UniMAP Jaga Alam Menerusi Kursus Ko-Kurikulum

Kangar, 10 Mac – Dalam usaha memberi pendedahan dan penghayatan beberapa aspek kemahiran insaniah termasuk mencintai alam sekitar, Universiti Malaysia Perlis (UniMAPTemp files) menawarkan kursus ko-kurikulum Manusia dan  Kelestarian Alam kepada pelajar universiti itu.

Kursus ini merupakan yang pertama ditawarkan di UniMAP dengan diselaraskan oleh Penyelaras Kampus Lestari, Dr Siti Khadijah Zaaba serta disertai 40 pelajar yang berdaftar kursus berkenaan.

Taklimat kursus itu diberikan oleh Dr Siti Khadijah dan dimulakan oleh Ts Dr Irnis Azura Zakarya dengan menyampaikan kuliah berkaitan kompos, termasuk teknik yang digunakan bagi menghasilkan kompos daripada sisa makanan.

Menurut Dr Siti Khadijah, pelajar bukan sahaja diberi penerangan malah turut dibawa bagi menghasilkan baja kompos menggunakan Sistem Kompos Mudah (SKM) yang dilaksanakan berhampiran Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP).

“Lebih menarik, seramai tujuh pensyarah kanan dari pelbagai pusat-pusat  pengajian UniMAP secara sukarela bekerjasama di dalam melaksanakan aktiviti ko-kurikulum itu.

“Pelajar  dibahagikan kepada tujuh kumpulan bagi menjalankan projek yang telah dirancang oleh setiap tujuh pensyarah kanan berkenaan ,” katanya.

Antara pensyarah kanan yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dirancang ialah Dr Umi Fazara Md Ali, Dr Shuhaida Yahud, Dr Norshah Aizat Shuaib, Dr Ragunathan Santiagoo, Dr Sara Tasina Yusof  serta Dr Irnis Azura dan Dr Siti Khadijah sendiri.

Ujar Dr Siti Khadijah, selain kompos aktiviti yang dijalankan ialah menanam pokok, plogging, kitar semula, hidroponik, akuaponik dan carbon footprint.

“Selain aspek kemahiran insaniah kecintaan alam sekitar, aktiviti-aktiviti ini juga dapat memberi pendedahan mengenai kepimpinan, kerjasama, disiplin selain penyaluran tindakan yang berstruktur.

“Kursus ini juga memperbanyakkan platform kerjasama antara universiti lain samada di dalam atau luar negara melalui aktiviti kokurikulum,” katanya.

Jaga Alam

Jaga Alam

Jaga Alam

Jaga Alam