UniMAP |Universiti Malaysia Perlis - Soalan Lazim
Soalan Lazim
Soalan Lazim
-
Apakah itu UniMAP?
Universiti Malaysia Perlis (dahulunya dikenali sebagai KUKUM) yang ditubuhkan sebagai sebuah IPTA yang ke 17 bertujuan melahirkan jurutera berkemahiran tinggi bagi memenuhi dan menyokong pelan industri negara, selain memberi alternatif kepada pelajar yang cenderung kepada pembelajaran secara praktis.
-
Siapakah Naib Canselor UniMAP?
Naib Canselor UniMAP adalah YBhg. Lt. Kol. Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli.
-
Bilakah UniMAP ditubuhkan?
Pada 2 Mei 2002, KUKUM (UniMAP) mula beroperasi di kampus sementara di Kubang Gajah, Arau Perlis dan telah menerima pelajar sulung bagi sesi akademik 2002/2003 seramai 116 orang pada 20 Jun 2002. Pada 1 Februari 2007 KUKUM telah dikenali sebagai UniMAP bagi proses penjenamaan semula universiti.
-
Di manakah lokasi UniMAP ?
Kampus tetap UniMAP adalah di Pauh seluas 1050 ekar dan di Sungai Chuchuh seluas 300 ekar. Majlis perasmian pembukaan dan doa selamat telah diadakan pada 2 November 2009 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mantan Naib Canselor UniMAP Pertama dan dihadiri oleh semua staf UniMAP. Buat masa ini, kampus UniMAP adalah merupakan sebuah kampus yang bersifat bertaburan (distributed) di sekitar Perlis.
-
Apakah Misi dan Visi UniMAP?
Misi UniMAP: ialah untuk melahirkan insan kamil yang menyumbang kepada agenda pembangunan dan berdaya saing industri negara.
Visi UniMAP: ialah untuk menjadi institusi akademik dan penyelidikan yang berdaya saing di persada antarabangsa.
Nilai Teras UniMAP: ILMU KEIKHLASAN KECEMERLANGAN
-
Apakah Anugerah dan Pencapaian yang telah diterima oleh UniMAP?
UniMAP telah mendapat banyak anugerah dan pengiktirafan di peringkat negara mahupun antarabangsa dari segi pengurusan universiti, penyelidikan, kajian dan sebagainya lagi. Antara anugerah dan pencapaian yang diterima ialah:
QS Star Rating – 3 Stars
SETARA/D-SETARA – Tier 5
MyMoheS – 5 Stars
The Golden Europe Award for Quality & Commercial Prestige
The New Era Award of Technology, Innovation & Quality
Best Enterprise Award
European Award for Best Paractices
Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Malaysia
Universiti Awam PERTAMA memperolehi persijilan MS ISO 9001:2015 -
Apakah jenis penyelidikan yang dijalankan di UniMAP?
Pelbagai penyelidikan dan inovasi UniMAP telah dijalankan dengan kerjasama Pusat-pusat Kecemerlangan yang memberikan pengkhususan di dalam bidang-bidang penyelidikan keutamaan universiti dan menghasilkan produk yang bermutu tinggi. Antara jenis penyelidikan yang dijalankan terbahagi kepada dua iaitu Geran Dalam dan Geran Luar.
Geran Dalam
Geran Jangka Pendek
Geran LuarDana Pembudayaan Penyelidikan (RAGS)
Long-Term Research Grant Scheme (LRGS)
Fundamental Research Grant Scheme (FRGS)
Exploratory Research Grant Scheme (ERGS)
Prototype Developmet Research Grant Scheme (PRGS)
ScienceFund MOSTI -
Apakah bahasa pengantar yang digunakan?
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Universiti. Walau bagaimanapun, Bahasa Inggeris digunakan secara meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran, bertujuan untuk membantu dalam kerjaya para pelajar. Bagi kursus-kursus yang diajar dalam Bahasa Inggeris, peperiksaan akan dijalankan dalam bahasa yang sama.
-
Apakah Program Pengajian yang ditawarkan oleh UniMAP?
