Gerbang Info Pengguna

  • 2019 Kempen Bebas Rokok
  • Salam Aidilfitri
  • UniMAP-AMCT2019
  • SUTERA 2019
  • Urock 2019
  • Pembelian Buku-Buku UniMAP di Market Place
  • silk2019
Previous Next

Berita Terkini

Khidmat Masyarakat Ramadan UniMAP Santuni Warga HTF

Khidmat Masyarakat Ramadan UniMAP Santuni Warga HTF

KANGAR – Muram dengan riak sedih yang terpamer di wajah sebahagian penghuni wad pembedahan di…

Baca..

Pensyarah UniMAP Dilantik Penyelidik Kunjungan Di Universiti Sweden

Pensyarah UniMAP Dilantik Penyelidik Kunjungan Di Universiti Sweden

ARAU – Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dr. Wooi Chin…

Baca..

Khidmat Masyarakat : UniMAP – PSU Santuni Masyarakat Songkla – Hatyai

Khidmat Masyarakat : UniMAP – PSU Santuni Masyarakat Songkla – Hatyai

ARAU – Atas rasa keprihatinan yang tinggi untuk membantu masyarakat, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui…

Baca..

Program Diploma Kejuruteraan UniMAP Mendapat Pensijilan Penuh MQA

Program Diploma Kejuruteraan UniMAP Mendapat Pensijilan Penuh MQA

ARAU – Semua enam program pengajian diploma kejuruteraan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah lulus dan…

Baca..

UniMAP Pilihan Utama

UniMAP Pilihan Utama

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) nyata menjadi pilihan utama apabila dipilih sebagai lokasi Seminar…

Baca..

UniMAP Prihatin Anak-Anak Staf Meninggal Sempena Festival Nasyid 2019

UniMAP Prihatin Anak-Anak Staf Meninggal Sempena Festival Nasyid 2019

Pauh Putra, 28 Mei- Dalam kegembiraan umat Islam membuat persiapan menyambut lebaran yang akan tiba…

Baca..

UniMAP Beri Kebebasan Bersuara Kepada Pelajar

UniMAP Beri Kebebasan Bersuara Kepada Pelajar

PAUH PUTRA, 26 Mei- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memberikan kebebasan kepada semua pelajar dalam memberikan…

Baca..

Produk Eco Geopipe Raih Emas di EUROINVENT di Romania

Produk Eco Geopipe Raih Emas di EUROINVENT di Romania

Kangar, 19 Mei - Penyelidik Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) Universiti Malaysia Perlis…

Baca..

Prof. Dr. R. Badlishah Dilantik Naib Canselor UniMAP

Prof. Dr. R. Badlishah Dilantik Naib Canselor UniMAP

Kangar - Mantan Timbalan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Ir. Ts. Dr.…

Baca..


Arau – Muzik dan tarian sering disalah tafsir oleh masyarakat sebagai satu bentuk hiburan yang melalaikan tanpa mengambil kira sumbangan yang mampu diberikan jika kena dengan caranya.

Berlainan dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang meletakkan kepercayaan bahawa hiburan jika kena pada tempatnya mampu membantu malah memberikan kebaikan kepada orang lain.

Ini terbukti apabila kumpulan seni persembahan UniMAP iaitu Indrasutra di bawah Unit Kebudayaan dan Rekreasi (UKR) terpanggil menggunakan muzik dan tarian mereka untuk beramal mendapatkan dana bagi membantu pertubuhan anak-anak autisme.

Memilih pulau pelancongan Pulau Langkawi sebagai destinasi serampang dua mata, UKR seramai 39 orang membelah lautan Kuala Perlis pada Jumaat di bulan April bagi merealisasikan Program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) bagi pemuliharaan alam sekitar dan Busking Amal selama tiga hari.

Menurut Pengarah program yang juga Pengarah UKR, Izwan Izhar Haris pelaksanaan program ini adalah sebagai salah satu bentuk sumbangan bantuan kepada masyarakat.

“Kita ingin menjaga kebersihan Pulau Langkawi terutamanya Pantai Cenang yang menjadi tarikan dan tumpuan pelancong dari dalam dan luar Negara setiap kali tiba musim percutian.

“Oleh itu pelaksanaan pemuliharaan alam sekitar adalah penting bagi memberikan gambaran positif mengenai penjagaan alam sekitar oleh masyarakat Malaysia,” katanya ketika dihubungi pemberita baru-baru ini.

Mengambil inisiatif dengan kebanjiran pelancong ke Pulau Langkawi, UKR juga turut menjalankan kerja amalnya dengan mengadakan ‘Amal Busking’ ditempat tumpuan orang ramai bagi mengutip dana untuk disalurkan ke tabung A-Heart UniMAP iaitu sebuah badan yang memberi fokus kepada Autisme.

“Kami memilih beberapa lokasi strategik seperti di Cenang Mall dan Jeti Langkawi bagi mengadakan persembahan busking.

“Selain busking kami juga bertindak sebagai penyalur maklumat mengenai Autisme kepada orang ramai dan melalui penerangan yang diberikan kami berjaya mengutip sumbangan berjumlah RM 1500 dari pengunjung,” katanya.

Tambah Izwan lagi, wang kutipan tersebut diserahkan terus kepada tabung A-Heart UniMAP bagi membantu anak-anak autism di kawasan utara Malaysia.

“Saya percaya hasil penerangan kami mengenai Autisme, masyarakat akan lebih memahami apa itu autism dan kesedaran mengenai perlakuan dan sensitiviti anak autisme dan keluarga mereka.

“Kami gembira kerana berjaya merealisasikan program ini dan merancang untuk mengadakan lebih banyak aktiviti kemasyarakatan demi membantu mereka yang lebih memerlukan,” katanya.

Selain Busking Amal Autism, Indrasutra telah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti mengadakan busking bagi kutipan amal Tabung Rohingya; memberikan sumbangan kepada pengiat seni Perlis semasa aktiviti Jelajah Sahur; menghiburkan anak yatim; pembersihan pantai; berkongsi ilmu muzik dan tari bersama kanak-kanak di Taska Pewaris UniMAP.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga turut bersama-sama komuniti Islam di Satun dan Hatyai bagi khidmat gotong royong membersihkan masjid dan juga kelas agama.

Indrasutra UniMAP ditubuhkan pada 1 Mac 2005 adalah sebuah kumpulan seni persembahan khusus bagi UniMAP. Namun dek kecemerlangan yang ditunjukkan, mereka sering mendapat undangan bagi menjayakan majlis luar.

Izwan ketika ditanya asal usul nama Indrasutra lantas berkongsi bahawa ia adalah idea Pengarah UKR yang pertama iaitu Prof. Madya Dr Salmah Haji Ayob yang menggabungkan elemen nama “Indra” yang berkaitan dengan nama Negeri Perlis ketika itu (Perlis Indra Kayangan) dan juga “Sutera” yang sinonim dengan kelembutan rakyat Perlis dari segi perwatakan, tutur cara dan norma budaya yang melambangkan identiti Negeri Perlis.

“Di peringkat permulaan penubuhan “Indrasutra”, ahli-ahlinya perlu melalui proses temuduga dan ujibakat serta melepasi “standard” yang ditetapkan sebelum diterima dan diserapkan ke Unit Kebudayaan dan Rekreasi. Kebanyakkan mereka adalah dari kalangan yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.

“Manakala Artis Budaya pula yang mempunyai pengalaman berkhidmat dengan badan-badan kesenian dan kebudayaan di Malaysia mula menyertai UKR pada sekitar tahun 2005 dan lengkap sepenuhnya pada 2006 lebih kurang 5 pasangan atau 10 orang,” katanya.

Indrasutra bukan sahaja terkenal di sekitar Perlis dan Malaysia tetapi telah membawa nama UniMAP dan Malaysia hingga keluar Negara.

“Indrasutra telah mewakili Negara bagi membuat persembahan kebudayaan di beberapa Negara setiap tahun bermula 2009 di Uzbekistan;  Australia (2010); Korea Selatan (2011); China (2012); Italy (2013); UAE (2014).

Malah Negara Indonesia dan Thailand seakan rumah ke dua Indrasutra apabila kami berpeluang mengadakan persembahan di Negara tersebut saban tahun,” katanya.  

mesin walta

mesin walta

mesin walta

mesin walta

mesin walta

mesin walta

Kangar, 23 Nov – Latihan larian hampir setiap hari , menjaga pemakanan serta persediaan mental yang kuat adalah antara tips utama seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjuarai Melaka Ultra (Matra), baru-baru ini.

Pelajar tahun satu Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) itu, Mohd Zharif Asyraf  Ismail berkata dia meluangkan masa setiap pagi selepas Subuh bagi menjalani latihan larian sejauh lima kilometer (KM).

“Pada sebelah petang saya menjalani latihan juga kira-kira 10 KM sekiranya tidak terikat dengan sebarang kuliah dan hanya meluangkan satu atau dua hari sahaja dalam seminggu untuk berehat daripada latihan.

“Di samping itu juga, menjaga pemakanan adalah antara perkara yang utama untuk kekal cergas dan sentiasa berstamina,” katanya.

Mohd Zharif menjuarai acara 100 KM Terbuka Lelaki larian Matra yang diadakan di Bandaraya Melaka pada  18 November lalu dengan catatan masa 13 jam 27 minit.

Menurut Mohd Zharif selain MATRA, sebelum ini dia berjaya mendapat tempat kedua  larian 70 KM Kuching Ultra Marathon di negeri kelahirannya itu selain menduduki tempat ketujuh ketika menyertai 50 KM Penang Ultra Marathon pada September tahun lalu.

Katanya, dia mula menyertai acara larian jarak jauh ini sejak dua tahun lalu menerusi kumpulan lariannya sendiri iaitu Underground Runners Sarawak (UGRS) ketika masih bekerja sebelum melanjutkan pengajian ke UniMAP.

“Semua acara yang disertai menggunakan sumber kewangan sendiri dan sedikit tajaan daripada kumpulan UGRS yang sentiasa sokong menyokong di antara satu sama lain,” katanya.

Apabila ditanya mengenai perancangan pada masa hadapan, Mohd Zharif dan kumpulannya itu turut bercadang menyertai larian sejuah 168 KM di  Pahang yang dijadualkan pada tahun hadapan.

Menurut Mohd Zharif, selain itu keluarganya turut memberi sokongan dari semasa ke semasa terhadap minatnya malah semua adik beradiknya bergiat aktif dalam sukan.

“Seorang adik saya menyertai pasukan negara dalam futsal bawah 16 tahun manakala adik bongsu pula menyertai Program Pembangunan Bolasepak Kebangsaan (NFDP).

“Pendek kata, kesemua kami lima beradik aktif bersukan tidak kira dalam mana-mana kejohanan atau mengisi waktu riadah setiap petang,” katanya.

mesin walta

mesin walta

mesin walta

mesin walta

Pauh Putra, 19 Oktober – Dalam usaha menghargai pengorbanan pasukan keselamatan Malaysia khususnya tentera dalam menjaga keamanan dan kedaulatan negara, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), melalui Pusat Bahasa Antarabangsa (CIL) menganjurkan Kursus Bahasa Inggeris kepada golongan tentera.

Naib Canselor UniMAP , Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata, program kerjasama antara UniMAP dan tentera berkenaan merupakan kali kedua diadakan selepas program yang julung kali diadakan pada Jun tahun lalu.

“Sebelum ini kita tidak mempunyai saluran untuk menganjurkan program seperti ini. Dengan kelebihan yang kami ada (guru bahasa) penganjuran kursus ini saya kira merupakan satu sumbangan kecil UniMAP kepada pasukan keselamatan kita.

“Program komuniti seperti ini juga merupakan hasrat UniMAP  yang inginkan universiti ini memperbanyakkan  aktiviti yang dapat membantu masyarakat,” katanya ketika berucap di Majlis Penutup Kursus Bahasa Inggeris Tentera di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, di sini.

Hadir sama ialah Timbalan Komander Kem 504 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Huzaini Hussin, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Ir Dr Rezuwan Kamarudin dan Pengarah CIL, Dr Sharmini Abdullah.

Ujar beliau lagi, selain daripada mengajar bahasa Inggeris kepada anggota tentera, tenaga pengajar juga dapat mempelajari sesuatu dari pengalaman yang dikongsi anggota keselamatan itu.

“Ini merupakan salah satu program pembelajaran dua hala dimana kedua-dua pihak boleh berkongsi ilmu-ilmu baharu yang saya percaya bukan mudah untuk orang awam mengetahuinya dari pihak tentera,” katanya lagi.

Sementara itu Leftenan Kolonel Huzaini Hussin berkata, peluang itu merupakan satu pengalaman baharu tentera untuk belajar bersama pensyarah universiti.

“Sebelum ini kita tidak pernah terlibat dengan program atau kelas bersama orang awam kerana dalam angkatan tentera juga mempunyai Kor Pendidikan dimana tenaga pengajarnya juga dari kalangan tentera.

“Kelas ini merupakan persediaan untuk latihan bersama anggota tentera luar seperti Australia, Amerika Syarikat, dan operasi di sempadan Thailand dan Sabah,” katanya yang berucap mewakili Mejar Tadris Ahmad selaku Pegawai Dua Pendidikan Markas 6 Briged.

Ujar  Huzaini  , latihan bersama anggota tentera dari negara luar menuntut anggota tentera untuk berkomunikasi menggunakan bahasa selain dari bahasa Melayu, justeru kelas persediaan Bahasa Inggeris seperti itu amat berguna kepada mereka.

 “Untuk program kali ini, kita menggabungkan pegawai-pegawai dari pelbagai peringkat campuran Askar Infantri dan Bantuan Khidmat kawasan utara agar mereka lebih berkeyakinan dalam menjalani latihan dan operasi kelak.

 

“Saya berharap program kerjasama ini akan diteruskan kerana memberi pengalaman yang bermanfaat kepada kami sebagai anggota tentera,”katanya lagi.

Terdahulu, seorang peserta Leftenan Dzulfikar Dasuki dari Kem Sungai Ara, Pulau Pinang berkata sepanjang program itu, beliau menumpang di kem rakan-rakan lain yang terdekat bagi mengikuti program itu.

Menurutnya, walaupun beliau merupakan lepasan ijazah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) namun peluang mengikuti program itu di UniMAP memberi pengalaman baharu kepadanya.

“Aktiviti-aktiviti juga menyeronokkan dan saya berpeluang mengenali rakan-rakan baharu dari pasukan yang lain serta tenaga pengajar UniMAP,” katanya.

Kelas yang berlangsung selama lima hari itu disertai seramai 50 anggota bermula 15 hingga 19 Oktober di UniMAP Kampus Pauh Putra yang dikendalikan oleh lapan staf CIL termasuk seorang staf antarabangsa .

Sesi pembelajaran akan memberi tumpuan kepada kemahiran pertuturan, pendengaran dan kerja berkumpulan, supaya dapat membantu pegawai tentera melaksanakan misi tersebut dengan lebih efisyen dan efektif.

Tentera

Tentera

Tentera

Pauh Putra, 31 Oktober  – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerima dua robot ‘Automatic Pick and Place Robot Machine’ (APPRM) sumbangan Walta Engineering Berhad, di sini, hari ini.

Sumbangan bernilai RM400,000 itu adalah hasil kolaborasi universiti itu dengan syarikat kejuruteraan berkenaan sejak pertengahan 2017 menerusi Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Mekatronik.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Prof Ir Dr Rezuwan Kamarudin berkata, kolaborasi itu mengadakan pertemuan lebih 10 kali sebelum ini bagi membincangkan penyelidikan dan pembangunan teknologi.

Katanya, empat pensyarah PPK Mekatronik menjalani sangkutan industri bersama pihak syarikat itu bagi menambah pengalaman praktikal pensyarah itu sendiri.

“Ia sekaligus membawa kepada penyumbangan dua mesin ini yang bakal digunakan untuk sangkutan industri, penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran.

“Di samping itu, dua pelajar UniMAP juga bakal memanfaatkan mesin ini bagi menyiapkan projek tahun akhir mereka dengan mudah dan lancar,” katanya ketika berucap di majlis penyerahan mesin robot berkenaan.

Hadir sama, Dekan PPK Mekatronik Prof Madya Ir Dr Abu Hassan Abdullah, Pengarah Urusan Walta Grou, Goh Kheng Sneah, Pengarah Walta Group Ong Thean Lye dan dekan-dekan UniMAP.

Tambah Rezuwan, sangkutan industri amat penting bagi universiti bagi membolehkan pensyarah yang terlibat dapat memohon sebagai jurutera bertauliah ‘Board of Engineers Malaysia’ (BEM).

“Antara projek kerjasama yang dijalankan oleh empat pensyarah itu ialah ‘automatic waterjet fruit cutting and peeling machine’ serta kerjasama dalam bidang bioperubatan,” katanya.

mesin walta

mesin walta

mesin walta

Georgetown, 30 November - Isu pengurusan pembangunan perlu diberi pandangan serius dalam merangka dan mengurus dengan mengambil kira aspek penjagaan alam sekitar

Keseimbangan antara pembangunan dan alam sekitar mesti dilakukan bagi mengelakkan berlakunya pelbagai masalah seperti hakisan tanah, pencemaran sungai dan sebagainya.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Dr. Uda Hashim berkata, jumlah penyelidikan dalam bidang pembangunan dan alam sekitar telah meningkat dalam usaha untuk mengekalkannya demi generasi muda di masa hadapan.

“Kerjasama dari pihak industri dan penyelidik serta ahli akademik akan merancakkan lagi percambahan idea-idea baharu dalam melaksanakan pembangunan tanpa mengamcam alam sekitar,”katanya ketika berucap merasmikan International Conference on Civil and Environmental Engineering (CENVIRON 2017)  yang berlansung di Flamingo Hotel by The Beach, Pulau Pinang baru-baru ini.

