Fakulti Teknologi Kejuruteraan

RY43 – Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Kepujian)

             (Rekabentuk Rangkaian Elektronik)

Program ini bertujuan melahirkan siswazah yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi rangkaian komputer dan telekomunikasi.  Program ini berasaskan kursus-kursus elektronik yang digandingkan dengan kursus-kursus Sistem Rangkaian Komputer dan Telekomunikasi Data. Program ini memberi pendedahan berkaitan teori dan amali sistem-sistem elektronik, isyarat dan sistem, sistem teknologi rangkaian dan telekomunikasi seperti Sistem TCP/IP Internet, Sistem Keselamatan Rangkaian dan Pemasangan serta Konfigurasi Sistem Rangkaian Komputer.

Graduan program ini akan mampu mengendalikan, membangunkan, mengintegrasi Sistem Rangkaian Komputer dan Telekomunikasi Data serta mampu mengenal pasti masalah (Troubleshooting) peralatan elektronik yang berkaitan dengan Sistem Rangkaian Komputer dan Telekomunikasi Data. Program ini menekankan aspek pembelajaran dan pendekatan teori dan amali yang seimbang yang memenuhi keperluan industri. Dengan perkembangan teknologi Internet dan Telekomunikasi 4G, 5G dan seterusnya, graduan program ini juga mempunyai prospek pekerjaan yang luas dalam industri elektronik dan rangkaian komputer serta telekomunikasi data di syarikat-syarikat swasta, jabatan kerajaan dan badan-badan berkanun.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

  • Jurutera Rangkaian
  • Pentadbir Rangkaian
  • Pengaturcara Perisian Terbenam
  • Jurutera Pembangunan Pengujian
  • Jurutera Projek Elektronik
  • Jurutera Elektronik
  • Pereka Penyelesaian Teknologi Awam
  • Pereka Sistem Rangkaian
  • Pereka Penyelesaian Teknikal
  • Jurutera Perkakasan Elektronik