BIL BIDANG PENGAJIAN KOD PROGRAM NAMA PROGRAM PENGAJIAN FAKULTI 1 SARJANA MUDA MEDIA BAHARU UR6321001 SARJANA MUDA KOMUNIKASI MEDIA BAHARU (KEPUJIAN) FAKULTI SAINS GUNAAN & KEMANUSIAAN 2 SARJANA MUDA PERNIAGAAN UR6340001 SARJANA MUDA PERNIAGAAN (KEPUJIAN) (PERNIAGAAN ANTARABANGSA) 3 SARJANA MUDA PERNIAGAAN UR6340002 SARJANA MUDA PERNIAGAAN (KEPUJIAN) (KEUSAHAWANAN KEJURUTERAAN) 4 SARJANA MUDA KEJURUTERAAN UR6526001 SARJANA MUDA KEJURUTERAAN AWAM DENGAN KEPUJIAN FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM 5 SARJANA MUDA KEJURUTERAAN UR6526002 SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ALAM SEKITAR DENGAN KEPUJIAN 6 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN UR6526003 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM (PEMBINAAN) DENGAN KEPUJIAN 7 SARJANA MUDA TEKNOLOGI UR6582001 SARJANA MUDA TEKNOLOGI PEMBINAAN BANGUNAN DENGAN KEPUJIAN 8 SARJANA MUDA KEJURUTERAAN UR6523001 SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MIKROELEKTRONIK DENGAN KEPUJIAN FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK 9 SARJANA MUDA KEJURUTERAAN UR6523002 SARJANA MUDA KEJURUTERAAN KOMPUTER DENGAN KEPUJIAN 10 SARJANA MUDA KEJURUTERAAN UR6523004 SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK BIOPERUBATAN DENGAN KEPUJIAN 11 SARJANA MUDA KEJURUTERAAN UR6523005 SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK DENGAN KEPUJIAN 12 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN UR6523007 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (SISTEM ELEKTRONIK) DENGAN KEPUJIAN 13 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN UR6523008 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (REKA BENTUK TELEKOMUNIKASI ELEKTRONIK) DENGAN KEPUJIAN 14 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN UR6523009 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (REKA BENTUK RANGKAIAN ELEKTRONIK) DENGAN KEPUJIAN 15 SARJANA MUDA TEKNOLOGI UR6523011 SARJANA MUDA TEKNOLOGI AUTOMASI ELEKTRONIK INDUSTRI DENGAN KEPUJIAN 16 DIPLOMA KEJURUTERAAN UR4523002 DIPLOMA KEJURUTERAAN KOMPUTER 17 DIPLOMA KEJURUTERAAN UR4523003 DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK 18 SARJANA MUDA KEJURUTERAAN UR6522001 SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DENGAN KEPUJIAN FAKULTI TEKNOLOGI KEJURITERAAN ELEKTRIK 19 SARJANA MUDA KEJURUTERAAN UR6523003 SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MEKATRONIK DENGAN KEPUJIAN 20 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN UR6522002 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK (KUASA INDUSTRI) DENGAN KEPUJIAN 21 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN UR6523006 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK (TEKNOLOGI ROBOTIK DAN AUTOMASI) DENGAN KEPUJIAN 22 SARJANA MUDA TEKNOLOGI UR6522003 SARJANA MUDA TEKNOLOGI PENYELENGGARAAN SISTEM ELEKTRIK DENGAN KEPUJIAN 23 DIPLOMA KEJURUTERAAN UR4522001 DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK 24 DIPLOMA KEJURUTERAAN UR4523001 DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKATRONIK 25 SARJANA MUDA KEJURUTERAAN UR6521001 SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DENGAN KEPUJIAN FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL 26 SARJANA MUDA KEJURUTERAAN UR6540001 SARJANA MUDA KEJURUTERAAN PEMBUATAN DENGAN KEPUJIAN 27 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN UR6521002 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PEMESINAN) DENGAN KEPUJIAN 28 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN UR6521003 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (SISTEM PERTANIAN) DENGAN KEPUJIAN 29 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN UR6521004 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (REKA BENTUK PRODUK) DENGAN KEPUJIAN 30 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN UR6543001 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PEMPROSESAN BAHAN) DENGAN KEPUJIAN 31 SARJANA MUDA TEKNOLOGI UR6521006 SARJANA MUDA TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI DENGAN KEPUJIAN 32 SARJANA MUDA TEKNOLOGI UR6525001 SARJANA MUDA TEKNOLOGI AUTOMOTIF DENGAN KEPUJIAN 33 SARJANA MUDA TEKNOLOGI UR6521005 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KIMPALAN DENGAN KEPUJIAN 34 DIPLOMA KEJURUTERAAN UR4540001 DIPLOMA KEJURUTERAAN PEMBUATAN 35 SARJANA MUDA KEJURUTERAAN UR6527001 SARJANA MUDA KEJURUTERAAN BAHAN DENGAN KEPUJIAN FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KIMIA 36 SARJANA MUDA KEJURUTERAAN UR6524001 SARJANA MUDA KEJURUTERAAN KIMIA DENGAN KEPUJIAN 37 SARJANA MUDA KEJURUTERAAN UR6524002 SARJANA MUDA KEJURUTERAAN POLIMER DENGAN KEPUJIAN 38 SARJANA MUDA KEJURUTERAAN UR6524003 SARJANA MUDA KEJURUTERAAN PERTANIAN DENGAN KEPUJIAN 39 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN UR6524004 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KIMIA (TEKNOLOGI MAKANAN) DENGAN KEPUJIAN 40 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN UR6524005 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KIMIA (PROSES KIMIA INDUSTRI) DENGAN KEPUJIAN 41 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN UR6524006 SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KIMIA (BIOTEKNOLOGI INDUSTRI) DENGAN KEPUJIAN 42 DIPLOMA KEJURUTERAAN UR4521001 DIPLOMA KEJURUTERAAN METALURGI -
Adakah UniMAP menawarkan program pengajian peringkat Ijazah Tinggi (Master dan PhD)?