Seminar selama dua hari itu mengumpulkan lebih 110 kertas kerja yang disertai lima buah negara termasuk Thailand, Yemen, India,  dan tuan rumah Malaysia.

Bertemakan “Ke Arah Persekitaran Hijau dan Mampan” CENVIRON 2017 yang julung kali diadakan anjuran Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar UniMAP.

Antara pembentang kertas kerja utama adalah, Mantan Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP  Prof. Emeritus Ir. Datuk Dr. Zainai Mohamed, Pengarah Eksekutif Construction Research Institute of Malaysia (CREAM), Ir. Dr. Zuhairi Abd. Hamid, Profesor Jabatan Kejuruteraan Kimia, Universiti Malaya, Dr. Nik Meriam Nik Sulaiman dan Profesor Jabatan Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi PETRONAS, Dr. Suzana Yusup.

Ujar Dr. Uda lagi, CENVIRON 2017 bakal menjadi platfom terbaik bagi ahli akademik, penyelidik, industri, organisasi korporat dan kumpulan kepentingan dalam pelbagai asas dan aplikasi yang berkaitan dengan kejuruteraan dan alam sekitar.

“Selain dari itu, saya juga mengharapkan agar lebih banyak program ke arah mengukuhkan pembangunan dan penyelidikan seperti peningkatan jumlah staf akademik yang berkelayakan PhD serta kerjasama dengan universiti di seluruh dunia,” katanya lagi.

Oleh :

Mc Ziano Bryn Jaugis dan Athirah Khadijah Anuar

PAUH PUTRA, 20 November – Slot ‘Let’s Hit The Ground’ yang dikendalikan dalam Seminar Awani Rangers Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya memberikan pendedahan dan pengalaman baharu buat para pelajar program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu yang berlangsung di Dewan Kecemerlangan UniMAP.

Menerusi slot tersebut yang dikendalikan oleh dua ikon berita Astro Awani, Ashwad Ismail dan Hilal Azmi, para pelajar diberikan tugasan untuk menyediakan laporan berita berdurasi satu minit berdasarkan pemerhatian yang dibuat di sekitar kawasan seminar seterusnya memuatnaik laporan tersebut di akaun instagram masing-masing.

Antara kreativiti tugasan yang berjaya dihasilkan oleh pelajar ialah perkembangan pembinaan Dewan Utama dan Bangunan Canselori UniMAP, liputan Pesta Tanglung UniMAP, liputan Kejohanan Olahraga Tertutup UniMAP serta tarikan makanan di Perlis.

Pelajar tahun 3, Zulkarnain Zainal Abidin, 22, berkata, sebagai seorang mahasiswa yang mengikuti program komunikasi media baharu, slot tersebut telah berjaya membuka minda pelajar untuk mengaplikasikan penggunaan saluran-saluran komunikasi media baharu dalam penghasilan berita.

“Secara tidak langsung, slot ini juga berjaya meningkatkan keyakinan diri kami untuk melaporkan sesuatu berita secara langsung di hadapan kamera,” ujarnya.

Rakannya, Aniss Abdul Rahim, 22, menyifatkan program tersebut berjaya membuka minda pelajar untuk mengesan nilai berita serta menterjemahkannya dalam bentuk penceritaan terutama berdasarkan apa yang berada di sekitar pelajar itu sendiri.

“Setiap yang berlaku dalam kehidupan seharian ada ceritanya yang tersendiri, justeru terpulang kepada kita untuk menghasilkan penulisan yang mampu memberikan manfaat atau ilmu baharu kepada masyarakat keseluruhannya,” ujar beliau, 

Seminar tersebut dianjurkan oleh stesyen televisyen swasta, Astro Awani dengan kerjasama Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (IKOM) UniMAP dan disertai oleh lebih 400 pelajar.

Antara lainnya, seminar tersebut merupakan sebahagian daripada kerjasama pintar industri-universiti dalam memberikan pengalaman sebenar kepada pelajar selain turut menjadi platform utama dalam menghasilkan lebih ramai ‘content provider’ di kalangan generasi muda terutamanya pelajar universiti.

Selain UniMAP, seminar tersebut juga sebelum ini telah diadakan di Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Teknologi Mara.

Dalam pada itu, Ashwad yang juga Editor Breaking News berkata, menerusi seminar tersebut, beliau dan Hilal akan sentiasa melihat kepada beberapa aspek dan kualiti yang ada di kalangan pelajar universiti antaranya keupayaan untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dikendalikan.

Selain itu, ujar beliau, program yang dikendalikan secara interaktif itu ia juga bertujuan untuk memecahkan tembok ketakutan atau rasa malu dan gentar untuk beraksi di hadapan kamera.

“Bagi kami, setiap karya yang dihasilkan tidak akan dinilai sebagai salah sebaliknya, pelajar akan diberikan komen yang positif bagi menyuntik semangat mereka untuk terus berkarya. Adalah menjadi harapan kami agar mahasiswa iKOM dapat terus mendalami dunia kewartawanan dan tidak takut untuk berhadapan dengan masyarakat.,” jelasnya.

 

Pauh Putra, 19 November – Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan muncul juara keseluruhan Kejohanan Olahraga Tertutup Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kali ke-13 yang berlangsung selama dua hari mulai 18 November.

Pada kejohanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, UniMAP itu, PPK Pembuatan meraih lapan pingat emas, dua perak dan dua gangsa mengatasi saingan terdekat dari Pusat Pengajian Diploma yang mencatat lima pungutan pingat emas, enam perak dan dua gangsa.

PPK Komputer dan Perhubungan pula terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dengan pungutan empat emas, enam perak dan satu gangsa.

Pendaftar UniMAP Zuber Hj Mohamed ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Olahraga Tertutup UniMAP 2017 itu berkata, penganjuran kejohanan tersebut bukan sahaja bertujuan bagi mencari bakat-bakat baru mewakili UniMAP tetapi juga sebagai salah satu acara semua warga UniMAP mengenali antara satu sama lain.

“Saya yakin melalui kejohanan ini mewujudkan hubungan yang erat antara warga UniMAP tanpa mengira bangsa agama dan pangkat sekaligus menterjemah semangat Satu Malaysia yang diterapkan selama ini.

“Justeru saya berharap penganjuran kejohanan ini dapat menjadi pemangkin dalam usaha menggilap bakat-bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi termasuk Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) yang bakal berlangsung awal tahun hadapan,’’ katanya yang berucap mewakili Naib Canselor UniMAP.

Turut hadir Pengarah Pusat Sukan Suhizaz Sudin dan ketua-ketua jabatan UniMAP.

Pada kejohanan itu pelajar PPK Pembuatan Krishnan Somunaidu dinobatkan sebagai Olahragawan Kejohanan manakala Wong Qiau Hui yang juga dari PPK Pembuatan dinobatkan sebagai Olahragawati.

Fakulti Teknologi Kejuruteraan pula mencatat kejayaan dalam pertandingan rumah tercantik sempena kejohanan berkenaan manakala PPK Bioproses mendominasi acara perbarisan.

Dalam kejohanan tahunan UniMAP itu, seramai 414 pelajar UniMAP mengambil bahagian dalam 28 acara dipertandingkan.

MAKASSAR, Indonesia 10 November - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya Seminar Institusi Raja Kelima (SIRaj V) 2017 yang julung kali diadakan di luar Malaysia ini menjadi medan percambahan ilmu serta perkongsian budaya antara Malaysia dan Indonesia.

Titah baginda, adalah diharapkan melalui seminar ini dapat merumuskan resolusi yang baik untuk faedah bersama dan memanfaatkan kedua-dua negara.

"Penganjuran seminar ini juga boleh mengukuhkan lagi peranan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universitas Islam Negeri (UIN) Alauddin Makassar sebagai pusat percambahan minda, tapak perkembangan ilmu, seterusnya menyemarakkan kepelbagaian budaya," titah baginda.

Baginda juga berkenan mencemar duli merasmikan SIRaj V anjuran UniMAP melalui Institut Kajian Institusi Raja, Kepimpinan dan Komuniti (IKRK) dengan kerjasama UIN Alauddin Makassar di Rumah Jabatan Walikota Makassar.

Seminar yang berlangsung selama dua hari mulai 1o November itu juga diadakan bersempena ulang tahun Makassar Ke-410 tahun ini yang turut mendapat kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Malaysian Industrial Development Finance (MIDF) Berhad, Yayasan UniMAP, UniMAP Holdings dan Proven Group of Companies.

Yang turut hadir Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Pengarah IKRK, Prof Datuk Dr. Ramlah Adam dan Rektor UIN Alauddin Makasaar, Prof Dr. Musafir Pabbari.

Baginda dalam titahnya turut menekankan, pada asasnya, Malaysia dan Indonesia berkongsi ciri dan nilai yang sama iaitu alam Melayu dan secara dasarnya semuanya adalah serumpun.

Bagaimanapun, titah baginda, penaklukan dan pengaruh luar secara tidak langsung mengikiskan nilai dan identiti yang akhirnya menjarakkan lagi hubungan sehingga mewujudkan wilayah-wilayah yang pelbagai dengan identiti dan jati diri yang berbeza.

"Inilah sebenarnya 'kunci' yang perlu kita jadikan cerminan agar persaudaraan terus menerus menyatu, ibarat 'kiambang kembali bertaut'," titah baginda.

Baginda bertitah, penyatuan ini hakikatnya adalah penting bagi kedua-dua negara, demi memastikan kelangsungan hayat survival tamadun bangsa agar terus gah merentas sempadan dunia.

Makassar, Indonesia - Institut Kajian Institusi Raja, Kepimpinan dan Komuniti (IKRK) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menganjurkan Seminar Institusi Raja Kelima (SIRaj V) 2017 pada 10 hingga 13 November yang lalu di Swiss Bel Hotel, Makassar.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, selain berkongsi sejarah institusi raja di kedua-dua buah negara, seminar itu juga diharap dapat meningkatkan kefahaman masyarakat untuk menghayati peranan raja dalam sistem Raja Berpelembagaan.

Selain itu, ujar beliau, SIRaj V yang dianjurkan dengan kerjasama Universiti Islam Negeri (UIN) Alauddin, Makassar juga merupakan platform terbaik untuk berkongsi ilmu tentang corak pemerintahan beraja di negara jiran dan pada masa sama membuka peluang mempelajari sejarah kesultanan di kota tersebut.

“Secara kebetulan, kunjungan kami dalam menjayakan seminar yang bertemakan Kesultanan Alam Melayu” itu adalah bertepatan dengan sambutan ulang tahun Kota Makassar yang ke-410,” ujarnya.

SIRaj V yang turut mendapat kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Malaysian Industrial Development Finance (MIDF) Berhad, Yayasan UniMAP, UniMAP Holdings dan Proven Group of Companies telah dirasmikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Menurut Prof. Dr. Zul Azhar, sebanyak tiga slot pembentangan disediakan iaitu pembentangan Sejarah Di-Raja Perlis oleh Pengarah IKRK UniMAP, Datuk Prof. Dr. Ramlah Adam manakala pembentangan kedua oleh Rektor Universitas Cokroaminoto Makassar, Prof. Dr. H. Muhammad Asdar, S.E, M.Si manakala slot terakhir menampilkan perkongsian sejarah oleh tiga Raja serta Sultan di Wilayah Sumatera Selatan itu sendiri iaitu Raja Gowa, Raja Galewong dan Sultan Demak.

Beliau menjelaskan, sebanya tujuh resolusi telah dicapai menerusi penganjuran seminar tersebut iaitu Institusi Raja adalah asas tamadun bangsa yang patut didokong sepanjang masa; agama Islam adalah teras budaya bangsa yang memperkukuhkan keimanan; sejarah dan kerajaan lalu warisan patut diperkukuhkan sebagai teras jati diri dan pertalian darah silaturahim yang baik serta menjaga dan mempertahankan kelastrian adat budaya bangsa.

Selain itu, ujat beliau SIRaj V juga bersetuju untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama akademik antara UniMAP dan UIN Alauddin; mengukuhkan hubungan serumpun sebangsa Indonesia dan Malaysia selain memahami sejarah dan warisan masa lepas sebagai satu ilmu membina jati diri bangsa untuk masa kini.

Selain pembentangan kertasa kerja, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, turut berkenan bercemar duli mengetuai sesi “wisata sejarah” Kesultanan Gowa ke tiga lokasi utama iaitu Muzium Balla Lampoa, Makam Sultan Hassanuddin dan Masjid Tertua Katangka.

Yang turut menyertai lawatan tersebut Pengarah Unit Komunikasi Korporat UniMAP, Mustaffa Ismail dan Ketua Lembaga Penelitian dan Pengabadian Masyarakat Universiti Islam Negeri (UIN) Alauddin Makassar, Prof. Dr. Muhammad Salleh Tajuddin.

Menurut Prof. Dr. Ramlah, sesi lawatan tersebut diharap dapat meningkatkan kefahaman mengenai sejarah dan warisan sebagai satu ilmu yang amat penting bagi membina jati diri bangsa dalam menghadapi cabaran baik di masa kini atau di masa hadapan.

Destinasi pertama lawatan ialah ke Muzium Balla Lampoa yang didirikan oleh pemerintahan Raja Gowa ke-31 pada tahun 1936 yang menampilkan seni bina bangunan berbentuk rumah khas orang Bugis, iaitu rumah panggung yang diperbuat dari kayu ulin atau kayu besi.

Muzium ini pada dasarnya menjadi lokasi penyimpanan koleksi barang-barang berharga Kerajaan Kesultanan Gowa yang dapat diselamatkan sebelum penjajahan antaranya mahkota, gelang, kancing, kalung, keris dan perhiasan lain yang diperbuat dari emas.

Delegasi UniMAP seterusnya di bawa ke Makam Pahlawan Nasional Sultan Hassanuddin yang terletak di kompleks pemakaman raja-raja Gowa di Katangka, Somba Opu, Gowa. Selain Sultan Hassanuddin, ia turut menempatkan makam Sultan Alauddin - Sultan yang mengembangkan agama Islam pertama di Kerajaan Gowa.

Destinasi terakhir delegasi ialah ke Masjid Tertua Katangka yang terletak di Jalan Sheikh Yussof dan terletak tidak jauh dari makam Sultan Hassanuddin. Difahamkan masjid tersebut telah berusia melebihi 400 tahun seringkali menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar Indonesia.

Di sini, selain meninjau sejarah, delegasi UniMAP turut berpeluang menunaikan solat Zohor berjemaah bersama-sama penduduk setempat.Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail turut berkenan menyerahkan sumbangan zakat dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM1,000 atas kapasiti baginda selaku Yang Dipertua MAIPs.

Kangar, 9 November – Penghuni kolej kediaman diingatkan agar menjaga sebaik mungkin rumah atau bilik asrama mereka kerana kemudahan itu bakal digunakan lagi bagi beberapa tahun mendatang.

Amanat itu disampaikan oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Dato Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal ketika menyampaikan ucapan perasmian Majlis Watikah Pelantikan dan Penghargaan Majlis Penghuni Kolej Kediaman (MPKK) di Hotel Putra Regency, di sini, semalam.

Menurut Zul Azhar, MPKK yang baharu dilantik perlu memainkan peranan sepertimana ikrar dan tekad mereka selepas menerima watikah pelantikan bagi sesi 2017/2018 terhadap tanggungjawab mereka kepada kolej kediaman.

“MPKK juga sudah berjanji akan membantu universiti bagi mencapai hasrat universiti mewujudkan kampus lestari, maka inilah peluang dan cabaran baharu anda.

“Pengurusan UniMAP dan Pejabat Penolong Naib Canselor  Keusahawanan dan Kelestarian Kewangan juga turut berusaha mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak agar hasrat itu tercapai,” katanya.

Jelasnya, antara perancangan yang dicapai ialah berjaya mengumpul wang bagi penyediaan enam water dispenser di setiap kolej kediaman yang harganya mencecah RM20,000.

“Selain itu, sebuah pasaraya terkemuka di Arau turut bersetuju mendermakan bahan mentah kepada universiti dan InsyaAllah selepas ini setiap bulan kita adakan gotong-royong kenduri beramai-ramai bersama MPKK dan mahasiswa lain,” katanya.

Majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan, Pengerusi Majlis Pengetua Kolej Kediaman Hirwan Jasbir Jaafar serta pengetua-pengetua kolej kediaman UniMAP.

Terdahulu, Yang Dipertua MPKK Sesi 2017/2018 Kolej Kediaman Pauh Putra Muhammad Nur Ashmir Harun berkata MPKK sesi baharu bertekad menjadi penghubung pengurusan kolej kediaman dan rakan-rakan penghuni yang lain.

“Kami juga berazam untuk membantu rakan-rakan yang mengalami masalah kewangan agar mereka juga dapat meneruskan pengajian dengan baik.

“Di samping itu, kami turut menyokong agenda kelestarian kampus dan sedaya upaya akan membantu menerusi aktiviti atau program di kolej kediaman yang dianjurkan,” katanya yang berucap mewakili semua MPKK baharu.

Dalam majlis itu seramai 94 MPKK baharu menerima watikah pelantikan dan 84 MPKK sesi lalu menerima sijil penghargaan di atas komitmen mereka sepanjang sesi 2016/2017 bagi enam buah kolej kediaman.

Arau, 9 November – Sebagai satu inisiatif menjayakan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan  (NBOS), empat projek tahun akhir pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan dijadikan projek perintis bagi membangunkan aplikasi teknologi maklumat untuk kerajaan negeri Perlis.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, projek usahasama yang membabitkan pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Komputer dan Perhubungan bakal memberikan manfaat yang cukup besar untuk kedua-dua pihak tanpa melibatkan kos.

