Gerbang Info Pengguna

  • UniMAP-AMCT2019
  • Pembelian Buku-Buku UniMAP di Market Place
  • SUTERA 2019
  • Urock 2019
  • silk2019
  • 2019 Kempen Bebas Rokok
  • Salam Aidilfitri
Previous Next

Berita Terkini

Khidmat Masyarakat Ramadan UniMAP Santuni Warga HTF

Khidmat Masyarakat Ramadan UniMAP Santuni Warga HTF

KANGAR – Muram dengan riak sedih yang terpamer di wajah sebahagian penghuni wad pembedahan di…

Baca..

Pensyarah UniMAP Dilantik Penyelidik Kunjungan Di Universiti Sweden

Pensyarah UniMAP Dilantik Penyelidik Kunjungan Di Universiti Sweden

ARAU – Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dr. Wooi Chin…

Baca..

Khidmat Masyarakat : UniMAP – PSU Santuni Masyarakat Songkla – Hatyai

Khidmat Masyarakat : UniMAP – PSU Santuni Masyarakat Songkla – Hatyai

ARAU – Atas rasa keprihatinan yang tinggi untuk membantu masyarakat, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui…

Baca..

Program Diploma Kejuruteraan UniMAP Mendapat Pensijilan Penuh MQA

Program Diploma Kejuruteraan UniMAP Mendapat Pensijilan Penuh MQA

ARAU – Semua enam program pengajian diploma kejuruteraan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah lulus dan…

Baca..

UniMAP Pilihan Utama

UniMAP Pilihan Utama

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) nyata menjadi pilihan utama apabila dipilih sebagai lokasi Seminar…

Baca..

UniMAP Prihatin Anak-Anak Staf Meninggal Sempena Festival Nasyid 2019

UniMAP Prihatin Anak-Anak Staf Meninggal Sempena Festival Nasyid 2019

Pauh Putra, 28 Mei- Dalam kegembiraan umat Islam membuat persiapan menyambut lebaran yang akan tiba…

Baca..

UniMAP Beri Kebebasan Bersuara Kepada Pelajar

UniMAP Beri Kebebasan Bersuara Kepada Pelajar

PAUH PUTRA, 26 Mei- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memberikan kebebasan kepada semua pelajar dalam memberikan…

Baca..

Produk Eco Geopipe Raih Emas di EUROINVENT di Romania

Produk Eco Geopipe Raih Emas di EUROINVENT di Romania

Kangar, 19 Mei - Penyelidik Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) Universiti Malaysia Perlis…

Baca..

Prof. Dr. R. Badlishah Dilantik Naib Canselor UniMAP

Prof. Dr. R. Badlishah Dilantik Naib Canselor UniMAP

Kangar - Mantan Timbalan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Ir. Ts. Dr.…

Baca..


Kangar, 18 Disember – Hasrat Persatuan Isteri dan Kakitangan Wanita (Piskanita) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi membantu golongan asnaf menyediakan kelengkapan persekolahan sesi 2019 berjaya dilaksanakan, semalam.

Kerjasama Piskanita dengan 3rd Force Perlis dan 3rd Force UniMAP dapat mengumpulkan sebanyak RM8,273.85 termasuk RM2,000 daripada tabung persatuan itu sendiri bagi berbelanja membeli kelengkapan persekolahan kepada mereka yang memerlukan.

Timbalan Pengerusi Piskanita, Puan Siti Rukiah Hj Ikhsan berkata seramai 55 pelajar sekolah rendah dan menengah daripada 22 buah keluarga dibawa membeli kelengkapan persekolahan di sekitar bandar ini.

Katanya, selain kepada asnaf sekitar negeri ini Piskanita turut membantu 29 anak-anak staf UniMAP  dalam usaha membantu staf yang kurang berkemampuan di samping meringankan beban mereka.

“Setiap pelajar ini diberi peruntukan bagi membeli sepersalinan uniform sekolah, kasut, stokin, tudung dan seluar sukan dengan dibantu kira-kira 13 sukarelawan Piskanita sepanjang sesi membeli-belah ini,” katanya ketika mengetuai sesi membeli belah itu.

Sementara itu seorang staf UniMAP, Mohd Nasir Haron berkata dia berbesar hati dengan bantuan yang dilaksanakan oleh Piskanita kerana sedikit sebanyak dapat meringankan beban dalam membuat persediaan anak-anak bersekolah.

“Walaupun anak saya masih bersekolah rendah namun banyak juga kelengkapan persekolahan perlu disediakan dengan taraf kehidupan yang semakin meningkat sekarang.

“Terima kasih kepada para penyumbang dan Piskanita di atas inisiatif kepada kami golongan berpendapatan rendah ini,” katanya ketika ditemui pada sesi membeli belah itu.

Selain sumbangan daripada individu, Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (POTENSI) UniMAP, Maxxx IT Global,Api-api Ikan Bakar, Cenfotec dan Bebasnap Studio turut menaja perbelanjaan persekolahan berkenaan.

mpp2018

mpp2018

mpp2018

mpp2018

KANGAR, 14 November – Penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraih kejayaan 100 peratus di Seoul International Invention Fair (SIIF) 2018 yang berlangsung diadakan di COEX Convention Centre, Seoul, Korea Selatan baru – baru ini.

UniMAP berjaya membawa pulang tiga pingat emas, dua perak dan satu gangsa serta dua  anguerah khas dari Taiwan dan Poland.

Tiga produk yang mendapat pingat emas adalah High Strength Geopolymer Reinforced Lead-Free Solder For Aerospace Interconnects Application hasil penyelidikan Dr. Mohd Arif Anuar Mohd Salleh. Produk itu turut mendapat anugerah khas dari Taiwan Inventor Association.

Dr Mohd Arif berkata, bahan pateri bebas plumbum yang dihasilkan merupakan bahan pateri yang diperkuat dengan bahan seramik geopolymer yang bersaiz nano.

Katanya, ia juga merupakan bahan pateri mesra alam dibangunkan untuk menggantikan pateri plumbum yang boleh mendatangkan kemudaratan alam sekitar serta kesihatan manusia.

“Bahan pateri yang dihasilkan ini mampu menghasilkan satu sambungan yang sangat kuat serta dapat digunapakai kepada keadaan sekitar yang ekstrem seperti penggunaan bahan elektronik telekomunikasi dan aeroangkasa,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, penyelidikan kedua yang meraih pingat emas adalah Fly Ash Lightweight Geopolymer Aggregate (LiGA): Environmental Friendly Insulator Materials for Building Application  hasil penyelidikan Alida Abdullah dan pasukannya yang juga mendapat anugerah khas dari The Association of Polish Inventors and Rationalizers.

LiGA adalah bahan binaan ringan yang mampu mengurangkan pemindahan haba iaitu ciri penting dalam menyediakan keadaan yang selesa di mana seseorang tidak merasa terlalu panas atau terlalu sejuk dalam sesebuah bangunan.

Manakala produk ketiga, Sistem Biometrik Untuk Penyiasatan Forensik Komputer: Sistem Pengesahan Pengguna Berdasarkan Dinamik Keystroke dan Biometrik Lembut hasil penyelidikan Dr. Syed Zulkarnain Syed Idrus Al Saggoff.

Ketiga-tiga penyelidik ini merupakan dari dari Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoTech) UniMAP.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, kejayaan yang dikecapi pada SIIF 2018 melengkapkan pencapaian UniMAP bagi tahun 2018.

“Kita berharap ia akan menjadi pembakar semangat buat semua penyelidik untuk menghasilkan lebih banyak produk yang berimpak kepada masyarakat pada tahun hadapan,”katanya ketika dihubungi.

SIIF 2018 merupakan anjuran tahunan oleh Korea Invention Promotion Association (KIPA).

Selain Malaysia dan tuan rumah Korea Selatan, pertandingan penciptaan yang berprestij ini juga dihadiri oleh peserta dari lebih dari 20 buah negara. 

mpp2018

mpp2018

mpp2018

KANGAR, 12 Disember – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd (Modenas) bakal memasarkan motorsikal gaya retro yang dihasilkan universiti berteraskan kejuruteraan berkenaan.

Motorsikal yang dinamakan Seri Perlis (SP) itu dihasilkan dengan kerjasama pelajar-pelajar UniMAP dan dibantu  jurutera-jurutera dari Modenas.

Pengarah Unit Penyelidik dan Sukan Permotoran (MoTECH) UniMAP, Prof Madya Dr. Shahriman Abu Bakar berkata, pihak Modenas sangat membantu dalam menghasilkan motosikal tersebut.

“Kita telah bekerjsama bersama Modenas sejak 2014 lagi dan ia lebih rancak lagi selepas tertubuhnya Pusat Penyelidikan UniMAP- Modenas tahun lalu.

“Melalui pusat penyelidikan ini, kita dapat melatih dan memberi pendedahan secara terus kepada pelajar serta menghasilkan impak setinggi mungkin kepada industri,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Katanya lagi, penubuhan Pusat Penyelidikan UniMAP- Modenas juga dapat mengurangkan kos penyelidikan kepada Modenas malah akan menghasilkan teknologi yang lebih tinggi selari dengan Dasar Automotif Negara untuk menghasilkan kenderaan berteknologi tinggi dengan kos yang rendah.

Ujar Dr. Shahriman lagi, motorsikal itu juga turut menarik perhatian Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan beliau bersetuju bagi melihat sendiri motorsikal itu di pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya baru-baru ini.

Hadir sama  Menteri Pendidikan, Dr. Mazlee Malik, Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP, Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin dan Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Amirudin Abd Kadir.

Dr. Shahriman turut melahirkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan dalam merealisasikan projek terbabit.

Motosikal yang bakal dijual dengan harga sekitar RM12,000 itu menggunakan enjin Modenas empat lejang silinder tunggal 173cc SOHC sejukan udara dengan transmisi empat kelajuan.

Ia menghasilkan 14.8 kuasa kuda  pada 8,000 rpm dan 16.2 Nm pada 7,500 rpm.

mpp2018

mpp2018

Taiping, 1 Disember – Jika sebelum ini segelintir masyarakat menganggap warga emas yang mendiami rumah orang-orang tua hanya makan dan tidur sahaja namun realitinya mereka juga turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk kemahiran.

Perkara berkenaan dikongsi penyelia Rumah Seri Kenangan Taiping, Ahmad Sukri Abdul Samad yang merupakan Pembantu Kebajikan Masyarakat Kanan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) ketika memberi taklimat kepada hampir 30 ahli Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (POTENSI) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sempena lawatan ke rumah itu, baru-baru ini.

Menurut Ahmad Sukri sepertimana penghuni asrama sekolah , warga rumah berkenaan juga bangun seawal jam 6 pagi bagi mengerjakan solat Subuh secara berjemaah sebelum mengikuti tazkirah pagi serta senamrobik ringan.

“Selepas sarapan pagi, mereka akan mengikuti kelas agama, bengkel masakan, kelas pertanian, dan berbagai lagi kelas kemahiran yang disediakan bagi mengisi masa mereka.

“Malah, program tahunan seperti lawatan ke tempat pelancongan juga diadakan. Pendek kata, rutin yang dilalui di sini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti berfaedah dan tidak membosankan,” kata beliau.

