12 APRIL – Lebih 40 pemimpin mahasiswa dari Rangkaian Universiti-universiti Teknikal Malaysia (MTUN) berhimpun dan berkampung bagi menyertai Kembara Ilmu yang berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) baru-baru ini.

Program selama lima hari diisi padat dengan perbincangan mengenai Halatuju Universiti MTUN kearah Student Union dan sumbangan Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan MTUN kepada industri.

Menurut Exco Digital dan Publisiti, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Muhamad Zikry Mohd Zulkaflee, kami berbincang mengenai cadangan dasar-dasar dan rangka yang telah dibentuk oleh setiap universiti terlibat bagi memantapkan struktur organisasi pelajar.

“Selepas perbincangan yang teliti, kami bersetuju Student Union akan menjadi platform kepada pelajar untuk mentadbir sesebuah organisasi mengikut pandangan matang oleh mahasiswa tanpa sebarang campur tangan pihak universiti.

“Malah struktur pentadbiran Student Union di universiti MTUN akan berlainan dengan universiti awam yang lain,” katanya ketika dihubungi.

Tambah beliau, Student Union sepatutnya menjadi sumber utama bagi memastikan ketelusan pentadbiran, integriti dan sikap professional dalam menguruskan hal kewangan dan program-proram kebajikan dan aktiviti pelajar.

“Kami juga bersetuju bahawa Student Union boleh dilaksanakan mengikut gerak kerja yang telah dipersetujui melibatkan sembilan orang Jawatankuasa Eksekutif yang mempunyai skop kerja yang berbeza.

“Mereka yang dilantik perlu melalui pelbagai latihan supaya mereka boleh menggendali urusan pentadbiran, kewangan, kebajikan dan prasarana mahasiswa dengan sebaiknya,” katanya.

Ujar beliau lagi, selain berforum mereka juga turut mengadakan perbincangan teliti mengenai sumbangan TVET dan MTUN kepada industry.

“Walaupun banyak input yang diperoleh tetapi dek kesuntukan masa, objektif program tidak dapat dicapai sepenuhnya.

“Namun saya yakin perbincangan ini akan dilanjutkan pada perkampungan mahasiswa di UniMAP pada 12 hingga 14 April 2019 nanti agar lebih banyak input dari pelbagai perspektif dapat diperoleh bagi menambahbaik sistem yang telah sedia ada,” katanya.

Selain UniMAP yang menghantar 26 peserta, kembara ilmu turut disertai oleh dua universiti MTUN lain iaitu Universiti Tun Hussien Onn (UTHM) dengan penyertaan lapan pelajar; dan UTeM dengan 15 pelajar.

40 Pemimpin Mahasiswa MTUN Berkampung di Kembara Ilmu

40 Pemimpin Mahasiswa MTUN Berkampung di Kembara Ilmu

40 Pemimpin Mahasiswa MTUN Berkampung di Kembara Ilmu

40 Pemimpin Mahasiswa MTUN Berkampung di Kembara Ilmu

40 Pemimpin Mahasiswa MTUN Berkampung di Kembara Ilmu

40 Pemimpin Mahasiswa MTUN Berkampung di Kembara Ilmu

40 Pemimpin Mahasiswa MTUN Berkampung di Kembara Ilmu

40 Pemimpin Mahasiswa MTUN Berkampung di Kembara Ilmu

40 Pemimpin Mahasiswa MTUN Berkampung di Kembara Ilmu

40 Pemimpin Mahasiswa MTUN Berkampung di Kembara Ilmu

40 Pemimpin Mahasiswa MTUN Berkampung di Kembara Ilmu

Kangar, 11 April – Timbalan Pendaftar Kanan Universiti Sains Malaysia (USM) Mohd Saad Din dilantik sebagai Pendaftar baharu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berkuatkuasa 1 April lalu.

Beliau yang sebelum ini bertugas di Bahagian Sumber Manusia Jabatan Pendaftar di USM bersara wajib pada Mac baru-baru ini sebelum dilantik sebagai Pendaftar UniMAP sehingga Januari 2021 bagi menggantikan Tuan Zuber Mohamed yang juga bersara wajib pada 15 Januari lalu.

Mohd Saad yang berasal dari Telok Cengai, Alor Setar berkelulusan Sarjana Pentadbiran Awam (MPA) dari USM mula berkhidmat di universiti itu pada 1April 1986 sebelum bersara wajib pada usia 58 tahun.

Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan sumber manusia telah menabur bakti selama 32 tahun  di universiti yang terletak di Pulau Pinang itu sebelum dilantik menjadi Pendaftar Keempat UniMAP ,hari ini.

Terdahulu, Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal hadir menyaksikan Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Pendaftar UniMAP di antara Zuber dan Mohd Saad yang diadakan di Pejabat Naib Canselor, di sini, hari ini.

Mohd Saad Din Pendaftar Baharu UniMAP

Mohd Saad Din Pendaftar Baharu UniMAP

Mohd Saad Din Pendaftar Baharu UniMAP

Mohd Saad Din Pendaftar Baharu UniMAP

Mohd Saad Din Pendaftar Baharu UniMAP

PAUH PUTRA, 10 AprilUniversiti Malaysia Perlis (UniMAP), melalui Kelab Gyrosociety (GYROS) dan Kelab Staf Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Pembuatan telah menganjurkan Program Jejak Bakti 2.0 di di Sekolah Kebangsaan Guar Nangka, Mata Ayer, di sini, baru-baru ini.

Program sehari itu turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dengan  disertai seramai 45 pelajar dan 25 staf PPK Pembuatan.

Dekan PPK Pembuatan, Prof. Madya Dr. Noorhafiza Muhammad, berkata  program kebajikan dan kemasyarakatan itu diadakan bertujuan bagi  menyemai sikap mesra komuniti antara warga UniMAP dengan masyarakat setempat.

“Seperti yang telah kita sedia maklum, program kemasyarakatan dan khidmat komuniti memang sinonim dengan mahasiswa di institusi pengajian tinggi.

“Pembabitan mereka dalam program khidmat komuniti bukan sahaja dapat melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran insaniah,malah ia akan dapat  menanam sifat kesukarelawanan dan suka membantu mereka yang memerlukan dalam kalangan mahasiswa masa kini, katanya ketika menyampaikan ucapan aluan pada program itu.

Turut hadir, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Guar Nangka, Mohd Nazdri Jaafar.

Ujar Noorhafiza lagi, pihaknya akan menjadikan  program CSR itu sebagai acara tahunan kerana melihat dari penyertaan dan komitmen yang diberi oleh pelajar dan staf amat menggalakkan.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut adalah ceramah motivasi, penyelenggaraan kemudahan asrama, mengecat, melukis mural, serta sumbangan rak kasut hasil mini projek pelajar UniMAP melalui subjek Bengkel Kejuruteraan.

Sementara itu, Mohd Nazdri, berkata pihaknya berterima kasih atas keprihatinan PPK Pembuatan UniMAP dalam memberikan sumbangan tenaga dan keperluan terhadap sekolah tersebut.

“Saya amat berharap kerjasama antara sekolah ini dan UniMAP dapat kita teruskan lagi pada masa akan datang,” ujarnya.

Khidmat Sosial Jejak Bakti 2.0 Erat Hubungan Warga UniMAP, Masyarakat

Khidmat Sosial Jejak Bakti 2.0 Erat Hubungan Warga UniMAP, Masyarakat

Khidmat Sosial Jejak Bakti 2.0 Erat Hubungan Warga UniMAP, Masyarakat

Khidmat Sosial Jejak Bakti 2.0 Erat Hubungan Warga UniMAP, Masyarakat

Nilai, 30 Mac - Mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dianugerahkan Anugerah Pemimpin Program Sains, Teknologi & Inovasi sempena Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan 2018 yang berlangsung di Universiti Islam Sains Malaysia (USIM), di sini.

Mahasiswa Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan (PPIPT) itu, Muhammad Nurfiqri Mohd Hajar berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 beserta trofi dan sijil.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Dato’ Kamel Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan Strategik , Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Selain Muhammad Nurfiqri, dua mahasiswa UniMAP iaitu Aqila Natasya Allawi dan Shahrun Nizam Shahrun Nahar pula berjaya meraih Anugerah Khas Ketua Pengarah bagi pencapaian cemerlang sepanjang 2018.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniMAP, Prof Dr Mohd Foad Sakdan turut hadir memberi sokongan kepada mahasiswa-mahasiswa UniMAP.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik ketika berucap merasmikan ATS 2018 berkata pemilihan pemenang adalah mengambil kira penglibatan mahasiswa dalam program, pencapaian akademik dan sahsiah diri/kumpulan calon.

Katanya, selain anugerah utama,  KPM turut mengiktiraf mahasiswa yang berkecimpung dalam bidang masing-masing menerusi  15 kategori lain.

“Ia selaras dengan aspirasi KPM untuk melahirkan insan yang holistik di tengah-tengah setiap komuniti dan masyarakat, pengurniaan anugerah seumpama ini mampu menjadi wadah kepada mahasiswa untuk menonjolkan sifat kepimpinan serta bergiat lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum,” kata beliau yang turut menyampaikan Anugerah Tokoh Siswa 2018 dan Anugerah Menteri Pendidikan.

Anugerah bagi kategori-kategori lain turut disampaikan oleh Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Datin Paduka Ir. Dr Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, KPM; Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, KPM, Profesor Dato' Ts Dr. Mohd Ismail Abd Aziz serta kepimpinan institusi pendidikan tinggi awam dan swasta.

Senarai penuh penerima anugerah bagi tahun 2018:

1. ANUGERAH PEMIMPIN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR - AFIFAH BINTI ABDUL SHUKOR (UIAM)

2. ANUGERAH PEMIMPIN KOLEJ KEDIAMAN - MOHD ASWAN MOHD AMIN (UniSZA)

3. ANUGERAH PEMIMPIN FAKULTI/PERSATUAN/KELAB - AMIR FIRDAUS EDDY ROSYADIE (UM)

4. ANUGERAH PEMIMPIN BADAN BERUNIFORM - NUR NAJJAH ABD MANAS (USM)

5. ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM KEUSAHAWANAN - MUHAMMAD ZIYAD MOHD YAZID (UniSZA)

6. ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM KEBUDAYAAN - JERRY YACOB (USM)

7. ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI - MUHAMMAD NURFIQRI MOHD HAJAR (UniMAP)

8. ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM SUKAN - MUHAMMAD SYAFIK RAHMAT (UTM)

9. ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM PENGUCAPAN AWAM - NUR ADIBAH AHMAD ZAMRI (UPSI)

10. ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM WACANA INTELEK - ABDUL KADIR SHAH SAHIBUDEEN (UM)

11. ANUGERAH PEMIMPIN PELAJAR ANTARABANGSA - ADITYA HUTAMA ISWARDI (UPM)

12. ANUGERAH PEMIMPIN SUKARELAWAN (KESEJAHTERAAN KOMUNITI) - MOHD HAFFIS TEH (UKM)

13. ANUGERAH PEMIMPIN SUKARELAWAN (ALAM SEKITAR) - TAN CHUN TAT (UKM)

14. ANUGERAH PEMIMPIN SUKARELAWAN (TERBUKA) - MUHAMMAD IRSYAD ZAINI (UM)

15. ANUGERAH PASUKAN SUKARELAWAN TERBAIK - UMISSION CLUB (KETUA PASUKAN SITI KHADIJAH KHOSIM) (UIAM)

Selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang ingin melahirkan sumber manusia lengkap dari segi mental dan fizikalnya, pembinaan Kemahiran Insaniah (KI) atau Soft Skills dalam diri pelajar di peringkat universiti menjadi fokus utama bagi semua institusi pendidikan tinggi (IPT) Negara. Seperti IPT lain, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) juga tidak ketinggalan bagi memenuhi tujuh kunci KI dengan mengadakan pelbagai program berkala kepada mahasiswanya khusus bagi mematangkan mahasiswa ini.

Terkini, UniMAP telah menghantar 32 pemimpin mahasiswanya yang terdiri daripada ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2017/2018 merentasi benua Eropah selama lapan hari tujuh malam untuk ke Poland, Belgium dan Belanda melalui program Jelajah Ilmu UniMAP ke – 14, baru-baru ini. Mantan Yang Dipertua (YDP) MPP 2017/2018, Muhammad Amir Hakim Razali berkata mereka berkesempatan ke Parlimen Kesatuan Eropah atau lebih dikenali sebagai ‘European Union (EU) Parliament’ di Brussels Belgium dan bersoal jawab mengenai keadaan semasa Negara tersebut.

“Pengalaman ini sangat mengujakan dan telah membuka minda kami sebagai pemimpin muda untuk lebih berfikiran jauh selain lebih memahami keadaan dunia luar.”

“Malah penjelasan mengenai isu menarik diri dari Kesatuan Eropah (EU) atau ‘Brexit’ untuk menstabilkan kedudukan dan peluang penduduk Britain dalam bidang pekerjaan dan sebagainya tanpa persaingan Negara EU lain telah memberi gambaran betapa beratnya tanggungjawab pemimpin bagi menjaga sesebuah Negara,” katanya ketika tanya pemberita mengenai lawatan Jelajah Ilmu tersebut.

Ujar Amir Hakim lagi, ini secara tidak langsung memberi peringatan kepada kami bahawa dalam sesetengah situasi, keputusan berat perlu diambil bagi memberikan impak positif kepada Negara dan penduduknya di kemudian hari.

“Walaupun impaknya tidak dapat dilihat dalam masa terdekat tetapi ia pasti akan membawa manfaat kepada Negara dan rakyat Negara itu tidak lama lagi dan sebagai pemimpin kita harus matang dalam membuat pertimbangan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan pula ketika dihubungi berkata program berkenaan berupaya meningkatkan kemahiran berkomunikasi; berfikiran kritis; kemahiran kerja berpasukan; serta pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat di kalangan peserta; moral dan etika professional; dan kemahiran kepimpinan.

“Program Jelajah Ilmu UniMAP adalah program tahunan bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran insaniah yang ada dalam diri pemimpin muda kita. “Mereka telah melalui pelbagai proses untuk memantapkan fizikal dan mental mereka dan program Jelajah Ilmu adalah program kemuncak universiti dalam membentuk pemimpin masa depan,” katanya.

Ujarnya lagi, kali ini kita memilih tiga Negara iaitu Poland, Belgium dan Belanda yang merupakan Negara kuasa besar dan dari situ mereka akan lebih cakna dan peka terhadap perkembangan isu-isu global.

“Isu-isu global sebenarnya memainkan peranan utama dalam mencorak dimensi politik serta hubungan diplomatik antara negara-negara di dunia,” katanya. Beliau percaya, sebagai pelapis kepimpinan negara pada suatu masa akan datang, anak muda terutamanya mahasiswa perlu matang dan bersedia menggalas wawasan tinggi untuk memacu hala tuju negara supaya Malaysia dapat berdiri serta bersaing sama hebat setanding negara-negara maju seperti di Eropah.

Turut sama dalam jelajah ini adalah Canselor UniMAP yang juga merupakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama-sama puteri baginda, Sharifah Adriana Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Tidak ketinggalan adalah wakil dari UniMAP iaitu Naib Canselor, Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal; Timbalan Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan; Pengarah Pusat Hal Ehwal Antarabangsa, Dr. Salsuwanda Selamat; termasuk dua pegawai pengiring iaitu Ahmad Mu’adz Nazari dan Aizatul Akma Wani Ariffin dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

Jelajah Ilmu Bentuk Mahasiswa Matang

ARAU, 28 Mac – Biarpun baharu pulih dari kecederaan lutut, Mohammad Firdaus Jamen atau Hulk Malaysia membuktikan kekuatannya sukar digugat apabila muncul johan Brunei StrongestMan And Women 2019 yang berlangsung di Harun's Gym, Stadium Hassanal Bolkiah baru-baru ini. Beliau berjaya membawa pulang pingat, wang tunai RM 3000 dan sijil penyertaan menewaskan empat peserta lain bagi kategori Terbuka Lelaki.

Mohammad Firdaus, 25, yang baharu 10 bulan menjalani pembedahan lutut setelah putus patellar tendon tampil bergaya memenangi enam dari tujuh rutin yang ditetapkan oleh penganjur.

Beliau yang juga kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berkata, kesemua peserta perlu melalui tujuh rutin dan satu rutin khas bagi melengkapkan pertandingan ini.

“Saya berjaya memenangi rutin menterbalikkan tayar seberat 450 kilogram sebanyak lima kali dengan catatan masa terpantas; membawa lari beban di bahu seberat 280 kilogram juga dengan catatan masa terpantas; mengangkat beban melepasi kepala seberat 90 kilogram dengan ulangan terbanyak dalam masa 60 saat (menang dengan tujuh ulangan).

“Malah, saya juga berjaya mengangkat batu seberat 100 kilogram ke bahu dengan ulangan terbanyak dalam masa 90 saat (mendapat tempat 3 dengan 1 ulangan) dan satu rutin khas iaitu mengangkat batu sungai seberat 110 kilogram ke bahu di mana hanya saya seorang sahaja yang mampu mengangkat batu tersebut,” katanya.

Katanya lagi, beliau turut memenangi rutin mengangkat beban seberat 180 kilogram dengan ulangan terbanyak dalam masa 60 saat (menang dengan 15 ulangan); menarik lori 2 tan sejauh 15 meter dengan menggunakan tangan sahaja (menang dengan jarak terjauh); mengangkat kereta Ford Ranger dengan ulangan terbanyak dalam masa 60 saat (menang dengan 10 ulangan).“Sememangnya Brunei StrongestMan And Women 2019 mencabar mental fizikal kami kerana terdapat tiga rutin terbaharu dan majoriti atlet masih belum pernah mencubanya.

“Sekiranya kurang persediaan, atlet tersebut berkemungkinan akan gagal melepasi rutin yang ditetapkan,” katanya.

Selain kategori Terbuka Lelaki, terdapat dua (2) kategori lain yang dipertandingkan iaitu Remaja Lelaki bawah 21 (Men's Youth Under 21); dan Terbuka Wanita (Women's Open) dengan 16 penyertaan keseluruhan.

Muhammad Firdaus juga dijangka akan menyertai Kejohanan World Natural Strongestman 2019 di Budapest, Hungary pada Mei 2019 yang bakal disertai oleh 26 buah Negara.

Firdaus ‘Hulk’ Malaysia Johan Brunei Strongest Man and Women 2019

Firdaus ‘Hulk’ Malaysia Johan Brunei Strongest Man and Women 2019

Firdaus ‘Hulk’ Malaysia Johan Brunei Strongest Man and Women 2019

Firdaus ‘Hulk’ Malaysia Johan Brunei Strongest Man and Women 2019

ARAU, 26 Mac – Seramai 193 kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerima anugerah pada Majlis Anugerah Seri Gemilang 2018 (AGS) yang berlangsung di Dewan Mes Pegawai Kanan PDRM Kangar, di sini baru-baru ini.

Mereka adalah 129 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang; 54 Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang; dan 10 Anugerah Penghargaan Khas. Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata setelah 17 tahun tertubuhnya UniMAP, pelbagai pengalaman pahit manis telah ditempuhi bersama.

“Tidak syak lagi, seluruh warga universiti mengembling tenaga sekian nama demi menaikkan nama institusi ini.”

“Jika dilihat anugerah yang diberikan hari ini, tidaklah seberapa apabila dibandingkan dengan jasa yang telah ditabur,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan pada majlis tersebut.

Tambah beliau, masih banyak lagi yang perlu dilakukan kerana perjalanan menuju UniMAP 2025 masih jauh dan amat mengkehendaki titik peluh warga UniMAP dari segenap sudut perkhidmatan.

“Tingkatkanlah usaha menabur bakti tanpa jemu. Sesungguhnya, tanpa saudara-saudari, laluan yang bakal ditempuhi pasti lebih mencabar lagi.” katanya.

Berangkat hadir pada majlis tersebut adalah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang merupakan Pro Canselor UniMAP.

Hadir sama, YAB Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man; dan Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP, Datuk Prof Emeritus Dr. Kamarudin Hussin.

193 Kakitangan UniMAP Terima ASG 2018

193 Kakitangan UniMAP Terima ASG 2018

193 Kakitangan UniMAP Terima ASG 2018

193 Kakitangan UniMAP Terima ASG 2018

193 Kakitangan UniMAP Terima ASG 2018

Segamat, 25 Mac - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melaksanakan misi tanggungjawab sosiaal universiti (USR) dengan menyumbangkan panel solar bagi menerangi kawasan gelanggang futsal di Kampung Kudung, Bekok dekat sini.

Naib Canselornya, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, antara lainnya sumbangan tersebut turut bertujuan mendidik masyarakat tentang teknologi tenaga boleh diperbaharui melalui sumber matahari.

Ujar beliau, menerusi program yang dianjurkan itu penduduk turut di beri penerangan tentang proses simpanan tenaga dan pengecasan bateri melalui teknologi solar.

Jelasnya, teknologi merupakan sesuatu yang bersifat teknikal, namun apabila melibatkan komuniti kita seharusnya menggunakan pendekatan yang lebih mudah difahami dan ini sangat penting dalam mewujudkan masyarakat yang celik teknologi.

“Atas dasar itu, kesemua 40 pelajar kejuruteraan UniMAP yang terlibat dengan misi ini telah diminta untuk menerapkan perkongsian ilmu teknologi kepada masyarakat orang asli dari suku kaum Jakun yang merupakan majoriti penduduk di kampung berkenaan.

“Hasilnya, kita dapat melihat keterujaan penduduk yang mana mereka turut mengharapkan agar teknologi tersebut dapat diaplikasikan ke seluruh kampung,” ujar beliau. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Papan Solar kepada Ketua Penduduk, Tok Batin Kassim di sini hari ini. Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor HEPA UniMAP; Prof. Dr. Mohd. Foad Sakdan, Pengarah Pusat Sukan UniMAP; Suhizaz Sudin dan Pengetua Kolej Kediaman Bumita; Dr. Hirwan Jasbir Jaafar.

Program yang berlangsung selama empat hari itu dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) Majlis Penghuni Kolej Kediaman Bumita serta Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Sepanjang program, para peserta yang dibahagikan kepada keluarga angkat masing-masing turut menjayakan aktiviti USR lainnya seperti gotong-royong memasak, motivasi pelajar, mempelajari teknik survival di hutan dan sungai selain mengenali adat resam serta budaya tempatan.

Zul Azhar berkata, UniMAP turur mengambil peluang menyampaikan sumbangan pribadi kepada empat buah keluarga yang terdiri daripada warga emas, saudara baharu dan orang kelainan upaya.

Jelas beliau, meskipun ia merupakan kunjungan kali pertama UniMAP ke kampung berkenaan, namun penduduk setempat telah memberikan sambutan yang luar biasa termasuk menyediakan menu makanan tradisi masyarakat orang asli.

“Saya percaya para peserta telah melalui satu proses yang menyeronokkan apabila turut berpeluang merasai pelbagai menu masakan hanya berasaskan satu sumber makanan iaitu ubi kayu.

 “Insya Allah program sebegini akan diteruskan lagi di masa akan datang dan UniMAP pasti akan membawa teknologi baharu pula untuk diperkenalkan kepada penduduk,” ujarnya lagi.

UniMAP Sumbang Panel Solar

UniMAP Sumbang Panel Solar

UniMAP Sumbang Panel Solar

Kangar, 19 Mac – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya membuktikan graduan kejuruteraannya diterima baik oleh industri dan kekal berkhidmat sebagai jurutera atau jurutera teknologi sebaik tamat pengajian.

Naib Canselornya, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pusat Kerjasama Industri dan Kerajaan (CIGC) UniMAP, peratusan graduan mendapat pekerjaan melebihi kadar 80 peratus setiap tahun.

Menurut beliau, sekiranya diperincikan mengikut sektor perkhidmatan pula, sekitar 31.38 peratus graduan bekerja dalam sektor pembuatan; 19.4 peratus dalam sektor saintifik dan teknikal; 11 peratus dalam sektor pembinaan dan enam peratus dalam sektor maklumat dan komunikasi.

“Secara umumnya, data ini membuktikan graduan kejuruteraan UniMAP bekerja mengikut bidang yang diambil sewaktu di universiti iaitu antaranya kejuruteraan pembuatan, kejuruteraan alam sekitar dan bangunan serta kejuruteraan komputer dan perhubungan,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang menyatakan kecenderungan graduan kejuruteraan bekerja dalam sektor yang tidak berkaitan dengan bidang yang dipelajari kini menunjukkan trend yang membimbangkan.

Antara lainnya, Chow berkata, adalah amat menyedihkan sekiranya graduan jurutera yang telah diberi pendedahan tenaga kerja mahir memilih untuk bekerja dalam sektor-sektor lain seperti insurans dan pemasaran yang mana ia merupakan kerugian kepada negara.

Menurut Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar, tidak dinafikan trend tersebut sememangnya ada tetapi, UniMAP sebagai sebuah universiti yang berteraskan kejuruteraan sentiasa memastikan kurikulum pengajaran yang ditawarkan adalah bertepatan dan selari dengan kehendak industri.

Ujarnya, ia termasuklah melantik pensyarah pelawat dari kalangan pemain industri selain menyediakan prasarana dan kemudahan mesin dan peralatan serta makmal yang setanding dengan industri.

Tambah beliau, UniMAP bukan sahaja mendapat kepercayaan industri tempatan, sebaliknya graduan keluaran universiti turut mendapat pengiktirafan dari syarikat-syarikat luar negara dan ia dibuktikan melalui keberadaan alumni UniMAP di seluruh dunia.

“Terkini Clarivate Analytics dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Laporan Pencapaian Penyelidikan dan Inovasi Universiti di Malaysia 2013 – 2017 turut menyebut UniMAP diterima baik oleh sektor industri di Amerika Syarikat dan China terutama oleh syarikat berasaskan teknologi robotik.

“Dengan pencapaian-pencapaian ini, UniMAP akan terus komited untuk melahirkan graduan kejuruteraan yang berdaya saing dan menyumbang kepada agenda pembangunan negara selaras dengan misi universiti,” ujarnya.

UniMAP Engineering Graduates Accepted by Industry

UniMAP Engineering Graduates Accepted by Industry

UniMAP Engineering Graduates Accepted by Industry

Kangar, 18 Mac – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyediakan makanan percuma untuk pelajar-pelajar di bawah kategori B40 dan asnaf sepanjang minggu peperiksaan berlangsung bagi memastikan para pelajar mendapat makanan yang mencukupi dalam menghadapi proses ulang kaji pelajaran dan seterusnya peperiksaan.

Naib Canselornya, Dato’Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, inisiatif tersebut telah dimulakan pada semester kali ini dengan membabitkan 550 pelajar yang mana masing-masing diberikan kupon makanan bernilai RM5 setiap seorang.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, ada di kalangan para pelajar ini (B40 dan Asnaf) sanggup bekorban dan menggunakan wang pinjaman atau zakat yang diperolehi untuk dikirimkan kepada keluarga di kampung sebagai perbelanjaan seharian.

“Kebiasaannya, musim peperiksaan adalah pada penghujung semester dan ketika ini sebahagian besar pelajar ini sudah kekurangan wang, justeru inisiatif yang diambil ini di harap dapat membantu para pelajar B40 dan asnaf untuk kekal bertenaga menghadapi peperiksaan,”ujar beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar, UniMAP turut menyediakan peluang penjanaan pendapatan kepada pelajar iaitu menerusi bantuan keusahawanan yang menawarkan skim GIG Ekonomi yang mana para pelajar diberikan bimbingan untuk menjalankan perniagaan secara online.

Tambah beliau, UniMAP turut menyediakan “Foodcart Asnaf” dan kiosk keusahawanan khusus untuk para pelajar yang ingin menjalankan perniagaan makanan dan minuman selain turut menawarkan skim dedikasi diri yang manawarkan peluang kerja separuh masa kepada pelajar.

“Menerusi skim ini, para pelajar dibenarkan melakukan kerja sampingan di mana-mana pusat atau jabatan di UniMAP untuk tempoh tidak melebihi lima jam sehari. Kebiasaannya kerja yang ditawarkan adalah berdasarkan kemahiran yang dimiliki pelajar seperti terjemahan, suntingan video, penyediaan slide dan lain-lain tugasan pejabat.

Dalam pada itu, beliau berkata, UniMAP masih meneruskan program wakaf ‘Friendly Kafe’ di sembilan buah kafe di UniMAP yang diperkenalkan semenjak tahun 2017 yang lalu sebagai usaha untuk membantu memberikan makanan percuma yang diwakafkan kepada pelajar.

“Program itu juga memberi peluang kepada mana-mana individu atau organisasi mewakafkan wang untuk pembelian makanan di kafe terbabit supaya dapat diberikan kepada pelajar miskin yang telah dikenal pasti. Program berkonsepkan wakaf ini juga turut dijalankan oleh individu persendirian pusat-pusat pengajian serta kolej kediaman.

“Bagi UniMAP, dengan meneruskan program seperti ini, pemberian yang sekecil itu mampu membantu mengenyangkan perut seorang pelajar yang betul-betul memerlukan,” ujarnya sambil menambah, mulai semester 2019/2020 pula UniMAP akan menyediakan skim penginapan percuma kepada 10 asnaf terpilih setiap tahun.

 

Makanan Percuma Untuk Pelajar Asnaf

Makanan Percuma Untuk Pelajar Asnaf

Kangar, 15 Mac – Stigma negatif masyarakat tentang permainan video sering dikaitkan dengan kelekaan yang melampau hingga menjejaskan urusan seharian.

Namun, bagi pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Muhammad Ikhmal  Yusman berpendapat ia terletak pada diri masing-masing dalam menguruskan jadual seharian.

Katanya, bermain permainan video itu bukan sahaja dapat meredakan tekanan ketika belajar malah dapat menguji kemahiran berfikir.

“Cuma kita harus pandai menguruskan masa bermain dengan pelajaran, tetapkan masa yang sesua untuk bermain, nescaya permainan video tidak akan menjejaskan pelajaran mahupun urusan lain,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Terdahulu, Muhamad Ikhmal bersama rakan sepasukan dalam permainan video , SE-Sport UniMAP berjaya meraih tempat pertama  permainan Pro Evolution Soccer  (Pes2019)  dalam kejohanan E-Sport Wilayah Utara di Universiti Teknologi Petronas (UTP), baru-baru ini.

Mereka yang lain ialah Muhammad Azif Amirul Azmi dan Muhammad Naqiuddeen Abdul Aziz yang juga pelajar sekuliah Muhammad Ikhmal di Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik (PPKSE).

Tambah Muhammad Ikhmal, menyertai pertandingan permainan video juga dapat menambah kenalan baharu dari universiti lain sekaligus dapat bertukar-tukar pendapat dengan mereka.

Beliau berkata, sebelum ini beliau banyak menyertai pertandingan permainan video itu sejak 2016 namun pertama kali mewakili UniMAP bersama pasukan  di kejohanan sukan kampus berkenaan.

“Kami menjalani latihan di studio permainan video rakan-rakan saya di Jitra Kedah apabila hujung minggu dan berazam untuk mencipta kejayaan sama di peringkat nasional pula bulan depan .

“Wang tunai berjumlah RM600 yang diraih di pertandingan baru-baru ini akan digunakan bagi menampung perbelanjaan ke pertandingan itu di Kuala Lumpur untuk mewakili universiti,” katanya.

 

Pesara 2019

KANGAR, 13 Mac – Ibarat tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu buat Nur Dinie Zubir, graduan dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) apabila ditawarkan pekerjaan sejurus dinobatkan penerima anugerah bagi Program C – Drive anjuran Syarikat Continental Automotive Compenants Malaysia Sdn. Bhd., baru-baru ini.

Beliau yang dinobatkan penerima Anugerah Projek Terbaik (Pingat Emas) dan Anugerah Kecemerlangan (Pingat Emas) merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Rekabentuk Rangkaian Elektronik), Fakulti Teknologi Kejuruteran (FTK) UniMAP ditawarkan jawatan Junior Software Engineer di syarikat tersebut yang beroperasi di Pulau Pinang.

Nur Dinie ketika dihubungi menyifatkan ia adalah rezeki berganda buatnya yang sama sekali tidak menyangka akan ditawarkan pekerjaan dan memenangi anugerah pada masa sama.

“Seakan mimpi menjadi nyata dan mungkin ini adalah ‘rezeki terpijak’ buat saya apabila ditawarkan pekerjaan di syarikat multinasional selepas bergraduat Oktober 2018 lalu.

“Saya beruntung kerana di UniMAP sendiri telah menekankan konsep hands-on atau praktikal sebelum berpeluang menjalani latihan industri (LI) di syarikat berkenaan dan kini diambil bekerja di situ.

“Pengalaman berada di sini sejak Januari hingga Jun 2018 (untuk LI) dan Julai hingga Disember 2018 untuk Program C – Drive benar-benar mengajar saya selok-belok bidang automotif ini,” katanya.

Selain pekerjaan dan anugerah yang diraih, beliau turut membawa pulang RM2000 bagi setiap kategori yang dimenanginya.

Selain Nur Dinie, terdapat 14 graduan lain dari pelbagai universiti antaranya Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah disenaraipendek selepas melalui beberapa tapisan.

Sementara itu, Jawatankuasa Jaringan Industri dan Kebolehpasaran Graduan FTK UniMAP, Ts. Mohamad Rizal Abdul Rejab memaklumkan bahawa UniMAP telah menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) selama lima tahun bersama syarikat berkenaan sejak Mac 2018.

“Jaringan hubungan yang baik antara UniMAP dan Continental telah memudahkan pertukaran kepakaran dari segi sumber manusia, penyelidikan dan sebagainya.

“Malah data kebolehpasaran pekerjaan graduan UniMAP 2018 juga menunjukkan seramai enam graduan kita telah diterima bekerja di syarikat tersebut.

“Saya yakin teknik pengajaran dan pembelajaran secara praktikal membantu pelajar UniMAP dalam pelbagai kemahiran seperti pengaturcaraan, perisian, rangkaian komputer, system integrasi dan lain-lain lagi yang memudahkan mereka diterima masuk ke industri selepas bergraduat,” katanya.

 

Pesara 2019

Pesara 2019

KANGAR, 12 Mac – Penyelidik dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Madya Dr. Ong Hui Lin terpilih sebagai penerima Anugerah Fellowship Kepimpinan Penyelidikan Endeavour Australia Cheung Kong Research 2019.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, penganugerahan tersebut membolehkan Dr. Ong menjalani program sangkutan jangka pendek di Deakin University, Geelong, Australia bagi membolehkan belliau menjalankan kerja-kerja penyelidikan.

Menurut beliau, anugerah yang diilhamkan oleh Jabatan Pendidikan dan Latihan Australia dengan kerjasama Cheung Kong Infrastructure (Holdings) Limited itu bertujuan untuk menggalakkan pertukaran ilmu antara penyelidik dan pelajar dari Australia dan negara Asia lainnya.

“Saya dimaklumkan, Dr. Ong merupakan seorang daripada enam penyelidik yang dipilih bagi mengikuti program unik sebegini tahun ini. Kejayaan ini secara tidak langsung membuktikan keterlihatan UniMAP dalam aspek penyelidikan di peringkat antarabangsa.

“Sesungguhnya, sebagai sebuah universiti yang mendokong aspirasi pendidikan negara, UniMAP cuba untuk berubah daripada sebuah pusat penyampaian ilmu semata-mata kepada sebuah institusi yang pelbagai termasuk perkongsian hasil penyelidikan bersama pihak ketiga, dan kejayaan ini membuktikan UniMAP kini berada di landasan yang tepat,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Dr. Zul Azhar, sepanjang tahun 2018 yang lalu, hampir 30 staf akademik UniMAP telah mengikuti program sangkutan di beberapa institusi luar negara antaranya di Prague, Taiwan, Jepun, United Kingdom, Greece, Poland, Hungary, Korea dan Perancis.

Dalam pada itu, Dr. Ong yang juga bekas penerima pertama dari UniMAP bagi Anugerah Fellowship Untuk Wanita dalam Sains dari L’Oreal Malaysia menyifatkan kejayaan itu bukanlah kejayaan individu sebaliknya kejayaan untuk organisasi secara keseluruhannya.

“Saya amat berterima kasih kepada Naib Canselor yang sentiasa memberi ruang dan peluang untuk kami warga UniMAP amnya dan penyelidik khasnya menjalankan penyelidikan tanpa sebarang sekatan dan pada masa sama mengembangkan rangkaian kerjasama kami dengan pihak luar.

“Hal ini penting kerana, dalam bidang penyelidikan, rangkaian hubungan dengan institusi terkenal di luar negara akan meningkatkan reputasi penyelidikan yang dijalankan sekaligus menyerlahkan keterlihatan institusi dalam aspek penyelidikan dan inovasi,” ujarnya.

Penyelidik Terima Anugerah Australia

KANGAR, 12 Mac – Penyelidik dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Madya Dr. Ong Hui Lin terpilih sebagai penerima Anugerah Fellowship Kepimpinan Penyelidikan Endeavour Australia Cheung Kong Research 2019.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, penganugerahan tersebut membolehkan Dr. Ong menjalani program sangkutan jangka pendek di Deakin University, Geelong, Australia bagi membolehkan belliau menjalankan kerja-kerja penyelidikan.

Kangar, 12 Mac – Seramai 19 kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) termasuk mantan Pendaftar UniMAP diraikan di Majlis Penghargaan Pesara 2019, Jasamu Dikenang di Hotel Seri Malaysia, di sini, hari ini.

Mantan Pendaftar UniMAP, Tuan Zuber Mohamad yang bersara wajib pada 15 Januari 2019 antara lima kakitangan yang bersara wajib, manakala dua orang bersara pilihan selain lima kakitangan lagi tamat kontrak kerana mencapai usia 60 tahun.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata majlis itu diadakan khas sebagai salah satu tanda penghargaan, kenangan dan penghormatan kepada pesara di atas segala sumbangan yang telah dicurahkan sebelum ini.

“Justeru saya bagi pihak UniMAP mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas sumbangan dan khidmat bakti yang diberikan.

“Percayalah sesungguhnya, segala pengalaman dan sumbangan anda yang penuh komited kepada penubuhan UniMAP tidak terhitung dengan wang ringgit,” katanya ketika berucap di majlis berkenaan di Hotel Seri Malaysia, di sini.

Hadir sama ke majlis itu ialah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof  Dr Uda Hashim dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) , Prof Dr Mohd Foad Sakdan serta ketua-ketua jabatan UniMAP.

Dalam majlis itu, Dr Zul Azhar turut menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenangan kepada mereka yang bersara.

Mereka yang bersara pada tahun 2019 ialah :-

 

  • En. Abdullah bin Awang
  • Prof. Dr. Zakaria bin Wahab
  • En. Abdul Rashit bin Mustaffa
  •  En. Rosely bin Md. Noor
  • Prof. Dr. Amran bin Ahmed
  • Tuan Haji Zuber bin Haji Mohamad
  • Cik Hasbalaila binti Alias
  • En. Abd. Razak bin Othman
  • Prof. Madya Dr. Idris bin Md. Noor
  • Pn. Norehan binti Ahmad
  • Pn. Nani Maslina Binti Sulaiman Najidi
  • Pn. Sarina binti Din
  • Prof. Madya Dr. Vithyacharan A/L Retnasamy
  • En. Md. Shah bin Jakun
  • En. Azmi bin Hussain
  • En. Sahidan bin Saleh
  • En. Abd. Latif bin Hashim
  • En. Saudiki bin Adam
  • En. Mansor bin Salim

 

Pesara 2019

Pesara 2019

Pesara 2019

Pesara 2019

Kangar, 10 Mac – Dalam usaha memberi pendedahan dan penghayatan beberapa aspek kemahiran insaniah termasuk mencintai alam sekitar, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menawarkan kursus ko-kurikulum Manusia dan  Kelestarian Alam kepada pelajar universiti itu.

Kursus ini merupakan yang pertama ditawarkan di UniMAP dengan diselaraskan oleh Penyelaras Kampus Lestari, Dr Siti Khadijah Zaaba serta disertai 40 pelajar yang berdaftar kursus berkenaan.

Taklimat kursus itu diberikan oleh Dr Siti Khadijah dan dimulakan oleh Ts Dr Irnis Azura Zakarya dengan menyampaikan kuliah berkaitan kompos, termasuk teknik yang digunakan bagi menghasilkan kompos daripada sisa makanan.

Menurut Dr Siti Khadijah, pelajar bukan sahaja diberi penerangan malah turut dibawa bagi menghasilkan baja kompos menggunakan Sistem Kompos Mudah (SKM) yang dilaksanakan berhampiran Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP).

“Lebih menarik, seramai tujuh pensyarah kanan dari pelbagai pusat-pusat  pengajian UniMAP secara sukarela bekerjasama di dalam melaksanakan aktiviti ko-kurikulum itu.

“Pelajar  dibahagikan kepada tujuh kumpulan bagi menjalankan projek yang telah dirancang oleh setiap tujuh pensyarah kanan berkenaan ,” katanya.

Antara pensyarah kanan yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dirancang ialah Dr Umi Fazara Md Ali, Dr Shuhaida Yahud, Dr Norshah Aizat Shuaib, Dr Ragunathan Santiagoo, Dr Sara Tasina Yusof  serta Dr Irnis Azura dan Dr Siti Khadijah sendiri.

Ujar Dr Siti Khadijah, selain kompos aktiviti yang dijalankan ialah menanam pokok, plogging, kitar semula, hidroponik, akuaponik dan carbon footprint.

“Selain aspek kemahiran insaniah kecintaan alam sekitar, aktiviti-aktiviti ini juga dapat memberi pendedahan mengenai kepimpinan, kerjasama, disiplin selain penyaluran tindakan yang berstruktur.

“Kursus ini juga memperbanyakkan platform kerjasama antara universiti lain samada di dalam atau luar negara melalui aktiviti kokurikulum,” katanya.

Jaga Alam

Jaga Alam

Jaga Alam

Jaga Alam

Putrajaya, 8 Mac – Pasukan penyelidik Pusat Kecemerlangan Sistem Tanpa Pemandu (UAS), HAAS Solution Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya meraih tempat ketiga di Pertandingan Parcel Dron peringkat Kebangsaan, semalam.

Pasukan diketuai Prof Dr Hazry Desa (Director), En. Zambri Ibrahim (Leader - GCS & Mission Planner), En Khairi Hazir (Pilot), En Abd Mu'iz (Co-pilot/Video Observer) dan En Azmie (Technical) berjaya membawa pulang hadiah berupa piala iringan serta wang tunai bernilai RM7,000.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo di Kompleks Sukan Air Putrajaya, di sini.

Turut hadir Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md Najib Syed Md Noor.

Pertandingan Parcel Dron yang dianjurkan oleh Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), itu berlangsung selama dua hari bermula kelmarin membabitkan 40 peserta termasuk daripada beberapa institusi pengajian tinggi yang lain.

Peserta diberi dua kesempatan bagi menerbangkan dron dengan muatan seberat dua kilogram dan mereka perlu menerbangkan bungkusan tersebut sejauh dua kilometer merentasi Tasik Putrajaya dan kembali semula ke tapak pelancaran dalam masa terpantas.

Mengenai pertandingan itu, Gobind berkata program ini sangat bertepatan dengan hasrat kementerian di bawah Pelan Strategik Kementerian Komunikasi dan Multimedia 2019-2023 bagi memacu ekonomi digital serta menggalakkan penggunaan teknologi tinggi, dan memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat.

"Melalui program ini, kita juga dapat mencungkil bakat-bakat tempatan yang berpotensi dalam bidang UAV untuk diberikan sokongan dan pengiktirafan agar mereka dapat terus maju ke peringkat lebih tinggi pada masa depan.

DRON

DRON

DRON

PAUH PUTRA 24 Feb - Kontinjen Kor SUKSIS Universiti Malaysia Perlis (UniMAP ) dinobatkan juara keseluruhan Kejohanan Sukan Kor SUKSIS Zon Utara (SUTRA 2019) yang berlangsung mulai 22 hingga 23 Februari (semalam).

UniMAP yang juga tuan rumah bagi SUTRA kali ini berjaya memperolehi tiga pingat emas, dua perak dan empat gangsa menerusi 11 acara yang disertai.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP selaku Komandan Kor SUKSIS UniMAP, ACP (KS) Prof  Dr Mohd Foad Sakdan berkata UniMAP berjaya meraih tiga pingat emas berkenaan menerusi acara futsal lelaki dan wanita serta bola baling wanita.

"Kita berjaya mengatasi pesaing terdekat iaitu Universiti Sains Malaysia (USM) yang meraih tiga pingat emas, satu perak dan enam gangsa.


"Bagi pingat perak UniMAP pula diperolehi menerusi acara bola tampar lelaki dan Iron Men," kata beliau selepas Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah SUTRA 2019 di Kompleks Sukan Syed Sirajudin Areeb Putra, di sini.

Sementara itu, Ajutan Kor SUKSIS UniMAP,  Deputi Superitendan (KS) Mustaffa Ismail    berkata Kor SUKSIS UniMAP selaku penganjur dan tuan rumah kali ini membuat persiapan rapi bagi menerima delegasi kontinjen dari Universiti Awam zon utara.

Katanya, mereka membuat persiapan sejak lima bulan lalu bagi memastikan kelancaran SUTRA 2019.

"Lebih manis UniMAP juga berjaya mencapai kejayaan walaupun menerima saingan sengit daripada UA lain yang tidak kurang hebatnya," katanya ketika ditemui selepas majlis itu.

SUTRA 2019 yang dirasmikan oleh Naib Canselor UniMAP, Dato' Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal itu turut disertai hampir 700 atlet dan pegawai Kor SUKSIS dari UniMAP, USM,Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis, UiTM Kedah, UiTM Perak dan UiTM Pulau Pinang.

Sempena SUTRA 2019 itu juga para pegawai dan jurulatih turut berpeluang bertanding dalam pertandingan Woodball yang semakin popular pada masa kini.

Kor SUKSIS UniMAP Juara SUTRA 2019

Kor SUKSIS UniMAP Juara SUTRA 2019

Kor SUKSIS UniMAP Juara SUTRA 2019

Kangar, 20 Februari – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menandatangani surat hasrat (Letter of Intent-LOI) dengan Macro Dimension Concrete (MDC) Sdn Bhd bagi memenuhi keperluan industri dalam penyediaan konkrit, semalam.

Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata UniMAP menerusi Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) dan Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Bahan menjalinkan kerjasama dengan MDC bagi membangunkan penyelidikan saintifik dalam bidang berkenaan.

Ujarnya, perbincangan berkenaan telah dimulakan sejak beberapa bulan lalu bersama pusat kecemerlangan itu sebelum LOI ditandatangani semalam.

“Selain itu, antara objektif LOI ini adalah bagi memantapkan kewangan luaran, institusi atau jabatan untuk menjalankan aktiviti penyelidikan antara kedua-dua pihak di samping mobiliti kakitangan dan pelajar UniMAP,”  kata beliau ketika majlis menandatangani LOI itu.

Majlis menandatangani LOI berkenaan berlangsung di Pejabat Naib Canselor dengan turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP Prof Ir Dr Rezuwan Kamarudin, Timbalan Naib Canselor  Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniMAP Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan, Pengarah Pusat Kerjasama Industri & Kerajaan Tempatan (CIGC) UniMAP Dr Shafriza Nisha Basah, Pengurus CEGeoGTech Prof Madya Dr Mohd Mustafa Albakri Abdullah, dan Dekan PPK Bahan Dr Mohd Firdaus Omar.

Pada majlis itu, UniMAP diwakili Dr Zul Azhar manakala MDC diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mr Leow Khang Heng.

Tambah Dr Zul Azhar, MDC juga bersetuju untuk memperuntukkan biasiswa kepada pelajar UniMAP di samping penempatan latihan industri serta memperkasa akademi MDC.

“Lebih menarik Akademi MDC turut menawarkan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bertepatan dengan teras UniMAP dalam bidang kejuruteraan,” kata beliau.

MDC telah diperbadankan pada 10 Mac 1997 di Jitra, Kedah Darul Aman bermula dengan membekalkan konkrit siap pakai bagi projek pembinaan kerajaan dan swasta. Kini MDC melakar nama sebagai pengeluar dan pembekal konkrit siap pakai yang boleh dipercayai dalam sektor pembinaan serta meluaskan liputannya ke Lembah Klang dan kawasan timur (Kuantan).

LoI UniMAP - MDC

LoI UniMAP - MDC

LoI UniMAP - MDC

LoI UniMAP - MDC

Kangar, 12 Februari – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bakal menawarkan lapan program akademik di TIBA University , sebuah universiti baharu di bawah naungan Thebes Integrated Institute, Egypt.

Penawaran berkenaan diputuskan hasil daripada perbincangan delegasi UniMAP diketuai Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal dengan Presiden universiti berkenaan, Prof Seddik Afifi sempena lawatan akademik UniMAP ke TIBA University bermula 10 hingga 14 Februari ini.

Dr Zul Azhar berkata sempena lawatan itu juga satu perjanjian persefahaman antara kedua-dua pihak turut ditandatangani di samping melawat tapak kampus TIBA University.

Katanya, program kerjasama ini adalah sangat penting dan memberi impak yang tinggi kepada UniMAP, sejajar dengan saranan Menteri Pendidikan dalam mengantarabangsakan program-program universiti di Malaysia.

“Kerjasama ini adalah bertepatan sekali dan dapat mengembangkan nama UniMAP di persada antarabangsa. Pihak UniMAP akan memberi sepenuh komitmen untuk memastikan usaha ini menempa kejayaan besar di kedua-dua belah pihak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UniMAP Prof Ir Dr Rezuwan Kamarudin, Timbalan Presiden TIBA University Prof Ahmed Siddik, Dekan Pengurusan Akademik UniMAP, Prof Madya Ir Dr Anuar Mat Safar, dan Dekan Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan (PPIPT) UniMAP Dr Tunku Salha Tunku Ahmad.

Ujar Dr Zul Azhar, hubungan kerjasama UniMAP dan Thebes Integrated Institute, Egypt yang mempelopori bidang pendidikan tinggi swasta di Egypt telah bermula sejak tahun 2015 malah pada 2017, salah sebuah universiti milik Thebes Intergrated Institute iaitu Nahda University di Beni Suef, Egypt telah menghantar 12 orang pelajar ke UniMAP bagi mengikuti program mobiliti selama dua minggu. 

“Seterusnya, pada Disember 2017, lima orang pensyarah kanan UniMAP telah dilantik oleh Nahda Universiti sebagai pensyarah pelawat dan berjaya melaksanakan tugas pengajaran di universiti itu selama tiga minggu.

Susulan itu, kesinambungan kerjasama antara UniMAP dan Thebes Intergrated Institute diteruskan dengan beberapa siri perbincangan untuk melaksanakan kerjasama akademik melalui penawaran program akademik UniMAP di TIBA University pula,” katanya.

