Jemaah Profesor UniMAP

 

Majlis Profesor UniMAPTemp files telah ditubuhkan pada tahun 2011 dan merupakan satu badan khas yang wajib ditubuhkan di setiap universiti di Malaysia. Buat masa ini jumlah ahli Majlis Profesor Universiti UniMAP adalah sekitar 30 orang.

Peranan Majlis Profesor UniMAP adalah seperti berikut :

- Menjadi penasihat dan pakar rujuk kepada perancangan, pengurusan, pelaksanaan, penilaian, pemantauan dan penambahbaikan kualiti bagi proses akademik, penyelidikan dan pentadbiran Universiti.
- Menjadi penghubung antara pengurusan tertinggi, pengurusan pertengahan dan pentadbir dalam penyelarasan aktiviti Profesor UniMAP .
- Menjadi ”think tank” kepada Naib Canselor dan pengurusan tertinggi UniMAP.
- Menjadi pusat rujukan dan penasihatan dalam isu dan permasalahan Universiti.
- Menjadi penilai ’tesis terbaik’ pengajian pasca siswazah.
- Menyediakan ekosistem yang membantu memartabatkan ilmu serta melahirkan bantuan barisan pemikir yang berkaliber.

Di samping menjalankan tugas-tugas di atas, Pejabat ini juga berperanan menjalankan kerja –kerja berkaitan Kampus Lestari sebagaimana harapan dan hasrat Universiti yang ingin melihat Universiti ini menjadi sebuah Universiti yang memartabatkan kehidupan lestari untuk seluruh warganya .

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Kali Ke-126 (Bil. 10/2018) telah meluluskan penjenamaan semula Majlis Profesor UniMAP kepada nama baharu iaitu Jemaah Profesor UniMAP berkuatkuasa 1 November 2018.

 

» Sila layari laman sesawang rasmi Jemaah Profesor UniMAPhttps://majlisprofesor.unimap.edu.my/ ) untuk maklumat lanjut.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Jemaah Profesor UniMAP, sila hubungi:

Jemaah Profesor UniMAP
Pn. Hanimah Karjoo
Penolong Pendaftar
Tel.: +604 979 7947
Fax : +604 979 7948
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Tarikh dikemaskini: 30 Januari 2019