UniMAP-Regent College Tandatangani MOA

Kuala Lumpur, 3 April – Universiti Malaysia Perlis menandatangani perjanjian memorandum (MoA) bersama Regent College yang diadakan di AUKL, semalam.

Naib CanselorTemp files UniMAP, Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata perjanjian itu adalah mengenai penawaran program Sarjana Muda Perniagaan UniMAP oleh Regent College.

“Perjanjian ini adalah antara intipati bagi memenuhi aspirasi kerajaan yang inginkan Universiti Awam agar lebih fleksibel dalam menyediakan peluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Justeru, menerusi perjanjian ini akan memudahkan bakal pelajar di sekitar ibu negara atau negeri-negeri selatan mengikuti program berkenaan di Regent College di Puchong, Selangor,” kata beliau.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Dr Zul Azhar mewakili UniMAP manakala Regent College diwakili Pengarah Urusannya, Dato’ Dr Nelson Renganathan disaksikan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UniMAP, Dato Dr Mohd Sofi Osman, ahli-ahli LPU dan Ketua Pegawai Eksekutif Regent College, Muhiniswari Govindasamy.

Dalam majlis sama turut berlangsung penyerahan cek bernilai RM175,000 sebagai bayaran pendahuluan iaitu 50 peratus daripada yuran perlesenan, dan RM50,000 jaminan bank yang diserahkan Regent College kepada UniMAP.