CeGeoGTech UniMAP Teruskan Kegemilangan Ke Makassar

Arau – Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTechTemp files) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meneruskan kegemilangannya apabila tiga penyelidiknya terpilih menerima pembiayaan penyelidikan antarabangsa selepas satu Memorandum Persetujuan (MoA) ditandatangani dengan sebuah institusi pendidikan di Makassar Indonesia. 

UniMAP diwakili oleh Naib Canselornya, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal manakala Universitas Negeri Makassar (UNM) pula oleh Timbalan Rektornya iaitu Prof Dr. Gufran Darma Dirawan yang berlangsung pada The Third International Conference on Mathematics, Sciences, Technology, Education and Their Applications sempena The First International Symposium on Green Materials and Technology di universiti tersebut baru-baru ini.

Turut hadir adalah Pengurus CEGeoGTech UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah.

Mustafa Al Bakri berkata, UniMAP akan menggunakan kepakaran penyelidikannya manakala UNM akan bertindak sebagai pembiaya penyelidikan itu nanti.

UniMAP juga telah menandatangani perjanjian seumpama ini dengan beberapa Negara lain antaranya India, Vietnam, Australia, Romania,” katanya.

Sehubungan itu bagi penyelidikan bersama UNM ini, tiga penyelidik wanita telah dipilih oleh UNM.

“Mereka yang terpilih adalah dari Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) iaitu Dr. Rafiza Abdul Razak; Dr. Farah Farhana Zainal dan Dr. Norazian Mohamed Noor.

“Malah mereka ini juga masing-masing merupakan pensyarah di Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Bahan dan PPK Alam Sekitar,” katanya. 

Tambahnya lagi, perbincangan kerjasama turut diberi perhatian terutamanya dalam pertukaran staf dan pelajar; penawaran program dual; perkongsian penyelidikan; dan penerbitan jurnal.  

Sementara itu, pada konferen yang sama, lebih 170 pensyarah dan mahasiswa dari universiti sekitar Makassar menunjukkan minat untuk melanjutkan pengajian peringkat pascasiswazah di UniMAP selepas menghadiri sesi taklimat berkenaan universiti tersebut.

Rata-rata mereka melahirkan rasa kagum dengan kelebihan fasiliti, staf akademik yang berpengalaman luas, penerbitan berimpak dan pencapaian serta kejayaan yang diraih UniMAP walaupun hanya berusia 17 tahun.

UniMAP Makassar 1

UniMAP Makassar 2

UniMAP Makassar 3