SSM Agih Zakat Korporat Kepada MAIPs

ARAU, 3 Mei (Bernama) -- Seramai 100 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAPTemp files)  menerima zakat korporat sumbangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada satu majlis di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini, hari ini.

Mereka  menerima RM300 seorang yang disampaikan  oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) merangkap pengerusi SSM Datuk Seri Jamil Salleh sempena program Keusahawanan dan Agihan Zakat Korporat SSM.

Menurut Jamil, SSM mempelbagaikan kaedah pemberian zakat korporat agensi tersebut supaya pelaksanaan lebih menyeluruh sejak 2016.

Cara ini juga untuk mempastikan semua golongan asnaf yang layak mendapat hak mereka, kata Jamil kepada media selepas menyampaikan sumbangan tersebut.

Katanya SSM telah mengagihkan lebih RM3.38 juta  zakat korporat pada tahun lepas manakala dari Januari hingga April tahun ini pula melebihi RM1.38 juta telah diagihkan,

Dalam majlis lain pagi ini, SSM menyerahkan zakat korporat sebanyak RM500,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menerima zakat tersebut dalam satu majlis di Istana Arau.

Jamil juga menyampaikan hadiah pertandingan ?Business Pitching' yang dianjurkan oleh SSM dengan kerjasama UniMAP yang disertai lapan kumpulan dari kalangan pelajar UniMAP berupa wang tunai wang tunai RM1,000 untuk juara dan masing-masingRM800 dan RM500 bagi tempat kedua dan ketiga.

Turut hadir pada majlis itu ialah Naiib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner.

-- BERNAMA