POTENSI menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) “Nature with Kindness” diketuai Presiden POTENSI, Raja Shah Erman Raja Ariffin turut menceriakan warga Rumah Seri Kenangan menerusi sesi karaoke, teka lagu P.Ramlee dan sambutan hari lahir.

Katanya, sempena program itu POTENSI turut menghulurkan sumbangan berupa tilam dan bantal selain wang tunai bagi mengubat kerinduan mereka terhadap keluarga.

“Menerusi lawatan ini sedikit sebanyak meninggalkan kesan yang cukup mendalam di kalangan peserta POTENSI sekaligus berkongsi sedikit rezeki dengan golongan yang memerlukan,” kata beliau.

Selain menyantuni Rumah Seri Kenangan, POTENSI turut mengadakan CSR di Zoo Taiping iaitu membersihkan kawasan zoo berkenaan di samping mendekati flora dan fauna.

Di samping itu, bagi menguji stamina dan kecergasan ahlinya, POTENSI mengambil peluang mendaki Bukit Larut yang mempunyai ketinggian 1036 meter dari paras laut sekaligus memberi pengalaman baharu bagi mereka yang pertama kali mendaki bukit rekreasi yang menjadi tumpuan pelancong itu.

mpp2018

mpp2018

mpp2018

mpp2018

mpp2018

Arau, 6 Dis – Seramai 30 calon pelajar diisytiharkan menang pada Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi pemilihan untuk mewakili Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2018/2019.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Perwakilan Mahasiswa (JPPM), Nurhazwani Zabidin yang juga mantan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP sesi 2016/2017 berkata, seramai 11 calon telah tampil bertanding bagi Konstituensi Umum, manakala 40 calon lagi telah menawarkan diri bertanding bagi Konstituensi Pusat Pengajian.

“Namun kita hanya mempertandingkan 33 kerusi di mana tujuh kerusi adalah bagi Konstituensi Umum dan 22 kerusi Pusat Pengajian, dua kerusi Diploma dan dua kerusi Antarabangsa.

 “Tujuh calon yang menang bagi Konstituensi Umum adalah berdasarkan jumlah undian tertinggi dan mereka ini bakal mengisi jawatan tertinggi MPP UniMAP sesi 2018/2019,” katanya ketika dihubungi pemberita sejurus tamatnya pengumuman tersebut.

Ujarnya lagi, bagi Konstituensi Pusat Pengajian, 11 calon menang tanpa bertanding bagi mewakili pusat-pusat pengajian mereka iaitu Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Bahan; PPK Alam Sekitar; PPK Mekatronik; PPK Bioproses; PPK Sistem Elektrik; Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) dan Pusat Pengajian Diploma (PPD).

“Manakala 12 calon lagi menang selepas meraih undi yang tertinggi bagi mewakili pusat pengajian PPK Komputer dan Perhubungan; PPK Mikroelektronik; PPK Pembuatan; Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan Dan Teknousahawan (PPIPT), Pusat Pengajian Pembangunan Insan Dan Teknokomunikasi (IKOM) dan Pusat Pengajian Antarabangsa.

“Namun terdapat tiga pusat pengajian iaitu PPK Bioproses; PPK Mekatronik dan PPK Sistem Elektrik yang masing-masing hanya menghantar seorang calon dan pihak JPPM memutuskan tiada pertambahan bagi tiga kerusi yang kosong,” katanya.

Tambahnya, sebanyak 9,149 pelajar atau 79.27 peratus dari 11,541 pengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing di mana pengundian dijalankan secara e-voting.

Ketika ditanya mengenai JPPM, beliau berkata, JPPM adalah satu badan yang ditubuhkan untuk melaksana dan melancarkan proses PRK dan mereka ini terdiri daripada MPP, mantan MPP, Sekretariat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) UniMAP dan juga ahli bebas di kalangan mahasiswa.

“JPPM terdiri seramai  140 pelajar dengan pecahan 40 orang jawatankuasa induk JPPM bersama-sama 100 petugas tempat pengundian yang telah memainkan peranannya sejak 16 November sehingga selesai pada hari ini, 5 Disember 2018.

“Tahun ini merupakan tahun pertama PRK dikendalikan seratus peratus oleh pelajar selari dengan hasrat Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Dr. Maszlee Malik yang ingin menyuburkan kembali aspirasi politik di kampus,” katanya.

mpp2018

Kangar, 28 Disember – Mantan Pengarah Pusat Islam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Ustaz Hassan Arshad mewakafkan sebidang tanah miliknya berhampiran kawasan Mata Ayer di sini untuk pembangunan yang memberikan manfaat kepada warga kerja dan pelajar universiti keseluruhannya.

Beliau yang bersara dari perkhidmatan secara lantikan kontrak penghujung tahun 2016 yang lalu berkata, niat (wakaf) tersebut sebenarnya berpunca dari nazar yang telah dibuat semenjak pertengahan tahun 2000 yang lalu.

“Antara lainnya, saya bernazar, sekiranya ada sebuah Universiti Awam (UA) yang diwujudkan di negeri Perlis ini, saya akan mewakafkan sebahagian tanah pusaka yang saya miliki untuk pembangunan universiti tersebut.

“Pada asalnya, tanah ini adalah atas nama arwah ayah sebelum dipindahkan kepada tiga orang ibu saya yang kemudiannya menguruskan hal pertukaran nama tanah kepada nama saya tanpa pengetahuan saya yang ketika itu sedang menuntut di universiti.

“Atas kasih sayang mereka kepada saya, kini saya panjangkan kembali kasih sayang itu atas nama wakaf ini agar pahala dan kebaikan ini disalurkan kembali kepada ibu-ibu dan ayah saya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis Menandatangani Surat Ikatan Amanah Tanah Wakaf bersama UniMAP dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). UniMAP diwakili oleh Naib Canselornya, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal manakala MAIPs diwakli oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Nazim Mohd. Noor.

MAIPs akan bertindak sebagai Mutawali atau pemegang amanah manakala UniMAP bertindak sebagai pentadbir kepada tanah yang diwakafkan itu.

Sementara itu, Dr. Zul Azhar berkata, proses wakaf tanah itu merupakan satu pengalaman baharu kepada UniMAP terutama dalam memastikan pemberi dan penerima manfaat mengikut panduan dan syarat wakaf yang ditetapkan.

“Wakaf ini juga secara tidak langsung selaras dengan harsat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperluaskan wakaf pendidikan tinggi yang berpotensi besar menjadi sumber ekonomi dalam menjana pendapatan universiti yang mana ia juga mestilah dilaksanakan dengan kebenaran Majlis Agama Islam Negeri terlibat.

UniMAP komited untuk mengurus serta mentadbir tanah ini dengan sebaik mungkin untuk memberikan kebaikan dan manfaat secara bersama kepada semua pihak,” ujarnya.

 Dalam pada itu, Ustaz Mohd. Nazim berkata, wakaf merupakan antara intrumen pelaburan yang paling menguntungkan dan tidak akan mendatangkan kerugian jika ditadbir dengan baik.

Ujarnya, malah menerusi aktiviti wakaf itu juga akan semakin menyuburkan dan menambahkan hasil sama ada sebagai di dunia atau juga sebagai saham dan bekalan maka di akhirat nanti.

Pauh Putra, 22 Dis  – Majoriti darah yang didermakan kepada tabung darah Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar adalah terdiri daripada penderma di kalangan warga Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Kenyataan itu dikongsi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Guar Sanji, Jafperi Othman yang juga ahli lembaga pengarah UniMAP (LPU) ketika forum Ilmuwan dan Masyarakat – bagai Aur dengan Tebing yang bertajuk Pengaruh UniMAP Dalam Pembangunan Negeri Perlis yang diadakan di sini, hari ini.

Jelasnya,  ia membuktikan bahawa UniMAP memberi pengaruh serta sumbangan yang cukup besar kepada pembangunan negeri terkecil di Malaysia itu menerusi program-program derma darah yang sering diadakan.

“Pembangunan UniMAP sejak penubuhannya turut merancakkan pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat negeri ini sekaligus membawa banyak perubahan terutama dari segi pertumbuhan ekonomi, perkembangan peridustrian, prasarana serta perumahan,” kata beliau di forum anjuran Pejabat Majlis Profesor UniMAP dengan kerjasama Majlis Profesor Negara (MPN) yang dikendalikan Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Chang Peng Kee sebagai moderator forum.

Selain Jafperi, Ketua Kluster Perpaduan Nasional, MPN Prof Dr Mansor Mohd Noor, Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Dr Nik Maheran Nik Muhammad dan Dekan Pusat Pengajian Pembangunan Insan & Teknokomunikasi (iKOM) UniMAP yang juga motivator, Prof Madya Huzili Hussin adalah antara panel forum berkenaan dengan tajuk yang berbeza.

Ketua Pegawai Maklumat MPN, Prof Dr Ahmad Zaki Abu Bakar turut menyampaikan ucaptama bagi forum itu bertajuk Peranan Profesor dalam Pembangunan Masyarakat.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MPN, Datin Hazizah Wahab , Naib Canselor UniMAP Dato Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal dan Pengerusi Majlis Profesor UniMAP Dato’ Prof Dr Ali Yeon Md Shakaff.

Terdahulu, Zul Azhar ketika menyampaikan ucapan aluan berkata ahli akademik yang diamanahkan membimbing pelajar merupakan para ilmuwan yang tanggungjawabnya lebih besar daripada sempadan kawasan kampus.

“Ilmu yang ada dalam diri mereka itu bukan milik mereka sahaja tetapi milik masyarakat setempat di mana mereka boleh menggunakan kepakaran yang dimiliki untuk meningkatkan kualiti hidup anggota masyarakat.

“Ini mungkin dilakukan melalui projek-projek penyelidikan, khususnya apa yang disebut ‘translational research’, atau aktiviti-aktiviti langsung bersama masyarakat, “ kata beliau merujuk kepada antara sumbangan UniMAP kepada komuniti setempat.

Pauh Putra: Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) berjaya mengekalkan kejuaraan dua kali berturut-turut  pada Kejohanan Sukan Antara Pusat-Pusat Pengajian Universiti Perlis (UniMAP) 2017 yang berlangsung pada 1 hingga  3 Disember lalu

FTK meraih tiga emas, tiga perak dan satu gangsa, pingat emas diperolehi melalui acara Bola Jaring Wanita, Bola Tampar Lelaki  dan Ragbi 7’s.

Tempat kedua pula dimenangi Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik (PPKSE) dengan kutipan tiga emas yang diraih melalui acara Petanque (Lelaki),  Bola Sepak 9’S  dan Bola Tampar Wanita selain tiga gangsa.

Manakala tempat ketiga diraih Naib Johan tahun lalu, PPK Mikroelektronik  dengan dua emas,dua  perak dan  dua gangsa.

Sebanyak sembilan acara dipertandingkan iaitu bola jaring wanita, bola tampar lelaki dan wanita, sepak takraw antara regu lelaki, bola keranjang lelaki, bola baling lelaki, woodball lelaki dan wanita, ragbi 7's lelaki, petanque lelaki dan wanita serta bola sepak.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Foad Sakdan dan Pengarah Pusat Sukan UniMAP, Suhizaz Sudin.

Kejohanan yang berlangsung di Stadium Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, UniMAP itu dianjurkan bertujuan bagi membudayakan sukan di kalangan pelajar UniMAP di samping mengeratkan hubungan dikalangan pelajar.

