Syarahan Umum Antarabangsa: Duta Besar Azerbaijan Kongsi Sejarah Azerbaijan Dan Perkembangan

Pauh Putra, 18 Januari  – Universiti Malaysia Perlis (UniMAPTemp files) menerima kunjungan istimewa Duta Besar Republik Azerbaijan di Malaysia iaitu H.E Mr Qaley Allahverdiyez sempena lawatan beliau selama dua hari ke negeri ini, hari ini.

Qaley dilahirkan di Bashkiria, Persekutuan Rusia pada 29 April 1950 dan mengikuti pengajian di Baku State University sebelum memulakan kerjaya sebagai penterjemah di Iraq, Syria dan Libya mulai 1973 hingga 1981.

Selain itu, bapa kepada tiga anak itu juga pernah menjadi penyelidik saintifik, setiausaha utama, kaunselor di kementerian-kementerian dan pejabat kedutaan mulai 1982 serta mampu menguasai lima bahasa iaitu bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Indonesia, bahasa Rusia dan bahasa Turki.

Beliau menyampaikan siri syarahan antarabangsa bertajuk ‘Azerbaijan: Independence History, Latest Achievement adn Azerbaijan-Malaysia Realtions”’ manakala galeri pameran Discover Azerbaijan’ turut diadakan di tingkat bawah Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP), di sini.

Berkenan berangkat hadir melancarkan pameran dan menyaksikan syarahan berkenaan ialah Canselor UniMAP , Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Pro Canselor UniMAP , Raja Puan Muda  Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir, Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal dan pengurusan tertinggi UniMAP.

Tragedi 20 Januari 1990 yang turut disebut ‘Black January’ meninggalkan kesan hitam di kalangan warga Azerbaijan apabila hampir 200 penduduk Baku, ibu kota Azerbaijan itu terkorban manakala 800 lagi cedera akibat serangan tentera Soviet pimpinan Mikhail Gorbachev.