“Ia juga adalah sebahagian daripada inisiatif UniMAP untuk mengetengahkan projek dan penyelidikan inovasi berkonsepkan translasi terus kepada kerajaan dan komuniti sebagaimana yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Pusat Inovasi Nilai (VIC) yang dihasratkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Antara lainnya, Perdana Menteri berkata penubuhan VIC ini perlu diwujudkan di semua agensi kerajaan agar proses penjanaan inovasi dalam pentadbiran kerajaan akan berlaku dengan lebih meluas dan pantas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Usahasama Projek Tahun Akhir antara UniMAP dan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK)  Negeri Perlis yang diwakili oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, En Ahmad bin Zakaria, di Kampus UniMAP Pauh Putra di sini hari ini.

Turut hadir, Dekan PPK Komputer dan Perhubungan, Prof. Madya Dr. Azremi Abdullah Al-Hadi dan penyelia-penyelia projek pelajar tahun akhir, iaitu En. Suhizaz Sudin, Dr Salina Asi dan Cik Hasneeza Liza Zakaria.

Menurut Dr. Zul Azhar, di peringkat UniMAP juga, pelaksanaan projek tahun akhir ini  mampu menjadi penggerak kepada usaha mencipta ekosistem inovasi selaras dengan Revolusi Industri 4.0 sekaligus melonjakkan bidang keusahawanan.

“Secara tidak langsung, usaha ini juga diharap dapat mendedahkan pelajar kepada projek sebenar di industri dan pada masa sama melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk mengetengahkan inovasi dan kreativiti mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Azremi berkata, susulan dari perbincangan awal antara UniMAP dan SUK negeri Perlis empat tajuk telah dipilih untuk menjayakan program yang akan berlangsung dalam tempoh sembilan bulan itu antaranya “Design and Development of Enterprise Web Portal for Perlis Sport Council” oleh  Zarith Izzaty Za’aba.

Jelasnya, tiga lagi projek yang terpilih ialah “Design and Development of Facilities Management System for Perlis Sport Council” oleh Wan Nur Fara Elyana Ashikin Wan Adnan; “Design and Development of Facilities Booking System” oleh Zainal Safwan Zainal Abidin, dan “Design and development of Asset Tracking System for Information Technology Management Division of Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis” oleh Mas Idayu Zolkefli.

 

PAUH PUTRA- Pemahaman masyarakat terhadap Gelombang Revolusi Industri Keempat (4.0) yang melewati dunia global kini masih di tahap sederhana malah dalam kalangan warga akademik juga, tidak jelas mengenai Revolusi Industri 4.0 ini.

Universiti dan industri perlu memainkan peranan dalam usaha mendidik  masyarakat untuk membudayakan pemahaman Revolusi Industri 4.0 dalam kalangan bagi memastikan mereka cukup bersedia menghadapi dunia yang semakin mencabar.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, berkata, UniMAP telah bersedia dan sudah merancang untuk terus relevan dengan ketibaan Revolusi Industri 4.0.

“Kita sebenarnya telah melaksanakan dasar dan inisiatif yang proaktif dengan mengambil kira Pelan Tindakan Pendidikan Malaysia (Malaysian Education Blueprint), status autonomi kami, dan rancangan strategik 2025 UniMAP.

“Dengan mengoptimumkan sumber dalaman dan hubungan luar, saya  yakin bahawa UniMAP boleh berkembang maju dalam era Industri 4.0 dan membuat banyak perbezaan positif di dunia,“ katanya ketika menyampaikan ucapan Perasmian Seminar Industrial 4.0 yang diadakan di Dewan Kecemerlangan, Kampus Alam UniMAP, di sini.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Profesor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Ali Yeon Md Shakaff, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Prof. Ir. Rezuwan Kamarudin dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP, Prof. Dr. Uda Hashim.

Ujar Zul Azhar lagi, sebagai sebuah pusat pengajian tinggi di Perlis, akan memberikan bantuan dan kepakaran kepada pihak kerajaan negeri ke arah Revolusi Industri Keempat.


“Buat masa ini UniMAP sedang membantu kerajaan negeri dan juga Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) membantu Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA),”katanya.

Seminar Industrial 4.0 anjuran bersama Majlis Profesor Negara (MPN) dengan kerjasama Majlis Profesor, UniMAP.  

Seminar tersebut disampaikan tiga penceramah iaitu Timbalan Ketua Kluster Governan, Perundangan dan Pengurusan Awan MPN, Prof Dr. Roselina Ahmad Saufi; Ketua Pegawai Maklumat MPN,  Prof Dr. Ahmad Zaki Abu Bakar; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dasar Sektoral Kementerian Perdagangan dan Industri  (MITI), Aida Syukrena Mohd Idris .

Antara pengisian sepanjang itu adalah mengenai kepentingan Revolusi Industri 4.0 dalam mencorakkan agenda pendidikan negara, selain itu juga, ia akan membantu para pensyarah melahirkan idea positif kepada revolusi industri dari aspek pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan serta teknologi dan komunikasi.

Ia bagi memberi pendedahan kepada pensyarah tentang kesan revolusi industri terhadap penggunaan sumber tenaga kerja manusia di samping memperkenalkan inisiatif-inisiatif serta idea Revolusi Industri yang memanfaatkan universiti.

Arau, 28 November – Atlit dari Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (IKOM), Mohd. Fauzi Md. Amin muncul raja pecut Kejohanan Olahraga Tertutup Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Kali Ke-12 apabila meraih pingat emas bagi acara 100 dan 200 meter.

Mohd. Fauzi, pelajar tahun tiga Komunikasi Media Baharu itu turut mencatatkan rekod baharu bagi kedua-dua acara tersebut sekaligus membolehkan beliau dinobatkan sebagai Olahragawan Kejohanan.

Olahragawati kejohanan pula menjadi milik Nurathirah Abd. Fathah dari Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Sistem Elektrik selepas meraih tiga pingat emas menerusi acara 100 dan 200 meter serta lompat jauh selain turut mencatatkan rekod kejohanan bagi acara 200 meter.

Mohd. Fauzi berkata, kejayaan tersebut merupakan sesuatu yang cukup bermakna memandangkan beliau kini berada di tahun akhir pengajian.

“Sepanjang tiga tahun di UniMAP, saya tidak pernah berpeluan meraih pingat emas kedua-dua acara ini dan terpaksa akur dengan kehebatan rakan sepasukan dalam kejohanan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) yang mewakili Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK).

“Namun Alhamdulillah, tahun ini rezeki berpihak kepada saya apabila berjaya meraih dua pingat emas sekaligus mencatatkan rekod baharu kejohanan. Lebih manis lagi, apabila dinobatkan selaku olahragawan kejohanan.

“Insya Allah, saya akan menggunakan tempoh masa terakhir pengajian untuk menyumbangkan sesuatu buat kontinjen UniMAP pada Kejohanan Olahraga MASUM yang akan berlangsung di UniMAP April, depan,” ujarnya.

Kejohanan Olahraga Tertutup UniMAP Kali Ke-12 disertai oleh 12 pasukan dari pusat pengajian di UniMAP membabitkan lebih 6,000 atlit keseluruhannya. Bagi edisi kali ini, PPK Sistem Elektrik terus mengekalkan kejuaraan untuk kali keempat berturut-turut selepas meraih 8 pingat emas, 6 pingat perak dan 2 pingat gangsa.

Tempat kedua menjadi milik PPK Komputer dan Perhubungan dengan 3 pingat emas, 5 pingat perak dan 5 pingat gangsa manakala tempat ketiga dimenangi oleh FTK dengan 3 pingat emas, 3 pingat perak dan 3 pingat gangsa.

Majlis penutup disempurnakan oleh Dekan Pusat Pengurusan Akademik yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Prof. Ir. Dr. Rezuwan Kamaruddin.

Pengarah Pusat Sukan UniMAP, Hj. Suhizaz Sudin berkata, kejohanan dianjurkan khusus untuk memilih atlit-atlit yang bakal mewakili UniMAP pada kejohanan olahraga MASUM tahun hadapan.

“Sebagai sebuah universiti yang berfokuskan kejuruteraan, persiapan rapi dan latihan berterusan amat diperlukan bagi membolehkan atlit UniMAP mampu memberikan saingan pada kejohanan MASUM yang sebahagian besarnya disertai oleh atlit-atlit kebangsaan.

“Justeru kejohanan peringkat dalaman ini amat penting bagi kami memilih atlit-atlit yang berbakat untuk membawa cabaran UniMAP di MASUM kelak,” ujarnya.

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Sektor pendidikan tinggi perlu meningkatkan daya saing global dalam menghadapi perubahan teknologi baharu dalam pelbagai bidang pekerjaan, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.


Baginda yang juga Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertitah orientasi perkhidmatan baharu, teknologi dan inovasi semakin didorong oleh peningkatan dalam permintaan terhadap bakat global.


Baginda bertitah demikian semasa merasmikan Pameran dan Persidangan Pemimpin Profesional Dalam Pendidikan Asia Pasifik (QS-APPLE) ke-12 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.

Seramai 664 peserta terdiri daripada Naib Canselor, presiden universiti, pembuat dasar, ahli akademik, penyelidik dan pentadbir yang mewakili 140 institusi dari 31 negara menyertai persidangan itu.


"Mewujudkan pendidikan tinggi yang berkualiti bagi memenuhi keperluan masa kini dan masa hadapan khusus untuk meningkatkan daya saing global adalah cabaran besar kepada sektor pendidikan tinggi," titah baginda.


Teks ucapan baginda diedarkan UniMAP hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin yakin sektor pekerjaan di masa hadapan mendambakan penguasaan tinggi dalam bidang teknologi baharu sejajar dengan keperluan semasa.


"Jeff Weiner, Ketua Pegawai Eksekutif LinkedIn mengutarakan fakta menarik bahawa lebih daripada lima juta pekerjaan akan digantikan oleh teknologi baharu pada tahun 2020," titahnya.


Baginda menjangkakan pekerjaan baharu akan diwujudkan pada masa akan datang termasuk dalam bidang pengurusan data arus, data aktuari dan sistem antropologi akan berkembang dengan keperluan teknologi baharu.

Raja Muda Perlis berharap QS APPLE akan mampu menyediakan landasan yang tepat dalam sistem pendidikan tinggi untuk bertukar-tukar idea, mencipta rangkaian dan meneroka peluang-peluang baharu.

Sistem pendidikan tinggi di seluruh dunia juga dijangka akan memanfaatkan dan melahirkan bakat-bakat seiring dengan perkembangan teknologi.

Pameran dan persidangan anjuran bersama UniMAP dan QS Education Trust itu berlangsung selama tiga hari bermula semalam.

Berangkat sama ke majlis perasmian itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur serta Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal.

-- BERNAMA

 

PUTRAJAYA, 22 Nov (Bernama) -- Malaysia semakin mencapai kemajuan ke arah mewujudkan universiti penyelidikan bertaraf dunia untuk negara, kata Ketua Setiausahan Kementerian Pendidikan Tinggi Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur.


Beliau berkata inisiatif itu, yang bermula pada 2001 seperti digariskan dalam Rangka Rancangan Jangka panjang (OPP) Ketiga dan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015-2025), akan mewujudkan enjin pertumbuhan di negara ini.


"Universiti Penyelidikan sentiasa dianggap sebagai peneraju dan pemangkin bagi menimba ilmu, menjana kekayaan dan kesejahteraan masyarakat.


"Usaha Malaysia ke arah mencapai kecemerlangan bertaraf dunia tidak bermula dari peringkat awal. Kementerian Pendidikan Tinggi menggunapakai pendekatan paling praktikal untuk mewujudkan universiti bertaraf dunia melalui peningkatan beberapa universiti terpilih yang sedia ada," katanya.


Noorul Ainur berkata demikian dalam ucaptamanya pada Persidangan Pemimpin Profesional Dalam Pendidikan Asia Pasifik (QS-Apple) ke-12 di sini hari ini.


Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan marasmikan acara itu. Turut berangkat ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.


Noorul Ainur berkata Malaysia telah mengorak langkah besar untuk meningkatkan pencapaian universiti awam tempatan dengan memperkenalkan status Universiti Penyelidikan kepada lima universiti awam.

Kelima-lima universiti tersebut ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).


"Universiti tersebut bukan hanya akan membangunkan tenaga kerja masa depan tetapi juga menjadi pusat untuk mewujudkan modal intelektual dan pengetahuan baharu," katanya.

Beliau berkata kesemua kelima-lima universiti penyelidikan telah berjaya memperoleh rating enam bintang dalam audit Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA) bagi tahun 2014-2015.


"Universiti Malaya, universiti tertua dan berprestij melonjak daripada universiti 300 teratas pada 2010 kepada ranking universiti 200 teratas pada 2016.

"Malah, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysiaberada dalam kelompok universiti 300 teratas dalam laporan ranking terkini berbanding 400 teratas pada 2010," kata beliau.

Persidangan dan pameran selama tiga hari itu dianjurkan bersama oleh QS-APPLE dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).


-- BERNAMA

 

 

Arau, 20 November – Lebih 600 pelajar mengambil bahagian dalam acara “IEEE UniMAP SB Colour Run” yang dianjurkan buat julung kalinya oleh Institut Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik (IEEE) Cawangan Pelajar Universiti Malaysia Perlis (IEEE SB UniMAP) di Kampus UniMAP Pauh Putra di sini.

Acara yang membabitkan jarak sejauh 5 kilometer itu dimeriahkan dengan pelbagai gelagat yang dibekalkan dengan pistol air diisi serbuk bewarna-warni sepanjang larian berlangsung.

Selain pelajar-pelajar tempatan dan antarabangsa UniMAP, acara tersebut turut disertai oleh kakitangan UniMAP beserta ahli keluarga masing-masing.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, penganjuran acara tersebut merupakan satu inisiatif  membudayakan gaya hidup sihat oleh IEEE SB UniMAP.

Ujar beliau, program tersebut diharap dapat melahirkan pelajar yang mempunyai pencapaian seimbang dari aspek akademik dan fizikal seterusnya mempunyai daya saing yang tinggi.

Namun, ujar beliau, apa yang lebih penting dan bermanfaat yang perlu diperhalusi oleh para pelajar dan peserta ialah pentingnya menyertai mana-mana badan profesional akademik untuk manfaat pelajar selepas bergraduasi kelak.

“Tidak salah untuk kita berseronok dan bergembira dalam acara seperti ini, namun apa yang lebih utama ialah melihat kepada struktur pertubuhan badan profesional seperti IEEE SB UniMAP yang akan bertindang sebagai rangkaian atau ‘networking’ pelajar dengan dunia luar.

“Seharusnya rangkaian yang seperti inilah yang akan membantu melancarkan urusan rasmi dan kerja harian selaras dengan matlamat penubuhan IEEE SB UniMAP untuk membantu memberi capaian elektronik kepada pelajar bagi pelbagai jenis sumber rujukan, kemudahan diskaun atau potongan terhadap yuran penyertaan persidangan yang dianjurkan di bawah naungan persatuan itu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah IEEE UniMAP SB Colour Run di Perkarangan Dewan Kecemerlangan UniMAP, Kampus Pauh Putra di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd. Foad Sakdan dan Kaunselor serta Penasihat IEEE SB UniMAP, Prof. Madya Dr. Azremi Abdullah Al-Hadi.

ALOR SETAR, 20 November – Penglibatan pelajar dalam bidang ko-kurikulum diharap mampu merealisasikan hasrat universiti untuk melahirkan lebih ramai sukarelawan yang mampu mendokong pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Universiti (USR).

Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal dalam ucapannya berkata, jika konsep ini mampu diterjemahkan dalam semua badan-badan beruniform maka sudah pasti segala sumber yang ada di universiti ini mampu untuk dimanfaatkan bersama secara optimum dan sinergi.

Ia seterusnya dapat digemblengkan untuk memperoleh hasil yang diharapkan dan lebih bermakna dan pada masa sama melahirkan insan yang prihatin dan berbakti kepada masyarakat.

“Justeru adalah menjadi harapan saya untuk melihat Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) UniMAP sebagai model atau kerangka utama untuk merealisasikan kejayaan pelaksanaan USR ini sejajar dengan hasrat UniMAP kearah 500 Universiti Terbaik Dunia menjelang 2020,” ujarnya ketika berucap pada majlis Santapan Regimental Pegawai Kadet Palapes UniMAP Ke-9 di sini semalam.

Pada majlis itu, seramai 116 Pegawai Muda Palapes UniMAP ditauliahkan dalam Tentera Darat Malaysia.

Muhamad Rafini Kamaruzaman diumumkan sebagai penerima anugerah Pegawai Kadet terbaik keseluruhan manakala bagi anugerah ketenteraan terbaik disandang oleh Danial Adeeb Rozani manakala Tham Weng Hing menerima anugerah akademik terbaik (ijazah)  dan Tan Xin Cong akademik terbaik (diploma).

Anugerah disampaikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Berkenan berangkat hadir, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, bentuk ancaman global yang pantas berubah memerlukan setiap anggota tentera lebih peka dan sensitif terhadap perkembangan semasa.

Menurut baginda, ancaman terkini yang tradisional atau bukan tradisional termasuk dari luar negara adalah serius kerana terbukti ia merebak dengan pantas dan memberi kesan terhadap keselamatan negara.

"Ancaman-ancaman yang menjadi konflik semasa ini seperti Daesh atau IS adalah benar dan bukan rekaan. Punca konflik lain seperti bencana alam atau malapetaka, ekonomi dan kemiskinan, amalan politik tidak sihat dan campur tangan pihak asing juga boleh menjejaskan ketenteraman negara," titah Tuanku Syed Faizuddin.