Sementara itu, Prof Seddik berkata pihaknya berbesar hati dengan kerjasama yang terjalin di antara UniMAP dan menyatakan rasa kagum dengan sistem pendidikan tinggi di Malaysia sekaligus berharap kemajuan dan penambahbaikan dalam pendidikan di Mesir menerusi kerjasama itu.

“Kerjasama ini dapat memberi banyak peluang kepada rakyat Malaysia dan Mesir sendiri dalam pelbagai aspek khususnya aspek pendidikan tinggi dan kami ingin belajar daripada pengalaman Malaysia.

“Kami turut menaruh harapan yang tinggi agar dapat mencapai kejayaan yang lebih besar di masa akan datang tambahan, dapat mengukuhkan hubungan yang terjalin menerusi perjanjian yang ditandatangani, hari ini,” katanya.

Dalam persetujuan tersebut, pihak TIBA University bakal menyediakan kemudahan infrastruktur, fasiliti dan tenaga pengajar manakala pihak UniMAP menyediakan semua perkara berkaitan dengan akademik, kurikulum, jaminan kualiti dan sijil pengijazahan.

Lapan program yang bakal ditawarkan ialah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik, Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer, Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, Sarjana Muda Perniagaan (Keusahawanan Kejuruteraan), Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Kejuruteraan), Sarjana Sains (Penyelidikan) dan Doktor Falsafah (Penyelidikan)

Dalam persetujuan tersebut, pihak TIBA University menyediakan kemudahan infrastruktur, fasiliti dan tenaga pengajar manakala pihak UniMAP menyediakan semua perkara berkaitan dengan akademik, kurikulum, jaminan kualiti dan sijil pengijazahan.

lapan program akademik di TIBA University

lapan program akademik di TIBA University

KUALA LUMPUR, 8 Februari – Pasukan silat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) beraksi cemerlang apabila menjadi johan keseluruhan  kategori terbuka di Kejohanan Silat Terbuka Institut Pendidikan Tinggi (IPT) dan Jemputan Antarabangsa Taming Sari IV, baru-baru ini

Mereka turut membawa pulang dua pingat emas, dua perak dan satu gangsa di kejohanan yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abd Razak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mulai 26 hingga 29 Januari.

Pengarah Pusat Sukan UniMAP, Tuan Suhizaz Sudin berkata UniMAP menghantar lima atlet silat dan menyaksikan Muhammad Ziyad Irham Mohd Rafi meraih pingat emas bagi kategori G Putra manakala Mohammad Syamrin Shah Ramli meraih emas bagi kategori I Putra.

 “Nazirul Mubin Abd Aziz pula meraih pingat perak bagi kategori J Putra manakala Nurshafawati Muhammad Rashidi membawa pulang pingat perak bagi kategori E Puteri serta Norsyamimi Mohd Noor membawa pulang pingat gangsa kategori bebas Puteri,” kata beliau.

Sementara itu, Muhammad Ziyad dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik ketika dihubungi berkata kerana minat yang mendalam mereka mengambil inisiatif pergi ke pertandingan itu sendiri walaupun sedang bercuti semester ketika itu.

“Rata-rata kami berada di kampung menyebabkan kami berusaha untuk menyertai juga pertandingan ini dan ternyata ia berbaloi dengan kejayaan yang berjaya dicapai.

Penyertaan ini juga sebagai persediaan ke pertandingan silat peringkat kebangsaan akhir di Pahang pada Mac ini bagi melayakkan kami menyertai pasukan elit Malaysia. InsyaAllah kami bukan sahaja membawa nama UniMAP tetapi juga membawa nama negeri Perlis ke pertandingan itu,” katanya.

Kejohanan selama empat hari itu turut disertai 35 pasukan dari IPT seluruh negara termasuk pasukan jemputan dari Yala Sport School Thailand.

UniMAP Johan Silat IPT

UniMAP Johan Silat IPT

Kangar, 8 Februari – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus melakar kejayaan dalam penyelidikan peringkat antarabangsa apabila meraih 100 peratus pingat di Bangkok International Intellectual Property Invention, Innovatioan and Technology Exposition (IPITEX 2019).

Pencapaian itu adalah melalui pecahan enam  pingat emas, enam perak dan tiga gangsa yang dicapai oleh 15 penyelidik Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) yang menyertai pameran yang berlangsung di Bangkok International Trade & Exhibition Centre, Thailand.

Ketua Delegasi UniMAP, Prof Madya Dr Mohd Mustafa Al-Bakri Abdullah yang juga pensyarah serta Exco Persatuan Penyelidikan Inovasi Malaysia (MyRIS) berkata lebih membanggakan UniMAp turut meraih anugerah khas daripada beberapa buah negara antaranya Anugerah Khas Poland dan Anugerah Khas University of Sibiu Romania.

Katanya, antara penyelidikan yang menerima pingat emas ialah UHT Boiler : Design And Development Of Automated Machine For Dadih And Milk, Geo-Sleepers, Geopolymer Ceramics for Electrical Applications, Phase Stabilized Lead-Free Solder For Aerospace Electronic Interconnect Application, A Novel Geopolymer Reinforced Lead Free Solder For High Power Module Applications, dan New Innovative Palm Trunk Plywood.

“Kita perlu bersaing dengan lebih 1000 inovasi penyelidikan yang dipertandingkan membabitkan 25 buah negara justeru kejayaan ini sekaligus menyuntik semangat kita untuk mencapai lebih banyak kejayaan sepanjang tahun ini walaupun perlu bersaing dengan negara-negara lain yang lebih hebat,” kata beliau ketika dihubungi.

Selain daripada CEGeoGTEch UniMAP, sebanyak 27 sekolah Malaysia dibawah penasihatan UniMAP MyRIS juga turut serta kerana ia terbuka kepada penyelidik sekolah, universiti dan industri.

Antara sekolah Malaysia lain yang menyertai IPITEX kali ini ialah SMS Hulu Selangor, SMS Kuala Selangor, SMS Selangor, Kolej TunkuKursiah, Kolej Vokasional Keningau, SM St. Michael Penampang, SMAP Kajang, SMK Ibrahim Kedah, SK Sena Perlis, SMK UluTiram Johor, SK Kayang Perlis, SMK Lake Sarawak, SJKT RRI Sg. Buloh, SJKT Permas Jaya dan banyak lagi.

IPITEX 2019 yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Thailand, ACM Prajin Juntong telah berlangsung selama empat hari mulai 2 hingga 6 Februari dengan disertai Kanada, India, China, Iran, Indonesia, Romania, Poland, Vietnam, Philippine, Jepun, Korea Selatan, Croatia, Taiwan dan beberapa yang lain selain tuan rumah Thailand.

ipitex 2019

KANGAR, 3 JAN – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melangkah ke arah E-Dagang (E-Commerce) dalam mempromosikan buku-buku yang dihasilkan oleh pensyarahnya melalui Penerbit UniMAP.

Pengarah Penerbit UniMAP, Prof. Madya. Ir. Dr. Mohd Hafiz Fazalul Rahiman berkata, langkah itu merupakan satu usaha bagi meluaskan   lagi saluran dan rangkaian pemasaran atas talian dalam memasarkan buku-buku terbitan Penerbit UniMAP.

“Jika sebelum ini kita hanya memasarkan  melalui laman web dan portal UniMAP dan jumlah jualan hanya terhad kepada pengunjung web dan portal  semata-mata.

“Dengan platform e-dagang, ia membuka ruang pasaran kepada orang ramai dengan lebih meluas ke seluruh dunia untuk mendapatkan buku dari Penerbit UniMAP,”katanya ketika berucap pada Majlis  Pelancaran Portal E-Dagang, di sini, baru-baru ini.

Majlis pelancaran disempurnakan Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal. Hadir sama Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Prof. Ir. Dr. Rezuwan Kamaruddin.

Ujar Mohd Hafiz lagi, koleksi  buku-buku terbitan Penerbit UniMAP, kini sudah boleh didapati secara atas talian di  LAZADA dan SHOPEE.

“Selain itu, koleksi buku elektronik (e-book) juga boleh didapati melalui portal e-Sentral, dengan pembelian yang lebih mudah,”katanya lagi.

mpp2018

mpp2018

mpp2018

PAUH, 8 Jan – Keinginan untuk merangkul kejuaraan di Sukan Sea 2019 dalam acara sukan sepak takraw telah menarik kunjungan delegasi Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) yang diketuai Presidennya Datuk Seri Ahmad Ismail ke negeri Perlis bagi mengadakan pertemuan bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di kampus induknya di sini, semalam.

Turut bersama-sama mereka adalah delegasi dari Universiti Utara Malaysia (UUM) yang diketuai oleh pensyarah kanan dari Fakulti Pengajian Antarabangsa yang juga dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) PSM, Dr. Che Mohd Aziz Yaakob hadir bagi membincangkan pelan strategik Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) sukan sepak takraw di Malaysia secara amnya dan pasukan Sepak Takraw Malaysia khasnya.

Menurut Datuk Seri Ahmad, beliau inginkan satu kajian menyeluruh dilaksanakan bagi menambahbaik prestasi pemain melalui teknologi yang boleh ditawarkan oleh UniMAP dan UUM.

“Peruntukan R&D bagi sukan sepaktakraw sudah wujud sejak enam tahun lalu namun tidak dimanfaatkan berikutan kurangnya kepakaran sekaligus gagal meningkatkan prestasi pemain ke tahap yang kita harapkan.

“Antara teknologi yang boleh dibangunkan adalah mesin pelancar bola yang berperanan untuk menggantikan khidmat manusia semasa sesi latihan pemain,” katanya.

Beliau menambah, pembangunan teknologi harus disegerakan untuk membantu para pemain membuat persediaan awal bagi menghadapi Sukan Sea 2019 yang bakal berlangsung November ini.

“Oleh itu, peruntukan bagi R&D sukan sepaktakraw harus dikekalkan untuk dimanfaatkan para pemain kerana dari segi kemahiran, mereka (para pemain) masih lagi di tahap membanggakan tetapi kelemahan dari segi mental dan fizikal mereka yang perlu dititikberatkan,” katanya.

Dalam pada itu Pengarah Pusat Sukan UniMAP, Tuan Haji Suhizaz Sudin yang juga merupakan ahli jawatankuasa R&D PSM berkata, kolaborasi beberapa orang penyelidik dari UniMAP dan UUM adalah satu langkah yang bijak bagi merealisasikan hasrat PSM.

“Kita akan mengkaji secara terperinci dari segenap aspek seperti koordinasi pemain, postur tubuh, jangkaan (anticipation) pemain dan pelbagai lagi bagi mendapatkan hasil menyeluruh yang memenuhi kehendak PSM.

“Namun ia akan mengambil masa. Oleh itu, sebagai persediaan pemain bagi menghadapi musuh tradisi dari Thailand pada temasya Sukan Sea 2019, kita akan memberi fokus mengikut keutamaan dan akan ditambahbaik dari semasa ke semasa,” katanya.

Bagi jurulatih skuad kebangsaan, Mohd Helmi Ismail, beliau mengharapkan teknologi untuk memperbaiki teknik pemain secara konsisten sekaligus boleh digunapakai oleh semua pemain mengikut kesesuaian fizikal dan mental mereka.

“Faktor seperti ketinggian, kelenturan tubuh, kemahiran, emosi dan sebagainya adalah saling berhubungkait dan kita perlukan satu penyelidikan yang boleh disesuaikan dengan kondisi mereka.

“Kita mempunyai model pemain yang mempamerkan permainan yang terbaik tetapi cara untuk mengaplikasikan corak pemain ini kepada pemain lain itulah yang masih belum boleh dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.

Tambahnya lagi, apa yang penting kelebihan tubuh pemain yang lebih fleksibel memudahkan jurulatih untuk membentuk corak permainan mereka di samping mengurangkan sebarang bentuk kecederaan.

Sementara itu, Ketua Prestasi Sukan Cawangan Prestasi Tinggi, Institut Sukan Negara (ISN), Muhammad Fawwas Jamal berkata pihaknya menyokong penuh pelan strategik sukan sepaktakraw dan mengalu-alukan penggunaan sebarang bentuk fasiliti di ISN untuk pembangunan sukan tersebut.

“Para penyelidk boleh menggunakan semua kemudahan yang ada di ISN seperti biomekanik dan kamera 3D bagi tujuan penyelidikan untuk meningkatkan prestasi pemain,” katanya.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung PSM Yang Berhormat (YB) Senator Datuk Haji Abidullah Haji Salleh; Bendahari PSM Datuk Abdul Jalil Ariffin; Pengurus Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Kejuruteraan Sukan UniMAP, Prof Madya Mazelan Abd Hamid, dan pegawai-pegawai dari ISN.

UniMAP – UUM Sedia Bantu Pasukan Sepaktakraw Malaysia

Kangar, 18 Disember – Hasrat Persatuan Isteri dan Kakitangan Wanita (Piskanita) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi membantu golongan asnaf menyediakan kelengkapan persekolahan sesi 2019 berjaya dilaksanakan, semalam.

Kerjasama Piskanita dengan 3rd Force Perlis dan 3rd Force UniMAP dapat mengumpulkan sebanyak RM8,273.85 termasuk RM2,000 daripada tabung persatuan itu sendiri bagi berbelanja membeli kelengkapan persekolahan kepada mereka yang memerlukan.

Timbalan Pengerusi Piskanita, Puan Siti Rukiah Hj Ikhsan berkata seramai 55 pelajar sekolah rendah dan menengah daripada 22 buah keluarga dibawa membeli kelengkapan persekolahan di sekitar bandar ini.

Katanya, selain kepada asnaf sekitar negeri ini Piskanita turut membantu 29 anak-anak staf UniMAP  dalam usaha membantu staf yang kurang berkemampuan di samping meringankan beban mereka.

“Setiap pelajar ini diberi peruntukan bagi membeli sepersalinan uniform sekolah, kasut, stokin, tudung dan seluar sukan dengan dibantu kira-kira 13 sukarelawan Piskanita sepanjang sesi membeli-belah ini,” katanya ketika mengetuai sesi membeli belah itu.

Sementara itu seorang staf UniMAP, Mohd Nasir Haron berkata dia berbesar hati dengan bantuan yang dilaksanakan oleh Piskanita kerana sedikit sebanyak dapat meringankan beban dalam membuat persediaan anak-anak bersekolah.

“Walaupun anak saya masih bersekolah rendah namun banyak juga kelengkapan persekolahan perlu disediakan dengan taraf kehidupan yang semakin meningkat sekarang.

“Terima kasih kepada para penyumbang dan Piskanita di atas inisiatif kepada kami golongan berpendapatan rendah ini,” katanya ketika ditemui pada sesi membeli belah itu.

Selain sumbangan daripada individu, Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (POTENSI) UniMAP, Maxxx IT Global,Api-api Ikan Bakar, Cenfotec dan Bebasnap Studio turut menaja perbelanjaan persekolahan berkenaan.

mpp2018

mpp2018

mpp2018

mpp2018

KANGAR, 14 November – Penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraih kejayaan 100 peratus di Seoul International Invention Fair (SIIF) 2018 yang berlangsung diadakan di COEX Convention Centre, Seoul, Korea Selatan baru – baru ini.

UniMAP berjaya membawa pulang tiga pingat emas, dua perak dan satu gangsa serta dua  anguerah khas dari Taiwan dan Poland.

Tiga produk yang mendapat pingat emas adalah High Strength Geopolymer Reinforced Lead-Free Solder For Aerospace Interconnects Application hasil penyelidikan Dr. Mohd Arif Anuar Mohd Salleh. Produk itu turut mendapat anugerah khas dari Taiwan Inventor Association.

Dr Mohd Arif berkata, bahan pateri bebas plumbum yang dihasilkan merupakan bahan pateri yang diperkuat dengan bahan seramik geopolymer yang bersaiz nano.

Katanya, ia juga merupakan bahan pateri mesra alam dibangunkan untuk menggantikan pateri plumbum yang boleh mendatangkan kemudaratan alam sekitar serta kesihatan manusia.

“Bahan pateri yang dihasilkan ini mampu menghasilkan satu sambungan yang sangat kuat serta dapat digunapakai kepada keadaan sekitar yang ekstrem seperti penggunaan bahan elektronik telekomunikasi dan aeroangkasa,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, penyelidikan kedua yang meraih pingat emas adalah Fly Ash Lightweight Geopolymer Aggregate (LiGA): Environmental Friendly Insulator Materials for Building Application  hasil penyelidikan Alida Abdullah dan pasukannya yang juga mendapat anugerah khas dari The Association of Polish Inventors and Rationalizers.

LiGA adalah bahan binaan ringan yang mampu mengurangkan pemindahan haba iaitu ciri penting dalam menyediakan keadaan yang selesa di mana seseorang tidak merasa terlalu panas atau terlalu sejuk dalam sesebuah bangunan.

Manakala produk ketiga, Sistem Biometrik Untuk Penyiasatan Forensik Komputer: Sistem Pengesahan Pengguna Berdasarkan Dinamik Keystroke dan Biometrik Lembut hasil penyelidikan Dr. Syed Zulkarnain Syed Idrus Al Saggoff.

Ketiga-tiga penyelidik ini merupakan dari dari Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoTech) UniMAP.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, kejayaan yang dikecapi pada SIIF 2018 melengkapkan pencapaian UniMAP bagi tahun 2018.

“Kita berharap ia akan menjadi pembakar semangat buat semua penyelidik untuk menghasilkan lebih banyak produk yang berimpak kepada masyarakat pada tahun hadapan,”katanya ketika dihubungi.

SIIF 2018 merupakan anjuran tahunan oleh Korea Invention Promotion Association (KIPA).

Selain Malaysia dan tuan rumah Korea Selatan, pertandingan penciptaan yang berprestij ini juga dihadiri oleh peserta dari lebih dari 20 buah negara. 

mpp2018

mpp2018

mpp2018

KANGAR, 12 Disember – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd (Modenas) bakal memasarkan motorsikal gaya retro yang dihasilkan universiti berteraskan kejuruteraan berkenaan.

Motorsikal yang dinamakan Seri Perlis (SP) itu dihasilkan dengan kerjasama pelajar-pelajar UniMAP dan dibantu  jurutera-jurutera dari Modenas.

Pengarah Unit Penyelidik dan Sukan Permotoran (MoTECH) UniMAP, Prof Madya Dr. Shahriman Abu Bakar berkata, pihak Modenas sangat membantu dalam menghasilkan motosikal tersebut.

“Kita telah bekerjsama bersama Modenas sejak 2014 lagi dan ia lebih rancak lagi selepas tertubuhnya Pusat Penyelidikan UniMAP- Modenas tahun lalu.

“Melalui pusat penyelidikan ini, kita dapat melatih dan memberi pendedahan secara terus kepada pelajar serta menghasilkan impak setinggi mungkin kepada industri,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Katanya lagi, penubuhan Pusat Penyelidikan UniMAP- Modenas juga dapat mengurangkan kos penyelidikan kepada Modenas malah akan menghasilkan teknologi yang lebih tinggi selari dengan Dasar Automotif Negara untuk menghasilkan kenderaan berteknologi tinggi dengan kos yang rendah.

Ujar Dr. Shahriman lagi, motorsikal itu juga turut menarik perhatian Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan beliau bersetuju bagi melihat sendiri motorsikal itu di pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya baru-baru ini.

Hadir sama  Menteri Pendidikan, Dr. Mazlee Malik, Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP, Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin dan Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Amirudin Abd Kadir.

Dr. Shahriman turut melahirkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan dalam merealisasikan projek terbabit.

Motosikal yang bakal dijual dengan harga sekitar RM12,000 itu menggunakan enjin Modenas empat lejang silinder tunggal 173cc SOHC sejukan udara dengan transmisi empat kelajuan.

Ia menghasilkan 14.8 kuasa kuda  pada 8,000 rpm dan 16.2 Nm pada 7,500 rpm.

mpp2018

mpp2018

Taiping, 1 Disember – Jika sebelum ini segelintir masyarakat menganggap warga emas yang mendiami rumah orang-orang tua hanya makan dan tidur sahaja namun realitinya mereka juga turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk kemahiran.

Perkara berkenaan dikongsi penyelia Rumah Seri Kenangan Taiping, Ahmad Sukri Abdul Samad yang merupakan Pembantu Kebajikan Masyarakat Kanan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) ketika memberi taklimat kepada hampir 30 ahli Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (POTENSI) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sempena lawatan ke rumah itu, baru-baru ini.

Menurut Ahmad Sukri sepertimana penghuni asrama sekolah , warga rumah berkenaan juga bangun seawal jam 6 pagi bagi mengerjakan solat Subuh secara berjemaah sebelum mengikuti tazkirah pagi serta senamrobik ringan.

“Selepas sarapan pagi, mereka akan mengikuti kelas agama, bengkel masakan, kelas pertanian, dan berbagai lagi kelas kemahiran yang disediakan bagi mengisi masa mereka.

“Malah, program tahunan seperti lawatan ke tempat pelancongan juga diadakan. Pendek kata, rutin yang dilalui di sini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti berfaedah dan tidak membosankan,” kata beliau.

POTENSI menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) “Nature with Kindness” diketuai Presiden POTENSI, Raja Shah Erman Raja Ariffin turut menceriakan warga Rumah Seri Kenangan menerusi sesi karaoke, teka lagu P.Ramlee dan sambutan hari lahir.

Katanya, sempena program itu POTENSI turut menghulurkan sumbangan berupa tilam dan bantal selain wang tunai bagi mengubat kerinduan mereka terhadap keluarga.

“Menerusi lawatan ini sedikit sebanyak meninggalkan kesan yang cukup mendalam di kalangan peserta POTENSI sekaligus berkongsi sedikit rezeki dengan golongan yang memerlukan,” kata beliau.

Selain menyantuni Rumah Seri Kenangan, POTENSI turut mengadakan CSR di Zoo Taiping iaitu membersihkan kawasan zoo berkenaan di samping mendekati flora dan fauna.

Di samping itu, bagi menguji stamina dan kecergasan ahlinya, POTENSI mengambil peluang mendaki Bukit Larut yang mempunyai ketinggian 1036 meter dari paras laut sekaligus memberi pengalaman baharu bagi mereka yang pertama kali mendaki bukit rekreasi yang menjadi tumpuan pelancong itu.

mpp2018

mpp2018

mpp2018

mpp2018

mpp2018

Arau, 6 Dis – Seramai 30 calon pelajar diisytiharkan menang pada Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi pemilihan untuk mewakili Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2018/2019.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Perwakilan Mahasiswa (JPPM), Nurhazwani Zabidin yang juga mantan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP sesi 2016/2017 berkata, seramai 11 calon telah tampil bertanding bagi Konstituensi Umum, manakala 40 calon lagi telah menawarkan diri bertanding bagi Konstituensi Pusat Pengajian.

“Namun kita hanya mempertandingkan 33 kerusi di mana tujuh kerusi adalah bagi Konstituensi Umum dan 22 kerusi Pusat Pengajian, dua kerusi Diploma dan dua kerusi Antarabangsa.

 “Tujuh calon yang menang bagi Konstituensi Umum adalah berdasarkan jumlah undian tertinggi dan mereka ini bakal mengisi jawatan tertinggi MPP UniMAP sesi 2018/2019,” katanya ketika dihubungi pemberita sejurus tamatnya pengumuman tersebut.

Ujarnya lagi, bagi Konstituensi Pusat Pengajian, 11 calon menang tanpa bertanding bagi mewakili pusat-pusat pengajian mereka iaitu Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Bahan; PPK Alam Sekitar; PPK Mekatronik; PPK Bioproses; PPK Sistem Elektrik; Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) dan Pusat Pengajian Diploma (PPD).

“Manakala 12 calon lagi menang selepas meraih undi yang tertinggi bagi mewakili pusat pengajian PPK Komputer dan Perhubungan; PPK Mikroelektronik; PPK Pembuatan; Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan Dan Teknousahawan (PPIPT), Pusat Pengajian Pembangunan Insan Dan Teknokomunikasi (IKOM) dan Pusat Pengajian Antarabangsa.

“Namun terdapat tiga pusat pengajian iaitu PPK Bioproses; PPK Mekatronik dan PPK Sistem Elektrik yang masing-masing hanya menghantar seorang calon dan pihak JPPM memutuskan tiada pertambahan bagi tiga kerusi yang kosong,” katanya.

Tambahnya, sebanyak 9,149 pelajar atau 79.27 peratus dari 11,541 pengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing di mana pengundian dijalankan secara e-voting.

Ketika ditanya mengenai JPPM, beliau berkata, JPPM adalah satu badan yang ditubuhkan untuk melaksana dan melancarkan proses PRK dan mereka ini terdiri daripada MPP, mantan MPP, Sekretariat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) UniMAP dan juga ahli bebas di kalangan mahasiswa.

“JPPM terdiri seramai  140 pelajar dengan pecahan 40 orang jawatankuasa induk JPPM bersama-sama 100 petugas tempat pengundian yang telah memainkan peranannya sejak 16 November sehingga selesai pada hari ini, 5 Disember 2018.

“Tahun ini merupakan tahun pertama PRK dikendalikan seratus peratus oleh pelajar selari dengan hasrat Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Dr. Maszlee Malik yang ingin menyuburkan kembali aspirasi politik di kampus,” katanya.

mpp2018

Arau – Muzik dan tarian sering disalah tafsir oleh masyarakat sebagai satu bentuk hiburan yang melalaikan tanpa mengambil kira sumbangan yang mampu diberikan jika kena dengan caranya.

Berlainan dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang meletakkan kepercayaan bahawa hiburan jika kena pada tempatnya mampu membantu malah memberikan kebaikan kepada orang lain.

Ini terbukti apabila kumpulan seni persembahan UniMAP iaitu Indrasutra di bawah Unit Kebudayaan dan Rekreasi (UKR) terpanggil menggunakan muzik dan tarian mereka untuk beramal mendapatkan dana bagi membantu pertubuhan anak-anak autisme.

Memilih pulau pelancongan Pulau Langkawi sebagai destinasi serampang dua mata, UKR seramai 39 orang membelah lautan Kuala Perlis pada Jumaat di bulan April bagi merealisasikan Program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) bagi pemuliharaan alam sekitar dan Busking Amal selama tiga hari.

Menurut Pengarah program yang juga Pengarah UKR, Izwan Izhar Haris pelaksanaan program ini adalah sebagai salah satu bentuk sumbangan bantuan kepada masyarakat.

“Kita ingin menjaga kebersihan Pulau Langkawi terutamanya Pantai Cenang yang menjadi tarikan dan tumpuan pelancong dari dalam dan luar Negara setiap kali tiba musim percutian.

“Oleh itu pelaksanaan pemuliharaan alam sekitar adalah penting bagi memberikan gambaran positif mengenai penjagaan alam sekitar oleh masyarakat Malaysia,” katanya ketika dihubungi pemberita baru-baru ini.

Mengambil inisiatif dengan kebanjiran pelancong ke Pulau Langkawi, UKR juga turut menjalankan kerja amalnya dengan mengadakan ‘Amal Busking’ ditempat tumpuan orang ramai bagi mengutip dana untuk disalurkan ke tabung A-Heart UniMAP iaitu sebuah badan yang memberi fokus kepada Autisme.

“Kami memilih beberapa lokasi strategik seperti di Cenang Mall dan Jeti Langkawi bagi mengadakan persembahan busking.

“Selain busking kami juga bertindak sebagai penyalur maklumat mengenai Autisme kepada orang ramai dan melalui penerangan yang diberikan kami berjaya mengutip sumbangan berjumlah RM 1500 dari pengunjung,” katanya.

Tambah Izwan lagi, wang kutipan tersebut diserahkan terus kepada tabung A-Heart UniMAP bagi membantu anak-anak autism di kawasan utara Malaysia.

“Saya percaya hasil penerangan kami mengenai Autisme, masyarakat akan lebih memahami apa itu autism dan kesedaran mengenai perlakuan dan sensitiviti anak autisme dan keluarga mereka.

“Kami gembira kerana berjaya merealisasikan program ini dan merancang untuk mengadakan lebih banyak aktiviti kemasyarakatan demi membantu mereka yang lebih memerlukan,” katanya.

Selain Busking Amal Autism, Indrasutra telah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti mengadakan busking bagi kutipan amal Tabung Rohingya; memberikan sumbangan kepada pengiat seni Perlis semasa aktiviti Jelajah Sahur; menghiburkan anak yatim; pembersihan pantai; berkongsi ilmu muzik dan tari bersama kanak-kanak di Taska Pewaris UniMAP.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga turut bersama-sama komuniti Islam di Satun dan Hatyai bagi khidmat gotong royong membersihkan masjid dan juga kelas agama.

Indrasutra UniMAP ditubuhkan pada 1 Mac 2005 adalah sebuah kumpulan seni persembahan khusus bagi UniMAP. Namun dek kecemerlangan yang ditunjukkan, mereka sering mendapat undangan bagi menjayakan majlis luar.

Izwan ketika ditanya asal usul nama Indrasutra lantas berkongsi bahawa ia adalah idea Pengarah UKR yang pertama iaitu Prof. Madya Dr Salmah Haji Ayob yang menggabungkan elemen nama “Indra” yang berkaitan dengan nama Negeri Perlis ketika itu (Perlis Indra Kayangan) dan juga “Sutera” yang sinonim dengan kelembutan rakyat Perlis dari segi perwatakan, tutur cara dan norma budaya yang melambangkan identiti Negeri Perlis.

“Di peringkat permulaan penubuhan “Indrasutra”, ahli-ahlinya perlu melalui proses temuduga dan ujibakat serta melepasi “standard” yang ditetapkan sebelum diterima dan diserapkan ke Unit Kebudayaan dan Rekreasi. Kebanyakkan mereka adalah dari kalangan yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.

“Manakala Artis Budaya pula yang mempunyai pengalaman berkhidmat dengan badan-badan kesenian dan kebudayaan di Malaysia mula menyertai UKR pada sekitar tahun 2005 dan lengkap sepenuhnya pada 2006 lebih kurang 5 pasangan atau 10 orang,” katanya.

Indrasutra bukan sahaja terkenal di sekitar Perlis dan Malaysia tetapi telah membawa nama UniMAP dan Malaysia hingga keluar Negara.

“Indrasutra telah mewakili Negara bagi membuat persembahan kebudayaan di beberapa Negara setiap tahun bermula 2009 di Uzbekistan;  Australia (2010); Korea Selatan (2011); China (2012); Italy (2013); UAE (2014).

Malah Negara Indonesia dan Thailand seakan rumah ke dua Indrasutra apabila kami berpeluang mengadakan persembahan di Negara tersebut saban tahun,” katanya.  

mesin walta

mesin walta

mesin walta

mesin walta

mesin walta

mesin walta

Kangar, 23 Nov – Latihan larian hampir setiap hari , menjaga pemakanan serta persediaan mental yang kuat adalah antara tips utama seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjuarai Melaka Ultra (Matra), baru-baru ini.

Pelajar tahun satu Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) itu, Mohd Zharif Asyraf  Ismail berkata dia meluangkan masa setiap pagi selepas Subuh bagi menjalani latihan larian sejauh lima kilometer (KM).

“Pada sebelah petang saya menjalani latihan juga kira-kira 10 KM sekiranya tidak terikat dengan sebarang kuliah dan hanya meluangkan satu atau dua hari sahaja dalam seminggu untuk berehat daripada latihan.

“Di samping itu juga, menjaga pemakanan adalah antara perkara yang utama untuk kekal cergas dan sentiasa berstamina,” katanya.

Mohd Zharif menjuarai acara 100 KM Terbuka Lelaki larian Matra yang diadakan di Bandaraya Melaka pada  18 November lalu dengan catatan masa 13 jam 27 minit.

Menurut Mohd Zharif selain MATRA, sebelum ini dia berjaya mendapat tempat kedua  larian 70 KM Kuching Ultra Marathon di negeri kelahirannya itu selain menduduki tempat ketujuh ketika menyertai 50 KM Penang Ultra Marathon pada September tahun lalu.

Katanya, dia mula menyertai acara larian jarak jauh ini sejak dua tahun lalu menerusi kumpulan lariannya sendiri iaitu Underground Runners Sarawak (UGRS) ketika masih bekerja sebelum melanjutkan pengajian ke UniMAP.

“Semua acara yang disertai menggunakan sumber kewangan sendiri dan sedikit tajaan daripada kumpulan UGRS yang sentiasa sokong menyokong di antara satu sama lain,” katanya.

Apabila ditanya mengenai perancangan pada masa hadapan, Mohd Zharif dan kumpulannya itu turut bercadang menyertai larian sejuah 168 KM di  Pahang yang dijadualkan pada tahun hadapan.

Menurut Mohd Zharif, selain itu keluarganya turut memberi sokongan dari semasa ke semasa terhadap minatnya malah semua adik beradiknya bergiat aktif dalam sukan.

“Seorang adik saya menyertai pasukan negara dalam futsal bawah 16 tahun manakala adik bongsu pula menyertai Program Pembangunan Bolasepak Kebangsaan (NFDP).

“Pendek kata, kesemua kami lima beradik aktif bersukan tidak kira dalam mana-mana kejohanan atau mengisi waktu riadah setiap petang,” katanya.

mesin walta

mesin walta

mesin walta

mesin walta

Pauh Putra, 19 Oktober – Dalam usaha menghargai pengorbanan pasukan keselamatan Malaysia khususnya tentera dalam menjaga keamanan dan kedaulatan negara, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), melalui Pusat Bahasa Antarabangsa (CIL) menganjurkan Kursus Bahasa Inggeris kepada golongan tentera.

Naib Canselor UniMAP , Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata, program kerjasama antara UniMAP dan tentera berkenaan merupakan kali kedua diadakan selepas program yang julung kali diadakan pada Jun tahun lalu.

“Sebelum ini kita tidak mempunyai saluran untuk menganjurkan program seperti ini. Dengan kelebihan yang kami ada (guru bahasa) penganjuran kursus ini saya kira merupakan satu sumbangan kecil UniMAP kepada pasukan keselamatan kita.

“Program komuniti seperti ini juga merupakan hasrat UniMAP  yang inginkan universiti ini memperbanyakkan  aktiviti yang dapat membantu masyarakat,” katanya ketika berucap di Majlis Penutup Kursus Bahasa Inggeris Tentera di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, di sini.

Hadir sama ialah Timbalan Komander Kem 504 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Huzaini Hussin, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Ir Dr Rezuwan Kamarudin dan Pengarah CIL, Dr Sharmini Abdullah.

Ujar beliau lagi, selain daripada mengajar bahasa Inggeris kepada anggota tentera, tenaga pengajar juga dapat mempelajari sesuatu dari pengalaman yang dikongsi anggota keselamatan itu.

“Ini merupakan salah satu program pembelajaran dua hala dimana kedua-dua pihak boleh berkongsi ilmu-ilmu baharu yang saya percaya bukan mudah untuk orang awam mengetahuinya dari pihak tentera,” katanya lagi.

Sementara itu Leftenan Kolonel Huzaini Hussin berkata, peluang itu merupakan satu pengalaman baharu tentera untuk belajar bersama pensyarah universiti.

“Sebelum ini kita tidak pernah terlibat dengan program atau kelas bersama orang awam kerana dalam angkatan tentera juga mempunyai Kor Pendidikan dimana tenaga pengajarnya juga dari kalangan tentera.

“Kelas ini merupakan persediaan untuk latihan bersama anggota tentera luar seperti Australia, Amerika Syarikat, dan operasi di sempadan Thailand dan Sabah,” katanya yang berucap mewakili Mejar Tadris Ahmad selaku Pegawai Dua Pendidikan Markas 6 Briged.

Ujar  Huzaini  , latihan bersama anggota tentera dari negara luar menuntut anggota tentera untuk berkomunikasi menggunakan bahasa selain dari bahasa Melayu, justeru kelas persediaan Bahasa Inggeris seperti itu amat berguna kepada mereka.

 “Untuk program kali ini, kita menggabungkan pegawai-pegawai dari pelbagai peringkat campuran Askar Infantri dan Bantuan Khidmat kawasan utara agar mereka lebih berkeyakinan dalam menjalani latihan dan operasi kelak.

 

“Saya berharap program kerjasama ini akan diteruskan kerana memberi pengalaman yang bermanfaat kepada kami sebagai anggota tentera,”katanya lagi.

Terdahulu, seorang peserta Leftenan Dzulfikar Dasuki dari Kem Sungai Ara, Pulau Pinang berkata sepanjang program itu, beliau menumpang di kem rakan-rakan lain yang terdekat bagi mengikuti program itu.

Menurutnya, walaupun beliau merupakan lepasan ijazah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) namun peluang mengikuti program itu di UniMAP memberi pengalaman baharu kepadanya.

“Aktiviti-aktiviti juga menyeronokkan dan saya berpeluang mengenali rakan-rakan baharu dari pasukan yang lain serta tenaga pengajar UniMAP,” katanya.

Kelas yang berlangsung selama lima hari itu disertai seramai 50 anggota bermula 15 hingga 19 Oktober di UniMAP Kampus Pauh Putra yang dikendalikan oleh lapan staf CIL termasuk seorang staf antarabangsa .

Sesi pembelajaran akan memberi tumpuan kepada kemahiran pertuturan, pendengaran dan kerja berkumpulan, supaya dapat membantu pegawai tentera melaksanakan misi tersebut dengan lebih efisyen dan efektif.

Tentera

Tentera

Tentera

Pauh Putra, 31 Oktober  – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerima dua robot ‘Automatic Pick and Place Robot Machine’ (APPRM) sumbangan Walta Engineering Berhad, di sini, hari ini.

Sumbangan bernilai RM400,000 itu adalah hasil kolaborasi universiti itu dengan syarikat kejuruteraan berkenaan sejak pertengahan 2017 menerusi Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Mekatronik.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Prof Ir Dr Rezuwan Kamarudin berkata, kolaborasi itu mengadakan pertemuan lebih 10 kali sebelum ini bagi membincangkan penyelidikan dan pembangunan teknologi.

Katanya, empat pensyarah PPK Mekatronik menjalani sangkutan industri bersama pihak syarikat itu bagi menambah pengalaman praktikal pensyarah itu sendiri.

“Ia sekaligus membawa kepada penyumbangan dua mesin ini yang bakal digunakan untuk sangkutan industri, penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran.

“Di samping itu, dua pelajar UniMAP juga bakal memanfaatkan mesin ini bagi menyiapkan projek tahun akhir mereka dengan mudah dan lancar,” katanya ketika berucap di majlis penyerahan mesin robot berkenaan.

Hadir sama, Dekan PPK Mekatronik Prof Madya Ir Dr Abu Hassan Abdullah, Pengarah Urusan Walta Grou, Goh Kheng Sneah, Pengarah Walta Group Ong Thean Lye dan dekan-dekan UniMAP.

Tambah Rezuwan, sangkutan industri amat penting bagi universiti bagi membolehkan pensyarah yang terlibat dapat memohon sebagai jurutera bertauliah ‘Board of Engineers Malaysia’ (BEM).

“Antara projek kerjasama yang dijalankan oleh empat pensyarah itu ialah ‘automatic waterjet fruit cutting and peeling machine’ serta kerjasama dalam bidang bioperubatan,” katanya.

mesin walta

mesin walta

mesin walta

Kangar : 16 Oktober 2018 –Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)  Duli Yang Teramat Mulia, Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menerima mengadap Pengerusi Lembaga Pengarah (LPU)baharunya, Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin buat julung kalinya.

Baginda diberi penerangan mengenai hala tuju serta perancangan strategik universiti agar dapat bergerak bersama-sama meningkatkan kegemilangan UniMAP.

Hadir sama, Naib Canselor UniMAP, Dato' Prof. Dr. Zul Azhar Zahir Jamal serta pegawai-pegawai utama universiti.

Kamarudin dilantik menjadi Pengerusi UniMAP untuk tempoh tiga tahun  berkuat kuasa Oktober 2018 sehingga September 2021 bagi menggantikan Dato’ Mohd Sofi Osman.

Untuk rekod, Dr. Kamarudin bermula sebagai Rektor di Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) pada 2002 sebelum menjadi Naib Canselor selepas KUKUM dijenamakan menjadi UniMAP pada 2007.

Beliau bersara wajib sebagai Naib Canselor UniMAP pada 2016 selepas mengemudi universiti tersebut selama 14 tahun sekaligus menjadi antara Naib Canselor yang paling lama berkhidmat di Malaysia.

Arau, 4 Oktober – Seperti sireh pulang ke gagang, mantan Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Brig. Jeneral Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin kembali berkhidmat di universiti tersebut selepas dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP berkuatkuasa 1 Oktober 2018 lalu.

Lantikan beliau adalah bagi menggantikan Dato’ Mohd Sofi Osman untuk tempoh tiga tahun sehingga 30 September 2021.

Dr. Kamarudin ketika dihubungi melahirkan rasa syukur kerana diberi peluang oleh Kementerian Pendidikan untuk menjawat jawatan sebagai pengerusi LPU UniMAP.

“Saya berikrar untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada UniMAP dan saya melihat beberapa penambahbaikan boleh dilakukan bagi memacu universiti tersebut untuk lebih cemerlang.

“Fokus saya adalah untuk memberi kefahaman kepada warga UniMAP mengenai hala tuju dan perancangan strategik universiti agar kita dapat bergerak bersama-sama meningkatkan kegemilangan UniMAP,” katanya.

Tambah beliau, tidak mungkin sesebuah universiti itu mampu mencapai kejayaan tanpa penyatuan warganya dan ini akan terjadi sekiranya warga UniMAP kurang jelas dengan matlamat yang ditetapkan oleh universiti.

“Oleh itu, bagi merealisasikan fokus tersebut saya akan berbincang secara mendalam bersama pengurusan tertinggi UniMAP untuk mencapai persepakatan dan permuafakatan mengenai hala tuju universiti.

“Tambahan pula, dalam keadaan kewangan terhad kita perlu memikirkan mekanisme yang tepat bagi membolehkan apa yang kita hasratkan itu tercapai sekaligus menyerlahkan keterlihatan UniMAP di mata dunia,” katanya.

Malah beliau juga akan memberikan fokus untuk meningkatkan reputasi universiti melalui data kemasukan pelajar dalam dan luar Negara.

“Saya ingin melihat peningkatan jumlah kemasukan pelajar dari dalam dan luar Negara. Untuk itu, kita akan mempergiatkan lagi usaha memasyarakatkan universiti agar lebih ramai anak muda yang akan mencintai bidang sains dan teknologi serta UniMAP itu sendiri,” katanya.

Untuk rekod, Dr. Kamarudin bermula sebagai Rektor di Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) pada 2002 sebelum menjadi Naib Canselor selepas KUKUM dijenamakan menjadi UniMAP pada 2007.

Beliau melepaskan jawatan sebagai Naib Canselor UniMAP pada 2016 selepas mengemudi universiti tersebut selama 14 tahun sekaligus menjadi antara Naib Canselor yang paling lama berkhidmat di Malaysia.

Arau, 11 Oktober – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menerima empat unit motosikal elektrik (E2W) dan stesyen penukaran bateri dari Roda Prestasi Sdn. Bhd. (RPSB) bagi menjalankan penyelidikan E2W untuk pasaran tempatan.

Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan RPSB, Ahmad Sabandi Othman kepada Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal di perkarangan Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) UniMAP Pauh Putra di sini semalam.

Turut hadir adalah Ketua Pembangunan Industri Pembuatan, Asmazura Ismail mewakili Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) yang merupakan rakan strategik kajian ini.

Menurut Ketua Projek, Prof. Madya Dr. Shafriza Nisha Basah, kenderaan ini digunakan untuk kajian terhadap pengguna bagi mengenalpasti beberapa faktor seperti tingkahlaku pengguna terhadap E2W, penerimaan pengguna, harga produk dan spesifikasi produk.

“Projek kerjasama dengan pihak NCIA ini akan dilengkapkan dalam tempoh enam minggu dari sekarang kerana kita akan menjalankan kajian komprehensif menggunakan kaedah kaji selidik dan ujian pemanduan E2W kepada kumpulan sasaran; dan perbincangan bersama kumpulan sasaran bagi mendapatkan persepsi mereka.

“Ini sekaligus dapat mengenalpasti strategi pemasaran yang bersesuaian bagi penggunaan produk E2W selari dengan saranan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke – 11 di bawah teras strategik keenam yang berfokuskan pertumbuhan hijau kearah pembangunan mampan,” katanya ketika dihubungi pemberita baru-baru ini.

Tambah beliau, kumpulan sasaran adalah golongan pelajar, pekerja, pengguna korporat dan juga vendor motosikal.

“Kita akan bermula secepat mungkin dan insyaAllah pada Istiadat Konvokesyen ke – 13 UniMAP yang bakal berlangsung dari 27 Oktober hingga 29 Oktober 2018, kita juga akan jalankan kaji selidik dan uji pandu kenderaan kepada ibu bapa dan graduan itu sendiri,” katanya.

Malah beliau optimis dapatan dari kajian ini akan memberikan rumusan mengenai kumpulan pengguna yang berminat, penambahbaikan produk yang menarik perhatian pembeli; dan harga yang bersesuaian.

Selain Dr. Shafriza yang berkepakaran dalam kejuruteraan mekatronik, kajian ini turut disertai oleh Prof Madya Muzamir Isa dari bidang Kejuruteraan Elektrikal; Prof. Rosni Bakar dalam bidang ekonomi dan Dr. Hanum Hassan dari bidang pemasaran, komunikasi dan statistik.

Motor Elektrik

Motor Elektrik

PAUH PUTRA, 11 Oktober– Pelbagai program pembangunan sukan telah dianjurkan kerajaan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia.

Sehubungan itu, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) komited dalam membantu negara untuk menjadikan usaha itu sebagai satu kenyataan.

Pengurus Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sukan (SERC) UniMAP, Prof. Madya Mazelan Abdul Hamid berkata, SERC berfungsi untuk melaksanakan program pembangunan dan penyelidikan yang berkaitan dengan kemajuan sukan dalam menyelesaikan isu serta masalah yang berkaitan  pembangunan sukan.

“Sebagai sebuah universiti yang berteraskan kejuruteraan, UniMAP menawarkan kepakaran bidang sains dan kejuruteraan dalam menyelesaikan masalah berkaitan kesukanan.

“Sukan adalah satu industri yang bernilai besar serta impaknya dan telah mula berkembang di negara kita dan UniMAP tidak mahu ketinggalan dalam hal ini,”katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mazelan berkata, penyelidikan dalam kejuruteraan sukan memerlukan kepakaran dalam pelbagai bidang yang berkaitan seperti biomekanik, teknologi sensor, komunikasi dan berbagai lagi.

“UniMAP mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang kejuruteraan dan ia boleh diaplikasikan dalam penyelidikan dan pembangunan seperti Sistem pengukuran prestasi atlet, rekabentuk bagi penghasilan peralatan sukan dan keselamatan dalam sukan juga analisis terhadap prestasi sukan tumpuan.

“Daripada itu kita mampu untuk membangunkan  program–program kejurulatihan sukan bagi peningkatan kemahiran atlet seperti yang digunakan di negara-negara maju,” katanya lagi.

Ujar beliau lagi, SERC telah mempunyai beberapa cadangan sepanjang 2018 dan berharap dapat bekerjasama dengan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negara (MSN) dan juga Majlis Sukan Negeri (MSN).

SERC dilancarkan oleh Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahir Jamal sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan dan Sukan UniMAP 2017 baru-baru ini. 

Maal Hijrah 2018

Maal Hijrah 2018

PAUH PUTRA, 5 Oktober– Pengerusi Majlis Profesor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Datuk Prof. Dr. Ali Yeon Md Shakaff dipilih dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 2018/1440Hijrah peringkat UniMAP di sini.

Mantan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP itu memulakan tugas sebagai pendidik pada 1988 di Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Sains Malaysia sehingga menyambung khidmat di UniMAP pada 2002.

Prof. Dr. Ali Yeon menerima Sijil Penghargaan dan hadiah iringan. Majlis perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal.

Selain Anugerah Tokoh Maal Hijrah, lima lagi anugerah turut dipertandingkan iaitu Anugerah Al-Falah yang dimenangi Majlis Pengurusan Kolej Kediaman, Anugerah Personaliti Maal Hijrah ( empat penerima), Anugerah Tokoh Siswa ( dua penerima), Anugerah Khas Pencetus Ummah (empat penerima) dan Anugerah Khas Agensi terbaik yang dimenangi MSB  Utara Perlis yang merupakan pengusaha Kafeteria Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik UniMAP.

Dalam ucapan perasmian, Prof. Dr. Zul Azhar berkata, bertepatan dengan tema “Menyantuni Umat Membawa Rahmat” UniMAP sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi, mempunyai amanah dan tanggungjawab yang besar terhadap masyarakat.

“Dalam menyantuni kepelbagaian masyarakat hari ini, kita perlu memahami kekuatan dan kelemahan masing-masing dan menyantuni mereka dengan jiwa muafakat dan toleransi yang tinggi.

“Disebabkan inilah UniMAP terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR). Kita berkongsi segala kepakaran yang ada bukan saja untuk masyarakat Perlis, malahan seluruh Malaysia, “katanya.

Ujar beliau lagi, apa yang kita dilakukan itu adalah bagi mewujudkan perasaan saling membantu dan berkongsi kasih sayang, selain keperluan iman dan ilmu di kalangan masyarakat, yang juga hak kemanusiaan.

“Namun begitu, kita tidak harus berbangga dan selesa dengan apa yang kita lakukan ini, kita semua ada tanggungjawab untuk dilaksanakan, antara tanggungjawab tersebut ialah membangunkan umat Islam untuk maju dan berjaya,”katanya lagi.

Maal Hijrah 2018

Maal Hijrah 2018

Maal Hijrah 2018

Makassar, Indonesia - 28 September 2018. Untuk memastikan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus kekal sebagai sebuah universiti pilihan di rantau ini, UniMAP yang diketuai oleh Naib Canselornya, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal telah mengadakan lawatan selama dua hari di Makassar, Indonesia untuk memberi pendedahan kepada pensyarah dan mahasiswa tentang peluang-peluang pendidikan pascasiswazah yang ditawarkan di UniMAP. Sesi taklimat telah diadakan di Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam (FMIPA), dan Fakultas Teknik, Universitas Negeri Makassar.

Lebih daripada 170 peserta yang terdiri daripada pensyarah dan mahasiswa dari universiti-universiti di sekitar Makassar hadir semasa sesi taklimat tersebut. Peluang untuk melanjutkan pengajian pascasiswazah telah dibentangkan dengan kelebihan fasiliti, kelebihan peralatan, staf akademik yang berwibawa sebagai penyelia, penerbitan terindek dan pencapaian lain yang memberangsangkan bagi UniMAP, sebuah universiti yang berusia 17 tahun.

