Events Calendar

Tawaran Biasiswa Bagi Kakitangan Bukan Akademik IPTA Sesi Pengajian 2018/2019

Thursday 09 March 2017 08:00am - 05:00pm
by Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.Hits : 286

 

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

KEPADA SEMUA STAF UniMAP YANG BERKELAYAKAN

YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan 

TAWARAN BIASISWA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) UNTUK MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH BAGI KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK IPTA BAGI SESI PENGAJIAN 2018/2019 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI.


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi ingin mempelawa para pentabir dan pegawai bukan akademik IPTA , Gred 41 dan ke atas yang berkhidmat  di bawah Universiti Awam untuk memohon program Hadiah Latihan Persekutuan Staf Bukan Akdemik IPTA (HLP) sesi pengajian 2018/2019 bagi mengikuti kursus-kursus di peringkat Sarjana dan Ph.D di Universiti Awam (UA). Tawaran ini telah dibuka untuk permohonan mulai 1 Mac 2017 sehingga 31 Mac 2017 sehingga jam 5.00 petang.

3.         Sehubungan itu, pegawai-pegawai yang berminat dan berkelayakan berdasarkan kepada syarat-syarat permohonan seperti di Lampiran A dialu-alukan untuk memohon secara atas talian di pautan https://biasiswa.mohe.gov.my/hlpTemp files atau melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi www.mohe.gov.my . Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian sepenuhnya dengan mengikuti panduan yang telah disediakan dan tiada sebarang dokumen perlu dihantar secara manual ke Bahagian Biasiswa bagi permohonan tersebut.

4.         Permohonan yang diterima selepas 31 Mac 2017 tidak akan diproses dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan tawaran ini bolehlah dirujuk kepada Unit Biasiswa, Bahagian Biasiswa,Kementerian Pendidikan Tinggi di talian 03-8870 6370 atau melalui emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. .

5.          Bersama-sama ini dikemukakan juga surat edaran beserta Lampiran untuk makluman dan perhatian semua berkenaan permohonan ini.

 

Sekian terima kasih

 

PANDUAN KERTAS CADANGAN

SURAT EDARAN

LAMPIRAN A

Back