Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik

RK05 – Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mikroelektronik dengan Kepujian

Program ini direkabentuk untuk membekalkan tenaga mahir yang juga cekap dan berkebolehan mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari untuk menyokong pertumbuhan pesat industri mikroelektronik di negara kita. Graduan program ini akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam kedua-dua bidang rekabentuk dan fabrikasi litar terkamir (integrated circuits, ICs), dengan pengkhususan di bidang fabrikasi litar terkamir. Peluang kerjaya para graduan di bidang ini amat meyakinkan. 

Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

  • Jurutera Proses
  • Jurutera Analisa Kegagalan
  • Jurutera Rekabentuk MEMS
  • Jurutera Pembungkusan Litar Bersepadu
  • Jurutera R&D (Fabrikasi)
  • Jurutera Mikroelektronik