UniCiti GAME ON 2017

PAUH PUTRA, 23 Julai –Kelab Diploma Pelajar Universiti Malaysia Perlis (DiReC UniMAPTemp files) dengan kerjasama Pusat Pengajian Diploma (PPD), Majlis Penghuni Kolej Kediaman UniCiti Alam dan Majlis Perwakilan Pelajar 2016/2017 UniMAP telah menganjurkan 'UniCiti Game On 2017.

Program selama sehari itu melibatkan 132 orang pelajar dari tahun satu  hingga tahun tiga PPD dan antara aktiviti sepanjang program tersebut adalah permainan atas talian DOTA, Pro Evolution Soccer 2017, Counter Strike.

Selain itu, permainan yang melibatkan aktiviti fizikal turut diadakan seperti street soccer, gusti lengan dan melukis henna.

Majlis Perasmian Penutup 'UniCiti Game On 2017’ disempurnakan Penasihat DiReC UniMAP,  Pubalan Nadaraja yang  mewakili Dekan Pusat Pengajian Diploma (PPD) Prof. Madya Dr Hakimah Osman.

“Ini merupakan program ke – 14 anjuran DiReC UniMAP yang bertujuan bagi mengeratkan hubungan sesama pelajar Diploma,” kata Pubalan ketika menyampaikan ucapan penutup program tersebut.

Turut hadir, Pengetua Kolej Kediaman UniCiti Alam Tuan Syed Akhmal Syed Jamalil.