Hasil daripada taklimat tersebut, beberapa pensyarah dan mahasiswa menunjukkan minat yang sangat tinggi untuk mengikuti pengajian tinggi di UniMAP. Peluang ini digunakan sepenuhnya untuk meningkatkan keterlihatan UniMAP di persada antarabangsa. Perkara-perkara yang turut dibincangkan termasuklah program-program kerjasama yang boleh diwujudkan melalui pertukaran staf dan pelajar, penawaran program dual, perkongsian penyelidikan serta penerbitan. 

Di samping mempromosikan pengajian pascasiswazah Y.Bhg Dato’ Naib Canselor turut menyampaikan ucaptama di persidangan antarabangsa yang dianjurkan oleh Universitas Negeri Makassar. Dua perjanjian persefahaman di antara Universitas Negeri Makassar dengan UniMAP telah ditandatangani di akhir majlis pembukaan persidangan tersebut.

UniMAP Tarikan Makassar 2018

UniMAP Tarikan Makassar 2018

UniMAP Tarikan Makassar 2018

UniMAP Tarikan Makassar 2018

Arau – Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CeGeoGTech) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meneruskan kegemilangannya apabila tiga penyelidiknya terpilih menerima pembiayaan penyelidikan antarabangsa selepas satu Memorandum Persetujuan (MoA) ditandatangani dengan sebuah institusi pendidikan di Makassar Indonesia. 

UniMAP diwakili oleh Naib Canselornya, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal manakala Universitas Negeri Makassar (UNM) pula oleh Timbalan Rektornya iaitu Prof Dr. Gufran Darma Dirawan yang berlangsung pada The Third International Conference on Mathematics, Sciences, Technology, Education and Their Applications sempena The First International Symposium on Green Materials and Technology di universiti tersebut baru-baru ini.

Turut hadir adalah Pengurus CeGeoGTech UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah.

Mustafa Al Bakri berkata, UniMAP akan menggunakan kepakaran penyelidikannya manakala UNM akan bertindak sebagai pembiaya penyelidikan itu nanti.

“UniMAP juga telah menandatangani perjanjian seumpama ini dengan beberapa Negara lain antaranya India, Vietnam, Australia, Romania,” katanya.

Sehubungan itu bagi penyelidikan bersama UNM ini, tiga penyelidik wanita telah dipilih oleh UNM.

“Mereka yang terpilih adalah dari Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CeGeoGTech) iaitu Dr. Rafiza Abdul Razak; Dr. Farah Farhana Zainal dan Dr. Norazian Mohamed Noor.

“Malah mereka ini juga masing-masing merupakan pensyarah di Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Bahan dan PPK Alam Sekitar,” katanya. 

Tambahnya lagi, perbincangan kerjasama turut diberi perhatian terutamanya dalam pertukaran staf dan pelajar; penawaran program dual; perkongsian penyelidikan; dan penerbitan jurnal.  

Sementara itu, pada konferen yang sama, lebih 170 pensyarah dan mahasiswa dari universiti sekitar Makassar menunjukkan minat untuk melanjutkan pengajian peringkat pascasiswazah di UniMAP selepas menghadiri sesi taklimat berkenaan universiti tersebut.

Rata-rata mereka melahirkan rasa kagum dengan kelebihan fasiliti, staf akademik yang berpengalaman luas, penerbitan berimpak dan pencapaian serta kejayaan yang diraih UniMAP walaupun hanya berusia 17 tahun.

UniMAP Makassar 1

UniMAP Makassar 2

UniMAP Makassar 3

Kangar, 24 September– Seramai 80 pelajar sulung yang mengikuti program Pengajian Secara Separuh Masa  mendaftar di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) baru-baru ini.

Pelajar-pelajar tersebut mendaftar bagi dua program iaitu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Elektrik danIjazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik.

Dekan Pengurusan Akademik UniMAP, Profesor Madya Ir. Dr. Anuar Mat Safar berkata,penawaran program mod separuh masa merupakan salah satu inisiatif UniMAP untuk mempelbagaikan program pengajian dan membuka peluang kepada calon-calon yang bekerja untuk menyambung pengajian.

“Ini adalah selari dengan hasrat kerajaan yang menggalakkan budaya pembelajaran sepanjang hayat untuk semua lapisan masyarakat.

“UniMAP mula menawarkan Kursus  Pengajian Secara Separuh Masa  setelah mendapat kelulusan senat pada Mei lalu dan sebagai permulaan kelulusan ini diberikan kepada dua buah pusat pengajian iaitu Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Sistem Elektrik dan  PPK Mikroelektronik,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Watikah Kemasukan Pelajar Program Ijazah Secara Separuh Masa di Dewan Keikhlasan UniMAP, baru-baru ini.

Turut hadir, Dekan PPK Sistem Elektrik Dr.Haziah Abdul Hamid dan Dekan PPK Mikroelektronik Prof. Madya Ir. Dr. Rizalafande Che Ismail.

Ujar beliau lagi, pelajar program pengajian secara separuh masa akan mengikuti kelas di dalam Kampus Pauh Putra dan di luar kampus Anjung Kulim.

 “Saya berharap dua buah PPK ini akan menjadi perintis dalam membangunkan struktur kurikulum yang direkabentuk khas dengan mengambil kira kelayakan akademik dan juga pengalaman kerja calon-calon yang terpilih,”katanya lagi.

Sementara itu bagi Pembantu Jurutera di Hoya Electronic Sdn. Bhd. Abdullah Fikri Paharodzi, 33, berkata, pernah mempunyai cita-cita untuk melanjutkan pelajaran namun disebabkan kekangan masa dan kewangan niat tersebut terpaksa dipendam.

“Saya bersyukur kerana pihak majikan memberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran dan UniMAP menawarkan kursus yang saya perlukan disamping jarak yang dekat,”kata pelajar Kejuruteraan Elektronik itu.

Bagi Ketua Teknikal Tenaga Nasional Berhad, Guar Cempedak, Boriyatol Afizah Tajudin, 41, yang mengambil jurusan Sistem Elektrik, berkata peluang melanjutkan pelajaran merupakan sesuatu yang ditunggu.

“Saya rasa sudah sampai masa untuk melanjutkan pelajaran kerana kursus yang ditawarkan UniMAP sesuai dengan apa yang saya inginkan disamping jarak yang dekat serta kos yang berpatutan.

“ Di samping itu, hasil dari pemerhatian yang saya lakukan mendapati silibus yang ditawarkan di UniMAP amat menarik dan meyakinkan,”katanya lagi.

UniMAP Pelajar Separuh Masa Pertama 2018

UniMAP Pelajar Separuh Masa Pertama 2018

UniMAP Pelajar Separuh Masa Pertama 2018

UniMAP Pelajar Separuh Masa Pertama 2018

Pauh Putra, 20 Sept – Sepasang kembar akhirnya dapat menarik lafaz lega kerana mereka dapat mengikuti pengajian yang sama iaitu bidang Pembuatan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) .

Ini berikutan sebelum ini kakak kembar itu, Noratiqah Mohd Izer berjaya mendapat tempat di universiti kejuruteraan berkenaan pada ambilan pertama 28 Ogos lalu manakala adik kembarnya, Norafiqah baharu mendaftar di UniMAP,  kelmarin.

Noratiqah berkata sejak kecil mereka tidak pernah berenggang malah mengikuti pengajian yang sama iaitu Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil) di Politeknik  Seberang Perai sebelum ini.

Katanya, situasi berkenaan pada  awalnya membuatkan mereka berasa sedih kerana terpaksa berenggang tetapi akhirnya berasa amat gembira apabila Norafiqah berjaya mendapat tempat di UniMAP dalam bidang yang sama bagi ambilan kedua.

“Ibu dan ayah menggalakkan adik membuat rayuan untuk mendapatkan tempat di UniMAP, Alhamdulillah adik berjaya juga mendapat tawaran dalam bidang yang sama,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Anak kepada pesara tentera dan guru itu memberitahu bahawa keadaan itu membuatkan mereka bersemangat mengikuti kuliah di UniMAP dan berharap dapat segera menyesuaikan diri berjauhan dari keluarga.

“Kami berasal dari Pulau Pinang, jadi tidak menjadi masalah ketika masih belajar di Politeknik Seberang Perai kerana tidak jauh dari rumah, justeru apabila berjauhan di Perlis ini kami lebih selesa jika dapat bersama-sama lagi mengikuti kuliah di sini,” katanya.

Terdahulu Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata bagi ambilan kedua, UniMAP menerima 393 pelajar baharu yang mendaftar program Ijazah Sarjana Muda sidang akademik 2018/2019 manakala ambilan pertama yang lalu universiti itu menerima 2,198 pelajar baharu.

Menurutnya, UniMAP mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu dan berharap pelajar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus serta mengikuti kuliah dengan selesa.

“Di UniMAP, pelbagai kemudahan kita sediakan malah 100 peratus pelajar menginap di kolej kediaman tanpa perlu ibu bapa risau mengenai rumah sewa dan pengangkutan,” kata beliau.

UniMAP MSK Ijazah 2018

UniMAP MSK Ijazah 2018

UniMAP MSK Ijazah 2018

UniMAP MSK Ijazah 2018

Padang Besar, 18 Sept – Berikutan kejadian ribut yang melanda hampir seluruh negeri Perlis semalam, banyak kawasan terjejas akibat kerosakan pada kediaman serta prasarana awam.

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerusi Jabatan Keselamatan, Unit Komunikasi Korporat , Jabatan Pembangunan dan Kelab Sukarelawan menggerakkan bantuan kepada salah seorang mangsa ribut iaitu kakitangan Jabatan Keselamatan UniMAP, Azleen Wahab di Kampung Bawah Bukit, Chuping, di sini.

Salah seorang sukarelawan, Yap Chee Hian berkata dia dan 14 rakan-rakan yang berkelapangan daripada sebarang jadual kuliah segera menyertai gerakan bantuan berkenaan selepas dimaklumkan pihak pengurusan.

“Ahli kelab sukarelawan ini terdiri daripada 93 orang, dan kami sentiasa bersiap sedia sekiranya dimaklumkan mengenai gerakan bantuan.

“Ada di antara kami sibuk dengan urusan Minggu Suaikenal bagi rakan-rakan baharu ambilan kedua yang mendaftar di universiti hari ini, namun kami tetap bersemangat untuk datang membantu,” katanya.

Kejadian kira-kira jam 10 malam itu menyebabkan bumbung rumah keluarga Azleen diterbangkan angin selain siling ruang tengah rumah juga pecah dan jatuh.

Ibu Azleen, Latifah Kassim,63, berkata dia dan keluarga sedang menonton televisyen sebelum dikejutkan bunyi angin yang kuat.

Katanya, mereka sekeluarga tertanya-tanya apabila terdengar bunyi bising yang sangat kuat sebelum memeriksa bahagian luar rumah dan mendapati bumbung jatuh di hadapan rumah itu.

“Rupa-rupanya bumbung bahagian belakang rumah tercabut dan diterbangkan angin sehingga ke bahagian hadapan rumah. Mujur tiada kemalangan jiwa berlaku kerana bumbung itu berat dan mempunyai kayu,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Sementara itu, Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal meluangkan masa ke rumah mangsa bagi meninjau kerosakan yang dialami oleh keluarga mangsa.

Menurut Dr Zul Azhar , UniMAP segera menghulurkan bantuan bagi membersih dan membaiki kerosakan menerusi Jabatan Pembangunan serta sukarelawan UniMAP.

“Kira-kira 40 staf dan sukarelawan yang terdiri daripada pelajar UniMAP turun padang bagi membantu meringankan beban yang dialami keluarga Azleen.

“Selain itu, pihak UniMAP turut menyalurkan sumbangan menerusi Tabung Bencana UniMAP agar dapat dimanfaatkan keluarga Azleen untuk membaiki kerosakan lain yang diperlukan,” kata beliau.

Terdahulu, dilaporkan sebanyak 56 rumah di beberapa kampung dan kawasan perumahan mengalami kerosakan selepas dilanda ribut berkenaan iaitu Mata Ayer, Bintong, Kayang, Beseri, Sena, Chuping, Kuala Perlis dan Pauh.

Selain itu, 156 pokok juga dilaporkan tumbang sehingga menghalang laluan di jalan-jalan utama serta 55 kes gangguan elektrik juga diterima akibat ribut itu.

UniMAP Bencana Ribut 2018

UniMAP Bencana Ribut 2018

UniMAP Bencana Ribut 2018

UniMAP Bencana Ribut 2018

Kuantan, 18 Ogos - Kontinjen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP ) dinobatkan juara keseluruhan Kejohanan Sukan Kakitangan Universiti Malaysia (SUKUM) kali ke-43 sekaligus mengekalkan status juara bertahan kali ke-11 berturut-turut.

UniMAP muncul juara keseluruhan di kejohanan itu yang berlangsung di Universiti Malaysia Pahang (UMP) sejak 11 Ogos lalu  selepas berjaya mencatat pungutan pingat iaitu 23 emas, 9 perak dan 19 gangsa dalam 17 acara yang disertai.

Antara aksi cemerlang UniMAP yang meraih emas ialah olahraga, tenpin boling, golf, bola tampar wanita, bola sepak senior dan basikal.

Naib Canselor UniMAP Dato' Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata antara rahsia kejayaan UniMAP adalah dengan mewujudkan sistem mentor kepada pasukan bagi setiap acara yang disertai.

"Mentor-mentor ini terdiri daripada ketua-ketua jabatan UniMAP yang bertanggungjawab memberi inspirasi dan sokongan terhadap pasukan masing-masing.

"Pendekatan ini sebagai membuktikan bahawa pengurusan sentiasa memberi dorongan kepada staf yang terlibat dalam acara sukan sekaligus menyuntik semangat mereka untuk mencapai kejayaan," kata beliau ketika dihubungi.


Sementara itu, pasukan bola sepak senior UniMAP meneruskan kecemerlangan apabila menewaskan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan empat gol tanpa balas dalam aksi akhir yang berlangsung semalam di Stadium Sekolah Sukan Pahang, di sini.

Ketua pasukan UniMAP, Anas Shahrom membuat kejutan awal dengan menjaringkan gol pertama seawal minit ke-4 diikuti gol kedua dan ketiga oleh Rosmaidi masing-masing pada minit ke-10 serta minit ke 26. Manakala jaringan keempat oleh Faizal Zahir pada minit ke 48.

UniMAP dengan kekuatan 206 kontinjen terdiri daripada atlit, jurulatih dan pegawai menyertai SUKUM ke 43 berkenaan yang turut disertai 20 universiti awam (UA) dengan 17 acara dipertandingkan.

SUKSIS Tanjung Malim, 12 Ogos – Seramai 52 orang pelatih SUKSIS UniMAP daripada 1,234 pelatih seluruh Universiti Awam (UA) berjaya menghadiri Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian

Sijil Inspektor Kor SUKSIS, di sini hari ini. Sijil berkenaan disampaikan oleh YDH Tan Sri Dato’ Seri Ketua Polis Negara di majlis itu yang diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Lebih manis tiga pelatih SUKSIS UniMAP turut menerima anugerah di majlis sama iaitu Pelatih Terbaik Keseluruhan diraih Insp/KS Tan Yow Sheng dan Pelatih Terbaik Latihan Akademik diraih Insp/KS Nur Amirah Abu Hassan manakala Insp/KS Ikmal Hakim Ab Kadir menerima anugerah Pelatih Terbaik Latihan Luar.

Kor SUKSIS UniMAP bagi sesi kali ini adalah pelatih dari skuad 2015 dan berjaya mengharungi pelbagai latihan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama tiga tahun sebelum layak menerima Sijil Pelantikan sebagai Inspektor Kor SUKSIS.

Hadir sama menyaksikan peristiwa bersejarah ini Naib Canselor UniMAP YDH ACP/KS Dato' Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal , yang juga Komandan Kor SUKSIS UniMAP.

Terdahulu, Pengarah Unit Komunikasi Korporat (UKK) UniMAP Mustaffa Ismail menerima pelantikan Pegawai Ajutan Kor SUKSIS UniMAP dengan memakai pangkat Deputi Superintendan Polis/AKS.

Beliau menerima pelantikan berkenaan di Majlis Pemakaian Pangkat dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kehormat Kor SUKSIS disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselematan Komuniti PDRM , YDH CP Dato’ Sri Tajudin Md Isa yang diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada 3 Ogos, baru-baru ini.

 

 

ARAU, 14 Ogos – Sembilan Pasukan bakal mewakili Perlis ke Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2018 selepas muncul juara Pertandingan Robotik Kebangsaan Peringkat Negeri Perlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), di sini baru-baru ini.

Sebanyak 41 pasukan daripada lapan sekolah rendah dan 10 sekolah menengah sekitar Perlis mengambil bahagian dalam 11 kategori yang dipertandingkan.

Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Mekatronik UniMAP, Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Abu Hassan Abdullah berkata, NRC peringkat negeri Perlis merupakan pengajuran kali kedua UniMAP.

“Kita amat terharu dengan kepercayaan yang diberikan oleh Jabatan Pendidikan (JPN) Perlis dan Sasbadi Holdings Berhad kepada Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik UniMAP untuk menjadi tuan rumah buat kali kedua pada tahun ini.

“Tujuan pertandingan ini diadakan adalah bagi memilih pasukan yang akan mewakili Perlis ke peringkat kebangsaan pada September dan seterusnya peringkat antarabangsa di Chiang Mai, Thailand pada November ini,’katanya ketika ditemui, di sini.

Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, JPN Perlis, Sharudin Mahhmud. Hadir sama Pengurus Sokongan Teknikal, SASBADI Learning Solutions Sdn. Bhd, Kendrick Lee.

Pemenang bagi 11 kategori tersebut adalah, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Hwa Aik, Arau (Kategori Regular PRO Sekolah Rendah), Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, Kangar (Kategori Regular PRO Sekolah Menengah Rendah), Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis, Kuala Perlis (Kategori Regular PRO Sekolah Menengah Atas); Sekolah Menengah Kebangsaan Mata Ayer, Mata Ayer (Kategori Open Sekolah Menengah Rendah); Sekolah Menengah Kebangsaan Putra, Kangar (Kategori Open Sekolah Menengah Atas); Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Hwa Aik, Arau (Kategori NRC Football); Sekolah Agama Al-Islahiyah (Rendah), Simpang Empat (Kategori Regular ROOKIE Sekolah Rendah); Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ali Ahmad, Kangar (Kategori Regular ROOKIE Sekolah Menengah Rendah); Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Besar Utara, Padang Besar (Kategori Regular ROOKIE Sekolah Menengah Atas) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Mata Ayer, Mata Ayer (Kategori Reka Cipta dan Inovasi STEM).

Pemenang membawa pulang hadiah berupa trofi, medal dan sijil penghargaan. Ujar Dr. Abu Hassan lagi, PPK Mekatronik sangat aktif menganjurkan bengkel-bengkel robotic menggunakan Lego MINDSTORMS kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar Perlis dan utara Kedah.

“Penganjuran program seperti ini merupakan sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) untuk dimanfaatkan oleh masyarakat secara keseluruhannya. Kreativiti dan inovasi tidak boleh diajar tetapi ia boleh diterap secara tidak langsung melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara terancang. “Saya percaya, melalui penganjuran program seperti ini akan dapat menjadi platform terbaik dalam memberi dan menyebarluaskan maklumat yang tepat dan terkini kepada pelajar sekolah dan guru amnya,”katanya. .

Persidangan International Conference on Mathematics, Engineering and Industrial Applications 2018 (ICoMEIA 2018) telah berlangsung di Menara Razak, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur dari 24 hingga 26 Julai 2018. ICoMEIA 2018 dianjurkan oleh Institut Matematik Kejuruteraan (IMK), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Pulau Pinang serta penglibatan Universiti Thaksin, Thailand sebagai penaja bersama.

Persidangan selama tiga hari tersebut berjaya menghimpunkan 61 kertas kerja penyelidikan dalam bidang matematik, kejuruteraan dan aplikasi industri dari dalam dan luar negara. Antara negara peserta yang terlibat ialah dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Arab Saudi, Iraq, Sepanyol dan Australia.

ICoMEIA 2018 mengangkat tema “Menawan Cabaran Big Data Melalui Matematik dan Statistik” kerana menyedari perkembangan pesat bidang data analitik dan kaitannya dengan bidang kejuruteraan, industri, kewangan, perniagaan, kesihatan, media sosial dan lain-lain.
Pihak penganjur telah mengundang Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia untuk menyampaikan ucaptama. Ucapan beliau menekankan big data yang menjadi trend baharu akan memberi impak kepada negara dari segi ekonomi dan sosial secara keseluruhan.

Ucaptama kedua disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Norma Alias dari Universiti Teknologi Malaysia menyentuh tentang aspek teknikal big data termasuk perkaitannya dengan simulasi, rangkaian serta platform yang sesuai ke arah Revolusi Industri 4.0.

Seterusnya, ucaptama terakhir telah disampaikan oleh Encik Mohd Parid Sulaiman, Pengarah Program Kejuruteraan Strategik, Intel Products (M) Sdn. Bhd. Beliau menyentuh tentang halatuju industri dan jurang antara akademik-industri ke arah Revolusi Industri 4.0.

ICoMEIA 2018 telah dirasmikan oleh Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Para peserta ICoMEIA 2018 bergambar beramai-ramai di hadapan Menara Razak, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

 

Dato’ Profesor Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (tiga dari kiri) diapit Encik Mohd Parid Sulaiman (dua dari kiri) dan Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin (dua dari kanan) bersama Profesor Madya Dr. Muhammad Zaini Ahmad, Dekan Institut Matematik Kejuruteraan (paling kanan) dan Profesor Dr. Amran Ahmed, Pengerusi ICoMEIA 2018 (paling kiri). 

Kangar , 30 Julai – Program berkonsepkan mobiliti berkredit, Asia Summer Program (ASP) 2018 kali ini membawa peserta universiti-universiti di Asia ke negara Korea Selatan dengan Dongseo University menjadi hos mulai 8 hingga 27 Julai, baru-baru ini.

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tidak ketinggalan dengan menghantar 24 pelajar bagi mengikuti ASP di negara empat musim berkenaan selama tiga minggu bersama lebih 400 pelajar dari 12 negara membabitkan 31 universiti.

Antara pengisian ASP 2018 ialah peserta perlu mendaftarkan diri , memilih dan hadir dalam dua kursus yang dijadualkan setiap hari (Isnin hingga Jumaat) pada jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang, selain lawatan ,program  Korean Cultural Event,  Hari Sukan, Movie Night serta aktiviti-aktiviti harian lain yang menarik diadakan selepas waktu kuliah.

Seorang pelajar tahun dua Bioteknologi Industri, Vinod Kumar berkata ASP 2018 merupakan program yang unik serta dapat mengukuhkan ukhuwah di antara peserta yang datang dari negara yang berbeza.

“Setiap pelajar ditempatkan bersama seorang lagi pelajar lain dari negara berlainan sepanjang tiga minggu ini sekaligus menyebabkan pelajar perlu hidup bertoleransi, mengenali serta menghormati budaya lain yang berbeza.

“Selain itu, ASP turut meningkatkan kefahaman saya mengenai hidup berintegrasi dan toleransi antara kaum serta dapat mengenali budaya bangsa lain dari  negara Asia lain, “ katanya.

Seorang lagi pelajar tahun dua Bioproses, Arina Izaati yang juga ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) berkata peluang yang diperolehi apabila terpilih ke ASP 2018  dimanfaatkan sebaiknya.

Katanya, di ASP 2018  dia dan rakan-rakan dapat menonjolkan keunikan kebudayaan Malaysia kepada rakan-rakan negara Asia yang lain.

“Di samping itu, saya dan rakan-rakan UniMAP juga berpeluang menimba pengalaman mengikuti kuliah dalam suasana negara Korea serta tenaga pengajar berbeza budaya dan bangsa, “katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Sementara itu, Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata, selain pelajar UniMAP, tenaga akademik UniMAP turut dipilih sebagai tenaga pengajar bagi dua daripada 52 kursus yang ditawarkan ASP 2018 iaitu Pengarah Pusat Pengkormersilan Harta Intelek (CIPC) Prof Dr Rosni Bakar dan Timbalan Dekan (Pembangunan Pelajar & Alumni) Pusat Pengajian Pembangunan Insan & Teknokomunikasi (iKOM) Dr Nor’Izah Ahmad.

Katanya, bagi pemilihan tenaga pengajar ASP 2018 adalah berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini kerana penawaran kursus ditentukan oleh permintaan peserta ASP sendiri.

“Selain Malaysia, antara negara yang menyertai ASP 2018 ialah Indonesia, Taiwan, China, Filipina, Thailand, Bangladesh, Jepun, Singapura, Vietnam, Korea dan Lithuania,” kata beliau.

Untuk rekod, UniMAP pernah menjadi hos ASP pada 2014 dengan penyertaan dari 23 universiti Asia.

Arau, 23 Julai – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menghantar 87 peserta bagi menyertai Karnival Varsiti Indonesia, Malaysia dan Thailand Growth Triangle (IMTGT) yang berlangsung bermula 20 hingga 26 Julai 2018 di Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perlis di sini.

Menurut Timbalan Naib Canselor UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan, mereka ini terdiri daripada 64 pelajar dan 23 pegawai yang dibahagi kepada tiga kategori iaitu sukan, kebudayaan dan seminar.

“Terdapat tujuh sukan yang dipertandingkan iaitu bola sepak, badminton, bola keranjang, bola tampar (wanita), dan tenis.

“Manakala 15 pelajar menyertai kebudayaan dan 3 pelajar pula menyertai seminar,” katanya pada Majlis Simbolik Penyerahan Bendera yang berlangsung di Kolej Kediaman Tun Abdul Razak (PFI2), UniMAP Pauh Putra baru-baru ini.

Ujar beliau lagi, semua pelajar yang terlibat perlu melakukan yang terbaik mengikut segmen masing-masing dan sebagai duta university mereka perlu menjada disiplin dan sentiasa mematuhi arahan yang ditetapkan.

“Malah mereka perlua sematkan di dalam sanubari bahawa ini adalah satu sumbangan berharga daripada pelajar kepada universiti yang disayangi.

“Binalah jaringan persahabatan bersama peserta-peserta dari universiti lain terutamanya dari Thailand dan Indonesia,” katanya.

Karnival Varsiti IMTGT melibatkan tiga buah Negara iaitu Indonesia, Thailand dan Malaysia yang diwakili oleh universiti-universiti yang menjadi ahli IMTGT.

“Terdapat 11 universiti yang terlibat dalam IMTGT yang masing-masing mewakil Negara mereka iaitu Indonesia diwakili Universitas Sumatera Utara (USU), Institut Teknologi Medan (ITM), Universitas Syiah Kuala (USK) dan Universitas Negeri Medan (UNIMED).

“Manakala Thailand diwakili Prince of Songkhla University (PSU), Thaksin University (TSU), Rajamangala University of Technology Srivijaya (RMUTSV) dan Walailak Universiti (WU),” katanya.

Tidak ketinggalan Malaysia diwakili Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis, Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan UniMAP.

19 Julai 2018, KUALA LUMPUR Tuanku Syed Putra Foundation yang juga dikenali sebagai Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) berhasrat untuk mengumpul dana tambahan sebanyak RM5.5 juta lagi untuk membina sebuah pusat autism bagi komuniti di Perlis, kemudahan pertama seumpamanya di negeri tersebut. Pusat tersebut akan memberi manfaat kepada golongan yang mengalami autism di wilayah utara untuk membina masa depan lebih cerah.

Melalui kerjasama dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sejak dua tahun lalu, inisiatif Hab Sumber Pendidikan dan Latihan Autism (A-HEART) telah dibentuk dan berjaya mengumpul dana sebanyak RM500,000 untuk membina sebuah pusat autism kanak-kanak di kampus UniMAP.  Kini, Pusat Autism A-HEART UniMAP mahu membina sebuah pusat yang lebih lengkap untuk membantu golongan yang memerlukan. YTSP kini mensasarkan untuk mengumpul dana sebanyak RM6 juta dalam tempoh tiga tahun demi merealisasikan impian tersebut.

YTSP dipengerusikan oleh Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang juga Canselor UniMAP. Manakala

 Pusat Autism A-HEART UniMAP dinaungi oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis, Tuanku  Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga merupakan Pro-Canselor UniMAP.

Ahli Lembaga Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) dan Pengerusi Ahli Lembaga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, “YTSP mahu membina sebuah pusat autism untuk menawarkan peluang pendidikan berkualiti, latihan kemahiran hidup dan sokongan kepada komuniti, ibu bapa yang mempunyai anak autistik, penjaga dan profesional.  Yayasan menerima sokongan yang memberangsangkan daripada badan-badan korporat dan telah menyumbang setengah juta ringgit sehingga kini. Hari ini, kami berbesar hati kerana Acts One Group Inc. ada menyokong kita untuk membantu menjadikan impian membina sebuah pusat autism yang lengkap satu realiti tidak lama lagi.”

Pengasas dan Pengerusi Acts One Group Inc., Serena Chiam berkata, “Saya percaya atas sumbangan demi kebaikan masyarakat. Ia merupakan budaya yang diamalkan dalam syarikat saya iaitu membantu mereka yang memerlukan.

“Kita memainkan peranan dalam membentuk masa depan yang lebih baik untuk semua. Kami harap lebih banyak syarikat dan individu akan memberi sumbangan kepada YTSP untuk membiayai pembinaan Pusat Autism A-HEART UniMAP.”

Turut hadir ialah Naib-Canselor UniMAP, Prof. Dato’ Dr. Zul Azhar Zahid Jamal yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada badan-badan korporat yang sudi memberi sumbangan, bukan sahaja dengan wang ringgit, malah menganjurkan acara-acara kemasyarakatan. 

“Baru-baru ini, Bank Rakyat menganjurkan Karnival Bank Rakyat-A-Heart Autismlympic 2018, satu acara sukan yang unik untuk menggalakkan pelajar-pelajar autism bersukan. Pada Februari tahun ini, YTL telah menyumbang sebanyak RM100,000 kepada YTSP. Tahun lalu, Bank Rakyat sekali lagi menganjurkan ‘Bank Rakyat-A-HEART Rainbow Walk’ yang menyaksikan 1,398 peserta terdiri daripada kanak-kanak daripada rumah anak-anak yatim dan pelajar universiti meraikan Bulan Kesedaran Autism Kebangsaan.

“Justeru, saya percaya bahawa dengan meningkatkan kesedaran di setiap peringkat berbeza, orang ramai akan dapat menyumbang secara positif dalam membentuk satu ekosistem yang dinamik buat komuniti autism. Kami harap lebih banyak badan korporat, individu dan pihak akan tampil ke depan untuk menyokong inisiatif Tanggungjawab Korporat Sosial UniMAP ini. Saya juga sangat bangga dengan para pendidik dan pelajar UniMAP yang menguruskan pusat sedia ada. Melalui inisiatif ini, saya harap ia akan terus menaikkan semangat mereka untuk berbakti kepada masyarakat.” 

Sementara itu, Autism Buddies yang memainkan peranan penting dalam inisiatif A-HEART diwakili oleh Puan Sri Dato’ Akmal Abdul Salam, yang juga merupakan penaung Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA).

Beliau berkata, “Walaupun kesedaran orang ramai terhadap autism adalah tinggi, namun pemahaman mengenainya masih rendah. Selama beberapa tahun, pihak berwajib yang menawarkan perkhidmatan pendidikan berdepan cabaran untuk memenuhi keperluan kelompok rakyat Malaysia yang mengalami autism. Jadi, kami perlu meningkatkan sumber dalam negara untuk membangunkan kemudahan dan program-program buat komuniti yang memerlukan perkhidmatan seperti ini.’’

Buat masa sekarang, Pusat Autism A-HEART UniMAP dioperasikan sepenuhnya oleh universiti. Pusat itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan bantuan pembelajaran yang interaktif. Selain kemudahan-kemudahan tersebut, Pusat Autism A-HEART UniMAP komited untuk menawarkan perkhidmatan seperti pengesanan awal dan intervensi menerusi rawatan, terapi serta pendekatan pendidikan terbaik kepada anak-anak autism. Di samping memberi sokongan kepada ibu bapa, penjaga dan golongan profesional.

Bukan itu sahaja, pusat tersebut akan menyediakan pendidikan dan latihan kepada golongan muda penghidap autism berdasarkan kepada kemahiran serta minat mereka yang berbeza. Ini bermakna, pendekatan yang diambil oleh Pusat Autism A-HEART UniMAP akan dapat membantu golongan austistik membina masa depan mereka. Seterusnya, ia menjadi titik rujukan kepada pihak-pihak lain yang ingin memberi khidmat kepada komuniti autism di Perlis.

Acts One Group Inc. juga merupakan penaja korporat YTSP untuk majlis makan malam penghargaan GOLD A-HEART Fundraising bagi Pusat Autism A-HEART UniMAP yang akan diadakan pada 19 Oktober 2018 di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur.

Acts One Group Inc. ialah sebuah syarikat multi-disiplin dan anak syarikatnya, Aureo Gallery Ltd merupakan Pengedar Tunggal Seni Kreatif di Asia Tenggara terutama seni emas oleh Kim Il Tae. Acts One Group Inc. dan Aureo Gallery akan menyumbang dua karya seni emas yang hanya ada dua di dunia untuk dilelong pada majlis makan malam tersebut. Selain dua karya seni emas, barang-barang koleksi juga akan dilelong. 

Maklumat lanjut mengenai majlis makan malam amal untuk GOLD A-HEART Fundraising, sila hubungi Edna Lee di talian 016-246 3186.

Kangar, 20 Julai – Seramai dua puluh pelajar tahun akhir Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ditawarkan pekerjaan di syarikat Tessolve Semiconductor Sdn. Bhd. di Pulau Pinang sebelum bergraduasi pada Oktober 2018 nanti.

“Mereka ini akan memulakan tugas mereka pada Ogos nanti,” kata Penolong Pendaftar Kanan, Pusat Kerjasama Industri dan Agensi Kerajaan (CIGC) UniMAP, Dr. Ruswahida Ibnu Ruslan ketika dihubungi pemberita baru-baru ini.

“Ini merupakan kumpulan pertama dan kedua yang melibatkan 58 pelajar dari tiga pusat pengajian yang dipanggil untuk sesi temuduga pada Mei di UniMAP dan 24 Jun lalu di salah sebuah hotel di Pulau Pinang.

“Dari jumlah tersebut, kumpulah pertama yang diambil bekerja adalah 11 orang manakala kumpulan kedua yang ditawarkan pekerjaan adalah sembilan pelajar dan mereka ini akan melaporkan diri pada Ogos iaitu dua bulan awal dari tarikh mereka bergraduat,” katanya.

Mereka adalah dari Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Mikroelektronik (lima orang), PPK Komputer dan Perhubungan (11 orang) dan empat daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) Elektronik.

Menurut Ruswahida, mereka ini terpaksa melalui beberapa proses seperti penilaian mengenai pengetahuan teknikal, sesi taklimat dan juga temuduga oleh mereka yang berpengalaman dari syarikat tersebut.

“Kebanyakkan penemuduga didatangkan khas dari Bangalore, India dan hanya dua orang sahaja penemuduga dari Malaysia,” katanya.

Tambahnya lagi, pelajar ini beruntung kerana berpeluang untuk mengembangkan kerjaya mereka di syarikat Tessolve kerana ia merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan solusi bagi Chip Solutions, Hardware Solutions, Software Solutions dan Embedded Solutions.

“Syarikat ini menyediakan perkhidmatan kepada syarikat seperti Intel, Broadcom, Qualcomm, Texas Instruments, NXP, National Instruments, Cadence, Jetter, Coyote.

“Peluang diterima bekerja walaupun sebelum bergraduat menunjukkan bahawa graduan UniMAP laris dipasaran pekerjaan dan ini sekaligus membuktikan bahawa kurikulum UniMAP menepati kehendak industri,” katanya.

Pauh Putra, 18 Julai  – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus meningkatkan keterlihatan universiti itu di rantau ASEAN menerusi Program Communicative English Course dengan kerjasama Nakhon Pathom Rajabhat University (NPRU) Thailand.

Program di bawah kendalian Pusat Bahasa Antarabangsa (CIL) UniMAP  itu menerima 20 pelajar Pusat Pengajian Kemanusiaan NPRU dan berlangsung selama 21 hari bermula 28 Jun lalu sehingga hari ini.

Pengarah CIL, Prof Dr Harshita Aini Haroon berkata program ini bertujuan untuk menyerlahkan UniMAP di rantau ASEAN melalui kerjasama kepakaran akademik dalam bidang bahasa Inggeris di samping mendedahkan para pelajar kepada kemahiran komunikasi dan budaya Melayu.

“ Di samping itu, ia juga sebagai mengukuhkan hubungan kerjasama kedua-dua universiti selain bertindak sebagai saluran untuk pengembangan dan pengukuhan ASEAN dalam meningkatkan nilai perkongsian ilmu di rantau ini.

“Saya berharap semoga kedua-dua universiti dapat memanfaatkan program ini sebagai batu loncatan ke arah program kerjasama yang lain lagi di masa akan datang samada dalam bidang akademik mahupun bukan akademik, “ kata beliau ketika Majlis Penutupan program berkenaan di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Institut Bahasa NPRU, Khanitta Thaichareon.

Di majlis penutup berkenaan,  pelajar NPRU mempersembahkan tarian ayam didik yang dipelajari di dalam kelas ketika mengikuti program selama tiga minggu itu.

Sementara itu, pengarah program itu Masturah Sabri berkata sepanjang mengikuti program berkenaan di UniMAP, para pelajar mendapat pengajaran penuh di dalam kelas melalui modul yang dibangunkan khas.

Katanya, modul berkenaan dihasilkan sendiri  oleh pensyarah dan guru bahasa CIL. 

“Selain sesi dalam kelas, pelbagai aktiviti lain direncana seperti lawatan akademik ke Pulau Langkawi, Pulau Pinang dan Alor Setar selain mereka berpeluang menimba  pengalaman mempelajari budaya Melayu melalui aktiviti masuk kampung yang diadakan di Kampung Pulau Pisang, Jitra,” katanya.

Tambahnya,selain kelas bahasa Inggeris, para pelajar NPRU juga perlu mengikuti sesi kelas bahasa Melayu yang diajar guru bahasa CIL Juliana Ahmad dan tarian Melayu bimbingan artis budaya Unit Kebudayaan & Rekreasi (UKR) UniMAP. 

Terdahulu, salah seorang pelajar NPRU, Yasmeena Yuerae berkata, pengalaman mempelajari bahasa dan tarian Melayu ini sangat menyeronokkan dan ini merupakan satu pengalaman baharu yang tidak akan diperolehi di Thailand. 

 “Kami berpeluang mempelajari adat dan kebudayaan masyarakat di Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa serta mempunyai keunikan tersendiri.

 “Malah, saya juga dapat meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris ketika mengikuti modul yang ditetapkan sekaligus membantu kami lebih yakin berkomunikasi dengan rakan-rakan di rantau ASEAN, ” katanya ketika ditemui di majlis itu.

Pauh Putra, 12 Julai – Raja Muda Perlis merangkap Tuanku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan Projek Antarabangsa : Kesukarelaan & Tanggungjawab Sosial Korporat (iVCORE) di Kampus UniMAP, di sini , semalam.

Projek julung kalinya diadakan ke peringkat antarabangsa berkenaan merupakan anjuran Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) melalui Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas (POTENSI) UniMAP.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, hasrat MASTI melebarkan sayap bantuan kemanusiaan ke Thailand amat disokong malah Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut memperuntukkan bantuan RM10,000 bagi membantu asnaf di sana.

Titahnya, peruntukan itu adalah bagi menyokong hasrat iVCORE agar daapt disampaikan kepada penduduk asnaf dan anak-anak yatim di negara jiran berkenaan.

“Inisiatif merentasi sempadan seumpama ini harus diberi pujian kerana ia merupakan saluran bantuan kepada golongan yang amat memerlukan di luar sana berbanding kita di Malaysia.

Ini kerana di sini, pelbagai Agensi Kerajaan masih ‘mampu’ melaksanakan tanggungjawab membantu golongan asnaf namun di negara luar seperti Thailand tanggungjawab ini banyak digerakkan oleh individu yang prihatin semata-mata,” titah Baginda ketika melancarkan iVCORE di sini.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniMAP, Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan dan Presiden POTENSI, Raja Shah Erman Raja Ariffin.

Sementara itu, Presiden MASTI Azri Hohad berkata VCORE dilancarkan pada 2015 di Perlis sebelum terus dilaksanakan di beberapa negeri iaitu Sabah pada 2016 dan Terengganu (2017) serta merancang ke Sarawak bagi tahun ini.

Katanya, kali ini MASTI menerusi POTENSI berhasrat melebarkan lagi bantuan kemanusiaan bagi peringkat antarabangsa dengan memilih Kampung Khokkek di Chana, Thailand mulai esok (hari ini) hingga 15 Julai.

“Dua aktiviti utama telah dikenalpasti iaitu sumbangan dan pembinaan sekolah di masjid selain aktiviti sukan serta motivasi bersama anak-anak yatim Sekolah Santiwit di daerah berkenaan,” kata beliau ketika berucap sempena majlis pelancaran berkenaan.

Selain MAIPs, iVCORE turut mendapat sumbangan daripada pelbagai pihak seperti Persatuan di Universiti Awam (UA) masing-masing yang disertai hampir 50 peserta bagi menjayakan bantuan kemanusiaan itu.

Di samping bantuan kemanusiaan itu, MASTI turut mengadakan lawatan dan perbincangan bersama pentadbir Prince Of Songkhla University (PSU)bagi bertukar-tukar idea berkaitan tugasan pentdabir universiti serta mengukuhkan hubungan sedia ada.

Padang Besar, 25 Jun  – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sentiasa berazam untuk melahirkan insan kamil yang menyumbang kepada agenda pembangunan dan daya saing industri negara telah melebarkan peluang kemasukan ke UniMAP apabila buat kali pertama menerima pelajar kelainan upaya (OKU) bagi program diplomanya.

Pelajar terbabit, Muhammad Adib Wajdi Dzulhawira, 18, yang merupakan anak jati Perlis ditawarkan program pengajian Diploma Mikroelektronik bagi tempoh tiga tahun atau enam semester dan dijangka tamat pada hujung 2020 nanti.

Naib Canselor UniMAP, Dato' Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata UniMAP mendapat makluman mengenai pelajar terbabit yang dilaporkan gagal menempatkan diri di institusi pengajian Tinggi (IPT) ekoran kecacatan yang dialami.

"Beliau memperolehi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bagus dan seharusnya diberi peluang untuk menyambung pengajiannya.

"Namun dikhabarkan kegagalan pada pengambilan pertama adalah disebabkan kecacatan kekal pada kakinya dan perkara ini tidak seharusnya berlaku," katanya ketika dihubungi pemberita selepas Majlis Sambutan Siswa Siswi Sidang Akademik 2018/2019 di Kampus Alam UniMAP Uniciti di sini, semalam.

Tambahnya lagi, UniMAP yakin bahawa setiap orang perlu dilayan sama rata dan sebarang perbezaan tidak harus menjadi penghalang.

"UniMAP sedia membantu beliau  merealisasikan impian beliau dan langkah pertama yang diambil adalah dengan menawarkan tempat belajar untuknya," katanya.

 Sementara itu, Muhammad Adib Wajdi yang merupakan anak pertama dari dua beradik ingin membuktikan kepada dunia bahawa kecacatan yang dialaminya sejak lahir itu bukan batasan untuk berjaya.

"Sebagai anak sulung saya ingin memberikan contoh terbaik kepada adik saya sekaligus membanggakan kedua ibu bapa saya.

"Terima kasih kepada UniMAP kerana memberi peluang kepada saya dan InsyaAllah peluang ini tidak akan saya sia-siakan," katanya.

Pauh Putra, 13 Jun  – Seramai 263 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tidak perlu bersusah payah ke stesen bas menaiki bas ekspres pulang ke kampung apabila mereka hanya perlu menaiki bas dari dalam kampus.

Program Projek Bas Balik Raya UniMAP anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) itu diadakan khusus bagi pelajar pulang ke kampung berhari raya dengan dilancarkan pelepasannya oleh Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal, di tapak bas Kolej Kediaman Tun Abdul Razak (Pfi2) di kampus UniMAP, jam 10.00 malam di sini hari ini.

Turut hadir ke pelancaran itu ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan.

Yang Dipertua MPP UniMAP, Muhammad Amir Hakim Razali berkata program berkenaan mendapat kerjasama syarikat bas IR-SAF yang menyediakan sebanyak lapan buah bas bagi menghantar pelajar pulang ke kampung halaman mereka.

“MPP prihatin dengan rakan-rakan UniMAP yang tidak dapat membeli tiket bas kerana habis awal menjelang perayaan, jadi inisiatif ini dilaksanakan bagi membantu rakan-rakan dapat pulang ke kampung halaman masing-masing.

“Selain itu, caj tambang yang dikenakan lebih murah berbanding bas ekpress biasa selain rakan-rakan juga dapat menjimatkan kos kerana tidak perlu menaiki kemudahan awam yang lain untuk ke stesen bas,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran program itu.

Sementara itu seorang pelajar tahun Satu Kejuruteraan Mekatronik, Abdul Rafieq Haiqal Abdul Rahman berkata dia teruja dapat pulang beraya bersama rakan-rakan UniMAP yang lain bersama-sama serta tidak perlu bergerak jauh untuk menaiki bas ekspres.

Katanya, dia juga dapat mengenali rakan-rakan baharu lain ketika dalam perjalanan pulang  serta sempat berkongsi pelbagai perkara.

“Ada rakan-rakan yang tidak tidur sepanjang perjalanan kerana seronok dapat berbual-bual sebelum tiba ke destinasi masing-masing selain dapat bersahur bersama,” katanya yang pulang ke Kuala Lumpur.

Selain pelancaran program, Dr Zul Azhar turut meluangkan masa mengedarkan juadah moreh kepada pelajar-pelajar di dalam bas sebelum bas bertolak.

KANGAR– Bersempena dengan kehadiran Aidilfitri yang bakal hadir, Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Bioproses, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) baru-baru ini telah terpanggil untuk turun padang bagi membantu tiga keluarga asnaf.

Penysyarah Kanan PPK Bioproses, Dr. Syazni Zainul Kamal, berkata, Program Jejak Asnaf yang dianjurkan setiap tahun bersempena Ramadhan itu, bertujuan bagi meningkatkan kesedaran tentang amalan bersedekah, membantu meringankan beban keluarga asnaf dan untuk lebih mendekati masyarakat setempat di kalangan staf. “Kita telah berjaya mengenalpasti tiga buah keluarga untuk dibantu dan antara bantuan yang diberikan berupa barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak, tilam, bantal, pakaian beserta wang tunai.

“Sumbangan ini adalah hasil derma staf PPK Bioproses,”katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Ujar Syazni lagi, lebih manis lagi, pada program itu juga, mereka dapat membantu seorang pelajar yang telah menolak tawaran ke Program Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Metalurgi) UniMAP kerana kekangan kewangan.

“Hasil dari usaha Jawatankuasa Jejak Asnaf, kita telah berjaya, membantu pelajar ini mendapatkan bantuan pelajaran daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

“PPK Bioproses juga telah melancarkan tabung derma kilat dan rayuan kemasukan semula ke program diploma tersebut dan pelajar tersebut bakal mendaftar sebagai pelajar UniMAP pada ambilan kedua pada 25 Jun akan datang,”katanya lagi.

Kangar, 1 Jun- Bagi mencipta kelainan dalam mendalami kesenian hadrah, Unit Kebudayaan dan Rekreasi (UKR) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyantuni masyarakat sempadan Thailand menerusi Program Jejak Warisan Seni Hadrah di Phattalung baru-baru ini.

 

Delegasi terdiri daripada 30 staf UKR dan lapan pelajar UniMAP itu juga berpeluang mengadakan persembahan sekaligus berkongsi seni hadrah Perlis dan Thailand bersama masyarakat di negara itu.

Pengarah UKR Mohd Izwan Izhar Haris berkata hadrah merupakan kesenian yang popular di kalangan masyarakat di utara semenanjung Malaysia kira-kira 60 tahun dahulu.

Katanya, kesenian itu kemudiannya turut dibawa hingga ke selatan Thailand memandangkan ia merupakan suatu kesenian yang berunsurkan keagamaan lalu mendorong pihaknya mengadakan program Jejak Warisan Seni Hadrah.

“Perkongsian seni antara Perlis dan Thailand ini diadakan di Khuandonwittaya School sekaligus memberi peluang kepada staf UKR dan pelajar dapat meluaskan lagi pengetahuan mengenai Hadrah masyarakat kedua-dua kawasan berkenaan,” kata beliau.

Selain perkongsian seni hadrah di sekolah, pelajar UniMAP dari kumpulan Sutramaya turut diberi peluang mengadakan persembahan di Halal Food Street Satun 2018.

Tambah Mohd Izwan, mereka juga mengadakan aktiviti sukarelawan dan rekreasi sempena program menjejaki seni hadrah itu iaitu berkayak di Manang sebagai aktiviti ‘teambuilding’.

“Aktiviti sukarelawan pula diadakan dengan mengadakan gotong royong membersihkan masjid terbesar di Hatyai, iaitu Masjid Nurul Din pada hari terakhir program termasuk menghulurkan sumbangan kepada ahli jawatankuasa masjid berkenaan.

“Ini membuktikan bahawa program ini tidak hanya memberi fokus kepada kesenian semata-mata namun UKR turut mengambil perhatian terhadap aktiviti kesukarelawan dan program pembangunan staf,” kata beliau.

Program itu berlangsung selama tiga hari dengan hasrat menjalinkan kerjasama dan jalinan yang baik bersama sempadan Thailand sekaligus mewujudkan semangat IMT-GT dan semangat ASEAN.

Kangar,19 Mei – Penyelidik wanita Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus cemerlang apabila mendominasi pingat emas di pameran inovasi antarabangsa ‘Europian Fair of Creativity and Innovation (EUROINVENT 2018)  di Iasi , Romania.

Mereka adalah Prof Madya Dr Noorhafiza Muhammad menerusi penyelidikannya ‘Potato Starch Nano-Composites As An Alternative Materials for Coronary Stent Applications yang turut meraih Anugerah Penyelidik Wanita Terbaik EUROINVENT dan Anugerah Khas Korea,dan  Dr Zarina Yahya dengan tajuk Geopolymer Underwater Concrete in Marine Construction.

Seorang lagi penyelidik wanita UniMAP yang berjaya meraih pingat emas ialah Liyana Jamaludin menerusi penyelidikan ‘Novel Multipurpose Geopolymer Coating for High Temperature Applications.