Ya, UniMAP ada menawarkan program pengajian peringkat Ijazah Tinggi. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Pusat Pengajian Siswazah.
-
Berapakah Yuran Pengajian di UniMAP?
Pelajar Malaysia (Sesi 2017/2018)
Program
Yuran Tidak Berulang
Yuran Berulang (Setiap Semester)
Jumlah
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan
RM 790.00
RM 1,410.00
RM 2,200.00
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan
RM 790.00
RM 1,410.00
RM 2,200.00
Ijazah Sarjana Muda Perniagaan
RM 775.00
RM 1,260.00
RM 2,035.00
Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu
RM 775.00
RM 1,260.00
RM 2,035.00
Diploma
RM 775.00
RM 1,010.00
RM 1,685.00
Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan Kejuruteraan
RM 775.00
RM 1,260.00
RM 2,035.00
Pelajar Antarabangsa (Sesi 2017/2018)
Program
Yuran Tidak Berulang
Yuran Berulang (Setiap Semester)
Jumlah
Ijazah Kejuruteraan
RM 3,142.80
RM 4,740.00
RM 7,882.80
Ijazah Perniagaan
RM 3,142.80
RM 3,740.00
RM 6,882.80
Program
Yuran Pengajian
Kursus Bahasa Inggeris
RM 10,415.00
-
Berapakah bilangan pelajar tempatan di UniMAP sekarang?
Jumlah pelajar tempatan untuk pengajian peringkat ijazah sarjana muda dan diploma sesi 2015/2016 ialah 11,564 pelajar
-
Berapakah bilangan pelajar antarabangsa di UniMAP sekarang?
Jumlah pelajar antarabangsa untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda sesi 2015/2016 ialah 554 pelajar.
-
Berapakah peratusan pensyarah yang memegang Ph.D di UniMAP?
Bagi tempoh 2016, peratusan pensyarah di UniMAP yang mempunyai Ph.D ialah 32.2% (338 orang pensyarah).
-
Berapakah bilangan Alumni UniMAP?
Sehingga tahun 2014, bilangan alumni UniMAP telah mencecah 8,960 orang dan jumlah alumni yang telah bekerja dalam pelbagai sektor mencecah 7,160 orang.
-
Berapakah peratusan kebolehpasaran graduan UniMAP?
Peratusan kebolehpasaran graduan UniMAP ialah 71% (2006 - 2015) yang merangkumi pelbagai sektor.
-
Bagaimanakah pendekatan pengajaran dan pembelajaran di UniMAP?
Pendekatan yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran di UniMAP bagi peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda adalah merangkumi komponen teori dan praktikal. Oleh kerana UniMAP merupakan universiti kejuruteraan, penekanan terhadap pengajaran dan pembelajaran lebih kepada praktikal seperti di dalam makmal, Teaching Factory, E-pembelajaran dan pendedahan kepada industri yang memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dengan lebih berkesan dan efektif.
Selain itu, bagi pendekatan pengajaran dan pembelajaran di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah pula terdapat pelbagai jenis dan mengikut mod yang ditawarkan antaranya Mod Penyelidikan, Mod Campuran dan Mod Kerja Kursus. Pendekatan yang diamalkan ini lebih fleksible dan memberi keselesaan kepada pelajar untuk menjalankan penyelidikan dan kerja kursus.
-
Bagaimanakah UniMAP menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pelajar?
Secara amnya semua hal ehwal pelajar diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) UniMAP. Bahagian pengambilan pelajar dan urusan pelajar yang lain pula diuruskan oleh Bahagian Akademik di bawah Jabatan Pendaftar dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa).
