Pengerusi Majlis Profesor UniMAP Tokoh Maal Hijrah 1440H

PAUH PUTRA, 5 Oktober– Pengerusi Majlis Profesor Universiti Malaysia Perlis (UniMAPTemp files) Datuk Prof. Dr. Ali Yeon Md Shakaff dipilih dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 2018/1440Hijrah peringkat UniMAP di sini.

Mantan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP itu memulakan tugas sebagai pendidik pada 1988 di Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Sains Malaysia sehingga menyambung khidmat di UniMAP pada 2002.

Prof. Dr. Ali Yeon menerima Sijil Penghargaan dan hadiah iringan. Majlis perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal.

Selain Anugerah Tokoh Maal Hijrah, lima lagi anugerah turut dipertandingkan iaitu Anugerah Al-Falah yang dimenangi Majlis Pengurusan Kolej Kediaman, Anugerah Personaliti Maal Hijrah ( empat penerima), Anugerah Tokoh Siswa ( dua penerima), Anugerah Khas Pencetus Ummah (empat penerima) dan Anugerah Khas Agensi terbaik yang dimenangi MSB  Utara Perlis yang merupakan pengusaha Kafeteria Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik UniMAP.

Dalam ucapan perasmian, Prof. Dr. Zul Azhar berkata, bertepatan dengan tema “Menyantuni Umat Membawa Rahmat” UniMAP sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi, mempunyai amanah dan tanggungjawab yang besar terhadap masyarakat.

“Dalam menyantuni kepelbagaian masyarakat hari ini, kita perlu memahami kekuatan dan kelemahan masing-masing dan menyantuni mereka dengan jiwa muafakat dan toleransi yang tinggi.

“Disebabkan inilah UniMAP terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR). Kita berkongsi segala kepakaran yang ada bukan saja untuk masyarakat Perlis, malahan seluruh Malaysia, “katanya.

Ujar beliau lagi, apa yang kita dilakukan itu adalah bagi mewujudkan perasaan saling membantu dan berkongsi kasih sayang, selain keperluan iman dan ilmu di kalangan masyarakat, yang juga hak kemanusiaan.

“Namun begitu, kita tidak harus berbangga dan selesa dengan apa yang kita lakukan ini, kita semua ada tanggungjawab untuk dilaksanakan, antara tanggungjawab tersebut ialah membangunkan umat Islam untuk maju dan berjaya,”katanya lagi.

Maal Hijrah 2018

Maal Hijrah 2018

Maal Hijrah 2018