Penyelidik UniMAP Cemerlang 100 Peratus IPITEX 2019 Thailand

Kangar, 8 Februari – Universiti Malaysia Perlis (UniMAPTemp files) terus melakar kejayaan dalam penyelidikan peringkat antarabangsa apabila meraih 100 peratus pingat di Bangkok International Intellectual Property Invention, Innovatioan and Technology Exposition (IPITEX 2019).

Pencapaian itu adalah melalui pecahan enam  pingat emas, enam perak dan tiga gangsa yang dicapai oleh 15 penyelidik Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) yang menyertai pameran yang berlangsung di Bangkok International Trade & Exhibition Centre, Thailand.

Ketua Delegasi UniMAP, Prof Madya Dr Mohd Mustafa Al-Bakri Abdullah yang juga pensyarah serta Exco Persatuan Penyelidikan Inovasi Malaysia (MyRIS) berkata lebih membanggakan UniMAP turut meraih anugerah khas daripada beberapa buah negara antaranya Anugerah Khas Poland dan Anugerah Khas University of Sibiu Romania.

Katanya, antara penyelidikan yang menerima pingat emas ialah UHT Boiler : Design And Development Of Automated Machine For Dadih And Milk, Geo-Sleepers, Geopolymer Ceramics for Electrical Applications, Phase Stabilized Lead-Free Solder For Aerospace Electronic Interconnect Application, A Novel Geopolymer Reinforced Lead Free Solder For High Power Module Applications, dan New Innovative Palm Trunk Plywood.

“Kita perlu bersaing dengan lebih 1000 inovasi penyelidikan yang dipertandingkan membabitkan 25 buah negara justeru kejayaan ini sekaligus menyuntik semangat kita untuk mencapai lebih banyak kejayaan sepanjang tahun ini walaupun perlu bersaing dengan negara-negara lain yang lebih hebat,” kata beliau ketika dihubungi.

Selain daripada CEGeoGTech UniMAP, sebanyak 27 sekolah Malaysia dibawah penasihatan UniMAP MyRIS juga turut serta kerana ia terbuka kepada penyelidik sekolah, universiti dan industri.

Antara sekolah Malaysia lain yang menyertai IPITEX kali ini ialah SMS Hulu Selangor, SMS Kuala Selangor, SMS Selangor, Kolej TunkuKursiah, Kolej Vokasional Keningau, SM St. Michael Penampang, SMAP Kajang, SMK Ibrahim Kedah, SK Sena Perlis, SMK UluTiram Johor, SK Kayang Perlis, SMK Lake Sarawak, SJKT RRI Sg. Buloh, SJKT Permas Jaya dan banyak lagi.

IPITEX 2019 yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Thailand, ACM Prajin Juntong telah berlangsung selama empat hari mulai 2 hingga 6 Februari dengan disertai Kanada, India, China, Iran, Indonesia, Romania, Poland, Vietnam, Philippine, Jepun, Korea Selatan, Croatia, Taiwan dan beberapa yang lain selain tuan rumah Thailand.

ipitex 2019