Ketua delegasi UniMAP, Pengurus Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CeGeoGTech) Prof Madya Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah berkata selain tiga penyelidik wanita itu, seorang lagi penyelidik UniMAP Dr Mohd Fathullah Ghazli berjaya meraih pingat emas dan Anugerah Khas Thailand dengan penyelidikan beliau, New Discovery of Sm3+ in Reducing Cost for Red Phosphor in White LED Applications.

Menurutnya, kejayaan itu begitu bermakna kepada mereka memandangkan penyertaan di EUROINVENT 2018 membabitkan lebih 500 penyelidik dari lebih 20 negara sekaligus memberi saingan hebat di pameran berkenaan.

“Lebih manis, penyelidik wanita UniMAP dapat meneruskan kecemerlangan di EUROINVENT 2018 sepertimana tahun tahun terdahulu di pameran sama,” kata beliau yang turut meraih Excellence Innovation Award (the Prestigious Activity in The Field of Innovation & Invention) dari University Politechnica of Bucharest Romania.

EUROINVENT 2018 berlangsung mulai 17 Mei lalu dan dirasmikan oleh Menteri Penyelidikan dan Inovasi Romania, Nicolae Burnette.

Terdahulu, Dr Mohd Mustafa dan seorang pensyarah CeGeoGTech, Dr Mohd Arif Anuar Mohd Salleh turut dijemput sebagai pensyarah kunjungan di Georghe Asachi Technical University of Iasi, Romania.

Beberapa topik turut dikongsi kepada pelajar pascasiswazah universiti itu seperti “Current Geopolymer Research” oleh Dr Mohd Mustafa dan “Leadfree Solder Materials” oleh Dr Mohd Arif yang merupakan sebahagian aktiviti ERASMUS.

ERASMUS merupakan program di bawah Kesatuan Eropah untuk pendidikan, latihan , belia dan sukan. Ia berlangsung selama tujuh tahun bermula 2014 hingga 2020 manakala UniMAP memperolehi program berkenaan selama empat tahun.

Prof Madya Dr Noorhafiza bersama pingat dan anugerah khas yang diperolehinya di EUROINVENT 2018.

Delegasi UniMAP diketuai Prof Madya Dr Mohd Mustafa (tiga dari kanan) meraikan kejayaan membawa pulang empat pingat emas sempena EUROINVENT 2018 di Iasi, Romania.

Pauh Putra, 17 Mei- Sempena satu Ramadhan hari ini, hampir 1,000 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dari enam kolej kediaman universiti itu mengikuti Majlis Iftar Kubra 2018 di Dewan Ilmu, Kampus UniMAP ,di sini.

Majlis anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Majlis Penghuni Kolej Kediaman (MPKK), dan Pusat Islam UniMAP dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa ), Prof Ir Dr Rezuwan Kamarudin.

Dr Rezuwan berkata, sempena bulan mulia ini beliau berharap warga UniMAP khususnya pelajar dapat meringankan tangan menghulurkan sedekah mahupun berkongsi rezeki yang ada bersama golongan kurang bernasib baik.

Katanya, ia tidak semestinya dilakukan secara rasmi, tetapi boleh dilakukan secara santai oleh sekumpulan kecil pelajar walaupun bantuan yang dihulurkan tidak seberapa.

“Percayalah bahawa walaupun sumbangan itu tidak seberapa,tetapi akan meninggalkan kesan yang amat bermakna kepada mereka,” katanya ketika berucap mewakili Naib Canselor di majlis itu.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan.

Sempena majlis berkenaan turut diadakan penyerahan zakat dari Tabung Zakat Korporat UniMAP kepada 20 pelajar yang terpilih sebelum solat Tarawih sekaligus membuktikan UniMAP sentiasa peka dengan masalah pelajar terutama dalam aspek kewangan.

Lebih bermakna apabila majlis itu mendapat sumbangan makanan serta 240 kotak kurma daripada individu yang bermurah hati untuk diagihkan ke setiap kolej kediaman.

Selain berbuka puasa, turut diadakan slot ceramah kerohanian dan persembahan nasyid dari kumpulan nasyid Ar-Zhafran Kolej Kediaman Pauh Putra yang menjuarai kategori nasyid pada Festival Kebudayaan Antara Kolej Kediaman (FESTKOL) 2018 baru-baru ini.

 

 

 

 

Pauh Putra, 16 Mei- Kekerapan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menganjurkan kempen derma darah dua kali sebulan berjaya menyumbang lebih tujuh ribu beg darah kepada pusat-pusat pendermaan darah.

Jumlah itu yang terhasil sejak 2010 sehingga April tahun ini menjadikan UniMAP menerima beberapa anugerah penghargaan seperti Penganjur Kempen Derma Darah Paling Aktif Peringkat Wilayah Utara pada 2013 dan 2014.

Perkara itu dikongsi oleh Timbalan Naib Canselor UniMAP (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan ketika berucap merasmikan Kempen Derma Darah sempena Minggu Derma Darah Mahasiswa Prihatin Universiti Awam (UA) peringkat UniMAP di Kolej Kediaman Tunku Abdul Rahman, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Pusat Kesihatan Universiti, Dr Muhamad Iqbal Omar dan wakil Ketua Jabatan Patologi Hospital Tuanku Fauziah  (HTF) Kangar Dr Muhamad Faiz Fuad,

Mohd Foad berkata, selain penghargaan dari Pusat Derma Darah Wilayah Utara, UniMAP turut menerima penghargaan daripada HTF di atas sumbangan universiti itu sebelum ini sempena Hari Derma Darah Sedunia pada 2016.

Katanya, seramai 2,052 warga UniMAP turut mendaftar untuk menderma darah namun selepas disaring, mereka tidak berjaya menderma kerana tidak memenuhi kriteria menderma darah yang ditetapkan.

“Namun, seramai 10 mahasiswa merupakan penderma darah paling aktif melebihi 10 kali dengan kekerapan tertinggi dicatatkan ialah 28 kali sebagai tanda prihatin terhadap keperluan masyarakat khususnya di negeri ini yang memerlukan 160 beg darah seminggu dan 8,000 darah setahun,” katanya.

Tambahnya, selain daripada melaksanakan tanggungjawab sosial universiti kepada masyarakat, kempen-kempen itu dijalankan bagi memupuk semangat kesukarelawan di kalangan warga UniMAP khususnya mahasiswa.

“Sesungguhnya sumbangan warga UniMAP ini amat bernilai dan saya berharap menerusi kempen ini, lebih ramai warga UniMAP mendaftar untuk menderma darah,” katanya.

UniMAP menganjurkan kempen berkenaan dengan kerjasama Jabatan Patologi HTF pada 14 dan 16 Mei sempena Minggu Derma Darah itu yang membabitkan 20 UA di seluruh negara.

Langkawi, 14 Mei- Pasukan Bola Tampar Pantai Wanita Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjuarai kategori itu di Karnival Sukan Pantai Badan Berkanun 2018 yang berlangsung mulai 10 hingga 13 Mei di Pantai Chenang, Langkawi.

Pasukan UniMAP yang diwakili Nurul Ashikin Mohd Josrie dan Siti Aminah Romly berjaya mengalahkan pasukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) A dengan kutipan mata 21-12 dan 21-14 di pusingan akhir, semalam.

Pengarah Pusat Sukan UniMAP, Suhizaz Sudin berkata sebelum menempah tiket ke peringkat akhir, UniMAP berjaya menewaskan Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan keputusan 21-14 dan 21-7 di peringkat separuh akhir.

Katanya, agensi-agensi yang menyertai karnival itu juga bukan calang-calang pasukan malah memberi cabaran kepada pasukan UniMAP walaupun sebelum ini UniMAP cemerlang di Sukan Badan Berkanun (SUKANUN).

“Kejayaan pasukan UniMAP ini sudah tentu membanggakan memandangkan ini adalah penyertaan julung kalinya kami di karnival ini.

“Justeru, kejayaan ini akan menjadi pendorong kepada kejayaan lain di karnival akan datang, dan UniMAP akan berusaha lebih gigih mulai sekarang,” kata beliau ketika dihubungi, baru-baru ini.

Di karnival berkenaan, UniMAP turut menghantar dua lagi penyertaan iaitu bola sepak pantai lelaki dan bola tampar pantai lelaki namun masing-masing hanya berjaya ke peringkat suku akhir serta kumpulan. Karnival Sukan Pantai Badan Berkanun itu merupakan sukan dwi-tahunan Persatuan Badan Berkanun Malaysia dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi karnival kali ini. Sebanyak lapan kategori sukan dipertandingkan di karnival itu antaranya ialah petanque pantai, sepak takraw pantai, bola jaring pantai, bola sepak pantai serta bola tampar pantai.

KANGAR, 12 Mei- Produk penyelidikan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) semakin mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila berjaya membawa pulang 10 pingat emas pada Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX), baru-baru ini.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, berkata, UniMAP menghantar 16 produk untuk dipertandingkan pada ITEX 2018 dan 10 daripadanya berjaya meraih pingat emas manakala enam lagi meraih perak.

Katanya, ia sekaligus menjadikan UniMAP berjaya meraih 100 peratus pingat yang dipertandingkan.

“UniMAP menumpukan untuk mengenengahkan produk-produk yang dihasilkan penyelidik muda.

“Percaturan yang kita buat ini membuahkan hasil apabila berjaya mengekalkan jumlah pungutan pingat emas sama seperti tahun lalu dan saya percaya pencapaian ini akan dapat ditingkatkan di masa akan datang,”katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Antara produk penyelidikan UniMAP yang meraih pingat emas adalah Freezer And Chiller Delivery Box produk Dr. Mohd Zakimi Zakaria,  Hybrid Graphene-Copper Antenna For Brain Tumor Detection (Dr. Mohd Aminuddin Jamlos, LORAFI (Dr. Ammar Zakaria), Harumanis Healthy Harmony (Prof. Madya Dr. Mahmad Nor Jaafar);   Broadband Rf Energy Harvester (Ismahayati Adam); Nanometrological Aptasensor To Diagnose Blood Clotting Defect (Prof. Madya. Dr. Subash C.B. Gopinath);  Geoairsense: Cloud Based Air Quality Monitoring System (Prof. Madya Dr. Latifah Munirah Kamarudin).

Tiga lagi produk adalah Integrated Dc Power Supply For Low Voltage Renewable Dc Microgrid (Ir Tunku Muhammad Nizar Tunku Mansur), Hp-Oyspore: High Potential Spore Induction Grey Oyster Mushroom Liquid Spawn (Prof. Madya Dr. Zarina Zakaria) dan Dr. Md Tasyrif Abdul Rahman – dengan produk penyelidikan, Connected Car: Engines Monitoring Via Internet Of Things (Iot).

ITEX 2018 mengumpulkan lebih 1,000 reka cipta yang membabitkan penyertaan dari 20 negara seperti China, Jerman, Korea dan Turki

Antara tarikan utama bagi ITEX 2018 adalah penganjuran Pameran Pereka Cipta Muda Dunia (WYIE), Pameran Reka Cipta Muda Asia (AYIE), Pameran Reka Cipta Muda Malaysia (MYIE) dan aktiviti seperti sesi PITCH4FUND, seminar usahawan pemula dan perbincangan modal teroka ke usahawan (VC2E).

Ia merupakan anjuran Malaysian Invention and Design Society (MINDS), sebagai platform  bagi mempamerkan reka cipta dan teknologi serta  produk baru.

ARAU, 3 Mei (Bernama) -- Seramai 100 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)  menerima zakat korporat sumbangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada satu majlis di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini, hari ini.

Mereka  menerima RM300 seorang yang disampaikan  oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) merangkap pengerusi SSM Datuk Seri Jamil Salleh sempena program Keusahawanan dan Agihan Zakat Korporat SSM.

Menurut Jamil, SSM mempelbagaikan kaedah pemberian zakat korporat agensi tersebut supaya pelaksanaan lebih menyeluruh sejak 2016.

Cara ini juga untuk mempastikan semua golongan asnaf yang layak mendapat hak mereka, kata Jamil kepada media selepas menyampaikan sumbangan tersebut.

Katanya SSM telah mengagihkan lebih RM3.38 juta  zakat korporat pada tahun lepas manakala dari Januari hingga April tahun ini pula melebihi RM1.38 juta telah diagihkan,

Dalam majlis lain pagi ini, SSM menyerahkan zakat korporat sebanyak RM500,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menerima zakat tersebut dalam satu majlis di Istana Arau.

Jamil juga menyampaikan hadiah pertandingan ?Business Pitching' yang dianjurkan oleh SSM dengan kerjasama UniMAP yang disertai lapan kumpulan dari kalangan pelajar UniMAP berupa wang tunai wang tunai RM1,000 untuk juara dan masing-masingRM800 dan RM500 bagi tempat kedua dan ketiga.

Turut hadir pada majlis itu ialah Naiib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner.

-- BERNAMA

Kangar, 2 Mei – Dua persidangan antarabangsa anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya menghimpunkan 250 kertas dari lebih 10 buah negara yang diadakan di Hotel Edenstar, Ho Chi Minh City Vietnam.

Kedua-dua persidangan berkenaan ialah 6th International Conference on Advanced Material Engineering & Technology  (ICAMER 2018) dan 4th International Conference on Green Design & Manufacture.

Pengurus Pusat Kecemerlangan Geopolimer & Teknologi Hijau (CEGeoGTech) UniMAP Prof Madya Dr Mohd Mustaffa Al-Bakri Abdullah berkata persidangan-persidangan itu merupakan anjuran pusat kecemerlangan berkenaan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan PPK Pembuatan UniMAP.

Katanya ia berlangsung selama dua hari mulai 29 April dan berakhir kelmarin mendapat sambutan menggalakkan penyelidik-penyelidik dari negara Jepun, United Kingdom, Turki, Thailand, Kuwait, Taiwan, India, Indonesia, Indonesia dan lain-lain lagi.

“Persidangan antarabangsa ini bertujuan memartabatkan lagi bidang bahan termaju, geopolimer, rekabentuk hijau dan pembuatan dengan  menghimpunkan pakar-pakar dari negara lain bagi berkongsi kepakaran serta penyelidikan yang dihasilkan,” kata beliau ketika dihubungi, semalam.

Tambahnya, selain persidangan-persidangan itu satu bengkel geopolimer antarabangsa (1st International Geopolymer Workshop -IGeoW 2018) juga diadakan khas bagi penyelidik dalam bidang geopolimer duduk bersama membincangkan halatuju penyelidikan.

“Selain itu, sempena bengkel khas itu turut mendapat persetujuan pakar-pakar geopolimer dari negara China, Taiwan, Australia dan beberapa negara lagi bagi mendapatkan geran secara bersama, mobiliti pelajar dan staf serta penyertaan pelajar,” katanya.

 

Profesor Long-yuan Li, Profesor Kejuruteraan Struktur, Universiti Plymouth membentangkan kertas persidangan.

Peserta persidangan geopolimer anjuran UniMAP di Vietnam baru-baru ini.

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sentiasa memberikan perhatian dalam usaha melahirkan mahasiswa yang bersifat holistik tidak hanya mengejar kejayaan dunia malah menumpukan kepada keperluan akhirat.

Menyedari tanggungjawab mendidik mahasiswa tentang nilai-nilai Islam tersebut, Pusat Islam UniMAP dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Pauh Putra menganjurkan Islamic Festival 2018 ( iFEST 1.0).

Pengarah Pusat Islam UniMAP, Prof. Madya Dr. Shuhairimi Abdullah berkata, penganjuran iFEST 1.0 turut memberi peluang kepada Sahabat Pusat Islam dan MPKK TAR membantu menyemarakkan budaya  intelegensia dalam kalangan warga kampus di UniMAP.

“Sebagai sebuah gedung ilmu, kita terpanggil untuk sebaik mungkin bagi menerapkan nilai-nilai Islam kepada pelajar di sini dan buat pertama kalinya, kami ingin menjadikan iFEST sebagai acara tahunan Pusat Islam UniMAP.

“InsyaAllah di masa hadapan kita akan menambahbaik festival ini dengan lebih banyak program pengisian yang dapat menarik perhatian golongan remaja untuk turut serta dengan aktiviti keagamaan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

iFEST 1.0 merupakan karnival selama sehari semalam anjuran Pusat Islam UniMAP bertempat di Surau UniMAP, Kampus Pauh, Putra. Antara pengisian Qiyamullail Perdana, Kuliah Dhuha Perdana yang disampaikan Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, Forum Perdana dan Kuliah Maghrib Perdana bertajuk ‘End of The World True or Not’ oleh Dr. Danial Zainal Abidin.

Sementara itu bagi sahabat Pusat Islam saudara Muhammad Hanafi Yaacob berkata program yang pertama kali dianjurkan Sahabat Pusat Islam dan MPKK TAR UniMAP itu diharap dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan mahasiswa melalui pendekatan mahabbah itu sendiri.

“Semoga penganjuran iFEST 2.0 nanti akan menjadi pencetus kepada mahabbah iaitu kasih sayang kerana melalui aktiviti sebegini saya yakin mampu menyatukan seluruh warga UniMAP.”katanya.

Kangar, 25 April – Prihatin dengan murid-murid program pendidikan khas integrasi masalah pembelajaran (PPKIBP) di Sekolah Kebangsaan (SK) Putra, Pusat Pengajian Siswazah (CGS) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menganjurkan program tanggungjawab sosial universiti (USR) di sekolah itu, hari ini.

Program USR ‘Menambahbaik Lanskap dan Kelas PPKIBP’ itu membabitkan hampir 100 pelajar doktor falsafah (PhD) UniMAP,staf CGS, Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) serta murid program berkenaan.

Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata beliau amat menyokong program USR seperti itu memandangkan UniMAP juga merupakan sebuah institusi pendidikan.

Katanya, adalah lebih baik UniMAP memberi fokus terhadap bidang yang sama dalam menjalankan USR sepertimana program yang dianjurkan hari ini.

“Malah, saya juga berharap pendedahan mengenai kemahiran kepada murid-murid sekolah harus dititikberatkan sejak mereka di sekolah rendah yang kemudiannya akan dibawa ke peringkat seterusnya bagi menggerakkan kemajuan negara di masa akan datang,” kata beliau ketika berucap merasmikan program berkenaan.

Turut hadir Ketua Unit Pendidikan Swasta Jabatan Pendidikan Negeri, Sa’ezan Md Saad, Guru Besar SK Putra Ibtisam Othman, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP, Prof Ir Dr Rezuwan Kamaruddin, Dekan CGS Prof Madya Ir Dr Mohd Khairuddin Md Arshad, dan Pengarah Pusat Hal Ehwal Antarabangsa UniMAP Dr Salsuwanda Selamat.

Sementara itu, seorang pelajar antarabangsa yang kini mengikuti PhD di Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan (PPIPT) UniMAP , Miftahu Idris berkata ini adalah pengalaman pertamanya menyertai program USR dan teruja dapat bergaul dengan murid-murid sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Katanya, beliau yang berasal dari Nigeria itu seronok dapat menyertai program seperti ini sekaligus dapat mengenali suasana pendidikan di sekolah yang berbeza dari negara asalnya.

“Saya dan rakan-rakan juga tertarik dengan persekitaran dan budaya masyarakat di negara ini menjadikan salah satu faktor kami memilih melanjutkan pengajian di UniMAP,” katanya ketika ditemui di sini.

Selain gotong-royong menceriakan halaman sekolah, turut diadakan lukisan mural bersama Kelab Pelukis Negeri Perlis bagi menceriakan murid-murid istimewa sekolah itu serta sukaneka bersama murid- murid PPKIBP.

Malah, beberapa individu perseorangan dan pusat tanggungjawab di UniMAP turut memberi sumbangan berupa alat tulis kepada mereka.

 

Kangar, 23 April- Seramai 32 staf akademik dari Bangladesh ke Perlis bagi menyertai Bengkel Pembelajaran Pengajaran dan Metodologi Penyelidikan selama tujuh hari enam malam anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) baru-baru ini.

Delegasi ini telah diketuai oleh Ketua Institute of Quality Assurance Cell (IQAC) Chittagong University, Prof Jahangir Alam.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata UniMAP mempunyai hubungan yang akrab dengan Bangladesh sejak beberapa tahun yang lalu.

“Saya percaya UniMAP telah mengadakan hampir 20 lawatan ke Bangladesh dalam masa dua tahun lepas.

“Malah UniMAP juga mempunyai pelajar dan pensyarah dari Bangladesh serta turut menerima lawatan dari tetamu kehormat negara itu dari masa ke masa atas kapasiti yang berbeza,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian bengkel tersebut di Bilik Seminar PFI 2 di Kampus Induk UniMAP Pauh Putra di sini.

Tambah beliau, kerjasama terkini melibatkan UniMAP dan negara itu adalah dalam jaminan kualiti Bangladesh melalui inisiatif Universiti Grant Commission (UGC) dan Bank Dunia.

 “Selain dari mempelajari teknik terkini pembelajaran pengajaran serta penyelidikan, delegasi ini juga turut diperkenalkan dengan konsep asas kepimpinan akademik, termasuklah merancang dan mencarta kerjaya akademik seseorang berdasarkan minat dan kecenderungan akademik mereka.

“Beberapa orang tenaga pengajar dari Universiti Utara Malaysia (UUM) turut dijemput bagi berkongsi pengetahuan dalam teknik pengajaran dan pembelajaran mereka,” kata beliau.

Pada hari terakhir bengkel yang berlangsung di UniMAP Kuala Lumpur, Naib Canselor Chittagong University, Prof. Atiuddin Chowdry turut menyertai program itu.  

Dalam perbincangan antara Naib Canselor kedua-dua universiti ini, satu rancangan untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua buah universiti telah dicapai termasuk perbincangan lanjut mengenai kursus pendek, program mobiliti dan seminar.

Sebagai tambahan, CU berminat untuk menawarkan pengajian Bahasa Malaysia di kampus mereka dan UniMAP berinisiatif untuk bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi merealisasikan hasrat CU itu.

CU adalah antara empat universiti awam utama di Bangladesh. Tiga lagi universiti adalah Dhaka University, Jahangirnagar University and Rajshahi University.

Untuk rekod, hubungan baik UniMAP dengan CU terjalin sejak universiti itu menyertai usaha kerajaan Bangladesh untuk menaikkan standard kualiti institusi pendidikan tinggi negara mereka.

Pauh Putra, 23 April – Kolej Kediaman Tan Sri Aisyah Ghani (KKTAG) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dinobatkan Juara Perpaduan sempena Festival Kebudayaan Antara Kolej Kediaman (FESTKOL) 2018 yang berlangsung mulai 19, 20 dan 22 April.

Lebih manis apabila pasukan kolej berkenaan turut diumumkan meraih dua kejuaraan iaitu bagi kategori pertandingan Boria dan kategori Dikir Barat ketika Majlis Penutup FESTKOL 2018 di Dewan Kecemerlangan di sini.

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Prof Ir Dr Rezuwan Kamaruddin merasmikan upacara Majlis Penutup FESTKOL 2018 anjuran Unit Kebudayaan dan Rekreasi (UKR) dengan kerjasama MPKK Kolej Kediaman Tun Abdul Razak (PFi2) itu.

Beliau berkata walaupun UniMAP merupakan universiti berteraskan kejuruteraan, namun tidak menghalang mahasiswa universiti itu untuk bergiat aktif dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan.

“Saya berharap di masa akan datang lebih banyak kategori dipertandingkan dengan memberi peluang kebudayaan kaum lain yang berada di UniMAP dapat diketengahkan bersama-sama kebudayaan sedia ada di pertandingan ini.

Ia bertujuan agar semua lapisan pelajar diberi pendedahan mengenai budaya kaum-kaum lain di negara ini termasuk pelajar antarabangsa,” kata beliau ketika berucap merasmikan penutupan FESTKOL 2018.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Prof Dr Uda Hashim , Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan, Pengarah UKR Mohd Izwan Izhar Haris serta pengetua-pengetua kolej kediaman.

Sementara itu, Pengetua KKTAG Ismail Ibrahim berkata beliau melahirkan penghargaan terhadap komitmen penghuni KKTAG yang sama-sama bersepakat bagi menghasilkan kejayaan berkenaan.

Katanya, lebih menarik penyertaan Boria dari KKTAG mendapat perhatian juri apabila kebudayaan berasal dari Pulau Pinang itu dikendali tekong yang berasal dari Sarawak.

“Selain itu,lebih istimewa penyertaan pasukan KKTAG ke FESTKOL 2018 mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi dari Persatuan Anak-anak Negeri Kelantan (HIMSAK), Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) Persatuan Siswa Darul Aman (ANSAR), Gerakan Mahasiswa Johor (GEMA’J) serta Persatuan Anak Sarawak Semenanjung (PASS),” kata beliau ketika ditemui selepas majlis itu.

Tambahnya, hasil kerjasama mereka bersama Majlis Penghuni Kolej Kediaman (MPKK) kolej kediaman itu tanpa mengira perbezaan bangsa dan kaum menjadi penyuntik semangat pasukan menjalani latihan seterusnya menjuarai FESTKOL 2018.

FESTKOL 2018 merupakan festival julung kali diadakan bagi menggilap bakat mahasiswa UniMAP seterusnya bersaing di Festival Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (FestKUM) anjuran Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) dan One World Culture di masa akan datang.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Boria, Nasyid dan Dikir Barat membabitkan penyertaan enam kolej kediaman di UniMAP.

Bagi pertandingan nasyid, pasukan Kolej Kediaman Pauh Putra menjuarai kategori berkenan.

Kuala Lumpur, 17 April – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) adalah antara institusi pendidikan yang terlibat secara langsung sempena Persidangan Pertahanan Asia (DSA) 2018 ke-16 dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) 2018 yang diadakan di Pusat Pameran & Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.

Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata UniMAP mengambil peluang menjalinkan kerjasama dalam bidang kejuruteraan berkaitan ketenteraan dengan syarikat Empayar Paradiqma Sdn Bhd menerusi upacara menandatangani surat hasrat (LOI) sempena persidangan itu.

Katanya, kerjasama itu jelas membuktikan impak pembangunan dan penyelidikan (R&D) bukan hanya di peringkat akademik sahaja malah merentasi pelbagai fungsi dan bidang.

“Kerjasama strategik ini bakal memberi kesan secara langsung kepada mahasiswa UniMAP khususnya dalam konteks kebolehpasaran graduan dapat ditingkatkan,” katanya dalam sebuah kenyataan di sini.

Tambahnya, Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Pembuatan UniMAP diberi tanggungjawab bagi menyemarakkan kerjasama itu dalam usaha keterlihatan UniMAP di peringkat antarabangsa.

Surat hasrat itu ditandatangani oleh Zul Azhar sendiri bagi mewakili UniMAP manakala Empayar Paradiqma diwakili Pengarahnya, Dato’ Hazizan Ahmad dengan disaksikan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Canselor UniMAP.

Empayar Paradiqma merupakan sebuah syarikat yang terlibat dengan industri ketenteraan berpengkalan di Perak.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin turut menyampaikan titah ucaptama persidangan meja bulat ‘Chief Army Round Talk (ChART) 2018 di persidangan berkenaan.

 

CAPTION GAMBAR: Zul Azhar dan Hazizan menandatangani LOI di antara UniMAP dan Empayar Paradiqma Sdn Bhd disaksikan Tuanku Canselor UniMAP sempena DSA 2018.

Pauh Putra, 15 April – Sebanyak 408 penyertaan pada International Engineering Invention and Innovation Exhibition (i-ENVEX) 2018 yang berlangsung mulai 13 hingga 15 April di Dewan Ilmu, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata daripada jumlah itu, 163 penyertaan dari sekolah menengah, 92 dari UniMAP sendiri, dan 72 penyertaan institusi pengajian tinggi (IPT) manakala penyertaan antarabangsa pula adalah 81 penyertaan dari 16 buah negara.

“Antara negara yang menyertai ialah India, Taiwan, Hong Kong, China, Macau, Thailand, Indonesia, Kanada , Romania, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Vietnam, Laos, Bangladesh dan Filipina.

“Penganjuran pameran bertaraf antarabangsa ini adalah bagi memberi pendedahan awal dan menggalakkan pelajar sekolah serta mahasiswa untuk terlibat dalam bidang penyelidikan dan inovasi seterusnya memperkasakan kebolehan serta penciptaan pelajar ke platform lebih tinggi,” kata beliau ketika menyampaikan ucapan perasmian Penutup i-ENVEX 2018, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Program Prof Madya Dr Mustafa Al-Bakri Abdullah.

Terdahulu, produk  Sistem Ternakan Ayam Organik E-Lips hasil inovasi Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan dan Green-based Antibacterial Hand Sanitizer Serum (GreeSS) ciptaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang mengungguli i-ENVEX Best of The Best Award.

Sementara itu, produk ciptaan penyelidik UniMAP iaitu Human Representative Humanoid Robot daripada penyelidik Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) memperolehi UniMAP Vice Chancellor Award,selain produk XDM :Ultimate Elimination of Dengue Fever Using Herbal Larvicide Membrane Technology hasil ciptaan Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Alam Sekitar meraih i-ENVEX Special Award manakala Wireless Network Scalling for Chicken Farm  meraih i-ENVEX Best Award Classed A (Agriculture, Environmental & Renewable Energy).

Selain itu, bagi anugerah khas antarabangsa produk Self Cleaning Geopolymer Paste daripada PPK Alam Sekitar serta produk An Environmental Friendly Synthetic WOOD PANEL  daripada FTK masing-masing meraih National Institute for Research and Development in Environmental Protection (INCDPM) Romania Award on Environmental  Protection.

 

Ayer Hitam, 11 April – Bagi memberi pendedahan dalam bidang kejuruteraan nanoteknologi , Institut Kejuruteraan Nano Elekronik (INEE) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyertai pameran Sains , Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), di sini, hari ini.

Pameran berkenaan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam, sempena Minggu STEM dan Kerjaya 2018 anjuran sekolah berkenaan.

Pengarah INEE, Prof Madya Dr Ruslinda A.Rahim berkata selain pameran, pasukan INEE turut mengadakan aktiviti kuiz dan taklimat kerjaya bersama kira-kira 300 pelajar tingkatan tiga hingga lima sekolah itu.

Ujarnya,beliau bersama pasukannya iaitu Dr Mohammad Nuzaihan Md Nor selaku penyelaras program, Dr Nur Hamidah Abdul Halim dan Ts En Jasni Mohamed Ismail mengambil inisiatif menyertai pameran itu agar generasi muda diberi pendedahan lebih awal mengenai  kejuruteraan nanoteknologi.

“Kita harus memberi pendedahan kepada mereka sejak mereka sekolah lagi agar apabila mereka ke universiti, mereka sudah mengetahui dengan lebih meluas mengenai kejuruteraan, khususnya kejuruteraan biosensor dan nanoelektronik,” kata beliau.

Tambah beliau, ini bertepatan dengan hasrat kerajaan yang mahu melahirkan  generasi muda berteknologi sekaligus menjadi pemangkin pembangunan negara.

“Selain itu, pameran ini berperanan memberi maklumat mengenai kepentingan teknologi dalam kehidupan seharian dan pembangunan masyarakat untuk dimanfaatkan mereka pada masa hadapan, “ katanya.

Selain SMK Ayer Hitam dan UniMAP, SMK Tanjung Pauh dan SMK Mahawangsa turut menjayakan pameran berkenaan.

Menurut Dr Ruslinda, INEE berhasrat meneruskan program tanggungjawab sosial (CSR) seperti itu di masa hadapan dengan membawa pelajar sekolah sekitar Perlis dan Kedah ke INEE.

“Secara tidak langsung pelajar sekolah dapat melihat sendiri teknologi yang ada di INEE bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan minat mereka terhadap kejuruteraan nanoteknologi,” katanya.

Arau, 4 April – Dekan Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (iKOM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Madya Dr. Huzili Hussin telah dilantik menjadi pakar rujuk Bahagian Kaunseling dan Psikologi, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKMN) Perlis berkuatkuasa serta merta. 

Ini adalah selaras dengan perancagan strategik JKM 2017 yang menggariskan beberapa perancangan bagi menyebarluaskan perkhidmatan kaunseling dan psikologi kepada komuniti.

Menurut Huzili, lantikan beliau adalah seiring dengan prinsip Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang diperkenalkan oleh kerajaan tidak lama dulu.

“Saya bersyukur kerana dilantik menjadi pakar rujuk JKMN sekaligus menyokong NBOS yang menggalakkan kerjasama dan perkongsian antara agensi.

“Inilah masa untuk saya berbakti kepada masyarakat melalui perkongsian kepakaran dan ilmu dari sudut ahli akademik,” katanya.

Huzili yang dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Sains Malaysia mempunyai kepakaran dalam psikologi kaunseling dan sub bidangnya adalah Cognitive Behavioral Therapy Intervention.

Beliau merupakan kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia dan telah menjalankan banyak kajian berkaitan isu-isu psikologi penagihan dadah.

Atas kepakarannya, beliau juga turut dilantik sebagai salah seorang panel penggubal garis panduan pencegahan penyalahgunaan dadah, substans dan alkohol peringkat Kementerian Pendidikian Tinggi.

Kuala Lumpur, 3 April – Universiti Malaysia Perlis menandatangani perjanjian memorandum (MoA) bersama Regent College yang diadakan di AUKL, semalam.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata perjanjian itu adalah mengenai penawaran program Sarjana Muda Perniagaan UniMAP oleh Regent College.

“Perjanjian ini adalah antara intipati bagi memenuhi aspirasi kerajaan yang inginkan Universiti Awam agar lebih fleksibel dalam menyediakan peluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Justeru, menerusi perjanjian ini akan memudahkan bakal pelajar di sekitar ibu negara atau negeri-negeri selatan mengikuti program berkenaan di Regent College di Puchong, Selangor,” kata beliau.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Dr Zul Azhar mewakili UniMAP manakala Regent College diwakili Pengarah Urusannya, Dato’ Dr Nelson Renganathan disaksikan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UniMAP, Dato Dr Mohd Sofi Osman, ahli-ahli LPU dan Ketua Pegawai Eksekutif Regent College, Muhiniswari Govindasamy.

Dalam majlis sama turut berlangsung penyerahan cek bernilai RM175,000 sebagai bayaran pendahuluan iaitu 50 peratus daripada yuran perlesenan, dan RM50,000 jaminan bank yang diserahkan Regent College kepada UniMAP.

 

 

 

Kangar, 30 Mac – Bagi memberi motivasi dan inspirasi kepada staf Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Institut Kejuruteraan Nano Elektronik (INEE) melakar sejarah melancarkan Papan Skor Penerbitan  (Scoreboard Publication) serta Papan Skor Digital (e-scoreboard) institut itu, di sini, hari ini.

Pelancaran Papan Skor Penerbitan itu disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniMAP, Prof Dr Uda Hashim.

Pengarah INEE UniMAP, Prof Madya Dr Ruslinda A. Rahim berkata pelancaran papan skor berkenaan adalah yang pertama diwujudkan di UniMAP serta di kalangan Universiti Awam (UA) lain.

Katanya, ia dilancarkan sebagai gambaran dan satu strategi INEE agar mampu menghasilkan penerbitan tertinggi dan berkualiti di samping ke arah pengurangan penggunaan kertas bagi menjimatkan kos percetakan.

“Walaupun INEE sebuah unit yang kecil namun budaya kerja berkumpulan penyelidik INEE bersama pusat tanggungjawab (PTj) lain di UniMAP serta pelbagai institusi luar yang lain dapat dihasilkan menerusi penubuhan papan skor ini sekaligus mampu meningkatkan jumlah penerbitan,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan sempena majlis pelancaran papan skor itu.

Ujarnya, papan skor digital akan dikemaskini setiap dua minggu sekali menerusi pautan laman web INEE iaitu https:// inee.unimap.edu.my.

“Dengan penubuhan papan skor ini juga diharapkan menjadi titik tolak dan menyuntik semangat penyelidik-penyelidik UniMAP meningkatkan jumlah penerbitan sekaligus menjadi rujukan penyelidik dari seluruh dunia,” katanya.

Dr. Ruslinda turut mengulas mengenai misi INEE  iaitu untuk menjadi satu penanda aras dan institusi rujukan dalam bidang niche kejuruteraan elektronik nano dengan kajian dan pembangunan peranti berdimensi nano yang menjurus kepada aplikasi nano biosensor.

“Keupayaan ini telah dipamerkan melalui pencapaian yang sangat memberangsangkan. Contohnya, bagi tempoh lima tahun terakhir iaitu antara 2013 hingga 2017, penyelidik INEE telah menghasilkan jumlah penerbitan sebanyak 661 artikel di mana lebih 50% menerusi jurnal bertaraf Q1 dan Q2 dengan kumulatif sitasi sebanyak 2149.

“Justeru ratio penerbitan per staf dan ratio sitasi per artikel masing-masingnya adalah 50.8 dan 3.25 untuk sela masa 5 tahun,” katanya.

Tambah beliau, perkara ini berjaya dicapai menerusi perolehan geran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa berjumlah RM 2,339,596 dari 34 geran penyelidikan yang berjaya diperolehi.

“Melalui geran penyelidikan ini juga, INEE berupaya menghasilan 18 dan 13 graduan diperingkat PhD dan MSc masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Dr Uda berkata penubuhan papan skor itu diharapkan menjadi contoh bukan sahaja kepada UniMAP tetapi kepada UA lain di Malaysia berikutan momentum penghasilan output penerbitan di dalam Scopus juga perlu ditingkatkan bagi memenuhi kehendak semasa Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan QS.

Kangar  , 29 Mac  – Seramai 164 staf Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) diraikan dalam majlis Anugerah Seri Gemilang (ASG) 2017 sebagai pengiktirafan dan penghargaan kecemerlangan mereka yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, di sini, hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 127 penerima menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 31 penerima menerima Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang (AKPC) yang terdiri daripada tujuh kategori dan enam penerima Anugerah Penghargaan Khas (APK).

Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata dengan pengiktirafan seperti itu, beliau percaya staf menjadi lebih teruja membuktikan kecekapan dan kebolehan masing-masing.

Menurutnya, di usia UniMAP mencecah 17 tahun tanpa komitmen dan daya usaha warganya UniMAP tidak mungkin mampu mencapai kejayaan-kejayaan manis sepanjang tempoh itu.

“Antara kejayaan terkini ialah UniMAP kini berada pada tangga ke-450 terbaik dunia oleh Kedudukan Universiti Dunia Quacquarelli Symonds (QS) mengikut subjek dalam bidang kejuruteraan dan teknologi,” kata beliau ketika berucap di majlis itu.

Katanya, kedudukan itu sebagai satu pengukuhan yang membanggakan.

Turut berkenan berangkat hadir menyerikan majlis gilang gemilang universiti ialah Canselor UniMAP, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Pro Canselor UniMAP, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Dato’ Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis wakil Menteri Besar Perlis dan Tuan Jafperi Othman Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU).

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin ketika bertitah sempena majlis itu menyuarakan hasrat untuk melihat seluruh warga UniMAP menjadi warga terbaik dengan menggariskan 10 ciri prinsip pekerja cemerlang.

Titahnya, antara ciri itu ialah sebagai kakitangan, seseorang itu harus proaktif dan berinisiatif untuk memulakan usaha sebelum ‘dipaksa’ oleh keadaan yang mendesak atau diarah untuk melakukannya.

“Selain itu, sifat amanah adalah perkara asas kepada keharmonian dan kejayaan dalam semua perkara. Jadilah orang yang boleh dipercayai, jujur, ikhlas, sentiasa bercakap benar, tidak menipu, mencuri dan menerima atau memberi rasuah,” titah baginda.

Terdahulu,  satu majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di antara University of Medea, Algeria diwakili Prof Dr Abdallah El-Hadj (Director of Laboratory of Mechanic, Physic and Mathematical Modelling (Lmp2m), dengan UniMAP  yang diwakili Dr Zul Azhar sebelum majlis bermula bertujuan menjalinkan kerjasama pertukaran staf dan pelajar, bidang penyelidikan, penganjuran seminar serta program-program lain.

Turut diadakan majlis sambutan Hari Keputeraan Pro Canselor UniMAP ke 48 tahun.

SHAH ALAM 12 Mac - SELEPAS Yamaha, kini giliran Kawasaki Motors Malaysia (KMM) pula menyumbangkan satu unit motosikal naked,Kawasaki Z650 kepada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang bakal digunakan sebagai alat bantu mengajar, terutama untuk bahagian Unit Penyelidikan Teknologi Sukan Permotoran UniMAP (MoTECH).

Z650 itu juga akan digunakan sebagai jentera kursus memandu anjuran MoTECH dalam usaha menambah baik kemahiran memandu dan menunggang serta meningkatkan kesedaran keselamatan. Kursus tersebut turut mendapat sokongan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), termasuk KMM sendiri.

Majlis penyerahan dilaksanakan Pengurus Besar dan Pengarah KMM, Datuk Jeffrey Lim kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi UniMAP), Profesor Dr Uda Hashim.

KMM juga ada menganjurkan beberapa kempen keselamatanyang menjadi acara tahunan seperti kempen tunggangan selamat untuk pemilik Kawasaki dan kempen keselamatan jalan raya Tahun Baru Cina. pandulaju.com.my

 

 

SHAH ALAM 12 Mac - Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (Hong Leong Yamaha) menyumbang sebanyak empat buah motosikal kepada Universiti Malaysia Perlis (Unimap) sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya.

Empat model motosikal Yamaha yang ditaja itu terdiri daripada Lagenda 115, Nouvo LC, 135 LC dan FZ150i.

Kesemua motosikal itu akan digunakan oleh Unit Penyelidikan Teknologi Sukan Permotoran (Motech) Unimap bagi kursus-kursus pemanduan berhemah untuk pelajar Unimap, agensi-agensi kerajaan serta orang ramai.

Majlis serahan tajaan itu berlangsung di Ibu pejabat Hong Leong Yamaha di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, pada Jumaat lalu.

Dalam majlis berkenaan, Hong Leong Yamaha diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Jim Khor dan Pengurus Besar Jualan, Koh Eng Chan manakala Unimap oleh Timbalan Naib Canselor, Profesor Tan Sri Dr. Uda Hashim serta Pengurus Motech, Profesor Madya Dr. Shariman Abu Bakar.

Yang turut hadir ialah Pengarah Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Profesor Datuk Ir. Mohamad Dalib.

Sementara itu, Khor berkata, kesedaran mengenai keselamatan jalan raya merupakan fokus utama program CSR pihaknya.

“Kami bangga menjadi sebahagian daripada kerjasama strategik ini."

 

KANGAR, 5 MAC – Usaha Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk diterima pihak industri semakin membuahkan hasil apabila salah satu Makmal Pengujian(UTL), diiktiraf menepati standard antarabangsa MS ISO/IEC 17025: 2005.

Anugerah sijil akreditasi bidang pengujian mekanikal dan kimia itu diumumkan Jabatan Standard Malaysia (DSM) dalam laman sesawang jabatan tersebut baru-baru ini.

Menurut Pensyarah Kanan,  Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Bahan UniMAP, Prof. Madya Dr. Khairel Rafezi Ahmad berkata, pengiktirafan tersebut sah untuk tempoh tiga tahun bermula Februari 2018 hingga Februari 2021 melibatkan lima skop ujian.

 “Kelima-lima ujian tersebut adalah  tegangan (tensile test), kekuatan mampatan (compressive strength), pH serta suhu bagi air sisa, permukaan, minuman dan air bawah tanah, ujian penentuan kandungan Plumbum bagi air domestik, industri, osmosis berbalik (reserve osmosis), air mineral dan air ultrapure dan ujian FTIR bagi pelbagai pelarut.

“Ujian ini boleh melibatkan makmal di PPK Bahan, Alam Sekitar dan Bioproses, “katanya ketika dihubungi baru-baru ini.  

Ujar Khairel lagi, pengujian dibawah pengiktirafan Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) bukan sahaja memenuhi keperluan pengurusan dan teknikal untuk pengujian serta kecekapan pengukuran malah turut beroperasi di bawah Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001.

“Pengiktirafan itu merupakan jaminan kepada ketepatan standard pengukuran yang diterima pakai di peringkat antarabangsa seperti Australia, China, Jepun dan Amerika Syarikat.

 “Kita mengalu-alukan pihak industri, perusahaan kecil dan sederhana (SME), institusi- institusi kerajaan dan swasta, universiti, para penyelidik, pelajar dan induvidu yang berminat untuk melakukan ujian-ujian di sini,”katanya lagi.

Busan, 23 Februari - Seramai lapan orang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah mengikuti Program UniMAP-Korean Universities Study Travel (UniKU) di Korea Selatan baru-baru ini.

Program tersebut, yang dianjurkan oleh Pusat Bahasa Antarabangsa (PBA) telah berlangsung pada 26 Januari hingga 11 Februari 2018, melibatkan Dong-EUI University,di sini.

Program tersebut membolehkan pelajar UniMAP mempelajari bahasa Korea dalam persekitaran pembelajaran yang autentik dan mendapat pemindahan dua kredit bagi kursus ini untuk tujuan pengijazahan.

Di samping itu, ia bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar UniMAP  menyantuni budaya Korea dan menjalin persahabatan dengan pelajar universiti di negara itu.

Seorang pelajar Perniagaan Antarabangsa, Lim Ying Thing yang juga ketua kumpulan pelajar ke sana berkata, dia pernah menanam impian ke negara Korea dan tidak menyangka dapat menjejakinya ketika masih lagi belajar.

Katanya,  sepanjang di negara itu dia sangat teruja mendekati masyarakat Korea selain mempelajari bahasa mereka yang tulen dengan tenaga pengajar berbangsa Korea.

“Saya dan rakan-rakan juga cuba berbahasa Korea ketika beramah mesra dengan masyarakat Korea menyebabkan mereka sangat terkejut dan tertarik pula untuk mengetahui lebih lanjut mengenai negara kita.

“Kami  juga dapat melihat sendiri budaya yang diamalkan mereka di sana termasuk berkenaan urusan seharian terutama apabila menggunakan kemudahan awam yang wajar dicontohi oleh masyarakat negara kita,” katanya.

Katanya, dia juga begitu meminati drama dan lagu Korea menyebabkan ia adalah salah satu sebab dia memilih bahasa Korea sebagai bahasa ketiga.

“Sedikit sebanyak saya dapat menonton drama Korea kegemaran saya tanpa sarikata terjemahan kerana sudah banyak memahami bahasa itu hasil mengikuti kursus bahasa itu sehingga ke tahap empat,” katanya.

Selain Lim dari Pusat Pengajian Inovasi Peniagaan dan Teknousahawan(PPIPT) , tujuh lagi pelajar UniMAP adalah dari Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Bahan, PPK Pembuatan, PPK Alam Sekitar dan PPK Bioproses bersama tenaga pengajar PBA, Cik Wang Jing mengikuti program UniKU berkenaan.

Seorang lagi pelajar tahun tiga Kejuruteraan Awam, Nur Akma Balqis Mazilan berkata dia menimba peluang dan pengalaman di Korea dengan sebaiknya.

Menurutnya, dengan mengikuti pembelajaran bahasa Korea di negara itu dia dapat meningkatkan kemahiran menggunakan bahasa itu dengan lebih tepat.

“Selain itu, pengalaman ke sana juga seolah-olah bagai mimpi kerana apa yang dilihat dalam drama sebelum ini akhirnya dapat dilihat dengan mata sendiri secara langsung.

“Malah, kami juga berpeluang menjalin persahabatan bukan sahaja dengan rakan-rakan Korea malah rakan-rakan dari negara lain yang turut mempelajari bahasa Korea di universiti tersebut,” katanya.

Terdahulu, Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata program itu adalah program julung kali diadakan yang terbuka kepada dua kelompok pelajar kursus bahasa Korea UniMAP,  iaitu mereka yang mengambil kursus Bahasa Korea untuk memenuhi keperluan kurikulum masing-masing, dan juga pelajar yang bakal mengambil ujian kemahiran bahasa Korea (TOPIK).

Katanya, pelajar berpeluang mengikuti pengajian bahasa Korea menggunakan pendekatan “immersion” dan merasai sendiri pengalaman belajar di universiti berprestasi tinggi di republik yang terkenal itu. Malahan ada perancangan untuk program UniKU melibatkan universiti-universiti lain lagi di negara itu pada masa hadapan.

Menurutnya, secara tidak langsung program itu meningkatkan keterlihatan UniMAP pada persada antarabangsa selain mengeratkan hubungan kerjasama yang lebih erat dengan universiti-universiti berprestij di Korea Selatan.

“Program ini turut memberi peluang kepada kakitangan PBA UniMAP di bawah teraju pengarahnya, Prof Dr Harshita Aini Haroon untuk berkongsi ilmu dengan tenaga pengajar di sana, yang boleh dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Korea di UniMAP,” katanya.

Pauh Putra, 10 Februari – Pokok mahogani, jati dan karas antara pokok yang bakal menjadi penghias sekitar kampus Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam usaha melestarikan kawasan hijau.

Projek menanam pokok buat julung kalinya di UniMAP itu dikenali sebagai program “MyTreeVolution, National Forest Restoration Project” (myTREEvolution iCSR) adalah anjuran Majlis Profesor UniMAP dengan kerjasama Jabatan Pembangunan, Institut Agroteknologi Lestari (INSAT) UniMAP , Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP dan MyTreeVolution Bahagian Hubungan Industri, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata UniMAP bertuah kerana program berkenaan turut mendapat sokongan Jabatan Perhutanan  yang bersedia menyediakan bekalan anak-anak pokok bagi menjayakan program itu.

Ujarnya, penggerak bagi melaksanakan myTREEvolution iCSR terdiri daripada Felo CEO@Faculty Programme 2.0 iaitu sekumpulan pensyarah dari semua Universiti Awam di Malaysia manakala jawatankuasa myTREEvolution iCSR akan bertindak sebagai penyelaras bagi melancarkan program ini.

“Di UniMAP, seramai 50 pelajar Diploma dan staf terlibat khususnya mereka yang mempunyai minat yang tinggi terhadap aktiviti menghijaukan kampus selain turut mengalu-alukan mana-mana agensi kerajaan mahupun korporat yang berminat menyertai projek ini,” katanya ketika pelancaran program berkenaan di Dataran AUPF, Kampus UniMAP, di sini.

Turut hadir, pengurusan tertinggi UniMAP serta Pengarah INSAT UniMAP Prof Madya Dr Mahmad Nor Jaafar.

Menurut Zul Azhar, antara objektif program berkenaan ialah bagi memupuk rasa cintakan alam sekitar di kalangan pelajar dan staf selain rasa sayangkan kampus dengan menanam pohon hijau di sekitar kampus.

