UniMAP Raih 100 Peratus Pingat Di ITEX 2017

Kuala Lumpur, 16 Mei – Delegasi penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAPTemp files) terus melakar kecemerlangan apabila meraih seratus peratus pingat pada 27th International Innovation Exhibition 2017 (ITEX’16) yang berlangsung mulai  11 hingga 13 Mei 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

Menurut Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal jumlah peratusan pingat emas yang dicapai pada tahun ini juga menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu 10 pingat emas daripada 15 produk yang mengambil bahagian atau 67 peratus.

Ujar beliau, kejayaan itu nyata sesuatu yang cukup bermakna selepas prestasi yang agak sederhana pada dua siri ITEX terdahulu iaitu 46 peratus kejayaan pingat emas pada tahun 2016 dan 30 peratus kejayaan pingat emas pada tahun 2015.

“Kejayaan ini membuktikan, kualiti penyelidikan yang ditonjolkan pleh penyelidik UniMAP semakin menunjukkan peningkatan dan ia pastinya merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi kami di UniMAP,” katanya ketika dihubungi selepas pengumuman keputusan pingat ITEX’17.

Selain itu, delegasi penyelidik UniMAP turut berjaya meraih lima pingat perak dan tiga Anugerah Khas.

Dua produk emas UniMAP iaitu FCC Code OCDMA System for Internet of Things (IOT) Communication oleh Dr. Mohd Rashidi Che Beson dan A Method of Controlling SN – Whiskers Formation For Aerospace Electronic Interconnect Application oleh Dr. Mohd Arif Anuar Mohd Salleh terpilih menerima anugerah khas World Invention Intellectual Property Associations (WIIPA) dari Taiwan.

Manakala satu produk pingat perak UniMAP iaitu Novel Multiplex Diagnostic Kit For E.Coli, Salmonella And Listeria hasil penyelidikan Prof. Dr. Uda Hashim menerima Anugerah Khas dari  Tisias and iCAN-Toronto Kanada.

ITEX’17 mempamerkan lebih 1000 penyelidikan oleh penyelidik universiti, pusat penyelidikan dalam dan luar Negara, sekolah rendah dan menengah, termasuklah sektor swasta dari lebih 20 negara antaranya Indonesia, Taiwan, Korea Selatan, Arab Saudi, Iran, Thailand, Mesir, Kuwait, Bahrain, Poland dan Malaysia.