YAYASAN TUANKU SYED PUTRA MAHU KUMPUL DANA SEBANYAK RM5.5 JUTA LAGI UNTUK BINA PUSAT AUSTISM PERTAMA DI PERLIS Pusat serba lengkap itu akan memberi manfaat kepada komuniti autism dari negeri-negeri utara Malaysia

19 Julai 2018, KUALA LUMPUR Tuanku Syed Putra Foundation yang juga dikenali sebagai Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) berhasrat untuk mengumpul dana tambahan sebanyak RM5.5 juta lagi untuk membina sebuah pusat autism bagi komuniti di Perlis, kemudahan pertama seumpamanya di negeri tersebut. Pusat tersebut akan memberi manfaat kepada golongan yang mengalami autism di wilayah utara untuk membina masa depan lebih cerah.

Melalui kerjasama dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAPTemp files) sejak dua tahun lalu, inisiatif Hab Sumber Pendidikan dan Latihan Autism (A-HEART) telah dibentuk dan berjaya mengumpul dana sebanyak RM500,000 untuk membina sebuah pusat autism kanak-kanak di kampus UniMAP.  Kini, Pusat Autism A-HEART UniMAP mahu membina sebuah pusat yang lebih lengkap untuk membantu golongan yang memerlukan. YTSP kini mensasarkan untuk mengumpul dana sebanyak RM6 juta dalam tempoh tiga tahun demi merealisasikan impian tersebut.

YTSP dipengerusikan oleh Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang juga Canselor UniMAP. Manakala

 Pusat Autism A-HEART UniMAP dinaungi oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis, Tuanku  Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga merupakan Pro-Canselor UniMAP.

Ahli Lembaga Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) dan Pengerusi Ahli Lembaga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, “YTSP mahu membina sebuah pusat autism untuk menawarkan peluang pendidikan berkualiti, latihan kemahiran hidup dan sokongan kepada komuniti, ibu bapa yang mempunyai anak autistik, penjaga dan profesional.  Yayasan menerima sokongan yang memberangsangkan daripada badan-badan korporat dan telah menyumbang setengah juta ringgit sehingga kini. Hari ini, kami berbesar hati kerana Acts One Group Inc. ada menyokong kita untuk membantu menjadikan impian membina sebuah pusat autism yang lengkap satu realiti tidak lama lagi.”

Pengasas dan Pengerusi Acts One Group Inc., Serena Chiam berkata, “Saya percaya atas sumbangan demi kebaikan masyarakat. Ia merupakan budaya yang diamalkan dalam syarikat saya iaitu membantu mereka yang memerlukan.

“Kita memainkan peranan dalam membentuk masa depan yang lebih baik untuk semua. Kami harap lebih banyak syarikat dan individu akan memberi sumbangan kepada YTSP untuk membiayai pembinaan Pusat Autism A-HEART UniMAP.”

Turut hadir ialah Naib-Canselor UniMAP, Prof. Dato’ Dr. Zul Azhar Zahid Jamal yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada badan-badan korporat yang sudi memberi sumbangan, bukan sahaja dengan wang ringgit, malah menganjurkan acara-acara kemasyarakatan. 

“Baru-baru ini, Bank Rakyat menganjurkan Karnival Bank Rakyat-A-Heart Autismlympic 2018, satu acara sukan yang unik untuk menggalakkan pelajar-pelajar autism bersukan. Pada Februari tahun ini, YTL telah menyumbang sebanyak RM100,000 kepada YTSP. Tahun lalu, Bank Rakyat sekali lagi menganjurkan ‘Bank Rakyat-A-HEART Rainbow Walk’ yang menyaksikan 1,398 peserta terdiri daripada kanak-kanak daripada rumah anak-anak yatim dan pelajar universiti meraikan Bulan Kesedaran Autism Kebangsaan.

“Justeru, saya percaya bahawa dengan meningkatkan kesedaran di setiap peringkat berbeza, orang ramai akan dapat menyumbang secara positif dalam membentuk satu ekosistem yang dinamik buat komuniti autism. Kami harap lebih banyak badan korporat, individu dan pihak akan tampil ke depan untuk menyokong inisiatif Tanggungjawab Korporat Sosial UniMAP ini. Saya juga sangat bangga dengan para pendidik dan pelajar UniMAP yang menguruskan pusat sedia ada. Melalui inisiatif ini, saya harap ia akan terus menaikkan semangat mereka untuk berbakti kepada masyarakat.” 

Sementara itu, Autism Buddies yang memainkan peranan penting dalam inisiatif A-HEART diwakili oleh Puan Sri Dato’ Akmal Abdul Salam, yang juga merupakan penaung Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA).

Beliau berkata, “Walaupun kesedaran orang ramai terhadap autism adalah tinggi, namun pemahaman mengenainya masih rendah. Selama beberapa tahun, pihak berwajib yang menawarkan perkhidmatan pendidikan berdepan cabaran untuk memenuhi keperluan kelompok rakyat Malaysia yang mengalami autism. Jadi, kami perlu meningkatkan sumber dalam negara untuk membangunkan kemudahan dan program-program buat komuniti yang memerlukan perkhidmatan seperti ini.’’

Buat masa sekarang, Pusat Autism A-HEART UniMAP dioperasikan sepenuhnya oleh universiti. Pusat itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan bantuan pembelajaran yang interaktif. Selain kemudahan-kemudahan tersebut, Pusat Autism A-HEART UniMAP komited untuk menawarkan perkhidmatan seperti pengesanan awal dan intervensi menerusi rawatan, terapi serta pendekatan pendidikan terbaik kepada anak-anak autism. Di samping memberi sokongan kepada ibu bapa, penjaga dan golongan profesional.

Bukan itu sahaja, pusat tersebut akan menyediakan pendidikan dan latihan kepada golongan muda penghidap autism berdasarkan kepada kemahiran serta minat mereka yang berbeza. Ini bermakna, pendekatan yang diambil oleh Pusat Autism A-HEART UniMAP akan dapat membantu golongan austistik membina masa depan mereka. Seterusnya, ia menjadi titik rujukan kepada pihak-pihak lain yang ingin memberi khidmat kepada komuniti autism di Perlis.

Acts One Group Inc. juga merupakan penaja korporat YTSP untuk majlis makan malam penghargaan GOLD A-HEART Fundraising bagi Pusat Autism A-HEART UniMAP yang akan diadakan pada 19 Oktober 2018 di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur.

Acts One Group Inc. ialah sebuah syarikat multi-disiplin dan anak syarikatnya, Aureo Gallery Ltd merupakan Pengedar Tunggal Seni Kreatif di Asia Tenggara terutama seni emas oleh Kim Il Tae. Acts One Group Inc. dan Aureo Gallery akan menyumbang dua karya seni emas yang hanya ada dua di dunia untuk dilelong pada majlis makan malam tersebut. Selain dua karya seni emas, barang-barang koleksi juga akan dilelong. 

Maklumat lanjut mengenai majlis makan malam amal untuk GOLD A-HEART Fundraising, sila hubungi Edna Lee di talian 016-246 3186.