UniMAP |Universiti Malaysia Perlis - UR6522003 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Sistem Elektrik Dengan Kepujian

 

Fakulti Teknologi Kejuruteraan

UR6522003 – Ijazah Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Sistem Elektrik Dengan Kepujian

Program ini menumpukan pengajian dalam bidang penyelenggaraan sistem elektrik. Pelajar yang mengikuti kursus ini akan mempelajari pelbagai sistem elektrik khususnya sistem yang digunakan di industri seperti sistem mesin elektrik, sistem solar, sistem penjanaan, sistem elektrik bangunan dan sistem kawalan elektrik. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan ilmu pengurusan tenaga elektrik sebagai persediaan di alam pekerjaan seperti pelaporan teknikal, analisa sistem, pengurusan penyelenggaraan dan perancangan projek. Secara umumnya, bidang penyelenggaraan sistem elektrik merupakan bidang yang penting dalam pelbagai sektor industri kerana program ini merangkumi skop operasi sistem elektrik yang luas.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

•Pegawai Penyelenggaraan Sistem Elektrik
•Pegawai Pengurusan Projek
•Pegawai Pengurusan Kuasa Elektrik
•Pegawai Perkhidmatan Elektrik
•Pegawai M&E
•Pegawai Pengujian
•Lain-lain bidang kerjaya yang berkaitan.