Events Calendar

JEMPUTAN KE PROGRAM KEM IBADAT INSAN CEMERLANG (SIRI 5) 2019.

From Wednesday 27 March 2019 -  08:00am
To Thursday 28 March 2019 - 05:00pm
by Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.Hits : 44

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan, 

JEMPUTAN KE PROGRAM KEM IBADAT INSAN CEMERLANG (SIRI 5) 2019. 

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk. 

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Islam dengan kerjasama POTENSI UniMAP akan menganjurkan Kem Ibadat Insan Cemerlang (Siri 5) sempena cuti sekolah bulan Mac 2019 untuk anak-anak kakitangan UniMAPTemp files seperti ketetapan berikut: 

Tarikh : 27 - 28 Mac 2019 (Rabu - Khamis) 
Tempat : Pendang Lake Resort, Kedah 
Yuran : RM 95.00 sahaja. (Konsultan, pengangkutan, makanan, penginapan dan sijil) 
Umur : 10 - 17 tahun 

3. Sehubungan dengan itu, Pusat Islam dan POTENSI UniMAP menjemput anak-anak kakitangan UniMAP untuk menyertai kem ini. Kem pada kali ini akan mengfokuskan anak-anak kepada 3 modul utama iaitu minda, hati dan sikap untuk melatih mereka membina jatidiri dan sahsiah diri sebagai seorang pelajar yang hebat dan berjaya yang akan dikendalikan oleh Attitude Training & Consultancy. 

4. Bersama ini dilampirkan tentatif dan borang penyertaan. Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung dengan Ustaz Nasrul bin Che Ali (014-3443989) atau Ustazah Nurhanisah binti Shukeri (013-4822454) . Tarikh tutup penyertaan ialah pada 20 Mac 2019 . Kerjasama dan perhatian semua didahului dengan ucapan terima kasih. 


Sekian, terima kasih. 

 

BORANG PENDAFTARAN                                     TENTATIF KEM IBADAT INSAN CEMERLANG

Back