Pauh Putra, 4 Disember – Seramai enam pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bakal menyertai persidangan serta pensyarah kunjungan di Universiti Nahda, Mesir.

Mereka ialah Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar(PPKAS), Prof Madya Dr Nasrul Hamidin dan Dekan Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan & Teknousahawan (PPIPT), Dr Tunku Salha Tunku Ahmad yang dijemput sebagai pembentang kertas kerja di persidangan The 1st International Conference on Science, Technology & Entrepreneurship.

Manakala, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Komputer & Perhubungan (PPKKP) Dr Muzammil Jusoh, Pensyarah Kanan PPKKP Dr Rozmie Razif Othman dan Dr Mohd Zukimie Mat Junoh serta Pensyarah Kanan PPKAS Dr Nik Zainab Nik Azizan pula bagi program mobiliti staf iaitu pensyarah kunjungan ke universiti itu.

Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata pelaksanaan program itu adalah rentetan beberapa program yang dilaksanakan susulan memorandum persefahaman di antara UniMAP dengan Universiti Nahda sebelum ini.

Ujarnya, pada Ogos lalu seramai lapan pelajar Universiti Nahda menyertai program ‘inbound mobiliti’ di UniMAP selama dua minggu.

“Program-program ini juga adalah salah satu pendekatan UniMAP bagi menyerlahkan keterlihatan universiti ini ke peringkat antarabangsa.

“Saya berharap peluang ini dapat digunakan bagi mewujudkan lebih banyak kerjasama yang boleh diwujudkan dalam apa jua cara terutama berkaitan bidang pusat pengajian masing-masing,” kata beliau ketika menyampaikan amanat kepada delegasi itu, di sini, hari ini.

Delegasi pertama bagi program mobiliti staf akan ke sana mulai 7 hingga 25 Disember manakala pembentang kertas kerja pula mulai 13 hingga 23 Disember.

Tambah Zul Azhar, mereka yang terpilih dan dijemput itu juga diharapkan dapat melaksanakan tugas masing-masing dengan baik dan memperolehi pengalaman yang dapat dimanfaatkan di UniMAP kelak.

Kangar, 3 Disember –Produk penyelidikan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya memperolehi pencapaian cemerlang seratus peratus pingat dalam Seoul International Invention Fair (SIIF) 2017 yang diadakan di COEX Convention Centre, Seoul, Korea Selatan bermula 30 November hingga 3 December 2017.

Delegasi penyelidik UniMAP yang diketuai oleh Timbalan Dekan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi UniMAP, Dr Mohd Rashidi Che Beson telah mempertandingkan 12 produk penyelidikan dan telah memenangi lapan emas dan empat gangsa.

Lebih bermakna, salah satu produk penyelidikan tersebut dibawah penyelidik Dr Midhat Nabil Ahmad Salimi dengan tajuk Carbon Dioxide (CO2) Capture Using the Downflow Gas Contactor (DGC) Reactor telah dinobatkan produk penyelidikan terbaik pertandingan ini dengan memenangi anugerah tertinggi GRAND PRIZE SIIF 2017.

Dr Midhat berkata produk penyelidikannya adalah untuk memerangkap gas karbon dioksida (CO2) dengan begitu efisien, yang mana ianya dapat menyumbang kepada penurunan kesan pemanasan global dunia.

Katanya, produk itu dibangunkan sejak 2012 selepas dunia kini sedang menghadapi kesan pemanasan global yang dijangkakan akan menjadi semakin kritikal tahun demi tahun.

“ Jika pembebasan gas CO2 dibiarkan berlarutan, kesan pemanasan global akan meningkatkan suhu purata dunia yang mana kesannya akan mencairkan ais di kutub utara dan selatan yang akhirnya akan menyaksikan banyak kawasan-kawasan rendah di dunia ini akan ditenggelami air,” katanya ketika dihubungi,hari ini.

Selain itu, Dr Midhat turut membawa produk Artificial Bone Produced by Supercritical Carbon Dioxide Processing.

Selain beliau, penyelidik UniMAP yang memenangi pingat emas antaranya Prof. Madya Dr Muzamir Isa dengan produk penyelidikan New Wireless Inductive Coil Sensor for Smart Online Partial Discharge Monitoring System in High Voltage Power Cable serta Dr Mohd Rashidi Che Beson dengan produk penyelidikan VLC-OCDMA Based on Dual Diffuser Modulation for Underwater Wireless Communication, Dr Liew Yun Ming dengan produk penyelidikan Groutmedic: A Novel Grout Material, Dr Allan Melvin Andrew dengan produk Anti-ThPRO: A Novel Electromagnetic and Thermal Graded-Z Shielding For Large Scale Glovebox in Nuclear Industry, Dr Mohammad Faridun Naim Tajuddin dengan produk penyelidikan Differential Evolution Based Maximum Power Point Algorithm For Optical Extraction of Photovoltaic Energy dan Dr Mohd Zakimi Zakaria dengan produk penyelidikan Wheelcare Dentistry: Innovation of Supporter Chair for Disable Patients.

Sementara itu, Naib Canselor UniMAP Dato Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata tiga daripada penyelidik UniMAP itu juga telah memperoleh anugerah khas di pertandingan ini iaitu Dr Mohd Rashidi Che Beson mendapat anugerah khas Indonesian Innovation and Invention Promotion Association INNOPA Indonesia, Dr Midhat mendapat anugerah khas National University of Science and Technology Russia serta Dr Liew Yun Ming mendapat anugerah khas Indonesian Innovation and Invention Promotion Association INNOPA Indonesia dan National Research Council of Thailand.

Ujarnya, ini merupakan pencapaian cemerlang penyelidik UniMAP di SIIF yang amat membanggakan.

SIIF 2017 merupakan anjuran tahunan oleh Korea Invention Promotion Association (KIPA).

Selain Malaysia dan tuan rumah Korea Selatan, pertandingan penciptaan yang berprestij ini juga dihadiri oleh peserta dari lebih dari 20 buah negara. 

Kangar, 14 Disember 2016 - Lima Program Kejuruteraan Universiti Malaysia Perlis menerima Pengiktirafan Akreditasi untuk tiga tahun bermula 2016 hingga 2018 dari Majlis Akreditasi Kejuruteraan (EAC).

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, berkata, lima program tersebut adalah Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mikroelektronik, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Rekabentuk Produk, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan  dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Polimer.

“Kita telah menerima Sijil Perakuan Akreditasi untuk lima  program Kejuruteraan UniMAP bagi sesi Lawatan Penilaian Akreditasi EAC pada Mac yang lalu.

“Hasil dari lawatan tersebut, Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) / Board of Engineers Malaysia (BEM) telah bersetuju untuk memberikan perakuan keputusan rasmi akreditasi bagi kelima-lima program Kejuruteraan di UniMAP,”katanya ketika ditemui selepas Program Perjumpaan Bersama Pengurusan Tertinggi UniMAP, di Kampus Kubang Gajah, di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Foad Sakdan dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Prof. Ir. Dr. Rezuwan Kamaruddin.

Ujar beliau lagi, pengiktirafan yang diperolehi UniMAP itu merupakan hasil kerja keras semua warga UniMAP yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi sepanjang lawatan tersebut berlangsung.

Kangar, 14 Disember 2016 – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menyumbangkan sebanyak 3,449 perabot terpakai kepada  sekolah-sekolah dan organisasi terpilih yang memerlukan.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata perabot-perabot yang masih baik itu sebelum ini adalah kelengkapan Kolej Kediaman Zon Kuala Perlis yang telah ditutup operasinya secara rasmi pada semester lalu.

“Antara perabot itu ialah katil, almari, meja dan kerusi pelajar diserahkan kepada 23 buah sekolah selain institusi pengajian di sekitar negeri Perlis, Kedah serta Kelantan agar mereka dapat memanfaatkannya.

“Secara tidak langsung, ia menjadi program tanggungjawab sosial korporat universiti (UCSR) yang diamalkan UniMAP sejak awal penubuhan lagi,” kata beliau ketika berucap di majlis penyerahan sumbangan perabot di Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail (KKE) UniMAP, di sini, hari ini.

Hadir sama ke majlis itu ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Foad Sakdan, Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Dr. Mohd. Mizan Mohamad Aslam dan Pengerusi Majlis Pengurusan Kolej Kediaman UniMAP Hirwan Jasbir Jaafar.

Dalam majlis itu, Zul Azhar turut menyampaikan surat penyerahan perabot berkenaan kepada wakil-wakil sekolah yang hadir sebagai simbolik penyerahan sumbangan itu.

Sementara itu, Pengarah Pusat Ko-kurikulum UniMAP Prof. Dr. Zaliman Sauli yang mewakili Pengetua Pusat Dakwah Jeli, Kelantan berkata perabot yang dibawa ke sekolah berkenaan adalah bagi melengkapkan keperluan di asrama sekolah itu.

“Sebelum ini saya pernah melawat ke sekolah itu dan mendapati hanya mempunyai tilam sebagai alas tidur mereka, justeru 100 katil dan lain-lain perabot yang disumbangkan ini akan memberi lebih keselesaan kepada pelajar-pelajarnya.

“Sekolah itu juga sentiasa aktif dengan program-program malah sering menerima lawatan luar, maka kelengkapan perabot ini juga dapat memberi kemudahan kepada pelawat-pelawat yang datang,” katanya.

Senarai sekolah yang terlibat beserta sumbangan perabot.

BIL

PEMOHON

KATIL SINGLE

KATIL DOUBLE

ALMARI SINGLE

ALMARI DOUBLE

MEJA

KERUSI

1

MAKTAB MAHMUD PADANG TERAP

 

 

75

 

20

191

2

SMA MAAHAD AKADEMI ISLAM KEDAH

10

25

50

 

 

 

3

MAAHAD TAHFIZ AL HIKMAH

15

 

25

 

50

 

4

BUSINESS SCHOOL ASSOCIATION (BESCA) PPIPT

 

 

 

 

40

40

5

PUSAT DAKWAH JELI ( PONDOK MODEN)

100

 

50

100

100

6

MDRASAH MIFTAHUL HIDAYAH

 

30

50

 

100

0

7

RUMAH MAK TEH

 

10

20

 

20

 

8

SEK.MEN.AGAMA AL HANAFIAH

 

13

 

13

50

0

9

TAHFIZ AL IMAN

 

12

 

13

 

 

10

MAAHAD ZAINIL ABIDIN

30

 

 

13

50

0

11

MAAHAD TAHFIZ AL - FITYAN

60

 

 

25

100

0

12

MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AR RAUDHAH (LELAKI)

20

 

 

13

30

0

13

PUSAT TAHFIZ AL-QURAN SERENDAH GOLF RESORT

15

 

 

5

2

0

14

PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ AL QURAN LIL BANIN

30

 

 

13

50

0

15

PERTUBUHAN KEBAJIKAN TERATAK NUHAIRI SEDIM

20

 

 

5

 

 

16

MA'HAD ATTARBIYAH AL-ISLAMIYAH

30

 

 

13

50

 

17

INSTITUT PENGAJIAN TINGGI ISLAM PERLIS

30

 

 

13

50

 

18

SEK.MEN.AGAMA IHSANIAH

90

 

 

36

150

 

19

MA'HAD TAHFIZ AL QURAN AL IMAM AN NAWAWI (MATIN),

60

 

 

50

100

 

20

YAYASAN ANAK-ANAK YATIM PIATU BEHOR TEMAK

10

 

 

5

 

 

21

SEK.MEN.KEB DATO' JAAFAR HASSAN

30

 

 

25

50

 

22

DARULSSALAM, KG CHANGKAT SETOI, CHANGLUN

53

 

 

30

80

 

23

KUIPS

91

 

350

 

350

 

JUMLAH PEMOHONAN

694

90

570

322

1,442

331

 

 

 

 

 

Kangar, 13 Disember 2016 –  Seramai 30 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terpilih menerima Bantuan Pelajaran Yayasan Tunku Abdul Rahman (BPYTAR) selepas berjaya dalam sesi temuduga yang dikendalikan baru-baru ini.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata, selain melalui proses temuduga, pemilihan pelajar-pelajar itu juga adalah dari kalangan pelajar yang dikenalpasti benar-benar dalam kategori kurang berkemampuan.