Sehubungan itu, baginda bertitah setiap anggota tentera termasuk Askar Wataniah harus menanam perasaan bangga menjadi sebahagian pasukan profesion mulia yang mempertahankan agama, bangsa dan negara.

PADANG BESAR - 20 November 2016, Kenduri Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama rakyat di Kampung Kok Mak/Mawa di sini memberi peluang penduduk kampung mengenali dan memahami peranan Raja serta institusi Diraja dengan lebih jelas.

Pada program julung kali diadakan itu, Tuanku Syed Faizuddin berkenan meluangkan masa bermesra dengan lebih 500 orang penduduk kampung itu dan menikmati santapan tengah hari bersama-sama.

Dalam titahnya, baginda mengatakan adab Melayu harus dipraktikkan dan diwarisi oleh generasi akan datang supaya identiti orang Melayu tidak terhakis dalam peredaran masa.

Program anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kok Mak/Mawa itu diadakan bersempena penutupan projek Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM) UniMAP - Kajian Sempadan: Memahami Sosiobudaya Masyarakat.

Berangkat sama pada program itu ialah Raja Puan Muda Perlis merangkap Tuanku Pro Canselor UniMAP Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor UniMAP bertitah orang Melayu juga tersohor dengan adab dan adat seperti adat mengadap Raja atau Sultan yang wajar dipatuhi sebagai tanda menghormati dan taat setia kepada pemimpin.

"Adab-adab lain seperti berjiran, gotong-royong di masjid, ziarah orang meninggal dunia dan melayan tetamu yang dituntut oleh Islam menjadikan orang Melayu bangsa yang mulia dan berhemah," titah baginda.

Sementara itu, Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata lebih 700 penduduk Kampung Kok Mak/Mawa bertutur dalam bahasa Siam dalam kehidupan seharian, menjadikannya unik untuk dipilih oleh PKIRM bagi menjalani kajian itu.

Beliau berkata kajian sempadan itu merintis hubungan antara UniMAP dan penduduk kampung untuk mendapat kemudahan dan kepakaran UniMAP dalam usaha merealisasikan hasrat kerajaan negeri menjadikan Perlis negeri bandar raya pada tahun 2030.

“Telah banyak program kita laksanakan untuk merapatkan hubungan antara masyarakat Perlis dan UniMAP, seperti di program kenduri kali ini kita telah bersama-sama bergotong-royong menyediakan hidangan dan bermain permainan tradisonal masyarakat Perlis.

“Saya percaya program-program seperti ini akan dapat mengeratkan hubungan yang sedia terjalin,”katanya.

Antara hidangan yang disediakan secara gotong royong adalah gulai daging bersama rebung, sayur pucuk manis dan betik muda serta ulam-ulaman.

Manakala aktiviti tradisional dan permainan yang dijalankan adalah batu seremban, congkak, pertandingan mewarna dan lain-lain lagi.


(BERNAMA)

Pengacara Bernama WebTV Azlina Sani (tengah) bergambar bersama Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan UniMAP Prof Dr Khairul Azwan Ismail (dua dari kanan) dan Ketua Pustawakan UniMAP Pn Mazmin Mat Akhir selepas sesi temubual program Up Close Bernama Web TV, baru-baru ini. KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Sejajar dengan hasrat Malaysia untuk menyerlahkan reputasi institusi pengajian tingginya (IPT) di peringkat global, satu platform bagi meningkatkan ranking dan rating IPT dilihat sebagai elemen penting.


Menerusi seminar bertaraf antarabangsa 'Persidangan dan Pameran QS-APPLE 2016' yang bakal dianjurkan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), platform ini diyakini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh Malaysia bagi membolehkan IPT tempatan capai kedudukan setaraf dengan barisan universiti terkemuka dunia.

Selaku rakan penganjur tunggal bagi penganjuran kali ke-12 tahun ini, UniMAP ternyata menggalas tanggungjawab yang besar bagi merealisasikan juga impiannya untuk menjadi antara 500 universiti terbaik di dunia menjelang tahun 2020.

QS-APPLE 2016 

Sungguhpun Malaysia pernah menjadi tuan rumah persidangan ini pada 2009 dengan Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertindak selaku penganjur bersama, umum masih tidak mengetahui apakah sebenarnya QS-APPLE serta cerita di sebalik penganjurannya yang bermula pada 2005.


Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan UniMAP Prof Dr Khairul Azwan Ismail selepas ditemubual di dalam program Up Close Bernama Web TV, baru-baru ini.


QS-APPLE, singkatan bagi 'Asia-Pacific Professional Leaders in Education' adalah persidangan dan pameran perdana untuk golongan pendidik antarabangsa di Asia, Eropah, Amerika dan Australasia.

Setiap tahun, persidangan akan mengambil tempat di lokasi berbeza untuk memfokus kepada kekayaan dan kepelbagaian sektor pendidikan tinggi yang terdapat di rantau Asia Pasifik.

Persidangan ini bermula di Singapura, tuan rumah untuk dua tahun berturut-turut pada 2005 dan 2006, diikuti seterusnya oleh Hong Kong, Korea Selatan, Thailand, Filipina, Indonesia, Taiwan dan Australia.

Melihat kepada matlamat UniMAP untuk menjadi antara yang terbaik di dunia, Naib Canselor UniMAP Datuk Profesor Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata, penyertaan Malaysia dalam persidangan ini ternyata signifikan untuk meningkatkan reputasi akademik di kalangan rakan strategik antarabangsa.

"Reputasi akademik merupakan satu daripada kriteria yang dinilai untuk penarafan QS Star mahupun QS World University Rankings.

"Justeru adalah penting juga bagi IPT di Malaysia (termasuk UniMAP) untuk terlibat dengan aktif dalam persidangan ini," katanya.

Zul Azhar menambah untuk mencapai hasrat itu, jaringan kerjasama yang jitu dengan rakan strategi universiti lain dari seluruh dunia juga penting.

"Kami (UniMAP) telah mengatur strategi yang jelas untuk bekerja sekaligus merealisasikannya.

"Dengan menjadi rakan strategik kepada sebuah badan profesional yang memfokus kepada aktiviti penarafan universiti (QS Quacquarelli Symonds), kita akan lebih mengetahui kriteria yang menjadi ukuran. Apabila dapat mendekati kumpulan universiti bertaraf antarabangsa, ini secara tidak langsung membolehkan kita mencapai hasrat itu," jelasnya.

Ia juga adalah suatu penghormatan kepada UniMAP kerana berjaya membawa persidangan antarabangsa ini ke Malaysia sekali lagi untuk membincangkan hal-hal penarafan universiti di dalam negara.

CABARAN DAN PELUANG 

Bertemakan "New Directions in Asia-Pacific Higher Education: Challenges and Opportunities", Ketua Pustakawan UniMAP merangkap Pengarah Program Jawatankuasa QS-APPLE 2016 Mazmin Mat Akhir berkata pemilihan tema kali ini menggambarkan secara keseluruhan tujuan utama penganjuran persidangan.

Menurutnya, mendepani era yang serba mencabar pada waktu ini, transformasi pendidikan menjadi antara elemen yang perlu diberikan perhatian serius.

Sebagai satu daripada universiti awam yang masih baharu, penting bagi UniMAP yang ditubuhkan pada 2001 ini serta IPT lain untuk mengetahui dan mendalami cabaran serta peluang yang boleh dimanfaatkan secara bersama.

Mengambil contoh hari ini di mana semua IPT menggalakkan kemasukan pelajar asing untuk menyambung pengajian di institusi dalam negara, penilaian dalam QS dilihat sebagai medium untuk mempromosi dan menonjolkan sesebuah IPT termasuklah dalam kalangan pelajar luar negara.

"Pada saya, ranking dan rating ini bukanlah sesuatu yang penting tetapi elemen ini tidak boleh diabaikan begitu sahaja.

Mazmin menjelaskan dalam usaha mencapai matlamat itu, UniMAP tidak bersendirian kerana pihak Kementerian Pengajian Tinggi turut berganding bahu menggariskan langkah-langkah yang perlu dalam aspek penarafan dan pemeringkatan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) atau PPPMPT.

KEKAL PRESTASI, MODEL CONTOH 

Menyentuh soal rating dengan lebih lanjut UniMAP percaya untuk mengekalkan reputasi dan momentum ke arah menjadi antara universiti terbaik dunia, cabaran yang mendatang pastinya lebih besar.

Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan Profesor Madya Dr Khairul Azwan Ismail berkata sungguhpun demikian keadaan itu tidak mematahkan semangat UniMAP untuk terus mara mengorak langkah mencipta nama di peringkat global.

"Daripada awal penubuhan sehingga ke hari ini, apa yang kami capai adalah disebabkan cabaran dalaman dan luaran untuk kami kekal berada di kedudukan sekarang.

"Kini, apabila kita mensasarkan untuk melonjak ke tahap yang lebih tinggi, strategi untuk menjadi lebih inovatif daripada aspek pentadbiran dan penyelidikan khususnya, peluang-peluang baru yang wujud pasti akan sentiasa kami cari untuk menjadi universiti yang lebih kreatif dan kekal berdaya saing," jelasnya.

Dr Khairul Azwan menambah kata, menerusi proses 'benchmarking' dengan universiti terbaik dunia yang lain di rantau Asia Pasifik juga UniMAP turut lebih bersedia untuk merangka strategi yang sesuai dengan matlamat yang ingin dicapai menjelang 2020.

Menyasarkan kehadiran peserta daripada lebih 39 buah negara dengan seramai 350 peserta, QS-APPLE 2016 bakal berlangsung dari 22 hingga 24 Nov ini, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

-- BERNAMA 

KANGAR, 9 November - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bakal menjadi Tuan Rumah bagi mesyuarat Council of Presidents (COP) Global U8 Consortium (GU8) yang dijadualkan berlangsung mulai 13 hingga 16 November ini.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, mesyuarat yang bakal disertai lima presiden atau wakil dari lima buah universiti ahli GU8 bertujuan membincangkan hala tuju dan kerjasama yang boleh dijalinkan menerusi konsortium tersebut.

UniMAP amat berbesar hati dengan pemilihan ini dan berharap, penglibatan kami yang merupakan satu-satunya Universiti Awam di Malaysia dalam GU8 dapat meningkatkan lagi keterlihatan UniMAP di persada antarabangsa.

“Pelbagai pengisian telah kita aturkan sepanjang mesyuarat ini berlangsung antaranya program menanam pokok di Kampus UniMAP Pauh Putra dan perkongsian ilmu melalui “Wisdom Fair” bertajuk Challanges of Global Collaboration and Exellence in Research and Education,” ujar beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain UniMAP, universiti lain yang menjadi ahli ialah Xiamen University, China; University of Le Havre, Perancis; Inha University, Korea; Otto Von Guericke University Magdeburg, Jerman dan UniMAP sendiri,”katanya ketika ditemui dipejabatnya baru-baru ini.

Menurut Dato’ Zul lagi, kemuncak program adalah aktiviti berbasikal bagi melihat pemandangan negeri Perlis bersama DYTM Raja Muda Perlis merangkap Canselor UniMAP Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

“Pada hari terakhir, deligasi GU8 ini akan dibawa melawat sekitar Langkawi bagi melihat keindahan disamping mempromosikan tempat perlancongan tersebut,”katanya lagi.

GU8 ditubuhkan bertujuan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalm pendidikan silang budaya menerusi pertukaran pelajar dan penggubalan satu  kurikulum standard sebagai tindak balas kepada cabaran-cabaran baharu yang diperlukan industri.

Kangar 30 Nov – Dalam usaha memastikan program pembelajaran yang ditawarkan memenuhi kehendak pasaran semasa, Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Pembuatan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengadakan Lawatan Penandaarasan Akademik ke dua buah universiti terkemuka Singapura.

Dekan PPK Pembuatan, Prof. Madya Dr. Khairul Azwan Ismail berkata, lawatan selama dua hari itu disertai 11 orang yang terdiri daripada Exco PPK Pembuatan dan pelajar tahun akhir.

“Ini merupakan salah satu usaha PPK Pembuatan dalam mengukuhkan sistem akademik pusat pengajian menerusi pandangan dan perkongsian pelajar.

“Seperti yang kita sedia maklum, Nanyang Technological University (NTU) dan National University of Singapore (NUS)merupakan universiti yang terkemuka di dunia,”katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Di hari pertama lawatan, delegasi PPK pembuatan dibawa melawat Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal & Aeroangkasa (School of Mechanical and Aerospace Engineering) NTU.

“ Semasa di NTU kami diberikan taklimat perjalanan akademik (Associate Chair (Academic) Prof. Ooi Kim Tiow dan kita amat bertuah kerana turut dibawa melawat Makmal Robotik dan Pemesinan.

“Manakala pada hari kedua, kami melawat Jabatan Mekanikal (Department of Mechanical) dan Makmal Pembagnunan Kerta F1 dan Pemesinan dibawah College of Engineering, NUS dan Dekan Profesor Tay Tong Earn sendiri memberikan taklimat akademik kursus di NUS,”katanya lagi.

Ujar Dr. Khairul lagi, hasil daripada lawatan itu, pihaknya telah mengenalpasti bidang kerjasama baru yang boleh dijalinkan antaranya proses Latihan Industri dan Program Mobiliti pelajar yang amat menarik untuk diamalkan di UniMAP.

 

Kangar, 30 November – Berkhatan akan mengurangkan kadar jangkitan HIV sebanyak 60 peratus, kata Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Madya Dr Mohd Fo’ad Sakdan.

“Kajian saintifik telah membuktikan bahawa lelaki berkhatan mengurangkan kadar perpindahan kuman virus HIV kepada wanita atau isteri.

“Malah ianya juga mengurangkan kadar jangkitan siplis, kankroid dan herpes genitalis serta menjaga kebersihan diri yang menjadi tuntutan dalam Islam,” katanya ketika mewakili Naib Canselor UniMAP merasmikan Majlis Khatan Perdana peringkat UniMAP tahun 2015 pada 27 November lalu di Kampus Induk universiti tersebut.

Tambahnya, kebersihan yang diinginkan oleh Islam adalah meliputi semua aspek jasmani dan rohani bukan sahaja pengurusan diri sendiri tetapi termasuklah perkara kebersihan rumah, tempat bekerja dan sebagainya.

Program ini diadakan buat pertama kali anjuran bersama Pusat Islam dan Pusat Kesihatan UniMAP mendapat penyertaan seramai tujuh anak kakitangan UniMAP.

Dr. Fo’ad menyeru agar khatan dilakukan demi menjaga kesihatan anak-anak dan menggalakkan aktiviti ini menjadi acara tahunan UniMAP.

“Walaupun jumlah penyertaan tidak mencapai sasaran tetapi itu bukanlah bererti program ini gagal dan saya positif bahawa tahun hadapan akan lebih ramai lagi yang akan menyertai program ini,” katanya.

Turut hadir adalah Pengarah Pusat Islam, Ustaz Hassan Arshad dan Pengarah Pusat Kesihatan UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohammad Iqbal Omar.

Putrajaya, 30 November – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerima pengiktirafan empat bintang berdasarkan intrumen Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA) pada majlis Penganugerahan Watikah Penarafan Bintang MyRA 2014 di sini.

Pada majlis yang disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Seri Idris Jusoh itu, UniMAP dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merupakan dua universiti awam (UA) yang diberikan penarafan empat bintang.

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin berkata, lima lagi UA bertaraf Universiti Penyelidikan (RU) menerima penarafan enam bintang iaitu Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Berada pada tahap empat bintang ini sangat memberi erti buat kami yang baru mencecah usia 14 tahun dan ia menjadi suntikan semangat untuk kami terus meningkatkan usaha dalam mencapai sasaran menjadi antara 500 universiti terbaik di dunia menjelang tahun 2020,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian selepas menerima Watikah Penarafan UniMAP  di Dewan Zaaba, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia di sini hari ini.

MyRA merupakan satu instrumen bagi mengukur aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan dan dikategorikan kepada enam tahap dengan tahap enam merupakan yang tertinggi.

Bagi penarafan MyRA kali ini, 20 UA dan 38 institusi pengajian tinggi swasta iaitu 27 universiti swasta tempatan, enam kolej universiti dan lima universiti kampus luar negara turut serta dalam penarafan kali ini.

Mengulas lanjut, Dr. Kamarudin berkata, kejayaan tersebut juga membolehkan UniMAP menerima Geran Penyelidikan bernilai RM2.3 juta bagi meneruskan agenda penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi di universiti.

“Agenda penyelidikan merupakan fokus utama UniMAP selaras dengan lonjakan ketujuh (Ekosistem Inovasi) yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi),” ujar beliau.

Dalam pada itu, Idris dalam ucapannya menggesa semua universiti agar memberi fokus dan usaha lebih dalam mewujudkan ekosistem inovasi yang sihat dalam kampus elaras dengan hasrat kerajaan menjadikan inovasi sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara.

“Fokus yang diberikan oleh kerajaan terhadap aktiviti penyelidikan, pembangunan dan inovasi kepada program RU mulai tahun 2006 telah membuahkan hasil apabila kelima-lima RU telah mendapat lima bintang,” ujar beliau.

Kangar, 30 November – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah mengadakan Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Kediaman (MPKK) bagi sesi 2015/2016 bertempat di Hotel Seri Malaysia di sini, baru-baru ini.

Seramai 107 pelajar telah dilantik sebagai MPKK yang ditempatkan di tujuh kolej kediaman UniMAP dengan diketuai oleh tujuh pelajar sebagai Yang Dipertuanya (YDP).

Timbalan Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, MPKK adalah barisan suara mahasiswa yang bertindak secara proaktif dalam melicinkan pentadbiran pihak kolej kediaman universiti.

“Pihak universiti tidak pernah menyekat apa jua rancangan yang ingin dimajukan oleh pihak MPKK sekiranya ia membawa kebaikan bersama.

