87 peserta UniMAP sertai Karnival Varsiti IMTGT

Arau, 23 Julai – Universiti Malaysia Perlis (UniMAPTemp files) menghantar 87 peserta bagi menyertai Karnival Varsiti Indonesia, Malaysia dan Thailand Growth Triangle (IMTGT) yang berlangsung bermula 20 hingga 26 Julai 2018 di Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perlis di sini.

Menurut Timbalan Naib Canselor UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan, mereka ini terdiri daripada 64 pelajar dan 23 pegawai yang dibahagi kepada tiga kategori iaitu sukan, kebudayaan dan seminar.

“Terdapat tujuh sukan yang dipertandingkan iaitu bola sepak, badminton, bola keranjang, bola tampar (wanita), dan tenis.

“Manakala 15 pelajar menyertai kebudayaan dan 3 pelajar pula menyertai seminar,” katanya pada Majlis Simbolik Penyerahan Bendera yang berlangsung di Kolej Kediaman Tun Abdul Razak (PFI2), UniMAP Pauh Putra baru-baru ini.

Ujar beliau lagi, semua pelajar yang terlibat perlu melakukan yang terbaik mengikut segmen masing-masing dan sebagai duta university mereka perlu menjada disiplin dan sentiasa mematuhi arahan yang ditetapkan.

“Malah mereka perlua sematkan di dalam sanubari bahawa ini adalah satu sumbangan berharga daripada pelajar kepada universiti yang disayangi.

“Binalah jaringan persahabatan bersama peserta-peserta dari universiti lain terutamanya dari Thailand dan Indonesia,” katanya.

Karnival Varsiti IMTGT melibatkan tiga buah Negara iaitu Indonesia, Thailand dan Malaysia yang diwakili oleh universiti-universiti yang menjadi ahli IMTGT.

“Terdapat 11 universiti yang terlibat dalam IMTGT yang masing-masing mewakil Negara mereka iaitu Indonesia diwakili Universitas Sumatera Utara (USU), Institut Teknologi Medan (ITM), Universitas Syiah Kuala (USK) dan Universitas Negeri Medan (UNIMED).

“Manakala Thailand diwakili Prince of Songkhla University (PSU), Thaksin University (TSU), Rajamangala University of Technology Srivijaya (RMUTSV) dan Walailak Universiti (WU),” katanya.

Tidak ketinggalan Malaysia diwakili Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis, Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan UniMAP.