“Selain daripada itu, kita juga turut menilai prestasi akademik pelajar serta memiliki semangat juang yang tinggi untuk berjaya berdasarkan ‘pointer’ cemerlang yang mereka perolehi setiap semester.

“Setiap pelajar yang terpilih ini menerima sumbangan sebanyak RM3,000 setiap seorang dan saya amat berharap pelajar-pelajar yang telah terpilih ini dapat memanfaatkan sumbangan ini sebaik-baiknya,” kata beliau ketika menyampaikan ucapan di Majlis Penyerahan Zakat  BPYTAR di Dewan Keikhlasan, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) Prof. Madya Dr. Mohd Foad Sakdan dan Dekan HEPA Prof Madya Razli Ahmad.

Menurut Zul Azhar, pihak UniMAP berbesar hati di atas sumbangan dan peruntukan yang disediakan oleh pihak Yayasan Tunku Abdul Rahman dengan jumlah keseluruhan peruntukan ialah RM90,000.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak yayasan di atas keprihatinan menyalurkan zakat ini untuk membantu pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban mereka.

“Malah, Pihak UniMAP juga turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM1,000 setiap seorang kepada tiga pelajar yang rumah keluarga mereka musnah dijilat api beberapa bulan yang lalu,” kata beliau.

Sungai Chuchuh, 4 Disember 2016 – Seramai 500 peserta menyertai pelbagai program sempena program Jom Fit bersama Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi   (SUKSIS) yang berlangsung di Kampus Uniciti ALAM Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), di sini hari ini.

Program anjuran Kelab SUKSIS UniMAP dan Pusat Sukan UniMAP itu mempertandingkan  tiga acara iaitu ‘5 Kilometer Zorro Run’, ‘Fear Factor Physical Fit’ dan Sukan Rakyat.

Pengarah Program, Danial Mirza Muammar Rozilan berkata, Jom Fit SUKSIS dianjurkan bertujuan meningkatkan kecergasan badan dan kecergasan minda warga SUKSIS di samping menguji ketahanan mental serta fizikal.

“Program Jom Fit ini adalah program yang pertama kali diadakan dan kami tidak menyangka mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.

Selain anggota SUKSIS, warga UniMAP dan penduduk setempat turut mengambil peluang menyertai acara-acara ini sekaligus memberi impak positif kepada komuniti setempat,” kata beliau.

Sementara itu, Timbalan Komandan Kor SUKSIS, Supt./KS Prof Madya Dr. Khairul Nizar Ismail melancarkan upacara pelepasan ‘5KM Zorro Run’ manakala upacara penutup disempurnakan oleh ASP/KS Raja Shah Erman Raja Arifin.

Turut hadir Pengetua Kolej Kediaman Uniciti Alam Tuan Syed Akhmal Syed Jamalil, Presiden Kelab SUKSIS UniMAP Muhammad Ikhwan Faruk Abdul Karim, Pegawai Latih dan Jurulatih Kor SUKSIS.

Selain acara-acara menarik berkenaan, Unit Tabung Darah Hospital Tuanku Fauziah turut membuka peluang kepada peserta dan orang ramai untuk menderma darah.

Kangar, 4 Disember – Penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) merangkul 14 pingat  dan 2 anugerah khas pada Pameran Reka Cipta Antarabangsa Seoul (SIIF) 2016 yang berlangsung di COEX, Seoul, Korea Selatan.

Pada pameran tersebut yang berlangsung selama empat hari mulai 1 Disember itu, penyelidik UniMAP membawa pulang 4 pingat emas, 4 pingat perak dan 6 pingat gangsa daripada lebih 639 produk yang mengambil bahagian daripada lebih 31 buah negara.

Rekaan produk UniMAP, Hybrid Wireless-Fiber Utilizing Flexible Cross Correlation (FCC) Code for Future Network Accessibility hasil rekaan Dr. Mohd Rashidi Che Beson, Prof. Dr. Syed Alwee Aljunid Syed Junid dan Prof. Madya Ir. Dr. Anuar Mat Safar menyumbang pingat emas pada pameran tersebut.

Tiga lagi produk yang menyumbang pingat emas ialah Saw Based Sensor For E-Coli Detection hasil penyelidikan Prof. Dr. Uda Hashim dan Dr. Mohammad Nuzaihan Md Nor; Photovoltaic Powered Uninterrupted Power Supply (UPS)  rekaan Prof. Madya Dr. Muzamir Isa dan Uni-Fez®:A Novel Fetilizer From Agricultural Waste yang merupakan hasil penyelidikan Dr. S. Ragunathan.

Disamping itu, dua lagi produk penyelidikan hasil rekaan Dr. Midhat Nabil Ahmad Salmi dan Dr. S. Ragunathan menerima anugerah khas daripada National Research Council of Thailand dan Institute of Applied Computer Science, Poland.

Dr. Mohd Rashidi berkata, produk Hybrid Wireless-Fiber FCC OCDMA yang dibangunkan oleh beliau dan penyelidik bersama membolehkan akses internet berkelajuan tinggi dicapai oleh pengguna pada kos yang sangat rendah.

Ujar beliau lagi, Integrasi antara Wireless dan Fiber Optik ini berpotensi untuk meningkatkan rangkaian yang sangat dinamik merangkumi kelajuan tinggi yang mesra alam sekitar.

“Sistem produk ini menawarkan mobiliti yang luas serta menyediakan jalur lebar yang mantap untuk pelbagai aplikasi penting seperti Fiber-to-the-Home (FTTH) di kawasan luar bandar, kereta api berkelajuan tinggi, Internet of Things (IoT) serta untuk kegunaan industri minyak dan gas,” ujar beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

SIIF merupakan pameran ciptaan terbesar di dunia bagi pencipta dan penyelidik mempamerkan idea-idea baharu dan produk mereka kepada pengeluar, pelabur, pengedar, syarikat pelesenan dan orang awam.

Ia dianjurkan oleh Pejabat Harta Intelek Korea (KIPO) dan disokong di peringkat antarabangsa oleh Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) dan Persekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan Pencipta (IFIA).

Pauh Putra, 3 Disember 2016 – Pelajar universiti digalakkan bergiat aktif dalam badan beruniform dan aktiviti ko-kurikulum kerana ia sangat penting bagi sektor pekerjaan di masa akan datang.

Pesanan itu diberikan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Ahmad Shapawi Ismail ketika berucap merasmikan The Festival of Martial Arts anjuran Pusat Ko-kurikulum Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 2016 dengan kerjasama Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri Perlis di Dewan Ilmu, di sini, hari ini.

Ahmad Shapawi berkata walaupun pada masa kini penyertaan dalam aktiviti ko-kurikulum adalah syarat wajib untuk bergraduasi tidak seperti zaman universiti dahulu namun pelajar yang memanfaatkannya akan memperolehi pengalaman yang berguna di masa hadapan.

“Jangan pernah rasa menyesal atau terpaksa menyertai program seperti ini dengan menjadikan penglibatan sebagai ilmu kerana melalui penganjuran program, ia juga melatih anda untuk menjadi pemimpin.

“Selain itu, pelajar juga dapat memperolehi pengalaman mengendalikan sesuatu acara atau program serta dapat mempelajari ilmu mempertahankan diri terutama ketika jenayah yang kian berleluasa pada masa kini,” katanya.

Turut hadir ke majlis perasmian itu ialah Pengarah Pusat Ko-Kurikulum UniMAP, Prof Dr Zaliman Sauli, Timbalan Pengarah Pusat Sukan UniMAP Nazmizan Muhammad, wakil Majlis Sukan Negeri Perlis, Noor Zaidi Hamad serta jurulatih-jurulatih seni mempertahankan diri yang terlibat.

Sementara itu, Dr Zaliman berkata bagi semester tahun satu 2016/2017,  seramai 1320 pelajar mendaftar kursus kategori seni mempertahankan diri manakala  805 pelajar mendaftar teras sukan seperti memanah, tenis, olahraga, ragbi dan sebagainya.

Katanya, lebih 800 pelajar menyertai festival julung kali diadakan itu dengan 40 kategori pertandingan melibatkan silat olahraga, taekwon-do dan karate-do.

“Ini merupakan satu kejayaan bagi UniMAP berjaya mengumpulkan ramai peserta dari tiga seni mempertahankan diri ini kerana ia adalah pertama kali dianjurkan.

“Ia sekaligus memberi pendedahan kepada pelajar mengenai aspek-aspek penganjuran sesuatu kejohanan selain dapat mengeratkan silaturahim sesama mereka,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan di majlis itu.

Kangar, 22 Disember – Warga Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) khususnya pelajar diingatkan agar tidak terpengaruh dengan gerakan perjuangan ‘Islamic State’ (IS) yang menggunakan agama bagi menghalalkan kekejaman kumpulan itu.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Emeritus Dr Kamarudin Hussin berkata UniMAP mengadakan pelbagai inisiatif termasuk mengadakan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memberi kesedaran kepada warganya mengenai betapa bahaya ancaman IS ini.

“Penganjuran seminar seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu kakitangan dan pelajar UniMAP memahami apakah itu IS yang mampu menjejaskan keharmonian negara kita.

Justeru, secara tidak langsung hubungan UniMAP dan PDRM dilihat menjadi satu jambatan penghubung yang dapat berkongsi maklumat serta cabaran bagi menghadapi ancaman IS ini,” kata beliau ketika berucap di Seminar Ancaman Militan IS Terhadap Keselamatan  Negara anjuran Unit Latihan Jabatan Pendaftar di Dewan Kapitol, di sini hari ini.

 Katanya, kecenderungan warga UniMAP terhadap gerakan berkenaan pasti dapat dikesan lebih awal sekaligus mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku di negara ini kesan daripada hubungan yang baik  UniMAP  dengan PDRM.

Seminar berkenaan disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman, Senior Assistan Komisioner (SAC) Dato’ Ayob Khan Maidin Pitchay kepada hampir 300 pelajar dan kakitangan UniMAP yang turut dihadiri beberapa pegawai polis Cawangan Khas Perlis.

 

Dhaka , 22 Dis – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus menyemarakkan hubungan kerjasama dengan University of Engineering and Technology (DUET) melalui lawatan kerjasama akademik serta teknikal di sini, hari ini. 