“Bagi memudahkan urusan pentadbiran, seorang jurucakap telah dilantik oleh pihak pengurusan untuk menjadi perantara antara MPKK dan pentadbiran UniMAP,” katanya ketika membacakan teks ucapan Naib Canselor UniMAP.

Jurucakap yang dipilih adalah YDP Kolej Kediaman (KK) Pauh Putra, Muhammad Amir Hakim Razali yang turut mengetuai angkat sumpah pada Majlis Watikah Pelantikan MPKK tersebut.

Selain Amir Hakim, enam lagi YDP yang dilantik adalah Mohammad Ainol Mohd Asri , KK Tan Sri Aishah Ghani di Wang Ulu; Nur Adrina Nadia Mohamad KK Tun Hussein Onn dan Tun Ghafar Baba; Roxawani Dila Burnudin, KK Bumita; Ahmad Firdaus Mohd Zaki (KK Uniciti Alam); Mohamad Danial Asyraf Yatime (KK Simpang 4); dan Muhamad Zulfahmi Abd Halim (KK Semarak).

Kesemua mereka ini dilantik bagi tempoh dua semester sidang akademik.

Tambah Dato’ Zul Azhar lagi, idea, cadangan, pandangan mahupun kritikan sebagai mahasiswa akan diambil kira selagi mana ia tidak bertentangan dengan mana-mana peraturan am undang-undang tubuh universiti, negeri dan juga negara seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU 1971), Akta Rahsia Rasmi Percetakan (OSA) dan Akta Dalam Negeri (ISA).

Untuk rekod, UniMAP mempunyai lapan kolej kediaman yang menempatkan semua pelajar UniMAP yang berjumlah hampir 11,000 pelajar.

Kangar, 29 September – Penyelidik Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus melakar kejayaan di peringkat antarabangsa melalui kejayaan membawa pulang lima pingat menerusi dua pameran yang berasingan.


Produk “Geopolymer Concrete For Sidewalk” yang berjaya di patenkan di Amerika Syarikat dan Eropah berjaya meraih pingat emas pada Pameran Intellectual Property, Creativity and Innovation (INFOINVENT 2015) yang berlangsung pada 25 hingga 28 November lalu di Intermational Exhibition Center Moldexpo, Moldova.


Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin berkata, pada pameran tersebut yang berfokuskan kepada harta intelek dan kreativiti, CEGeoGTech  menghantar dua produk penyelidikan dan diwakili oleh pensyarah pelawatnya yang juga penyelidik bersama projek “Geopolymer Concrete For Sidewalk” iaitu Dr. Andrei Victor Sandu.


“Kejayaan produk ini yang dijalankan oleh pelajar seliaan saya Muhammad Faheem Mohd. Tahir amatlah membanggakan memandangkan pameran ini berjaya menarik lebih daripada 450 penyertaan dari seluruh dunia.
“Satu lagi projek penyelidikan yang dijalankan oleh bekas pelajar seliaan saya yang kini merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) UniMAP, Dr. Rafiza Abdul Razak iaitu Geopolymer Artificial Agregate berjaya meraih pingat gangsa,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Dr. Kamarudin menambah, produk hasil penyelidikan Dr. Rafiza berjaya didaftarkan di bawah harta intelek di Malaysia. Sementara itu, dalam pameran Seoul International Invention Fair (SIIF) 2015 di Korea, dua penyelidik CEGeoGTech berjaya meraih tiga pingat perak  menerusi Dr. Zarina Yahya yang juga pensyarah kanan di FTK melalui produk inovasinya “Palm Ash Geopolymer Brick.


Menurut Dr. Kamarudin, kajian Dr. Zarina tersebut merupakan hasil penyelidikan yang dijalankan pada pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah dengan menggunakan bahan terbuang daripada industri kelapa sawit untuk dijadikan batu-bata yang ringan dan dapat digunakan dalam tempoh 24 jam selepas dihasilkan. Ujar beliau, dua lagi produk yang meraih gangsa ialah Geopolymer Brick Machine Vol. 2 yang telah dihasilkan bersama pusat penyelidikan Arab Saudi  King Abdul Aziz City for Science and Technology (KACST) serta produk inovasi DR. KMR Repair Materials.

Beliau memberitahu, kejayaan tersebut merupakan kejayaan berterusan CEGeoGTech tahun ini apabila pada minggu lalu tiga penyelidik CEGeoGTech diumumkan pemenang Anugerah Buku Umum Terbaik bagi kategori Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) pada majlis Anugerah Buku Negara 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Pada majlis yang dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara itu, tiga Penyarah Kanan UniMAP, Dr. Sam Sung Ting, Dr.Nik Noriman Zulkepli dan Dr. Mohd. Firdaus Omar meraih kejayaan tersebut menerusi buku  Polimer Terbiodegrasi yang diterbitkan oleh Penerbit UniMAP,” katanya lagi.

Dr. Zarina Yahya (kiri) dan Alida Abdullah bergambar bersama pingat perak yang diraih pada Pameran SIIF 2015 yang berlangsung di Korea.

Kangar, 29 November – Dua produk penyelidikan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), berjaya meraih pingat emas pada pameran Seoul International Invention Fair (SIIF 2015) yang berlangsung di Hall A, Coex, Gangnam-Gu, Seoul, Korea.

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin berkata, selain dua produk tersebut, UniMAP turut meraih kejayaan 100 peratus dalam pameran tersebut apabila lima lagi produk meraih pingat perak dan dua produk mendapat gangsa.

Menurut beliau, produk yang meraih pingat emas ialah Hybrid Fiber-Wireless (FiWi) Flexible Cross Correlation (FCC) OCDMA for Future Broadband Access Network” (Hybrid WiFi) hasil penyelidikan Dr. Mohd. Rashidi Che Beson dan “Non-Invasive Salivary Glucose Detection Kit” yang merupakan hasil penyelidikan Prof. Dr. Uda Hashim.

“SIIF 2015 merupakan antara pameran penyelidikan berprestij yang menghimpunkan lebih 400 produk penyelidikan dari seluruh dunia dan kejayaan meraih 100 peratus pingat amatlah membanggakan,” ujar beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

SIIF 2015 yang berlangsung selama empat hari mulai 26 November lalu dianjurkan oleh Korea Invention Promotion Association (KIPA) dan disokong sepenuhnya oleh World Intellectual Property Organization (WIPO) and the International Federation of Inventors’ Associations (IFIA).

Sementara itu Dr. Mohd. Rashidi ketika dihubungi berkata, produk hasil penyelidikan beliau bersama kumpulan penyelidik Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Komunikasi Termaju (ACE) itu merupakan penyelesaian kepada permasalahan mendapatkan isyarat wireless terutama di kawasan pedalaman.

Menurut beliau yang turut meraih Anugerah Khas daripa Association Russian House For Scientific And Technology Cooperation, produk hybrid FiWi yang menggabungkan teknologi Optical CDMA yang dimodulasi degan isyarat Frekuensi Radio (RF) melalui teknik sub-pembawa pemultipleksan.

“Gabungan kedua teknologi ini membolehkan isyarat komunikasi diterima pada kadar data yang tinggi serta kos yang murah dengan kualiti audio, video dan data yang sangat baik,” ujar beliau.

Dalam pada itu, produk kedua yang meraih pingat emas pula disasarkan kepada sesiapa sahaja yang ingin memantau tahap glukosa mereka terutama pesakit diabetis.

Menurut Prof. Dr. Uda, ia juga sangat sesuai digunakan oleh pesakit diabetis wanita dari kategori Haemophobia (takut darah) dan Trypanophobia (takut jarum) memandangkan ia menggunakan pendekatan pengesanan glukosa tidak invasif selain selamat dan sesuai untuk warga tua dan kanak-kanak.

“Produk ini bertujuan untuk menggantikan cara tradisional invasif dalam tahap pemantauan glukosa yang mana sampel klinikal yang digunakan iaitu air liur boleh diambil melalui pendekatan rembesan tidak invasif dan kerap,” ujarnya.

 

 

Tajuk: Keputusan Penuh Pameran SIIF 2015, Seoul, Korea Seatan

Disediakan oleh: Dr. Mohd Rashidi Bin Che Beson

Penyelidik: 5 orang dengan 9 produk

Sumber: PPPI dan Juri SIIF 2015

 

Nama Penyelidik

Tajuk Penyelidikan

Penyelidik Bersama

Pingat

Mohd Rashidi Che Beson

  • Hybrid Fiber-Wireless (FiWi) Flexible Cross Correlation (FCC) OCDMA for Future Broadband Access Network
 
  • Prof. Dr. Syed Alwee Aljunid Syed Junid
  • Prof. Madya Ir. Dr. Anuar Mat Safar
  • Abdul Rahman Kram
  • Ir Rosdisham Endut

GOLD

Prof. Dr. Uda Hashim

 

  • Non-Invasive Salivary Glucose Detection Kit

 

  • Adelyn Puah Ying Phing

GOLD

Dr. Syed Alwee Aljunid Syed Junid

  • MDW Code OCDMA Encoder/Decoder for Internet of Things (IoT) Communication

 

 

 

 

  • Mohd.Rashidi Che Beson
  • Ir. Dr. Anuar   Mat Safar
  • Madya Ir. Dr. Anuar Mat Safar
  • Abdul Rahman Kram
  • Ir Rosdisham Endut

SILVER

Abdul Rahman Kram

 

  • Precise Gauging Structural Train Wheel Condition Monitoring
 
  • Dr. Syed Alwee Aljunid Syed Junid
  • Madya Ir. Dr. Anuar Mat Safar
  • Mohd.Rashidi Che Beson
  • Abdul Rahman Kram
  • Ir Rosdisham Endut

 

SILVER

Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin

 

 

  • GeoBRICK MACHINE: Towards Green Construction Materials

 

  • Mohammad Tamizi Bin Selimin
  • Prof Madya Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah
  • Muhammad Faheem Bin Mohd Tahir
  • Dr. Mohamad Bnhussain
  • Prof Madya Che Mohd Ruzaidi Bin Ghazali
  • Muhd Izzat Ahmad
  • Wan Mastura Wan Ibrahim

 

SILVER

Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin

 

 

  • KMR GPCrete Multi-Purpose Repair

 

  • Alida Abdullah
  • Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah
  • Mohd Izzat Ahmad
  • Che Mohd Ruzaidi Ghazali
  • Nur Ain Jaya
    Romisuhani Ahmad

 

SILVER

Dr. Zarina Yahya

 

  • Environ GeoPolymer Brick

 

  • Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah
  • Kamarudin Hussin
  • Khairul Nizar Ismail
  • Rafiza Abd Razak
  • Alida Abdullah

SILVER

Dr. Ruslinda A. Rahim

 

  • Early HIV Screening Test
  • Prof Dr. Uda Hashim
    Hasrul Hisham
  • Fatin Nabilah Mohd Faudzi

BRONZE

Prof. Dr. Uda Hashim

 

  • HPV DNA Cervical Cancer Bio Sensor Kit

 

  • Nor Azizah Parmin
  • Sharifah Nadzirah Syed Ahmad Ayob

BRONZE

 

 

KANGAR, 28 Nov (Bernama) -- Tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Kemunting, Jitra, Kedah akan mewakili negara pada pertandingan antarabangsa 'Inovasi Sains dan Kejuruteraan' (INTEL ISEF) di Amerika Syarikat pada Mei tahun depan.

Pelajar tingkatan empat itu dipilih selepas menjuarai INTEL ISEF 2015/2016 peringkat kebangsaan yang disertai 110 pasukan mewakili 21 sekolah seluruh negara di Sutera Mall, Johor pada 15 hingga 17 Nov lepas.

Pelajar berkenaan dibantu Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) diketuai Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) CEGeoTech, Dr Nik Noriman Zulkipeli.

Menurut pengurus CEGeoGTech, Prof Madya Dr Mohd Mustafa Al-Bakri Abdullah, projek 'Taj Eco Board' atau papan kenyatan mesra alam itu mengggunakan bahan semula jadi antaranya getah asli, polystyrene terpakai, jerami padi dan serai.

"Kami di CEGeoGTech hanya membantu mereka tentang cara menambah baik produk melalui nasihat kepakaran, kemudahan peralatan dan membuat ujian," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

INTEL ISEF yang akan diadakan di Arizona, Amerika Syarikat itu dijangka disertai lebih 70 negara, kata Dr Mohd Mustafa.

Pelajar yang mengetuai projek itu, Muhammad Syamir Syazani Shafie berkata produk inovasi yang dihasilkan mereka menjimatkan wang selain mesra alam.

"Idea menghasilkan papan kenyatan daripada sumber alam semula jadi dan bahan terbuang ini tercetus apabila mendapati banyak papan kenyataan di sekolah rosak dimakan serangga selain mahal dan tidak tahan lama," katanya.

Beliau berkata kos menghasilkannya adalah kira-kira RM144 sahaja berbanding bagi saiz sama papan kenyataan yang ada di pasaran berharga antara RM180 dan RM200.

"Ciptaan kami pula kalis air, tahan panas, tidak dimakan anai-anai dan mempunyai fungsi seperti boleh digunakan sebagai 'flooring puzzle' untuk tujuan Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) dalam kelas," kata Muhammad Syamir.

Dua lagi rakannya yang akan bersama ke Arizona nanti ialah Mohamad Anas Safuan Mohamad Zainu dan Fatin Nur Afiqah Mohd Yusri.

PAUH PUTRA, 26 November – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menghargai lebih 500 warganya dalam satu Majlis Penghargaan yang diadakan di Dewan Ilmu, Kampus Induk UniMAP, Pauh Putra, di sini semalam.

Majlis Penghargaan itu diadakan bagi meraikan semua sekretariat dan Petugas Istiadat Konvokesyen Ke-10 UnMAP, Festival Konvokesyen UniMAP, atlit Sukan Staf Antara Universiti Malaysia dan Kejohanan Golf IPT UniMAP serta sekretariat dan petugas Minggu Suai Kenal baru-baru ini.

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin berkata, beliau percaya penganjuran majlis penghargaan sebegini akan dapat meningkatkan semangat dan motivasi warga UniMAP untuk terus memberikan yang terbaik kepada universiti.

“Sengaja kita anjurkan majlis pada hari ini kerana kita mahu segala penat lelah perjuangan yang selama ini dihargai oleh pengurusan tertinggi.

“Memang benar, bekerja seharusnya ikhlas dan tidak sewajarnya mengharapkan balasan, tetapi sebagai manusia, kita perlulah mempunyai sifat menghargai pertolongan insan lain,”katanya ketika berucap pada majlis itu, semalam.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan.

Ujar Datuk Kamarudin lagi lagi, kegembiraan adalah satu aura positif yang akan memberi banyak manfaat kepada semua manusia, ia secara tidak langsung akan meningkatkan daya saing dalam diri warga UniMAP untuk bersama-sama bersaing dan berjuang dalam meningkat dan mengharumkan bukan sahaja nama anda malah nama UniMAP itu sendiri.

“Saya bersyukur kerana semua warga UniMAP mempunyai semangat yang tinggi dan sentiasa bekerja keras dalam menaikkan nama universiti ini.

“Segala kejayaan yang kita raih selama ini adalah hasil usaha dan penat lelah yang berterusan semua warga UniMAP,” katanya lagi.

 

Padang Besar, 25 Oktober – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui Institut Agroteknologi Lestari (INSAT) kini menerokai bidang akuakultur melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) berasaskan keperluan industri dengan kajian permulaan membabitkan penternakan ikan air tawar jenis “Jade Perch” dari Australia.

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin berkata, penyelidikan tersebut dijalankan dengan kerjasama Tunjang Induk Sdn. Bhd. (TISB) yang memberikan sumbangan aset bangunan hatceri serta tangki ikan untuk kegunaan penyelidikan.

Beliau berkata, UniMAP kini memiliki empat tangki ikan di bawah kendalian Prof. Dr. Ridzwan Abdul Rahman yang berpengalaman luas dalam bidang penyelidikan akuakultur dengan menitikberatkan aspek pengudaraan dan suhu air.

“Jumlah ikan yang boleh dihasilkan di dalam kolam bergantung sepenuhnya kepada dua aspek ini yang mana semakin tinggi suhu air, semakin rendah kadar oksigen dan semakin tinggi juga kadar metabolisme ikan.

“Penyelidikan ini juga bakal menggunakan air bersaliniti tinggi khusus untuk membantu merawat ektoparasit dan penyakit kulat,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hasil penyelidikan tersebut yang dimulakan di UniMAP pada awal tahun 2015 akan mula dipasarkan awal tahun hadapan dengan nama baru iaitu “PUYU KUKUM”.

Penjenamaan PUYU KUKUM tersebut disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Seri Idris Jusoh dalam lawatan kerja beliau ke Kampus Uniciti Alam di sini Sabtu lalu.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Mary Yap Kain Ching dan Pengerusi Proven Group of Companies Bhd. Datuk Yusof Jusoh yang juga merupakan pemaju Kampus Uniciti Alam.

Menurut Dr. Kamarudin, usaha penternakan ikan tersebut telah bermula di Malaysia pada awal 2010 namun maklumat mengenai kesesuaian dan masalah berhubung penternakan ikan spesis ini masing kurang difahami sepenuhnya oleh penternak.

“Atas dasar itu, UniMAP dan TISB sepakat membangunkan sistem akuakultur yang bersesuaian dengan keadaan dan persekitaran di Malaysia bagi memudahkan ia dijalankan oleh penternak berskala kecil dan sederhana.

“Spesis ini yang padat dengan isi amat berpotensi untuk dikomersialkan kerana mempunyai kadar tumbesaran yang cepat, daya ketahanan yang tinggi terhadap penyakit selain mempunyai kandungan omega-3 yang sangat tinggi,” ujarnya.