“Saya percaya, walaupun pelajar mahupun staf sibuk dengan urusan pengajian dan tugasan masing-masing namun menerusi program seperti ini mereka sentiasa sedar tanggungjawab mereka mencintai kampus ini seterusnya memelihara dengan baik.

“Sudah banyak unit-unit mahupun pusat pengajian UniMAP di sekitar negeri ini berpindah ke kampus ini,justeru langkah awal mencantikkan serta menghijaukan kampus harus bermula sekarang,” katanya.

Kangar , 24 Januari  – Seorang pelajar Teknologi Kejuruteraan Universiti Malaysia  Perlis (UniMAP) dianugerahkan Anugerah Projek Tahun Akhir Kejuruteraan Awam Presiden Pertubuhan Kejuruteraan Jalan Malaysia (REAM), Sabtu baru-baru ini.

Pelajar itu, Muhammad Faiz Zainal berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000, piala dan sijil, satu tahun keahlian percuma REAM serta dapat mengikuti minimum enam bulan Latihan Kebolehpasaran Siswazah di syarikat  sektor korporat dalam bidang kejuruteraan awam.

Muhamad Faiz berkata dia tidak menyangka terpilih menerima anugerah itu sebelum ini kerana tidak mengetahui adanya anugerah seperti itu kerana hanya mahu melakukan yang terbaik dalam hasil kajiannya.

Katanya, dia terkejut apabila dihubungi pihak universiti memaklumkan  kejayaannya meraih anugerah itu sambil menyifatkan ia adalah hasil bimbingan penyelianya, Liyana Ahmad Sofri serta pensyarah-pensyarah Teknologi Kejuruteraan Awam selain keluarga dan rakan-rakan sekuliah.

“Saya cuma berharap kajian itu memberi impak kepada industri dan alam sekitar dengan tajuk kajian saya ialah“Use of Palm Kernel Shell from Agriculture Waste as Partial Replacement for Course Aggregate in Hot Mix Asphalt”,” katanya ketika dihubungi selepas Majlis Makan Malam Gala Dinner REAM.

Dalam majlis itu , Menteri Kerja Raya,Dato’ Sri Fadillah Yusof menyampaikan anugerah berkenaan kepada lima pelajar terbaik yang terpilih termasuk Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Pahang dan UniMAP sendiri.

Menurut Muhamad Faiz,  tesis itu dihasilkan bertujuan bagi mengurangkan penggunaan batu baur kasar dalam pembinaan jalan raya dalam usaha memastikan sumber alam semulajadi tidak terancam.

“Selain itu tesis itu dihasilkan bagi mengurangkan bahan sisa seperti tempurung kelapa sawit agar tidak membawa pencemaran kepada alam sekitar.

“Hasilnya,bahan sisa itu dijadikan gantian separa untuk batu baur kasar dalam pembinaan jalan raya sekaligus dapat memelihara alam sekitar kita,” katanya.

Selain Muhammad Faiz, tujuh pelajar UniMAP  daripada 75 pelajar dari 10 Universiti Awam (UA) lain pula menerima sumbangan Dana Pendidikan REAM bernilai RM1,500 setiap orang.

REAM menyediakan insentif pendidikan dalam bentuk pemberian bantuan kewangan kepada pelajar cemerlang dari keluarga kurang berkemampuan dengan objektif dapat membantu melahirkan lebih ramai profesional yang berkebolehan khususnya dalam bidang kejuruteraan awam.

Kangar  , 22 Disember – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengintai ruang dan peluang kolaborasi dengan syarikat pengeluar sarung tangan industri merangkumi bidang penyelidikan, peluang pekerjaan serta latihan industri.

Bagi merealisasikan hasrat itu UniMAP diketuai Naib Canselornya, Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal mengadakan lawatan dan perbincangan ke Shorubber (Malaysia) Sdn Bhd disertai Pengarah Urusannya, Keizo Sato.

Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan UniMAP, Prof Madya Dr Khairel Rafezi Ahmad dan Pengarah Shorubber, Imran Ibrahim turut menyertai perbincangan itu.

Zul Azhar berkata, UniMAP menerusi Pusat Kerjasama Industri dan Agensi Kerajaan (CIGC) berhasrat menjalinkan kerjasama dengan industri itu adalah bagi meneroka aktiviti penyelidikan bersama di samping menempatkan kepakaran UniMAP sekaligus mewujudkan jaringan strategik yang efektif.

Katanya, UniMAP mempunyai kira-kira 3,500 pelajar yang mengikuti latihan industri bagi tahun 2017 justeru kerjasama strategik dengan rakan industri bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar tetapi dapat membantu industri membangunkan teknologi bersama di masa hadapan.

“Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersama pihak industri boleh membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan UniMAP dan menjadi platform terbaik bagi bakal graduan mengenal pasti peluang kerja yang bersesuaian serta mengikut kehendak industri masa kini,” kata beliau, di sini, semalam.

Delegasi UniMAP turut dibawa melawat bagi melihat sendiri pengendalian mesin-mesin bagi memproses pengeluaran sarung tangan syarikat itu yang juga anak syarikat Showa Glove Japan.

Sementara itu, Sato menyambut baik hasrat UniMAP dan teruja untuk berkolaborasi dengan universiti kejuruteraan itu dalam memperkasa manfaat bersama yang mampu memberi impak kepada bidang kepakaran yang dipelopori syarikatnya.

Menurutnya, sebelum ini ramai pelajar UniMAP yang mengikuti latihan industri di syarikat itu malah turut menceburi kerjaya mereka di situ.

Shorubber yang beroperasi di negeri Perlis sejak 1991 itu adalah sebuah syarikat pengeluar sarung tangan industri berasaskan getah asli, getah tiruan, PVC dan Polyurethane selain mempunyai hampir 1800 tenaga kerja tempatan manakala hampir 600 lagi merupakan tenaga kerja asing.   

Produk yang dihasilkan syarikat itu adalah 100 peratus bagi pasaran luar dan diuruskan oleh Showa Group Company.

Pauh Putra, 18 Januari  – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerima kunjungan istimewa Duta Besar Republik Azerbaijan di Malaysia iaitu H.E Mr Qaley Allahverdiyez sempena lawatan beliau selama dua hari ke negeri ini, hari ini.

Qaley dilahirkan di Bashkiria, Persekutuan Rusia pada 29 April 1950 dan mengikuti pengajian di Baku State University sebelum memulakan kerjaya sebagai penterjemah di Iraq, Syria dan Libya mulai 1973 hingga 1981.

Selain itu, bapa kepada tiga anak itu juga pernah menjadi penyelidik saintifik, setiausaha utama, kaunselor di kementerian-kementerian dan pejabat kedutaan mulai 1982 serta mampu menguasai lima bahasa iaitu bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Indonesia, bahasa Rusia dan bahasa Turki.

Beliau menyampaikan siri syarahan antarabangsa bertajuk ‘Azerbaijan: Independence History, Latest Achievement adn Azerbaijan-Malaysia Realtions”’ manakala galeri pameran Discover Azerbaijan’ turut diadakan di tingkat bawah Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP), di sini.

Berkenan berangkat hadir melancarkan pameran dan menyaksikan syarahan berkenaan ialah Canselor UniMAP , Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Pro Canselor UniMAP , Raja Puan Muda  Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir, Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal dan pengurusan tertinggi UniMAP.

Tragedi 20 Januari 1990 yang turut disebut ‘Black January’ meninggalkan kesan hitam di kalangan warga Azerbaijan apabila hampir 200 penduduk Baku, ibu kota Azerbaijan itu terkorban manakala 800 lagi cedera akibat serangan tentera Soviet pimpinan Mikhail Gorbachev.

Kangar, 15 Januari – Program  memperkasa bahasa Melayu anjuran Pusat Bahasa dan Antarabangsa (CIL) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di wilayah Phangnga selatan Thailand terus mendapat sambutan menggalakkan dari sekolah-sekolah di wilayah itu.

Ini jelas terbukti apabila salah sebuah sekolah di wilayah itu iaitu Sekolah Fahad Wittayathan serius memperluaskan bahasa Melayu dengan menjadikan subjek itu sebagai subjek teras kurikulum di sekolah mereka sekaligus mahu menjadikan sekolah itu sebagai pusat sehenti pendidikan bahasa di wilayah berkenaan.

Seramai empat guru bahasa iaitu Mohamad Zaki Abdul Halim, Wan Norhaizar Harun, Sareepa Jeware dan Nurul Syazwani Zulkifli terlibat bagi program yang memasuki fasa keenam itu bermula 10 hingga 14 Januari lalu.

Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata kerjasama antara UniMAP dan sekolah itu yang diperkukuhkan sebelum ini adalah dengan matlamat memperkasa bahasa Melayu di wilayah Phangnga yang dilaksanakan sejak 2015.

“Sekolah Fahad Witthayatan adalah sekolah angkat UniMAP kini telah melaksanakan sukatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di sekolah mereka yang melibatkan pelajar tahun 1 hingga tahun 6 sebagai subjek kokurikulum.

“Selain UniMAP, program kali ini turut mendapat perhatian dan penglibatan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dan Politeknik Syed Sirajuddin (PTSS),” kata beliau dalam satu kenyataan di sini.

Terdahulu, Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Pro Canselor UniMAP berkenan bercemar dulu merasmikan majlis penutup program sempena Ziarah Mahabbah baginda berdua ke Wilayah Trang.

Kangar, 10 Januari – Tiga pensyarah Universiti Malaysia Perlis berjaya terpilih sebagai Jurulatih Utama (Master Trainer) bagi memberikan latihan kepada 100 guru-guru sekolah di seluruh negeri ini.

Mereka adalah Dr Syed Zulkarnain Syed Idrus dan Dr Wan Nor Ashiqin Wan Ali dari Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (iKOM) serta Dr Hasnah Ahmad dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan (PPKKP) UniMAP.

Program berkenaan adalah salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR)  kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) ,Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan UniMAP bagi mengintegrasikan modul pemikiran komputasi dan sains pengkomputeran ke dalam kurikulum sekolah.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata, program itu adalah antara program tanggung jawab sosial universiti (USR) ‘mega’ UniMAP kepada komuniti di negeri ini khasnya guru-guru.

“Program CSR ini sekaligus memberi peluang kepada UniMAP  berkongsi kepakaran yang dimiliki dalam bidang sains komputer untuk manfaat warga pendidik di negeri ini,” katanya.

Tambahnya, menerusi program itu, UniMAP  turut dipilih sebagai pusat kursus pengembangan  Profesional (Continous Professional Development) berdasarkan saranan industri untuk meningkatkan kesediaan pendidik.

“Pusat itu berperanan bagi  program Sijil Pengajaran Sains & Komputer untuk guru di negeri Perlis serta meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru dalam pengajaran sains komputer.

“Selain itu, pusat berkenaan turut merangkumi program jangkauan berdasarkan konsep pembuat digital, pengaturcaraan dan robotik kepada pelajar sekolah selain sebagai titik rujukan untuk ‘Digital Hub’ di zon utara khususnya negeri Perlis,” kata beliau dalam sebuah kenyataan di sini.

Terdahulu, Dekan PPKKP, Dr Azremi Abdullah Al-Hadi berkata sebelum itu,  setiap pensyarah UniMAP yang terpilih perlu melalui bengkel hands-on selama lima hari di Cyberjaya.

“Pensyarah yang terpilih ini perlu melengkapkan tugasan untuk kelayakan sebagai Jurulatih Utama pada 21 hingga 26 Januari ini bagi Pensijilan Kemahiran Komputasional dan Komputer Sains Dalam PdP ,” katanya ketika dihubungi di sini.

Pada tahun lalu, seramai 35 pensyarah dari enam Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh negara telah diiktiraf sebagai Jurulatih Utama untuk melatih guru bagi kursus pensijilan yang sama sebelum menambah lapan lagi IPTA bagi tahun ini.

Kangar, 28 Disember – Mantan Pengarah Pusat Islam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Ustaz Hassan Arshad mewakafkan sebidang tanah miliknya berhampiran kawasan Mata Ayer di sini untuk pembangunan yang memberikan manfaat kepada warga kerja dan pelajar universiti keseluruhannya.

Beliau yang bersara dari perkhidmatan secara lantikan kontrak penghujung tahun 2016 yang lalu berkata, niat (wakaf) tersebut sebenarnya berpunca dari nazar yang telah dibuat semenjak pertengahan tahun 2000 yang lalu.

“Antara lainnya, saya bernazar, sekiranya ada sebuah Universiti Awam (UA) yang diwujudkan di negeri Perlis ini, saya akan mewakafkan sebahagian tanah pusaka yang saya miliki untuk pembangunan universiti tersebut.

“Pada asalnya, tanah ini adalah atas nama arwah ayah sebelum dipindahkan kepada tiga orang ibu saya yang kemudiannya menguruskan hal pertukaran nama tanah kepada nama saya tanpa pengetahuan saya yang ketika itu sedang menuntut di universiti.

“Atas kasih sayang mereka kepada saya, kini saya panjangkan kembali kasih sayang itu atas nama wakaf ini agar pahala dan kebaikan ini disalurkan kembali kepada ibu-ibu dan ayah saya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis Menandatangani Surat Ikatan Amanah Tanah Wakaf bersama UniMAP dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). UniMAP diwakili oleh Naib Canselornya, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal manakala MAIPs diwakli oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Nazim Mohd. Noor.

MAIPs akan bertindak sebagai Mutawali atau pemegang amanah manakala UniMAP bertindak sebagai pentadbir kepada tanah yang diwakafkan itu.

Sementara itu, Dr. Zul Azhar berkata, proses wakaf tanah itu merupakan satu pengalaman baharu kepada UniMAP terutama dalam memastikan pemberi dan penerima manfaat mengikut panduan dan syarat wakaf yang ditetapkan.

“Wakaf ini juga secara tidak langsung selaras dengan harsat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperluaskan wakaf pendidikan tinggi yang berpotensi besar menjadi sumber ekonomi dalam menjana pendapatan universiti yang mana ia juga mestilah dilaksanakan dengan kebenaran Majlis Agama Islam Negeri terlibat.

“UniMAP komited untuk mengurus serta mentadbir tanah ini dengan sebaik mungkin untuk memberikan kebaikan dan manfaat secara bersama kepada semua pihak,” ujarnya.

 Dalam pada itu, Ustaz Mohd. Nazim berkata, wakaf merupakan antara intrumen pelaburan yang paling menguntungkan dan tidak akan mendatangkan kerugian jika ditadbir dengan baik.

Ujarnya, malah menerusi aktiviti wakaf itu juga akan semakin menyuburkan dan menambahkan hasil sama ada sebagai di dunia atau juga sebagai saham dan bekalan maka di akhirat nanti.

Pauh Putra, 22 Dis  – Majoriti darah yang didermakan kepada tabung darah Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar adalah terdiri daripada penderma di kalangan warga Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Kenyataan itu dikongsi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Guar Sanji, Jafperi Othman yang juga ahli lembaga pengarah UniMAP (LPU) ketika forum Ilmuwan dan Masyarakat – bagai Aur dengan Tebing yang bertajuk Pengaruh UniMAP Dalam Pembangunan Negeri Perlis yang diadakan di sini, hari ini.

Jelasnya,  ia membuktikan bahawa UniMAP memberi pengaruh serta sumbangan yang cukup besar kepada pembangunan negeri terkecil di Malaysia itu menerusi program-program derma darah yang sering diadakan.

“Pembangunan UniMAP sejak penubuhannya turut merancakkan pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat negeri ini sekaligus membawa banyak perubahan terutama dari segi pertumbuhan ekonomi, perkembangan peridustrian, prasarana serta perumahan,” kata beliau di forum anjuran Pejabat Majlis Profesor UniMAP dengan kerjasama Majlis Profesor Negara (MPN) yang dikendalikan Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Chang Peng Kee sebagai moderator forum.

Selain Jafperi, Ketua Kluster Perpaduan Nasional, MPN Prof Dr Mansor Mohd Noor, Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Dr Nik Maheran Nik Muhammad dan Dekan Pusat Pengajian Pembangunan Insan & Teknokomunikasi (iKOM) UniMAP yang juga motivator, Prof Madya Huzili Hussin adalah antara panel forum berkenaan dengan tajuk yang berbeza.

Ketua Pegawai Maklumat MPN, Prof Dr Ahmad Zaki Abu Bakar turut menyampaikan ucaptama bagi forum itu bertajuk Peranan Profesor dalam Pembangunan Masyarakat.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MPN, Datin Hazizah Wahab , Naib Canselor UniMAP Dato Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal dan Pengerusi Majlis Profesor UniMAP Dato’ Prof Dr Ali Yeon Md Shakaff.

Terdahulu, Zul Azhar ketika menyampaikan ucapan aluan berkata ahli akademik yang diamanahkan membimbing pelajar merupakan para ilmuwan yang tanggungjawabnya lebih besar daripada sempadan kawasan kampus.

“Ilmu yang ada dalam diri mereka itu bukan milik mereka sahaja tetapi milik masyarakat setempat di mana mereka boleh menggunakan kepakaran yang dimiliki untuk meningkatkan kualiti hidup anggota masyarakat.

“Ini mungkin dilakukan melalui projek-projek penyelidikan, khususnya apa yang disebut ‘translational research’, atau aktiviti-aktiviti langsung bersama masyarakat, “ kata beliau merujuk kepada antara sumbangan UniMAP kepada komuniti setempat.

Pauh Putra: Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) berjaya mengekalkan kejuaraan dua kali berturut-turut  pada Kejohanan Sukan Antara Pusat-Pusat Pengajian Universiti Perlis (UniMAP) 2017 yang berlangsung pada 1 hingga  3 Disember lalu

FTK meraih tiga emas, tiga perak dan satu gangsa, pingat emas diperolehi melalui acara Bola Jaring Wanita, Bola Tampar Lelaki  dan Ragbi 7’s.

Tempat kedua pula dimenangi Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik (PPKSE) dengan kutipan tiga emas yang diraih melalui acara Petanque (Lelaki),  Bola Sepak 9’S  dan Bola Tampar Wanita selain tiga gangsa.

Manakala tempat ketiga diraih Naib Johan tahun lalu, PPK Mikroelektronik  dengan dua emas,dua  perak dan  dua gangsa.

Sebanyak sembilan acara dipertandingkan iaitu bola jaring wanita, bola tampar lelaki dan wanita, sepak takraw antara regu lelaki, bola keranjang lelaki, bola baling lelaki, woodball lelaki dan wanita, ragbi 7's lelaki, petanque lelaki dan wanita serta bola sepak.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Foad Sakdan dan Pengarah Pusat Sukan UniMAP, Suhizaz Sudin.

Kejohanan yang berlangsung di Stadium Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, UniMAP itu dianjurkan bertujuan bagi membudayakan sukan di kalangan pelajar UniMAP di samping mengeratkan hubungan dikalangan pelajar.

Pauh Putra, 4 Disember – Seramai enam pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bakal menyertai persidangan serta pensyarah kunjungan di Universiti Nahda, Mesir.

Mereka ialah Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar(PPKAS), Prof Madya Dr Nasrul Hamidin dan Dekan Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan & Teknousahawan (PPIPT), Dr Tunku Salha Tunku Ahmad yang dijemput sebagai pembentang kertas kerja di persidangan The 1st International Conference on Science, Technology & Entrepreneurship.

Manakala, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Komputer & Perhubungan (PPKKP) Dr Muzammil Jusoh, Pensyarah Kanan PPKKP Dr Rozmie Razif Othman dan Dr Mohd Zukimie Mat Junoh serta Pensyarah Kanan PPKAS Dr Nik Zainab Nik Azizan pula bagi program mobiliti staf iaitu pensyarah kunjungan ke universiti itu.

Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata pelaksanaan program itu adalah rentetan beberapa program yang dilaksanakan susulan memorandum persefahaman di antara UniMAP dengan Universiti Nahda sebelum ini.

Ujarnya, pada Ogos lalu seramai lapan pelajar Universiti Nahda menyertai program ‘inbound mobiliti’ di UniMAP selama dua minggu.

“Program-program ini juga adalah salah satu pendekatan UniMAP bagi menyerlahkan keterlihatan universiti ini ke peringkat antarabangsa.

“Saya berharap peluang ini dapat digunakan bagi mewujudkan lebih banyak kerjasama yang boleh diwujudkan dalam apa jua cara terutama berkaitan bidang pusat pengajian masing-masing,” kata beliau ketika menyampaikan amanat kepada delegasi itu, di sini, hari ini.

Delegasi pertama bagi program mobiliti staf akan ke sana mulai 7 hingga 25 Disember manakala pembentang kertas kerja pula mulai 13 hingga 23 Disember.

Tambah Zul Azhar, mereka yang terpilih dan dijemput itu juga diharapkan dapat melaksanakan tugas masing-masing dengan baik dan memperolehi pengalaman yang dapat dimanfaatkan di UniMAP kelak.

Kangar, 3 Disember –Produk penyelidikan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya memperolehi pencapaian cemerlang seratus peratus pingat dalam Seoul International Invention Fair (SIIF) 2017 yang diadakan di COEX Convention Centre, Seoul, Korea Selatan bermula 30 November hingga 3 December 2017.

Delegasi penyelidik UniMAP yang diketuai oleh Timbalan Dekan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi UniMAP, Dr Mohd Rashidi Che Beson telah mempertandingkan 12 produk penyelidikan dan telah memenangi lapan emas dan empat gangsa.

Lebih bermakna, salah satu produk penyelidikan tersebut dibawah penyelidik Dr Midhat Nabil Ahmad Salimi dengan tajuk Carbon Dioxide (CO2) Capture Using the Downflow Gas Contactor (DGC) Reactor telah dinobatkan produk penyelidikan terbaik pertandingan ini dengan memenangi anugerah tertinggi GRAND PRIZE SIIF 2017.

Dr Midhat berkata produk penyelidikannya adalah untuk memerangkap gas karbon dioksida (CO2) dengan begitu efisien, yang mana ianya dapat menyumbang kepada penurunan kesan pemanasan global dunia.

Katanya, produk itu dibangunkan sejak 2012 selepas dunia kini sedang menghadapi kesan pemanasan global yang dijangkakan akan menjadi semakin kritikal tahun demi tahun.

“ Jika pembebasan gas CO2 dibiarkan berlarutan, kesan pemanasan global akan meningkatkan suhu purata dunia yang mana kesannya akan mencairkan ais di kutub utara dan selatan yang akhirnya akan menyaksikan banyak kawasan-kawasan rendah di dunia ini akan ditenggelami air,” katanya ketika dihubungi,hari ini.

Selain itu, Dr Midhat turut membawa produk Artificial Bone Produced by Supercritical Carbon Dioxide Processing.

Selain beliau, penyelidik UniMAP yang memenangi pingat emas antaranya Prof. Madya Dr Muzamir Isa dengan produk penyelidikan New Wireless Inductive Coil Sensor for Smart Online Partial Discharge Monitoring System in High Voltage Power Cable serta Dr Mohd Rashidi Che Beson dengan produk penyelidikan VLC-OCDMA Based on Dual Diffuser Modulation for Underwater Wireless Communication, Dr Liew Yun Ming dengan produk penyelidikan Groutmedic: A Novel Grout Material, Dr Allan Melvin Andrew dengan produk Anti-ThPRO: A Novel Electromagnetic and Thermal Graded-Z Shielding For Large Scale Glovebox in Nuclear Industry, Dr Mohammad Faridun Naim Tajuddin dengan produk penyelidikan Differential Evolution Based Maximum Power Point Algorithm For Optical Extraction of Photovoltaic Energy dan Dr Mohd Zakimi Zakaria dengan produk penyelidikan Wheelcare Dentistry: Innovation of Supporter Chair for Disable Patients.

Sementara itu, Naib Canselor UniMAP Dato Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata tiga daripada penyelidik UniMAP itu juga telah memperoleh anugerah khas di pertandingan ini iaitu Dr Mohd Rashidi Che Beson mendapat anugerah khas Indonesian Innovation and Invention Promotion Association INNOPA Indonesia, Dr Midhat mendapat anugerah khas National University of Science and Technology Russia serta Dr Liew Yun Ming mendapat anugerah khas Indonesian Innovation and Invention Promotion Association INNOPA Indonesia dan National Research Council of Thailand.

Ujarnya, ini merupakan pencapaian cemerlang penyelidik UniMAP di SIIF yang amat membanggakan.

SIIF 2017 merupakan anjuran tahunan oleh Korea Invention Promotion Association (KIPA).

Selain Malaysia dan tuan rumah Korea Selatan, pertandingan penciptaan yang berprestij ini juga dihadiri oleh peserta dari lebih dari 20 buah negara. 

Georgetown, 30 November - Isu pengurusan pembangunan perlu diberi pandangan serius dalam merangka dan mengurus dengan mengambil kira aspek penjagaan alam sekitar

Keseimbangan antara pembangunan dan alam sekitar mesti dilakukan bagi mengelakkan berlakunya pelbagai masalah seperti hakisan tanah, pencemaran sungai dan sebagainya.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Dr. Uda Hashim berkata, jumlah penyelidikan dalam bidang pembangunan dan alam sekitar telah meningkat dalam usaha untuk mengekalkannya demi generasi muda di masa hadapan.

“Kerjasama dari pihak industri dan penyelidik serta ahli akademik akan merancakkan lagi percambahan idea-idea baharu dalam melaksanakan pembangunan tanpa mengamcam alam sekitar,”katanya ketika berucap merasmikan International Conference on Civil and Environmental Engineering (CENVIRON 2017)  yang berlansung di Flamingo Hotel by The Beach, Pulau Pinang baru-baru ini.

Seminar selama dua hari itu mengumpulkan lebih 110 kertas kerja yang disertai lima buah negara termasuk Thailand, Yemen, India,  dan tuan rumah Malaysia.

Bertemakan “Ke Arah Persekitaran Hijau dan Mampan” CENVIRON 2017 yang julung kali diadakan anjuran Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar UniMAP.

Antara pembentang kertas kerja utama adalah, Mantan Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP  Prof. Emeritus Ir. Datuk Dr. Zainai Mohamed, Pengarah Eksekutif Construction Research Institute of Malaysia (CREAM), Ir. Dr. Zuhairi Abd. Hamid, Profesor Jabatan Kejuruteraan Kimia, Universiti Malaya, Dr. Nik Meriam Nik Sulaiman dan Profesor Jabatan Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi PETRONAS, Dr. Suzana Yusup.

Ujar Dr. Uda lagi, CENVIRON 2017 bakal menjadi platfom terbaik bagi ahli akademik, penyelidik, industri, organisasi korporat dan kumpulan kepentingan dalam pelbagai asas dan aplikasi yang berkaitan dengan kejuruteraan dan alam sekitar.

“Selain dari itu, saya juga mengharapkan agar lebih banyak program ke arah mengukuhkan pembangunan dan penyelidikan seperti peningkatan jumlah staf akademik yang berkelayakan PhD serta kerjasama dengan universiti di seluruh dunia,” katanya lagi.

Oleh :

Mc Ziano Bryn Jaugis dan Athirah Khadijah Anuar

PAUH PUTRA, 20 November – Slot ‘Let’s Hit The Ground’ yang dikendalikan dalam Seminar Awani Rangers Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya memberikan pendedahan dan pengalaman baharu buat para pelajar program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu yang berlangsung di Dewan Kecemerlangan UniMAP.

Menerusi slot tersebut yang dikendalikan oleh dua ikon berita Astro Awani, Ashwad Ismail dan Hilal Azmi, para pelajar diberikan tugasan untuk menyediakan laporan berita berdurasi satu minit berdasarkan pemerhatian yang dibuat di sekitar kawasan seminar seterusnya memuatnaik laporan tersebut di akaun instagram masing-masing.

Antara kreativiti tugasan yang berjaya dihasilkan oleh pelajar ialah perkembangan pembinaan Dewan Utama dan Bangunan Canselori UniMAP, liputan Pesta Tanglung UniMAP, liputan Kejohanan Olahraga Tertutup UniMAP serta tarikan makanan di Perlis.

Pelajar tahun 3, Zulkarnain Zainal Abidin, 22, berkata, sebagai seorang mahasiswa yang mengikuti program komunikasi media baharu, slot tersebut telah berjaya membuka minda pelajar untuk mengaplikasikan penggunaan saluran-saluran komunikasi media baharu dalam penghasilan berita.

“Secara tidak langsung, slot ini juga berjaya meningkatkan keyakinan diri kami untuk melaporkan sesuatu berita secara langsung di hadapan kamera,” ujarnya.

Rakannya, Aniss Abdul Rahim, 22, menyifatkan program tersebut berjaya membuka minda pelajar untuk mengesan nilai berita serta menterjemahkannya dalam bentuk penceritaan terutama berdasarkan apa yang berada di sekitar pelajar itu sendiri.

“Setiap yang berlaku dalam kehidupan seharian ada ceritanya yang tersendiri, justeru terpulang kepada kita untuk menghasilkan penulisan yang mampu memberikan manfaat atau ilmu baharu kepada masyarakat keseluruhannya,” ujar beliau, 

Seminar tersebut dianjurkan oleh stesyen televisyen swasta, Astro Awani dengan kerjasama Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (IKOM) UniMAP dan disertai oleh lebih 400 pelajar.

Antara lainnya, seminar tersebut merupakan sebahagian daripada kerjasama pintar industri-universiti dalam memberikan pengalaman sebenar kepada pelajar selain turut menjadi platform utama dalam menghasilkan lebih ramai ‘content provider’ di kalangan generasi muda terutamanya pelajar universiti.

Selain UniMAP, seminar tersebut juga sebelum ini telah diadakan di Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Teknologi Mara.

Dalam pada itu, Ashwad yang juga Editor Breaking News berkata, menerusi seminar tersebut, beliau dan Hilal akan sentiasa melihat kepada beberapa aspek dan kualiti yang ada di kalangan pelajar universiti antaranya keupayaan untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dikendalikan.

Selain itu, ujar beliau, program yang dikendalikan secara interaktif itu ia juga bertujuan untuk memecahkan tembok ketakutan atau rasa malu dan gentar untuk beraksi di hadapan kamera.

“Bagi kami, setiap karya yang dihasilkan tidak akan dinilai sebagai salah sebaliknya, pelajar akan diberikan komen yang positif bagi menyuntik semangat mereka untuk terus berkarya. Adalah menjadi harapan kami agar mahasiswa iKOM dapat terus mendalami dunia kewartawanan dan tidak takut untuk berhadapan dengan masyarakat.,” jelasnya.

 

Pauh Putra, 19 November – Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan muncul juara keseluruhan Kejohanan Olahraga Tertutup Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kali ke-13 yang berlangsung selama dua hari mulai 18 November.

Pada kejohanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, UniMAP itu, PPK Pembuatan meraih lapan pingat emas, dua perak dan dua gangsa mengatasi saingan terdekat dari Pusat Pengajian Diploma yang mencatat lima pungutan pingat emas, enam perak dan dua gangsa.

PPK Komputer dan Perhubungan pula terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dengan pungutan empat emas, enam perak dan satu gangsa.

Pendaftar UniMAP Zuber Hj Mohamed ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Olahraga Tertutup UniMAP 2017 itu berkata, penganjuran kejohanan tersebut bukan sahaja bertujuan bagi mencari bakat-bakat baru mewakili UniMAP tetapi juga sebagai salah satu acara semua warga UniMAP mengenali antara satu sama lain.

“Saya yakin melalui kejohanan ini mewujudkan hubungan yang erat antara warga UniMAP tanpa mengira bangsa agama dan pangkat sekaligus menterjemah semangat Satu Malaysia yang diterapkan selama ini.

“Justeru saya berharap penganjuran kejohanan ini dapat menjadi pemangkin dalam usaha menggilap bakat-bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi termasuk Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) yang bakal berlangsung awal tahun hadapan,’’ katanya yang berucap mewakili Naib Canselor UniMAP.

Turut hadir Pengarah Pusat Sukan Suhizaz Sudin dan ketua-ketua jabatan UniMAP.

Pada kejohanan itu pelajar PPK Pembuatan Krishnan Somunaidu dinobatkan sebagai Olahragawan Kejohanan manakala Wong Qiau Hui yang juga dari PPK Pembuatan dinobatkan sebagai Olahragawati.

Fakulti Teknologi Kejuruteraan pula mencatat kejayaan dalam pertandingan rumah tercantik sempena kejohanan berkenaan manakala PPK Bioproses mendominasi acara perbarisan.

Dalam kejohanan tahunan UniMAP itu, seramai 414 pelajar UniMAP mengambil bahagian dalam 28 acara dipertandingkan.

MAKASSAR, Indonesia 10 November - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya Seminar Institusi Raja Kelima (SIRaj V) 2017 yang julung kali diadakan di luar Malaysia ini menjadi medan percambahan ilmu serta perkongsian budaya antara Malaysia dan Indonesia.

Titah baginda, adalah diharapkan melalui seminar ini dapat merumuskan resolusi yang baik untuk faedah bersama dan memanfaatkan kedua-dua negara.

"Penganjuran seminar ini juga boleh mengukuhkan lagi peranan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universitas Islam Negeri (UIN) Alauddin Makassar sebagai pusat percambahan minda, tapak perkembangan ilmu, seterusnya menyemarakkan kepelbagaian budaya," titah baginda.

Baginda juga berkenan mencemar duli merasmikan SIRaj V anjuran UniMAP melalui Institut Kajian Institusi Raja, Kepimpinan dan Komuniti (IKRK) dengan kerjasama UIN Alauddin Makassar di Rumah Jabatan Walikota Makassar.

Seminar yang berlangsung selama dua hari mulai 1o November itu juga diadakan bersempena ulang tahun Makassar Ke-410 tahun ini yang turut mendapat kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Malaysian Industrial Development Finance (MIDF) Berhad, Yayasan UniMAP, UniMAP Holdings dan Proven Group of Companies.

Yang turut hadir Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Pengarah IKRK, Prof Datuk Dr. Ramlah Adam dan Rektor UIN Alauddin Makasaar, Prof Dr. Musafir Pabbari.

Baginda dalam titahnya turut menekankan, pada asasnya, Malaysia dan Indonesia berkongsi ciri dan nilai yang sama iaitu alam Melayu dan secara dasarnya semuanya adalah serumpun.

Bagaimanapun, titah baginda, penaklukan dan pengaruh luar secara tidak langsung mengikiskan nilai dan identiti yang akhirnya menjarakkan lagi hubungan sehingga mewujudkan wilayah-wilayah yang pelbagai dengan identiti dan jati diri yang berbeza.

"Inilah sebenarnya 'kunci' yang perlu kita jadikan cerminan agar persaudaraan terus menerus menyatu, ibarat 'kiambang kembali bertaut'," titah baginda.

Baginda bertitah, penyatuan ini hakikatnya adalah penting bagi kedua-dua negara, demi memastikan kelangsungan hayat survival tamadun bangsa agar terus gah merentas sempadan dunia.

Makassar, Indonesia - Institut Kajian Institusi Raja, Kepimpinan dan Komuniti (IKRK) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menganjurkan Seminar Institusi Raja Kelima (SIRaj V) 2017 pada 10 hingga 13 November yang lalu di Swiss Bel Hotel, Makassar.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, selain berkongsi sejarah institusi raja di kedua-dua buah negara, seminar itu juga diharap dapat meningkatkan kefahaman masyarakat untuk menghayati peranan raja dalam sistem Raja Berpelembagaan.

Selain itu, ujar beliau, SIRaj V yang dianjurkan dengan kerjasama Universiti Islam Negeri (UIN) Alauddin, Makassar juga merupakan platform terbaik untuk berkongsi ilmu tentang corak pemerintahan beraja di negara jiran dan pada masa sama membuka peluang mempelajari sejarah kesultanan di kota tersebut.

“Secara kebetulan, kunjungan kami dalam menjayakan seminar yang bertemakan Kesultanan Alam Melayu” itu adalah bertepatan dengan sambutan ulang tahun Kota Makassar yang ke-410,” ujarnya.

SIRaj V yang turut mendapat kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Malaysian Industrial Development Finance (MIDF) Berhad, Yayasan Unimap, Unimap Holdings dan Proven Group of Companies telah dirasmikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Menurut Prof. Dr. Zul Azhar, sebanyak tiga slot pembentangan disediakan iaitu pembentangan Sejarah Di-Raja Perlis oleh Pengarah IKRK UniMAP, Datuk Prof. Dr. Ramlah Adam manakala pembentangan kedua oleh Rektor Universitas Cokroaminoto Makassar, Prof. Dr. H. Muhammad Asdar, S.E, M.Si manakala slot terakhir menampilkan perkongsian sejarah oleh tiga Raja serta Sultan di Wilayah Sumatera Selatan itu sendiri iaitu Raja Gowa, Raja Galewong dan Sultan Demak.

Beliau menjelaskan, sebanya tujuh resolusi telah dicapai menerusi penganjuran seminar tersebut iaitu Institusi Raja adalah asas tamadun bangsa yang patut didokong sepanjang masa; agama Islam adalah teras budaya bangsa yang memperkukuhkan keimanan; sejarah dan kerajaan lalu warisan patut diperkukuhkan sebagai teras jati diri dan pertalian darah silaturahim yang baik serta menjaga dan mempertahankan kelastrian adat budaya bangsa.

Selain itu, ujat beliau SIRaj V juga bersetuju untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama akademik antara UniMAP dan UIN Alauddin; mengukuhkan hubungan serumpun sebangsa Indonesia dan Malaysia selain memahami sejarah dan warisan masa lepas sebagai satu ilmu membina jati diri bangsa untuk masa kini.

Selain pembentangan kertasa kerja, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, turut berkenan bercemar duli mengetuai sesi “wisata sejarah” Kesultanan Gowa ke tiga lokasi utama iaitu Muzium Balla Lampoa, Makam Sultan Hassanuddin dan Masjid Tertua Katangka.

Yang turut menyertai lawatan tersebut Pengarah Unit Komunikasi Korporat Unimap, Mustaffa Ismail dan Ketua Lembaga Penelitian dan Pengabadian Masyarakat Universiti Islam Negeri (UIN) Alauddin Makassar, Prof. Dr. Muhammad Salleh Tajuddin.

Menurut Prof. Dr. Ramlah, sesi lawatan tersebut diharap dapat meningkatkan kefahaman mengenai sejarah dan warisan sebagai satu ilmu yang amat penting bagi membina jati diri bangsa dalam menghadapi cabaran baik di masa kini atau di masa hadapan.

Destinasi pertama lawatan ialah ke Muzium Balla Lampoa yang didirikan oleh pemerintahan Raja Gowa ke-31 pada tahun 1936 yang menampilkan seni bina bangunan berbentuk rumah khas orang Bugis, iaitu rumah panggung yang diperbuat dari kayu ulin atau kayu besi.

Muzium ini pada dasarnya menjadi lokasi penyimpanan koleksi barang-barang berharga Kerajaan Kesultanan Gowa yang dapat diselamatkan sebelum penjajahan antaranya mahkota, gelang, kancing, kalung, keris dan perhiasan lain yang diperbuat dari emas.

Delegasi UniMAP seterusnya di bawa ke Makam Pahlawan Nasional Sultan Hassanuddin yang terletak di kompleks pemakaman raja-raja Gowa di Katangka, Somba Opu, Gowa. Selain Sultan Hassanuddin, ia turut menempatkan makam Sultan Alauddin - Sultan yang mengembangkan agama Islam pertama di Kerajaan Gowa.

Destinasi terakhir delegasi ialah ke Masjid Tertua Katangka yang terletak di Jalan Sheikh Yussof dan terletak tidak jauh dari makam Sultan Hassanuddin. Difahamkan masjid tersebut telah berusia melebihi 400 tahun seringkali menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar Indonesia.

Di sini, selain meninjau sejarah, delegasi UniMAP turut berpeluang menunaikan solat Zohor berjemaah bersama-sama penduduk setempat.Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail turut berkenan menyerahkan sumbangan zakat dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM1,000 atas kapasiti baginda selaku Yang Dipertua MAIPs.

Kangar, 9 November – Penghuni kolej kediaman diingatkan agar menjaga sebaik mungkin rumah atau bilik asrama mereka kerana kemudahan itu bakal digunakan lagi bagi beberapa tahun mendatang.

Amanat itu disampaikan oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Dato Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal ketika menyampaikan ucapan perasmian Majlis Watikah Pelantikan dan Penghargaan Majlis Penghuni Kolej Kediaman (MPKK) di Hotel Putra Regency, di sini, semalam.

Menurut Zul Azhar, MPKK yang baharu dilantik perlu memainkan peranan sepertimana ikrar dan tekad mereka selepas menerima watikah pelantikan bagi sesi 2017/2018 terhadap tanggungjawab mereka kepada kolej kediaman.

“MPKK juga sudah berjanji akan membantu universiti bagi mencapai hasrat universiti mewujudkan kampus lestari, maka inilah peluang dan cabaran baharu anda.

“Pengurusan UniMAP dan Pejabat Penolong Naib Canselor  Keusahawanan dan Kelestarian Kewangan juga turut berusaha mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak agar hasrat itu tercapai,” katanya.

Jelasnya, antara perancangan yang dicapai ialah berjaya mengumpul wang bagi penyediaan enam water dispenser di setiap kolej kediaman yang harganya mencecah RM20,000.

“Selain itu, sebuah pasaraya terkemuka di Arau turut bersetuju mendermakan bahan mentah kepada universiti dan InsyaAllah selepas ini setiap bulan kita adakan gotong-royong kenduri beramai-ramai bersama MPKK dan mahasiswa lain,” katanya.

Majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan, Pengerusi Majlis Pengetua Kolej Kediaman Hirwan Jasbir Jaafar serta pengetua-pengetua kolej kediaman UniMAP.

Terdahulu, Yang Dipertua MPKK Sesi 2017/2018 Kolej Kediaman Pauh Putra Muhammad Nur Ashmir Harun berkata MPKK sesi baharu bertekad menjadi penghubung pengurusan kolej kediaman dan rakan-rakan penghuni yang lain.

“Kami juga berazam untuk membantu rakan-rakan yang mengalami masalah kewangan agar mereka juga dapat meneruskan pengajian dengan baik.

“Di samping itu, kami turut menyokong agenda kelestarian kampus dan sedaya upaya akan membantu menerusi aktiviti atau program di kolej kediaman yang dianjurkan,” katanya yang berucap mewakili semua MPKK baharu.

Dalam majlis itu seramai 94 MPKK baharu menerima watikah pelantikan dan 84 MPKK sesi lalu menerima sijil penghargaan di atas komitmen mereka sepanjang sesi 2016/2017 bagi enam buah kolej kediaman.

Arau, 9 November – Sebagai satu inisiatif menjayakan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan  (NBOS), empat projek tahun akhir pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan dijadikan projek perintis bagi membangunkan aplikasi teknologi maklumat untuk kerajaan negeri Perlis.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, projek usahasama yang membabitkan pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Komputer dan Perhubungan bakal memberikan manfaat yang cukup besar untuk kedua-dua pihak tanpa melibatkan kos.

“Ia juga adalah sebahagian daripada inisiatif UniMAP untuk mengetengahkan projek dan penyelidikan inovasi berkonsepkan translasi terus kepada kerajaan dan komuniti sebagaimana yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Pusat Inovasi Nilai (VIC) yang dihasratkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Antara lainnya, Perdana Menteri berkata penubuhan VIC ini perlu diwujudkan di semua agensi kerajaan agar proses penjanaan inovasi dalam pentadbiran kerajaan akan berlaku dengan lebih meluas dan pantas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Usahasama Projek Tahun Akhir antara UniMAP dan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK)  Negeri Perlis yang diwakili oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, En Ahmad bin Zakaria, di Kampus UniMAP Pauh Putra di sini hari ini.

Turut hadir, Dekan PPK Komputer dan Perhubungan, Prof. Madya Dr. Azremi Abdullah Al-Hadi dan penyelia-penyelia projek pelajar tahun akhir, iaitu En. Suhizaz Sudin, Dr Salina Asi dan Cik Hasneeza Liza Zakaria.

Menurut Dr. Zul Azhar, di peringkat UniMAP juga, pelaksanaan projek tahun akhir ini  mampu menjadi penggerak kepada usaha mencipta ekosistem inovasi selaras dengan Revolusi Industri 4.0 sekaligus melonjakkan bidang keusahawanan.

“Secara tidak langsung, usaha ini juga diharap dapat mendedahkan pelajar kepada projek sebenar di industri dan pada masa sama melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk mengetengahkan inovasi dan kreativiti mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Azremi berkata, susulan dari perbincangan awal antara UniMAP dan SUK negeri Perlis empat tajuk telah dipilih untuk menjayakan program yang akan berlangsung dalam tempoh sembilan bulan itu antaranya “Design and Development of Enterprise Web Portal for Perlis Sport Council” oleh  Zarith Izzaty Za’aba.

Jelasnya, tiga lagi projek yang terpilih ialah “Design and Development of Facilities Management System for Perlis Sport Council” oleh Wan Nur Fara Elyana Ashikin Wan Adnan; “Design and Development of Facilities Booking System” oleh Zainal Safwan Zainal Abidin, dan “Design and development of Asset Tracking System for Information Technology Management Division of Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis” oleh Mas Idayu Zolkefli.

 

PAUH PUTRA- Pemahaman masyarakat terhadap Gelombang Revolusi Industri Keempat (4.0) yang melewati dunia global kini masih di tahap sederhana malah dalam kalangan warga akademik juga, tidak jelas mengenai Revolusi Industri 4.0 ini.

Universiti dan industri perlu memainkan peranan dalam usaha mendidik  masyarakat untuk membudayakan pemahaman Revolusi Industri 4.0 dalam kalangan bagi memastikan mereka cukup bersedia menghadapi dunia yang semakin mencabar.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, berkata, UniMAP telah bersedia dan sudah merancang untuk terus relevan dengan ketibaan Revolusi Industri 4.0.

“Kita sebenarnya telah melaksanakan dasar dan inisiatif yang proaktif dengan mengambil kira Pelan Tindakan Pendidikan Malaysia (Malaysian Education Blueprint), status autonomi kami, dan rancangan strategik 2025 UniMAP.

“Dengan mengoptimumkan sumber dalaman dan hubungan luar, saya  yakin bahawa UniMAP boleh berkembang maju dalam era Industri 4.0 dan membuat banyak perbezaan positif di dunia,“ katanya ketika menyampaikan ucapan Perasmian Seminar Industrial 4.0 yang diadakan di Dewan Kecemerlangan, Kampus Alam UniMAP, di sini.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Profesor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Ali Yeon Md Shakaff, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Prof. Ir. Rezuwan Kamarudin dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP, Prof. Dr. Uda Hashim.

Ujar Zul Azhar lagi, sebagai sebuah pusat pengajian tinggi di Perlis, akan memberikan bantuan dan kepakaran kepada pihak kerajaan negeri ke arah Revolusi Industri Keempat.


“Buat masa ini UniMAP sedang membantu kerajaan negeri dan juga Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) membantu Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA),”katanya.

Seminar Industrial 4.0 anjuran bersama Majlis Profesor Negara (MPN) dengan kerjasama Majlis Profesor, UniMAP.  

Seminar tersebut disampaikan tiga penceramah iaitu Timbalan Ketua Kluster Governan, Perundangan dan Pengurusan Awan MPN, Prof Dr. Roselina Ahmad Saufi; Ketua Pegawai Maklumat MPN,  Prof Dr. Ahmad Zaki Abu Bakar; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dasar Sektoral Kementerian Perdagangan dan Industri  (MITI), Aida Syukrena Mohd Idris .

Antara pengisian sepanjang itu adalah mengenai kepentingan Revolusi Industri 4.0 dalam mencorakkan agenda pendidikan negara, selain itu juga, ia akan membantu para pensyarah melahirkan idea positif kepada revolusi industri dari aspek pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan serta teknologi dan komunikasi.

Ia bagi memberi pendedahan kepada pensyarah tentang kesan revolusi industri terhadap penggunaan sumber tenaga kerja manusia di samping memperkenalkan inisiatif-inisiatif serta idea Revolusi Industri yang memanfaatkan universiti.

Poland, 12 Oktober – Dua penyelidik Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech)  Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya memperolehi Anugerah Platinum iaitu anugerah tertinggi di International Warsaw Invention Show (IWIS 2017) yang diadakan di Universiti Teknologi Warsaw Poland.

Pada pertandingan yang belangsung mulai 9 Oktober itu, UniMAP turut mencipta kejayaan membanggakan apabila salah satu produk inovasi terbabit turut menerima pengiktirafan “The Best Foreign Invention IWIS 2017”.

Pengurus CEGeoGTech UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd. Mustafa Al-Bakri Abdullah berkata, produk “Geopolymer Concrete for Underwater Concreting” yang diketuai oleh beliau sendiri dengan kerjasama penyelidik dari University of Plymouth United Kingdom berjaya menerima pengiktirafan produk antarabangsa terbaik selain turut menerima anugerah platinum.

Dalam pada itu, ujar beliau, produk inovasi hasil penyelidikan Dr. Mohd Arif Anuar Mohd Salleh iaitu “A Robust Green Nano Geopolymer Ceramic Reinforced Lead Free Solder for High Strength Electric/Electronic Interconnect Applications” menerima anugerah platinum selain turut menerima Anugerah Khas daripada National Institute for Research and Development in Environmental Protevtion Romania.

Dr. Mohd. Mustafa berkata, projek inovasi tersebut  merupakan output geran penyelidikan yang diterimanya melalui Kesatuan Eropah yang mana pasukan penyelidikan cuba menghasilkan bahan konkrit yang boleh diaplikasi didalam air tanpa memerlukan peralatan khas.

“Hasil kajian yang telah berjalan selama hampir dua tahun ini berjaya melepasi fasa pertama sasaran  awal penyelidikan iaitu penggunaan bahan konkrit tanpa simen. Produk ini masih dalam proses ujian berterusan dan penambahbaikan.

“Kejayaan ini secara tidak langsung membuktikan pentingnya jaringan kerjasama antara universiti tempatan dan antarabangsa dan pada masa sama ia berjaya meningkatkan keterlihatan dan reputasi UniMAP di persada antarabangsa,” ujar beliau ketika dihubungi hari ini.

IWIS 2017 merupakan pameran dan pertandingan anjuran tahunan  Association of Polish Inventors and Rationalizers (SPWIR) dengan kerjasama Kementerian Sains dan Pengajian Tinggi dan Pedidikan Tinggi Poland serta Inventors’ Associations (IFIA).

Selain Malaysia dan tuan rumah Poland, pertandingan penciptaan yang berprestij ini juga dihadiri oleh peserta dari Republik Czech, Bahrain, Maldova, Romania, Kanada, Iran, Taiwan, Thailand, China, Korea, Bulgaria, Bosnia, Croatia, Arab Saudi, Morocco dan sebagainya. Ia turut disertai oleh wakil kedutaan Malaysia di Poland, Norafizawati Sheik Ahmad Soekarno.