Lawatan selama dua hari sejak 20 Disember dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan (PPKKP) UniMAP berkenaan diketuai dekannya, Prof Dr R. Badlishah Ahmad bersama Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) PPK itu, Dr Muzammil Jusoh serta Mustafijur Rahman. 

Ini merupakan lanjutan hubungan kerjasama UniMAP dan DUET di bawah kepimpinan Naib Canselornya, Prof Dr Ala Uddin  yang telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di UniMAP pada tahun lalu. 

Naib Canselor UniMAP, Datuk Profesor Emeritus Dr Kamarudin Hussin melahirkan rasa besar hati dengan komitmen dan penghargaan yang ditunjukkan oleh DUET terhadap UniMAP.

Katanya, menerusi lawatan itu Dr. R. Badlishah diberi kepercayaan bagi menyampaikan ceramah dan bengkel berkaitan proses akreditasi di UniMAP yang menjadi hasrat Kementerian Pengajian Tinggi Bangladesh agar universiti awam di negara itu mendapatkan pengiktirafan kelayakan akademik. 

“Lawatan berkenaan turut melibatkan perkongsian pencapaian penyelidikan UniMAP terutama dari segi penghasilan jurnal dan kertas persidangan. 

“Selain itu, persetujuan bersama di antara PPKKP UniMAP dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Eletronik DUET telah dicapai bagi menganjurkan persidangan antarabangsa pada tahun 2017 dengan gerak kerja berkaitan persidangan itu akan dimulakan pada awal tahun 2016,” kata beliau dalam satu kenyataannya di UniMAP

Ceramah itu turut dihadiri Dr. Ala Uddin, Pendaftar DUET, Prof. Dr. Mohammad Asaduzzaman Chowdhury, dekan-dekan kejuruteraan ijazah dan pensyarah-pensyarah DUET. 

Terdahulu, Dr Ala Uddin turut melahirkan rasa  kagum dengan pencapaian yang telah diraih  UniMAP dibawah pimpinan Dr Kamarudin samada dalam bidang akademik, penyelidikan dan pembangunan pelajar. 

“Pihak DUET amat berterima kasih dengan UniMAP di atas kesudian mengadakan beberapa kerjasama yang bakal diadakan pada masa hadapan sepertimana yang diputuskan sebelum ini seperti penyeliaan bersama, gabungan publikasi, lawatan professor serta pembantu professor,” kata beliau. 

DUET merupakan antara lima buah Universiti Awam Bangladesh yang sangat terkenal didalam bidang kejuruteraan. 

Lawatan ini turut mendapat liputan daripada surat khabar Daily Observer Bangladesh yang telah diterbitkan pada 22 Disember 2015 di ruangan muka surat 13. 

Ia boleh dicapai melalui link berikut http://www.eobserverbd.com/2015/12/22/index.php.

PADANG BESAR, 22 Disember – Pusat Kecemerlangan Industri, Kluster Penjagaan Kesihatan (ICoE Healthcare) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyumbangkan RM50,000 untuk B.Braun Graduate Program (BGP) 2016.

Ketua Kluster ICoE Healthcare Prof. Madya Ir. Mohabattul Zaman Bukhari berkata, BGP 2016 merupakan program kerjasama strategik antara B.Braun Medical Industries Sdn. Bhd. (BMI) untuk meningkatkan pembangunan modal insan bagi membantu kebolehpasaran graduan dalam industri.

“Kita sentiasa berusaha mencari jalan untuk menyediakan graduan-graduan yang menepati kehendak industri, dan kerjasama seperti ini bukanlah kali pertama kita lakukan bersama pihak industri.

“Untuk mengikuti program ini, graduan itu mestilah mendapat purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.0 dan ke atas dalam pelbagai bidang kejuruteraan dan Sains,”katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Cek di Kampus UNICITI Alam UniMAP, di sini, baharu-baharu ini.

Turut hadir, Pengurus Sumber Manusia BMI, Rudy Musnandar Mohamad Said Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan UniMAP, Dr. Nik Noriman Zulkepli dan Eksekutif Kanan BMI Aswaddie Abdul Stek.

Ujar beliau lagi, program selama enam bulan itu akan melibatkan sebanyak dua  fasa dan akan bermula Julai tahun hadapan.

 “Ia akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak BMI dan graduan yang terpilih akan ditawarkan untuk bekerja di BMI serta dapat menikmati keistimewaan seperti pekerja yang lain.

 “Kita berharap dengan adanya program ini, peratus kebolehpasaran graduan yang bekerja akan meningkat sekaligus menampung kekurangan jumlah jurutera mahir di negara ini,”katanya lagi.

GEORGE TOWN, 20 Dis (Bernama) -- Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk menjalankan penyelidikan dan perkhidmatan yang melibatkan pematuhan syariah serta pengesahan halal dunia.

Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Omar Osman berkata perjanjian persefahaman itu bakal menggabungkan kepakaran antara USM dan UIAM dan menerusinya ia dapat dikembangkan dalam kalangan lebih 300 negara Pertubuhan Islam Sedunia (OIC) serta negara-negara yang memerlukan pematuhan kepada syariah.

Selain itu Omar berkata USM juga berhasrat untuk bekerjasama dengan universiti awam lain di negara ini bagi mengembangkan lagi penyelidikan di dalam bidang syariah dan sains.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani MOU itu di sebuah hotel di Batu Ferringhi di sini hari Ahad.

Sementara itu, Rektor UIAM Profesor Datuk Seri Zaleha Kamaruddin berkata universiti tersebut juga ingin memastikan akan dapat bersama-sama universiti awam lain untuk menerajui usaha tersebut mengikut kesesuaian kepakaran yang ada.

Beliau berkata sebagai permulaan, universiti itu menjalankan kerjasama dengan USM yang mempunyai kekuatan kepakaran dalam bidang sains.


"Saya pasti selain IIUM dan USM, banyak lagi universiti awam lain yang boleh berkongsi bagi mengukuhkan usaha ini di peringkat global," katanya.

Terdahulu, Omar dan Zaleha menandatangani perjanjian itu dengan disaksikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datuk Prof Dr Asma Ismail; Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Emiritus Datuk Dr Kamarudin Hussin serta 18 orang Naib Canselor yang berada di Pulau Pinang untuk menghadiri mesyuarat JKNC/R di sini.

Dr Kamarudin merupakan Pengerusi Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor (JKNC/R) Universiti Awam.


-- BERNAMA

BALIK PULAU, 19 Dis (Bernama) -- Naib-Naib Canselor dan Rektor dari 20 universiti awam akan bermesyuarat di sini esok bagi berkongsi kepakaran untuk membantu meningkatkan taraf pendidikan dan kemahiran komuniti.

Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Emiritus Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata mesyuarat itu antara lain akan membincangkan tentang pelaksanaan ketetapan, dasar dan strategi kerajaan dalam menjayakan transformasi masyarakat Malaysia menjadi sebuah negara maju.

"Kita juga mahu membincang cara meningkatkan sumber pendapatan universiti-universiti di samping berkongsi kepakaran membantu masyarakat setempat dari segi menyalurkan sumbangan seperti barangan keperluan asas," katanya kepada Bernama di sini, hari Sabtu.

Terdahulu, beliau menghadiri perasmian Program Khidmat Masyarakat CSR) sempena Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor (JKNC/R) Universiti Awam di Taman Negara dekat Teluk Bahang dekat sini, hari ini.

Antara Universiti Awam yang terlibat ialah Universiti Sains Malaysia (USM) selaku tuan rumah, Univesiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi MARA (UITM)dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Dalam ucapannya, Kamarudin berkata Skim 40 peratus digubal khusus bagi meningkatkan penyertaan anak-anak muda dari kalangan keluarga berpendapatan rendah dari kawasan pedalaman.

"Kini, universiti tidak lagi mengukur kecemerlangan seseorang pelajar dari aspek akademik semata-mata sebaliknya aspek lain seperti kemahiran komunikasi, kepimpinan, penyelesaian masalah, keusahawanan etika dan jati diri turut diukur.

"Melalui program ini, kita dapat mengeratkan lagi hubungan di antara pelajar-pelajar universiti awam, pihak kerajaan negeri, Anggota Parlimen dan komuniti setempat dan sedikit sebanyak akan memberi impak positif dalam bidang pendidikan,"katanya.

Kamarudin berkata program khidmat masyarakat di Teluk Bahang merupakan projek kedua di bawah Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor (JKNC/R).

Sebelum ini, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menjadi tuan rumah bagi projek pertama dengan menumpukan kepada sumbangan teknologi solar.

Selain itu, katanya, kerajaan kini memberi fokus kepada latihan dan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) yang mampu menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyat dalam jangka masa panjang.

-- BERNAMA

Kaohsiung, 18 Disember  - Empat buah sekolah dari negeri Perlis yang menyertai pertandingan inovasi Kaohsiung International Invention & Design Expo (KIDE 2015) di Taiwan berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila meraih lima pingat emas dan satu pingat perak.

Lebih membanggakan, delegasi sembilan pelajar serta tiga guru pengiring itu turut diwakili oleh penyelidik cilik dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sena yang turut dinobatkan sebagai International Best Young Inventor iaitu Muhammad Qhalif Azariq Sahzan melalui produknya Master Cut. 

Selain Muhammad Qhalif  yang turut menyumbangkan pingat emas peribadi, SK Sena turut cemerlang menerusi hasil inovasi Nur Hana Alisha Khairel Rafezi iaitu Smart Body Wash yang meraih pingat emas dan satu pingat perak menerusi Najihah Humairah Mohd Najmuddin bagi produk Kidscompost.

Selain penyelidik cilik tersebut, tiga lagi pingat emas disumbangkan oleh Puteri Nurfarahliana Mansor dari Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (SMSTSP) dengan inovasinya Hydro Fertilizer, Shafiq Rezal bersama Foo Sher Lee dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Lailatul Shahreen (Tennis Ball Collector) dan Haikal Azhar, Muhammad Aliff Eimman Zaidi serta Mohamad Khairul Hazman Hashimi dari SMK Dato' Sheikh Ahmad (Emission Impossible – The Smart Hydroponic System).

Guru Besar SK Sena Roslan Yatim, yang turut menyertai delegasi ke Kaohsiung, berkata, pendedahan pelajar kepada bidang sains dan inovasi itu merupakan sebahagian daripada inisiatif sekolah dalam membantu pelajar-pelajar serta sekolah sekitar Perlis memperkasa akademik dan keterampilan samada di dalam mahupun luar negara.

 Katanya, SK Sena telah banyak menyertai delegasi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ke pertandingan peringkat antarabangsa yang turut memberi perkembangan positif kepada pelajar yang turut membuktikan kecemerlangan dalam akademik.

“Melalui kerjasama dan bimbingan dari UniMAP, kita telah berjaya memberikan pendedahan kepada inovasi dan penyelidikan untuk pelajar-pelajar dalam kaedah yang cukup santai dan mudah yang seterusnya membuka minat pelajar untuk mempelajari Sains dan Matematik.

“Hasilnya, SK Sena telah banyak meraih pelbagai kejayaan dalam penyertaan inovasi dan penyelidikan di dalam dan luar negara dan kejayaan dalam KIDE 2015 ini akan terus menyemarakkan semangat pelajar untuk menghasilkan penyelidikan yang berkualiti dan memberikan manfaat kepada masyarakat,” ujar beliau.

