Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik

RK08 – Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian

Objektif program ini adalah bertujuan melahirkan tenaga mahir di peringkat ikhtisas serta mempunyai semangat profesionalisme dan pengetahuan asas yang kukuh dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.  Struktur kurikulum dibentuk agar para graduan mempunyai kebolehan serta kepakaran menganalisa, merekabentuk dan menghasilkan produk serta mampu mengadaptasi perubahan-perubahan sektor pekerjaan yang bakal ditempuhi.  Selain daripada kursus teras kejuruteraan, pelajar juga diberikan kemahiran insaniah seperti etika, pengurusan, keusahawanan, komunikasi dan kemahiran berfikir. Selain daripada itu, para pelajar diwajibkan menjalani latihan industri bertujuan melengkapkan mereka dengan pengetahuan teknikal dari industri.

Para graduan mempunyai prospek pekerjaan yang meluas di sektor awam dan swasta iaitu industri pembuatan, pengeluaran, institusi pembangunan dan penyelidikan, jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanun dan lain-lain. Antara bidang-bidang yang berkaitan ialah mekanikal, haba, aliran bendalir, pembangunan produk-produk kejuruteraan dan produk pintar (smart products) yang mengintegrasikan pengetahuan elektronik, mikropemproses, dan sistem kawalan.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

  • Jurutera Mekanikal
  • Jurutera Pembuatan
  • Jurutera Automotif
  • Jurutera Penyelenggaraan
  • Jurutera Kualiti
  • Pengurus Kejuruteraan
  • Perunding Kejuruteraan Mekanikal
  • Jurutera Jualan Mekanikal
  • Jurutera Servis Mekanikal
  • Jurutera R&D
  • Pegawai penyelidikan
  • Ahli akademik