggungjawab (PTj) yang telah dipilih.

Pusat Islam telah merancang begitu banyak aktiviti yang bermanfaat sepanjang Ramadhan ini, saya menyeru agar semua PTj yang diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti tersebut dapat melakukan yang terbaik serta berkreativiti.

“Gunakanlah peluang yang ada ini untuk meningkatkan amalan seperti bertadarus, bersedekah, qiyamullail dan sebagainya. Amatlah rugi sekiranya Ramadan yang mempunyai banyak kelebihan kita sia -siakan dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah,”katanya ketika berucap merasmikan program Ihya’ Ramadan 1436H di Dewan Kuliah UniMAP, Kampus Pauh Putra, di sini, semalam.

Beliau turut menyeru kepada semua warga UniMAP mengambil peluang melaksanakan berbagai- bagai amal ibadat yang sunat dan fardhu dengan menghayati semaksima mungkin bagi mengumpulkan pahala yang berlipat ganda di bulan Ramadan.

Antara program yang dirancangkan Pusat Islam UniMAP adalah, Seminar Mukmin Profesional III: Pengurusan Harta Pusaka, Faraid dan Hibah, Ahlan Ya Ramadan @ UniMAP. FM, Tadarus Al-Quran, Pertandingan Nasyid, Bicara Muslimah, Sumbangan kepada mangsa banjir, sumbangan bubur lambuk, Forum Agama Nuzul Al-Quran; Kutipan Zakat; Ihtifal Ihya’ Ramadan, Solat Jumaat bersama masyarakat Perlis; Khatam Al-Quran;Jejak Ukhwah; Ifthor Jamaei Kolej Kediaman; Ifthor Jamaei bersama pelajar antarabangsa dan lain-lain lagi.

Terdahulu, di dewan yang sama, Pusat Islam dengan kerjasama Pusat Pengajian Komputer dan Perhubungan UniMAP menganjurkan Seminar Mukmin Profesional III: Pengurusan Harta Pusaka, Faraid dan Hibah.

Kira-kira 100 warga UniMAP serta Pejabat Tanah dan Galian negeri Perlis mengikuti seminar selama sehari tersebut.

Arau, 5 Jun – Seramai 344 pelajar baharu Diploma Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengangkat sumpah dan menyerahkan borang akujanji sebagai warga universiti tersebut di Kompleks Dewan Kuliah UniMAP di Pauh Putra di sini, baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada 227 lelaki dan 117 perempuan yang terpilih bagi mengisi enam program pengajian Diploma di UniMAP bagi sidang akademik 2015/2016.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan ketika membacakan teks ucapan Naib Canselor UniMAP menyatakan kegembiraan diatas kesanggupan pelajar memilih UniMAP.

“Memilih UniMAP adalah satu pemilihan yang tepat kerana UniMAP telah mendapat akreditasi bagi 13 program pengajian UniMAP bagi tempoh 2 hingga 5 tahun bergantung kepada program pengajian.

“Apabila adanya program pengajian UniMAP yang mendapat akreditasi selama 5 tahun, ini membuktikan bahawa program pengajian UniMAP memenuhi kriteria akreditasi dan keperluan Panel EAC dan BEM,” katanya.

Tambahnya lagi, bagi pengiktirafan dua dan tiga tahun juga memenuhi kriteria dan keperluan EAC & BEM cuma sedikit penambahbaikan perlu dibuat bagi memenuhi kritera penuh yang diperlukan.

Beliau juga positif UniMAP akan menerima lebih banyak pelajar baharu Diploma bagi kemasukan kedua dan akan berjaya mencapai kuota 480 pelajar.

Turut hadir ialah Dekan Pengurusan Akademik, Prof. Dr Rezuwan Kamaruddin; dan Dekan Unit Penyelarasan Program Diploma, Prof. Madya Dr. Mohd Mustafa Al-bakri Abdullah serta ketua-ketua jabatan UniMAP yang lain.

Pada majlis yang sama turut diadakan bacaan ikrar oleh pelajar baharu Diploma di sampingsesi memperkenalkan ketua-ketua jabatan di UniMAP.

KANGAR, 3 Jun — Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tidak hanya tertumpu kepada aktiviti gotong royong dan sumbangan wang ringgit semata-mata, ia mempunyai pelbagai cara untuk membantu masyarakat setempat.

