UniMAP Tuan Rumah COP 2016

KANGAR, 9 November - Universiti Malaysia Perlis (UniMAPTemp files) bakal menjadi Tuan Rumah bagi mesyuarat Council of Presidents (COP) Global U8 Consortium (GU8) yang dijadualkan berlangsung mulai 13 hingga 16 November ini.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, mesyuarat yang bakal disertai lima presiden atau wakil dari lima buah universiti ahli GU8 bertujuan membincangkan hala tuju dan kerjasama yang boleh dijalinkan menerusi konsortium tersebut.

UniMAP amat berbesar hati dengan pemilihan ini dan berharap, penglibatan kami yang merupakan satu-satunya Universiti Awam di Malaysia dalam GU8 dapat meningkatkan lagi keterlihatan UniMAP di persada antarabangsa.

“Pelbagai pengisian telah kita aturkan sepanjang mesyuarat ini berlangsung antaranya program menanam pokok di Kampus UniMAP Pauh Putra dan perkongsian ilmu melalui “Wisdom Fair” bertajuk Challanges of Global Collaboration and Exellence in Research and Education,” ujar beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain UniMAP, universiti lain yang menjadi ahli ialah Xiamen University, China; University of Le Havre, Perancis; Inha University, Korea; Otto Von Guericke University Magdeburg, Jerman dan UniMAP sendiri,”katanya ketika ditemui dipejabatnya baru-baru ini.

Menurut Dato’ Zul lagi, kemuncak program adalah aktiviti berbasikal bagi melihat pemandangan negeri Perlis bersama DYTM Raja Muda Perlis merangkap Canselor UniMAP Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

“Pada hari terakhir, deligasi GU8 ini akan dibawa melawat sekitar Langkawi bagi melihat keindahan disamping mempromosikan tempat perlancongan tersebut,”katanya lagi.

GU8 ditubuhkan bertujuan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalm pendidikan silang budaya menerusi pertukaran pelajar dan penggubalan satu  kurikulum standard sebagai tindak balas kepada cabaran-cabaran baharu yang diperlukan industri.