Dalam pada itu, Dr. Mohd. Mustafa berkata, selain menyertai pameran IWIS 2017, beliau turut mengambil peluang untuk membina jaringan baru CEGeoGTech yang boleh dimanfaat oleh penyelidik-penyelidik CEGeoGTech yang lain.

Ujar beliau, sehingga kini, pihak CEGeoGTech telah berjaya menghantar lebih daripada tujuh orang penyelidik untuk mengikuti program mobiliti bagi tujuan penyelidikan di beberapa universiti  di United Kingdom dan Greece bagi tempoh dua hingga enam bulan semenjak tahun 2016.

“Terkini, pihak CEGeoGTech telah berjaya memperolehi geran mobiliti dengan negara Romania dan Bulgaria untuk tempoh empat tahun dengan nilai geran sekitar RM50,000 setahun. Selain itu, CEGeoGTech juga menerima beberapa orang pelajar mobiliti daripada luar bagi tujuan penyelidikan antaranya daripada Romania, Arab Saudi, United Kingdom dan Algeria.

Selain program mobility, jelasnya, CEGeoGTech dengan kerjasama Lodz University of Technology Poland, turut bersetuju untuk menganjurkan persidangan antarabangsa bersama yang dijangka didakan pada Oktober 2018 dalam bidang bahan hijau termaju.

Subang, 18 September – Dua pasukan dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengungguli Kejohanan Tenpin Boling Terbuka UniMAP/CEN-D 2017 apabila mencatatkan jatuhan pin tertinggi keseluruhan mengatasi 55 pasukan lain yang mengambil bahagian pada kejohanan selama tiga hari yang berakhir semalam.

Dalam kejohanan tersebut, pasukan UniMAP CEN-D yang diwakili oleh Nurakmal Ramli, Mohd. Zul Fauzi Mohd. Sawal dan dan Mahadzir Ali membuat 6,321 jatuhan pin untuk muncul juara keseluruhan sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM8,000.

Pasukan UniMAP Utagha pula yang turut dibarisi oleh Nurakmal, Mohd. Zulfauzi dan Mohd. Bakri Hussin menduduki tempat kedua dengan 6,316 jatuhan pin manakala pasukan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang diwakili oleh Kang Bo Long, Wan Syahmi Razin dan Dzikri Adam di tempat ketiga dengan 6,245 jatuhan pin.

Kedua-dua pasukan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM4,000 dan RM2,000 yang disampaikan oleh Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal pada majlis penutup di Ampang Superbowl, The Summit USJ di Subang Jaya di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Minda Teguh Trading yang mengeluarkan produk kesihatan CEN-D dan merupakan penaja kejohanan, Azizi Ali serta Pengarah Pusat Sukan UniMAP, Suhizaz Sudin.

Kejohanan disertai oleh lebih 200 pemain dari 55 pasukan mengambil bahagian termasuk pasukan-pasukan ternama antaranya pasukan dari SUKMA negeri-negeri, Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Majlis Bandaraya serta pasukan dari Universiti.

Permainan adalah berkonsepkan trio di mana setiap pasukan terdiri dari tiga pemain akan mengambil bahagian dalam acara individu, berpasangan serta tiga sepasukan yang dijalankan mengikut blok-blok yang telah ditetapkan.

Pemenang keseluruhan akan dikira berdasarkan jatuhan pin tertinggi bagi kesemua acara, manakala pemenang bagi setiap kategori acara yang dipertandingkan turut menerima hadiah berasingan.

Kejohanan turut disertai oleh 30 pemain dari pasukan media yang mengambil bahagian dalam kategori jemputan khas yang berlangsung sebelum majlis penyampaian hadiah.

Mohd. Jamilul Anbia Md. Denim, dari Harian Metro mengungguli kategori media dengan jatuhan 393 jatuhan pin; Boyd Madsam dari RTM di tempat kedua dengan  360 jatuhan pin manakala Rikiman Yusof dari KOSMO di tempat ketiga dengan 349 jatuhan pin.

 

PAUH PUTRA, 18 September – Seramai lapan pelajar dari pelbagai program pengajian di Nahda University Mesir dipilih menyertai program Inbound Mobiliti di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), di sini yang berlangsung selama dua minggu mulai 17 Ogos lalu.

Kesemua pelajar terbabit merupakan pelajar tahun tiga dan empat program pengajian Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Senibina dan Kejuruteraan Komunikasi Komputer di universiti terbabit.

Pengarah Pusat Hal Ehwal Antarabangsa UniMAP, Dr. Noorhafiza Mohamad, berkata, pelaksanaan program itu adalah susulan daripada memorandum persefahaman (MoU) yang telah dimerterai antara UniMAP dengan Nahda University.

Ujar beliau, selian memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kualiti pengajaran dan pembelajaran di UniMAP, program tersebut juga merupakan sebahagian dari inisiatif keterlihatan UniMAP di peringkat antarabangsa.

“UniMAP amat proaktif dalam menyerlahkan keterlihatannya di mata dunia, justeru program ini adalah usaha yang dilakukan dengan membabitkan penglibatan pelajar antarabangsa.

“Antara PPK yang terlibat adalah Komputer dan  Perhubungan, Mekatronik, Alam Sekitar serta Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan  Teknousahawan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sementara itu Pembantu Pengajar di Jabatan Kejuruteraan Awam, Nahda University, Mostafa Mahmoud Yasen Radwan, berkata, kursus yang ditawarkan adalah releven dengan keperluan pelajar yang sedang mengikuti program pengajian di Nahda University.

“Pelajar juga tidak sabar untuk melawat beberapa tempat di Malaysia. Walaupun, negara ini agak panas seperti di negara mereka, ianya tidak menjadi halangan untuk menikmati keseronokan berada di sini,” katanya.

Antara pengisian program ialah pelajar diwajibkan mengikuti kursus-kursus ilmiah selain diberi peluang untuk melawat sekitar Negeri Perlis, Kedah dan Kuala Lumpur untuk memberikan pendedahan terhadap budaya dan kehidupan rakyat Malaysia.

Ujar Mostafa lagi, program tersebut diharapkan akan dapat meningkatkan hubungan yang erat di antara UniMAP dan Nahda University, dalam pertukaran ilmu serta pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar dan juga staf kedua-dua universiti.

PAUH PUTRA, 18 September– Peluang untuk menyertai Asia Summer Program (ASP) memberikan pengalaman yang amat berharga buat 14 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang berkampung selama tiga minggu di Guangdong University Of Foreign Studies, Guangzhou, China baru-baru ini.

Sepanjang program tersebut, peserta berpeluang menjalani pengalaman persekitaran antarabangsa yang membolehkan mereka mempelajari secara langsung kepelbagaian budaya di Asia.

Bagi Ellina Yasmin Yusri, pelajar tahun tiga Kejuruteraan Fotonik, berkata, sepanjang mengikuti program tersebut, beliau dapat memahami dan mengenali dengan lebih dalam mengenai budaya negara-negara Asia melalui pelajar-pelajar negara lain.

“Peluang menyertai ASP 2017 dimanfaatkan sebaiknya oleh saya dan rakan-rakan kerana dapat merentasi dan memahami budaya rakan-rakan dari negara yang berbeza.

“Bagi saya program ini telah memberi impak positif terhadap diri saya dan berharap agar UniMAP akan terus mengambil bahagian dalam program ini di masa akan datang,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sementara itu bagi Ng Wei Bin, pelajar tahun tiga Kejuruteraan Bioperubatan Elektronik melahirkan penghargaan terhadap UniMAP kerana memberikan peluang kepadanya bagi menyertai ASP 2017.

“Saya berasa bangga kerana dapat mewakili UniMAP dan negara untuk berkongsi dan menyampaikan unsur kebudayaan serta  keunikan Malaysia di peringkat antarabangsa seperti ini.

“Saya amat yakin bahawa pengalaman dan ilmu pengetahuan yang saya peroleh daripada program ini terutama daripada tenaga pengajar yang berbeza latar belakang negara telah memberi manfaat dan pengajaran yang berfaedah untuk dikongsi bersama rakan-rakan di Malaysia pula,” katanya.

ASP yang merupakan program berkonsepkan mobiliti berkredit berlangsung selama tiga minggu membabitkan pelajar –pelajar universiti merangkumi kursus-kursus yang relevan yang diajar oleh tenaga pengajar terkemuka dari setiap universiti.

Untuk rekod, ASP menjadi ahli gabungan Asian University Presidents Forum (AUPF) pada tahun 2013, apabila AUPF tahunan ke- 12 telah diadakan di UniMAP.

Perwakilan dari 68 institusi di 17 buah negara, dan secara umumnya dipersetujui bahawa pemimpin pendidikan tinggi di Asia harus berusaha untuk mempromosikan program yang bertujuan untuk membangunkan kompetensi berbilang bahasa, meningkatkan pemahaman kepelbagaian budaya, dan memupuk kebolehan kreatif.

Kangar , 3 Ogos – Seramai 30 ahli mesyuarat Majlis Perumahan Universiti-universiti Awam (MAPUM) kali ke-68 yang diadakan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berpeluang menimba pengalaman berbeza mendekati golongan asnaf bersama Tuanku Canselor UniMAP.

Pengalaman berharga itu dilalui ketika mereka menyertai Program Kayuhan Kasih bersama Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di kampung-kampung sekitar pinggir bandar Kangar sempena mesyuarat MAPUM ke-68, di sini.

Pengetua Mahallah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Ahmad Zahirani Ahmad Azhar berkata beliau begitu teruja mengikuti program kayuhan itu di samping dapat mendekati masyarakat di kampung-kampung.

“Majoriti ahli mesyuarat MAPUM tidak pernah berpeluang atau terlibat dengan aktiviti seumpama ini sekaligus memberi pengalaman yang sangat berharga dan bermakna.

Lebih istimewa Tuanku Canselor UniMAP berkenan meluangkan masa bersama-sama kami menjejaki asnaf di kampung-kampung sekaligus kami dapat melihat kehidupan masyarakat kampung yang berbeza bangsa dan agama di negeri ini,” katanya mewakili MAPUM selepas mengikuti program kayuhan itu bermula dari Taman Merpati, Kampung Padang Behor, Kampung Tepi Sungai dan Kampung Bakong, di sini, hari ini.

Turut hadir ke program kayuhan itu ialah Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal bersama pengurusan tertinggi UniMAP, Ketua-ketua Jabatan Negeri Perlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta kakitangan kolej-kolej kediaman UniMAP.

Mesyuarat MAPUM yang berlangsung mulai semalam dipengerusikan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Ismail Ali.

Penganjuran mesyuarat MAPUM ke-68 ini adalah kali ketiga oleh UniMAP disertai 20 UA seluruh negara dengan objektif bagi berkongsi pendapat serta pandangan penambaikan pengurusan kolej kediaman UA selain sebagai medan pembangunan dasar-dasar pengurusan dan penginapan di kolej kediaman untuk panduan semua UA.

Kangar , 5 Ogos – Sebanyak 28 pasukan dari 18 buah sekolah rendah dan menengah sekitar Perlis menyertai Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2017 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), di sini hari ini.

Pertandingan anjuran bersama Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Mekatronik UniMAP,  Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis, dan Sasbadi Holdings Berhad itu mempertandingkan dua kategori utama iaitu kategori Regular (Pro & Rookie) serta kategori terbuka bertemakan Sustainabots.

Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, JPN Perlis Azran Mohamad @ Ahmad berkata penganjuran NRC adalah bagi mempupuk minat murid terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta mengasah kemahiran mereka.

“Ketika ini Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) diberi fokus di sekolah-sekolah bagi mengasah kemahiran mereka menyelesaikan masalah secara kreatif dan inovatif justeru NRC diwujudkan sejak 2005 untuk merealisasikannya.

“NRC bermula pada peringkat daerah, negeri, kebangsaan seterusnya bagui yang berjaya di peringkat kebangsaan bakal mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa iaitu World Robot Olympiad (WRO) di Costa Rica Amerika Tengah November tahun ini ,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Penutup NRC 2017, di Dewan Ilmu UniMAP mewakili Pengarah JPN Perlis.

Turut hadir Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal, Dekan PPK Mekatronik Prof Madya Dr Abu Hassan Abdullah, dan Pengurus Program & Majlis Sasbadi Holdings Berhad Noor Faiz Zulkiflee.

Sementara itu, Zul Azhar berkata penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial universiti (USR) memandangkan kreativiti dan inovasi tidak boleh diajar sebaliknya boleh diterapkan secara tidak langsung melalui aktiviti-aktiviti secara berpusat.

“Secara tidak langsung program ini membantu menggerakkan penyelidik-penyelidik muda terutamanya diperingkat sekolah untuk mendapat pendedahan yang lebih meluas sama ada di dalam dan luar negara.

Sehubungan itu adalah diharapkan banyak ruang diberikan kepada UniMAP khususnya PPK Mekatronik yang aktif menganjurkan pertandingan robotik untuk sama-sama menghulurkan sumbangan ke arah mencapai objektif NRC sepertimana hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),” kata beliau.

Dalam pertandingan berkenaan, Sekolah Kebangsaan (SK) Institut Pendidikan Guru Malaysia menjadi johan bagi kategori Regular Sekolah Rendah (Rookie), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lailatul Shahreen bagi kategori sama peringkat menengah rendah manakala SMK Syed Alwi bagi menengah atas.

Selain itu, turut mencipta kejayaan di tempat pertama kategori Pro ialah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK(C)) Hwa Aik bagi sekolah rendah, SMK Arau pula mendominasi menengah rendah dan atas.

Bagi kategori terbuka Sustainabots pula SMK Lailatul Shahreen menjuarai menengah rendah dan SMK Putra (menengah atas) serta SK Seri Perlis menjadi johan kategori NRC Football.

 

 

Tanjung Malim, 6 Ogos – Kontinjen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mempertahankan kejuaraan pada Kejohanan Sukan Kakitangan Universiti Malaysia (SUKUM 2017) yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini semalam.

Pada kejohanan yang bermula 29 Julai lalu itu, kontinjen UniMAP yang mempertahankan gelaran juara keseluruhan semenjak tahun 2008 itu meraih 21 pingat emas, 12 pingat perak dan 7 pingat gangsa mengatasi pencabar terdekat Universiti Sains Malaysia (USM) di tempat kedua dan tuan rumah, UPSI di tempat ketiga.

Ketua Kontinjen UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd. Fo’ad Sakdan berkata, pasukan olahraga terus cemerlang membantu kontinjen mencatatkan kejuaraan apabila menyumbangkan 15 pingat emas sekaligus membolehkan UniMAP mengekalkan status kuasa besar olahraga universiti-universiti Malaysia untuk kali ke-10 berturut-turut semenjak tahun 2008.

Menurut Mohd. Fo’ad yang juga Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, enam lagi pingat emas UniMAP disumbangkan melalui acara petanque yang berjaya meraih dua pingat emas menerusi acara individu dan trio; tenpin boling lelaki; bola tampar lelaki; futsal wanita dan acara berbasikal VIP yang masing-masing menyumbangkan satu pingat emas.

“Untuk bergelar juara bukanlah sesuatu yang sukar, tetapi untuk mengekalkan kejuaraan untuk tempoh sedekad ini sememangnya memerlukan komitmen dan kerjasama berpasukan yang jitu dari semua pihak termasuk pengurusan universiti, pusat sukan dan atlit secara kesleuruhannya.

“Alhamdulillah, dengan komitmen berterusan daripada pengurusan universiti, UniMAP terus menguasai pentas SUKUM untuk kali kesepuluh berturut-turut,” ujar beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

SUKUM 2017 disertai oleh 21 pasukan yang terdiri daripada semua Universiti Awam (UA) di Malaysia serta satu pasukan dari Kementerian Pendidikan Tinggi dengan 21 acara sukan dipertandingkan.

Acara olahraga mempertaruhkan pingat emas tertinggi iaitu 44 daripada keseluruhan 111 pingat yang ditawarkan. Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Naib Canselor UPSI, Prof. Dato’ Dr. Mohd. Shatar Shabran.

Menurut Mohd. Fo’ad, sistem pungutan pingat secara terbuka yang dilaksanakan oleh tuan rumah, UPSI pada tahun ini membantu  UniMAP mencapai misi juara keseluruhan SUKUM untuk kali ke-10 tahun ini.

Ujar beliau, sebelum ini penentuan juara adalah berdasarkan kejuaraan mengikut acara yang dipertandingkan tetapi pada tahun ini, UPSI mencipta kelainan apabila menggunapakai kedudukan jumlah pingat sebagai penentuan kejuaraan.

Bagi acara olahraga, Mohd. Fo’ad berkata, seperti diramalkan, UniMAP menggungguli acara pecut 100 dan 200 meter apabila meraih empat pingat emas bagi kategori lelaki dan wanita senior menerusi atlitnya Mohd. Helmi Awang dan Nurhaslinda Md. Hussin selain turut meraih emas bagi acara 100 meter wanita veteran menerusi Dr. Shuhaida Yahud.

Mohd. Helmi ujar beliau turut membantu pasukan kuartet 4x100 meter dan 4x400 meter lelaki senior menyumbangkan dua lagi pingat emas buat kontinjen UniMAP yang turut dibarisi tiga bekas atlit elit negara, Mohd. Robani Hassan, Muhammad Idris Zakaria dan Mohamad Baihaqi Razlan.

“Turut menyumbang pingat emas buat kontinjen UniMAP ialah kuartet 4x100 meter wanita senior, atlit 800 dan 1,500 meter wanita senior, 400 meter lelaki dan wanita senior, lontar peluru lelaki senior, lempar cakera lelaki senior dan lompat jauh lelaki senior,” katanya.

 Arau, 2 Ogos – Perbezaan bahasa dan budaya tidak menjadi penghalang sekiranya fokus utama adalah untuk memberikan khidmat bakti kepada masyarakat.

Perkara ini telah dibuktikan oleh Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang memilih Pulau Panjang, Satun Thailand sebagai lokasi ketiga dalam menabur bakti sempena Program SUKSIS Community Outreach Program & Engagement (SCOPE) III baharu-baharu ini.

Naib Canselor UniMAP merangkap Komandan Kor SUKSIS , Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, melangkaui sempadan bukanlah satu halangan sekiranya dituntut untuk menaburkan bakti kepada mereka yang memerlukan.

“UniMAP komited dalam menyumbang bakti kepada komuniti antarabangsa yang memerlukan bantuan dan sokongan khususnya dalam perkembangan akademik dan sosial.

“Thailand adalah jiran antarabangsa yang sangat dekat dengan Perlis dan UniMAP pula adalah satu-satunya universiti awam yang terletaknya berdekatan dengan sempadan khususnya di Satun,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian program tersebut di daerah Satun.

Tambah beliau, dengan jarak perjalanan yang kurang dari 40 minit menarik pihak UniMAP untuk datang bagi membantu pembangunan komuniti di sana.

“Pastinya UniMAP akan datang lagi ke sini tambahan pula kepakaran yang ada di UniMAP khususnya dalam bidang kejuruteraan dan teknologi mampu menghasilkan inovasi baru kepada kemudahan sediada di kampung ini,” katanya.

SCOPE III merupakan susulan dari Program SCOPE yang merupakan inisiatif program berteraskan komuniti di peringkat anatarabangsa yang telah dijalankan sejak 2 tahun yang lalu.

Program yang berlangsung selama dua hari satu malam ini disertai 35 orang pelatih dan pegawai Kor SUKSIS yang turut mendapat sokongan daripada Komandan Kor SUKSIS.

Dr. Zul Azhar juga percaya walaupun dalam masa yang singkat, mahasiswa UniMAP mampu menimba banyak pengalaman dengan adanya kepelbagaian aktiviti dan peluang berinteraksi bersama penduduk tempatan.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengecat sekolah, menukar papan tanda masjid, menceriakan bilik kuliah masjid dan aktiviti motivasi bersama pelajar pelajar sekolah.

Turut hadir Pengarah Jabatan Keselamatan, Dato' Zull Aznam Haron; Pengarah Pusat Kokurikulum UniMAP, Prof. Madya Dr. Khairul Nizar Ismail; Pengetua Kolej Kediaman, Kartini Hj. Alir; dan Ketua Kampung Pulau Panjang merangkap Wakil Rakyat Pulau Puyu, Satun, Adnan Johari.

Selain aktiviti kemasyarakatan, Kor SUKSIS UniMAP turut mengadakan lawatan dan perbincangan dua hala bersama Polis DiRaja Thailand dengan mengunjungi Ibu Pejabat Polis Daerah Satun.

Delegasi yang diketuai oleh Penolong Superitenden Kor SUKSIS (ASP/KS) Raja Shah Erman Raja Arifin telah disambut oleh Timbalan Komandar Polis Satun sendiri bersama pegawai pegawai kanan polis.

Antara perkara yang dibincangkan adalah kerjasama Kor SUKSIS UniMAP dan Polis DiRaja Thailand dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kepolisan yang berteraskan kepada komuniti secara bersama di masa akan datang.

Delegasi juga turut dibawa melawat sekitar Balai Polis berhampiran dengan diberi penerangan operasi harian serta pendekatan yang digunakan dalam mengurangkan jenayah.

Untuk rekod, SCOPE pertama kali diadakan di Kemboja pada 2016 tahun dan SCOPE II pula diadakan di Acheh pada awal 2017 yang lalu.

PAUH PUTRA, 31 Julai – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan menjadi tuan rumah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Universiti Awam (UA)  yang akan berlansung selama tiga hari di Dewan Ilmu, Kampus UniMAP Pauh Putra, di sini.

Pengerusi Bersama KIK UA Ke-13, Prof. Madya Dr. Idris Md Noor berkata, konvenseyen yang bermula 1 hingga 3 Ogos itu itu disertai 39 pasukan pasukan dari 20 buah UA.

“Semua 39 pasukan akan mempertandingkan projek KIK mereka pada konvensyen kali ini antaranya Universiti Teknologi MARA (UiTM) , Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Utara Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Malaysia terengganu, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Teknikal Melaka, Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin, dan dan tuan rumah UniMAP.

“Penyertaan terbesar adalah dari UiTM yang menghantar lima pasukan dari lima cawangan iaitu  Kelantan, Kedah, Perlis, Perak dan Selangor,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Ujar beliau lagi,  Johan, naib johan dan tempat ketiga akan membawa pulang hadiah masing-masing berupa wang tunai RM6,000, RM4,000, RM2,000 bersama trofi dan sijil penghargaan.

Majlis Perasmian Penutup KIK UA Ke-13 akan disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Nik Ali Mat Yunus.

Konvensyen KIK merupakan program tahunan utama UA dan ia mula dianjurkan pada 2004.

Tanjung Malim, 30 Julai -  Pasukan olahraga Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memulakan aksi cemerlang pada Kejohanan Sukan Kakitangan Universiti-universiti Malaysia (SUKUM) Ke-42 apabila muncul juara keseluruhan acara olahraga melalui pungutan 15 pingat emas daripada 44 pingat emas yang dipertandingkan.

Kejayaan tersebut membolehkan UniMAP mengekalkan kuasa olahraga universiti-universiti Malaysia apabila mengekalkan kejuaraan untuk kali ke-10 berturut-turut semenjak tahun 2008.

Ketua Kontinjen UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd. Fo’ad Sakdan berkata,  kejayaan pasukan olahraga UniMAP diharap mampu mencetuskan semangat untuk pasukan-pasukan lain meneruskan aksi gemilang dalam acara permainan yang sebahagian besarnya akan bermula esok.

“Alhamdulillah, pasukan olahraga UniMAP masih meneruskan pencapaian cemerlang tahun ini dan saya berharap pencapaian ini akan menjadi titik permulaan untuk atlit UniMAP meneruskan pencapaian cemerlang ini.

“Dengan sistem pungutan pingat secara terbuka yang dilaksanakan oleh tuan rumah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun ini, UniMAP optimis dalam mencapai misi juara keseluruhan SUKUM untuk kali ke-10 tahun ini,” ujar beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pasukan olahraga UniMAP turut meraih enam pingat perak dan empat pingat gangsa mengenepikan saingan pencabar terdekat Universiti Sains Malaysia (USM) di tempat kedua dengan tujuh pingat emas, lapan pingat perak dan enam pingat gangsa.

Universiti Malaya (UM) pula menduduki tempat ketiga dengan lima pingat emas, empat pingat perak dan tiga pingat gangsa.

Mohd. Fo’ad berkata, seperti diramalkan, UniMAP menggungguli acara 100 dan 200 meter apabila meraih empat pingat emas bagi kategori lelaki dan wanita senior menerusi atlitnya Mohd. Helmi Awang dan Nurhaslinda Md. Hussin selain turut meraih emas bagi acara 100 meter wanita veteran menerusi Dr. Shuhaida Yahud.

Mohd. Helmi ujar beliau turut membantu pasukan kuartet 4x100 meter dan 4x400 meter lelaki senior menyumbangkan dua lagi pingat emas buat kontinjen UniMAP yang turut dibarisi tiga bekas atlit elit negara, Mohd. Robani Hassan, Muhammad Idris Zakaria dan Mohamad Baihaqi Razlan.

“Turut menyumbang pingat emas buat kontinjen UniMAP ialah kuartet 4x100 meter wanita senior, atlit 800 dan 1,500 meter wanita senior, 400 meter lelaki dan wanita senior, lontar peluru lelaki senior, lempar cakera lelaki senior dan lompat jauh lelaki senior,” katanya.

Kejohanan SUKUM Kali Ke-42 disertai oleh lebih 2,500 peserta dari 20 Universiti Awam (UA) seluruh negara serta kontinjen dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

PAUH PUTRA, 28 Julai  - Hasrat mulia tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma untuk berkongsi keindahan lautan bersama insan yang kurang bernasib baik membolehkan mereka muncul juara keseluruhan  (Best Of The Best) pada Perlis Makers Day 2017.

Produk yang dinamakan Bild Ozean atau imej lautan, ciptaan Shautul Wafie Arizal, 13, Nur Wafaa Aqilah Mohd Ridzuan, 14 dan Nur Hidayatul Akma Badri 14 antara lainnya membolehkan imej di lautan direkodkan dengan menggunakan kamera yang diletakkan pada alat tersebut.

Ketua kumpulan, Shautul Wafie Arizal berkata, idea untuk mencipta produk tersebut muncul melalui minat beliau sendiri yang sukakan pemandangan laut.

“Idea ini, seterusnya disuarakan kepada mentor dari Universiti Malysia Perlis (UniMAP) dan mereka bersetuju untuk membantu dalam penciptaan produk ini sebagaisatu medium untuk berkongsi keindahan imej hidupan laut bersama insan yang kurang bernasib baik.

“Kami amat berterima kasih kepada guru dan mentor yang banyak membantu sehingga produk kami berjaya meraih kemenangan pada hari ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Hadiah Perlis Makers Day 2017, di sini baru-baru ini.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Exco Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi  dan  Kepenggunaan Perlis, Asmaiza Ahmad.

Yang turut hadir, Dekan Pusat Penyelidikan dan Inovasi UniMAP, Prof. Dr. Syed Alwee Aljunid Syed Junid dan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Komputer dan Perhubungan UniMAP, Prof. Madya Dr. Azremi Abdullah Al-Hadi.

Perlis Makers Day 2017 dianjurkan secara bersama oleh PPK Komputer dan Perhubungan UniMAP, 1M4U, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, Institut Kejuruteraan Nano Elektronik UniMAP dan Chumbaka Sdn. Bhd.  

Pertandingan ini dianjurkan khusus untuk para pelajar tingkatan satu  hingga empat mengetengahkan idea masing-masing sebagai satu inisiatif  menggalakkan pendidikan dalam subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan generasi muda.

Perlis Makers Day disertai oleh 8 buah sekolah di negeri Perlis membabitkan penyertaan sekitar 128 orang yang mewakili 32 kumpulan. Pertandingan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu makanan dan pertanian, automotif/mobility, kesihatan, rumah dan perlindungan, peralatan berat dan mesin serta peruncitan.

Pemenang pertandingan ini akan mewakili negeri ke National Makers Day yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada awal Ogos nanti.

Kangar, 26 Julai – Pasukan Tenpin Boling Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mencipta kejutan apabila meraih pingat emas bagi acara tenpin bolingberpasukan lelaki pada kejohanan Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) yang berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), baharu-baharu ini. 

Lebih membanggakan apabila pasukan UniMAP yang dibarisi pemain amatur itu berjaya menumpaskan nama-nama besar dalam acara tersebut apabila berjaya menewaskan Bank Simpanan Nasional (BSN) ditempat kedua selepas melakukan 9,201 jatuhan pin.

Pasukan pilihan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang turut dibarisi beberapa atlit Malaysia terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

Ketua Kontinjen yang juga Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan berkata, kejayaan tersebut adalah sesuatu yang sangat mengujakan apabila melihat kesungguhan dan semangat berpasukan yang dipamerkan oleh para pemain UniMAP. 

“Ianya lebih bermakna apabila kedua-dua pemain kita iaitu Nurakmal Ramli dan Mohd Zul Fauzi Mohamed Sawal  telah menduduki tempat pertama dan kedua bagi acara all event perseorangan lelaki sekaligus menewaskan pemain Malaysia di tempat ketiga dengan perbezaan 76 jatuhan pin,” katanya ketika dihubungi.

Kejohanan SUKANUN yang dihoskan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Melaka disertai oleh lebih 2,000 atlit yang mewakili Agensi Badan Berkanun di seluruh negara.

Sebanyak 21 acara dipertandingkan pada kejohanan tersebut antaranya badminton, bola sepak, bola jaring, boling padang, catur, dart, futsal, golf dan ping pong.

Menurut Mohd. Fo’ad, UniMAP hanya menghantar kontinjen kecil ke kejohanan tersebut bagi menyertai dua acara iaitu tenpin boling dan golf.

Beliau optimis, dengan kejayaan yang diraih oleh pasukan tenpin boling UniMAP di kejohanan SUKANUN ini akan membakar semangat atlit UniMAP untuk terus melakar kejayaan cemerlang pada Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti (SUKUM) 2017 yang akan berlangsung beberapa hari lagi.

“UniMAP sememangnya memberi fokus utama kepada kejohanan SUKUM 2017 yang akan berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mulai 28 Julai ini, dan atas dasar itulah, hanya dua pasukan yang dihantar mengambil bahagian pada kejohanan SUKANUN.

“Misi kami adalah untuk memburu kejuaraan kali ke-10 di kejohanan SUKUM akan datang,” ujar beliau.

Kuala Lumpur, 24 Julai – Ahli Lembaga Pengarah MIMOS Semiconductor (M) Sdn. Bhd., Dato’ Dr. Mohd. Sofi Osman dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah (LPU) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi tempoh tiga tahun berkuatkuasa pada 1 Julai 2017 hingga 30 Jun 2020.

Lantikan dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu adalah bagi menggantikan Dato’ Prof. Emeritus Ir. Dr. Zainai Bin Mohamed yang memegang jawatan tersebut mulai 1 Julai 2012 – 30 Jun 2017.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, warga UniMAP keseluruhannya mengalu-alukan pelantikan tersebut memandangkan Dato’ Dr. Mohd Sofi Osman bukanlah satu nama asing bagi UniMAP.

“Beliau merupakan Ahli LPU Universiti dan saya percaya, beliau akan terus bersama-sama pentadbiran Universiti dalam memacu kegemilangan UniMAP kearah antara 500 universiti terbaik di dunia,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Tugas Pengerusi LPU Di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, malam tadi.

Turut hadir, mantan LPU UniMAP, Dato’ Prof. Emeritus Ir. Dr. Zainai Mohamed; ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti; dan pengurusan tertinggi universiti.

Tambah Dato’ Zul Azhar lagi, beliau yakin dengan barisan LPU yang baharu ini, UniMAP akan terus mencatatkan pelbagai kejayaan membanggakan di masa akan datang. Semoga UniMAP juga mampu menjadi universiti terbaik tanpa mengenepikan nilai intergriti.

Beliau turut menyatakan komitmen untuk bekerja bersama-sama Pengerusi dan Ahli-Ahli LPU yang lama dan baharu demi kegemilangan UniMAP.

PAUH PUTRA, 23 Julai –Kelab Diploma Pelajar Universiti Malaysia Perlis (DiReC UniMAP) dengan kerjasama Pusat Pengajian Diploma (PPD), Majlis Penghuni Kolej Kediaman UniCiti Alam dan Majlis Perwakilan Pelajar 2016/2017 UniMAP telah menganjurkan 'UniCiti Game On 2017.

Program selama sehari itu melibatkan 132 orang pelajar dari tahun satu  hingga tahun tiga PPD dan antara aktiviti sepanjang program tersebut adalah permainan atas talian DOTA, Pro Evolution Soccer 2017, Counter Strike.

Selain itu, permainan yang melibatkan aktiviti fizikal turut diadakan seperti street soccer, gusti lengan dan melukis henna.

Majlis Perasmian Penutup 'UniCiti Game On 2017’ disempurnakan Penasihat DiReC UniMAP,  Pubalan Nadaraja yang  mewakili Dekan Pusat Pengajian Diploma (PPD) Prof. Madya Dr Hakimah Osman.

“Ini merupakan program ke – 14 anjuran DiReC UniMAP yang bertujuan bagi mengeratkan hubungan sesama pelajar Diploma,” kata Pubalan ketika menyampaikan ucapan penutup program tersebut.

Turut hadir, Pengetua Kolej Kediaman UniCiti Alam Tuan Syed Akhmal Syed Jamalil.

Kangar, 21 Julai – Dua buah sekolah, Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Putra dan Sekolah Menengah Agama (SMA) Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah (Al-Maad) bakal membawa cabaran Perlis ke World Invention Creativity Contest (WICC) edisi keenam yang akan berlangsung pada 28 hingga 30 Julai ini di Seoul Korea.

SRK Putra menerima penajaan penuh berjumlah RM10,000 daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) susulan kejayaan penyelidik cilik dari sekolah berkenaan menjuarai pertandingan Perlis Engineering Research & Learning Innovation Symposium (PERLIS) 3.0 menerusi produk ``Solar Cat Feeder” yang berlangsung Mei lalu dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra.

Manakala SMA Al-Maad pula menerima penajaan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah serta Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) UniMAP serta Persatuan Penyelidikan dan Inovasi Malaysia (MyRIS) dan bakal diwakili oleh enam pelajar dan empat guru pengiring.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, UniMAP sentiasa menganjurkan pelbagai program serta aktiviti penyelidikan dan inovasi khusus bagi meningkatkan minat pelajar untuk menyertai aliran berkaitan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di kalangan pelajar sekolah.

Ujar beliau, ia juga secara tidak langsung merupakan khidmat sosial universiti khususnya bagi membolehkan sasaran Dasar 60:40 yang dilaksanakan bagi meningkatkan jumlah pelajar aliran sains sebanyak 60 berbanding 40 peratus pelajar bukan sains.

 “Berdasarkan statistik tahun 2014, terdapat sekitar 46 peratus pelajar yang memilih aliran STEM di seluruh negara dan jika dilihat di peringkat negeri Perlis, jumlah yang mengambil aliran STEM masih jauh ketinggalan iaitu sekitar 25 peratus.

“Justeru, melalui aktiviti sebegini, adalah menjadi harapan UniMAP agar ianya dapat menyuburkan minat pelajar untuk mendalami ilmu STEM ini. Pelajar-pelajar diberi bimbingan untuk menterjemahkan idea penyelidikan masing-masing oleh tenaga pengajar dari semua Pusat Pengajian Kejuruteraan yang ada di UniMAP,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Sumbangan dan Jamuan Aidilfitri Pejabat Naib Canselor (PNC) UniMAP di Bangunan KWSP di sini hari ini. Pada majlis tersebut, kesemua pelajar dan guru menerima sumbangan cenderahati dan saguhati untuk perbelanjaan di Korea.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd. Fo’ad Sakdan dan Pendaftar UniMAP, Zuber Haji Mohamad.

WICC yang dianjurkan oleh Korea University Invention Association (KUIA) merupakan platform penyelidikan khusus yang menghimpunkan inovasi para pelajar dari sekolah-sekolah di seluruh dunia.

Pertandingan tersebut akan berfungsi sebagai medium pendidikan interaktif dalam mewujudkan peluang untuk pelajar memperoleh inspirasi inventif dan inovatif melalui interaksi di kalangan peserta.

PAUH PUTRA, 20 Julai – Prestasi penjawat awam sering dinilai oleh masyarakat dan di zaman moden ini, ia begitu mudah disebarkan terutamanya menerusi media sosial.

Bagi memperkukuhkan kepercayaan dan menambahbaik Perkhidmatan Awam Jabatan (JPA) telah memperkenalkan  Dasar Pemisah atau Exit Policy demi penambahbaikan perkhidmatan awam pada masa depan.

Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, kejayaan sesebuah organisasi dalam perkhidmatan awam adalah usaha bersama dan bergantung kepada setiap individu yang ada dalam perkhidmatan awam.

“Kita telah melihat beberapa contoh bagaimana nama perkhidmatan awam sedikit sebanyak telah tercemar akibat dari salah laku yang telah dilakukan oleh segelintir penjawat awam, walaupun mereka yang melakukannya bukan di dalam organisasi kita.

“Amalan rasuah, salah guna kuasa, cuai dan tidak beradab ketika menjalankan tugas adalah beberapa isu yang sering dan pernah dihebahkan di media massa,”katanya ketika berucap pada Taklimat Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) UniMAP, di  Dewan Kecemerlangan, Kampus Induk, Pauh Putra, di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Cawangan Dasar dan Perundingan Bahagian Perkhidmatan JPA, Hasmarulaini Omar dan Penolong Pengarah  Bahagian Pengurusan Psikologi JPA, Mohd Noor Ikhram Husin.

Ujar beliau lagi, penjawat awam juga, hendaklah sentiasa peka dengan segala pekeliling dan arahan yang dikeluarkan JPA.

“Pelaksanaan Dasar Pemisah ini adalah merujuk kepada pegawai yang penilaian prestasi terkini berada pada tahap kurang daripada 60 peratus walaupun prestasi tahun-tahun sebelumnya melebihi 60 peratus.

“Dasar ini akan dilaksanakan melalui penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam di bawah peraturan 49 P.U. (A) 395/1993 dan kemudian dibersarakan. Saya yakin tiada warga UniMAP yang akan terjatuh dalam kategori ini dan mengekalkan kecemerlangan dalam setiap kerja yang dilakukan,”katanya.

Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) bagi pegawai yang berprestasi rendah dalam Perkhidmatan Awam dan pelaksanaan pekeliling ini telah diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Kali Ke-56 Bil.2/2017 yang lalu.

Melalui pekeliling itu, pihak kerajaan tidak teragak-agak mengambil tindakan untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah daripada Perkhidmatan Awam.

“Sebagai warga UniMAP yang senantiasa berdedikasi dan komited, anda tidak perlu bimbang terhadap pelaksanaan Dasar Pemisah kerana dasar ini telah dirancang dengan teliti menerusi penilaian yang adil dan telus bagi memastikan tidak ada pegawai kerajaan yang teraniaya,”ujarnya lagi.

 

Kangar, 19 Julai – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyasarkan juara keseluruhan Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Awam Malaysia (SUKUM) 2017 buat kali ke sepuluh berturut-turut yang bakal berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 28 Julai hingga 5 Ogos 2017.

Perkara tersebut disuarakan oleh Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal ketika menyampaikan amanat kepada kontinjen UniMAP yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan di sini, pagi tadi.

Menurut Prof. Dr. Zul Azhar, beliau percaya kejuaraan Kejohanan Sukan Antara Staf 2017 akan menjadi milik UniMAP buat kali ke 10 berturut-turut.

“Dengan kekuatan kontinjen seramai 151 orang,  kita menyasarkan 30 pingat emas, 15 perak dan 10 gangsa pelbagai acara seperti futsal, tenpin boling, olahraga, basikal, tenis, bola jaring, golf, petanque, memanah, catur dan bola tampar.

“Walaupun tahun 2017 adalah tahun yang agak sukar dengan kekangan kewangan dan kekurangan atlet tetapi saya tetap berbangga kerana kita cuba mengatasinya dan percaya kejuaraan Kejohanan SUKUM 2017 akan menjadi milik kita buat kali ke 10 berturut-turut,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu adalah pengurusan tertinggi UniMAP terdiri daripada Timbalan Naib Canselor, Pendaftar dan juga Bendahari UniMAP.

Selain itu, beliau turut berpesan kepada para atlet untuk menjaga nama baik UniMAP di samping menitikberatkan permainan yang adil (fair play).

“Saya berharap agar kontinjen UniMAP akan menjaga tingkah laku semasa kejohanan berlangsung dan membina jalinan hubungan dan persahabatan bersama atlet universiti awam lain.

“Atlet UniMAP juga seharusnya menjadi role model kepada univerisiti awam yang lain dan tidak sama sekali menggunakan barang terlarang seperti dadah semasa kejohanan ini,” katanya.

Tambah beliau lagi, selain SUKUM 2017 turut bakal berlangsung adalah Kejohanan Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) pada 21 hingga 26 Julai 2017 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan UniMAP menghantar atlet bagi dua acara iaitu Golf dan Boling dan kedua-dua acara ini dijangka akan meraih pingat emas.

Kangar, 14 Julai - Seramai 53 kanak-kanak kurang bernasib baik dari Rumah Kanak-Kanak (RKK) Arau telah diraikan dalam satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Institut Matematik Kejuruteraan (IMK) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini semalam.

Dekan IMK UniMAP, Dr. Muhammad Zaini Ahmad berkata program tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti universiti yang dikendalikan oleh Kelab Kebajikan IMK yang dianjurkan buat julung kalinya.

Ujar beliau, antara objektif utama penganjuran majlis yang berlangsung di RKK Arau itu ialah untuk mengeratkan silaturrahim dalam kalangan staf IMK dan juga anak-anak yang kurang bernasib baik di samping berkongsi kegembiraan menyambut Aidilfitri.

“Selain itu, program ini juga merupakan platform terbaik untuk staf menonjolkan kebolehan kerja berpasukan, kemahiran pengurusan dan keusahawanan serta kebolehan berfikir secara kreatif dan inovatif.

“Semoga jalinan kerjasama seperti ini menjadi titik permulaan kepada pelbagai lagi program kerjasama antara IMK UniMAP dan RKK,” ujarnya ketika berucap di majlis perasmian Majlis Sambutan Aidilfitri IMK UniMAP – RKK di sini.

Yang turut hadir adalah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, Mohd.Hazam Ismail; Pengetua Rumah Kanak-Kanak (RKK), Anies Suzana Azhan Ahamad.

Selain disajikan dengan pelbagai juadah hari raya, penghuni RKK juga turut  menerima sumbangan duit raya serta menjayakan pelbagai aktiviti yang dianjurkan sepanjang program berlangsung.

Pauh Putra, 19 Jun- Mungkin ramai yang tidak sedar dalam ketenangan rakyat Malaysia tidur lena sepanjang malam, ada insan yang bersengkang mata, meninggalkan anak isteri bagi memastikan kita hidup dalam keadaan aman damai.

Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya mengingati serta menghargai jasa angkatan tentera yang berkorban apa sahaja demi memastikan negara kekal aman dan selamat.

Atas dasar itu, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), melalui Pusat Bahasa Antarabangsa (CIL) menganjurkan Kursus Bahasa Inggeris dan Pengenalan Bahasa Tagalog sebagai simbolik penghargaan atas segala jasa pasukan keselamatan Malaysia.

Pengarah CIL UniMAP, Prof. Dr. Harshita Aini Haroon berkata, program tersebut yang julung kali dianjurkan membabitkan kerjasama Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4RRD).

“Sebelum ini kita tidak mempunyai saluran untuk menganjurkan program seperti ini. Dengan kelebihan yang kami ada (guru bahasa) penganjuran kursus ini saya kira merupakan satu sumbangan kecil UniMAP kepada pasukan keselamatan kita.

“Prorgam komuniti seperti ini juga merupakan hasrat Naib Canselor  yang inginkan UniMAP  memperbanyakkan  aktiviti yang dapat membantu masyarakat,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ujar beliau lagi, selian dari mengajar bahasa Inggeris dan Tagalog kepada anggota tentera, tenaga pengajar juga dapat mempelajari sesuatu dari pengalaman yang dikongsi anggota keselamatan itu.

“Ini merupakan salah satu program pembelajaran dua hala dimana kedua-dua pihak boleh berkongsi ilmu-ilmu baharu yang saya percaya bukan mudah untuk orang awam mengetahuinya dari pihak tentera,” katanya lagi.

Sementara itu bagi Pegawai Gerakan Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja, Mejar Mohd Nazrin  Hamid, berkata, peluang itu merupakan satu pengalaman baharu tentera untuk belajar bersama pensyarah universiti.

“Sebelum ini kita tidak pernah terlibat dengan program atau kelas bersama orang awam kerana dalam angkatan tentera juga mempunyai Kor Pendidikan dimana tenaga pengajarnya juga dari kalangan tentera.

“Kelas ini merupakan persediaan untuk latihan bersama anggota tentera Filipina yang dijadualkan awal Oktober nanti untuk misi Eksesais Land Malphi Siri 18/2017,”katanya.

Ujar  Mohd Nazrin  lagi, latihan bersama anggota tentera dari negara luar menuntut anggota tentera kita  untuk berkomunikasi menggunakan bahasa selain dari bahasa Melayu, justeru kelas persediaan Bahasa Ingeris dan Tagalog seperti itu amat berguna kepada mereka.

 “Untuk kelas kali ini, kita menggabungkan pegawai-pegawai dari pelbagai peringkat, kerana kebanyakkan latihan  akan melibatkan tentera dari luar negara.

“Saya berharap pihak UniMAP sudi untuk mengadakan lagi kelas seperti ini, untuk memberikan suasana baharu kepada anggota-anggota belajar di luar suasana kem,”katanya lagi.

Kelas yang berlangsung selama lima hari itu disertai seramai 50 anggota 4RRD bermula 13 sehingga 17 Jun lalu di UniMAP Kampus Pauh Putra.  Kelas tersebut dikendalikan oleh lima staf CIL termasuk seorang staf antarabangsa dari Filipina.

Sesi pembelajaran akan memberi tumpuan kepada kemahiran pertuturan, pendengaran dan kerja berkumpulan, supaya dapat membantu pegawai tentera melaksanakan misi tersebut dengan lebih efisyen dan efektif.

PAUH PUTRA, 3 Julai – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mensasarkan empat pingat emas pada Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2017 yang akan berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 7 hingga 22 Julai nanti.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, kontinjen UniMAP menghantar 10 penyertaan bagi acara Olahraga, Tenpin Boling, Sepak Takraw, Tenis, Ragbi 15 sebelah, Bola Tampar, Taekwondo, Karate Do, Bola Keranjang  dan Bola Baling .

“Tahun lalu, kita gagal memenangi sebarang pingat emas dan hanya berpuas hati dengan enam perak dan lima gangsa bagi acara woodball dan karate-do. Dengan persiapan rapi yang dibuat pada tahun ini, kita harapkan acara-acara yang kita sasarkan mampu menyumbang emas untuk kontinjen UniMAP.

“Antara acara yang kita sasarkan emas adalah tenis, olahraga, taekwando, dan bola keranjang, saya berharap dengan adanya sasaran ini, para atlet akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan,” katanya ketika berucap pada majlis Penyerahan Bendera Kontinjen UniMAP di Bilik Seminar PFI 2, Kampus UniMAP, di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP  Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan dan Pengarah Pusat Sukan UniMAP,  Suhizaz Sudin.

Beliau berharap agar para atlet menunjukkan prestasi yang terbaik dan menjadikan MASUM 2017 sebagai platform dalam melahirkan atlet-atlet UniMAP yang berpotensi untuk ditonjolkan ke peringkat antarabangsa.

“Inilah semangat yang perlu dipupuk, iaitu bukan sekadar bertanding atas prestasi selaku wakil universiti semata-mata, tetapi paling penting bersaing bagi melayakkan diri dalam pasukan kebangsaan dan akan membawa cabaran lebih besar di peringkat serantau dan antarabangsa seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik,” katanya lagi.

 

Pauh Putra, 21 Jun - Dalam kemeriahan untuk menyambut Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, faktor keselamatan perlulah dititikberatkan termasuklah dalam aspek pemanduan dan keselamatan rumah ketika di musim perayaan.

Dalam usaha menasihati warganya yang bakal pulang berhari raya, Jabatan Keselamatan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontijen Perlis, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Negeri Perlis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis menganjurkan Kempen Selamat : Harta Benda Selamat, Selamat Tiba Ke Destinasi.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Prof. Ir. Dr. Rezuwan Kamarudin berkata, kempen itu mempunyai dua objektif utama iaitu untuk memberi kesedaran dan panduan mengenai keselamatan harta benda baik di rumah mahupun di pejabat serta  keselamatan di jalanraya.

“Kempen ini dilihat perlu diadakan diperingkat UniMAP kerana  kapasiti kepadatan warganya sudah mencecah seramai 15,000 orang dengan jumlah 13,000 pelajar dan 2000 staf.

“Dan daripada jumlah itu, sebanyak 2,300 kenderaan yang berdaftar dengan UniMAP  dan kita menjangkakan sebanyak 40 peratus staf akan memandu meninggalkan pejabat serta kediaman pada musim perayaan ini,” katanya ketika berucap merasmikan kempen itu di Pintu Gerbang Utama, Kampus UniMAP, di sini baru-baru ini.

Turut Hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Madya. Dr. Mohd Foad Sakdan, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti PDRM Kontinjen Perlis, Supritendan V.Raja A/L Vadivellu, Pengarah JKJR Negeri Perlis, Kalai Kumar A/L Periyasamy  dan Pengarah Jabatan Keselamatan UniMAP Datuk  Zull Aznam Haron.

Ujar beliau lagi, dalam suasana  musim perayaan dan cuti yang panjang, amatlah wajar pihak UniMAP mengadakan kempen secara bersama dengan PDRM, JPJ dan JKJR yang lebih arif dalam bidang masing-masing untuk disampaikan kepada seluruh warganya.

“Kami berharap agar kerjasama seperti ini dapat diteruskan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan bukan saja warga UniMAP, malah masyarakat Perlis keseluruhannya,”katanya.

Pada kempen itu, semua staf dan pelajar UniMAP diberikan risalah mengenai aspek keselamatan serta makanan ringan untuk dibekalkan sepanjang perjalanan ke kampung nanti.

PAUH PUTRA, 23 Jun - Kemeriahan Aidilfitri semakin terasa, namun disebalik itu ada insan yang hanya menyambutnya ala kadar disebabkan kesempitan hidup yang dialami.

Terpanggil dengan  keadaan itu, Unit Pembangunan Alumni, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan Persatuan Alumni Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengambil inisiatif membantu golongan asnaf yang terpilih di negeri Perlis dan Kedah.