Sebagai sebuah gedung ilmu, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengambil pendekatan baharu dengan berkongsi produk-produk yang dihasilkan pelajarnya untuk dimanfaatkan bersama masyarakat setempat.

Baru-baru ini, seramai 183 pelajar tahun satu jurusan Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Produk dan Ijazah Sarjana Muda Pembuatan  dari Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Pembuatan UniMAP menyerahkan produk yang dihasilkan mereka.

Pensyarah Kanan  PPK Pembuatan UniMAP, Dr. Noorhafiza  Muhammad berkata, program itu merupakan kali pertama diadakan PPK Pembuatan bertujuan bagi berkongsi produk yang dihasilkan pelajar-pelajar UniMAP.

“Produk-produk papan tanda dan peti surat yang disumbangkan ini merupakan hasil projek yang diusahakan sendiri para pelajar untuk subjek Engineering Workshop dan Manufacturing Technology.

Program CSR seperti ini akan kita teruskan di tahun – tahun berikutnyadi kawasan yang lain pula untuk memberi peluang kepada masyarakat Perlis menggunakan produk-produk yang dihasilkan pelajar UniMAP,”katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Projek UCR- University Corporate Responsibility 2015 PPK Pembuatan di Kampung Padang Melangit, dekat sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kampung Padang Melangit, Hamzah Darus.

Ujar Noorhafiza lagi, di masa akan datang, pihaknya akan bekerjsama dengan Institut Kajian Strategik, Kepimpinan dan Komuniti UniMAP di bawah program Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) untuk meluaskan lagi peluang untuk berkongsi manfaat produk bersama masyarakat Perlis.

Sementara itu, bagi Hamzah Darus, berkata, pihaknya amat berbesar hati dengan sumbangan produk yang dihasilkan pelajar-pelajar UniMAP itu.

“Saya amat berterima kasih dengan sumbangan ini dan berharap agar dapat mengadakan lebih banyak program  bersama UniMAP di masa akan datang,”katanya. 

Kuala Nerang, 2 Jun - Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) , Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin diberi penghormatan bagi menyampaikan ceramah sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Amanah Rakyat (MARA) peringkat Zon Utara 2014, di sini, hari ini.

Dengan tema Transformasi Minda ke Arah Peningkatan Prestasi Kerja, Datuk Kamarudin menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 350 kakitangan MARA iaitu dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang di Kolej MARA Kuala Nerang (KMKN).

Datuk Kamarudin berkata bagi menjayakan sebuah transformasi haruslah melibatkan perubahan dan pengukuhan institusi serta struktur perkhidmatan awam.

"Ini termasuk perubahan cara berfikir, pembaikan sistem nilai serta pengukuhan kepada gerak kerja selain mengamalkan minda kelas pertama dalam menjalankan tugas seharian.

"Minda kelas pertama adalah memahami kepentingan berfikir dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan diri, keluarga serta organisasi di samping sentiasa komited terhadap integriti intelektual," kata beliau ketika menyampaikan ceramah di majlis berkenaan.

Terdahulu Pengarah KMKN, Puan Shaariah Dahman berkata pihak KMKN memilih  Datuk Kamarudin bagi menyampaikan ceramah ini kerana ketokohan beliau begitu sinonim dengan MARA sejak sekian lama.

"Anak-anak beliau juga bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) selain sumbangan beliau yang amat besar dalam memberi peluang kepada anak didik MARA dalam projek jana jurutera lapan tahun lalu.

"Malah beliau juga aktif ketika menjawat jawatan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) MRSM Taiping menyebabkan ketokohan Datuk Kamarudin sudah sedia terbukti,"katanya.

Menurut Puan Shaariah,  selain itu Datuk Kamarudin juga sudah terkenal dengan agenda transformasinya dalam membangunkan Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) sebelum berjaya membangunkan UniMAP dengan pelbagai perubahan yang sangat dikagumi.

"Peserta ceramah turut melahirkan rasa puas hati dengan pengisian ceramah yang disampaikan Datuk Kamarudin yang sangat bertepatan dengan tema transfomasi," katanya ketika ditemui di sini.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MARA Zon Utara 2014 berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) MARA Datuk Zanudin Ab Rahim.

KANGAR, 1 Jun — Beberapa hari lagi, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kehadiran Ramadan dan sudah pasti secara kebiasaanya kita sudah terbayang di benak fikiran mengenai Bazar Ramadan yang menawarkan ratusan jenis juadah untuk berbuka.

