Dasar / Objektif Kualiti

 

DASAR KUALITI UniMAP

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) beriltizam mengendali program pengajian yang berkualiti untuk melahirkan sumber manusia dan modal insan yang berupaya memenuhi keperluan pemegang taruh.

UniMAP bertekad melaksana pengurusan akademik secara profesional, cekap & berkesan dengan mengutamakan penambahbaikan secara berterusan supaya UniMAP berdaya saing di persada antarabangsa.

 

OBJEKTIF KUALITI UniMAP

UniMAP beriltizam mencapai :-

  • 40% graduan bergraduat dengan PNGK 3.00 keatas dalam setiap konvokesyen.
  • 40% daripada pensyarah berkelayakan ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  • Nisbah tenaga akademik dengan mahasiswa prasiswazah ialah 1:15.
  • Indeks kepuasan pekerja melebihi 85% setiap tahun.
  • Indeks kepuasan mahasiswa melebihi 80% setiap tahun.
  • Empat orang Jurutera Profesional (PE) atau kelayakan yang setaraf bagi setiap program pangajian kejuruteraan.