Timbalan Naib Canselor HEPA UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Foad Sakdan berkata, semua sumbangan terbabit adalah hasil kutipan dari jabatan-jabatan dan warga UniMAP.

“Pada tahun ini kita dapat mengagihkan sumbangan kepada tujuh keluarga di sekitar Perlis dan Kedah yang berupa keperluan harian dan duit raya berjumlah RM300 sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

“Saya berharap agar sumbangan yang tidak seberapa ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga-keluarga ini untuk membuat persiapan menjelang hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri, di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Dekan Pembangunan Alumni UniMAP, Dr. Ummi Naiemah Saraih dan Timbalan Presiden Persatuan Alumni UniMAP, Mohd Hafiz Arshad.

Sementara itu bagi salah seorang penerima, Ahmadi Hassan dari Kampung Lembah Keriang, Changloon, 37,  amat berterima kasih dengan sumbangan yang diberikan kepada keluarganya.

“Saya amat berterima kasih kepada orang ramai yang sudi memberi sumbangan kepada keluarga kami selama ini.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dalam menyambut hari raya yang bakal tiba nanti,” katanya.

Ahmadi yang tinggal bersama 14 orang saudara termasuk ibunya dalam sebuah rumah yang didirikan atas Tanah Rezab Kerajaan berkata, keluarganya amat berharap agar ada pihak yang bermurah hati untuk mendermakan sebuah rumah kepada mereka.

“Kakak saya yang lumpuh dan menghidap kanser payudara serta tiroid juga tinggal bersama kami,” katanya yang bekerja di sebuah kelab golf berdekatan dengan rumahnya.

 

Arau, 21 Jun – Bagi menyahut seruan kerajaan yang menekankan konsep berimpak tinggi dengan pelaksanaan cepat pada kos yang rendah, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bersama lima institusi pendidikan tinggi (IPT) Perlis telah mengambil inisiatif dengan bergabung menganjurkan Majlis Ihtifal Ihya’ Ramadan yang diadakan malam tadi.

Menurut Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, ini merupakan julung kali enam IPT di Perlis bergabung bagi melaksanakan majlis tersebut.

”Idea penggabungan enam IPT di majlis ini merupakan cetusan idea Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

”InsyaAllah kita akan bekerjasama sekali lagi untuk program sambutan Aidilfitri, serta program-program lain, khususnya yang berorientasikan akademik dan penyelidikan,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan bagi mewakili kesemua IPT lain di Dewan Harumanis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) di sini.

Enam IPT yang terlibat adalah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Perlis, Kolej Matrikulasi Perlis,  Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) dan UniMAP sendiri.

Dato’ Dr. Zul Azhar juga menyambut baik kerjasama sebegini yang dilihat membina dan mengeratkan ukhuwah sesama warga IPT dan membuka peluang untuk kerjasama lain pada masa akan datang.

“Penggabungan ini menepati hasrat NBOS, iaitu Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang digalakkan Kerajaan seiring dengan konsep kesepunyaan dan keserakanan (atau commonalities and collegiality) yang disarankan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Malah konsep ini merupakan kaedah yang kreatif dalam mewujudkan nilai tinggi dengan kos yang munasabah,” katanya.

Seiring itu, turut dilancarkan pada majlis tersebut adalah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan penglibatan enam IPT tersebut.

“Sebagai contoh, kerjasama antara UniMAP dengan PTSS dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, projek tahun akhir, serta lawatan kemudahan makmal dan fasiliti sudahpun dirangka dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya.

Tambahnya lagi, UniMAP juga turut bekerjasama dengan sekolah-sekolah melalui sumbangan kepakaran dalam membudayakan minat pelajar sekolah dalam bidang Sains, Teknologi dan Matematik dengan menganjurkan bengkel robotik, bengkel robotik lego, klinik go-kart, pertandingan inovasi dan penyelidikan, dan banyak lagi.

“Komitmen dan kerjasama sebegini akan terus diperluaskan di masa akan datang, Insya Allah,” katanya.

Pada majlis itu juga turut diraikan 30 pelajar asnaf fakir dan asnaf yatim dari enam IPT tersebut.

Selain jamuan mereka juga turut menerima sumbangan berupa duit raya yang disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah binti Tengku Rashid.

Tidak ketinggalan majlis juga diserikan dengan berangkat DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Turut berangkat pada majlis itu adalah DYTM Raja Muda Perlis dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Majlis juga diserikan dengan kehadiran seramai 700 tetamu termasuklah keutamaan negeri, ketua jabatan persekutuan dan negeri, serta wakil warga kerja dan mahasiswa IPT.  

<"images/news/UniMAP_NBOS03.jpg" alt="" />

Arau, 21 Jun – Kumpulan Al – Andalus dari Fakulti Teknologi Maklumat (FTK) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut pada Festival Nasyid Antara Jabatan UniMAP yang diadakan baharu-baharu ini.

Mereka berjaya mengenepikan persaing terdekat kumpulan Ar – Raeez dari Jabatan Canselori untuk kekal ditempat pertama dan seterusnya membawa pulang Piala Pusingan Naib Canselor, wang tunai RM1,000 dan sijil penyertaan.

Malah kumpulan Al-Andalus turut dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori pakaian terbaik dan membawa pulang wang tunai RM200.

Ar – Raeez yang sekadar berpuas hati ditempat kedua membawa pulang wang tunai RM700 beserta sijil penyertaan.

Manakala tempat ketiga disandang oleh Kumpulan Ar - Rijal dari Jabatan Bendahari yang turut dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori persembahan terbaik membawa pulang hadiah, masing-masing wang tunai RM500 dan RM200 serta sijil penyertaan.

Ketua Juri, Mohd. Fitri Alawee Mohamad dalam ulasannya berkata, secara keseluruhannya kualiti persembahan peserta pada tahun ini adalah yang terbaik.

Bagaimanapun, ujar beliau, ada kumpulan yang melakukan kesilapan dalam pemilihan lagu yang tidak membantu dari segi markah kerana tidak bersesuaian dengan nada penyanyi solo atau lagu tidak bersesuaian dalam pertandingan.

“Untuk mendapat markah yang tinggi, lagu yang dipilih haruslah mencabar kemampuan suara, namun sekiranya lagu yang dipilih itu tidak mencabar tetapi dengan modulasi dan susunan muzik yang baharu akan memberi kelebihan kepada markah yang tinggi,” katanya.

Tambahnya lagi, “Saya juga ingin mencadangkan kepada Naib Canselor untuk menghantar kumpulan Nasyid UniMAP ke Pertandingan Nasyid peringkat Kebangsaan sebagai wakil Perlis dan buktikan UniMAP berada diperingkat tertinggi di Malaysia.

“Hal ini kerana, kualiti kumpulan nasyid pada hari ini adalah kualiti juara di peringkat kebangsaan dan kesimpulannya, pemenang-pemenang pada pertandingan ini adalah antara yang terbaik sepanjang festival yang pernah diadakan sejak dari dahulu lagi”.

Bagi Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal yang yakin bahawa Festival  Nasyid yang dianjurkan saban tahun ini mampu dijadikan wadah untuk melatih staf-staf UniMAP.

“Melatih mereka demi menjamin kerjasama berpasukan, kreatif, berharmonis dan berkeyakinan ketika berhadapan dengan khalayak selain merapatkan lagi hubungan antara Jabatan/PTj di UniMAP,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Festival Nasyid Antara Jabatan, di sini.

Festival tersebut yang merupakan anjuran bersama Jabatan Pendaftar dan Jabatan Bendahari UniMAP disertai oleh 14 jabatan dan diadakan bersempena Ihya’ Ramadhan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 2017.

 

Kangar, 19 Jun- Bersempena Sukan Sea ke-29 yang akan berlansung Ogos ini, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) diberi penghormatan untuk turut serta dalam Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) peringkat negeri Perlis baru-baru ini.

Larian adalah secara bergilir-gilir mengikut jabatan dan organisasi itu bermula di pekarangan Institut Kemahiran MARA Beseri, Padang Besar dan berakhir di Masjid Al Barokah, Jelempok.

Wakil UniMAP yang diketuai oleh Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Prof. Dr. Zaliman Sauli dan Pengarah Pusat Sukan, Suhizaz Sudin diberikan giliran untuk berlari di peringkat Parlimen Kangar.

Peringkat Parlimen Kangar bermula dari perkarangan bangunan The Store melalui jalan Kangar-Arau dan berakhir di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin.

Manakala pasukan UniMAP yang menerima obor di checkpoint berhadapan bangunan Pusat Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (iKOM) dan membawa obor tersebut ke checkpoint seterusnya.

Lebih 50 pelajar dan staf turut sama menyertai pasukan UniMAP dalam larian tersebut.

Selain itu, tiga ikon sukan UniMAP, Mohd Faiz Musa, Nazmizan Muhammad dan Idris Zakaria turut diberi penghormatan mengetuai larian obor bagi peringkat Parlimen Arau bermula dari Kampus UniMAP Kubang Gajah.

Perlis adalah negeri ketujuh yang dilalui Obor Sukan Sea ke-29 selepas Sarawak yang bermula pada 8 Jun lalu.

Seramai 90 orang pembawa obor dan 400 pelari pengiring terdiri daripada wakil jabatan kerajaan, orang kurang upaya dan atlet negeri Perlis menyertai larian itu mengelilingi beberapa kawasan di Padang Besar, Kangar dan Arau sebelum diserahkan kepada Ahli Perlimen Datuk Othman Aziz di Jerlun, Kedah.

Kangar, 15 Jun – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bersama 13 lagi institusi pendidikan tinggi (IPT) telah menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) bersama Malaysia Rail Link (MRL) dan China Communications Construction Company (CCCC) di Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya semalam.

UniMAP diwakili oleh Naib Canselornya, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal dan MoU ini ditandatangani bagi pelaksanaan Program latihan Kemahiran Industri ECRL Negaraku.

Menurut Dr. Zul Azhar, UniMAP akan menyediakan keperluan dari segi pelajar yang menyertai Latihan Industri, tenaga pengajar dan juga jumlah penyelidik dalam bidang berkaitan.

“UniMAP menyokong penuh pelaksanaan program ini dan sebagai tanda sokongan kita akan menghantar pelajar mengikut permintaan daripada syarikat yang terlibat.

“Sebanyak 3,600 pelajar diperlukan untuk keseluruhan program merangkumi pelajar bagi latihan industri, pelajar bakal bergraduat dan juga pelajar yang masih lagi mencari pekerjaan dalam bidang kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrikal bermula pada tahun 2018 nanti,” katanya.

Tambahnya, ketiga-tiga bidang tersebut merupakan kekuatan UniMAP, oleh itu beliau yakin pihaknya  mampu menyalurkan sumber manusia yang cukup untuk memenuhi permintaan MRL.

“Lebih bermakna kerana pelajar ini akan dilatih dan diserap oleh syarikat-syarikat kontraktor yang terlibat untuk terus berkhidmat dengan mereka walaupun selepas tamatnya projek ini yang dijangka pada tahun 2022,” katanya.

Untuk tempoh tiga hingga enam bulan, pelajar yang berkelulusan sijil, diploma dan ijazah ini akan bekerja untuk mempersiapkan projek pembinaan landasan sejauh lebih kurang 600km bermula dari Gombak, Selangor hingga ke Wakaf Bharu, Kelantan.

Arau, 24 Mei – Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal menggesa mahasiswa untuk berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan walaupun ketika masih menuntut di menara gading.

“Mahasiswa adalah tunjang untuk menggerakkan bidang keusahawanan yang  merupakan satu sektor yang membantu memajukan Negara suatu hari nanti.

“Malah, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) juga telah menetapkan sekurang-kurangnya lima peratus mahasiswa yang masih dalam sistem pengajian perlu bergiat dalam bidang keusahawanan.

“Ini adalah kearah bagi melahirkan usahawan dan teknousahawan apabila mereka bergraduat nanti,” katanya ketika merasmikan Women Entrepreneurship Forum and Exhibitions 2017 di Dewan Kecemerlangan UniMAP baharu-baharu ini.

Beliau berharap agar minat sebagai usahawan dalam diri mahasiswa akan berterusan dan bakal memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan Negara kelak.

Hadir sebagai panel jemputan bagi forum selama satu hari itu adalah  Pengasas De Riche Lurve Sdn Bhd, Syarifah Ngadiron; Ketua Pegawai Eksekutif Modvier, Siti Sarah Shah Nor; Pengasas Vida Beauty Sdn. Bhd., Dato’ Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Seri Vida; dan Ikon Usahawan Muslimah, Ketua Pegawai Eksekutif Sam Beautilogy Lab Sdn. Bhd. dan Profit Magnet Sdn. Bhd., Dato’ Sharifah Shareen Al-Mashoor.

Arau, 24 Mei – Seramai hampir 25 ribu pengunjung membanjiri Istana Arau bagi memeriahkan Malam Kilauan Cahaya yang berlangsung selama dua hari bermula 19 hingga 20 Mei 2017 di sini.

Menurut Pengarah Unit Komunikasi Korporat (UKK), Mustaffa Ismail, jumlah pengunjung yang hadir telah mencapai malah melebihi jumlah sasaran yang telah ditetapkan.

“Ini merupakan tahun kelima UniMAP menganjurkan Malam Kilauan Cahaya dan kita mensasarkan 10 ribu pengunjung pada setiap malam bagi kedua-dua malam tersebut.

“Dapat dilihat peningkatan jumlah pengunjung saban tahun yang meluangkan masa hadir pada program tersebut,” katanya.

Tambahnya, malam pertama menyaksikan seramai 14,950 orang dan malam kedua pula seramai 9,985 pengunjung yang hadir bagi melihat keadaan perkarangan istana yang dipenuhi dengan kilauan lampu.

“Tidak ketinggalan seramai 5,251 orang pula meluang masa untuk melihat galeri istana yang menempatkan barang-barang kebesaran istana.

“Mereka berkumpul seawal jam 8.00 malam sambil menunggu pintu pagar Istana Arau dibuka pada jam 9.30 malam selepas selesai solat Isyak dan gimik pembukaan program tersebut,” katanya.

Antara aktiviti menarik pada malam tersebut adalah persembahan kebudayaan, pertunjukan magik, soalan kuiz, cabutan bertuah, dan diakhiri dengan tembakan bunga api.

Program ini dianjurkan bersempena dengan sambutan ulangtahun keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis ke – 74. 

Pauh Putra, 23 Mei – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sentiasa berusaha untuk memastikan kesinambungan kejayaan dalam bidang sukan sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan berkata, pihak universiti akan sentiasa memberikan sokongan padu kepada Pusat Sukan dalam usaha mencari bakat-bakat baharu di kalangan staf untuk mewakili UniMAP pada kejohanan sukan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

“Atas usaha itu juga, Pusat Sukan UniMAP telah mengadakan satu mini kejohanan sukan di kalangan staf UniMAP yang dikenali sebagai Kejohanan Sukan Antara Staf UniMAP (SUKAS)  sebagai salah satu cara bagi mencari bakat-bakat baharu yang dapat mewakili UniMAP”

“Sepanjang SUKAS ini berlangsung,  dapat kita melihat komitmen staf dan kesungguhan setiap pasukan yang bertanding telah mewujudkan  satu landskap yang berbeza dan menjadi satu fenomena sukan yang sebelum ini kita tidak nampak,”katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan SUKAS 2017, di sini, baharu-baharu ini.

Turut hadir, Pengarah Pusat Sukan UniMAP, Encik Suhizaz Sudin. 

Pada majlis itu, Pasukan D muncul juara keseluruhan SUKAS 2017  yang berlangsung bermula Mac dan berakhir awal Mei lalu.

Kejayaan itu diperolehi apabila Pasukan D berjaya menjuarai empat dari sembilan acara yang dipertandingkan pada pertandingan iaitu sepaktakraw senior dan veteran, woodball dan badminton.

Kejayaan itu membolehkan Pasukan D membawa pulang piala pusingan dan hamper.

Sebanyak lima pasukan bertanding dalam sembilan acara yang dipertandingkan iaitu sepaktakraw senior dan veteran, bola jaring, badminton, bola tampar lelaki dan wanita, woodball, tenis dan bola sepak.

 

 

 

Kuala Lumpur, 16 Mei – Delegasi penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus melakar kecemerlangan apabila meraih seratus peratus pingat pada 27th International Innovation Exhibition 2017 (ITEX’16) yang berlangsung mulai  11 hingga 13 Mei 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

Menurut Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal jumlah peratusan pingat emas yang dicapai pada tahun ini juga menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu 10 pingat emas daripada 15 produk yang mengambil bahagian atau 67 peratus.

Ujar beliau, kejayaan itu nyata sesuatu yang cukup bermakna selepas prestasi yang agak sederhana pada dua siri ITEX terdahulu iaitu 46 peratus kejayaan pingat emas pada tahun 2016 dan 30 peratus kejayaan pingat emas pada tahun 2015.

“Kejayaan ini membuktikan, kualiti penyelidikan yang ditonjolkan pleh penyelidik UniMAP semakin menunjukkan peningkatan dan ia pastinya merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi kami di UniMAP,” katanya ketika dihubungi selepas pengumuman keputusan pingat ITEX’17.

Selain itu, delegasi penyelidik UniMAP turut berjaya meraih lima pingat perak dan tiga Anugerah Khas.

Dua produk emas UniMAP iaitu FCC Code OCDMA System for Internet of Things (IOT) Communication oleh Dr. Mohd Rashidi Che Beson dan A Method of Controlling SN – Whiskers Formation For Aerospace Electronic Interconnect Application oleh Dr. Mohd Arif Anuar Mohd Salleh terpilih menerima anugerah khas World Invention Intellectual Property Associations (WIIPA) dari Taiwan.

Manakala satu produk pingat perak UniMAP iaitu Novel Multiplex Diagnostic Kit For E.Coli, Salmonella And Listeria hasil penyelidikan Prof. Dr. Uda Hashim menerima Anugerah Khas dari  Tisias and iCAN-Toronto Kanada.

ITEX’17 mempamerkan lebih 1000 penyelidikan oleh penyelidik universiti, pusat penyelidikan dalam dan luar Negara, sekolah rendah dan menengah, termasuklah sektor swasta dari lebih 20 negara antaranya Indonesia, Taiwan, Korea Selatan, Arab Saudi, Iran, Thailand, Mesir, Kuwait, Bahrain, Poland dan Malaysia.

Kangar, 15 Mei – Muhd Ekmal Hakim Abdullah dari Bernama muncul johan lelaki dengan 438 jatuhan pin bagi kategori media dalam Pertandingan Boling Antara Jabatan UniMAP dan Media Piala Naib Canselor 2017 yang diadakan di Perlis Bowl, di sini malam tadi. Manakala Nurhartini Mohd Nasir dari Harian Metro pula menjadi johan wanita dengan 295 jatuhan pin dan mereka masing-masing membawa pulang wang tunai RM 150.00 dan hamper.

Tempat kedua pula masing-masing dimenangi oleh wakil Radio Televisyen Malaysia (RTM), Muhamad Sofi Shamsudin dengan jatuhan pin 434 dan Gee Hui Lan dari Kwong Wah Yit Poh dengan 229 jatuhan pin seterusnya berjaya membawa pulang wang tunai RM 100.00 dan hamper.

Tempat ketiga kejohanan menjadi milik Ibrahim Hamzah dari RTM dengan jatuhan pin 432 sekaligus membawa pulang wang tunai RM50.00 dan hamper.

Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata Kejohanan Boling Piala Naib Canselor merupakan kejohanan tahunan yang dianjurkan sebelum ini, namun pada tahun ini, UniMAP membuka penyertaan bagi kategori media. Ujar beliau, ia antara lainnya bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pengamal media di negeri Perlis dengan warga UniMAP terutama pengurusan universiti.

“Ini merupakan kali pertama pertandingan boling antara Jabatan UniMAP diadakan dengan memperkenalkan kategori media sekaligus melibatkan penyertaan agensi media Perlis yang bertujuan untuk menjalinkan hubungan antara warga UniMAP dan wakil media. “Saya mahu warga UniMAP mengenali wakil media yang banyak memberikan publisiti kepada UniMAP sejak dari awal penubuhan universiti sehinggalah sekarang ini,” katanya.

Tambahnya, keakraban UniMAP dan media harus terus berkekalan agar perkongsian maklumat yang disalurkan oleh UniMAP melalui media akan dapat diterima dan memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya. “Alhamdulillah penyertaan kali pertama media ini berjaya disertai oleh 20 orang pengamal media dan kami yakin jumlah penyertaan media akan meningkat apabila aktiviti seumpama ini diadakan lagi pada masa hadapan,” katanya. Kejohanan tersebut turut mendapat penajaan dari Syarikat Minda Teguh Trading, UniMAP Holding dan Zeel Production.

 

Pauh Putra, 3 Mei – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sentiasa menerokai peluang baharu untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembelajaran dengan pelbagai institusi akademik di peringkat  antarabangsa.

Terbaharu, satu memorandum persefahaman (MoU) telah dijalankan antara University of Chemical Technology and Metallurgy (UCTM), Bulgaria bersama Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) UniMAP bagi meneroka kerjasama dengan negara-negara Kesatuan Eropah (EU).

Pengurus CEGeoGTech UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd. Mustafa Al-Bakri Abdullah berkata, CEGeoGTech dan UCTM sebelum ini telah mempunyai hubungan dua hala yang memberi fokus kepada pengajuran seminar dan penerbitan secara bersama bagi meningkatkan sitasi kedua-dua universiti.

“Selain daripada itu, kita juga pernah menerima dua pelajar pra siswazah yang datang ke UniMAP untuk membuat latihan industri dalam bidang geopolimer.

“Saya yakin, dengan kerjasama yang baharu dijalinkan ini akan membuka lebih banyak  peluang penyelidikan serta kolaborasi antara kedua-dua institusi  di masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Menandatangani MoU antara UniMAP dan UCTM serta Surat Hasrat (LOI) bersama  Universitas Negeri Makassar (UNM).

PAda majlis tersebut, UniMAP diwakili oleh Naib Canselornya, Dato’ Prof. Dr Zul Azhar Zahid Jamal,  dan UCTM diwakili Dekan Fakulti Teknologi Kimia, Prof. Madya Dr Andriana Surlev manakala UNM diwakili Dekan Fakulti Matematik dan Sains Alam, Drs. Subaer M. Phill. Turut hadir Pengarah Pusat Hal Ehwal Antarabangsa UniMAP, Dr. Noorhafiza Muhammad.

Ujar Dr. Mohd. Mustafa lagi, CEGeoGTech juga  telah  merancang dalam mendapatkan geran  mobiliti daripada  EU dan antarbangsa yang lain bagi menyerlahkan lagi keterlihatan UniMAP di persada antarabangsa terutama dalam bidang penerbitan jurnal, penyelidikan dan program sangkutan pelajar atau staf.

“Terdapat banyak ruang dan peluang yang ditawarkan oleh institusi akademik di Eropah dalam aspek geran mobiliti ini dan CEGeoGTEch akan mengambil langkap proaktif untuk mengenalpasti rakan strategik yang boleh membantu memacu kegemilangan kami.

“Buat masa ini, CEGeoGTech mendahului penerbitan scopus bagi bidang Geopolimer, dan saya percaya status ini akan memudahkan kami meneroka peluang kolaborasi dengan institusi pendidikan lainnya di Eropah,” ujar beliau lagi.

 

Arau, 28 April – Kerjasama antara Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) adalah penting bagi memastikan sinergi antara institusi akademik, agensi keselamatan dan masyarakat terus kukuh.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, dalam konteks keselamatan warga UniMAP yang sehingga kini berjumlah lebih 13,000 orang sebahagian besarnya merupakan anggota masyarakat di negeri Perlis.

Jumlah itu, ujar beliau jika dicampur dengan pasangan atau ahli keluarga boleh mencecah melebihi 20,000 orang yang mewakili 20 peratus dari populasi penduduk di negeri Perlis.

Justeru, jelasnya, UniMAP melalui Pusat Ko-Kurikulum dan Jabatan Keselamatan, mengambil inisiatif menganjurkan sesi menembak membabitkan pengurusan tertinggi kedua-dua organisasi bagi mendekatkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak.

“Kita sememangnya telah mempunyai hubungan yang erat dengan pihak PDRM melalui penubuhan Kor Sukarelawan Siswa Siswi (SUKSIS), namun platform pertemuan kali ini adalah berbeza bagi mendekatkan lagi ketua-ketua jabatan UniMAP dengan pihak pengurusan tertinggi PDRM.

“Ini bagi memudahkan sebarang proses sekiranya berlaku situasi yang tidak dingini membabitkan warga UniMAP atau ahli keluarga masing-masing,” ujarnya ketika berucap di majlis penyampaian hadiah Pertandingan Menembak Ketua Jabatan UniMAP di lapang sasar Kem Mata Ayer di sini.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis, ACP Noor Mushar Hj. Mohd.

Seramai 40 Ketua Jabatan dan pengurusan tertinggi kedua-dua agensi menyertai pertandingan tersebut yang menyaksikan Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Prof. Dr. Zaliman Sauli memenangi tempat pertama kategori individu diikuti Pengarah Jabatan Keselamatan UniMAP yang juga mantan Ketua Polis Perlis Datuk Zul Aznam Haron di tempat kedua dan Pengetua Kolej Kediaman UniMAP, Syed Akhmal Syed Jamalil menduduki tempat ketiga.

Menurut Dr. Zul Azhar lagi, selain itu, UniMAP juga membuka peluang kepada PDRM untuk menggunakan apa jua infrastruktur atau kemudahan termasuk kepakaran yang dimiliki oleh universiti sekiranya ia memberikan manfaat kepada masyarakat.

Terkini ujar beliau, UniMAP dan PDRM bekerjasama dalam memusnahkan sebutir bom yang dijumpai di kampus tetap UniMAP di Pauh Putra menggunakan kepakaran teknologi drone dan robotik.

“UniMAP turut membuka peluang kepada anggota-anggota PDRM yang ingin menyambung pengajian dalam mana-mana bidang pengajian yang ditawarkan,” katanya lagi.

 

Sintok, 22 April  – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya meraih tempat ketiga di Festival Tari 1Malaysia anjuran Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) 2017 yang diadakan di Dataran Budaya Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini.

UniMAP  yang diwakili kumpulan tarian Sutramaya terdiri daripada pelajar berbangsa Siam, Iban, orang Asli, Cina, India dan Melayu itu berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM600 selain turut meraih anugerah Busana Terbaik.

Pengarah Unit Kebudayaan dan Rekreasi UniMAP, Mohd Izwan Izhar Haris berkata kumpulan Sutramaya menjalani latihan selama tiga minggu sebelum menyertai festival berkenaan memandangkan ahli kumpulan itu terdiri daripada pelajar pelbagai kursus pengajian,

Katanya, Sutramaya turut mendapat bimbingan dan latihan dari semua staf UKR sendiri termasuk Terry Junas sebagai Kareografer dan Libren Francis sebagai pegawai pengiring mereka.

“Ini adalah kejayaan pertama UniMAP di peringkat MAKUM walaupun sekadar meraih tempat ketiga tetapi ia memberi pengalaman yang tidak ternilai kepada semua ahli kumpulan bagi menghadapi pertandingan lain di masa akan datang,” katanya ketika dihubungi.

Festival Tari 1 Malaysia yang berlangsung mulai 20 hingga 22 April itu turut menyaksikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meraih tempat pertama termasuk memperolehi Koreografi Terbaik serta Persembahan Terbaik diikuti UUM di tempat kedua manakala Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menarik perhatian juri dengan meraih Anugerah Khas Juri.

 

Padang Besar, 17 April - Perusahan Automobil Kedua (Perodua) merancang mengeluarkan beberapa model baharu kenderaan jimat minyak (EEV) untuk terus kekal bersaing dalam segmen kereta kompak menerusi  rancangan lima tahun 2017-2021.

Pemangku Pengurus Besar Kanan Perodua Manufacturing Sdn Bhd, Mohd Saifuzzaman Mohammad berkata perancangan juga bagi memenuhi permintaan ke atas kereta kompak jimat minyak dalam tempoh tersebut.

"Saya tidak boleh bagi tahu (model yang akan dikeluarkan) sekarang kerana ini strategi perniagaan, namun model-model baharu ini akan lebih berkualiti,  murah, lancar dan jimat minyak," katanya.

Beliau ditemui selepas membuat penyerahan rasmi lima unit mesin perkomputeran (CNC) terpakai pembuatan enjin kereta kepada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), yang diterima oleh Naib Canselornya, Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal di Kampus Uniciti, Sungai Chuchuh di sini, hari ini.

Mohd Saifuzzaman berkata pemilihan model Bezza yang menerima penarafan lima bintang ASEAN NCAP baru-baru ini dan model Axia yang mendapat sambutan hangat pembeli, akan dipertingkatkan.

Mengenai CNC yang disumbangkan itu, beliau berkata dalam jangka masa panjang fungsi asas mesin tersebut dalam industri automotif,  relevan untuk satu jangka masa yang agak panjang.

"Kami telah memiliki beberapa mesin baharu bagi mengeluarkan model baharu, namun mesin ini sangat berguna untuk tujuan pendidikan kerana pelajar dapat menyesuaikan diri dengan bidang yang diceburi kelak," katanya.

Menurut Mohd Saifuzzaman harga mesin baharu  antara RM 800,000 dan  RM 1.3 juta seunit bagi harga terpakai termasuk kos penghantaran, hanya RM 330,000.

Sementara itu Zul Azhar berkata hubungan strategik UniMAP-Perodua sejak lima tahun lepas telah meningkatkan nilai kebolehpasaran graduannya selain mereka dapat menjalani latihan praktikum dalam suasana sebenar industri automotif.

"Cara ini akan melahirkan graduan yang holistik, relevan dan kompeten kerana keupayaan mereka menerapkan nilai-nilai yang diperlukan oleh industri menerusi latihan amali," katanya" katanya.

Zul Azhar mencadangkan syarikat automotif menjalin kerjasama lebih erat dengan UniMAP bagi menjalankan penyelidikan dan pembangunan. – Bernama

 

Pauh Putra, 7 April - Pendekatan komunikasi yang baik dalam sesebuah jabatan mampu memacu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk mencapai hasrat dalam usaha menjadi 500 universiti terbaik dunia menjelang tahun 2020.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, berkata komunikasi dalaman yang baik akan memudahkan sesuatu maklumat atau hasrat sesebuah organisasi dilaksanakan mengikut piawaian universiti.

“Setiap ketua jabatan haruslah memainkan peranan penting untuk memastikan staf memahami tugas dan tanggungjawab yang diberikan dan mampu bekerja dalam sebuah pasukan.

“Sebarang perselisihan pendapat haruslah dibincang secara profesional supaya keputusan yang dibuat adalah yang terbaik dan setiap individu perlu menghormati keputusan tersebut,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Naib Canselor dengan Barisan Pengurusan Tertinggi di Peringkat Jabatan/PTj sesi 2017-2019.

Sempena majlis berkenaan turut diadakan bacaan ikrar barisan pengurusan tertinggi berkenaan yang diketuai Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Kejuruteraan , Dr. Nik Noriman Zulkepli.

Dr Zul Azhar berkata, lantikan barisan pengurusan tertinggi kali ini telah melalui proses yang teliti yang menekankan dari segi pengetahuan, pengalaman dan hala tuju serta masa depan setiap organisasi dan jabatan

“Lantikan ini telah berkuatkuasa pada 1 Mac 2017 hingga 28 Febuari 2019, melibatkan 131 staf dengan pecahan peratusan diantara 51 peratus staf lelaki dan 49 peratus adalah staf perempuan,” katanya.

Selain itu, Dr Zul Azhar juga menekankan agar setiap individu yang dilantik supaya sentiasa mempunyai tenaga, integriti dan pengetahuan yang tinggi agar mampu menjadi contoh yang baik kepada staf dan mahasiswa.

 

Kangar, 1 April – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengekalkan kejuaraan lima tahun berturut-turut pada pertandingan nyanyian anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) PerlisFm.

Penyanyi UniMAP yang juga staf di Unit Kebudayaan dan Rekreasi (UKR), Mohd Hafedz Halim yang mendendangkan lagu Mustika nyanyian asal M. Nasir berjaya menarik perhatian juri sekaligus meraih kejuaraan di pertandingan yang diadakan di Dewan 2020 itu, di sini.

Pengarah UKR, Mohd Izwan Izhar Haris berkata, kejayaan tersebut merupakan kejayaan kali kelima semenjak menyertainya mulai tahun 2013 iaitu di Pertandingan  Nyanyian Lagu 60-an dan Nyanyian Lagu 70-an Dalam Loghat Utara.

“Ia diikuti Pertandingan Nyanyian Lagu 60-an Dalam Loghat Utara pada 2014 yang dijuarai Syamsyuhaida Sabri. Selain Hafedz, seorang lagi staf UKR iaitu Norefendy Ghazali turut tersenarai sebagai finalis pertandingan pada tahun ini yang diadakan sempena Ulangtahun RTM ke-71 itu,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Hasil kemenangan, Hafedz berjaya membawa pulang wang tunai RM3,000 dan piala.

Menurut Mohd Izwan, UKR sentiasa aktif menyertai pertandingan-pertandingan nyanyian samada di peringkat negeri mahupun kebangsaan bagi memberi pendedahan yang luas kepada kakitangannya.

“Selain pertandingan, kami juga kerap mengadakan persembahan di majlis-majlis dalaman dan luar UniMAP termasuk persembahan muzik dan tarian,” katanya.

 

Kangar, 27 Mac- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerima kunjungan Skyeton Aircraft Industrial Company dari Ukraine bersama rakan kongsinya di Malaysi True Altitude Sdn. Bhd. yang kini sedang menyertai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa (LIMA) 2017.

Kedua-dua syarikat tersebut yang berkecimpung dalam industri Pesawat Tanpa Pemandu (UAV) berhasrat untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan Pusat Kecemerlangan Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (COEUAS) yang diterajui oleh Prof. Dr. Hazry Desa.

Prof. Dr. Hazry Desa berkata, kunjungan tersebut diadakan adalah bagi melihat potensi dan peluang kerjasama yang boleh dijalinkan terutama dalam penyelidikan mengenai teknologi industri UAV.

“UniMAP akan memanfaatkan peluang ini untuk mengembangkan lagi penyelidikan mengenai teknologi UAV dengan sokongan daripada pihak industri yang mampu merealisasikan hasil penyelidikan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain perbincangan, kedua-dua syarikat tersebut turut meninjau teknologi UAV yang dihasilkan oleh UniMAP. Skyeton diwakili oleh Pengerusinya, Oleksandr Stepura manakala True Altitude diwakili oleh Pengarah Eksekutifnya, Datuk Hazizan Ahmad.

Menurut Dr. Hazry, dalam pertemuan tersebut UniMAP dan kedua-dua syarikat tersebut bersepakat untuk bekerjasama dalam aspek pemindahan teknologi UAV khususnya dalam bidang pemprosesan imej.

Selain itu, ujar beliau, pihaknya juga bersedia menghantar wakil UniMAP mengikuti latihan penerbangan dan pengendalian UAV terutama dalam aspek  pemasangan UAV Skyeton.

“Ianya penting memandangkan SAIC telah bersetuju melantik UniMAP sebagai wakil menjadi wakil Pusat Pembaikan Operasi dan Penyelenggaraan (MRO) apabila UAV mereka berada dalam pasaran tempatan dan Asia Tenggara serta negara-negara Islam di Asia nanti,” ujarnya lagi.

Kangar, 27 Mac – Orang Kuat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya menempatkan diri dalam kelompok lapan teratas pada Kejohanan World Strongest Team yang berlangsung di Esztergom, Hungary, baru-baru ini.

Muhammad Firdaus Jamen, 23, berkata, pemilihan peserta ke pertandingan itu dilakukan berdasarkan ranking satu dan dua atlet Orang Terkuat di dalam sesebuah negara.

“Antara rutin yang perlu dilakukan dalam kejohanan ini adalah 160 kilogram Atlas Stone, 450 kilogram  Tyre Flip, 555 kilogram Tyre Flip
125 kilogram Farmers Walk, 325 kilogram Duckwalk,
500 kilogram Superyoke;30 kilogram Leg Press, 90 kilogram Box Press, 130 kilogram Log Press, 130 kilogram Axle Bar Press dan Power Stairs 240 kilogram, 270 kilogram, 300 kilogram.

“Pertandingan ini disertai oleh peserta dari 22 buah negara dan para peserta perlu membentuk pasukan yang dianggotai dua peserta dari negara yang berlainan,” katanya ketika dihubungi.  

Ujar Firdaus lagi, hanya tiga peserta dari negara Asia yang terpilih untuk menyertai pertandingan ini iaitu Malaysia, Singapura dan Jepun namun, peserta dari Jepun terpaksa menarik diri di saat akhir.

“Saya amat teruja kerana dapat menimba pengalaman dari kejohanan ini dan lebih mencabar adalah kerana kebanyakan peserta kali ini mempunyai berat sehingga 300 kilogram dan ke atas sehinggakan peserta dari negara Asia kelihatan kerdil.

“Kejohanan ini  merupakan pemanas badan bagi saya yang akan menyertai World Natural Strongestman 2017 yang akan berlangsung pada September nanti yang dijangkakan akan disertai 36 buah negara,” katanya lagi.

Untuk rekod, Muhammad Firdaus telah berjaya merangkul gelaran Juara Cabaran Orang Kuat Sabah Edisi Kelima 2017 (Sabah Strongest Man) yang berlangsung pada Februari lalu.

ARAU, 26 Mac (Bernama) -- Bank Rakyat menerusi program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) hari ini meraikan Pengerusinya Tan Sri Shukry Mohd Salleh berkata program tersebut dianjurkan sempena kedatangan Bulan Kesedaran Autisme pada April serta bersesuaian dengan fokus Bank Rakyat sepanjang tahun ini untuk pembangunan kanak-kanak autisme.

"Bank Rakyat komited dengan pelbagai program khusus untuk golongan kanak-kanak ini bagi memastikan perkembangan mereka terus positif selain meningkatkan kesedaran dan kefahaman orang ramai tentang autisme.

"Bantuan kewangan sahaja tidak begitu memberi impak kesedaran, untuk itu perlu ada aktiviti yang melibatkan orang ramai agar mereka turut memahami mengenai autisme yang masih rendah tahap kesedarannya di negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyertai 'Bank Rakyat A-HEART Rainbow Walk' sejauh 2 kilometer yang turut disertai 1,398 peserta termasuk anak yatim dan pelajar universiti itu.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berkenan berangkat ke majlis itu.

Shukry berkata program tersebut juga antara lain bagi mengumpul dana untuk keperluan dan kelengkapan pendidikan di Pusat Autisme A-HEART UniMAP agar golongan istimewa ini berpeluang membina kemahiran dan menonjolkan bakat mereka di pusat itu.

Bank Rakyat juga akan menganjurkan pelbagai program seumpamanya serta pelbagai program CSR sebagai tanda sokongan kepada golongan autisme di seluruh negara sepanjang bulan April nanti, tambahnya.

-- BERNAMA

Kangar, 17 Mac - Pusat Pengajian Kejuteraan (PPK) Mikroelektronik merangkul majoriti anugerah khas bagi kategori Anugerah Best of the Best pada Ekspo Rekacipta dan Pameran Penyelidikan UniMAP (EREKA) 2016 di Dewan Ilmu, Kampus Induk UniMAP Pauh Putra, baharu-baharu ini.

Mereka berjaya meraih tiga kategori anugerah khas bagi tiga produk penyelidikan dari enam kategori yang dipertandingkan.

Produk pertama yang terpilih adalah STEM DSSC KIT – FROM JUICE TO POWER oleh penyelidik Ili Salwani Mohamad melalui kategori Pendidikan, Kemanusian dan Kualiti Hidup.

Manakala produk kedua pula adalah milik Dr. Sohiful Anuar Zainol Murad bagi produk DC-DC Converter Switching Regulator for Power Supply Module bagi kategori Elektrikal dan Elektronik.

Tidak ketinggalan, produk BC PILLS FOR ACUTE DIARRHEA TREATMENT oleh Siti Salwa Mat Isa bagi kategori Perubatan, Farmaseutikal dan Kesihatan.

Produk lain yang terpilih adalah dari PPK Komputer dan Perhubungan iaitu Dr. Muhammad Imran Ahmad dengan produknya iaitu FACE SKETCH RECOGNITION FOR LAW ENFORCEMENT APPLICATION dalam kategori Teknologi Maklumat dan Multimedia.

Turut dinobatkan adalah produk Microwind Turbine Energy Havester oleh Dr. Norkharziana Mohd Nayan dari Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Sistem Elektrik bagi kategori Pertanian, Akuakultur dan Alam Sekitar.

Produk Pulse Jet Air Dryer pula mendapat anugerah khas bagi kategori Bahan, Pembuatan; Mekanikal dan Sivil adalah hasil penyelidikan Ir. Dr. Mohamad Shaiful Ashrul Ishak dari PPK Pembuatan.

Kesemua enam produk ini terpilih sebagai produk terbaik selepas turut memenangi pingat emas dalam pameran tersebut dan layak menerima wang tunai RM250.00, sijil anugerah dan sijil penyertaan.

Pada pameran yang sama juga turut diperkenalkan satu kategori baharu iaitu Kategori Video Pendek di mana tiga produk telah dinobatkan sebagai pemenang.

Pemenang pingat emas bagi kategori ini adalah milik Prof. Dr. Uda Hashim dari Institut Kejuruteraan Nano Elektronik (INEE) bagi produk In House Fabricated Non – Invasive Glocuse Detection Kit.

Manakala penerima pingat perak adalah Maz Jamilah Masnan dari Institut Matematik Kejuruteraan (IMK) bagi produk Genius Math Begins With Damat.

Pingat gangsa pula dinobatkan kepada Ruhiyuddin Mohd Zaki dari Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoTech) melalui produknya iaitu KEZITE.

Mereka masing-masing berjaya membawa pulang RM500.00, RM400.00, RM300.00, sijil anugerah dan sijil penyertaan.

EREKA 2016 menyaksikan sebanyak 154 produk telah terpilih meraih pingat dengan komposisi 62 pingat emas, 51 perak dan 41 gangsa dari 193 produk penyelidikan yang telah mengambil bahagian.  

Kangar, 17 Mac – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melancarkan logo tambahan UniMAP dengan nama Universiti Malaysia Perlis di sebelah logo asal pada Majlis Anugerah Seri Gemilang UniMAP 2016 di Hotel Putra Regency di sini, semalam.

Pelancaran tersebut dibuat bersempena genapnya usia 10 tahun selepas dijenamakan semula dari Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM), 1 Februari 2007 yang lalu.

Menurut Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, pelancaran logo baharu ini juga adalah selaras dengan penggunaan dan fungsinya yang semakin meluas.

“UniMAP pada tahun ini telah mencecah usia 10 tahun jika diambil dari tarikh penjenamaannya, justeru logo tambahan ini akan lebih menyerlahkan imej korporat UniMAP samada di peringkat nasional mahupun antarabangsa

“Selain itu, pelancaran logo baharu ini juga diharap dapat mengurangkan kekeliruan masyarakat yang mengaitkan UniMAP dengan universiti awam lainnya,” ujar beliau.

Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMAP, Tuanku Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan pelancaran logo tersebut. Berkenan berangkat hadir, Raja Puan Muda Perlis yang juga Pro Canselor UniMAP, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Perlis, Dato’ Prof. Emeritus Ir. Dr. Zainai Haji Mohamed dan mantan Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Emeritus Dr, Kamarudin Hussin.

Sementara itu, kapsul masa UniMAP berusia 10 tahun yang menyimpan nota harapan turut dibuka semula pada majlis ASG 2016 bagi melihat kembali harapan yang telah dilahirkan 10 tahun dahulu.

Antara harapan yang dicatatkan adalah dari Canselor UniMAP yang inginkan segala misi dan visi yang dihasratkan tercapai dengan jayanya.

Tidak ketinggalan Pro Canselor UniMAP juga turut meletakkan harapan agar tuah sentiasa menyebelahi UniMAP untuk maju kehadapan

Nota harapan Dr. Kamarudin pula antara lainnya mencatatkan doa agar UniMAP menjadi salah sebuah universiti yang tersohor di dunia.

Untuk rekod, lebih 2000 pelajar dan staf hadir bagi melahirkan harapan melalui nota catatan yang dimuatkan dalam kapsul masa di Kampus UniMAP Kubang Gajah pada tengah malam 1 Februari 2007.

 

KANGAR, 16 Mac (Bernama) -- Cabaran dihadapi sepanjang meneruskan kehidupan seiring perkembangan dunia masa kini termasuk ujian kewangan tidak wajar dijadikan alasan untuk seseorang mengabaikan aspek integriti serta tidak memerangi rasuah.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah meskipun peruntukan kewangan semakin berkurangan dan setiap agensi dituntut meminimumkan perbelanjaan, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan perlu menjadi panduan dalam melaksanakan kerja secara beretika.

"Kebelakangan ini dilihat terdapat beberapa kes tangkapan dan pendakwaan terhadap penjawat awam dilaporkan secara berleluasa di media-media tempatan yang secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti dan imej sesebuah organisasi serta penjawat awam secara keseluruhannya.
"Bak kata pepatah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Perkara dilaporkan itu perlu menjadi peringatan kepada semua pekerja bahawa isu-isu seperti rasuah dan ketidakcekapan penyampaian Perkhidmatan Awam harus diberikan perhatian sewajarnya," titah baginda.

Baginda yang juga Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertitah demikian ketika menghadiri Majlis Anugerah Seri Gemilang universiti berkenaan, di sini hari ini.

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berkenan berangkat menghadiri majlis itu.

Turut hadir Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal.

Sementara itu, Zul Azhar berkata pencapaian UniMAP selama lebih 10 tahun telah meletakkan universiti itu di tahap yang amat membanggakan di dunia.

"Terkini, berdasarkan QS World University Subject Ranking 2017 telah mengeluarkan beberapa statistik yang amat mengujakan di mana dalam subjek Teknologi dan Kejuruteraan, UniMAP berada di tahap 500 terbaik dunia.

"Selain itu, dalam subjek Kejuruteraan Mekanikal, Aeronautikal dan Pembuatan, kita berada dalam kumpulan 300 terbaik dunia dan Kejuruteraan subjek Elektrik dan Elektronik pula, UniMAP dalam lingkungan 350 terbaik dunia," katanya dalam ucapan aluan pada majlis tersebut.

Secara keseluruhan, katanya ia menunjukkan program-program ditawarkan UniMAP bertaraf antarabangsa selain universiti komited meningkatkan enrolmen pelajar antarabangsa serta meningkatkan hubungan akademik dengan universiti luar negara.

"Sebagai inisiatif menjadikan Malaysia hab pendidikan tinggi, 387 pelajar antarabangsa pasca siswazah diterima masuk, menjadikan bilangan keseluruhannya 1,116 berbanding sasaran 950 orang sahaja. Namun, enrolmen ini dijangka ditingkatkan lagi bagi 2017," katanya.

Seramai 140 kakitangan UniMAP daripada pelbagai jabatan dan sektor perkhidmatan dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang hari ini sebagai menghargai jasa dan sumbangan mereka dalam perkhidmatan dan meningkatkan imej universiti, dengan menerima sijil penghargaan dan kepingan emas.

PAUH PUTRA, 15 Mac – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) amat komited dalam membantu memastikan kejayaan Dasar Automotif Nasional (NAP) yang bertujuan untuk menjana nilai ekonomi yang berterusan kepada negara.

Atas usaha itu, satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangi antara UniMAP dan Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd (MODENAS) dalam usaha menjadikan sasaran itu menjadi kenyataan.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, UniMAP, melalui  Unit Teknologi Sukan Permotoran (MOTECH) yang mempunyai kepakaran dan kemudahan yang bertaraf antarabangsa dalam bidang penyelidikan permotoran akan memberikan komitmen tinggi dalam membantu industri automotif negara.

“Ini kerana tujuan asal penubuhan MOTECH adalah bagi memartabatkan penyelidikan dalam bidang permotoran dan automatif melalui pembangunan idea inovasi dengan kolaborasi industri ke arah teknologi kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicle) serta melahirkan graduan automotif yang kebolehpasarannya tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani MoU antara UniMAP-Pusat Penyelidikan MODENAS dan Upacara Penyerahan Proton Suprima S di Litar UniMAP, di sini, semalam.

Majlis tersebut disaksikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Malaysia; Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP; Datuk Prof. Emeritus Ir. Dr. Zainai Mohamed; Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Amiruddin Abdul Kadir dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd. Abdul Rashid Musa.  

Menurut Dr. Zul Azhar, kerjasama itu juga merupakan salah satu sumbangan UniMAP kepada industri automotif seterusnya diharap dapat membantu menjadikan Malaysia sebagai hab automotif serantau dalam Tenaga Kenderaan Cekap (EEV).

“UniMAP dan MODENAS telah empat tahun menjalinkan kerjasama dan saya berharap kerjasama terbaharu ini akan dapat menggerakkan inisiatif pemindahan asas teknologi antara kedua-dua pihak seterusnya dapat membantu peningkatan penjenamaan dan reputasi bagi MODENAS dan UniMAP.

“Justeru, secara peribadi, saya sendiri merasakan selepas lebih empat tahun bekerjasama, ada peluang yang lebih besar untuk mengukuhkan lagi kerjasama ini seterusnya dapat menambah kualiti pelajar serta relevan dengan keperluan semasa,” katanya.

Pada majlis itu juga, UniMAP turut menerima Proton Suprima S sumbangan daripada Proton untuk kegunaan Kelab Automotif dan Sukan Bermotor UniMAP.

Sumbangan tersebut yang merupakan tanggungjawab sosial kedua-dua pihak bertujuan untuk medidik para pelajar dan warga UniMAP serta orang ramai dalam mempelajari asas dan teknik pemanduan secara berhemah.

 

Kangar , 11 Mac  – Penyelidik Pusat Kecemerlangan Geopolimer & Teknologi Hijau (CEGeoGTech) Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Bahan berjaya menyumbang hampir 18.3 peratus daripada hasil penerbitan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sepanjang 2016 berdasarkan data SCOPUS terbaru.

Pengerusi CEGeoGTech, Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin berkata penyelidik pusat itu juga berjaya menembusi jurnal-jurnal berimpak dan juga menyumbang  penerbitan yang tinggi dalam pangkalan data Web Of Science yang dikira berdasarkan afiliasi CEGeoGTech.

Katanya, sepanjang enam tahun penubuhan, CEGeoGTech berjaya menempa pelbagai kejayaan yang cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa termasuk meraih lebih daripada 200 anugerah.