 

Yb. Dato' Seri Idris Jusoh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia bersama Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor UniMAP sedang melihat 'Puyu KUKUM'.

 

Yb. Dato' Seri Idris Jusoh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia bersama Prof. Dr. Ridzwan bin Abdul Rahman dan Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamaridin Hussin Naib Canselor UniMAP bergambar sewaktu Perasmian 'Puyu KUKUM'di Kampus Uniciti Alam UniMAP, Sg. Chuchuh.

 

ARAU 25 November – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Bahan dan Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) memperluaskan hubungannya dengan sebuah institusi pendidikan di Jepun.

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr.Kamarudin Hussin berkata, kerjasama antara UniMAP dan Joining and Welding Research Institute (JWRI) Universiti Osaka, Jepun melibatkan beberapa perkara melibatkan penyelidikan bersama.

“Kerjasama ini lebih menumpukan kepada kerjasama program penyelidikan kolaboratif, syarahan, simposium serta pertukaran pelajar dan staf antara kedua –dua universiti.

“Saya yakin, kerjasama ini akan meningkatkan lagi keupayaan kedua universiti dalam menghasilkan penyelidikan yang berimpak tinggi, “katanya ketika ditemui selepas Majlis menandatangani Memorandum persefahaman (MOU) diadakan di Kampus UniMAP, Pauh Putra, di sini, baru-baru ini.

Pada majlis itu Datuk Kamarudin mewakili UniMAP manakala JWRI diwakili Professor Madya Dr. Hiroshi Nishikawame.

Turut hadir Dekan PPK Bahan, Dr. Khairel Rafezi Ahmad, Pengarah Pusat Hal Ehwal Antarabangsa UniMAP, Prof. Dr.Rosni Bakar dan Pengarah Pusat Kerjasama Industri dan Agensi Kerajaan Dr.Mukhzeer Mohamad Shahimin.

 

 

PUTRAJAYA, 25 November – Persaingan graduan universiti dalam mencari pekerjaan di masa kini amatlah sengit, sehinggakan ada syarikat yang meletakkan ujian yang sukar sebelum menggaji seseorang pekerja.

Apa yang mereka lihat adalah nilai tambah yang ada pada seseorang graduan untuk menghasilkan keuntungan atau pulangan kepada sesebuah syarikat tersebut.

Atas kesedaran itu, Pusat Kecemerlangan Industri, Kluster Penjagaan Kesihatan (ICoE Healthcare) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bekerjasama dengan Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp) dan Novartis Corporation (Malaysia) Sdn. Bhd. menganjurkan satu program yang memberi penekanan khusus dalam bidang Jualan dan Pemasaran dalam sektor penjagaan kesihatan

Program yang dikenali sebagai Best Sales and Marketing Apprenticeship Training (B.SMArT2015) itu mengambil 14 graduan dari universiti awam seluruh negara untuk dilatih untuk menajdi usahawan dalam penjagaan kesihatan.

Ketua Setiausaha, KPT Malaysia, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, program kerjasama antara industri dan akademia diumumkan Perdana Menteri ketika pertemuan bersama peserta Skim Latihan 1Malaysia baru-baru ini.

“Beliau telah mengarahkan penubuhan satu badan khas bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan mewujudkan kurikulum universiti yang lebih berorientasikan kepada keperluan pasaran.

“Saya percaya, usaha bersama ini pasti akan dapat membantu untuk mencapai matlamat KPT dalam melahirkan melahirkan graduan yang seimbang dalam bidang holistik dan keusahawanan, seperti yang dinyatakan dalam lonjakan satu daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025,”katanya ketika berucap pada Majlis Graduasi B.SMArT2015 di Dewan Za’aba, KPT, di sini.

Turut hadir Naib Canselor UniMAP, merangkap Pengerusi ICoE Healthcare, Brig.Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin, Ketua Pegawai Operasi BiotechCorp, Razwin Sulairee Hasnan dan Pengarah Bahagian Hubungan Industri KPT, Prof. Madya Dr. Arham Abdullah.

Ujar Datuk Seri Zaini lagi, kerajaan bercadang untuk menggalakkan lebih perkongsian sektor awam dan swasta dalam aktiviti-aktiviti yang memberi kesan kepada ekonomi negara.

KANGAR, 24 November – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengorak langkah ke arah pemantapan program-program akademik dan penyelidikannya melalui kerjasama strategik yang dijalin dengan institusi akademik luar negara.

Naib Canselornya, Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin berkata, antara pemantapan program akademik yang dijalankan  melibatkan program baru di bawah Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FETech) dan hasil penyelidikan di bawah Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) UniMAP.

Menurut beliau, beberapa kerjasama telah dijalinkan antaranya dengan institusi pendidikan dari Croatia, Australia dan Jepun yang telah bermula sejak tahun lalu.

Hasil kerjasama tersebut, ujar beliau, CEGeoGTech dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan, UniMAP dengan kerjasama University of Queensland telah menganjurkan Electronic Packaging Interconnect Technology Symposium (EPITS 2015) di Bayview Beach Resort, Pulau Pinang hujung minggu lalu.

“Simposium yang berfokuskan kepada teknologi bahan pembungkusan elektronik ini dihadiri oleh lebih daripada 70 orang peserta daripada industri dan universiti dalam dan luar negara dengan pembentang utamanya adalah Presiden Nihon Superior Jepun, Tetsuro Nishimura.

“Selain itu, EPITS turut mengundang Pengurus Intel Malaysia, Dr. Wei keat Loh, Pensyarah Kanan Imperial College London, Dr. Christopher Gourlay  dan Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Azman Jalar sebagai pembentang utama,” ujar beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Datuk Dr. Kamarudin berkata, simposium itu merupakan sebahagian aktiviti yang telah dirancang hasil dariapada memorandum persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani antara UniMAP dan University of Queensland Australia pada April yang lalu.

“Kita perlu memperbanyakkan penganjuran seminar atau simposium seperti ini bersama universiti dan institusi penyelidikan daripada luar negara bagi meningkatkan keterlihatan UniMAP dipersada antarabangsa.

“Terkini UniMAP  memilih Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Lodz University of Technology (LUT) Poland melalui surat hasrat yang dimeterai hari ini antara beliau dan Saintis Kanan LUT, Professor Dr Adam Rylski,” ujar beliau.

Turut hadir, Dekan Prof Madya Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali dan Timbalan Dekan  FETech, Dr. Nik Noriman Zulkepli

Menurut Dr. Kamarudin, kerjasama UniMAP dan LUT akan lebih menumpukan kepada bidang akademik dan penyelidikan dimana, pihak FETech dan CEGeoGTech bersetuju menjalankan penyelidikan secara bersama dalam bidang Thin Film and Alloy Processing.

“Selain itu, pihak LUT juga bersetuju untuk menerima pertukaran pelajar dan staf secara berkala tanpa melibatkan kos pentadbiran selain turut bersetuju menghantar pelajar tahun akhir Pemprosesan Bahan dan pelajar pascasiswazah dalam bidang penyelidikan aloi pada pertengahan tahun depan semalam 2 hingga 4 bulan,” katanya.

Terdahulu, Professor Dr Adam Rylski  menyampaikan kuliah antarabangsa kepada lebih 100 orang pelajar bagi program Pemprosesan Bahan, FETech di Kompleks Kuliah UniCITI, UniMAP.

Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin (dua dari Kiri) menyerahkan dokumen LoI kepada Professor Dr Adam Rylski (dua dari kiri), sambil disaksikan Dekan FETech Prof Madya Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali (kiri) dan Timbalan Dekan  FETech, Dr. Nik Noriman Zulkepli (kanan)

Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin (dua dari Kiri) menyerahkan dokumen LoI kepada Professor Dr Adam Rylski (dua dari kiri), sambil disaksikan Dekan FETech Prof Madya Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali (kiri), Timbalan Dekan  FETech, Dr. Nik Noriman Zulkepli (kanan) dan Dekan Unit Penyelarasan Diploma UniMAP,  Prof. Madya Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah

KANGAR, 24 November – Kedaifan yang dialami anak-anak Kemboja meruntun jiwa 25 anggota Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk menabur bakti di  Phnom Penh dan Siam Reap baru-baru ini.

Komandan Kor SUKSIS UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, kedaifan yang diharungi warga Kemboja terutama sistem pendidikan membuka hati mereka untuk menganjurkan SUKSIS Community Outreach Program and Engagement (SCOPE).

“Saya berasa amat terharu diatas kesanggupan anggota SUKSIS yang secara sukarela membiayai sendiri kos pengangkutan untuk berbakti selama empat hari kepada masyarakat setempat tanpa mengira batasan anutan agama.

“Ini membuktikan rasa prihatin mahasiswa UniMAP ini ke arah kerja sukarela global,”katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Turut serta dalam  delegasi SCOPE Timb. Komandan Kor SUKSIS UniMAP, Supritendan Kor SUKSIS UniMAP,  Prof. Madya Dr. Khairul Nizar Ismal dan Pegawai Latihan Luar Kor SUKSIS,Asisten Superintendent  Kor SUKSIS Raja Shah Erman Raja Arifin.

Beliau yang juga Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP berkata, program yang berteraskan Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) bermula di Sekolah Cambodian Islamic School, Chroy Metryleu, Phnom Penh dengan mahasiswa dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikuti tahap kelas pengajian iaitu Tadika, Rendah dan Menengah termasuk Sekolah Pelajar Lelaki.  

“Di sini Pelajar UniMAP telah menjadi tenaga pengajar dan fasilitator dalam slot motivasi dan ‘English Class’. Bersama dengan kanak-kanak dan pelajar sekolah untuk mempelajari dan berkomunikasi dalam bahasa inggeris. “

“Manakala pada hari kedua, aktviti USR ini disambung di Kg. Ton Le Sap, Siem Reap dengan mengunjungi perumahan di atas tasik dan memberi sumbangan kepada kanak-kanak sekolah dan komuniti Islam di sana,”katanya lagi.

Dalam SCOPE itu juga, delegasi SUKSIS UniMAP turut mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Malaysia, dan mereka diberikan taklimat  mengenai hubungan diplomasi antara Malaysia dan Cambodia dalam aspek ekonomi, politik, pendidikan dan keselamatan oleh Setiausaha Pertama Kedutaan, Mohamad Fairuz Shafie.

Dr. Zul Azhar berkata, dalam pertemuan itu, para anggota SUKSIS dinasihatkan untuk menjadikan pengalaman yang ditimba sepanjang berada di sana untuk dijadikan titik permulaan untuk terus berbakti.

“Dari taklimat itu kami dapati pelajar di sini mempunyai masalah kekurangan buku rujukan dalam bidang sains, matematik dan bahasa Inggeris.

"Kita akan berusaha untuk mengumpulkan buku-buku yang diperlukan ini untuk disumbangkan kepada sekolah-sekolah berkaitan di Kemboja untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan,”ujar beliau lagi.

Sementara itu dalam perkembangan lain, SUKSIS UniMAP dengan kerjasama  Unit Transfusi Darah, Jabatan Patologi Hospital Tunku Fauziah Kangar menganjurkan Program Derma Darah yang diadakan di Dewan Terbuka Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani, Wang Ulu baru-baru ini.

Program yang bermula jam lapan pagi dan tamat jam satu petang itu berjaya mengumpulkan lebih 200  anggota dan penghuni kolej kediaman untuk menderma darah.

Anggota SUKSIS UniMAP menjadi tenaga pengajar dan fasilitator dalam slot motivasi dan ‘English Class’ bersama dengan kanak-kanak dan pelajar sekolah di Siam Reap dan  Phnom Penh, Kemboja sempena Program SUKSIS Community Outreach Program and Engagement (SCOPE) baru-baru ini.

Anggota SUKSIS UniMAP menjadi tenaga pengajar dan fasilitator dalam slot motivasi dan ‘English Class’ bersama dengan kanak-kanak dan pelajar sekolah di Siam Reap dan  Phnom Penh, Kemboja sempena Program SUKSIS Community Outreach Program and Engagement (SCOPE) baru-baru ini.

Anggota SUKSIS UniMAP menjadi tenaga pengajar dan fasilitator dalam slot motivasi dan ‘English Class’ bersama dengan kanak-kanak dan pelajar sekolah di Siam Reap dan  Phnom Penh, Kemboja sempena Program SUKSIS Community Outreach Program and Engagement (SCOPE) baru-baru ini.

Anggota SUKSIS UniMAP menjadi tenaga pengajar dan fasilitator dalam slot motivasi dan ‘English Class’ bersama dengan kanak-kanak dan pelajar sekolah di Siam Reap dan  Phnom Penh, Kemboja sempena Program SUKSIS Community Outreach Program and Engagement (SCOPE) baru-baru ini.

Delegasi SUKSIS UniMAP bergambar kenangan mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Malaysia di Kemboja, Setiausaha Pertama Kedutaan, Mohamad Fairuz Shafie (tengah) dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP,Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal (enam dari Kiri).

PAUH PUTRA (ARAU), 23 Nov (Bernama) -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sedia menawarkan kepakarannya untuk membantu Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) memantapkan lagi Pasukan Pengurusan Krisis (CMT) agensi itu.

Naib Canselornya, Datuk Prof Emeritus Dr Kamarudin Hussin berkata UniMAP mampu melaksanakan peranan itu kerana memiliki kepakaran dalam bidang teknologi serta pengetahuan mengendalikan Briged Rela Siswa Siswi (RELASIS).

"Sebagai institusi pengajian tinggi awam berteraskan teknologi, inovasi dan kejuruteraan, kepakaran kami boleh diaplikasikan sebagai penyokong utama penyedia khidmat untuk menghadapi bencana seperti banjir dan kebakaran.

"Peranan CMT Rela akan lebih mantap dengan olahan kepakaran kejuruteraan. RELASIS UniMAP juga boleh membangunkan teknologi pelaksanaan kerja-kerja sukarelawan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pentauliahan RELASIS UniMAP dan Universiti Utara Malaysia (UUM) 2015 di Dewan Kecemerlangan UniMAP di sini Ahad malam.

Seramai 42 mahasiswa UniMAP dan 37 mahasiswa UUM sesi 2012/2013 menerima tauliah RELASIS pada majlis itu.

Kamarudin turut menyeru kepada mahasiswa yang bergiat dalam RELASIS supaya memantapkan disiplin yang menjadi nilai tambah buat diri dan pertubuhan itu.

"Saya yakin jika mahasiswa mengamalkan kaedah disiplin yang diajar, mereka boleh menjadi orang yang berjaya dan penting kerana anggota RELASIS boleh meningkatkan keberkesanan Rela dalam membanteras kegiatan jenayah di kampus," katanya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Rela Datuk Kamariah Mohd Noah dalam ucapannya mengingatkan mahasiswa supaya tidak menjadikan RELASIS semata-mata untuk memenuhi tuntutan kokurikulum universiti dan pemarkahan.

Katanya penubuhan RELASIS akan berkesan sekiranya mahasiswa memahami konsep kesukarelaan di samping memupuk perpaduan nasional dan mengamalkan sikap toleransi dalam kehidupan seharian.

Beliau berkata modul latihan dan pendekatan RELASIS sentiasa dikaji dan diperkemas untuk disesuaikan dengan landskap semasa supaya ia sentiasa relevan.

Pada majlis itu juga, Kamariah menganugerahkan pangkat-pangkat Bersekutu kepada pentadbir RELASIS UniMAP dan UUM bagi mengiktiraf sumbangan mereka.

Anggota Rela pada masa ini adalah 2.9 juta dan daripada jumlah itu, 1.17 juta adalah belia.

-- BERNAMA

 

Ketua Pesuruhjaya RELA Datuk Kamariah Mohd Noah bersama Timbalan Ketua Pengarah (operasi) Ibu Pejabat RELA Malaysia Tuan Kamaruddin Mohd Rapig memeriksa Perbarisan sebelum Majlis Pentauliahan Pangkat dan Penyampain Watikah RELASIS UniMAP dan UUM yang berlangsung di Dewan Kecermerlangan UniMAP.

 

Ketua Pesuruhjaya RELA Datuk Kamariah Mohd Noah bersama Naib Canselor UniMAP Prof. Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM Dr. Mohd Dino Khairri Shafifuddin menyempurnakan gimik perasmian Majlis Pentauliahan Pangkat dan Penyampain Watikah RELASIS UniMAP dan UUM yang berlangsung di Dewan Kecermerlangan UniMAP.

 

Ketua Pesuruhjaya RELA Datuk Kamariah Mohd Noah menyerahkan watikah pentauliahan dengan disaksikan oleh Naib Canselor UniMAP Prof. Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM Dr. Mohd Dino Khairri Shafifuddin.

 

Ketua Pesuruhjaya RELA Datuk Kamariah Mohd Noah menyampaikan piala bagi Kejohanan Menembak kepada wakil UniMAP dengan disaksikan oleh Naib Canselor UniMAP Prof. Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin.

Ketua Pesuruhjaya RELA Datuk Kamariah Mohd Noah dan Naib Canselor UniMAP Prof. Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin serta Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM Dr. Mohd Dino Khairri Shafifuddin bergambar kenangan bersama anggota RELASIS yang ditauliahkan.

KANGAR 22 Nov. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengetuai 167 peserta Program Kayuhan Peduli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIPs) Ke-100 Tuanku Raja Muda Perlis Menyantuni Golongan Asnaf hari ini.

Kayuhan itu bermula pada pu­kul 8.30 pagi dari pekarangan Masjid Putra dan berakhir di Perkampu­ngan Sunnah Siri II 2015 di Masjid Alwi di sini hari ini.

Program itu dianjurkan oleh Per­satuan Alumni UniMAP dan MAIPs dengan kerjasama Unit Alumni, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alu­mni UniMAP.

Turut serta dalam kayuhan itu termasuk Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim; Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Datuk Amir Md. Noor dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd. Fo’ad Sakdan.

