Pertandingan Mereka Skima Warna Bangunan Canselori UniMAP

 

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pertandingan Mereka Skima Warna Bangunan Canselori UniMAPTemp files adalah pertandingan yang dianjurkan bersempena pembangunan imej bangunan baharu Canselori.  Bangunan Canselori UniMAP yang sedang dalam pembinaan di Kampus Alam Pauh Putra dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2018. Pembinaan Bangunan Canselori yang di selia sepenuhnya oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) ini bakal menempatkan Pejabat Pentadbiran utama universiti. Bangunan Canselori yang akan tersergam indah menghadap ke laluan utama Lebuhraya Kuala Perlis-Changloon bakal menjadi ‘Signature Building’ UniMAP dan menjadi kebanggaan seluruh warga UniMAP khasnya dan negeri Perlis amnya.

Pengurusan Tertinggi UniMAP mempelawa seluruh staf dan pelajar UniMAP untuk bersama-sama mencurahkan idea dan kreativiti dalam mewarnai Bangunan Canselori UniMAP ini agar menjadi ikon / mercu tanda sebuah universiti awam yang unggul serta menjadi kebanggaan semua. Selaras dengan hasrat tersebut Pertandingan Mereka Skima Warna Bangunan Canselori ini dianjurkan bagi memilih Skima Warna yang bakal menghiasi Bangunan Canselori UniMAP tersebut kelak dengan tema "Kampus Alam”

Sila download melalui url berikut untuk maklumat lanjut berkaitan :

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Disember 2017 (Jumaat) dengan menggunakan borang yang disertakan.

Hadiah pertandingan adalah seperti berikut:

 

Johan

RM2000.00 + Sijil Penghargaan

Kedua

RM1000.00 + Sijil Penghargaan

Ketiga

RM500.00 + Sijil Penghargaan

Saguhati

RM100.00 + Sijil Penghargaan

Saguhati

RM100.00 + Sijil Penghargaan

Saguhati

RM100.00 + Sijil Penghargaan

Saguhati

RM100.00 + Sijil Penghargaan

 

Borang penyertaan, ilustrasi bangunan beserta keterangan skima warna hendaklah dihantar kepada Sekretariat Jabatan Pembangunan di alamat berikut sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 Disember 2017 (Jumaat) sebelum jam 5.10 petang. 

 

Sekretariat Pertandingan Skima Warna Bangunan Canselori UniMAP,

Unit Pengurusan Projek,

Jabatan Pembangunan,

Pejabat Tapak, Kampus Induk UniMAP,

02600 Pauh, Arau,

 

Tel : (04) 986 7857 Faks : (04) 986 7668

 

Jika terdapat sebarang pertanyaan berhubung syarat Pertandingan sila hubungi sekretariat Pertandingan di talian berikut:

 

En. Hanizan Bin Mat Hussein                    Tel. Pejabat : 04-986 7857 / fax: 04-986 7668

En. Ahmad Mahdzir Bin Md Nasir            Tel. Pejabat : 04-986 7857 / fax: 04-986 7668

 

Atau melalui email:

 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Keputusan pemenang akan diumumkan sekitar awal Tahun 2018.