-
Bagaimanakah universiti membantu bakal-bakal graduan UniMAP menambahkan kemahiran mereka supaya dapat bersaing di pasaran?
Pihak Universiti mengaturkan pelbagai program dari semasa ke semasa untuk membantu bakal-bakal graduan UniMAP bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka seperti Career Talk & career Fair, kolaborasi dengan industri, lawatan pelajar ke industri, program latihan industri, penglibatan industri dalam pembangunan kurikulum, kemahiran insaniah dan pelbagai lagi.
-
Apakah kemudahan-kemudahan yang disediakan di UniMAP?
Bagi memberi keselesaan yang kondusif kepada para pelajar, pelbagai kemudahan asas disediakan oleh pihak universiti. Kesemua kemudahan yang dimiliki universiti-universiti awam lain di Malaysia juga dimiliki UniMAP. Antara kemudahan yang disediakan merangkumi dewan/bilik kuliah, makmal pengajaran dan penyelidikan, dewan peperiksaan, perpustakaan, pusat pelajar, kolej kediaman, cafeteria, pusat rekreasi, pusat kejuruteran, kilang mengajar, stesen penyelidikan agroteknologi dan pelbagai lagi. Pihak universiti sangat menitikberatkan keselesaan dan kualiti pelajar tidak sesekali dikompromi.
-
Di manakah lokasi Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra dan berapakah bilangan buku dan koleksi lain yang ada di sana?
Lokasi Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra terletak di Kampus Pauh Putra, Universiti Malaysia Perlis, 02600, Arau, Perlis. Untuk sebarang pertanyaan mengenai perpustakaan, boleh menghubungi Tel : +604-9885420 atau Email : rujukan@unimap.edu.my.
-
Apakah keistimewaan makmal-makmal di UniMAP?
Makmal-makmal UniMAP dilengkapi peralatan moden yang digunakan untuk tujuan pembelajaran sejak Tahun 1 pelajar berada di UniMAP. Beberapa makmal sudahpun mendapatkan pengiktirafan kerana menurut sistem yang digariskan di dalam MS 1722:2005 & OHSAS 18001:2007 & Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) 17025: Health and Safety Operational Procedures Implementation for Laboratory and Equipment. Makmal-makmal yang dimaksudkan ialah:
Mechanical Testing Lab - Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan Chemical & Mechanical Testing Lab - Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar Chemical & Food Testing Lab - Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses (dalam proses akreditasi (2013)). -
Adakah UniMAP menyediakan kemudahan penginapan untuk pelajar?
Bagi memberi keselesaan yang optimum kepada pelajar, UniMAP menyediakan kemudahan kolej kediaman dan semua pelajar wajib untuk mendiami kolej kediaman. Antara kolej kediaman yang terdapat di UniMAP ialah:
Kolej Kediaman Antarabangsa
Kolej Kediaman Tunku Abdul Rahman
Kolej Kediaman Tun Abdul Razak
Kolej Kediaman Tun Hussien Onn
Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail
Kolej Kediaman Tun Ghafar Baba
Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani
Kolej Kediaman Tun Abdullah Ahmad Badawi
Kolej Kediaman UniCITI Alam -
Bagaimanakah pelajar bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain?
Sistem bas UniMAP ada disediakan bagi memudahkan pelajar untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi lain mengikut jadual pergerakan bas. Jadual bas boleh didapati di Laman Utama atau di dalam Portal Pelajar UniMAP. Pelajar tidak perlu membayar tambang setiap kali menggunakan bas kerana tambang sudah termasuk di dalam bayaran yuran yang dikutip pada awal semester.
Hampir kesemua bas UniMAP ada dilengkapi dengan kemudahan wi-fi. Kemudahan penggunaan basikal di Kampus Alam Pauh Putra juga telah dilancarkan, ia merupakan sebahagian daripada Projek U-Sikal UniMAP yang dijalankan di bawah inisiatif Kampus Lestari UniMAP.
-
Siapakah yang perlu saya hubungi jika ingin berurusan dengan pihak universiti?
Rumah Universiti,
Universiti Malaysia Perlis,
Kampus Kubang Gajah,
02600 Arau Perlis
Tel : 04-9798008
Faks : 04-9798422E-mail : pro@unimap.edu.my atau webmaster@unimap.edu.my
Maklumat lanjut, sila hubungi:
Pusat Komunikasi Korporat
Adlina Mansor
Pegawai Perhubungan Awam
Email : adlina@unimap.edu.my
Tarikh Kemaskini: Oktober 2021