KIDE 2015 dianjurkan oleh World Invention Intellectual Property Association (WIIPA) dengan kerjasama Kaohsiung City Government dan membabitkan penglibatan dari lebih  20 negara antaranya Taiwan, China, Tunisia, Poland, Romania, Turki, Saudi Arabia, Sri Lanka, Korea, Itali, Indonesia dan Vietnam.

Pameran yang diadakan di International Convention Center Kaohsiung (ICCK), Taiwan itu dirasmikan oleh Datuk Bandar Kaohsiung Taiwan dan Presiden WIIPA.

Dalam pada itu, Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin berkata, kempat-empat sekolah yang meraih kejayaan tersebut merupakan sekolah angkat dan sekolah kluster kepadaUniMAP dalam program inovasi dan sains. 

Dr. Kamarudin berkata, kejayaan pelajar-pelajar Perlis itu adalah hasil daripada kerjasama beberapa organisasi yang berhasrat mengetengahkan inovasi dan penyelidikan di kalangan pelajar di persada antarabangsa sekaligus membuktikan bahawa negeri Perlis mampu menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam bidang inovasi.

Atas inisiatif tersebut, ujar beliau, Persatuan Penyelidik dan Inovasi Malaysia (MyRIS) yang dinaungi oleh UniMAP, Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Perlis (JPN Perlis), menggubal modul pembelajaran dan kemahiran dalam memperkenalkan inovasi kepada pelajar-pelajar di Perlis dengan melalui bengkel inovasi serta robotik termasuk khidmat kepakaran dari UniMAP dalam memperkasa inovasi di Perlis.

“Kesemua pelajar ini kemudiannya didedahkan dengan pertandingan peringkat tempatan iaitu Perlis Engineering, Research & Learning Innovation Symposium (PERLIS 2015) yang diadakan Oktober lepas yang menyaksikan SMSTSP dan SMK Lailatul Shahreen dinobatkan pemenang utama dalam pameran tersebut dan dibawa ke KIDE2015.

“Ini merupakan tanggungjawab sosial universiti dalam membudayakan bidang sains dan inovasi di kalangan generasi muda sekaligus menyumbang kepada perkembangan bidang latihan teknikal dan vokasional (TVET) di negara kita,” katanya.

Yangon, 16 Disember - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meluaskan lagi jaringan kerjasama antarabangsanya apabila menandatangi ‘Surat Hasrat’ (LOI) dengan dua buah universiti awam di sini.

Majlis menandatangani LOI ini diwakili oleh Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr.Kamarudin Hussin bagi pihak UniMAP manakala West Yangon Technological University (WYTU) diwakili oleh rektornya Dr Thein Gidan manakala Thanlyin Technological University (TTU)diwakili oleh rektornya Dr. Kay Thi Lwin.

Menurut Datuk Kamarudin, hasrat jalinan ini merupakan penanda aras UniMAP ke arah meningkatkan kemahiran staf dan pelajar agar lebih berdaya saing sekaligus membantu meningkatkan nama universiti agar dikenali di persada antarabangsa.

“Saya percaya kemahiran yang bakal diperolehi oleh staf dan pelajar bagi universiti yang terlibat ini akan melonjakkan nama universiti bukan sahaja di kedua-dua buah negara malah di seluruh dunia khususnya di ASEAN.

Ini adalah antara usaha UniMAP untuk mencapai matlamat strategiknya iaitu keterlihatan antarabangsa yang menyerlah di peringkat Negara ASEAN selaras dengan kewujudan Komuniti ASEAN,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Majlis menandatangani LOI berkenaan adalah bersempena lawatan Naib Canselor universiti kejuruteraan itu ke Myanmar bersama pegawai-pegawai kanan UniMAP selama empat hari yang turut memberi tumpuan kepada mobiliti staf dan pelajar serta penyelidikan bersama bagi membuka peluang dua hala di antara UniMAP dan universiti-universiti tersebut.

Selain itu, lawatan rasmi juga turut diadakan di University of Medicine 2 (UM2)dan disambut oleh rektor Prof. Dr. Aye Aung bagi membincangkan peluang-peluang penyelidikan bersama terutama dalam bidang bio-perubatan kejuruteraan elektronik.

Delegasi UniMAP turut mengambil peluang sempena lawatan berkenaan dengan melakukan promosi bersama Fast Lane Services Co. yang merupakan rakan strategik UniMAP di Myanmar kepada ibu bapa dan juga bakal pelajar universiti yang dihadiri lebih daripada 100 orang.

Ceramah promosi serta taklimat peluang pengajian pascasiswazah yang disampaikan oleh Datuk Kamarudin sendiri adalah sebagai usaha bagi mendokong hasrat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju utama di rantau CLMV yang merangkumi “Cambodia, Laos, Myanmar dan Vietnam’ sekaligus mencapai sasaran UniMAP untuk mendapatkan 1000 pelajar antarabangsa bagi tahun 2016.

Profesor Adjung UniMAP, Dato’ Dr. Yusof Jusoh yang turut sama dalam lawatan itu turut memberi perkongsian berkenaan keusahawanan kepada 250 pelajar serta pensyarah WYTU.

Kuala Lumpur, 7 Disember – Mobile Robot based Gas Source Localization for Monitoring, Search and Rescue Operation hasil penyelidikan Kamarulzaman Kamarudin dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraih pingat emas di Pameran Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institut Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA)2015 .

Selain robot berkenaan, produk penyelidikan Dr. Gomesh Nair A/L Shasidaran, High Power Three-level Single Phase Transformerless Photovoltaic Inverter turut menyumbang pingat emas di pameran berkenaan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini.

Menurut Kamarulzaman yang merupakan Penyelidik dari Pusat Kecemerlangan Teknologi Sensor Termaju (CEASTech) UniMAP, produk rekaannya merupakan robot yang boleh digunakan bagi mengesan kebocoran gas di dalam bangunan.

“Robot ini akan memudahkan kerja-kerja menyelamat kerana ia mampu membuat pemetaan struktur bangunan dan taburan gas di sesuatu kawasan,daripada situ kita boleh mengnalpasti kedudukan kebocoran atau sumber gas tersebut.

“Sistem ini juga boleh diubahsuai untuk spesifikasi sesuatu keadaan bencana seperti contoh gempa bumi dan pengesanan bahan letupan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Hadiah PECIPTA 2015, di sini semalam.

Sementara itu penyelidik dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Sisitem Elektrik, Dr. Gomesh Nair berkata, produk rekaannya sangat sesuai untuk digunakan di kawasan pendalaman yang tidak mempunyai bekalan elektrik.

High Power Three-Level Single Phase Transformerless Photovoltaic Inverter ini mampu menukarkan arus terus (DC) tenaga solar kepada arus ulang alik (AC) sebanyak 25 kilowatt.

“Disebabkan kuasa yang mampu ditampungnya tinggi, ia amat praktikal digunakan di kawasan pendalaman kerana ringan dan kos peralatan yang rendah,”katanya.

Ujar Dr. Gomez lagi, produknya tidak menggunakan pengubah yang boleh menyebabkan kehilangan tenaga akibat kepanasan dan mampu untuk membekalkan tenaga untuk peralatan yang menggunakan kuasa tinggi seperti lampu limpah, mesin gergaji, motor industri dan peralatan asas rumah.

Selain dua pingat emas tersebut, UniMAP turut meraih lapan pingat perak dan 11 gangsa pada (PECIPTA)2015.

Sebanyak 500 produk dari 44 universiti awam dan swasta serta politeknik menyertai pameran yang diadakan setiap tahun itu.

 

Kamarulzaman Kamarudin memegang pingat emas bersama-sama dengannya dari kiri Dato' Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor Akedemik dan Antrabangsa manakala dari kanan Prof. Dr. Syed Alwee Aljunid Syed Junid, Dekan Penyelidikan dan Inovasi serta Dr.  Soh Ping Jack Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi setelah keputusan rasmi PENCIPTA 2015, KLCC Kuala Lumpur.

 

Penyelidik Dr. Gomesh Nair A/L Shasidaran ( dua dari kiri) bersama Dr. Muhammad Irwanto bersama Produk High Power Three-leval Single Phase Transformerless Photovoltaic Inverter, juga menyumbang Pingat Emas  dipameran berkenaan. Bersama-sama mereka bergambar Prof. Dr. Abdul Hamid Adom, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi dan Dr.  Soh Ping Jack Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi ( dari hujung kiri).

 

Yb. Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia bersalaman dengan Prof. Dr.Uda Hashim, Dekan Pusat Kejuruteraan Nano Elektrik dan bersama-sama dengannya  Dato' Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor Akedemik dan Antrabangsa sewaktu Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah PENCIPTA, KLCC Kuala Lumpur.

BUSAN, (Korea Selatan), 7 Dis (Bernama) -- Beberapa universiti milik kerajaan dan swasta serta perusahaan dari Korea Selatan berminat menyertai 'Bulan Korea', anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Februari depan.

Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Emeritus Dr Kamarudin Hussin berkata program tersebut dirancang di kampus UniMAP di Pauh Putra yang akan menjadi medan universiti berkenaan memperkasakan hubungan antarabangsanya.

"Saya menerima maklum balas memberangsangkan dari beberapa universiti antaranya Korea High Tech University, Seoul; Hanbat National University dan Hannam University di Daejeon; Dongseo University (DSU), Busan; dan Inha Technical College di Seoul.

"Beberapa usahawan bersama ketua-ketua pegawai eksekutif syarikat Korea yang berpengakalan di daerah Daejeon dan Gumi juga berhasrat menyertai program itu," katanya pada akhir lawatan seminggu di Seoul, Gumi dan Busan, petang semalam.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengetuai lawatan berkenaan yang turut disertai beberapa pegawai kanan UniMAP bermula 1 Dis lepas.

Kamarudin berkata usahawan dan ahli akademik Korea akan memberikan ceramah dalam bidang masing-masing selain bersedia berdialog dengan rakan sealiran mereka di Malaysia.

"UniMAP akan meminta kerjsama Duta Korea di Malaysia serta Pengarah Hal Ehwal Korporat Samsung Eletronik (M) merangkap Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Korea Malaysia Datuk Roh Jae Yeol bagi menjayakan program ini.

"Usahawan Malaysia wajar mengambil peluang ini untuk menemui pelabur Korea selain mempromosi Lembah Chuping yang akan yang dibangunkan menjadi kawasan industri baharu berteknologi hijau dan mesra alam dalam Rancangan Malaysia Ke-11," katanya.

Sementara itu, dalam pertemuan dengan wakil DSU diketuai Naib Presidennya Prof Jeoung Sung Cho petang semalam, Kamarudin berkata UniMAP berhasrat bekerjasama dan mendapatkan kepakaran DSU termasuk membuka kampus cawangan di UniMAP.

Universiti swasta itu ditubuhkan pada 1992, adalah antara lima universiti terbaik di Korea dan berada dalam kelompok 50 terbaik di Asia, memberi fokus utama antaranya bidang multimedia, pembuatan filem, Teknologi Maklumat, grafik dan animasi.

DSU yang merupakan ahli bagi Anggota Forum Presiden Asian Univesity (AUPF), mempunyai hampir 11,000 pelajar dengan lebih 800 pelajar antarabangsa dari pelbagai negara.