Namun sedarkah, apabila kualiti dan kuantiti pemakanan tidak dijaga ketika berpuasa, kita terdedah kepada pelbagai risiko penyakit yang datang tak berjemput terutama sekali diabetis.

Dalam usaha mendidik masyarakat tentang penyakit berbahaya berkaitan makanan, terutamanya diabetis, Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Hospital Hospital Tuanku Fauziah (HTF) telah menganjurkan Simposium Perubatan “Moving Toward Healthy Fasting” ‘All About Diabetes And Hypertension.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, penganjuran simposium itu adalah bertujuan memberi kesedaran disamping untuk membetulkan spekulasi yang tidak tepat mengenai puasa dan penyakit diabetes serta hipertensi

“Seperti yang kita sedia maklum, diabetes dan hipertensi merupakan penyakit yang sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita.

“Kedua-dua jenis penyakit ini adalah saling berkaitan dan disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat seperti pengambilan gula dan garam yang berlebihan dalam makanan, stress di tempat kerja mahupun rumah serta tidak mengamalkan aktiviti senaman terutama di bulan puasa,” katanya ketika berucap merasmikan simposium itu di Dewan Kapitol UniMAP, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah HTF, Dr. Abdul Karim Abdullah, Timblan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP, Prof. Dr. Abdul Hamdi Adom dan Pengarah Pusat Kesihatan, UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohamad Iqbal Omar.

Simposium Perubatan “Moving Toward Healthy Fasting” ‘All About Diabetes And Hypertension’ dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi saintifik yang mensasarkan golongan professional perubatan dan sesi awam bagi  penjawat awam, pelajar dan orang awam.

Dalam pada itu, menurut Datuk Kamarudin, berdasarkan kajian kesihatan dan morbiditi kebangsaan (NHMS) yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, satu daripada lima rakyat Malaysia menghidap diabetes.

“Ini  bermakna diabetes menjejaskan sehingga 22% daripada penduduk negara ini. Manakala 43% daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidap hipertensi.

“Bagi saya ia adalah jumlah yang membimbangkan dan kita sebagai sebuah gedung ilmu akan sentiasa membantu menyedarkan masyarakat sekeliling tentang pentingnya menjaga kesihatan,” katanya lagi.

Padang Besar, 1 Jun - Seramai 350 pelajar baru mulai mendaftar hari ini di Kampus Uniciti Uniciti Alam Sungai Chuchuh bagi mengikuti program pengajian peringkat Diploma di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi Sidang Akademik 2015/2016.

Naib Canselornya, Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, pendaftaran itu melibatkan enam program diploma yang ditawarkan UniMAP iaitu Diploma Kejuruteraan Komputer,Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Mikroelektronik, Kejuruteraan Pembuatan dan Kejuruteraan Metalurgi.

Ujar beliau, UniMAP memperuntukkan 480 tempat untuk pelajar Diploma dan jumlah 350 yang telah mendaftar hari ini ini dijangka akan meningkat selepas mengambil kira proses kemasukan ambilan kedua pertengahan bulan ini.

“Pendaftaran pada kali ini amat memberangsangkan dan saya percaya Unit Penyelarasan Program Diploma (UPPD) dapat mencapai kuota 480 pelajar mendaftar pada tahun ini.

“Pelajar yang mendaftar hari ini juga merupakan kelompok pertama pelajar Diploma yang akan ditempatkan di Kampus Uniciti Alam Sungai Chuchuh sebagai satu inisiatif baru UniMAP untuk memastikan kesemua pelajar Diploma dapat menjalani kuliah dan makmal di satu kawasan yang sama,” ujar beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Kampus Uniciti Alam hanya menempatkan pelajar-pelajar yang sedang mengikuti 15 program pengajian yang ditawarkan oleh Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK).

Menurut Dr. Kamarudin juga, pelajar yang mendaftar masuk hari ini juga turut merangkumi 40 pelajar yang ditawarkan tempat melalui program “Jom Masuk UniMAP” yang dijalankan pada bulan April lalu.

Jelas beliau, menerusi program tersebut, UniMAP menawarkan tempat kepada pelajar-pelajar yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan dengan pendapatan di bawah RM 3,000 berdasarkan keputusan peperiksaan masing-masing.

Ujar beliau, usaha yang dilakukan oleh UniMAP ini merupakan sebahagian daripada inisiatif mereka mendokong hasrat kerajaan memperkasakan modal insan ke arah mewujudkan masyarakat berpendapatan dan berkemahiran tinggi.