“Antara pencapaian lain adalah berjaya menghasilkan 45 paten dan 30 buah buku sepanjang 2011 hingga 2016 serta memperoleh geran penyelidikan dalam dan luar negara termasuk daripada European Commission berjumlah RM2.5 juta serta RM170 ribu daripada Nihon Superior Jepun,” kata beliau ketika berucap di Majlis Kecemerlangan CEGeoGTech, di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniMAP, Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan, Dekan PPK Bahan Prof Madya Dr Khairel Rafezi Ahmad dan Pengurus CEGeoGTech Prof Madya Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah.

Menurut Dr. Kamarudin, tahun 2017 merupakan tahun yang akan menentukan kemampuan pembangunan penyelidikan dan inovasi lebih unggul justeru petunjuk prestasi utama (KPI) menetapkan bermula tahun ini seorang penyelidik CEGeoGTech harus menghasilkan dua jurnal di indeks sebagai penulis utama.

“Ia adalah berdasarkan keperluan semasa Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA) yang secara tidak langsung membantu UniMAP mencapai KPI yang disasarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Kapasiti dan kemampuan inovasi adalah sangat diperlukan bagi meningkatkan pembangunan ekonomi sekaligus akan mengukuhkan keupayaan negara bersaing dalam pasaran dan perdagangan global,” kata beliau.

CEGeoGTech yang ditubuhkan pada 2010 dengan nama Green Concrete@UniMAP sebelum dinaiktaraf pada Julai 2011 menganjurkan Majlis Kecemerlangan pusat berkenaan bagi meraikan penghargaan individu, organisasi dan agensi yang membantu menaikkan nama CEGeoGTech dan UniMAP secara langsung sepanjang enam tahun penubuhannya.

Di majlis berkenaan turut disampaikan watikah perlantikan Ketua Kumpulan Penyelidik , Penyelidik Utama dan Penyelidik Bersekutu CEGeoGTech selain penyampaian Anugerah Penghargaan Patron CEGeoGTech kepada Prof Madya Dr Che Mohd Ruzaidi Ghazali yang kini Timbalan Naib Canselor (HEPA) Universiti Malaysia Terengganu.

 

Kangar, 9 Mac – 12 atlet Karate Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah berjaya membawa pulang tiga pingat emas, empat pingat perak dan enam pingat gangsa pada Pertandingan Kejohanan Karate-Do Terbuka 2017 bertempat di Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kuala Ketil. 

Bagi acara kumite lelaki dan wanita, Kuhan Vickneswaran, Mohamad Aizzat Iskandar Shaharin dan Wan Nuraina Amira Wan Arizi berjaya mendapat pingat emas.

Pingat perak pula menjadi milik Aravinthran Ravichanthar dan Muhammad Azrey Affiq Roslan. Manakala Mohd Harry Johari, Aravendran Allageswaran dan Danish Afdal Hilmi berjaya mendapat pingat gangsa dalam kejohanan ini.

Sementara itu bagi acara kata individu lelaki dan wanita, Mohamad Aizzat Iskandar Shaharin berjaya mendapat pingat perak, manakala Izzati Nur Nazzihah Jakaria dan Moh Jin Hao pula masing-masing meraih gangsa.

Selain itu, atlet UniMAP juga berjaya memperolehi pingat perak bagi acara kata berpasukan wanita dan pingat gangsa bagi acara kumite berpasukan lelaki.

Menurut Jurulatih, Ahmad Tajudin Baharin, beliau berpuas hati dengan prestasi pasukan karate-do UniMAP walaupun masih baru tetapi mampu memberi saingan sengit kepada pihak lawan.

“Walaupun baru setahun para atlet aktif dalam bidang sukan ini, namun atas usaha gigih mereka berjaya menyumbangkan pingat kepada universiti. Diharapkan kemenangan ini menjadi cabaran dan persediaan kepada mereka sebelum menyertai Karnival Majlis Sukan Universiti Malaysia 2017 (MASUM) yang dijadualkan pada Julai kelak,” katanya ketika ditemui disini hari ini.

Kejohanan ini disertai hampir 190 orang peserta yang terdiri daripada orang awam termasuk Universiti Utara Malaysia (UUM) dan KUIN.

 

*Kata – Kata dalam sukan karate membawa maksud satu persembahan bunga / patern. Persembahan ini juga dinilai dan dijadikan sebagai acara

*Kumite – Kumite dalam terma sukan karate membawa maksud perlawanan secara bebas tetapi masih mengikut undang-undang dan keselamatan yang ditetapkan oleh Federasi Karate Dunia

 

Pauh Putra, 5 Mac   – Bagi mengatasi masalah keciciran dalam pendidikan di kalangan anak-anak yatim, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Malaya (UM) melaksanakan usahasama strategik menerusi penganjuran Kem ELITE 2.0 2017 (Excellence in Leadership, Intellectual, and Talent Empowerment) di sini bermula 2 Mac lalu.

Kem ELITE 2.0 anjuran Persatuan Ahli Kelab & Alumni Pusat Pengajian Kejuruteraan (PerkaSE) dan Kolej Kediamaan Tuanku Bahiyah UM berkenaan dikawal selia sepenuhnya oleh badan bukan kerajaan (NGO) peringkat kebangsaan, Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Malaysia (YATIM).

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik UniMAP, Dr Muhamad Mokhzaini Azizan berkata kem itu mensasarkan pembangunan sahsiah dan rohani di kalangan anak-anak jati tempatan yang berstatus anak yatim dan yatim piatu peringkat menengah rendah.

“Secara dasarnya, anak-anak ini seringkali merasa rendah diri, kekurangan keyakinan dan akibatnya sering ketinggalan dalam pelajaran, justeru melalui Kem ELITE, diharapkan agar unsur-unsur negatif yang membelenggu mereka dapat dipisahkan,

Kem ini dikendalikan sepenuhnya oleh 70 mahasiswa UniMAP dan UM yang sebelum ini menjalani latihan Train of Trainers anjuran YATIM sejak 2015,” katanya.

Majlis penutup Kem ELITE 2.0 2017 disempurnakan oleh Pendaftar UniMAP, Encik Zuber Mohamad.

Selain membina pembangunan sahsiah di kalangan anak yatim itu, kem itu turut diadakan bagi memupuk semangat sukarelawan, pembangunan modal insan dan dapat melahirkan generasi muda negara yang berkaliber dalam pelbagai bidang.

Selain di UniMAP, Kem ELITE pernah dijalankan secara meluas di Pahang, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur sejak mula dianjurkan pada 2015.

Kangar, 28 Feb – Kakitangan di Pusat Sukan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Muhammad Firdaus Bin Jamen, 23, mengharumkan nama UniMAP apabila berjaya merangkul gelaran Juara Cabaran Orang Kuat Sabah Edisi Kelima 2017 (Sabah Strongest Man).

Dalam pertandingan yang disertai oleh wakil peserta dari seluruh negara itu, Mohammad Firdaus, berjaya mencatatkan catatan terbaik bagi kesemua lima acarayang disertainya sekaligus menumpaskan Zarol Alfiyan (Selangor) di tempat kedua dan Andy Gerald dari Penampang, Sabah ditempat ketiga.

“Saya tidak menyangka akan bergelar juara menerusi acara tersebut kerana persaingan yang sengit. Pada mulanya, saya hanya ingin mencabar ‘personal best’ yang dicatatkan dalam edisi tahun lalu.

“Alhamdulillah, rezeki memihak kepada saya, dan ini merupakan kejuaraan kedua saya menerusi acara ini selepas turut bergelar juara Cabaran Orang Kuat Tenom pada April tahun lalu,” katanya ketika ditemui.

Pertandingan Orang Kuat Sabah yang dianjurkan oleh Casero Sabah itu, merupakan satu pertandingan dimana setiap peserta dikehendaki melengkapkan satu siri cabaran yang terdiri dari lima acara sebelum layak digelar Orang Kuat Sabah.

Mohammad Firdaus telah berjaya mencapai ‘personal best’ dalam kelima- lima acara iaitu ‘Tyre Flip’, ‘Circus Dumbell’, ‘Last Man Standing Dead Lift’, menarik trak dan bas, serta ‘Loading Race’.

Hadiah berupa wang tunai dan piala disampaikan oleh Yang di- Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

 

PULAU PINANG, 27 Februari 2016 – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus mengorak langkah memperkasakan bidang pendidikan tinggi Malaysia di persada antarabangsa melalui kerjasama strategik bidang akademik University of Sindh (SU), Pakistan.

Kerjasama tersebut merangkumi pertukaran ahli akademik serta kerjasama dalam bidang penyelidikan dan penerbitan jurnal terutama bagi bidang sains sosial dan kemanusiaan yang merupakan bidang tujahan utama SU, ujar Naib Canselornya, Prof. Dr. Fateh Muhammad Burfat.

Menurut beliau, bidang penyelidikan merupakan antara elemen penting yang akan menaikkan imej universiti terutama dalam menangani dan memahami cabaran global masa kini.

“UniMAP mempunyai kekuatan dalam bidang kejuruteraan manakala SU mempunyai kepakaran dalam bidang kemanusiaan dan sains sosial, justeru apabila kedua-dua bidang ini digabungjalinkan ia pasti akan dapat menyelesaikan banyak permasalahan global dan ekonomi.

“Berdasarkan perspektif  kerja, jurutera adalah berkaitan dengan menghasilkan aplikasi komersil dan menyediakan keperluan teknologi yang diterima masyarakat manakala bidang kemanusiaan dan sains sosial itu adalah bidang teras dan insaniah yang perlu ada dalam diri seseorang jurutera.

“Selain itu hasil ciptaan jurutera juga adalah untuk manfaat dan kegunaan manusia secara keseluruhannya,” ujar beliau ketika berucap di Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa ke-4 Peranan Kemanusiaan dan Sains Sosial dalam Kejuruteraan 2017 (ICoHSE4) yang diadakan di Hotel Park Royal, di sini semalam.

Persidangan yang disertai oleh lebih 150 peserta dari dalam dan luar negara itu dianjurkan secara bersama oleh Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (IKOM) UniMAP, SU dan ENSICAEN School of Engineering Caen, Perancis.

Timbalan Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir. Dr. Rezuwan Kamarudin hadir merasmikan persidangan tersebut. Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Seri Mohd. Salleh Yaapar.

Dr. Burfat berkata beliau gembira apabila dijemput sebagai penganjur bersama persidangan bertaraf antarabangsa di Malaysia dan melihat pemilihan tersebut sebagai peluang untuk menggalakkan program pertukaran pelajar dan pengajar antara kedua-dua universiti.

SU sebelum ini telah menjemput dan melantik dua profesor dari UniMAP sebagai Profesor Kunjungan bagi membantu pembangunan akademik, penyelidikan dan kualiti pensyarah di universiti berkenaan untuk tempoh dua minggu pada awal Februari lalu.

Dalam pada itu, Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, pelantikan tersebut secara tidak langsung membuktikan bahawa kepakaran ahli akademia UniMAP semakin diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila mampu menjadi pakar rujuk bagi universiti luar negara.

Ujar beliau, kedua-dua Profesor yang dilantik iaitu, Timbalan Pengerusi Majlis Prof UniMAP, Datin Prof. Dr. Zuraidah Mohd Zain, dan Dekan IKOM, Prof. Madya  Dr. Huzili bertanggungjawab memberikan khidmat nasihat untuk program-program akademik di universiti terbabit selain berkongsi kepakaran dalam bidang pengurusan akademik, sistem pendidikan tinggi, penyelidikan dan penulisan tesis.

“UniMAP akan terus menggalakkan staf dan pelajar untuk mengembangkan portfolio akademia masing-masing melalui program mobiliti antarabangsa meskipun berdepan dengan kekangan kewangan.

“Pendekatan dan kaedah baharu akan dirangka bagi memastikan kelangsungan program mobiliti yang merupakan platform terbaik untuk mengembangkan rangkaian perhubungan dengan universiti lain di luar negara,” ujarnya lagi.

ARAU, 26 Feb (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini berkenan menyertai program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) - Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Berbakti di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini.

Program julung kali itu diadakan bersempena seminar Memperkasakan Amalan Terbaik SUKSIS Universiti Awam (UA) 2017 disertai 600 peserta mewakili 20 UA, bermula dan berakhir di Dewan Ilmu UniMAP.

Melalui USR, peserta berpeluang berkongsi amalan terbaik projek-projek kesukarelaan yang pernah dianjurkan oleh UA bersama pihak korporat, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi kerajaan bagi mewujudkan kerjasama pintar melaksanakan program-program tanggungjawab sosial.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Tuanku Canselor UniMAP turut menyertai senamrobik bersama para peserta dan kemudian baginda serta 80 anggota SUKSIS menyertai program berbasikal 'Kayuhan MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf' kali ke-14 bagi tahun 2017 sejauh 25 kilometer.

Selain singgah menyantuni tiga buah rumah asnaf terpilih, baginda selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan menyampaikan zakat MAIPs kepada 30 asnaf terpilih di surau Kampung Rambai, Padang Siding, dekat Arau.

Program lain yang diadakan ialah membuat lukisan mural di sebuah jambatan, memberi motivasi kepada 150 pelajar Sekolah Menengah Tunku Budriah serta mengecat dan membersihkan sebuah rumah asnaf terpilih, semuanya di Arau.

 

 

 

 

 

Gurun, 23 Februari 2016 - Pendekatan pembelajaran dan latihan amali menggunakan sistem berteknologi terkini seiiring dengan industri telah menjadikan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) antara universiti awam yang berjaya melahirkan jurutera yang berkualiti kepada industri luar.

Naib Canselornya, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, salah satunya ialah kerjasama antara UniMAP- Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) yang berjaya menyemarakkan penyelidikan kejuteraan bidang automotif dan motorsport di kalangan pensyarah dan pelajar UniMAP.

“Pihak Modenas telah memberikan peralatan seperti sistem enjin dan motorsikal untuk digunakan oleh Unit Penyelidik dan Sukan Permotoran (MoTECH) UniMAP yang mana melalui kolabrasi ini, ianya telah memberi peluang kepada UniMAP untuk menganjurkan pelbagai aktiviti untuk masyarakat luar.

“Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Program Modenas-UniMAP Racing School dan Grandpix Pilot Selection di litar UniMAP. Malah, pihak Modenas juga telah menggunakan litar UniMAP untuk menguji kualiti motorsikal terbaharunya,” ujarnya selepas mengadakan sesi pertemuan dan kunjungan hormat ke Modenas di sini semalam.

Selain Dr. Zul Azhar, lawatan kerja tersebut turut disertai oleh Dekan, Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Bahan, Prof. Madya Dr. Khairel Rafizi, Pengarah Technopreneur Sdn Bhd (TUSB), Dr Zunaidi Ibrahim, Pengarah MoTECH UniMAP, Dr Shariman Abu Bakar, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik, Prof. Madya Dr. Abu Hassan Abdullah dan  dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan, Prof. Madya Dr. Khairul Azwan Ismail.

Selain mengeratkan hubungan antara universiti dan industri, lawatan tersebut juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan melihat fasiliti serta keupayaan Modenas dalam menghasilkan sendiri enjin motosikal nasional buatan anak-anak Malaysia.

Kunjungan tersebut juga membolehkan pengurusan UniMAP bertemu dengan alumni UniMAP yang telah berkhidmat di Modenas.

Menurut Dr. Zul Azhar, satu Memorandum Persefahaman (MoU) akan ditandatangani dalam masa terdekat untuk menubuhkan UniMAP Automotive and Motorsport Center of Excellence dimana ianya menjadikan UniMAP sebagai pusat sehenti untuk Pusat Penyelidikan dan Jualan serta Pusat Technoprenaur kepada staf, pelajar dan graduan universiti.

“UniMAP dan Modenas telah bekerjasama semenjak tahun 2012 yang mana ia memberi fokus kepada akademik bagi membolehkan pelajar UniMAP mendalami secara mahir bidang automotif di samping mencetuskan teknologi lebih maju selain meningkatkan kebolehpasaran mereka.

“Selepas lebih empat tahun bekerjasama, UniMAP dan Modenas melihat peluang yang lebih besar untuk mengukuhkan lagi kerjasama melalui kewujudan pusat kecemerlangan ini dan kita akan memastikan kerjasama atau penyelidikan yang dijalankan menambah kualiti pelajar dan relevan dengan keperluan semasa serta membantu perkembangan MoTECH.,” ujarnya lagi.

UniMAP Bakal Tuan Rumah SMART Kor Suksis Universiti Awam 2017

KANGAR, 23 Februari – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bakal menjadi tuan rumah Seminar Memperkasakan Amalan Terbaik (SMART) Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) yang akan berlangsung pada 26 hingga 28 Februari ini yang menghimpunkan lebih 500 peserta dari 19 Universiti Awam (UA) di seluruh negara.

Pegawai Latihan Luar Kor SUKSIS UniMAP, Asisten Superintenden Kor SUKSIS, Raja Shah Erman Raja Arifin berkata, bersempena persidangan tersebut juga, satu projek khidmat komuniti UA yang membabitkan lima aktiviti akan dijalankan secara serentak pada 26 Februari nanti.

“Program yang dinamakan “Projek Khidmat Komuniti – SUKSIS Berbakti” ini merupakan salah satu pengisian aktiviti yang telah disenaraikan dalam SMART edisi pertama yang dihoskan oleh UniMAP.

“Dalam projek ini kita telah menyenaraikan lima aktiviti utama yang dijalankan secara serentak iaitu menceriakan jejambat di Lebuhraya Changlun – Kuala Perlis, menaiktaraf dan memperbaiki rumah keluarga daif, program motivasi sekolah, bantuan ihsan ke hospital dan pemeriksaan kesihatan percuma di kampung-kampung terpilih,” katanya.

Ujar beliau lagi, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamallulail merangkap Canselor UniMAP berkenan hadir merasmikan kelima-lima projek tersebut.

Ujar beliau, UniMAP amat berbangga apabila penganjuran edisi pertama ini berjaya menghimpunkan lebih 500 anggota Kor SUKSIS termasuk 200 pegawai-pegawai Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

 “Projek-projek seperti ini mungkin pertama kali diadakan dengan tujuan memberi peluang kepada sukarelawan SUKSIS Malaysia bukan saja untuk menggabungjalinkan idea dan kemahiran dan menterjemahkkanya kepada komuniti melalui kempen berbentuk mural ini tetapi juga dalam masa yang sama membantu masyarakat selaras dengan tanggungjawab anggota PDRM,” katanya lagi.

Projek keceriaan ini merupakan projek usahasama dengan pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis dan juga IM4U Malaysia.

Bersempena program SMART itu juga akan diadakan Majlis Majlis Perasmian Karnival Sedekad SUKSIS UniMAP yang akan disempurnakan Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal.

 

 

Pauh Putra, 22 Februari 2017 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan menganjurkan Program Youngpreneurs Go! (YPGo) SSM 2017 di Dewan Kecemerlangan UniMAP, Kampus Pauh Putra pada 24 dan 25 Februari ini.

Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UniMAP, Prof Ir Dr Rezuwan Kamarudin berkata penganjuran program YPGo SSM 2017 diadakan di UniMAP selepas menerima kunjungan Pengerusi SSM, Dato’ Sri Jamil Salleh yang juga  Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Penganjuran ini adalah hasil lanjutan program wacana sosial Dato’ Sri Jamil yang pertama di UniMAP dan sebelum itu beliau dilantik sebagai CEO@Faculty bagi UniMAP pada Mei tahun lalu.

“Program YPGo SSM 2017 ini bertujuan memberi pendedahan sekaligus menggalakkan mahasiswa menceburi bidang keusahawanan sekalipun mereka mengikuti pengajian dalam bidang lain,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Program dua hari berkenaan bakal dirasmikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor UniMAP.

Timbalan Menteri KPDNKK, Dato’ Henry Sum Agong dan Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal dijadualkan turut hadir ke majlis perasmian yang diadakan pada 27 Februari ini.

Dr Rezuwan berkata, antara pengisian program YPGo SSM 2017 ini adalah dengan memberi peluang kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi sekitar Perlis menjalankan perniagaan sepanjang program itu berlangsung.

“Sebanyak 41 gerai jualan dibuka khas untuk pelajar berniaga serta lima buah ‘food truck’ turut mengambil bahagian sekaligus memberi pendedahan kepada pelajar dengan aktiviti perniagaan yang pelbagai.

“Selain itu, antara program menarik yang akan berlangsung adalah taklimat bersama Ikon Usahawan selebriti tanah air seperti Elfira Loy dan Fizo Omar, seminar keusahawan, taklimat daripada agensi-agensi berkaitan keusahawanan serta aktiviti riadah seperti Treasure Hunt,” kata beliau.

Selain memberi pendedahan mengenai keusahawanan, antara objektif program YPGo SSM 2017 itu adalah bagi mempromosikan pendaftaran perniagaan kepada pelajar IPT secara percuma.

Terdahulu, kerajaan telah memperuntukkan geran khas sebanyak RM10 juta yang disalurkan melalui SSM dalam tempoh 10 tahun untuk tujuan berkenaan.

Kuala Lumpur, 18 Februari – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya meraih kejayaan 100 peratus pada Malaysia Technology Expo (MTE) 2017 yang berlangsung pada 16 hingga 18 Februari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Dekan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) UniMAP, Prof. Dr. Syed Alwee Al Junid Syed Junid berkata, menerusi pertandingan tersebut, delegasi UniMAP berjaya memenangi tiga pingat emas, tujuh pingat perak dan sembilan pingat gangsa.

Selain itu, UniMAP turut berjaya meraih satu Anugerah Merit menerusi Prof. Madya. Dr. Zainab Hamzah.

“Adalah sesuatu yang membanggakan apabila ketiga-tiga produk yang meraih pingat emas turut mendapat Anugerah Penyelidik Terbaik dan Anugerah Khas Antarabangsa.

“Anugerah Penyelidik Terbaik dianugerahkan kepada penyelidikan Robust Green Composite Solder Paste hasil inovasi Dr. Norainiza Saud serta produk Energy Management System Controller hasil penyelidikan Ir. Dr. Rosnazri Ali, ” katanya ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah MTE 2017, di sini semalam.

Sementara itu satu lagi produk penyelidikan UniMAP iaitu Portable Room Temperature Gas Sensor Utilizing r-Go hasil inovasi Dr. Muhammad Mahyiddin Ramli memperoleh Anugerah Khas dari Croatia.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Presiden, Persatuan Saintis Penyelidikan Malaysia (MARS), Dr. Wan Manshol Wan Zin.

Dr. Syed Alwee berkata, penyertaan UniMAP pada MTE 2017 lebih menumpukan kepada produk-produk yang dihasilkan penyelidik-penyelidik muda.

“Saya percaya dengan pendedahan yang diberikan ini akan dapat memupuk minat yang lebih mendalam terhadap bidang penyelidikan sekaligus akan dapat menghasilkan lebih banyak teknologi baharu selaras dengan hasrat kerajaan yang ingin untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020,” katanya lagi. Sementara itu, pada majlis yang sama, Prof. Dr. Syed Alwee Al Junid Syed Junid, dianugerahkan Anugerah Penyelidik Paling Menonjol (Outstanding Inventor Award) pada Malaysia Technology Expo(MTE) 2017.

Anugerah itu diberikan atas pencapaian beliau yang telah meraih pelbagai anugerah terbaik sepanjang menyertai MTE serta bagi menghargai sumbangan beliau yang sentiasa aktif membantu penyelidik untuk menyertai pertandingan penyelidikan seperti MTE.

MTE 2017 merupakan ekspo penyelidikan tahunan anjuran MARS.

Ia mempertandingkan lebih 300 produk dari dari kolej, politeknik, universiti dan sekolah dari dalam dan luar negara.

Kangar , 26 Januari  –Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menggerakkan misi Ops Banjir Pantai Timur Fasa 1 bagi tahun ini ke Kelantan dalam usaha membantu proses pembersihan kawasan banjir di beberapa kawasan yang terjejas.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniMAP, Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan berkata seramai 35 sukarelawan yang terdiri daripada 20 lelaki dan 15 perempuan terlibat bagi melaksanakan misi berkenaan.

Menurutnya, mereka ditempatkan di Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan, Kubang Kerian dan bakal menumpukan usaha pembersihan di tiga lokasi pemindahan banjir sementara bermula 24 hingga 27 Januari ini.

“Antara lokasi berkenaan ialah Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jajahan Pasir Puteh, pusat pemindahan sementara mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Canggai dan di SK Wakaf Raja.

“Pengisian aktiviti misi kali ini adalah membersihkan dan mencuci pejabat JKM Pasir Puteh termasuk dua pusat pemindahan ini selain menganjurkan aktiviti bersama kanak-kanak mangsa banjir seperti mewarna, tarian  serta gotong-royong memasak bersama Anggota Perkhidmatan Awam (APM) serta JKM,” kata beliau ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Foad berkata UniMAP turut mendapat kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor HEPA UniMAP, Jabatan HEPA UniMAP, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2016/17 serta Kelab Sukarelawan UniMAP selain kerjasama HEPA USM, JKM Pasir Puteh dan APM Kelantan.

Katanya, selain bantuan membersihkan kawasan yang terjejas itu UniMAP juga mengadakan sesi perkongsian, motivasi serta interaksi bersama mangsa-mangsa banjir dalam usaha mengurangkan tekanan kepada mereka.

“UniMAP turut menghulurkan bantuan berupa barangan keperluan kepada JKM dan APM bagi memberi sokongan serta melancarkan usaha agensi terbabit dalam membantu mangsa banjir,” katanya.

Untuk rekod, pada Januari tahun lalu UniMAP menggerakkan misi bantuan pasca banjir dengan membabitkan 2000 sukarelawan pelajar dan kakitangan UniMAP sendiri melibatkan tujuh fasa bagi membantu mangsa banjir di Kelantan.

Sukarelawan UniMAP bergambar kenangan sejurus tiba di pejabat JKM Pasir Puteh, Kelantan.

Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan memberi taklimat kepada sukarelawan UniMAP sebelum upacara pelepasan ke Kelantan bagi Misi Ops Banjir Pantai Timur Fasa 1.

Sukarelawan UniMAP melakukan aktiviti mewarna bersama anak-anak mangsa banjir di pusat pemindahan sementara SK Canggai.

Kangar, 25 Januari - Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus menerima pengiktirafan pihak luar apabila dua pensyarahnya dilantik sebagai penasihat penyelidikan Fakultas Matematik dan Ilmu Pengetahuan Alam (FMIPA) di Universitas Negeri Makasar (UNM), Indonesia.

Prof. Madya Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah dan Dr. Mohd Arif Anuar Mohd Salleh dilantik atas kesarjanaan masing dalam penyelidikan dan penerbitan jurnal terutama dalam bidang geopolimer dan teknologi hijau.

Pelantikan untuk tempoh dua tahun itu, secara tidak langsung akan menyerlahkan lagi keterlihatan UniMAP di peringkat antarabangsa sekaligus meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia amnya.

Menurut Dr. Mohd. Mustafa Al-Bakri, FMIPA merupakan fakulti yang terbesar di UNM dengan mempunyai enam jabatan antaranya Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik.

“Pelantikan ini juga merupakan dibuat selepas FMIPA dan UNM kini dalam  perancangan membudayakan dan memperkasakan penyelidikan dan penerbitan dikalangan pensyarah-pensyarahnya agar lebih menyerlah di peringkat antarabangsa,” ujar beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pelantikan kedua-dua pensyarah tersebut di buat dalam satu majlis ringkas bersempena sesi Kuliah Tamu CEGeoGTech UniMAP anjuran FMIPA khusus untuk lembaga penyelidikan UNM dengan dihadiri oleh Timbalan Rektor Prof. Dr. Gufran Darma Dirawan, M.Ed. (Bidang Pengembangan dan Kerjasama).

Dr. Mohd Mustafa menyampaikan kuliah bertajuk, Analisa Pencapaian Penyelidikan dan Penerbitan UNM & Strategi Membudayakan Penyelidikan UNM manakala Dr. Mohd Arif menyampaikan kuliah berkaitan Strategi Penerbitan Berimpak.

Dalam masa yang sama, Dr. Mohd Mustafa Al-Bakri berkata, beliau bersama dua lagi penyelidik CEGeoGTech, Dr. Rafiza Abdul Razak dan Dr. Zarina Yahya turut menyampaikan kuliah tamu Teknologi Hijau dan Geopolimer kepada 60 orang mahasiswa yang menjalankan kajian penyelidikan dalam bidang geopolimer.

Ujar beliau, inisiatif perkongsian ilmu ini turut bertujuan untuk meningkatkan penyelidikan dalam bidang  geopolimer dan teknologi hijau yang mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara.

“CEGeoGTech UniMAP sememangnya telah dikenali dalam aspek penyelidikan dan penerbitan teknologi ini dimana UniMAP kini menghuni tangga pertama dalam bidang geopolimer berdasarkan pengkalan data Scopus bagi tempoh 5 tahun terakhir ini. 

“Hasil lawatan kali ini juga, CEGeoGTech UniMAP telah bersetuju untuk menerima beberapa orang pelajar FMIPA bagi menjalankan penyelidikan geopolimer di UniMAP bagi tempoh satu hingga tiga bulan, ujarnya lagi.

Beliau menambah, jalinan kerjasama ini juga diharap dapat meningkatkan mobiliti kedua-dua universiti dan pada masa sama kedua-dua institusi juga bersetuju untuk menghasilkan penerbutan secara bersama.

Kangar , 19 Januari  – Pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) Universiti Malaysia  Perlis (UniMAP) dinobatkan sebagai johan di Perasmian Penutup Majlis Menghafaz Al-Quran peringkat negeri Perlis, hari ini.

Nur Syuhada Tasnim Kayati, 21, pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik meraih kemenangan itu bagi kategori 20 juzuk dan bakal mewakili negeri ke peringkat kebangsaan di Melaka pada Mac depan.

Nur Syuhada yang  juga diberi gelaran Srikandi Syuhada berkata, makluman pertandingan tersebut diketahui menerusi laman sosial Facebook seterusnya mengambil inisiatif menghubungi pihak Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi menyertainya.

“Saya juga pernah menyaksikan pertandingan ini pada sesi lepas sekaligus mendorong saya untuk menyertainya pada tahun ini dengan pergi ke MAIPs bagi mendaftar pada 6 Januari lalu.

“Saya tidak menyangka berjaya meraih johan bagi kategori 20 juzuk memandangkan perlu bersaing dengan ramai peserta yang hebat-hebat di pertandingan tersebut,” katanya ketika dihubungi selepas kejayaan berkenaan.

Nur Syuhada yang berasal dari Wakaf Bharu, Kelantan itu bercita-cita menjadi seorang pensyarah dan mula menghafaz Al-Quran sejak tingkatan satu sehingga tamat pada bulan November ketika masih di tingkatan empat.

Anak keempat dari enam beradik itu berkata, dia sudah bersedia bagi pertandingan peringkat kebangsaan walaupun masih di tahap sederhana dan akan melakukan yang terbaik kerana berpeluang mengulang hafazan sepanjang cuti semester.

Katanya, sebelum ini dia terikat dengan jadual harian yang sangat padat sebagai pelajar jadi pengurusan masa bagi mengulang hafazan adalah berorientasikan waktu solat dengan sedaya upaya memanfaatkan setiap waktu solatnya.

“Adakalanya saya banyak memanfaatkan waktu selepas solat Subuh untuk mengulang hafazan saya kerana waktu berkenaan adalah lebih berkat seperti yang disarankan oleh guru-guru saya sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Islam UniMAP, Nasrul Che Ali berkata Nur Syuhada menerima sijil penyertaan, sepasang kain dan wang tunai RM3,000 di atas kejayaan buat julung kalinya bagi UniMAP itu.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man di Masjid Tun Abdul Razak, Repoh, di sini.

Kangar, 6 Januari – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini telah mengaktifkan bilik gerakan bencana bertujuan untuk mengutip bantuan bagi membantu mangsa banjir  yang sedang di Kelantan dan Terengganu.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, bilik gerakan bencana akan beroperasi menyelaraskan kutipan sumbangan untuk disumbangkan kepada mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.

“Kita telah mula membuka bilik gerakan serta merta di Bilik Seminar Za,ba, Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) UniMAP, Taman Pertiwi Indah.

“Kita mengalu-alukan sumbangan berbentuk wang tunai, makanan kering, beras, minyak masak, makanan dalam tin, air mineral serta barang keperluan harian seperti tuala, tuala wanita, lampin pakai buang, selimut, sabun, ubat gigi, berus gigi dan lain-lain keperluan yang bersesuaian,” katanya ketika ditemui, semalam.

Ujar beliau lagi, sekiranya ada pihak yang bermurah hati untuk menyumbang bantuan kepada mahsa banjir bolehlah menghubungi pegawai yang bertugas Norazam Abdul Rashid di talian 014-3961901 (Hotline - 24 jam) dan 04-9798411 (Pejabat) atau datang sendiri di:

 

BILIK GERAKAN BENCANA UniMAP

No.2, Blok D, Taman Pertiwi Indah
Jalan Kangar - Alor Setar, Seriab
01000 Kangar, PERLIS

Kangar, 14 Disember 2016 - Lima Program Kejuruteraan Universiti Malaysia Perlis menerima Pengiktirafan Akreditasi untuk tiga tahun bermula 2016 hingga 2018 dari Majlis Akreditasi Kejuruteraan (EAC).

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, berkata, lima program tersebut adalah Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mikroelektronik, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Rekabentuk Produk, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan  dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Polimer.

“Kita telah menerima Sijil Perakuan Akreditasi untuk lima  program Kejuruteraan UniMAP bagi sesi Lawatan Penilaian Akreditasi EAC pada Mac yang lalu.

“Hasil dari lawatan tersebut, Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) / Board of Engineers Malaysia (BEM) telah bersetuju untuk memberikan perakuan keputusan rasmi akreditasi bagi kelima-lima program Kejuruteraan di UniMAP,”katanya ketika ditemui selepas Program Perjumpaan Bersama Pengurusan Tertinggi UniMAP, di Kampus Kubang Gajah, di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Foad Sakdan dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Prof. Ir. Dr. Rezuwan Kamaruddin.

Ujar beliau lagi, pengiktirafan yang diperolehi UniMAP itu merupakan hasil kerja keras semua warga UniMAP yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi sepanjang lawatan tersebut berlangsung.

Kangar, 14 Disember 2016 – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menyumbangkan sebanyak 3,449 perabot terpakai kepada  sekolah-sekolah dan organisasi terpilih yang memerlukan.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata perabot-perabot yang masih baik itu sebelum ini adalah kelengkapan Kolej Kediaman Zon Kuala Perlis yang telah ditutup operasinya secara rasmi pada semester lalu.

“Antara perabot itu ialah katil, almari, meja dan kerusi pelajar diserahkan kepada 23 buah sekolah selain institusi pengajian di sekitar negeri Perlis, Kedah serta Kelantan agar mereka dapat memanfaatkannya.

“Secara tidak langsung, ia menjadi program tanggungjawab sosial korporat universiti (UCSR) yang diamalkan UniMAP sejak awal penubuhan lagi,” kata beliau ketika berucap di majlis penyerahan sumbangan perabot di Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail (KKE) UniMAP, di sini, hari ini.

Hadir sama ke majlis itu ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Foad Sakdan, Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Dr. Mohd. Mizan Mohamad Aslam dan Pengerusi Majlis Pengurusan Kolej Kediaman UniMAP Hirwan Jasbir Jaafar.

Dalam majlis itu, Zul Azhar turut menyampaikan surat penyerahan perabot berkenaan kepada wakil-wakil sekolah yang hadir sebagai simbolik penyerahan sumbangan itu.

Sementara itu, Pengarah Pusat Ko-kurikulum UniMAP Prof. Dr. Zaliman Sauli yang mewakili Pengetua Pusat Dakwah Jeli, Kelantan berkata perabot yang dibawa ke sekolah berkenaan adalah bagi melengkapkan keperluan di asrama sekolah itu.

“Sebelum ini saya pernah melawat ke sekolah itu dan mendapati hanya mempunyai tilam sebagai alas tidur mereka, justeru 100 katil dan lain-lain perabot yang disumbangkan ini akan memberi lebih keselesaan kepada pelajar-pelajarnya.

“Sekolah itu juga sentiasa aktif dengan program-program malah sering menerima lawatan luar, maka kelengkapan perabot ini juga dapat memberi kemudahan kepada pelawat-pelawat yang datang,” katanya.

Senarai sekolah yang terlibat beserta sumbangan perabot.

BIL

PEMOHON

KATIL SINGLE

KATIL DOUBLE

ALMARI SINGLE

ALMARI DOUBLE

MEJA

KERUSI

1

MAKTAB MAHMUD PADANG TERAP

 

 

75

 

20

191

2

SMA MAAHAD AKADEMI ISLAM KEDAH

10

25

50

 

 

 

3

MAAHAD TAHFIZ AL HIKMAH

15

 

25

 

50

 

4

BUSINESS SCHOOL ASSOCIATION (BESCA) PPIPT

 

 

 

 

40

40

5

PUSAT DAKWAH JELI ( PONDOK MODEN)

100

 

50

100

100

6

MDRASAH MIFTAHUL HIDAYAH

 

30

50

 

100

0

7

RUMAH MAK TEH

 

10

20

 

20

 

8

SEK.MEN.AGAMA AL HANAFIAH

 

13

 

13

50

0

9

TAHFIZ AL IMAN

 

12

 

13

 

 

10

MAAHAD ZAINIL ABIDIN

30

 

 

13

50

0

11

MAAHAD TAHFIZ AL - FITYAN

60

 

 

25

100

0

12

MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AR RAUDHAH (LELAKI)

20

 

 

13

30

0

13

PUSAT TAHFIZ AL-QURAN SERENDAH GOLF RESORT

15

 

 

5

2

0

14

PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ AL QURAN LIL BANIN

30

 

 

13

50

0

15

PERTUBUHAN KEBAJIKAN TERATAK NUHAIRI SEDIM

20

 

 

5

 

 

16

MA'HAD ATTARBIYAH AL-ISLAMIYAH

30

 

 

13

50

 

17

INSTITUT PENGAJIAN TINGGI ISLAM PERLIS

30

 

 

13

50

 

18

SEK.MEN.AGAMA IHSANIAH

90

 

 

36

150

 

19

MA'HAD TAHFIZ AL QURAN AL IMAM AN NAWAWI (MATIN),

60

 

 

50

100

 

20

YAYASAN ANAK-ANAK YATIM PIATU BEHOR TEMAK

10

 

 

5

 

 

21

SEK.MEN.KEB DATO' JAAFAR HASSAN

30

 

 

25

50

 

22

DARULSSALAM, KG CHANGKAT SETOI, CHANGLUN

53

 

 

30

80

 

23

KUIPS

91

 

350

 

350

 

JUMLAH PEMOHONAN

694

90

570

322

1,442

331

 

 

 

 

 

Kangar, 13 Disember 2016 –  Seramai 30 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terpilih menerima Bantuan Pelajaran Yayasan Tunku Abdul Rahman (BPYTAR) selepas berjaya dalam sesi temuduga yang dikendalikan baru-baru ini.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata, selain melalui proses temuduga, pemilihan pelajar-pelajar itu juga adalah dari kalangan pelajar yang dikenalpasti benar-benar dalam kategori kurang berkemampuan.

“Selain daripada itu, kita juga turut menilai prestasi akademik pelajar serta memiliki semangat juang yang tinggi untuk berjaya berdasarkan ‘pointer’ cemerlang yang mereka perolehi setiap semester.

“Setiap pelajar yang terpilih ini menerima sumbangan sebanyak RM3,000 setiap seorang dan saya amat berharap pelajar-pelajar yang telah terpilih ini dapat memanfaatkan sumbangan ini sebaik-baiknya,” kata beliau ketika menyampaikan ucapan di Majlis Penyerahan Zakat  BPYTAR di Dewan Keikhlasan, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) Prof. Madya Dr. Mohd Foad Sakdan dan Dekan HEPA Prof Madya Razli Ahmad.

Menurut Zul Azhar, pihak UniMAP berbesar hati di atas sumbangan dan peruntukan yang disediakan oleh pihak Yayasan Tunku Abdul Rahman dengan jumlah keseluruhan peruntukan ialah RM90,000.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak yayasan di atas keprihatinan menyalurkan zakat ini untuk membantu pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban mereka.

“Malah, Pihak UniMAP juga turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM1,000 setiap seorang kepada tiga pelajar yang rumah keluarga mereka musnah dijilat api beberapa bulan yang lalu,” kata beliau.

Sungai Chuchuh, 4 Disember 2016 – Seramai 500 peserta menyertai pelbagai program sempena program Jom Fit bersama Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi   (SUKSIS) yang berlangsung di Kampus Uniciti ALAM Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), di sini hari ini.

Program anjuran Kelab SUKSIS UniMAP dan Pusat Sukan UniMAP itu mempertandingkan  tiga acara iaitu ‘5 Kilometer Zorro Run’, ‘Fear Factor Physical Fit’ dan Sukan Rakyat.

Pengarah Program, Danial Mirza Muammar Rozilan berkata, Jom Fit SUKSIS dianjurkan bertujuan meningkatkan kecergasan badan dan kecergasan minda warga SUKSIS di samping menguji ketahanan mental serta fizikal.

“Program Jom Fit ini adalah program yang pertama kali diadakan dan kami tidak menyangka mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.

Selain anggota SUKSIS, warga UniMAP dan penduduk setempat turut mengambil peluang menyertai acara-acara ini sekaligus memberi impak positif kepada komuniti setempat,” kata beliau.

Sementara itu, Timbalan Komandan Kor SUKSIS, Supt./KS Prof Madya Dr. Khairul Nizar Ismail melancarkan upacara pelepasan ‘5KM Zorro Run’ manakala upacara penutup disempurnakan oleh ASP/KS Raja Shah Erman Raja Arifin.

Turut hadir Pengetua Kolej Kediaman Uniciti Alam Tuan Syed Akhmal Syed Jamalil, Presiden Kelab SUKSIS UniMAP Muhammad Ikhwan Faruk Abdul Karim, Pegawai Latih dan Jurulatih Kor SUKSIS.

Selain acara-acara menarik berkenaan, Unit Tabung Darah Hospital Tuanku Fauziah turut membuka peluang kepada peserta dan orang ramai untuk menderma darah.

Kangar, 4 Disember – Penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) merangkul 14 pingat  dan 2 anugerah khas pada Pameran Reka Cipta Antarabangsa Seoul (SIIF) 2016 yang berlangsung di COEX, Seoul, Korea Selatan.

Pada pameran tersebut yang berlangsung selama empat hari mulai 1 Disember itu, penyelidik UniMAP membawa pulang 4 pingat emas, 4 pingat perak dan 6 pingat gangsa daripada lebih 639 produk yang mengambil bahagian daripada lebih 31 buah negara.

Rekaan produk UniMAP, Hybrid Wireless-Fiber Utilizing Flexible Cross Correlation (FCC) Code for Future Network Accessibility hasil rekaan Dr. Mohd Rashidi Che Beson, Prof. Dr. Syed Alwee Aljunid Syed Junid dan Prof. Madya Ir. Dr. Anuar Mat Safar menyumbang pingat emas pada pameran tersebut.

Tiga lagi produk yang menyumbang pingat emas ialah Saw Based Sensor For E-Coli Detection hasil penyelidikan Prof. Dr. Uda Hashim dan Dr. Mohammad Nuzaihan Md Nor; Photovoltaic Powered Uninterrupted Power Supply (UPS)  rekaan Prof. Madya Dr. Muzamir Isa dan Uni-Fez®:A Novel Fetilizer From Agricultural Waste yang merupakan hasil penyelidikan Dr. S. Ragunathan.

Disamping itu, dua lagi produk penyelidikan hasil rekaan Dr. Midhat Nabil Ahmad Salmi dan Dr. S. Ragunathan menerima anugerah khas daripada National Research Council of Thailand dan Institute of Applied Computer Science, Poland.

Dr. Mohd Rashidi berkata, produk Hybrid Wireless-Fiber FCC OCDMA yang dibangunkan oleh beliau dan penyelidik bersama membolehkan akses internet berkelajuan tinggi dicapai oleh pengguna pada kos yang sangat rendah.

Ujar beliau lagi, Integrasi antara Wireless dan Fiber Optik ini berpotensi untuk meningkatkan rangkaian yang sangat dinamik merangkumi kelajuan tinggi yang mesra alam sekitar.

“Sistem produk ini menawarkan mobiliti yang luas serta menyediakan jalur lebar yang mantap untuk pelbagai aplikasi penting seperti Fiber-to-the-Home (FTTH) di kawasan luar bandar, kereta api berkelajuan tinggi, Internet of Things (IoT) serta untuk kegunaan industri minyak dan gas,” ujar beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

SIIF merupakan pameran ciptaan terbesar di dunia bagi pencipta dan penyelidik mempamerkan idea-idea baharu dan produk mereka kepada pengeluar, pelabur, pengedar, syarikat pelesenan dan orang awam.

Ia dianjurkan oleh Pejabat Harta Intelek Korea (KIPO) dan disokong di peringkat antarabangsa oleh Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) dan Persekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan Pencipta (IFIA).

Pauh Putra, 3 Disember 2016 – Pelajar universiti digalakkan bergiat aktif dalam badan beruniform dan aktiviti ko-kurikulum kerana ia sangat penting bagi sektor pekerjaan di masa akan datang.

Pesanan itu diberikan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Ahmad Shapawi Ismail ketika berucap merasmikan The Festival of Martial Arts anjuran Pusat Ko-kurikulum Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 2016 dengan kerjasama Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri Perlis di Dewan Ilmu, di sini, hari ini.

Ahmad Shapawi berkata walaupun pada masa kini penyertaan dalam aktiviti ko-kurikulum adalah syarat wajib untuk bergraduasi tidak seperti zaman universiti dahulu namun pelajar yang memanfaatkannya akan memperolehi pengalaman yang berguna di masa hadapan.

“Jangan pernah rasa menyesal atau terpaksa menyertai program seperti ini dengan menjadikan penglibatan sebagai ilmu kerana melalui penganjuran program, ia juga melatih anda untuk menjadi pemimpin.

“Selain itu, pelajar juga dapat memperolehi pengalaman mengendalikan sesuatu acara atau program serta dapat mempelajari ilmu mempertahankan diri terutama ketika jenayah yang kian berleluasa pada masa kini,” katanya.

Turut hadir ke majlis perasmian itu ialah Pengarah Pusat Ko-Kurikulum UniMAP, Prof Dr Zaliman Sauli, Timbalan Pengarah Pusat Sukan UniMAP Nazmizan Muhammad, wakil Majlis Sukan Negeri Perlis, Noor Zaidi Hamad serta jurulatih-jurulatih seni mempertahankan diri yang terlibat.

Sementara itu, Dr Zaliman berkata bagi semester tahun satu 2016/2017,  seramai 1320 pelajar mendaftar kursus kategori seni mempertahankan diri manakala  805 pelajar mendaftar teras sukan seperti memanah, tenis, olahraga, ragbi dan sebagainya.

Katanya, lebih 800 pelajar menyertai festival julung kali diadakan itu dengan 40 kategori pertandingan melibatkan silat olahraga, taekwon-do dan karate-do.

“Ini merupakan satu kejayaan bagi UniMAP berjaya mengumpulkan ramai peserta dari tiga seni mempertahankan diri ini kerana ia adalah pertama kali dianjurkan.

“Ia sekaligus memberi pendedahan kepada pelajar mengenai aspek-aspek penganjuran sesuatu kejohanan selain dapat mengeratkan silaturahim sesama mereka,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan di majlis itu.

Arau, 28 November – Atlit dari Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (IKOM), Mohd. Fauzi Md. Amin muncul raja pecut Kejohanan Olahraga Tertutup Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Kali Ke-12 apabila meraih pingat emas bagi acara 100 dan 200 meter.

Mohd. Fauzi, pelajar tahun tiga Komunikasi Media Baharu itu turut mencatatkan rekod baharu bagi kedua-dua acara tersebut sekaligus membolehkan beliau dinobatkan sebagai Olahragawan Kejohanan.

Olahragawati kejohanan pula menjadi milik Nurathirah Abd. Fathah dari Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Sistem Elektrik selepas meraih tiga pingat emas menerusi acara 100 dan 200 meter serta lompat jauh selain turut mencatatkan rekod kejohanan bagi acara 200 meter.

Mohd. Fauzi berkata, kejayaan tersebut merupakan sesuatu yang cukup bermakna memandangkan beliau kini berada di tahun akhir pengajian.

“Sepanjang tiga tahun di UniMAP, saya tidak pernah berpeluan meraih pingat emas kedua-dua acara ini dan terpaksa akur dengan kehebatan rakan sepasukan dalam kejohanan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) yang mewakili Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK).

“Namun Alhamdulillah, tahun ini rezeki berpihak kepada saya apabila berjaya meraih dua pingat emas sekaligus mencatatkan rekod baharu kejohanan. Lebih manis lagi, apabila dinobatkan selaku olahragawan kejohanan.

“Insya Allah, saya akan menggunakan tempoh masa terakhir pengajian untuk menyumbangkan sesuatu buat kontinjen UniMAP pada Kejohanan Olahraga MASUM yang akan berlangsung di UniMAP April, depan,” ujarnya.

Kejohanan Olahraga Tertutup UniMAP Kali Ke-12 disertai oleh 12 pasukan dari pusat pengajian di UniMAP membabitkan lebih 6,000 atlit keseluruhannya. Bagi edisi kali ini, PPK Sistem Elektrik terus mengekalkan kejuaraan untuk kali keempat berturut-turut selepas meraih 8 pingat emas, 6 pingat perak dan 2 pingat gangsa.

Tempat kedua menjadi milik PPK Komputer dan Perhubungan dengan 3 pingat emas, 5 pingat perak dan 5 pingat gangsa manakala tempat ketiga dimenangi oleh FTK dengan 3 pingat emas, 3 pingat perak dan 3 pingat gangsa.

Majlis penutup disempurnakan oleh Dekan Pusat Pengurusan Akademik yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Prof. Ir. Dr. Rezuwan Kamaruddin.

Pengarah Pusat Sukan UniMAP, Hj. Suhizaz Sudin berkata, kejohanan dianjurkan khusus untuk memilih atlit-atlit yang bakal mewakili UniMAP pada kejohanan olahraga MASUM tahun hadapan.

“Sebagai sebuah universiti yang berfokuskan kejuruteraan, persiapan rapi dan latihan berterusan amat diperlukan bagi membolehkan atlit UniMAP mampu memberikan saingan pada kejohanan MASUM yang sebahagian besarnya disertai oleh atlit-atlit kebangsaan.

“Justeru kejohanan peringkat dalaman ini amat penting bagi kami memilih atlit-atlit yang berbakat untuk membawa cabaran UniMAP di MASUM kelak,” ujarnya.