Perlis Kekal Juara Piala Emas Raja-Raja 2014

Kangar, 22 Disember  2014 – Pasukan Perlis yang diwakili para pemain dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)Temp files terus mengekalkan kejuaraan GT Radial Piala Emas Raja-Raja 2014 buat kali kedua berturut-turut dengan menewaskan Pahang 2- 1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Mini Majlis Perbandaran Temerloh, malam tadi.

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin berkata, kejayaan itu sekaligus terus mengekalkan kejuaraan Perlis untuk tahun kedua berturut-turut.

 “Saya melihat para pemain sangat fokus ketika perlawanan kerana pada babak pertama, Perlis ketinggalan 1-0 dengan jaringan sulung pasukan Pahang menerusi Fauzi Roslan pada minit ke-32.

Para pemain sentiasa menggunakan peluang yang ada untuk mencari gol penyamaan sehingga pada minit ke 75,  Andrien Jurad Chamrong berjaya menyempurnakan peluang yang datang menerusi sepakan percuma,” katanya.

Pahang terpaksa akur dengan kekalahan ditempat sendiri selepas Anas Shaharom berjaya muncul sebagai wira Perlis menerusi rembatan jarak jauh dari luar kotak penalti pada minit terakhir permainan sekaligus menewaskan penjaga gol Pahang, Mohd Wafieyuddin.

Sementara itu, Andrien Jurad telah dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Perlis melangkah ke peringkat akhir apabila menewaskan Kelantan 5-0 pada separuh akhir manakala Pahang pula Berjaya menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 3-2.

Prof. Dr. Kamarudin berkata kejayaan ini membolehkan pasukan Perlis membawa pulang piala serta wang tunai RM 40,000.Sebanyak 16 pasukan menyertai Piala Emas Raja-Raja pada tahun ini dan semua pasukan diundi untuk berada di dalam empat kumpulan yang telah ditentukan.

Piala Emas Raja-raja 2014

Piala Emas Raja-raja 2014

Piala Emas Raja-raja 2014

 

Piala Emas Raja-raja 2014