Home-Slider

Gerbang Info Pengguna

  • UniMAP-AMCT2019
  • SUTERA 2019
  • Salam Aidilfitri
  • Urock 2019
  • 2019 Kempen Bebas Rokok
  • Pembelian Buku-Buku UniMAP di Market Place
  • silk2019
Previous Next

Berita Terkini

Khidmat Masyarakat Ramadan UniMAP Santuni Warga HTF

Khidmat Masyarakat Ramadan UniMAP Santuni Warga HTF

KANGAR – Muram dengan riak sedih yang terpamer di wajah sebahagian penghuni wad pembedahan di…

Baca..

Pensyarah UniMAP Dilantik Penyelidik Kunjungan Di Universiti Sweden

Pensyarah UniMAP Dilantik Penyelidik Kunjungan Di Universiti Sweden

ARAU – Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dr. Wooi Chin…

Baca..

Khidmat Masyarakat : UniMAP – PSU Santuni Masyarakat Songkla – Hatyai

Khidmat Masyarakat : UniMAP – PSU Santuni Masyarakat Songkla – Hatyai

ARAU – Atas rasa keprihatinan yang tinggi untuk membantu masyarakat, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui…

Baca..

Program Diploma Kejuruteraan UniMAP Mendapat Pensijilan Penuh MQA

Program Diploma Kejuruteraan UniMAP Mendapat Pensijilan Penuh MQA

ARAU – Semua enam program pengajian diploma kejuruteraan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah lulus dan…

Baca..

UniMAP Pilihan Utama

UniMAP Pilihan Utama

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) nyata menjadi pilihan utama apabila dipilih sebagai lokasi Seminar…

Baca..

UniMAP Prihatin Anak-Anak Staf Meninggal Sempena Festival Nasyid 2019

UniMAP Prihatin Anak-Anak Staf Meninggal Sempena Festival Nasyid 2019

Pauh Putra, 28 Mei- Dalam kegembiraan umat Islam membuat persiapan menyambut lebaran yang akan tiba…

Baca..

UniMAP Beri Kebebasan Bersuara Kepada Pelajar

UniMAP Beri Kebebasan Bersuara Kepada Pelajar

PAUH PUTRA, 26 Mei- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memberikan kebebasan kepada semua pelajar dalam memberikan…

Baca..

Produk Eco Geopipe Raih Emas di EUROINVENT di Romania

Produk Eco Geopipe Raih Emas di EUROINVENT di Romania

Kangar, 19 Mei - Penyelidik Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) Universiti Malaysia Perlis…

Baca..

Prof. Dr. R. Badlishah Dilantik Naib Canselor UniMAP

Prof. Dr. R. Badlishah Dilantik Naib Canselor UniMAP

Kangar - Mantan Timbalan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Ir. Ts. Dr.…

Baca..

Konsep Reka Bentuk Cokmar

 

KONSEP REKA BENTUK COKMAR

Konsep 'pohon kehidupan' telah diambil kira sebagai reka bentuk cokmar yang terdiri daripada akar, batang, daun dan bunga.

Bunga

Pada bahagian atas ukiran Bunga Kenanga terdapat mahkota kebesaran DiRaja bagi melambangkan negeri Perlis sebagai sebuah negeri beraja.

Enam kelopak bunga yang mengembang ke atas diperbuat daripada perak melambangkan Rukun Iman. Lapisan kelopak melambangkan jurusan-jurusan yang terdapat di UniMAP dan kepelbagaian graduan yang dihasilkan oleh UniMAP. Pada bahagian bawahnya pula terdapat tiga kelopak yang diukir dengan perak yang bermotifkan Bunga Pulut, Bunga Raya dan Bunga Kertas. Bunga Pulut ialah corak kesenian Melayu yang bercirikan alam yang dikaitkan dengan hasrat Universiti untuk menyinarkan cahaya ilmu di rantau ini. Motif Bunga Pulut ini melambangi hakikat bahawa menuntut ilmu itu tiada penghujungnya.

Akar

Akar sebagaimana yang diketahui merupakan nadi kehidupan pokok yang berfungsi sebagai menyerap makanan untuk tumbesaran pokok. Sesuai dengan fungsi akar, bahagian bawah cokmar melambangi hasrat UniMAP untuk terus menyuburkan ilmu dalam kalangan pelajar. Ukiran Bunga Padi yang mengembang ke atas menunjukkan bahawa ilmu dan pendidikan mestilah disemai dari awal untuk melahirkan generasi yang berwawasan dan berkembang maju mengikut acuan yang dikehendaki.

Daun

Terdapat tiga biji permata berwarna asas iaitu merah, hijau dan biru di bahagian bawah cokmar. Permata-permata ini melambangi komponen asas dalam penjanaan kehidupan melalui khasiat semula jadi alam sekitar. Daun menggambari juga tenaga fizikal dan spiritual komuniti kampus. Sepotong ayat suci al-Quran yang dipetik daripada surah al-Mujaadilah terukir pada bahagian ini. Ayat ini membawa maksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu, dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat, dan (ingatlah) Allah maha mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.”

Di bawah ayat tersebut terdapat ukiran nilai teras UniMAP iaitu ILMU, KEIKHLASAN dan KECEMERLANGAN.

Batang

Bahagian batang cokmar diperbuat daripada perak bersadur emas. Batang ini turut dihiasi motif Bunga Kenanga dan awan larat yang menggambari bahawa proses menuntut ilmu itu tiada batasan dan penghujungnya. Lima logo UniMAP pada batang menggambari lima Rukun Islam dan lima Rukun Negara yang perlu dipatuhi. Tujuh segmen (lilitan) pula melambangi kebesaran Tuhan.

Info Tab Bawah-BM