Datang ke UniMAP di Perlis ?

Kapal Terbang

Anda boleh ke Perlis dengan mengambil penerbangan dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Kepala Batas, Kedah. Dari lapangan terbang tersebut, terdapat teksi dan bas ke Kangar, Perlis. Perjalanan kereta ke Kangar memakan masa 45 minit.
 
Untuk mendapatkan jadual dan tiket penerbangan, sila layari laman web beberapa syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah :-

http://www.malaysiaairlines.comTemp files

http://www.airasia.com.my

http://www.fireflyz.com.my/

 

 
 
 
 
 
Bas
 
Terdapat perkhidmatan bas dari semua negeri di Semenanjung Malaysia ke Kangar, Perlis. Anda akan tiba di Stesen Bas Ekspres Kangar, dari stesen itu anda boleh menaiki teksi untuk ke UniMAP.
 
Untuk mendapatkan tiket bas secara online, sila layari laman web beberapa syarikat bas ekspres berikut :-
 
Teksi
Perkhidmatan teksi ke Perlis juga terdapat di semua negeri di Semenanjung Malaysia.
 
Keretapi
 
Terdapat perkhidmatan keretapi dari Stesen Sentral Kuala Lumpur ke Kangar setiap hari. Sila rujuk laman web Stesen Sentral Kuala Lumpur untuk maklumat lanjut atau layari laman web Keretapi Tanah Melayu :-
 

http://www.ktmb.com.my