“Kerajaan amat berharap pelaburan jangka panjang melalui program kemasukan khas UniMAP ini dapat menghasilkan modal insan berkualiti bagi meneruskan pembangunan negara ke arah mencapai Wawasan 2020.

''Sehubungan itu, inisiatif UniMAP ini merupakan bukti nyata masalah kewangan bukan lagi menjadi satu isu yang menyebabkan para pelajar daripada golongan kurang berkemampuan khususnya dari luar bandar tidak mendapat pendidikan di universiti," katanya.

Dr. Kamarudin turut menyeru agar ibu bapa untuk terus menitipkan semangat dan motivasi buat anak- mereka dalam meneruskan kehidupan baru di UniMAP.

“Saya berasa amat yakin jika ibu bapa secara berterusan dapat menasihati, menegur dan membimbing anak-anak yang dipinjamkan kepada kami dalam jangka masa tiga tahun mendatang ini, hasrat untuk menjadikan para pelajar ini sebagai Modal Insan Kamil yang Menyumbang kepada Agenda Pembangunan dan Daya Saing Industri akan dapat dilaksana dengan lebih realistik,” katanya lagi.

Kangar, 20 Jun – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerima perkhabaran gembira apabila mendapat akreditasi bagi Empat program iaitu Ijazah Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Pilomer, Ijazah Kejuruteraan Mikroelektronik, Ijazah Kejuruteraan Awam, dan Ijazah Kejuruteraan Fotonik baru-baru ini.

Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), telah memberikan akreditasi selama dua tahun bermula 2014 hingga 2016.

Keputusan BEM ini adalah hasil dari lawatan ke UniMAP pada 8 dan 9 Januari 2014 serta seterusnya bermesyuarat pada 31 May 2014 sebelum memutuskan memberi akreditasi kepada program pengajian UniMAP itu.

Pauh Putra, 19 Jun – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) , Datuk Seri Mustapa Mohamed dijadualkan membuat lawatan rasmi ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 26 Jun ini.

Lawatan beliau bersama 100 warga Parlimen Jeli dan delegasi pegawai kanan MITI itu bakal dibawa melawat ke Kampus Tetap UniMAP di sini selain Kampus Uniciti Alam, Sungai Chuchuh di Padang Besar.

Naib Canselor UniMAP , Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin berkata warga UniMAP tidak sabar menanti ketibaan menteri yang begitu dekat di hati universiti itu sejak awal penubuhan Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) yang ketika itu beliau masih memegang jawatan Menteri Pengajian Tinggi.

“Banyak jasa YB Datuk Sri Mustapa Mohamed terhadap UniMAP termasuk memperjuangkan UniMAP daripada kolej universiti kepada universiti sekaligus memberi peluang yang amat cerah kepada UniMAP sehingga mencapai kecemerlangan sehingga kini.

“Justeru kedatangan beliau amat dinanti-nantikan memandangkan hubungan UniMAP dengan Parlimen Jeli juga begitu erat dengan pelbagai program anjuran bersama yang pernah diadakan di Parlimen berkenaan serta UniMAP sendiri selama sembilan tahun sebelum ini. Kapasiti beliau sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kini juga amat bertepatan dengan hubungan baik UniMAP bersama Industri yang telah menjalinkan pelbagai bentuk kerjasama,” kata beliau.

Hubungan erat antara UniMAP dan Parlimen Jeli sejak sembilan tahun lalu telah terjalin dengan pelbagai program bersama seperti program Baktisiswa, Klinik Olahraga, Klinik Bahasa Inggeris serta majlis berbuka puasa bersama penduduk kampung di Parlimen berkenaan selain lawatan penduduk kawasan berkenaan ke UniMAP.

Antara program yang diatur sempena lawatan rasmi Datuk Seri Mustapa ialah jamuan mesra rakyat bersama warga Parlimen Jeli serta mahasiswa Kelantan di Uniciti, demontrasi robot dan produk penyelidikan, penjenamaan makmal-industri, majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dan memorandum persefahaman (MoU) di antara UniMAP dengan industri serta pameran sejarah hubungan  UniMAP dengan Parlimen Jeli.

Datuk Seri Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan mengadap Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan keizinanNya saya kesempatan menulis sedikit coretan perkongsian bersama warga UniMAP bagi edisi bulan Jun kali ini.