Utusan Malaysia yang menjadi media rasmi juga disertai lapan wakil termasuk Timbalan Ketua Pe­ngarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad; Editor Foto, Kadir Bachok dan Ketua Biro Utusan Malaysia cawangan Perlis, Syarilfuddin Shaari.

Tuanku Syed Faizuddin yang ju­ga Yang DiPertua MAIPs ber­kenan singgah bersama rombongan kayuh­an di empat buah rumah asnaf di Kampung Ujung Bukit, Kampung Telok Jambu dan Kota Keran.

Baginda telah mempelopori ca­ra cukup unik bagi menyampaikan zakat iaitu dengan melakukan kayuhan basikal ke rumah asnaf yang dilakukan sejak tahun 2013 sekali gus membantu mempromosi gaya hidup lebih sihat dan konsep ini juga membuatkan rakyat begitu dekat dengan Raja Muda Perlis.

Bagi Program Kayuhan Ke-100 ini, rumah asnaf pertama yang di­singgah ialah Hashim Ismail, 52, di Kampung Ujung Bukit, Bintong, diikuti rumah asnaf Kamis Omar, 66, dan rumah Rukiah Karim di Kampung Teluk Jambu, Bintong dan berakhir di rumah asnaf Muhd. Izzat Izzuddin Abd Aziz , 26 tahun, yang membela seorang adik orang kurang upaya (OKU) di Kota Keran.

Kesemua penerima itu diberikan wang zakat bernilai RM500 se­tiap seorang dan wang fidyah dalam bentuk beras 10 kilogram dan kotak ‘Kits Peduli MAIPs’ yang me­ngandungi beras dan makanan asasi bernilai RM100.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail juga singgah di Pusat Pemulihan Komuniti (PDK) Residensi di Jalan Datuk Wan Ahmad, Kangar.

Berangkat sama, Raja Puan Mu­da Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Kedua-dua baginda turut me­lu­angkan masa menyertai sukaneka dan beramah mesra dengan peserta PDK tersebut.

Kayuhan itu juga singgah di Sekolah Kebangsaan (SK) Putra sebelum pogram berakhir di Masjid Alwi yang disambut oleh Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Asri Zainul Abidin.

Baginda juga menyampaikan sumbangan zakat yang bernilai RM10,500 kepada 15 penerima asnaf lain. - www.utusan.com.my

KANGAR, 22 Nov (Bernama) -- Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memberi sumbangan wang tunai berjumlah RM208,000 kepada 420 penerima asnaf di bawah program 'Kayuhan MAIPs Peduli' yang memasuki siri ke-100 hari ini sejak diadakan pada 2012.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs mengetuai progam itu dengan mengayuh basikal bersama para pemimpin dan ketua-ketua jabatan negeri bertemu rakyat di serata kampung.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor ada antara penerima menerima sumbangan terus daripada Raja Muda yang berkenan singgah di rumah mereka dalam siri program tersebut.

"Mana-mana yang baginda tidak sempat temui dipanggil untuk menerima sumbangan sama ada di masjid atau semasa baginda singgah di mana-mana tempat," katanya selepas mengiringi Tuanku Syed Faizuddin dalam siri kayuhan ke-100 hari ini sejauh 21 kilometer (km).

Program itu yang turut disertai 67 peserta bermula di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail dan berakhir di Masjid Alwi di Kangar iaitu tempat berlangsung Perkampungan Sunnah Siri Kedua 2015.

Dalam program itu, baginda berkenan singgah di empat buah rumah penduduk di Kampung Ujung Bukit dan Telok Jambu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong dan DUN Indera Kayangan yang kedua-duanya terletak dalam Parlimen Kangar.

Di Masjid Alwi, Tuanku Syed Faizuddin dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menyampaikan sumbangan kepada 15 orang lagi asnaf, masing-masing menerima RM300 hingga RM1,000 seorang.

Mohd Nazim berkata program kayuhan hari ini dianjurkan dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Persatuan Alumuni UniMAP dan Syarikat Utusan Melayu.

Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang berucap pada majlis penyampaian sumbangan di Masjid Alwi berkata kaedah di Perlis agak unik kerana bukan asnaf yang mencari MAIPs sebaliknya MAIPs yang diketuai Raja Muda mencari mereka untuk dibantu.

-- BERNAMA

 

 

PADANG BESAR, 21 Nov (Bernama) -- Pentadbir yang komited dan bertanggungjawab mampu menerajui sesebuah universiti mencapai tahap cemerlang, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching.

Ciri-ciri penting pentadbir universiti antaranya adalah berwawasan, rajin turun padang, penyayang dan berdisiplin, katanya semasa berucap melancarkan program 'Pemerkasaan Lonjakan 1 (PT) 2015' peringkat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Kampus Sungai Chuchuh di sini, Sabtu.

Yap berkata pencapaian UniMAP dalam usia sangat muda (14 tahun) termasuk memperoleh banyak kejayaan dalam pelbagai forum sahaja menjelaskan halatujunya untuk menjadi universiti kejuruteraan yang dinamik sangat membanggakan.

Kejayaan sesebuah universiti turut bergantung kepada keberanian pentadbirnya melaksanakan program yang membantu menaikkan tahap kecemerlangan universiti tersebut, katanya.

Menurut Yap universiti juga harus sentiasa melaksanakan program untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi pelajar dan kakitangannya.

Bersempena pelancaran program itu, pelbagai aktiviti diadakan antaranya pameran, persembahan seni mempertahankan diri dan peluang melanjutkan pengajian di UniMAP.

-- BERNAMA

Kulim, 20 November – Pasukan Vega Squadran muncul juara keseluruhan Kem Robotik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 2015 yang berlangsung di Anjung UniMAP, Kulim, di sini baru-baru ini.

Kemenangan itu membolehkan Vega Squadran membawa pulang wang tunai sebanyak RM 600, medal dan sijil penyertaan.Tempat kedua diraih pasukan Six Blood Brothers yang membawa pulang wang tunai RM450 beserta medal dan sijil penyertaan. Manakala bagi Anugerah Rekabentuk Robot Terbaik dimenangi pasukan Black Widow dan meraihh wang tunai RM300 beserta medal dan sijil penyertaan.

 

Sementara itu bagi Anugerah Kreativiti dimenangi pasukan OTW Nak Menang dan membawa pulang wang tunai RM300 beserta medal dan sijil penyertaan. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Pengerusi Sekreteriat Promosi UniMAP, Prof. Madya Dr. Rizalafande Che Ismail merangkap Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik. Dr. Rizalafande berkata, kem selama dua hari itu merupakan penganjuran bersama Anjung UniMAP Kulim, Sekretariat Promosi dan Unit Komunikasi Korporat UniMAP. “Saya yakin, melalui penganjuran kem seperti ini akan dapat menggalakan pelajar-pelajar sekolah untuk meminati bidang kejuruteraan dan robotik yang ada di UniMAP.n“Selain itu, ia dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk meminati bidang sains supaya pelajar tidak rasa susah atau jemu sebaliknya seronok dan mendapat penghayatan yang baik dari aktiviti-aktiviti ini,’ katanya ketika berucap merasmikan kem itu baru-baru ini. Turut hadir, Penyelaras Anjung UniMAP Kulim, Mohamed Hanafiah Baharuddin.

 

Ujarnya lagi, pihak UniMAP yakin, dengan adanya pendedahan seperti kem itu, para pelajar akan berpeluang untuk bersaing di peringkat lebih tinggi sebagai satu pengalaman dan pendedahan yang secara tidak langsung mengasah bakat-bakat baru dalam bidang kejuruteraan kelak. Beliau juga turut berterima kasih kepada pihak industri kerana amat prihatin dan sanggup membantu UniMAP dalam usaha mendidik pelajar untuk meminati bidang kejuruteraan antaranya Pusat Pembangunan Tenaga Manusia Selangor ( SHRDC ), ViTROX Corporation, dan DreamEdge Sdn. Bhd. “Seperti yang kita sedia maklum, UniMAP amat sinonim dengan program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) untuk komuniti setempat, dan aktiviti seperti ini tidak hanya tertumpu di sekolah-sekolah Perlis semata-mata”katanya lagi.

 

Kata Dr. Rizalafande lagi, aktiviti yang menjadi pengisian kem itu juga merupakan serampang dua mata dalam usaha mewujudkan kelab-kelab rekacipta dan inovasi di sekolah-sekolah dan UniMAP akan memberi bantuan kepada kelab-kelab tersebut. Kem robotik itu disertai 51 pelajar dari 16 buah sekolah sekitar Kulim - Bandar Baharu di bawah program Rakan UniMAP.

KANGAR,19 November- Umum menyedari pengacara memainkan peranan penting dalam menjadikan sesuatu majlis menarik selain memastikan kelancaran sesuatu program yang dianjurkan.

Dalam membentuk pengacara yang hebat, Unit Latihan, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), telah mengambil inisiatif menganjurkan “Seminar Rahsia Pengacara Hebat” bertempat di Dewan Kapitol UniMAP, di sini baru-baru ini..

Pegawai Tadbir Unit Latihan, UniMAP, Ahmad Zulazmeer Rozali berkata, melihat kepada tuntutan bidang pengacaraan dalam apa sahaja majlis memerlukan seseorang yang mahir dan juga perlu tahu mengendalikan keadaan secara spontan sekiranya majlis tidak berjalan seperti yang dirancang

“Unit Latihan merasakan dengan memberikan pengetahuan asas tentang protokol dan etika majlis serta tunjuk ajar yang berkesan akan dapat melahirkan juruacara yang berketerampilan dalam mengendalikan majlis.

“Di samping itu juga, para peserta dapat mempelajari kaedah berkomunikasi yang lebih efektif dan berpeluang menunjukkan bakat dalam mengacarakan majlis,”katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Seminar selama sehari itu dikendalikan dua personaliti terkenal tanahair,Ahmad Fedtri Yahya dan Mior Abdul Malek Raiyani.Turut hadir Naib Canselor UniMAP, Briged. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin.

“Pengisian seminar ini adalah pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengacaraan awam agar dapat meningkatkan keberkesanan dalam penyampaian pengucapan awam.

“Ini adalah sangat penting kerana jabatan kerajaan kerap menganjurkan majlis-majlis rasmi dan seorang pengacara perlulah mempunyai kemahiran bagi memastikan kelancaran majlis tersebut,”katanya lagi.

Ujar Zulazmeer lagi, seramai 250 mengambil bahagian dalam seminar tersebut dan penyertaan peserta bukan sahaja dari UniMAP, malahan ia turut menarik minat penyertaan dari jabatan kerajaan yang lain.

“Antara yang menyertai seminar tersebut dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perlis, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Jabatan Penerangan Negeri Perlis, Pusat Koreksional Negeri Perlis, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Perlis, Kolej Universiti Islam Perlis, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Pilihanraya Negeri perlis, Jabatan Tenaga Kerja,Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

“Rata-rata maklumbalas yang kami perolehi dari peserta seminar ini memberikan komen yang positif dan berharap agar seminar seperti ini akan dianjurkan lagi untuk masa akan datang,”katanya lagi.

Kangar, 18 November – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bersama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) akan menaja dua pelajar untuk menyertai Kaohsiung International Invention and Design Expo yang bakal berlangsung di Taiwan bermula 3 hingga 7 Disember nanti.

Perkara tersebut diumumkan oleh Naib Canselor UniMAP, Brig. Jeneral Datuk Prof. Emeritus Dr Kamarudin Hussin ketika sesi penyampaian pingat kepada pemenang yang menyertai Perlis Engineering Research Learning & Innovation Symposium (PERLIS) 2015 di Dewan Kapitol UniMAP, di sini semalam.

“Tajaan tersebut adalah kolaborasi UniMAP bersama YTSP bagi bertujuan menyuntik semangat kepada pelajar untuk lebih mencintai bidang rekacipta.

“Dua pelajar yang masing-masing mewakili Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SMSTSP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Lailatul Shahreen terpilih selepas produk mereka muncul sebagai produk terbaik sekaligus mewakili UniMAP ke pameran di Taiwan nanti,” katanya.

Produk pertama yang terpilih adalah Hydro Fertilizer hasil penyelidikan oleh Puteri Nurfarahliana Mansor dan Sara Nurdini Sabry dari SMSTSP.

Manakala produk kedua adalah Tennis Ball Collector oleh Shafiq Rezal; Foo Sher Lee; Wan Muhammad Hazim Wan Noor Azairi; dan Muhammad Aidil Kashul dari SMK Tuanku Lailatul Shahreen.

Sebanyak 24 produk dari 21 sekolah telah mengambil bahagian dalam pameran yang julung kali diadakan oleh Institut Kepimpinan Strategik dan Komuniti (IKSK) UniMAP dengan kerjasama Malaysian Research & Innovation Society (MyRIS), YTSP dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Selain itu, menurut Datuk Kamarudin, UniMAP juga akan menjalinkan hubungan bersama sekolah-sekolah lain di Perlis bagi memastikan bidang TVET akan mendapat tempat di hati masyarakat sekaligus menangkis stigma TVET adalah kelas kedua.

“Ini adalah merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial universiti (USR) untuk manfaat rakyat secara keseluruhannya.

“Pada masa yang sama adalah untuk merealisasikan hasrat kita yang ingin berkongsi apa sahaja kepakaran kita demi kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra hadir merasmikan majlis penutup program tersebut.

Turut hadir Raja Puan Muda Perlis merangkap Pro Canselor UniMAP, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tidak ketinggalan adalah Setiausaha YTSP, Dato’ Johari Mohd Darus; dan Ketua Sektor Pembangunan Manusia wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Perlis, Amran Rejab.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin menyampaikan ucapan aluan dalam program PERLIS di Dewan Kapitol UniMAP.

Wakil SMK Tuanku Lailatul Shahreen menerima plak dari Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Wakil SMSTSP menerima Hadiah Johan Keseluruhan dari  Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Tuanku Canselor dan Tuanku Pro Canselor UniMAP bergambar kenangan bersama pemenang pingat emas yang akan ditaja oleh UniMAP ke Taiwan.

ARAU, 17 November  — Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berbesar hati untuk berkongsi kepakarannya dalam bidang kejuruteraan  bersama Yangon Technological University (YTU) , Myanmar.

Perkara itu disuarakan Naib Canselor UniMAP,  Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof.  Emeritus Dr. Kamarudin Hussin  ketika menerima lawatan YTU di Pejabatnya, di Kampus UniMAP, Pauh Putra, di sini, semalam.

“Ini merupakan lawatan pertama deligasi YTU ke sini dan kita  amat berbangga kerana mereka memilih UniMAP untuk mencari kepakaran yang sesuai untuk menjalinkan kerjasama.

“YTU merupakan universiti sama seperti UniMAP yang menumpukan bidang kejuruteraan dan kita akan melakukan lawatan balas ke sana  untuk melihat jenis kepakaran yang boleh dikongsikan,”katanya.

Deligasi YTU yang diketuai Rektornya sendiri,  Dr. Theingi, Prof. Madya Dr. Hsu Myat Htwe dan Prof. Madya Dr. Ruth Hta.

Manakala wakil UniMAP yang hadir sempena lawatan tersebut, Pengarah Pusat Hal Ehwal Antarabangsa UniMAP, Prof. Dr. Rosni Bakar, Pengarah Pusat Kesihatan UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohammad Iqbal Omar dan Timbalan Pengarah Pusat Hal Ehwal Antarabangsa UniMAP, Ahmad Hifzurrahman Ridzuan.

Dalam lawatan selama sehari itu, deligasi YTU dibawa melawat Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Pembuatan, PPK Mekatronik, Pusat Kesihatan UniMAP dan  Institut Agroteknologi Lestari (INSAT).

 

Guanzhao, China, 8 November – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bakal menjadi tuan rumah “Entrepreneurship Summer Camp” yang dijadualkan berlangsung pada tahun hadapan dengan tujuan mendedahkan pelajar-pelajar universiti dengan persekitaran keusahawanan di peringkat antarabangsa.

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof Emeritus Dr. Kamarudin Hussin berkata, program tersebut merupakan sebahagian daripada perbincangan yang dibuat sempena Asian University Presidents Forum Kali Ke-14 (AUPF) 2015, yang dihoskan oleh Guangdong University of Foreign Languanges (GDUFS) di sini.

Jelas beliau, selain UniMAP, program tersebut yang mengambil konsep penganjuran Asia Summer Program (ASP) akan melibatkan penyertaan 100 pelajar dari Daffodil University, Bangladesh; Universiti Ubudiah Indonesia; Wenzao Ursuline University of Foreign Languages Taiwan dan Mahasarakham University Thailand.

“ASP lebih memberi fokus kepada modul bahasa, budaya dan kesenian manakala penganjuran ESP kelak akan menumpukan kepada aspek keusahawanan dalam usaha melahirkan modal insan yang berfikiran enterprise.

“Melalui penganjuran ESP ini, kita mengharapkan pelajar akan dapat mewujudkan rangkaian perniagaan yang lebih luas seterusnya mengaplikasikan ilmu keusahawanan dalam kehidupan sebenar selepas bergraduat,” ujar beliau.

AUPF 2015 berlangsung selama empat hari berakhir hari ini dengan membabitkan penyertaan dari 33 buah universiti di Asia yang antara  lainnya bertujuan mewujudkan satu mekanisme di mana presiden universiti boleh bertukar-tukar maklumat dan pengalaman pengurusan.

AUPF mula diperkenalkan pada tahun 1999 antara universiti di China dan Thailand sebelum dikembangkan penyertaan kepada universiti di Indonesia, Malaysia, Bangladesh, Jepun, Filipina, Mongolia, Lithuania, Vietnam dan Korea.