Kangar, 7 Dis – Penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya membawa pulang empat pingat emas dan lima pingat perak menerusi pameran penyelidikan Kaohsiung International Invention & Design Expo (KIDE) 2015 yang berlangsung di Taiwan berakhir semalam.

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarusin Hussin berkata, lebih membanggakan, dua produk inovasi UniMAP turut meraih anugerah khas iaitu “Massive Mimo Terminal Antennas for Future 5G Applications hasil penyelidikan Dr. Azremi Abdullah Al Hadi dan Food Ingredient Translator hasil penyelidikan Sharmini Abdullah.

Ujar beliau, Dr. Azremi dinobatkan sebagai penerima National Research Council of Thailand Best Invention manakala Sharmini pula menerima anugerah IIPNF Honor Invention.

“Dua lagi produk yang meraih pingat emas ialah Timelesse E-Tutor hasil penyelidikan Syaharom Abdullah dan Recyclable Dye Decomposer hasil penyelidikan Dr. Norsuria Mahmed.

“Semoga kejayaan yang diraih penyelidik UniMAP ini mampu menjasi inspirasi kepada penyelidikan lainnya untuk terus menghasilkan penyelidikan yang memberi impak kepada industri dan masyarakat,” ujar beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

KIDE dianjurkan oleh World Invention Intellectual Property Association (WIIPA)WIIPA dengan kerjasama Kaohsiung City Government dengan penglibatan dari lebih  20 negara antaranya Taiwan, China, Tunisia, Poland, Romania, Turki, Saudi Arabia, Sri Lanka, Korea, Itali, Indonesia dan Vietnam.

Selain UniMAP,  penyelidik di bawah Persatuan Penyelidikan Malaysia (MyRIS) iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan beberapa sekolah terpilih seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Sena, Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lailatul Shareen, SMK Dato'. Sheikh Ahmad dan SMS Pokok sena turut mengambil bahagian pada KIDE 2015.

Lima produk UniMAP yang meraih pingat perak ialah Bottom Ash Composite Cement, hasil penyelidikan Ng Hooi Jun, Kerisputra Language Game (Yuziana Yasin), Tourism Easy (Mohamed Elshaikh),  LEADS Module (Hirwan Jasbir Jaafar) dan Keyystroke Dynamic for Construction Industry (Dr Syed Zulkarnain Syed Idrus).

Dalam pada itu, Dr. Azremi berkata, produk penyelidikan beliau menyediakan solusi kepada antena untuk aplikasi peranti mudah alih generasi ke-5 atau '5G' untuk kegunaan di masa hadapan.

Ujar beliau, produk tersebut dilengkapi dengan jumlah antena yang padat, iaitu sehingga lapan antena di dalam satu peranti dan dibuktikan mempunyai capaian kelajuan yang tinggi setanding dengan capaian antena ideal.

“Penyelidikan produk ini dijalankan dengan kolaborasi dari pihak industri sendiri iaitu MIMOS Berhad selain turut melibatkan kerjasama penyelidikan dengan Aalto Universiti, Finland,” ujar beliau.

Dr. Azremi turut menerima satu lagi kejayaan membanggakan di Taiwan apabila  diberikan pengiktirafan tertinggi pada International Conference on Advanced Materials Engineering and Technology (ICAMET 2015) yang berlangsung pada 4 Disember di Kaohsiung, Taiwan.

ICAMET 2015 dianjurkan bersempena dengan pameran KIDE 2015 oleh Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) dengan kerjasama WIIPA dan Techical University of Iasi, Romania.

Persidangan tersebut disertai oleh 14 buah negara menerusi 130 kertas kerja yang akan diterbitkan dalam jurnal berindeks SCOPUantaranya dari Russia, Korea, Taiwan, Romania, Thailand, China, Australia, Slovakia, Canada dan Indonesia.

Professor Kunjungan CEGeoGTech, Dr Andrei Victor Sandu menjadi pembentang utama ICAMET 2015.

SEOUL, 2 Dis (Bernama) -- Kejayaan Korea Selatan dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional atau TVET menarik minat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk menjadikannya sebagai model pembelajarannya.


Naib Canselornya, Datuk Prof Emeritus Dr Kamarudin Hussin berkata UniMAP berhasrat mempelajari sistem TVET negara yang terkenal dengan siri televisyen 'Winter Sonata' itu bagi memantapkan TVET yang diajar di UniMAP.

"Korea merupakan negara terawal melaksanakan TVET manakala Malaysia hanya melaksanakannya beberapa tahun lepas. Sememangnya kita ketinggalan jauh, lebih 30 tahun dan sukar mengejar mereka.

Keberkesanan konsep atau modul mereka bagaimanapun dapat membantu memantapkan TVET yang dilaksanakan di negara kita," katanya kepada pemberita selepas menandatangani Surat Niat Hasrat (LoI) dengan World Skills Korea yang diwakili Setiausaha Agungnya, Dr Eom Joon Chul.

Raja Muda Perlis merangkap Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang menyertai delegasi UniMAP ke Seoul berkenan menyaksi majlis itu di Global Institute For Transferring Skills (GIFTS), di sini, petang semalam.

Sebelum itu Tuanku Syed Faizuddin, Kamarudin serta beberapa pegawai kanan UniMAP mengadakan perbincangan dengan Dr Chul mengenai kerjasama dua hala dan bagi memperkukuhkan TVET UniMAP.

Kamarudin berkata UniMAP yang menawarkan 21 program kejuruteraan dijadikan pusat TVET namun perlu diperkemaskan lagi agar lebih 13,000 pelajarnya mendapat manfaat maksimun.

"Atas sebab ini UniMAP perlu bekerjasama dengan Korea Selatan yang mempunyai kepakaran bagi membantu kita melahirkan graduan yang memenuhi kehendak industri dan mengikut kemajuan teknologi semasa," katanya.

Dr Chul pula berkata Korea Selatan melaksanakan TVET pada 1981 bagi melahirkan modal insan terutama lepasan sekolah menengah dengan kemahiran asas untuk mengatasi masalah sosial berikutan kurang 25 peratus rakyatnya melanjutkan pengajian ke universiti.

"Program ini berjaya dan mendapat sambutan memberangsangkan daripada pelajar sekolah dan syarikat. Program TVET diubah kali terkahir pada 2007," kata Dr Chul, antara pakar TVET Korea.

Katanya Korea Selatan bersedia berkongsi pengalaman dan kepakaran bagi membantu Malaysia memperkasakan program TVET melalui GIFTS yang dibuka pada 2013 dengan tujuan berkongsi TVET melalui sistem dan latihan yang unik dan sumbernya dengan negara-negara membangun di Asia, Timur Tengah, Amerika Selatan dan Afrika.

Daripada Zainal Abdul Jalil

-- BERNAMA

Kangar, 22 Disember  2014 – Pasukan Perlis yang diwakili para pemain dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus mengekalkan kejuaraan GT Radial Piala Emas Raja-Raja 2014 buat kali kedua berturut-turut dengan menewaskan Pahang 2- 1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Mini Majlis Perbandaran Temerloh, malam tadi.

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin berkata, kejayaan itu sekaligus terus mengekalkan kejuaraan Perlis untuk tahun kedua berturut-turut.

 “Saya melihat para pemain sangat fokus ketika perlawanan kerana pada babak pertama, Perlis ketinggalan 1-0 dengan jaringan sulung pasukan Pahang menerusi Fauzi Roslan pada minit ke-32.

Para pemain sentiasa menggunakan peluang yang ada untuk mencari gol penyamaan sehingga pada minit ke 75,  Andrien Jurad Chamrong berjaya menyempurnakan peluang yang datang menerusi sepakan percuma,” katanya.

Pahang terpaksa akur dengan kekalahan ditempat sendiri selepas Anas Shaharom berjaya muncul sebagai wira Perlis menerusi rembatan jarak jauh dari luar kotak penalti pada minit terakhir permainan sekaligus menewaskan penjaga gol Pahang, Mohd Wafieyuddin.

Sementara itu, Andrien Jurad telah dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Perlis melangkah ke peringkat akhir apabila menewaskan Kelantan 5-0 pada separuh akhir manakala Pahang pula Berjaya menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 3-2.

Prof. Dr. Kamarudin berkata kejayaan ini membolehkan pasukan Perlis membawa pulang piala serta wang tunai RM 40,000.Sebanyak 16 pasukan menyertai Piala Emas Raja-Raja pada tahun ini dan semua pasukan diundi untuk berada di dalam empat kumpulan yang telah ditentukan.

 

Kangar – 1 Disember 2014, Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam mengenalpasti spesis bakteria yang menyebabkan jangkitan luka kepada kaki pesakit diebetes berjaya meraih pingat emas dan anugerah khas Syrian Export Federation pada Seoul International Invention Fair di Coex Seoul di sini.

Inovasi berkenaan yang turut membabitkan pasukan penyelidik dari Hospital Tuanku Fauziah Kangar membolehkan bakteria dikesan menggunakan sejenis alat yang dinamakan hidung elektronik (e-nose).

Menurut Ketua Penyelidik, Dr. Mohd. Iqbal Omar, antara lainnya kajian tersebut dibuat bagi mengenalpasti keupayaan dan kemampuan e-nose mengesan jenis-jenis bakteria yang menjadi punca jangkitan di luka pesakit diabetis.

Jelas beliau, E-nose adalah suatu teknologi terkini yang menggunakan sensor chip untuk mengesan jangkitan awal bakteria yang akan membolehkan doktor mengesan jangkitan tersebut berpunca dari hanya sejenis spesis atau pelbagai spesis bakteria.

“Dengan hanya menghidu pada luka kaki pesakit diabetes, E-nose akan memaparkan keputusan iaitu bakteria yang menyebabkan jangkitan pada luka kaki pesakit diabetes. Jika dibandingkan dengan kaedah rawatan terkini, 2 atau 3 hari adalah masa yang diambil untuk mengetahui keputusan daripada makmal patologi.

“Oleh itu, kelebihan produk ini adalah dapat memberi keputusan yang cepat iaitu seawal enam jam dan tepat kepada pesakit seterusnya memudahkan pakar perubatan untuk memberi rawatan yang sewajarnya kepada pesakit,” ujar beliau ketika dihubungi.

SIIF berlangsung selama tiga hari berakhir hari ini dengan penyertaan 723 produk keseluruhannya dari 34 negara yang mengambil bahagian.

Pada pameran tersebut jugak, produk hasil inovasi Prof. Dr. Uda Hashim iaitu E-Coli DNA Test Kit (E.D. Kit) dinobatkan sebagai pemenang anugerah utama SIIF 2014 selain turut meraih pingat emas pameran. Satu lagi pingat emas pameran diraih oleh Dr. Rizalafande Ismail menerusi inovasinya, High-Speed, Cost-Effective and Accurate Arithmetic Unit Using Logarithmic Number System for 3D Transformation Architecture.

Selain satu anugerah utama SIIF 2014, UniMAP yang menghantar 23 penyertaan secara keseluruhannya berjaya meraih empat anugerah khas, tiga pingat emas, tujuh pingat perak dan enam pingat gangsa.

Dua lagi anugerah khas menjadi milik Dr. Rozyanty Rahman menerusi inovasinya“KENAF-SEPTANK”- Green Hybrid Septic Tank and High Performance Composite iaitu penghasilan tangki septik dengan menggunakan gentian kenaf sebagai sebahagian bahan pengukuh komposit.