Selamat datang saya ucapkan kepada pelajar-pelajar baru pengambilan Diploma bagi sidang Akademik 2014/2015 yang mendaftarkan diri pada 8 Jun lalu. Saya mewakili pihak pengurusan tertinggi UniMAP amat berbesar hati menerima anda semua di sini. Saya harap anda dapat menyesuaikan diri dengan mudah, dan seterusnya dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran secepat mungkin. Sekiranya terdapat masalah, hubungi pihak HEPA atau Dekan, insyaa Allah kita akan usahakan yang terbaik.

Pada 26 Mei yang lalu, saya menyertai delegasi UniMAP ke Universiti Karabuk serta  kunjungan hormat ke Kedutaan Malaysia di Turki. Lawatan tersebut adalah bersempena penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat dalam Hubungan Antarabangsa (Doctor Honoris Causa) yang diberikan oleh Universiti Karabuk kepada saya, yang mewakili UniMAP. Alhamdulillah, pengiktirafan ini merupakan satu lagi bukti kejayaan universiti kita Malaysia di persada dunia. Ia menunjukkan bahawa sumbangan dan komitmen kita dalam memperkasa hubungan akademik mendapat perhatian mereka. Ini secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan dua hala Malaysia- Turki. Saya lihat pengiktirafan ini bukanlah untuk saya semata-mata, sebaliknya ia merupakan hasil kerjasama jitu warga UniMAP keseluruhannya.

Untuk makluman, Universiti Karabuk merupakan sebuah universiti awam yang mempunyai 32,000 pelajar, 795 pensyarah, 450 staf pentadbiran dan merupakan salah sebuah dari 17 universiti awam yang baru ditubuhkan di Turki. Rektornya, iaitu Prof Dr Burhanettin Uysal amat bersungguh-sungguh ingin memastikan kerjasama Karabuk-UniMAP dapat dijalin dengan erat. Insyaa Allah, pelbagai program akan kita susun sebagai tindakan susulan, dengan harapan kerjasama ini akan mendatangkan banyak manfaat kepada kedua-dua warga UniMAP dan juga warga Universiti Karabuk.

Sebelum mengakhiri coretan pada kali ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pusat Hal Ehwal Antarabangsa (CIA) UniMAP yang menjadi jabatan antarabangsa pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang berinisiatif untuk mempraktikkan amalan pengurusan kualiti berasaskan ISO 9001:2008. Saya ingin menyeru PTJ-PTJ lain mengikuti jejak CIA di masa akan datang.

Rasanya cukuplah coretan saya setakat ini, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

 

 

 

Kangar, 9 Jun - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus menyumbangkan tanggungjawab khidmat sosialnya dengan menganjurkan program motivasi  kearah meningkatkan  keyakinan diri kepada anak-anak korban konflik dan Tsunami di Acheh. 

Lawatan yang dianjurkan bersama Universitas Ubudiyah Indonesia (UUI) itu disambut kira-kira 200 pelajar di Markaz Al-Ishlah Kota Banda Aceh.

Delegasi UniMAP yang diketua Naib Canselornya, Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin, meluangkan lebih dua jam bersama anak-anak yatim dengan menyuntik kata-kata semangat dan perangsang agar mereka tidak berputus harapan untuk mengejar impian dengan menguasai cabang pendidikan yang diminati.

Kekurangan dari sudut fasiliti dan kemudahan pembelajaran tidak harus menjadi penghalang kepada mereka untuk melonjak tahap pengetahuan pendidikan ke aras yang lebih baik dan tinggi, seterusnya menjadi insan yang berjaya.

UniMAP berhasrat menjadikan pusat pengajian agama ini sebagai markaz angkat di mana universiti akan membantu dari aspek pendidikan dan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi kepada anak-anak tersebut.

Markaz yang ditubuhkan pada tahun 2002 itu dipimpin olehTengku H. Tu Bulqani Tanjungan dan difahamkan markaz turut menerima kanak-kanak mualaf serta terpinggir untuk diasuh dan dididik dengan pendekatan agama Islam,”kata Prof Dr Kamarudin.

UniMAP turut mengambil peluang menyampaikan sumbangan kepada markaz tersebut yang diserahkan oleh  Prof. Dr. Kamarudin Hussin.

Turut serta dalam lawatan ini, Rektor UUI, Marniati, Ketua Yayasan Ubudiyah Indonesia, Dedi Zefrizal, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik, Dr Rizalafende Che Ismail merangkap pengurusi Jawatankausa Promosi UniMAP.

Info Tab Bawah-BM