UniMAP |Universiti Malaysia Perlis - UR6523005 - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian

 

Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik

UR6523005 - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian 

Program ini diperkenalkan untuk menentukan Malaysia terus mampu berdaya saing dalam industri semikonduktor. Para graduan yang dilahirkan boleh menyumbang sebagai tenaga mahir tempatan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari dalam bidang-bidang elektronik dan rekabentuk serta fabrikasi litar terkamir (integrated circuits, ICs), dengan pengkhususan dalam merekabentuk sistem-sistem mikroelektronik. Peluang pekerjaan dalam bidang ini juga terbuka luas terutamanya di beberapa syarikat multi-nasional antaranya Intel, Infineon, Silterra, Motorola, MIMOS, Flextronics, Agilent Technologies dan Avago Technologies. Program ini meyakinkan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja separa profesional selaras dengan perkembangan Pelan Induk Perindustrian Negara.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

  • Jurutera Susunatur Litar Bersepadu
  • Jurutera Rekabentuk VLSI
  • Jurutera Perisian Elektronik
  • Jurutera Elektronik
  • Jurutera Susunatur
  • Jurutera R&D (Pembangunan IC)
  • Jurutera Kawalan Kualiti (Semikonduktor)
  • Jurutera Instrumentasi Elektronik