UniMAP Tuan Rumah KIK UA KE -13

PAUH PUTRA, 31 Julai – Universiti Malaysia Perlis (UniMAPTemp files) akan menjadi tuan rumah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Universiti Awam (UA)  yang akan berlansung selama tiga hari di Dewan Ilmu, Kampus UniMAP Pauh Putra, di sini.

Pengerusi Bersama KIK UA Ke-13, Prof. Madya Dr. Idris Md Noor berkata, konvenseyen yang bermula 1 hingga 3 Ogos itu itu disertai 39 pasukan pasukan dari 20 buah UA.

“Semua 39 pasukan akan mempertandingkan projek KIK mereka pada konvensyen kali ini antaranya Universiti Teknologi MARA (UiTM) , Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Utara Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Malaysia terengganu, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Teknikal Melaka, Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin, dan dan tuan rumah UniMAP.

“Penyertaan terbesar adalah dari UiTM yang menghantar lima pasukan dari lima cawangan iaitu  Kelantan, Kedah, Perlis, Perak dan Selangor,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Ujar beliau lagi,  Johan, naib johan dan tempat ketiga akan membawa pulang hadiah masing-masing berupa wang tunai RM6,000, RM4,000, RM2,000 bersama trofi dan sijil penghargaan.

Majlis Perasmian Penutup KIK UA Ke-13 akan disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Nik Ali Mat Yunus.

Konvensyen KIK merupakan program tahunan utama UA dan ia mula dianjurkan pada 2004.