Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik

RK24 – Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik dengan Kepujian

Program ini bertujuan melahirkan tenaga kerja profesional yang mempunyai pengetahuan asas yang kukuh serta mahir dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik.  Graduan juga mempunyai semangat profesionalisme yang tinggi.  Justeru itu, struktur kurikulum telah dibentuk untuk memberi pelajar kebolehan menganalisa, merekabentuk, mengendali dan menyelenggara peralatan-peralatan elektrik & elektronik, mekanikal, perisian komputer dan teknologi maklumat.  Selain daripada kursus teras kejuruteraan, pelajar juga diberikan kemahiran insaniah seperti etika, pengurusan, keusahawanan, komunikasi dan kemahiran berfikir.  Selain daripada itu, para pelajar diwajibkan menjalani latihan industri bertujuan melengkapkan mereka dengan pengetahuan teknikal dari industri. 

Graduan program ini mempunyai prospek pekerjaan yang luas dalam syarikat-syarikat swasta, industri, jabatan kerajaan dan badan-badan berkanun. Ia merangkumi bidang-bidang seperti bidang kejuruteraan, pengeluaran, penyelidikan, rekabentuk, analisis, pembangunan, pengujian dan lain-lain bidang yang berkaitan.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

  • Jurutera Mekatronik
  • Jurutera Kawalan dan Instrumentasi
  • Jurutera Sistem
  • Jurutera R&D
  • Jurutera Automasi
  • Jurutera Robotik
  • Ahli Akademik