Events Calendar

Makluman Pertandingan Festival Kebudayaan Antara Pusat Pengajian FestKAPP 2017

Wednesday 27 September 2017 08:00am
To Sunday 01 October 2017
by Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.Hits : 47
 
“1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”
           UniMAP DIIKTIRAF MS ISO 9001 : 2015


Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Makluman Pertandingan Festival Kebudayaan Antara Pusat Pengajian FestKAPP 2017
 
Adalah dimaklumkan bahawa Unit Kebudayaan Dan Rekreasi (UKR) UniMAPTemp files akan menganjurkan kursus Festival Kebudayan Antara Pusat Pengajian FestKAPP 2017 pada ketetapan seperti berikut :-

Tajuk        : Festival Kebudayaan antara Pusat Pengajian FestKAPP 2017
Tarikh       : 27 September – 1 Oktober 2017
Tempat     : Dewan Kecemerlangan, Kampus UniMAP Pauh Putra

Untuk makluman tuan/puan, objektif penganjuran kursus ini adalah seperti berikut :

1) Mencungkil bakat dikalangan pelajar UniMAP di peringkat Pusat Pengajian bagi membuat pemilihan untuk mewakili UniMAP bagi Pertandingan peringkat MAKUM dan One World Culture dsb. 
2) Menerapkan nilai seni dan budaya kepada generasi yang terkini bagi memartabatkankan budaya dan seni negara.

Sehubungan dengan itu, pihak kami menjemput untuk semua Pusat Pengajian bagi menyertai pertandingan ini.  Terdapat lapan (8) pertandingan yang akan di dijalankan pada FestKAPP 2017:
1.    Pertandingan Sayembara Puisi Perpaduan
2.    Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik & Irama Malaysia
3.    Pertandingan Permainan Warisan
4.    Pertandingan Band akustik
5.    Pertandingan Tarian Kreatif
6.    Pertandingan Dekorasi Kolam
7.    Pertandingan Rekacipta Tanglung
8.    Pertandingan International Got Talent (terbuka pada Pelajar Antarabangsa)

Untuk makluman, hadiah akan ditawarkan kepada setiap pemenang bagi pertandingan tersebut. Nisbah penyertaan kaum yang seimbang akan dinobatkan sebagai pemenang “Anugerah Khas Juara Perpaduan”. 
Untuk maklumat lanjut boleh terus berhubung dengan En. Libren Francis Doublin, Pegawai Kebudayaan (04-9798721) dan En. Muhammad Daniel Zamzuri Anuar, Artis Budaya (04-9798719).

Penglibatan setiap Pusat Pengajian amatlah dihargai dan bersama kita memartabatkan seni dan budaya bangsa.

Sekian, terima kasih.

Back