Events Calendar

Jemputan Ke Bengkel Penghasilan Sistem Kompos Mudah

Thursday 16 August 2018 08:30am - 01:00pm
by Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.Hits : 46

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE BENGKEL PENGHASILAN SISTEM KOMPOS MUDAH 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 

Centre of Excellence for Biomass Utilization, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses, Universiti Malaysia Perlis akan menganjurkan satu bengkel ”Penghasilan Sistem Kompos Mudah”. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati ingin menjemput YBhg Prof/ Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri bengkel ini. 

Berikut adalah butir-butir program: 

Tarikh  : 16 Ogos 2018 (Khamis) 
Masa    : 8.30 pagi – 1.00 tengahari 
Tempat : Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses, UniMAP, Kompleks Pusat Pengajian 
Jejawi 3, Jejawi, Arau, Perlis 
Penceramah          : Prof Dr Mahamad Hakimi Ibrahim (Pakar Sistem Kompos Mudah) 
Yuran penyertaan : RM 60/peserta (Yuran termasuk nota, sijil dan makanan) 
Highlight bengkel  : Demo dan 'hands-on' tentang tatacara penghasilan tong sistem kompos mudah. 

Bengkel ini dianjurkan untuk memberi pendedahan teknik terkini penghasilan kompos dari pakar sistem kompos mudah dan di akhir kursus, peserta boleh menghasilkan sendiri baja kompos daripada sisa dapur dan kebun dalam keadaan yang terkawal. 

Mohon maklumkan kehadiran YBhg Prof/ Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dengan mengisi link google form berikut sebagai borang pendaftaran sebelum 13 Ogos 2018: 

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdzBZeGs-SnfyoTjKvkIknfsaqkhbcjQIOjCRqc2ZkS2hcbUQ/viewformTemp files 

Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi pihak kami dan mohon maklumkan kehadiran kepada PIC program iaitu : Ts Dr Irnis Azura (013-5969885/ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.), Dr Ku Syahidah (013-5105424/ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) atau Dr Syazni (012-3242049/ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.). 

Bersama-sama ini dilampirkan poster bengkel untuk tindakan YBhg. Dato/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan selanjutnya. 

Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 

Sekian, harap maklum. 

 

POSTER BENGKEL

Back