Surat Tamat Pengajian dan Jemputan Konvokesyen Secara Atas Talian

MAKLUMAN PENGELUARAN SURAT PENGESAHAN TAMAT PENGAJIAN DAN SURAT JEMPUTAN KONVOKESYEN KEPADA PELAJAR YANG LAYAK BERGRADUAT SECARA ATAS TALIAN

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa bermula semester kedua sidang akademik 2016/2017, semua pelajar tahun akhir yang telah disahkan tamat pengajian boleh mencetak surat pengesahan tamat pengajian dan surat jemputan konvokesyen secara atas talian melalui sistem ECONVO http://econvo.unimap.edu.myTemp files bermula pada 21 Ogos 2017.

3. Untuk makluman, pihak kami tidak lagi mencetak dan menghantar surat pengesahan tamat pengajian dan surat jemputan konvokesyen ke alamat pelajar melalui pos.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
’Tunjang Mengukuh Di Bumi, Pucuk Menjulang Tinggi’

PENDAFTAR

SALFARINA OMAR
Penolong Pendaftar,
Unit Peperiksaan & Pengijazahan,
Jabatan Pendaftar,
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
04-9798700

http://konvokesyen.unimap.edu.my