Delegasi UniMAP turut disertai oleh Penolong Naib Canselor Komunikasi Korporat, Datin Prof. Dr. Zuraidah Mohd. Zin; Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan Prof. Dr. R. Badlishah Ahmad dan Pengarah Pusat Bahasa Antarabangsa, Prof. Dr. Harshita Aini Haroon.

Menurut Dr. Kamarudin lagi, penganjuran program ESP juga merupakan sebahagian inisiatif UniMAP untuk menyuburkan lagi budaya keusahawanan di universiti terutama selepas meraih tempat kedua (kategori institusi) pada Anugerah Kusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (MEA) yang berlangsung minggu lalu.

“Bidang keusahawanan merupakan antara elemen penting bagi memenuhi keperluan industri negara selain memperluas rangkaian ke peringkat global, justeru platform ini digunakan sebaik mungkin untuk melebarkan jaringan perhubungan pelajar Malaysia dan negara luar,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Dr. Kamarudin berkata, sempena AUPF juga, UniMAP turut mengambil peluang memeterai kerjasama strategik yang memberi fokus utama bidang akademik dan penyelidikan dengan tiga universiti iaitu Southern University Bangladesh, Wenzao Ursuline University of Foreign Languages Taiwan, dan Pan Pacific University North  Philippines.

Selain itu, delegasi UniMAP turut mengadakan pelbagai perbincangan rasmi dan tidak rasmi, termasuk dengan Daffodil University Bangladesh, Mahasarakham University Thailand, dan Universitas Potensi Utama, Medan, Indonesia.

UniMAP turut menerima pelawaan untuk mengadakan kerjasama dgn Chaoshan Vocational & Technical College, China yang mana pelawaan tersebut akan diteliti sebelum perjanjian rasmi dibuat dalam masa terdekat ini.

"Kesemua jalinan kerjasama ini adalah selaras dengan agenda pengantarabangsaan UniMAP dalam usaha menjadi 500 universiti terbaik di dunia menjelang tahun 2020," ujar Dr. Kamarudin.

 

Kangar, 8 November – Delegasi penyelidik Malaysia yang menyertai International Invention Show (INOVA) yang berlangsung di Croatia mengharumkan nama negara apabila berjaya membawa pulang 12 emas, enam perak serta satu anugerah Khas.

Dalam pertandingan yang berlangsung selama lima hari itu, penyelidik Universiti malaysia Perlis (UniMAP) yang diketuai oleh Pengurus Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau, Prof. Madya Dr. Mohd. Mustafa Al-Bakri Abdullah mendahului senarai penyumbang pingat terbanyak iaitu tujuh emas dan tiga perak.

Turut menyumbangkan pingat ialah penyelidik muda dari Sekolah Sultan Alam Shah, Selangor dengan dua emas dan satu perak, penyelidik dari Sekolah Menengah Sains (SMS) Muar (satu emas dan satu perak), SMS Tengku Abdullah (satu emas, satu perak) dan SMS Tapah menyumbangkan satu pingat emas.

Pingat emas UniMAP diraih menerusi Pensyarah di Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan (PPIPT), Dr. Hirwan Jasbir Jaafar dengan hasil penyelidikan bersama Naib Canselor UniMAP sendiri Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin melalui dua modul pendidikan sekolah iaitu Modul EYE dan Modul M2S.

Kedua-dua modul tersebut yang dibangunkan bagi membantu para pelajar sekolah menengah dalam memartabatkan sains dan matematik merupakan penyelidikan bersama yang dijalankan dengan Majlis Guru Cemerlang Perlis.

Menurut Dr. Kamarudin, modul M2S (Mathematics and Science Excellence) juga direka bagi membantu pelajar untuk mempelajari dan menguasai matapelajaran sains dan matematik dan seterusnya meminati kedua-dua mata pelajaran tersebut.

Lebih membanggakan, ujar beliau, modul tersebut berjaya menarik minat dan perhatian pihak juri untuk diaplikasikan dalam membantu menarik minat pelajar-pelajar di Croatia untuk menguasai kedua-dua mata pelajaran tersebut.

“Modul ini yang menggabungkan pembelajaran di dalam dan di luar kelas digubal khusus untuk membantu pelajar menguasai kedua mata pelajaran tersebut sekali gus membantu pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

“Menerusi modul ini, pelajar akan diberikan bimbingan dari sudut teknik mempelajari, menguasai kehendak soalan seterusnya menjawab soalan yang dikemukakan selain perlu mengadakan sekurang-kurangnya 14 pertemuan dengan guru,” ujar beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

INOVA merupakan acara tahunan yag dianjurkan oleh Persatuan Penyelidik Croatia (CIA) dengan kerjasama Dewan Perniagaan & Ekonomi Croatia, Jabatan Presiden dengan disertai lebih daripada 15 buah Negara antaranya Russia,  Romania, Korea, Maldova, Bosnia, Arab Saudi, Taiwan dan Poland.

Selain Dr. Hirwan Jasbir, turut meraih tumpuan juri ialah produk inovasi Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Prof. Madya Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali  iaitu Papan Lapis Berasaskan Batang Sawit dan Bahan Tambah Semulajadi Daripada Petai Belalang yang juga dinobatkan pemenang INOVA Best Agriculture Award.

Turut menyumbang emas ialah iaitu pensyarah kanan Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Bahan, Dr. Mohd. Firdaus Omar menerusi hasil penyelidikannya High Performance of Hybrid Natural Fiber Reinforced Composite.

 

Dua lagi pingat emas UniMAP disumbangkan oleh pensyarah PPK Pembuatan, Mohd. Effendi Mohd. Suandi dengan inovasi bertajuk Alarm Reminder Locking (ARL) serta GSM Air Quality Monitoring System to Detect The Haze.

Zagreb, Croatia, 7 November – Air merupakan antara sumber semulajadi terpenting dalam kehidupan manusia yang mana bekalan air bersih menjadi antara isu kritikal yang harus ditangani bagi memastikan sumber bekalan terutama untuk kebersihan dan kesihatan awam adalah berkualiti.

Meskipun bekalan air masih mencukupi buat masa ini, namun risiko kekurangan sumber dan bekalan air di masa akan datang juga harus diberikan perhatian serius di peringkat awal lagi.

Atas kesedaran itu, sekumpulan penyelidik Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus mengorak langkah di persada antarabangsa apabila menjalinkan kerjasama strategik dengan Zagreb Universiti di sini khusus untuk menjalankan penyelidikan rawatan air sisa.

Kerjasama tersebut dimeterai antara CEGeoGTech dengan Jabatan Kejuruteraan Polimer dan Teknologi Kimia Organik (ZPIOKT), yang menjadikan ia kerjasama pertama yang diterokai oleh UniMAP dalam konteks hubungan dua hala di Croatia.

Perbincangan jalinan kerjasama tersebut dihadiri oleh Pengurus CEGeoGTech, Prof. Madya Dr. Mohd. Mustafa Al-Bakri Abdullah yang mewakili Naib Canselor, Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin.

Perbincangan yang berlangsung di Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Teknologi di bandar Zagreb itu turut dihadiri oleh Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan UniMAP, Prof. Madya. Dr. Che Mohd. Ruzaidi Ghazali dan penyelidik CEGeoGTech, Dr. Mohd. Firdaus Omar.

Menurut Dr. Mohd. Mustafa Al-Bakri, Zagreb Universiti yang telah mencecah usia 300 tahun merupakan antara universiti tertua di Croatia dan menerajui kedudukan universiti-universiti di Croatia untuk berada di kedudukan ke-564 terbaik di dunia berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Center for World University Rankings pada tahun 2014.

Ujar beliau, perbincangan menumpukan kepada penyelidikan berimpak tinggi dan penghasilan penerbitan berimpak tinggi yang mana kedua-dua pihak bersetuju menjalankan kajian rawatan air sisa menggunakan bahan geopolimer.

UniMAP melalui penyelidik CEGeoGTech sebelum ini telah menjalankan kerjasama penyelidikan dengan penyelidik daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mohd Remy Rozainy Mohd Arif Zainol melalui kajian awal penggunaan bahan geopolimer sebagai agregat tiruan yang digunakan sebagai bahan alternatif dalam rawatan air sisa.

“Melalui kerjasama dengan ZPIOKT ini, ia seterusnya dapat membantu meningkatkan hasil penyelidikan dalam aspek ini memandangkan ZPIOKT banyak menjalankan kajian mengenai rawatan air sisa di Croatia,” ujar beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kedua-dua pihak turut menandatangani surat hasrat bagi memuktamadkan persetujuan antara kedua pihak dengan UniMAP diwakili oleh Dr. Mohd. Mustafa Al-Bakri manakala Zagreb Universiti diwakili oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Polimer dan Teknologi Kimia Organik,  Prof. Dr. Ana Loncaric Bozic.

Menurut Dr. Mohd. Mustafa, kajian tersebut kelak akan diketuai sendiri oleh Prof. Dr. Ana Loncaric Bozic serta Dr. Hruoje Kusic yang ketika ini turut menjalinkan kerjasama dengan beberapa institut di Perancis dan Amerika Syarikat dalam kajian yang sama.

“Semoga perkongsian dan kerjasama ini akan membuahkan sesuatu yang bermanfaat untuk kegunaan masyarakat dan negara,” katanya.

Beliau menambah, sempena kunjungan ke Croatia juga, UniMAP turut mengadakan perbincangan dan lawatan awal ke Karlovac University of Applied Science (VUKA) yang mana perbincangan menumpukan kepada kerjasama dalam aspek Teknologi Makanan dan Mekanikal.

 

Kangar, 4 November – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) komited dalam merealisasikan lonjakan pertama yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 – 2025 (PPPM (PT) yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 7 April 2015 lalu.

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jeneral Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, lonjakan pertama adalah berkait langsung dengan para pelajar.

 “UniMAP komited untuk memberikan peluang kepada anak-anak mahasiswa untuk menikmati pendidikan holistik yang menjurus kepada enam atribut atau domain utama.

“Enam atribut tersebut ialah etika dan kerohanian; kemahiran memimpin; identiti nasional; kemahiran bahasa; kemahiran berfikir; dan pengetahuan,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan dalam Ceramah Keusahawanan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proven Group of Companies merangkap Profesor Adjung UniMAP, Dato’ Yusof Jusoh yang diadakan di Dewan Kecemerlangan Kompleks Dewan Kuliah, Kampus Induk UniMAP Pauh Putra semalam.

Antara panel lain yang turut serta dalam ceramah keusahawan itu adalah Perunding Maybank Shariah Indonesia, Baharudin Abd. Majid; dan Pengarah Urusan Food Artists (M) Sdn. Bhd. (Burger Bakar Abang Don), Sabrie Salleh.

Menurut Datuk Kamarudin, seorang mahasiswa hanya boleh dikatakan mahasiswa yang seimbang sekiranya keenam – enam atribut ini dikuasai sebaik mungkin yang sekaligus menjadikannya seorang graduan yang holistik.

UniMAP akan membina satu kerangka pemikiran dan disiplin yang khusus bagi membantu pelajar mencapai penguasaan keenam – enam atribut sepanjang pengajian di UniMAP.

Tambahnya, kerangka ini akan membina kelasakan minda, ketahanan fizikal dan kekentalan jiwa untuk berjati diri unggul dan terbilang.

“Memang benar, tidak semua individu akan menjadi usahawan. Namun, memiliki ciri, sikap, mentaliti dan disiplin seorang usahawan itu adalah nilai tambah kepada semua individu yang akan menceburi dalam apa jua lapangan kerjaya,” katanya.

Beliau turut menyeru pelajar untuk memanfaatkan peluang yang diberikan untuk memahami dan mendalami ilmu keusahawanan yang dikongsikan Dato’ Yusof.

“Jadikanlah beliau sebagai lombong ilmu keusahawanan dan tugas anak-anak pelajar adalah sebagai pelombong iaitu mengembleng dan menggandakan usaha untuk mengorek lombong tersebut bagi mendapatkan ilmu keusahawanan dengan sebanyak mungkin,” katanya.

Dato’ Yusof adalah merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proven Group of Companies sebuah syarikat pembinaan dan pembuatan yang berfokus kepada produk Sistem Bangunan Perindustrian (IBS).

Selain itu, syarikat tersebut turut menawarkan latihan IBS bukan sahaja kepada kakitangannya malah kepada pengguna Proven IBS.

Kulim, 2 November – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menubuhkan Pusat Latihan Penyelidikan dan Pengajian Berterusan (RETRACE) yang bakal memberi fokus kepada aspek penyelidikan dan pengajian pasca siswazah dengan sasaran utama dari kalangan 20,000 pekerja sektor perindustrian di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP).

Naib Canselornya, Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin berkata, RETRACE yang telah beroperasi sepenuhnya di pejabat Anjung UniMAP Kulim di KHTP merupakan sebahagian daripada inisiatif UniMAP untuk membudayakan aktiviti pengajian berterusan dan penyelidikan di kalangan warga KHTP.

Menurut beliau, penubuhan RETRACE juga bertitik tolak daripada kepimpinan tertinggi kerajaan Negeri Kedah untuk mempercepatkan peningkatan warga KHTP yang berijazah tinggi ke arah mencapai status taman industri penyelidikan.

Dr. Kamarudin berkata, peningkatan kakitangan berijazah tinggi merupakan kriteria utama yang akan membantu melonjakkan taman teknologi tersebut kepada status Taman Industri Penyelidikan, satu status yang lebih tinggi daripada status sedia ada.

“Justeru, sebagai permulaan, UniMAP bakal menawarkan pelbagai kursus Sarjana dan Doktor Falsafah selain penawaran kursus jangka pendek dengan tumpuan permulaan kepada kursus-kursus sedia ada yang telah ditawarkan di UniMAP.

“Menerusi inisiatif ini, kami berharap dapat menyokong agenda kerajaan negeri dalam aspek pembangunan modal insan berkemahiran tinggi bagi meneruskan pengembangan syarikat-syarikat yang bertapak di taman industri seterusnya meningkatkan peratusan kakitangan yang memiliki ijazah tinggi,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Penawaran Mod Campuran RETRACE UniMAP di Anjung UniMAP Kulim di sini hari ini.

Yang turut hadir, President Kulim Tekchnology Park Corporation Sdn. Bhd. (KTPC) Dato’ Dr. Anuar Mohd. Saffar, Pengarah Strategik Kejuruteraan Intel Malaysia, Mohd. Parid Sulaiman dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal.

Menurut Dr. Kamarudin, RETRACE tertubuh hasil sokongan dan komitmen daripada kerajaan negeri dan industri yang mana KTPC sendiri telah memberikan pengecualian sewaan kepada UniMAP untuk tempoh dua tahun yang membabitkan kos RM240,000.

Selain  itu, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) pula bersetuju menaja pembinaan makmal penyelidikan bernilai RM1.4 juta yang mana ia bakal memberikan manfaat besar kepada para pelajar untuk menjalankan penyelidikan dan ujikaji.

UniMAP juga akan menyediakan kemudahan lengkap kepada pelajar seperti dewan dan bilik kuliah, makmal komputer, bilik diskusi dan perpustakaan mini yang dilengkapi kemudahan buku dan akses kepada sumber atas talian secara remote.

“Ia meliputi akses kepada 1.7 juta e-buku, 15,000 e-jurnal dan lain-lain rujukan virtual dan online dari seluruh dunia kepada para pelajar di RETRACE untuk memenuhi keperluan maklumat pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan,” ujar beliau lagi.

Datuk Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin melancarkan Program Mod Campuran RETRACE UniMAP di Anjung UniMAP Kulim, Kedah semalam sambil disaksikan oleh wakil-wakil industri dan pengurusan tertinggi UniMAP.

Datuk Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin bergambar bersama rakan-rakan industri di KHTP selepas melancarkan Program Mod Campuran RETRACE UniMAP di Anjung UniMAP Kulim, Kedah semalam.

16 November  2013

KANGAR: Amirah Syahida Che Mansor, mahasiswa dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) muncul johan Sayembara Puisi 2013 sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2013.

Mahasiswa jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bioproses itu berjaya menewaskan 14 lagi peserta dengan  mendeklamasikan puisi “Jawi Warisan Leluhur”, karya Datuk Dr. Awang Sariyan.

Kemenangan itu membolehkan Amirah membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM 400, trofi dan sijil penghargaan. Lebih manis lagi, beliau turut dinobatkan sebagai  persembahan terbaik dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM100, trofi dan sijil penghargaan.

Tempat kedua pula diraih Mohd Nazif Badruddin dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan tempat ketiga Nur Faizatul Azna Mohamad Fauzi dari UniMAP, masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM300 dan RM 200, trofi dan sijil penghargaan.

Naib Canselor UniMAP, Briged. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, pihaknya sentiasa menyokong penganjuran program-program yang bertujuan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan.

“Walaupun Malaysia sedang mengorak langkah ke arah menjadi negara maju, kita tidak seharusnya mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang yang menjadi khazanah budaya ini.

“Saya berharap di masa akan datang, kerjasama seperti ini antara UniMAP dan DBP akan berterusan  dan menajdi salah satu wadah perjuangan  bagi menegakkan kesusasteraan yang menjadi kebanggaan dalam mempamerkan jati diri bangsa dan negara kita,” teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Foad’ Sakdan.

Turut hadir, Pegawai Perancang Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Khairul Anum Mohd Ali yang mewakili Pengarah DBP Wilayah Utara dan Pengarah Pusat Bahasa Antarabangsa UniMAP,

Program Sayembara Puisi 2013 merupakan program anjuran bersama Pusat Bahasa Antarabangsa UniMAP  dan DBP, ia disertai 15 peserta dari tiga institusi pengajian tinggi di utara tanahair iaitu tuan rumah UniMAP, UUM dan Kolej Komuniti, Arau.

Info Tab Bawah-BM