Gentian kenaf ini merupakan bahan yang mesra alam dan setanding dengan gentian kaca yang banyak digunakan dalam penghasilan komposit yang mana antara kelebihannya ialah dari segi berat ketumpatannya yang rendah serta tidak memudaratkan mereka yang bekerja secara langsung dengan gentian kenaf ini berbanding gentian kaca yang sangat merbahaya pada kesihatan serta alam sekitar.

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, kejayaan Dr. Iqbal dan Prof Dr. Uda merupakan antara bukti komitmen UniMAP menghasilkan inovasi yang bakal memberikan perubahan kepada bidang perubatan di negara ini.

 Dr Mohd. Iqbal (dua dari kiri) bergambar bersama para penyelidik Universiti Malaysia PErlis yang berjaya memenangi anugerah khas, anugerah utama, serta pingat-pingat emas, perak dan gangsa pameran SIIF di Seoul Korea hari ini.

Daripada Adnan Jahaya

ISTANBUL (Turki), 14 Dis (Bernama) -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada Sabtu merintis kerjasama akademik dan penyelidikan dengan Yildiz Technical University (YTU), sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di Turki yang berpusat di Istanbul.

YTU yang berusia lebih 100 tahun adalah institusi pengajian tinggi pertama di Turki yang menjalin kerjasama dengan UniMAP, sebuah universiti yang bertapak di Perlis dan kini sedang melonjak namanya di arena antarabangsa melalui kegiatan penyelidikan.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) berlangsung di YTU dengan UniMAP diwakili Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin manakala YTU diwakili rektornya, Prof Dr Ismail Yuksek.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP turut berangkat menyaksikan majlis menandatangani memorandum itu.

Majlis itu berlangsung sempena program Jelajah Ilmu UniMAP ke Turki selama lima hari bermula Selasa lalu yang disertai 30 anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP sesi 2012/2013 serta beberapa pegawai kanan universiti itu.

Tuanku Syed Faizuddin ketika bertitah pada majlis itu mempelawa Turki menghantar lebih ramai pelajarnya ke Malaysia kerana yuran pengajian di institusi pengajian tinggi di Malaysia yang kompetitif berbanding negara lain.

Selain itu, bahasa pengantar di kebanyakan institusi pengajian tinggi di Malaysia adalah bahasa Inggeris selain faktor makanan halal yang mudah didapati.

Tuanku Syed Faizuddin turut mencadangkan pihak Malaysia dan Turki mencari jalan memperkukuh jambatan ilmu yang menghubungkan kedua buah negara termasuk menyelaras kurikulum pengajian bagi memastikan lebih ramai pelajar menepati kelayakan umum kemasukan universiti di kedua buah negara.

Titah baginda, setakat ini hanya 30 pelajar Malaysia berada di Turki berbanding 300 pelajar Turki di Malaysia.

Baginda bertitah, setiap tahun kerajaan Turki menawarkan biasiswa kepada pelajar luar negara termasuk Malaysia terutama dalam bidang pengajian sains sosial di peringkat ijazah yang secara tidak langsung menggalakkan lebih ramai pelajar asing menguasai bahasa Turki.

Turut hadir pada majlis menandatangani memorandum itu ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniMAP, Prof Madya Dr Mohd Fo'ad Sakdan dan Dekan Hal Ehwal Pelajar universiti itu, Prof Madya Razli Ahmad.

Daripada Adnan Jahaya

ISTANBUL, (Turki) 12 Dis (Bernama) -- Program Jelajah Ilmu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) selama lima hari di Turki yang bermula semalam bakal membuka ruang kerjasama antara universiti itu dengan institusi pengajian tinggi (IPT) di negara berkenaan.

Program membabitkan 30 anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2012/2013 dan pegawai kanan UniMAP itu antara lain turut melakukan kunjungan ilmu ke institusi pengajian tinggi, masjid dan muzium.

Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin mengetuai program kali kesembilan itu bertujuan mendedahkan pelajar dengan sistem pendidikan luar negara di samping membuka ruang kerjasama yang lebih mantap dengan IPT di Turki.

Kamarudin berkata program Jelajah Ilmu UniMAP diperkenalkan pada 2005 dan antara negara yang menjalin kerjasama hasil program itu termasuk Indonesia, Vietnam, China, Hong Kong, Uzbekistan, Australia dan New Zealand.

Beliau berkata melalui program itu, para pelajar diberi peluang berinteraksi dengan kepimpinan pelajar di universiti yang dilawati selain melihat dan menilai sistem pendidikan di luar negara.

Bagi program Jelajah Ilmu di Turki, delegasi UniMAP turut berkunjung ke Yildiz Technikal University (YTU) yang merupakan IPT tersohor di Istanbul serta Fatih University yang merupakan sebuah universiti swasta terkemuka.

Dalam kunjungan ke YTU lewat semalam, delegasi UniMAP diberi taklimat oleh rektornya, Prof Dr Ismail Yuksek mengenai program pengajian yang terdapat di situ di samping meninjau kemudahan makmalnya.

Di Fatih University pelajar diberi taklimat oleh pegawai program antarabangsanya, Mustafa Yusel mengenai institusi pengajian swasta itu yang turut membuat pengambilan pelajar antarabangsa.

Mereka juga turut meninjau kehebatan seni bina Masjid Sultan Ahmed yang lebih dikenali sebagai Masjid Biru yang dibina pada 1609.

Daripada Adnan Jahaya

ISTANBUL, 11 Dis (Bernama) -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang semakin menyerlah di pentas antarabangsa terutama melalui kegiatan penyelidikan, berazam terus mengeluarkan produk penyelidikan berinovasi tinggi yang memberi manfaat besar kepada masyarakat.

Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata kejayaan terbaru yang dicapai di Seoul International Invention Fair (SIIF) 2013, Korea Selatan baru-baru ini adalah antara kejayaan terkini universiti itu di arena antarabangsa.

Ketika ditemui Bernama semasa mengetuai program Jelajah Ilmu UniMAP selama lima hari ke Turki, beliau berkata kesemua sembilan produk yang dikemukakan pada SIIF yang berlangsung di COEX Hall, Seoul selama empat hari berakhir 2 Dis lalu meraih pingat iaitu tiga emas, empat perak dan dua gangsa.

Kamarudin berharap UniMAP akan terus mengulangi kejayaan di persada antarabangsa melalui komitmen para penyelidik yang inovatif dan kreatif.

Sementara itu, kenyataan UniMAP pada Rabu menyebut produk 'Novel Multipurpose Geopolymer Coating' hasil penyelidikan penyelidik muda, Liyana Jamaludin adalah antara produk yang memenangi pingat emas.

Turut membantu menghasilkan produk itu ialah Kamarudin sendiri, Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah, Prof Madya Che Mohd Ruzaidi Ghazali, Norazian Mohamed Noor, Rafiza Abdul Razak dan Zarina Yahya.

Pingat emas kedua disumbangkan menerusi produk penyelidikan Dr Hakimah Osman bertajuk 'Novel Natural Latex From Tapioca Tree' membabitkan penyelidik bersama Zunaida Zakaria, Norazura Abdul Rahim, Noor Marlyna Ismail dan Nur Firdaus Mohamed Yusof.

Produk 'Bench-Top Inee Mask Aligner System For Teaching And Research' hasil penyelidikan yang diketuai penyelidik berpengalaman UniMAP, Prof Dr Uda Hashim dan dibantu Hasrul Hisham Che Ahmad dan Jasni Mohamed Ismail turut membawa pulang pingat emas.

Sementara itu, pingat perak dimenangi produk 'ENVIMEP - A New Generation Of Green Pallet' yang dihasilkan kumpulan penyelidik diketuai Dr Sam Sung Ting dan produk 'A Novel MDW-OCDMA System Using Single Photodiode Detection (SPD) Technique For Industrial Applications' oleh kumpulan penyelidik diketuai Prof Dr Syed Alwee Aljunid Syed Junid.

Dua lagi pingat perak dimenangi melalui produk 'Cellulose Methacrylate (CM) as New Binder for Water Hyacinth Paper' hasil penyelidikan diketuai Dr Supri A. Ghani dan produk 'Lateric Soil Biocoagulant' hasil penyelidikan kumpulan penyelidik yang diketua penyelidik muda Wong Yee Shian.

Pingat gangsa pula disumbangkan produk 'Novel Hybrid FiWi OCDMA System Using MDW Code for Future Broadband Access Network' dan produk 'Micro Fatigue Testing Machine.'

SIIF merupakan pameran berprestij yang disertai universiti terkemuka dunia, institusi penyelidikan, pencipta individu, pencipta muda, dan syarikat dari Afrika, Amerika, Asia dan Eropah yang memikat kehadiran 50,000 pelawat setiap tahun.

Sementara itu, program Jelajah Ilmu membabitkan penyertaan Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP bagi sesi 2012/2013 yang bermula hari ini bertujuan memberi pendedahan kepada mereka dalam pelbagai bidang pengajian di luar negara.

Sepanjang program itu, para pelajar itu antara lain akan mengadakan pertemuan dengan majlis perwakilan pelajar di beberapa buah universiti sekitar Istanbul.

KANGAR, 3 Dis – Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Mekatronik Prof. Dr. Abdul Hamid Adom dilantik menjadi Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), yang baru bagi tempoh tiga tahun berkuatkuasa 1 Disember lalu.

Anak kelahiran Kuala Lumpur yang baru berusia 42 tahun itu merupakan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi yang ketiga UniMAP di mana sebelum ini di sandang oleh Prof. Dr. Ismail Daut dan Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal.

Prof. Dr. Abdul Hamid ketika ditemui berkata, dengan kepercayaan yang diberikan beliau berazam untuk meningkatkan mutu penyelidikan UniMAP yang sedia ada bukan sahaja di peringkat universiti malah dipersada antarabangsa.

“Saya juga berhasrat untuk mempertingkat kualiti pengurusan penyelidikan serta memudahcara pelaksanaan setiap projek.  Ini insyaAllah akan dapat melonjakkan nama Universiti ini ke tahap yang lebih tinggi.”

Prof Dr Abdul Hamid mula berkhidmat di UniMAP yang ketika itu dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) dari 1 Disember 2004 sebagai pensyarah di PPK Mekatronik sebelum dilantik sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar PPK tersebut pada tahun 2005.

Beliau juga dilantik menjadi ahli senat sejak tahun 2005 seterusnya menjadi Dekan PPK Mekatronik pada 2007.

Beliau mempunyai kelulusan Sarjana muda dalam Kejuruteraan Sistem Elektronik pada tahun 1995 sebelum menyambung pengajian Sarjana dalam bidang yang sama pada tahun 1996.

Minat yang mendalam dalam bidang kejuruteraan Sistem Elektronik mendorong beliau untuk meneruskan pengajiannya ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah dan berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2001. Ketiga-tiga kelulusan tersebut adalah dari Liverpool John Moores University, UK.

Sebelum berkhidmat di UniMAP, beliau merupakan Ketua Program Matematik di Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Universiti Sains Malaysia.

Beliau telah dianugerahkan professor penuh pada Jun 2012. Prof Dr Abdul Hamid aktif dalam bidang penyelidikan kecerdikan buatan, hybrid sensing, brain-machine interface dan robotik.

 

Info Tab Bawah-BM