Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan

RK12 – Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Bahan)

Program ini bertujuan melahirkan jurutera bahan yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi terutama dalam bidang kejuruteraan dan sains bahan, sifat-sifat bahan, pengujian, pemilihan, pemprosesan bahan dan kegunaan bahan-bahan yang terbaik untuk kegunaan manusia sejagat. Ini meliputi bahan untuk rekabentuk produk industri yang canggih dan berteknologi tinggi.
Kejuruteraan Bahan adalah bidang yang memperihalkan pengkajian dan penggunaan prinsip sains bahan supaya bahan boleh direka bentuk menjadi benda atau produk penting yang diperlukan manusia. Para jurutera bahan berkait rapat dengan pelbagai jenis bahan utama iaitu logam, polimer, seramik, komposit, bahan elektronik, bahan-bio, semikonduktor dan superkonduktor. Kejuruteraan bahan mengaplikasikan prinsip sains, matematik dan kejuruteraan untuk memahami sifat-sifat bahan. Disiplin ini menjalinkan hubungan di antara kimia moden dengan fizik keadaan pepejal, selain daripada rekaan kejuruteraan dan analisis matematik.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

  • Jurutera Jaminan/Kawalan Mutu
  • Jurutera Pemprosesan Plastik
  • Jurutera Pemesinan Logam
  • Jurutera Automotif
  • Jurutera Pembangunan Produk
  • Jurutera Rekabentuk
  • Jurutera Pemprosesan Bahan
  • Jurutera Bahan Elektronik/ Penlogaman
  • Pegawai Penyelidik
  • Ahli Akademik
  • Jurutera Perkhidmatan & Penyelenggaraan
  • Jurutera/ Perunding Analisis Kegagalan Bahan